livestock management system suziana binti samuntin
Post on 20-Jan-2017
260 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LIVESTOCK MANAGEMENT SYSTEM
SUZIANA BINTI SAMUNTIN
Laporan dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat-syarat untuk penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2008
iii
Untuk papa yang dikasihi, Samuntin Bin Ihwan..
yang selalu mendoakan kejayaan dan memahami perjuangan anakmu ini..
Dan
Untuk arwah mama yang tercinta.. Salmah Binti Adnan
Jasa. pengorbanan dan sokonganmu tidak akan kulupakan..
ini adalah kejayaan untuk mama..
al-Fatihah…
Juga
Untuk seluruh keluarga, sahabat ku Siti Norjihan Rusiman ,
Muhamad Azlan Aziz dan Kamarudin Saad..
pengertian dan dorongan mu amat kuhargai..
Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga..
Moga Allah yang dapat membalas jasa kalian
iv
PENGHARGAAN
Ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan sekelian alam, Allah
S.W.T yang telah mempermudahkan saya untuk menyelesaikan pembangunan projek
ini sebagai syarat penganugerahan Ijazah walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat seluruh ahli keluarga dan sahabat
perjuangan yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi. Dorongan dan
suntikan semangat kalian sewaktu saya menghadapi masalah menjadi pembakar
semangat untuk meneruskan perjuangan ini.
Tidak dilupakan En Norhashim Abu Samah yang menjadi pemangkin kepada
saya untuk menyertai program SKIT ini juga kepada penyelia saya yang dikasihi, Dr.
Md. Asri Ngadi, Dr. Johan B. Mohamad Shariff dan En. Md. Mohar Mohammad
yang telah bersama-sama memberikan pandangan, panduan dan buah fikiran bagi
rujukan saya. Ucapan terima kasih juga buat mentor bisnes saya, En. Kamaruzaman
Jahidin dari Aspati Sdn. Bhd. yang sentiasa sedia memberikan motivasi, idea,
pendapat dan bimbingan dalam selok belok perniagaan ini. Tidak dilupakan pihak
UTM, MARA, BIP, FSKSM, FPPSM, para konsultan, tenaga pengajar dan
penceramah yang telah mencurah bakti bagi melancarkan program ini.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga untuk semua mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha
kita semua.
v
ABSTRAK
Implementasi teknologi RFID dalam sektor pertanian khususnya penternakan
sewajarnya dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan mengurus ternakan
seperti lembu. Rekod sejarah diri ternakan ini perlu disimpan dengan rapi dan
tersusun agar pemantauan terhadap penyakit yang mungkin dihidapi dapat dipantau
pada peringkat awal. Selain itu, pengenalan diri ternakan secara konvensional seperti
menggunakan tag plastik yang dikepit pada telinga ternakan adalah tidak efektif
kerana tag akan mudah tertanggal, kotor mahupun mudah pecah. Sistem Pengurusan
Ternakan (LIMAS) telah dibangunkan sebagai sebuah prototaip bagi
mengintegrasikan sistem dengan perkakasan percubaan, kit RFID. Data diri ternakan
dapat diperoleh dengan lebih mudah, tepat dan pantas apabila menggunakan sistem
ini. Metodologi Rational Unified Process (RUP) telah dipilih sebagai plan
perancangan pembangunan sistem LIMAS. Sistem LIMAS dapat menggambarkan
bagaimana data diperoleh ketika pengguna menggunakannya di ladang ternakan.
vi
ABSTRACT
Implementation of RFID technology especially in the agricultural sector
should help increase livestock management efficiency such as cattle. The recorded
history of the livestock need keep properly and in right order to make sure we can
make observation towards dieses that can know at a early stage. Except than that,
conventional livestock identification such as plastic tag at the ear of the livestock is
not effective because tag can be lose, get dirty or even broke. Livestock Management
System (LIMAS) have been developed as a prototype to integrate the system with
trial hardware, RFID kit. Livestock data can be obtained with more easy, accurate
and fast with this system. Rational Unified Process have been used as planning plan
for LIMAS. LIMAS can describe how we can get data when the user used it at the
farm.
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Statistik Permintaan Produk Daging 1997-2010 5
2.1 Perbandingan RFID dan Kod Bar 16
2.2 Syarikat Tempatan dan Produk yang Bersamaan 16
2.3 Perbandingan antara SQL Server dan MySQL 17
2.4 Spesifikasi Reader evo Module 18
3.1 Spesifikasi Perkakasan Prototaip 32
3.2 Spesifikasi Perisian dan Keterangan 32
4.1 Keterangan Aktor dalam Sistem 40
5.1 Sasaran Untuk Peningkatan Daging Negara 53
5.2 Latarbelakang dan Pengalaman Ahli 60
5.3 Produk Pesaing 66
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Ternakan Lembu di Kandang Fidlot 9
2.2 Ternakan Lembu Integrasi 10
2.3 Bilangan Ternakan Kes Studi Mengikut Negara 10
2.4 Implementasi RFID Dalam Ternakan 13
2.5 Tag RFID 14
2.6 Reader Handheld dan Reader Statik 15
2.7 evo Module Reader dan Antena 18
2.8 Senibina Pelayan Pelanggan 20
3.1 Model Rational Unified Process 23
3.2 Keratan Akhbar Online 27
3.3 Keratan Akhbar Online 27
3.4 Lawatan ke Ladang Ternakan Lembu Fidlot 28
3.5 Lawatan ke Gerai Pameran RFID 29
3.6 Lawatan ke Pameran Haiwan 29
4.1 Senibina Sistem LIMAS 37
4.2 Reader Module 38
4.3 Tag Berbentuk Label 38
4.4 Rajah UseCase Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) 39
4.5 Jujukan Proses scanTag 44
4.6 Rajah Aktiviti scanTag 45
4.7 Rajah Kelas 46
4.8 Antaramuka Utama Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) 47
4.9 Antaramuka Rekod Tag Baru 47
4.10 Antaramuka Input Rekod Ternakan 48
xiv
4.11 Antaramuka Ralat Tiada Tag yang Diimbas/Dijumpai 48
5.1 Permintaan Daging di Kalangan Pengguna 52
5.2 Lakaran Reader dan Tag 55
5.3 Rekabentuk Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) 56
5.4 Fungsi Sistem LIMAS 57
5.5 Perancangan Sistem LIMAS 59
5.6 Carta Organisasi AlfaSys 60
5.7 Saiz Industri RFID di Malaysia 64
5.8 Saiz Pasaran RFID di Asia 65
5.9 Analisis SWOT 66
vii
KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah dan Peluang 4
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Skop Projek 7
1.6 Kepentingan Projek 7
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kajian Terhadap Ternakan Lembu 9
2.2.1 Kajian Lembu Fidlot 9
2.3 Kajian Teknologi RFID 12
viii
2.3.1 Komponen RFID 13
2.3.2 Tag RFID 14
2.3.3 Pembaca RFID 15
2.3.4 Perbandingan Teknologi RFID dan Barkod 15
2.4 Analisa Sistem Semasa 16
2.5 Kajian Pemilihan Perkakasan dan Perisian 17
2.5.1 Pangkalan Data 17
2.5.2 Pemilihan Perkakasan RFID evo Module 17
2.5.3 Intranet 18
2.5.4 Konsep Pelayan Pelanggan 19
2.6 Justifikasi Pemilihan 20
2.7 Rumusan 21
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 22
3.2 Metodologi Projek 23
3.2.1 Justifikasi Pemilihan RUP 23
