management e3007

Post on 06-Jan-2016

46 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

MANAGEMENT E3007. UNIT 8. UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PENGENALAN Sebelum kita memahami keperluan peningkatan kemahiran dan latihan dalam pengurusan sumber manusia , kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan memahami perkataan Latihan dan kemahiran itu sendiri . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

MANAGEMENTE3007

UNIT 8

PENGENALAN

Sebelum kita memahami keperluan peningkatan kemahiran dan latihan dalam pengurusan sumber manusia, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan memahami perkataan Latihan dan kemahiran itu sendiri.

Apa itu latihan ?

Latihan merupakan satu proses memberi dan menambahkan pengetahuan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia.

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti

keperluan latihan untuk pekerja sesebuah

organisasi diantaranya :

a. penilaian prestasib. analisis ke atas keperluan pekerjac. analisis organisasid. pandangan pekerja

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Apa yang anda tahu tentangkemahiran ?

Kemahiran ialah kebolehan yang

khusus di dalam sesuatu bidang.

Kemahiran boleh dikategorikan

kepada dua bentuk iaitu: 

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

a) Kemahiran teknik seperti kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan pemasaran yang mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat menjalankan pekerjaan.

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

b) Kemahiran pengurusan adalah kebolehan mengurus yang berkaitan dengan proses pengarahan, penyelarasan dan pengawasan pekerjaan orang lain.

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

KEPERLUAN PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN

Kenapa kita perlukan peningkatan kemahiran dan latihan ?

Sebenarnya latihan dan kemahiran dapat mempengaruhi atau merubah gelagat pekerja menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke arah pencapaian matlamat organisasi .

Disamping itu , ia juga dapat meningkatkan kemahiran atau kebolehan seseorang pekerja. 

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Sebelum sesuatu latihan diadakan, pihak pengurusan mestilah menentukan bidang kemahiran yang perlu diterapkan kepada

pekerja di dalam organisasi.  Contohnya : Nikkey merupakan pekerja baru sebagai

Pembantu Teknik di sebuah syarikat pemasangan barang-barang elektrik , perlu diberi kursus atau latihan yang berkaitan supaya beliau dapat memahami organisasi dan perjalanan syarikat dan tugas-tugasnya sebagai Pembantu Teknik .

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Keperluan latihan bukan hanya penting untuk pekerja-pekerja baru, malah ianya perlu berterusan agar kecekapan dan keberkesanan kerja dapat dipertingkatkan.  Contohnya : Shida telah berkhidmat sebagai kerani akaun

dengan syarikat O’connors selama 5 tahun dan pada peringkat itu, beliau perlu memahirkan dirinya dalam pengguanaan komputer untuk meningkatkan prestasi kerja selaras perkembangan IT yang sedang meningkat.

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Rumusan

Latihan proses memberi dan menambahkan pengetahuan

Kemahiran kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang

Bentuk Kemahiran

Kemahiran teknik

Kemahiran pengurusan

CARA-CARA MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN

 Setelah kita mengenalpasti

keperluankeperluan latihan dalam sumberpengurusan

manusia seperti yang dinyatakan di atas, kita

akan menghuraikannya cara-cara

mengenalpasti keperluan latihan tersebut.

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Penilaian Prestasi

Apa yang anda tahu tentang penilaian prestasi ? Ia merupakan proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja dalam melakukan kerjanya.

Daripada penilaian prestasi yang dijalankan, kita akan dapat mengambil langkah-langkah yang boleh meningkatkan prestasi kerja

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Analisis ke atas Keperluan Pekerjaan Kenapa kita perlu membuat analisis keperluan

pekerjaan ? Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan kebolehan yang ada pada setiap pekerja bersesuaian dengan tugas yang diberikan kepadanya. Jika tidak, latihan perlu diberikan kepada pekerja tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Analisis Organisasi Pihak atasan boleh menentukan keperluan latihan dengan

mengambilkira perancangan jangka panjang organisasi yang telah dibuat.

  Contohnya :- Sebuah syarikat minuman kordial mempunyai strategi

untuk mengeluarkan produk baru iaitu makanan bijian berasaskan kacang tanah dalam masa 3 tahun dari sekarang, pengurusan syarikat tersebut sudah pasti akan mengkaji atau mengenalpasti kemahiran yang diperlukan oleh pekerja yang terlibat dalam pengeluaran produk tersebut. Oleh yang demikian latihan yang berkaitan boleh dirangka dan diberikan kepada pekerja yang berkenaan.

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pandangan Pekerja Organisasi boleh mendapat maklumbalas

daripada pekerja dengan lebih jelas tentang jenis-jenis latihan yang diperlukan untuk menghasilkan kerja dengan lebih berkesan.

  Contohnya :- Pegawai Eksekutif A boleh memaklumkan kepada

pihak atasan tentang keperluannya terhadap kemahiran menggunakan komputer atau kemahiran komunikasi

 

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

JENIS-JENIS LATIHAN   Selepas mengenal pasti siapakah yang

patut menerima latihan, pengurus kemudiannya perlu menentukan bentuk-bentuk latihan yang sesuai dengan keperluan individu dan pekerjaan.

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:-◦ Latihan sambil bekerja (On Job Training)◦ Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di

pusat pengajian, bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain.

◦ Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang berhampiran dengan tempat kerja.

◦ Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari institusi khusus untuk program latihan.

 

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Rumusan

Cara mengenalpasti perlunya latihan

Penilaian Prestasi

Analisis Keperluan Pekerjaan

Pandangan Pekerja

Analisis Organisasi

Jenis Latihan

On Job Training

Latihan di luar tempat kerja

Latihan

penginstitusian

Latihan intensif

UNIT 8: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

top related