melindungi kanak-kanak semasa konflik bersenjata: peraturan

Post on 13-Jan-2017

244 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Melindungi kanak-kanak semasa konflik bersenjata: peraturan-peraturan utama Surat Ikatan Komitmen Geneva Call

info@genevacall.orgwww.genevacall.org

Kanak-kanak ialah mereka yang berumur bawah 18 tahun1

Jangan menggunakan kanak-kanak dalam pertempuran atau aktiviti yang berkaitan dengan pertempuran – walaupun mereka menawarkan diri secara sukarela

2

Jangan memaksa kanak-kanak bersekutu dengan pasukan bersenjata dalam apa-apa cara pun

3

4 Jangan mengambil atau membenarkan kanak-kanak menjadi ahli pasukan bersenjata – walaupun mereka menawarkan diri secara sukarela

Kanak-kanak hanya boleh ditahan sebagai langkah terakhir 5

Jangan membunuh kanak-kanak6

Apabila kanak-kanak keluar daripada pasukan bersenjata anda, ia mesti dilakukan dengan selamat

7

8 Berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi kanak-kanak daripada kesan operasi bersenjata

9 Berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kanak-kanak diberikan bantuan dan penjagaan yang mereka perlukan

10 Amalkan peraturan-peraturan ini

Pencabulan hendaklah diawasi mengikut piawaian antarabangsa11

12 Bekerjasama dengan Geneva Call untuk memantau pematuhan peraturan-peraturan ini

Geneva Call

Geneva Call ialah pertubuhan bukan kerajaan yang berkecuali dan tidak memihak yang berusaha berdialog dengan pasukan bersenjata bukan kerajaan untuk menggalakkan mereka mematuhi dan menghormati norma kemanusiaan antarabangsa.

Tujuan Geneva Call ialah untuk melindungi orang awam dalam konflik bersenjata, khususnya:

• Melindungi kanak-kanak ketika konflik bersenjata

• Menghalang keganasan seksual dan menghapuskan diskriminasi jantina

• Mengharamkan periuk api anti personel

Surat Ikatan Komitmen

Surat Ikatan Komitmen ialah dokumen rasmi yang ditandatangani oleh pasukan bersenjata bukan kerajaan ke arah menghormati norma-norma kemanusiaan antarabangsa tertentu. Sehingga kini, Geneva Call telah menerbitkan tiga dokumen:

• Surat Ikatan Komitmen Untuk Mematuhi Pengharaman Menyeluruh Periuk Api Anti Personel dan Kerjasama Membasmi Periuk Api

• Surat Ikatan Komitmen Untuk Melindungi Kanak-kanak Daripada Kesan Konflik Bersenjata

• Surat Ikatan Komitmen Untuk Menghalang Keganasan Seksual Semasa Konflik Bersenjata dan Ke arah Menghapuskan Diskriminasi Jantina

Geneva Call menyokong dan memantau pelaksanaan Surat Ikatan Komitmen oleh pasukan-pasukan bersenjata bukan kerajaan yang menandatangan surat ikatan ini.

top related