3.2.2 Kaedah Permodelan Berorientasi Objek 24
3.3 Kitar Hayat Sistem Pengurusan Ternakan 25
3.3.1 Fasa Permulaan 26
3.3.2 Fasa Penerangan 30
3.3.3 Fasa Pembangunan 31
3.4 Analisa Keperluan 31
3.4.1 Keperluan Perkakasan 31
3.4.2 Keperluan Perisian 32
3.4.3 Justifikasi Pemilihan Perisian 33
3.5 Andaian dan Kekangan 34
3.6 Rumusan 35
ix
4 ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan 36
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 36
4.3 Rekabentuk Pangkalan Data 38
4.4 Rekabentuk Sistem 38
4.4.1 Rekabentuk Kes Guna 39
4.4.2 Rekabentuk Jujukan Proses 43
4.4.3 Keperluan Pengguna 44
4.4.4 Rajah Kelas 45
4.4.5 Keperluan Pengguna 46
4.5 Antaramuka Sistem Prototaip 46
4.7 Rumusan 49
5 RANCANGAN PERNIAGAAN
5.1 Ringkasan Eksekutif 50
5.2 Produk 51
5.2.1 Peluang 51
5.2.2 Kajian Masalah Sistem Semasa 54
5.2.3 Pengenalan Bisnes 54
5.2.4 Analisa Industri 57
5.2.4.1 Pengenalan Bisnes Model 57
5.2.4.2 Kelebihan Teknologi 58
5.2.5 Status dan Keperluan Projek 58
5.3 Pengurusan dan Organisasi 59
5.3.1 Latarbelakang Ahli 60
5.3.2 Penasihat dan Sokongan Profesional 61
5.4 Analisis Industri 62
5.4.1 Tren Industri 62
5.4.2 Saiz Industri 64
5.4.3 Sasaran Pasaran 65
5.4.4 Analisis Pesaing 66
x
5.4.5 Strategi Kompetitif 66
5.5 Strategi Pemasaran 67
5.5.1 Strategi Pemasaran Produk 67
5.5.2 Strategi Memasuki Pasaran 67
5.5.3 Strategi Harga 68
5.5.4 Saluran Pengedaran 68
5.5.5 Promosi dan Pengiklanan 69
5.6 Penilaian Risiko 69
5.6.1 Lain-lain Risiko 70
5.7 Pembangunan dan Pelan Jangka Panjang 70
5.7.1 Sasaran 70
5.7.2 Strategi 71
5.7.3 Batu Tanda 71
5.7.4 Kitaran Risiko 72
5.7.5 Pelan Jangka Panjang 72
6 KESIMPULAN
6.1 Pencapaian 73
6.2 Kekangan dan Cabaran 74
6.3 Perbincangan dan Cadangan 75
RUJUKAN
LAMPIRAN
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Aplikasi berasaskan Radio Frequency Identification (RFID) telah
dilaksanakan di dalam pelbagai sistem seperti aplikasi sekuriti kenderaan, sistem tol
di lebuhraya dan juga ia telah digandingkan dengan bidang agrotek dan pertanian di
sesetengah negara. Kini, teknologi RFID semakin berkembang dan menjadi
sebahagian daripada kehidupan, sama ada di persekitaran tempat bekerja mahupun di
rumah. RFID telah membina suatu hubungan dinamik antara manusia, objek juga
proses dan meletakkan statusnya sebagai pusat pengumpulan data dan rekod,
perwakilan identiti serta sistem analisis.
Penggunaan teknologi RFID adalah tidak terbatas dan bersifat pelbagai guna.
Ia adalah lebih fleksibel dan mudah digunakan jika dibandingkan dengan teknologi
bar kod ataupun kaedah pengumpulan data yang lain. Dengan menggunakan
kelebihan yang terdapat di dalam teknologi ini ia bukan sahaja melibatkan tentang
bagaimana teknologi RFID bekerja, malah pengguna harus sedar dan menghargai
bahawa implementasi teknologi ini telah berjaya menjimatkan masa, mengurangkan
2
kos tenaga buruh, mengurangkan kesilapan dan pembaziran serta meningkatkan
kualiti keseluruhannya.
RFID di dalam bidang pemakanan dan ternakan industri pula semakin
berkembang. Sebagai contoh, ternakan khinzir di Thailand dan juga negara-negara
lain telah ditagkan menggunakan teknologi RFID manakala ternakan ikan di Kanada
juga ditagkan bagi tujuan pengujian dan kawalan. Negeri Michigan, Amerika
Syarikat juga telah melaksanakan program perwakilan identiti bagi ternakan di
seluruh Michigan bermula 1 Mac 2007 yang lalu di bawah program National Animal
Identification System (NAIS) [1] [2]. Ternakan ditagkan bagi tujuan rekod dan
pengawalan penyakit di samping menjejak perpindahan ternakan dari satu lokasi ke
lokasi yang lain.
Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) ini menawarkan sistem yang mampu
mengurangkan tenaga manusia yang diperlukan bagi merekod dan juga dapat
meningkatkan ketelusan rekod ternakan. Ia akan mengurangkan respon masa,
menyediakan keputusan segera dan data dapat diperoleh melalui masa nyata (real
time) di samping memelihara keutuhan dan integriti data serta mengurangkan
kesilapan kemasukan data. Justeru, rekod ternakan akan sentiasa dikemaskini dan
boleh dirujuk dan dianalisis dengan cepat dan tepat.
Penggunaan tag RFID pada ternakan mengolah cara ia berfungsi ketika
proses pemadanan dan kemasukan data berlaku. Tambahan pula, tag RFID adalah
unik bagi setiap ekor ternakan bagi tujuan keselamatan. Ternakan di ladang yang
menggunakan aplikasi teknologi RFID akan mudah diselia dan dianalisis rekod
ternakannya bagi tujuan pemantauan kesihatan ternakan memandangkan isu penyakit
seperti lembu gila dan penyakit kuku dan mulut berlaku di sesetengah negara.
Terdapat sesetengah negara yang melaksanakan program perwakilan identiti bagi
setiap ternakannya dengan menggunakan nombor ID yang unik sehingga seumur
hidup ternakan tersebut. RFID merupakan jalan yang tepat bagi memenuhi keperluan
program seumpama ini.
3
1.2 Latarbelakang Masalah
i) Melalui sesi temuramah
Satu sesi temuramah telah diadakan dengan Pegawai Veterinar Daerah Kluang,
Tn. Hj. Ahmad Azam Abu Yamen. Beliau telah membangkitkan isu pegawai yang
mengalami masalah untuk merekodkan data ternakan ketika melakukan lawatan ke
ladang ternakan. Tiada bukti yang boleh ditemui pada ternakan untuk mengenalpasti
adakah ia telah melalui proses pemeriksaan kesihatan jika tag penanda yang dipasang
pada ternakan tersebut hilang atau telah terbuka dengan sendiri. Selain itu, ternakan
di ladang integrasi juga mengundang masalah yang mana tiada tanda pengenalan
pada ternakan yang menyatakan ia adalah hak milik penternak atau tidak. Proses
pengumpulan rekod juga adalah lemah. Lawatan ke Jabatan Haiwan Daerah Johor
Bahru bagi mendapatkan data ternakan telah membuka permasalahan ini. Rekod
laporan tahunan tahun 2003 merupakan laporan yang terkini. Pn. Siti Zarina,
Pegawai Daerah Johor Bahru menyatakan bahawa situasi ini berlaku kerana
kelewatan menerima laporan dari Pegawai setiap daerah di negeri Johor. Kelewatan
mengumpulkan laporan menyebabkan rekod sukar untuk dikompil dengan sempurna
mengakibatkan laporan tahunan lewat untuk dikeluarkan.
ii) Sistem Semasa
Tn. Hj. Ahmad Azam juga menyatakan bahawa Veterinar Info System (VEINS)
yang digunakan sejak tahun 1981 telah tidak digunakan lagi memandangkan kepada
keperluan sistem yang tidak relevan dengan keperluan semasa.
4
iii) Isu Semasa
Penternakan lembu masih menggunakan proses pengenalan manual. Tiada suatu
standard di seluruh negara buat masa ini dan sistem yang digunakan adalah berbeza
antara sebuah ladang dengan ladang yang lain. Hanya sebahagian informasi ternakan
yang boleh diperoleh semasa hayat ternakan tersebut seperti pemeriksaan darah,
pemeriksaan kesihatan dan jenis baka.
