management softcopy

Download Management Softcopy

Post on 02-Jun-2018

223 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Management Softcopy

    1/13

    OUM BUSINESS SCHOOL

    BBPP1103

    PRINCIPLES OF MANAGEMENT

    NAME : MOHAMAD SHAHRIL NIZAM BIN SHAFIE

    MATIC NO. : 861018145035001

    LECTURER : SEGAR SUBRAMANIAM

  • 8/10/2019 Management Softcopy

    2/13

    2

    Isi Kandungan

    Bil. Tajuk Muka Surat

    1.0 Pengenalan 3

    2.0 Analisa artikel

    2.1 Artikel pertama 7

    2.2 Artikel kedua 9

    2.3 Artikel ketiga 11

    3.0 Kesimpulan 13

    4.0 Rujukan 13

  • 8/10/2019 Management Softcopy

    3/13

    3

    1.0 Pengenalan

    Pengurus adalah individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan bahawa

    setiap tugas dilaksanakan oleh pekerja di dalam sesebuah organisasi. Seorang pengurus

    seharusnya bijak mengarah orang lain untuk melaksanakan kerja dengan cekap dan berkesan.

    Manakala, pengurusan pula bermaksud memastikan sesuatu tugas itu dijalankan dengan baik

    sehingga selesai. Ini bermakna bahawa seorang pengurus berperanan sebagai penyelaras

    dengan memastikan tugas itu dijalankan dengan lancar, tidak semestinya tahu cara untuk

    melaksanakan kerja tertentu. Sebagai contoh, seorang pengurus kilang biskut tidak

    semestinya tahu dengan terperinci cara untuk membuat biskut; namun, pengurus perlu

    memastikan semua sumber yang telah diperuntukkan kepadanya termasuk sumber manusia

    iaitu pekerja-pekerja di bawah kawalannya berfungsi dengan baik dan objektif organisasi

    yang telah ditetapkan dapat dicapai secara cekap dan berkesan.

    Pengurus boleh difahami melalui tiga cara iaitu pertama, melalui cara tradisi untuk

    menganalisa tugas pengurus ialah dengan melihat fungsi-fungsi kerja yang dilakukan oleh

    pengurus. Cara kedua ialah dengan melihat peranan pengurus dan cara ketiga ialah dengan

    menganalisa kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pengurus.

    Pengurus juga terlibat dalam beberapa aktiviti asas yang dikategorikan mengikut fungsi-

    fungsi pengurusan seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.

    Pengurus perlu merancang untuk menentukan objektif yang perlu dicapai dalam jangka masa

    tertentu dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif tersebut. Semua peringkat

    pengurusan dalam sesebuah organisasi perlu terlibat dalam proses perancangan ini. Para

    pengurus perlu membangunkan objektif-objektif yang selaras dengan strategi keseluruhan

    organisasi.

    Selain itu, pengurus juga terlibat dalam pengorganisasian untuk menentukan tugas-tugas yang

    perlu dibuat; siapa yang melaksanakan dan menyelaraskan tugas; bagaimana tugas

    dikategorikan; siapa yang melaporkan dan kepada siapa; dan di mana keputusan perlu dibuat.

    Pengurus perlu menyusun atur maklumat, sumber dan aliran kerja organisasi secara logik dan

    berkesan agar pengurus mampu bertindak secara positif terhadap sebarang perubahan dalam

    persekitaran perniagaan.

    Disamping itu, pengurus juga terlibat dalam memimpin organisasi. Kepimpinan ini termasuk

    memotivasikan pekerja bawahan; memilih saluran komunikasi yang paling efektif;

  • 8/10/2019 Management Softcopy

    4/13

    4

    menangani konflik; dan mengarah serta membimbing orang lain dengan niat untuk mencapai

    kesemua objektif organisasi. Pemimpin berkesan pada masa kini perlu berwawasan dalam

    membayangkan masa hadapan, serta berkongsi wawasannya dengan pekerja lain dan

    menggalakkan mereka untuk merealisasikan wawasan tersebut.

    Tambahan pula, pengurus juga terlibat dalam aktiviti pengawalan. Pengurus perlu mengawal

    untuk mengukur prestasi dalam semua objektif yang telah ditetapkan, memastikan sebab-

    sebab penyimpangan berlaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila perlu.

    Pengawalan merupakan satu fungsi yang penting dalam proses pengurusan kerana

    pengawalan menyediakan kaedah atau cara bagi memastikan bahawa organisasi bergerak ke

    arah pencapaian objektifnya.

    1.1 Peranan Pengurus

    Menurut Professor Henry Mintzberg, seorang profesor dalam pengurusan yang telah

    menjalankan satu analisis terperinci tentang pengurus dengan cara berjalan di sekitar tempat

    kerja dan memerhati pengurus membuat kerja. Beliau mendapati pengurus bukan sahaja

    merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal tetapi memainkan peranan-peranan

    penting lain seperti sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding

    dan pencetus idea (Lewis, P. S. et al; 2001).

    1.1.1 Peranan sebagai Tunggak

    Seorang pengurus perlu menjalankan tugas-tugas istiadat atau rasmi. Misalnya, naib canselor

    sebuah universiti mesti terlibat dalam majlis pelancaran program di universiti. Begitu juga

    ketua sebuah jabatan bertanggungjawab untuk melayan para pelanggannya.

    1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin

    Secara tidak langsung, seorang pengurus memainkan peranan sebagai seorang pemimpin.