1.3 Penyataan Masalah dan Peluang
Beberapa masalah dan peluang yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
i) “All livestock animals in Malaysia to be implanted with tracking chip by 2008”
[3]
Berdasarkan petikan tersebut, ternakan yang mempunyai nilai ekonomi akan
ditanam dengan cip RFID pada tahun 2008. Ia akan memudahkan proses
pengawasan pergerakan dan juga bagi mengelakkan penyebaran wabak penyakit
kuku dan mulut
ii) “Tagging to curb spread of FMD” [4]
Menteri Pertanian dan Asas Tani pada masa tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata bahawa proses tag akan bermula dengan ternakan lembu yang diimport
dan kemudian barulah diimplemen ke atas ternakan tempatan bagi mengelakkan
penyebaran wabak penyakit kuku dan mulut. Isu penyeludupan ternakan juga
boleh dipantau dan mudah untuk dikenal pasti memandangkan ternakan terbabit
tidak mempunyai kod nombor pengenalan diri.
5
Peluang-peluang dan dasar yang menyokong pembangunan projek Sistem
Maklumat Ternakan ini boleh dikategorikan kepada dua faktor utama iaitu
perkembangan industri pertanian negara dan juga perkembangan teknologi RFID.
Berikut merupakan penyataan sokongan:
i) Tiga polisi utama bagi pembangunan masa depan sektor pertanian [5]
a. Dasar Pertanian Negara III (1998-2010);
b. RMK-9 (2006-2010) dan
c. Pelan Induk Pertanian III (2006-2020)
ii) National Feedlot Center (NFC) atau Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikenali
sebagai lembah lembu (beef valley) di Gemas akan dilaksanakan di atas kawasan
seluas 2, 025 hektar persegi. Kira-kira 60 000 ekor ternakan akan ditempatkan di
NFC. Ini akan meningkatkan pengeluaran produktiviti hasil daging ke 40%
berbanding 25% pada masa kini, sehingga RM680 milion [5].
iii) Terdapat permintaan produk daging di kalangan pengguna seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Statistik Permintaan Produk Daging 1997-2010
1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
Isirumah 48814 50080 51386 52722 54092 55499 56942 58422 59942 61499 63099 64740 66423 68150
Kilang 38110 43826 50401 57961 66656 76654 88154 101377 116584 134072 154183 177312 203909 234496
Institusi 27337 31438 36154 41581 47819 54992 63244 72729 83640 96187 110617 127210 146293 168239
iv) Perkembangan teknologi RFID berdasarkan laporan kajian IDC terkini ke atas
teknologi RFID menyatakan bahawa sektor tempatan yang melabur di dalam
bidang ini dianggarkan meningkat daripada US$2.45 milion (RM9 mil) pada
tahun 2005 kepada US$20.94 million (RM76 mil) pada tahun 2010, dengan
pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 45.84%, [6].
v) Agensi kerajaan adalah salah satu kunci sasaran pasaran di Malaysia bagi
implementasi teknologi RFID. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal
6
Pengguna, Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan Jabatan Penjara Malaysia
adalah salah satu agensi yang telah menggunakan penyelesaian RFID. Beberapa
sektor agensi sedang di dalam proses implementasi [7].
vi) Malaysian Microchip (MM Chip) iaitu cip RFID pertama Malaysia akan menjadi
pemangkin kepada lebih ramai syarikat tempatan untuk mencipta aplikasi
berasaskan RFID dan membantu kepada meluaskan penggunaan teknologi ini
[8].
1.4 Objektif Projek
i) Membangunkan sistem pengurusan ternakan moden bagi agribisnes berfokus
kepada ternakan
ii) Membangunkan sistem pengurusan ternakan standalone
iii) Mengenalpasti dan menggunakan perkakasan efektif berkos rendah sebagai
penyelesaian kepada sistem sebenar
iv) Membangunkan sistem yang dapat meningkatkan produktiviti dan pemantauan
kesihatan dalam bidang penternakan negara
7
1.5 Skop Projek
i) Sistem dibangunkan di persekitaran Microsoft Windows
ii) Sistem menggunakan Visual Basic sebagai bahasa pengaturcaraan
iii) Sistem beroperasi dalam persekitaran intranet
iv) Sistem menggunakan perkakasan toolkit/starter kit bagi tujuan perwakilan
prototaip sistem
v) Sistem berfokus kepada ternakan lembu di ladang fidlot
1.6 Kepentingan Projek
i) Dapat meningkatkan ketepatan rekod dan data yang efisyen dalam pengurusan
ternakan
ii) Pemantauan ternakan yang cepat bagi tujuan pengawalan penyakit dan program
kuarantin
iii) Mengurangkan bilangan haiwan yang dikuarantin dan meningkatkan produktiviti
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Industri pertanian di Malaysia meliputi tiga aspek penyumbang utama sektor
berkenaan iaitu pertanian, penternakan dan juga perikanan. Di bawah kepimpinan
YB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, negara telah diperkasa dengan sumber
kekayaan baru iaitu sektor pertanian yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi
negara. Sektor penternakan adalah salah satu keperluan ekonomi yang mampu
mengurangkan kebergantungan kepada import daging dari luar negara.
Negara mempunyai tiga polisi utama bagi pembangunan industri ternakan
negara pada masa akan datang iaitu Dasar Pertanian Negara III (1998-2010),
Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010) dan Pelan Induk Pertanian III (2006-2020).
Ketiga-tiga polisi utama ini adalah sebagai pemangkin dan hala tuju kepada
perkembangan industri pertanian negara.
Implementasi teknologi RFID di dalam bidang ternakan amatlah tepat pada
masanya, seiring dengan sasaran negara untuk mengimplan cip ke atas ternakan
9
bernilai tinggi pada tahun 2008. Sehubungan itu, kajian literatur berikut dilakukan
untuk menggambarkan dengan lebih jelas tentang Sistem Pengurusan Ternakan
(LIMAS) ini. Justeru, setiap topik yang berkaitan akan dibincangkan dalam
penulisan Bab 2 ini.
2.2 Kajian Terhadap Ternakan Lembu
Penternakan lembu di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada beberapa
kategori seperti ternakan secara tradisional, semi komersil dan juga komersil.
Ternakan secara tradisional kebanyakannya dilakukan oleh orang perseorangan yang
menjalankan aktiviti ini di persekitaran kampung ataupun di tanah rancangan felda.
Pengusaha ternakan semi komersil pula didefinisikan sebagai mengusahakan
ternakan dalam lingkungan jumlah 50-100 ekor ternakan dan beroperasi sama ada di
kandang fidlot ataupun di ladang integrasi. Bagi ternakan melebihi 100 ekor pula, ia
diusahakan oleh pengusaha komersil dan pada kebiasaannya pengusaha mempunyai
ladang fidlot sendiri. Sila rujuk Lampiran F bagi statistik ternakan lembu di
Malaysia.
Rajah 2.1: Ternakan Lembu di Kandang Fidlot
10
Rajah 2.2: Ternakan Lembu Integrasi
Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot di
mana ia boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran
yang baik seperti baka import (lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan
Nellore), kacukan baka tempatan dengan baka import seperti Kacukan KK x
Brahman dan KK x Nellore dan Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK) yang mana
lembu baka tempatan KK menunjukkan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih
rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot
adalah jantan namun begitu, lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti
memberikan pulangan yang baik [9].
Rajah 2.3: Bilangan Ternakan Kes Studi Mengikut Negara, Sumber: IDTechEx
11
2.2.1 Kajian Lembu Fidlot
Definisi fidlot boleh dinyatakan sebagai memelihara lembu secara intensif di
dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui
peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air yang bersih,
mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.
Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh
disamakan dengan penggemukan. Penggemukan atau peningkatan utama berat
badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat
umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan.
Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) di antara umur
12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja.
Deposisi lemak adalah terlalu kecil.
Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia ialah:
i) Sekali masuk - Sekali keluar
Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam suatu masa sehingga tamat
tempoh dan mencapai sasaran berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan
(dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya.
ii) Masuk-Keluar Berterusan
Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh
tertentu berdasarkan sasaran pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan
ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.
12
2.3 Kajian Teknologi RFID
RFID merujuk kepada sistem pengenalan automatik yang mengandungi tag
RFID, pembaca RFID dan peralatan penghubung RFID yang diperlukan untuk
menterjemah maklumat yang diperoleh daripada tag dan berkomunikasi dengan
perisian aplikasi yang digunakan. Tag RFID mengandungi maklumat objek yang
spesifik di dalam memorinya, dan dicapai melalui isyarat radio yang dipancarkan
melalui pembaca RFID. Tag RFID berupaya menawarkan operasi membaca
(reading), menulis (writing), memancarkan (transmitting), menyimpan (store) dan
mengemaskini. Tag RFID boleh menyimpan sehingga 32 megabait data yang mana
ini membuatkannya lebih sukar untuk dipalsukan berbanding kod bar. Teknologi
RFID mengaplikasikan teknologi tanpa wayar yang dikenali sebagai ‘wireless’ antara
objek (tag) dan pembaca ‘reader’.
RFID telah wujud sejak 1950-an dan pada dua dekad yang lalu ianya telah
diperkenalkan bagi menggantikan penggunaan kod bar (Stoneet et al.). Persamaan
utama antara kod bar dan RFID ialah maklumat akan berkomunikasi dengan perisian
setelah diimbas. Perbezaan yang nyata pula RFID adalah lebih lasak berbanding kod
bar dan keunikannya ini menyebabkan RFID lebih meluas implementasinya.
Negara-negara luar telah pun menggunakan teknologi RFID ini sejak sekian
lama. Walaupun begitu, teknologi ini bukanlah semudah yang disangkakan. Ia
melibatkan penggunaan tag, pembaca, rangkaian computer (middleware RFID) serta
sistem pangkalan data. Keberkesanan dan kemampuan tag RFID telah dibuktikan.
Pemeriksaan objek dalam kuantiti yang banyak boleh dibuat secara serentak dan
berterusan tanpa perlu diasingkan dan diperiksa satu demi satu. Kebanyakan aplikasi
RFID di seluruh dunia menggunakan gelombang panjang 125 kHz dan 13.56 Mhz.
Pembaca RFID dapat mengesan dan membaca maklumat yang terkandung dalam tag
apabila tag berada dalam kawasan elektromagnetik yang mana pada masa itu ia akan
mengaktifkan tag untuk mengesan identitinya.
13
Rajah 2.4: Implementasi RFID dalam ternakan, Sumber: IDTechEx
2.3.1 Komponen RFID
Sistem RFID mengandungi dua komponen utama iaitu:
i) Transponder: Tag akan diletakkan pada objek yang dikenalpasti.
Kebiasaannya tag mengandungi beberapa unsur penting seperti ID unik dan cip
mikroelektrik
ii) Interrogator: Pembaca (reader) untuk membaca data yang dihantar (terdapat
beberapa jenis peralatan seperti handheld ataupun yang diletakkan di suatu
tempat). Mempunyai beberapa kategori seperti baca sahaja (read only) atau
fungsi baca-tulis (read/write device)
14
2.3.2 Tag RFID
Tag RFID mempunyai cip mikro yang mampu menyimpan maklumat. Saiz
dan bentuk tag berbeza mengikut keadaan, antaranya nipis seperti kad kredit,
berbentuk cip kecil berukuran beberapa milimeter dan pelbagai bentuk lagi. Sila
rujuk Lampiran E bagi jenis-jenis tag RFID. Ia juga wujud dalam tiga jenis kategori
iaitu tag aktif, semi-aktif dan pasif. Tag ditentukan berdasarkan bagaimana tag
memanipulasi kuasa yang diterimanya.
i) Tag aktif: Kuasa bateri memancarkan maklumat yang disimpan dalam memori
kepada pembaca. Kuasa bateri dapat bertahan bagi tempoh 5-10 tahun jika
digunakan. Tag aktif adalah mahal dan ia biasanya digunakan untuk mengesan
barangan atau objek bernilai pada jarak 100 kaki ataupun lebih.
ii) Tag pasif: Ia tidak memerlukan bateri, tetapi mendapat kuasa daripada
gelombang elektromagnetik yang diberi atau dipancarkan dari pembaca RFID.
Tag ini lebih murah berbanding tag aktif namun jarak bacaannya adalah terhad,
kurang daripada tiga meter.
Rajah 2.5: Tag RFID
15
2.3.3 Pembaca RFID
Pembaca RFID mempunyai antena yang memancarkan gelombang radio pada
frekuensi yang ditetapkan untuk mengaktifkan tag dalam julat bacaannya. Semasa
menerima isyarat radio dari pembaca RFID, tag akan menghantar maklumat yang
tersimpan dalam memorinya kembali kepada pembaca RFID. Pembaca akan
menukar data ke dalam bentuk digital dan menghantar kembali kepada aplikasi yang
bersesuaian. Pembaca RFID boleh diintegrasikan dengan alatan gunaan tangan
(handheld) ataupun pembaca statik yang diletakkan di tempat-tempat strategik
seperti pintu masuk dan sebagainya. Pembaca RFID perlulah berfungsi pada
frekuensi radio yang sama dengan frekuensi radio pada tag untuk berhubung.
Rajah 2.6: Reader Handheld (kiri) dan Reader Statik (kanan)
2.3.4 Perbandingan Teknologi RFID dan Kod Bar
Teknologi RFID mempunyai lebih banyak keistimewaan berbanding
teknologi kod bar. Perbandingan boleh dirujuk pada jadual berikut:
16
Jadual 2.1: Perbandingan RFID dan Kod Bar
RFID Kod Bar
Memegang nilai ID unik, boleh
diprogramkan semula
Mempunyai ruang ingatan terhad, hanya
boleh membaca
Tag boleh dibaca serentak, menjimatkan
masa
Bacaan perlu dibuat satu demi satu
Mempunyai fungsi baca sahaja atau
baca-tulis
Hanya boleh baca sahaja
Tag sukar dipalsukan Data lebih mudah dipalsukan
Tahan lasak pada suhu -40 hingga 220
darjah celcius, tahan tekanan, kekotoran
serta tidak mudah calar
Tidak tahan lasak, data mudah musnah
sekiranya terkoyak
2.4 Analisis Sistem Semasa
Melalui kajian dan pemerhatian, terdapat beberapa syarikat yang terlibat
dalam industri RFID ternakan dan Jadual 2.2 menunjukkan dua syarikat tempatan
beserta produk yang dimiliki:
Jadual 2.2: Syarikat Tempatan dan Produk yang Bersamaan
Produk dan Syarikat Ciri-ciri Kelemahan
Animal Identification
produk syarikat RF-Ident
Sdn. Bhd.
- Produk luar negara
- Mempunyai perkakasan
dan sistem yang
berfungsi kekal
- Mahal, kos tinggi
Livestock Tracing
Sistems produk syarikat
MyRFID Sdn. Bhd.
- Produk luar negara
- Mempunyai perkakasan
dan sistem yang
berfungsi kekal
- Mahal, kos tinggi
17
2.5 Kajian Pemilihan Perkakasan dan Perisian
2.5.1 Pangkalan Data
Microsoft SQL Server 2005 dipilih sebagai pangkalan data utama dalam
Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) memandangkan ia mempunyai integrasi lebih
kukuh dengan persekitaran Windows XP. Jadual 2.3 menunjukkan perbandingan
yang dibuat antara Microsoft SQL Server 2005 dan MySQL version 4.1.