    Setiap pengurus berfungsi sebagai pemimpin dalam memberi motivasi dan semangat kepada

    orang bawahannya. Pengurus juga harus memimpin ahli-ahli unitnya untuk melaksanakan

    tugasan dengan berkesan ke arah mencapai matlamat unit dan juga organisasi, di samping

    menyelesaikan masalah-masalah dan isu yang timbul di dalam organisasi.

  • 8/10/2019 Management Softcopy

    5/13

    5

    1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan

    Seorang pengurus turut berperanan untuk menyampaikan maklumat yang relevan kepada

    pihak di luar unit dan juga di luar organisasi,atau dengan kata lain seseorang pengurus

    berperanan sebagai saluran komunikasi di antara jabatannya dengan jabatan-jabatan

    lain di dalam mahupun di luar organisasi. Sebagai contoh, seorang pengurus sumber manusia

    mungkin menghubungi pengurus kewangan untuk menyemak dana yang diperuntukkan untuk

    pengambilan pekerja baharu dalam organisasi sebelum pengambilan pekerja dimulakan.

    1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap

    Pengurus sesebuah organisasi lazimnya berperanan sebagai jurucakap. Sebagai contoh,

    seorang penyelia akan memastikan pengurus operasi dibekalkan dengan maklumat terkini

    tentang operasi pengeluaran kilang. Pada masa yang sama, pengurus besar sebuah kilang

    akan melobi pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan tender yang baharu.

    1.1.5 Peranan sebagai Perunding

    Tiada organisasi yang bebas daripada sebarang masalah. Walaupun terdapat pelbagai

    kerumitan, seorang pengurus harus mencari jalan keluar bagi setiap masalah yang timbul.

    Oleh kerana seorang pengurus berperanan sebagai perunding, maka kebanyakan masanya

    akan dihabiskan dalam perbincangan dengan kakitangan organisasi. Contohnya, seorang

    pengurus akan berunding dengan wakil kesatuan pekerja untuk mencapai perjanjian secara

    baik berkaitan gaji pekerja.

    1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea

    Dua pakar pengurusan, Sumantra Ghoshal dan Christopher Bartlett (Dessler, G; 2001),

    menegaskan peranan tambahan pengurus adalah sebagai pencetus tindakan korporat dan

    transformasi. Selain itu, seorang pengurus yang cemerlang adalah seseorang yang dapat

    menyemai tiga proses yang membawa para pekerjanya ke arah mencapai inisiatif perubahan.

    Proses-prosesnya adalah seperti berikut:

  • 8/10/2019 Management Softcopy

    6/13

    6

    1.1.6.1 Proses Keusahawanan

    Pengurus akan cuba memperbaiki prestasi unitnya dengan melancarkan program apabila

    beliau mendapat idea yang bagus, agar ideanya itu boleh menjadi kenyataan. Penyelidikan

    yang dijalankan di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah menunjukkan bahawa seorang

    pengurus yang berjaya adalah seorang yang menumpukan sepenuh masa dan tenaganya untuk

    memupuk pekerja-pekerjanya supaya berfikir sebagai seorang usahawan. Untuk mencapai

    objektif ini, pengurus perlu memberi kuasa, menyokong dan memberi insentif kepada para

    pekerjanya untuk mencapai hala tuju mereka.

    1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan

    Dalam dunia yang berpusatkan teknologi, konglomerat perlu mengoptimakan kelebihannya

    sebagai sebuah pertubuhan yang besar. Ia bukan sahaja perlu menggunakan sepenuhya

    kelebihan-kelebihan dari segi skala ekonomi tetapi juga dari segi peningkatan pengetahuan

    dan keupayaan para pekerjanya. Sebagai seorang pengurus yang berjaya akan mewujudkan

    persekitaran kondusif yang mendorong pekerjanya untuk sanggup menanggung

    tanggungjawab tambahan. Dia juga memberi perhatian dalam menyediakan latihan dan

    bimbingan yang diperlukan oleh pekerjanya untuk membina motivasi diri. Selain itu, seorang

    pengurus yang berjaya akan memberi ruang kepada pekerjanya untuk membuat kesilapan

    semasa latihan dijalankan. Pekerja tidak seharusnya gentar tentang hukuman bagi kesilapan

    yang dilakukan, malah mereka digalakkan untuk belajar daripada kesilapan masing-masing.

    1.1.6.3 Proses Reformasi

    Seorang pengurus yang berjaya akan mengenal pasti keadaan yang mungkin menggugat

    strategi organisasi dan andaian lain yang dibuat. Dengan kata lain, seorang pengurus mampu

    menyemai sikap bertanya di kalangan subordinatnya. Antara soalan yang ditanya adalah

    mengapa sesuatu itu dilakukan dalam cara tertentu dan sama ada terdapat alternatif lain untuk

    membuat sesuatu.

  • 8/10/2019 Management Softcopy

    7/13

    7

    2.0 Analisa artikel

    Beberapa artikel yang membincangkan isu berkaitan peranan pengurus dan pengurusan telah

    dipilih. Berdasarkan artikel yang dipilih, peranan pengurus di dalam sesebuah organisasi

    telah dianalisa.

    2.1 Artikel Pertama -The retail store managers role: Evidence from Greece

    Rajah 1: Keratan artikel The retail store managers role: Evidence from Greece.Berdasarkan kera