Jadual 2.3: Perbandingan antara SQL Server dan MySQL
Ciri-ciri Microsoft SQL Server 2005 MySQL ver 4.1
Platform Beroperasi hanya pada
platform Windows termasuk
Windows XP, Windows
2000, Windows NT dan CE
Menyokong semua jenis
platform termasuklah
Windows, HP-UX, Linux
Intel, Sun Solaris dan lain-lain
Keperluan instalasi 2GB (lengkap), 1.3GB (biasa)
dan 950Mb (minimum)
Memerlukan 32MB RAM dan
60MB ruang cakera keras
2.5.2 Pemilihan Perkakasan RFID evo Module
Pakej ini telah dibeli daripada Syarikat RF-Ident Sdn. Bhd. dan memenuhi
keperluan minimum pembangunan sistem. Ia didatangkan di dalam pakej 1 evo
Module RFID reader/writer, 1 RS232 serial/USB DC power cable, 90mm x 70mm
antena dan label tag RFID sebanyak lima keping. Melalui sambungan lebih banyak
com port, aplikasi ini boleh diperluaskan fungsinya bagi menyokong lebih banyak
18
pembaca RFID. Jadual 2.4 dan Rajah 2.4 menunjukkan spesifikasi reader module
yang digunakan dalam pembangunan sistem LIMAS:
Jadual 2.4: Spesifikasi Reader evo Module
Rajah 2.7: evo Module Reader dan Antena
2.5.3 Intranet
Intranet adalah berkonsepkan LAN yang mengadaptasi teknologi Internet dan
diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Khoe (1997) menyatakan Intranet adalah LAN
yang menggunakan standad komunikasi dan segala fasiliti Internet, diibaratkan
berinternet dalam lingkungan lokal [10]. Intranet pada umumnya juga dihubungkan
ke Internet sehingga membolehkan pertukaran informasi dan data dengan jaringan
19
Intranet lainnya (Internetworking) melalui backbone Internet. Kompatibiliti Intranet
(seperti Internet) sangat tinggi terhadap sistem lainnya sehingga mudah diterap,
dipelajari, dikembangkan dan dikonfigurasi. Pelbagai sokongan aplikasi, program
dan sistem operasi yang luas akibat dari kepopularan Internet menjadikan Intranet
sebagai masa depan LAN.
Salah satu hal terpenting dalam Internet / Intranet adalah isu keselamatan
rangkaian (network security). Isu ini sensitif dan perlu dipelihara sebaiknya agar
cubaan mennceroboh data dan fail penting dalam persekitaran telekomunikasi umum
tidak berlaku sewenang-wenangnya. Beberapa aplikasi teknologi seperti firewall,
enkripsi, encapsulated data packet, id recognition dan sebagainya perlu diterapkan
dalam Intranet. Ia adalah berbeza dengan LAN yang menggunakan jaringan
komunikasi rahsia (VPN - virtual private network) sehingga ciri keselamatannya
lebih terjaga sehingga cukup sekadar menggunakan teknologi enkripsi sahaja [10].
2.5.4 Konsep Pelayan Pelanggan
Pelayan merupakan suatu program yang melayan permintaan dari pelanggan
dengan melaksanakan proses yang diminta. Pelayan secara umumnya menerima
permintaan daripada program pelanggan (client), melaksanakan capaian dan
pengemaskinian pangkalan data dan menghantar maklum balas kepada pelanggan.
Proses pelayan mungkin dilarikan dalam mesin yang lain dalam rangkaian. Ia
bertindak sebagai enjin perisian yang menguruskan sumber dan peranti yang
dikongsi seperti pangkalan data, pencetak, pautan komunikasi ataupun pemproses
berkuasa tinggi. Proses pelayan juga melaksanakan tugas belakang (back-end) dalam
kebanyakan aplikasi.
20
Pelayan pula merupakan program atau proses yang menghantar mesej kepada
program pelayan untuk meminta pelayan melaksanakan sesuatu perkhidmatan.
Program pelanggan biasanya meliputi bahagian antaramuka pengguna sesuatu
aplikasi, mengesahkan data yang dimasukkan pengguna dan menghantar mesej
permintaan kepada program pelayan. Ia merupakan aplikasi bahagian hadapan (front-
end) yang dapat dilihat serta diinteraksi oleh pengguna. Proses pelanggan juga
menguruskan sumber-sumber setempat yang diguna oleh pengguna, misalnya papan
kekunci, monitor, stesen kerja unit pemprosesan pusat dan sebagainya. Rekabentuk
konsep pelayan pelanggan adalah seperti Rajah 2.8:
Rajah 2.8: Senibina Pelayan Pelanggan
2.6 Justifikasi Pemilihan Teknik/Peralatan/Teknologi
Perisian Visual Studio 2005 dipilih untuk pembangunan antaramuka
pengguna dan pembangunan aturcara bagi sistem. Perisian ini mudah dipelajari dan
diselenggara. Bagi pembangunan pangkalan data, Microsoft SQL Server 2005
digunakan sebagai pangkalan data untuk menyimpan maklumat dan rekod yang
berkaitan. RFID pula dipilih sebagai teknologi pembangunan sistem kerana ciri unik
yang dimilikinya menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding teknologi seperti
kod bar dan ini dapat meningkatkan keberkesanan sistem LIMAS.
21
2.7 Rumusan
Berdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa
segala konsep, teknologi, pendekatan dan perisian yang dijelaskan di dalam bab ini
merupakan komponen-komponen penting yang digunakan sepanjang pembangunan
sistem ini. Setiap kepentingan bagi komponen-komponen ini dan kefungsiannya
telah dikenal pasti dan setiap satu daripadanya adalah berkait rapat antara satu sama
lain.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Metodologi amat penting dalam memastikan matlamat pembangunan
sesebuah projek dapat dicapai dengan sempurna. Metodologi dikenalpasti dan dipilih
berdasarkan projek yang dibangunkan, aplikasi projek, metod, alatan, kawalan sistem
dan juga hasil yang perlu dihantar pada masa yang ditetapkan. Justeru, dapat
dinyatakan bahawa metodologi merupakan suatu garis panduan untuk diikuti agar
setiap aktiviti di dalam fasa-fasa yang terkandung di dalamnya dapat dirancang dan
dilaksanakan dengan baik.
Sesebuah sistem yang dibangunkan perlu mempunyai perancangan yang baik
bagi menjamin kualiti dan keberkesanan sistem yang dihasilkan. Terdapat beberapa
metodologi yang boleh dipilih dalam pembangunan sistem seperti Model
Peningkatan, Model Air Terjun, Model Prototaip dan Rational Unified Process
(RUP). Daripada penelitian yang telah dilakukan, didapati bahawa RUP adalah
metodologi yang sesuai dan tepat berdasarkan kepada sistem LIMAS yang
dibangunkan. Bab ini akan menerangkan lebih lanjut tentang fasa-fasa dalam proses
pembangunan sistem selain daripada pemilihan perkakasan dan perisian.
23
3.2 Metodologi Projek
Rational Unified Process (RUP) merupakan satu metodologi rekabentuk
perisian yang dibangunkan oleh Rational Software Corporation. RUP secara asasnya
mempunyai empat fasa iaitu fasa permulaan (inception), fasa penghuraian
(elaboration), fasa pembinaan (construction) dan fasa yang terakhir adalah fasa
pemindahan (transition).
Rajah 3.1: Model Rational Unified Process
3.2.1 Justifikasi Pemilihan RUP
Di dalam pembangunan Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS), RUP telah
dipilih berdasarkan sifat lelarannya. Pembangunan projek boleh bermula tanpa
menunggu keseluruhan keperluan sistem lengkap, memandangkan aliran kerja
keperluan boleh berulang dalam setiap lelaran. Hasilnya, proses pembangunan
dilaksanakan dengan lebih pantas [11].
Memandangkan keperluan pengguna dan sistem yang sering berubah
sepanjang masa pembangunan, ia adalah satu kelebihan apabila menggunakan model
RUP. RUP dapat mengawal perubahan keperluan semasa dengan lebih baik.
24
Sekiranya keperluan pada permulaan proses kerja adalah tidak lengkap atau tidak
betul, ia boleh diubah dan ditambah pada lelaran seterusnya tanpa mengganggu
proses yang lain. Dengan itu, proses pembangunan yang gagal dan tidak sesuai dapat
dikurangkan bergantung kepada perubahan pada spesifikasi keperluan.
Risiko masalah juga dapat dikenalpasti dengan lebih awal. Ini adalah kerana,
di peringkat awalan, komponen-komponen proses telah diuji, memahirkan banyak
aspek daripada projek contohnya pemilihan perkakasan dan kemahiran
pengaturcaraan. Risiko yang tidak terduga juga boleh dikesan oleh pengaturcara pada
peringkat awal dan ini dapat membantu mengurangkan kos pembangunan sistem.
Proses analisis dan rekabentuk dalam RUP adalah dibuat dengan bantuan
notasi Unified Modelling Language (UML). Dengan itu, RUP mewarisi segala
kelebihan yang terdapat di dalam UML.
3.2.2 Kaedah Permodelan Berorientasikan Objek (UML)
Pendekatan permodelan berorientasikan objek atau lebih dikenali sebagai
UML digunakan di dalam proses pembangunan sistem LIMAS. UML merupakan
satu bahasa permodelan yang diasaskan oleh Grady Booch, James Rumbaugh dan
Ivar Jacobson. Ia terdiri daripada gabungan-gabungan metodologi utama seperti
Booch, OMT dan OOSE [12]. Kaedah UML digunakan semasa merekabentuk
sistem. Proses merekabentuk ini dilakukan dalam fasa analisis. Secara umumnya ia
dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu:
25
i) Model kefungsian
Ia digambarkan dalam bentuk rajah guna (use case diagram). Ia akan
menerangkan fungsi sistem yang terlibat dari pandangan pengguna sistem dan
mengenalpasti siapa yang akan berinteraksi dengan sistem selain menggambarkan
apa yang dilakukan oleh sistem.
ii) Model objek
Ia digambarkan dalam bentuk rajah kelas (class diagram) yang akan
menerangkan struktur sistem seperti objek, atribut, perubungan objek serta operasi
yang terlibat.
iii) Model dinamik
Ia digambarkan dalam bentuk rajah jujukan (sequence diagram) yang akan
menerangkan kelakuan keadaan objek individu dan transaksi yang mungkin berlaku
di dalam dua keadaan. Rajah aktiviti pula menerangkan tentang kelakuan dalaman
sistem [13].
3.3 Kitar Hayat Pembangunan Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS)
Kitar hayat pembangunan sistem ini meliputi fasa permulaan, fasa
penerangan dan fasa pembangunan. Fasa peralihan tidak dilalui. Setiap fasa boleh
26
terdiri daripada beberapa aliran kerja dan ia boleh berulang di dalam mana-mana fasa
yang lain.
3.3.1 Fasa permulaan
Fasa ini didahului dengan pemilihan tajuk Projek Sarjana dan pemilihan
penyelia teknikal, penyelia perancangan perniagaan dan mentor projek. Seterusnya,
aliran kerja keperluan dilaksanakan. Kerja yang terlibat di dalam fasa ini termasuklah
kajian terhadap sistem ternakan berbantukan teknologi RFID dalam dan luar negara.
Kajian kes dilakukan dengan membuat lawatan ke ladang ternakan lembu yang
dimiliki oleh En. Sarjuni B. Karjani di sekitar daerah Batu Pahat iaitu di Parit
Tengah, Rengit dan di sekitar daerah Johor Bahru iaitu ladang milik En. Yunus B.
Hj. Ali serta MBA Farm, Felda Ulu Tebrau.
Dalam fasa ini juga, data dan maklumat telah diperoleh melalui pelbagai
kaedah dan teknik. Berikut disenaraikan kaedah pengumpulan data yang telah
dilakukan:
i) Pengumpulan data melalui internet dan akhbar
Carian maklumat berkaitan teknologi RFID dan juga tentang isu penternakan
melalui akhbar tempatan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, buletin, jurnal
dan lain-lain lagi. Sila rujuk Lampiran G bagi sampel rekod manual ternakan.
27
Rajah 3.2: Keratan Akhbar Online
(Sumber: New Sunday Times, 11 November 2006)
Rajah 3.3: Keratan Akhbar Online
(Sumber: The Star Online, 18 April 2006)
ii) Perbualan telefon
Mengemukakan pertanyaan kepada wakil Syarikat RF-Ident berkenaan produk
kit RFID yang dibeli bagi tujuan perwakilan prototaip sistem. Selain itu, telah
28
menghubungi pengusaha ternakan lembu kambing komersil bagi membuat
temujanji untuk membuat lawatan ke ladang. Pihak Jabatan Perkhidmatan Negeri
Johor juga sering dihubungi untuk mendapatkan maklumat
iii) Sesi lawatan dan temu bual
Bertemu dengan Pegawai JPH bagi sesi temubual iaitu Dr Sansul (diwakili oleh
Pn. Siti Zarina) dan telah pun membuat lawatan dan tinjauan ke ladang ternakan
lembu di Parit Semerah, Simpang Renggam dan 2 buah ladang di Ulu Tiram,
Kangkar Tebrau Johor Bahru
Rajah 3.4: Lawatan ke Ladang Ternakan Lembu Fidlot
iv) Lawatan ke pameran ICT dan Teknologi dan pesta ternakan
Mengunjungi pameran ICT seperti BIO JOHOR 2007 di Persada Johor, Malaysia
Technology Expo di PWTC Kuala Lumpur, Asean Communications Expo and
Forum di KLCC Kuala Lumpur dan beberapa yang lain serta telah mengunjungi
Karnival Haiwan 2007 di Padang MAHA Serdang anjuran Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Malaysia. Melalui aktiviti seumpama ini, pertemuan dengan pakar-pakar
dan individu yang terlibat dalam projek-projek yang berkaitan amat membantu
bagi mendapatkan pandangan dan menjawab persoalan-persoalan yang
dikemukakan
29
Rajah 3.5: Lawatan ke Gerai Pameran RFID
Rajah 3.6: Lawatan ke Pameran Haiwan
v) Perbincangan dengan penyelia projek teknikal dan perancangan perniagaan
Pertemuan dengan penyelia projek telah dilakukan iaitu Dr. Md. Asri Bin Ngadi
selaku penyelia teknikal (kini telah diwakili oleh Dr Johan B. Mohamad Shariff)
dan En. Md. Mohar Mohammad selaku penyelia aspek peniagaan bagi
mendapatkan pandangan dan buah fikiran
Setelah memahami keperluan sistem, aliran kerja analisis dan rekabentuk
dilakukan. Semua maklumat yang dikumpul dan diperoleh daripada aliran kerja
30
keperluan akan dinilai dan dianalisa bagi menentukan matlamat, objektif dan skop
projek. Aktor dan kes guna yang terlibat di dalam sistem juga dikenalpasti. Aliran
kerja yang terakhir dalam fasa ini ialah aliran kerja pengurusan projek di mana pelan
pembangunan projek telah dirancang dan carta Gantt yang ringkas telah pun
dihasilkan.
3.3.2 Fasa Penerangan
Proses aliran kerja yang terlibat dalam fasa ini meliputi keperluan, analisis
dan rekabentuk, implementasi dan pengujian. Domain masalah sistem merekod data
ternakan secara manual dianalisis semasa aliran kerja keperluan dilaksanakan. Kajian
terhadap sistem sedia ada juga dilaksanakan. Kelebihan dan kelemahan sistem dikaji
bertujuan untuk membantu melancarkan pembangunan sistem baru. Kemudian,
teknologi yang digunakan di dalam sistem dinilai dan seterusnya justifikasi
pemilihan teknologi dibincangkan.
Bagi aliran kerja implementasi pula, proses pengekodan dan aturcara akan
dilaksanakan. Berdasarkan faktor-faktor yang telah dikenalpasti, pembangunan
aturcara menggunakan Visual Basic 6.0 yang akan saling berkomunikasi dengan kit
RFID. Aliran kerja pengujian akan dilaksanakan untuk menguji kod-kod yang
dihasilkan. Di dalam proses ini, data akan dimasukkan bagi menguji kefungsian
sistem prototaip yang telah dibangunkan.
31
3.3.3 Fasa Pembangunan
Ia menakrifkan keperluan sistem yang belum sempurna dan aliran utama
dalam fasa ini ialah aliran kerja implementasi, di mana semua kelas yang
dikenalpasti akan dibangunkan. Proses aliran kerja implementasi dan pengujian juga
dijalankan untuk memastikan kelas-kelas yang dibina bersesuaian dengan kelas yang
direkabentuk dan boleh berfungsi dengan baik di samping memenuhi keperluan
pengguna. Sasaran di dalam fasa ini adalah agar sistem prototaip dapat berfungsi
dengan baik selain mempunyai fungsi-fungsi penting yang memudahkan pengguna
akhir. Proses pengujian sistem yang melibatkan pemasangan perkakasan dan perisian
perlu dilaksanakan agar mendapat komen dan cadangan bagi proses pengubahsuaian
sistem pada masa akan datang.
3.4 Analisa Keperluan Sistem
Analisa keperluan sistem merupakan satu keperluan sistem yang perlu
ditekankan dalam sistem yang dibangunkan. Penyelenggaraan ke atas suatu sistem
yang telah ditetapkan spesifikasinya dari segi penggunaan perisian, perkakasan dan
menggunakan spesifikasi input dan output yang tetap dapat memudahkan sistem
untuk disenggara pada masa akan datang.
3.4.1 Keperluan Perkakasan
Keperluan perkakasan merupakan elemen yang penting dan menjadi
keperluan asas dalam suatu pembangunan sistem. Pemilihan perkakasan yang sesuai
32
dengan sistem yang dibangunkan adalah sangat penting untuk memastikan proses
pembangunan tersebut dapat berjalan dengan lancar. Jadual berikut menunjukkan
spesifikasi minimum keperluan perkakasan yang digunakan.
Jadual 3.1: Spesifikasi Perkakasan Prototaip
Jenis Perkakasan Spesifikasi
Unit pemprosesan pusat Intel Core Solo atau yang setara
Cakera keras Lebih daripada 10Gb ruang kosong
Ingatan Simpanan Rawak 512MB dan ke atas untuk keselesaan
Pemacu CDROM 52 x
Papan kekunci dan tetikus Ada
Monitor 14 inci, minimum
Pakej tool RFID starter kit i) Sistem operasi Microsoft Windows XP atau
yang setara
ii) Mempunyai sambungan ke port RS232
iii) Menggunakan USB port sebagai bekalan kuasa
kepada reader
3.4.2 Keperluan Perisian
Perisian penting untuk menghasilkan sebuah sistem yang unik. Jadual berikut
menunjukkan keperluan perisian untuk pembangunan sistem ini.
Jadual 3.2: Spesifikasi Perisian dan Keterangan
Perisian Keterangan
Microsoft Windows XP Digunakan sebagai platform sistem pengoperasian
kerana mempunyai ciri sokongan kepada sistem
yang dibangunkan dan sesuai sebagai komputer
pelayan pelanggan
33
Microsoft SQL Server 2005 Dijadikan sebagai pangkalan data sistem LIMAS
yang akan menyimpan dan menjalankan fungsi
data-data sistem
Microsoft Visual Studio Digunakan sebagai platform merekabentuk
antaramuka sistem sebagai front-end kepada
pengguna sistem
Visual Basic Digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan untuk
mengekod dan membangunkan sistem
Adobe Photoshop Digunakan untuk merekabentuk imej dan grafik
menarik bagi tujuan input ke dalam antaramuka
sistem LIMAS
3.4.3 Justifikasi Pemilihan Perisian
Berikut merupakan justifikasi pemilihan perisian:
i) Microsoft Windows XP
Merupakan satu sistem operasi yang dibina berdasarkan kebolehpercayaan dan
keselamatan yang terdapat dalam sistem pengoperasian Windows yang lain juga.
Pemilihan Windows XP kerana ia mempunyai tahap kestabilan dan keselamatan yang
tinggi. Ia mudah diselenggara da sesuai dijadikan pelayan.
ii) Microsoft Visual Studio dan Bahasa Pengaturcaraan Visual Basic 6.0
Perisian Visual Studio dipilih untuk merekabentuk antaramuka sistem dan
34
membangunkan kod pengaturcaraan bagi membenarkan sistem berhubung dengan
port sesiri. Menu perisian adalah mudah difahami dan ia boleh membantu
menghasilkan antaramuka pengguna yang ramah pengguna dan mudah difahami.
Bahasa pengaturcaraan Visual Basic amat membantu dalam membangunkan aplikasi
menggunakan VB yang dilarikan dalam persekitaran Windows. Ralat sintaks dapat
dikesan pada aturcara dengan spontan tanpa melarikan aturcara tersebut terlebih
dahulu. Ini akan menjimat dan memudahkan tugas pembangun sistem.
iii) Rational Rose C++ 4.0
Perisian ini digunakan untuk merekabentuk kelas rajah guna (use case diagram),
sequence diagram dan class diagram.
iv) Microsoft Project 2003
Perisian ini digunakan untuk menghasilkan carta Gantt bagi pembangunan
perancangan kerja sistem LIMAS.
3.5 Andaian dan Kekangan
Beberapa andaian dan kekangan telah dikenalpasti seperti berikut:
i) Kos bagi perkakasan RFID : Pembaca RFID dan tag yang mempunyai
frekuensi yang tinggi adalah lebih praktikal bagi pembangunan sistem ini. Ekoran
akibat masalah kos, kit permulaan telah digunakan kerana harganya jauh lebih
35
murah. Oleh yang demikian, sistem akhir ini merupakan prototaip sistem di mana
perkakasan sebenar akan diwakilkan dengan penggunaan perkakasan starter kit
yang akan berfungsi secara minimum
ii) Sistem pengesanan tag hanya akan berkesan apabila tag dilalukan hampir kepada
pembaca RFID memandangkan frekuensi isyaratnya yang lemah. Selain itu,
hanya satu tag akan dikesan oleh pembaca RFID memandangkan spesifikasi
minimum operasi yang dimilikinya.
3.6 Rumusan
Metodologi yang dipilih dalam pembangunan Sistem Pengurusan Ternakan
(LIMAS) ini ialah metodologi RUP. Ia dipilih kerana semua fasa utama yang
terdapat dalam kitar hayat pembangunan sistem akan dilaksanakan dan proses
berlaku berulangkali sehinggalah sebuah sistem yang lengkap diperoleh. Selain itu,
pengenalpastian penggunaan perkakasan dan perisian harus diberi perhatian bagi
memastikan pembangunan sistem berjalan lancar dengan menggunakan peralatan
yang sesuai. Perancangan kerja juga dapat dijadualkan dengan tepat setelah
dirancang menggunakan perisian Microsoft Project. Dengan adanya perancangan
yang teratur maka proses pembangunan sistem berjalan dengan lancar dan
bersistematik. Rujuk Lampiran A untuk melihat Carta Gantt.
BAB 4
ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan tentang analisis sistem semasa dan rekabentuk
sistem iaitu rekabentuk modul, rekabentuk pangkalan data dan rekabentuk
antaramuka. Analisis rekabentuk ini merupakan fasa yang penting dalam
pembangunan sistem kerana ia akan memperincikan lagi tentang aliran dan fungsi
sistem dalam meminimum dan menyelesaikan masalah sedia ada.
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem
Rajah menunjukkan rekabentuk senibina sistem yang dibangunkan. Ia terdiri
daripada beberapa objek penting seperti tag RFID, pembaca RFID, pangkalan data
serta sistem LIMAS.
37
Rajah 4.1: Senibina Sistem LIMAS
Sistem LIMAS akan diaktifkan apabila tag pada telinga ternakan discan oleh
pembaca RFID yang akan memancarkan gelombang frekuensi kepada tag tersebut
untuk direkodkan ke dalam pangkalan data. Pembaca RFID akan menghantar
maklumat kepada sistem melalui terminal komunikasi komputer (communication
port). Dalam sistem yang bakal dibangunkan ini, pembaca RFID menggunakan
sambungan USB yang berfungsi sebagai bekalan kuasa kepada pembaca RFID
manakla sambungan com port melalui terminal sesiri pula membolehkan interaksi
antara pembaca RFID dan sistem komputer. Terminal komputer akan menerima
aksara unik yang dibaca daripada pembaca RFID apabila tag pada ternakan discan.
Aksara unik tersebut akan dibandingkan dengan maklumat ternakan yang tersimpan
dalam pangkalan data dan akan direkodkan untuk rujukan pengguna sistem. Adalah
dinyatakan bahawa pembangunan sistem ini merupakan prototaip sistem bagi
mewakili keadaan pembangunan dan perlaksanaan sistem sebenar memandangkan
kos yang tinggi bagi menggunakan perkakasan RFID yang bersesuaian.
Perkakasan RFID yang digunakan adalah starter kit evo-Module RFID
reader/writer yang mengandungi set RS232 serial / USB DC power cable, 90mm X
70mm antenna dan RFID labels sebanyak 5 unit. Perisian pangkalan data yang
dicadangkan adalah Microsoft SQL Server 2005 manakala aplikasi sistem paparan
ditulis menggunakan perisian Visual Studio 2005.
38
Rajah 4.2: Reader Module
Rajah 4.3: Tag Berbentuk Label
4.3 Rekabentuk Pangkalan Data
Rekabentuk pangkalan data LIMAS adalah perlu bagi menyimpan segala data
dan rekod-rekod ternakan. Ia perlu direkabentuk dengan baik agar keselamatan
datanya terjamin selain daripada mengelakkan berlakunya pertindihan data. Perincian
bagi setiap pangkalan data dinyatakan di dalam jadual dan boleh dirujuk di
Lampiran B.
4.4 Rekabentuk Sistem
39
scanTag
tambahRekod
kemaskiniRekod
buatCarian
janaLaporan
user
cetak
4.4.1 Rekabentuk Kes Guna
Use case atau kes guna terdiri daripada aktor dan kes gunaan. Ia berfungsi
untuk menggambarkan kelakuan sistem daripada perspektif pengguna iaitu
bagaimana sesuatu sistem itu bertindak balas terhadap persekitarannya. Aktor
merupakan suatu objek atau entiti yang berkomunikasi dengan sistem. Aktor yang
dimaksudkan tidak terhad kepada manusia sahaja dan boleh juga mewakili organisasi
ataupun sistem lain. Kes guna pula merujuk kepada proses ataupun fungsi yang
dilakukan oleh aktor. Berikut adalah use case diagram dan penerangannya serta
sequence diagram.
Rajah 4.4: Rajah Use Case Sistem Pengurusan Ternakan
40
Jadual 4.1: Keterangan Aktor dalam Sistem
Aktor Penerangan
Admin Admin merupakan pengguna yang boleh menambah
bilangan pengguna baru, menambah fungsi sistem dan
boleh membuat backup data
User User merupakan pengguna utama sistem ini. Ia boleh
melaksanakan aktiviti scan tag, memindahkan data,
menambah rekod baru ternakan, melakukan aktiviti
pengemaskinian rekod, membuat carian, menjana laporan
dan mencetaknya
4.4.1.1 Keterangan Kes Guna
i) Kes Guna 1: scanTag
Aktor : Pengguna
Penerangan : Pengguna scan tag RFID dengan reader bagi
mendapatkan info ternakan yang akan dihubungkan
kepada pangkalan data ternakan
Senario : Laluan Utama
1) Tag diimbas kepada pembaca tag
2) Sistem mengesan nombor ID dan mengarahkan
memori memproses data
3) ID tag dipaparkan kepada pengguna
4) UseCase berakhir
Laluan Alternatif
Pengguna mengimbas tag semula jika ID unik
didapati ralat atau tidak sah
41
ii) Kes Guna 2: tambahRekod
Aktor : Pengguna
Penerangan : Aktiviti menambah rekod baru ternakan
Senario : Laluan Utama
1) Pengguna memilih menu menambah rekod baru
ternakan
2) Pengguna memadankan tag baru dengan nombor
ID yang mewakili ternakan
3) ID tag dipaparkan kepada pengguna
4) Pengguna menekan butang ‘next’ untuk proses
memasukkan data seterusnya
5) Pengguna menekan butang ‘finish’ untuk
menyimpan rekod baru ternakan
6) UseCase berakhir
Laluan Alternatif
Pengguna memasukkan semula data ternakan jika
terdapat kesilapan input
iii) Kes Guna 3: kemaskiniRekod
Aktor : Pengguna
Penerangan : Aktiviti mengedit atau menghapuskan rekod ternakan
Senario : Laluan Utama
1) Pengguna memilih menu edit
2) Pengguna mengemaskini rekod sama ada
menambah rekod atau memadam rekod
3) Pengguna menekan butang ‘finish’ bagi
menyimpan rekod yang telah diedit
4) UseCase berakhir
42
iv) Kes Guna 4: buatCarian
Aktor : Pengguna
Penerangan : Membuat carian bagi tujuan paparan rekod ternakan
Senario : Laluan Utama
1) Pengguna memilih menu ‘search’
2) Pengguna memasukkan nombor ID atau item
yang diperlukan untuk membuat carian
3) Pengguna menekan butang ‘search’ bagi
memulakan proses carian
4) UseCase berakhir
Laluan Alternatif
Pengguna memasukkan semula item yang ingin dicari
jika rekod tidak dapat dipaparkan atau berlaku ralat
semasa input
v) Kes Guna 5: janaLaporan
Aktor : Pengguna
Penerangan : Menjana data yang akan menghasilkan output
berbentuk laporan
Senario : Laluan Utama
1) Pengguna memilih menu ‘report’
2) Pengguna memilih item laporan yang ingin
dipaparkan
3) Pengguna menekan butang ‘view’ bagi proses
memaparkan
4) UseCase berakhir
vi) Kes Guna 6: backupData
Aktor : Pengguna
Penerangan : Membuat salinan pangkalan data
Senario : Laluan Utama
1) Pengguna memilih menu ‘backup database’
2) Pengguna memilih lokasi data untuk disimpan
43
3) Pengguna menekan butang ‘ok’ bagi menyimpan
data di lokasi baru/lain
4) UseCase berakhir
vii) Kes Guna 7: cetak
Aktor : Pengguna
Penerangan : Membuat cetakan bagi rekod atau laporan
Senario : Laluan Utama
1) Pengguna memilih menu ‘print’
2) Pengguna memilih item yang ingin dicetak
3) Pengguna menekan butang ‘ok’ bagi proses
cetakan
4) UseCase berakhir
4.4.2 Rekabentuk Jujukan Proses
Rekabentuk jujukan proses ataupun sequence diagram merupakan interaksi
yang berlaku pada jujukan mesej yang dihantar dan diterima serta objek yang
terlibat. Ia dibina berdasarkan perhubungan antara aktor atau entiti dan fungsi-fungsi
yang dilaksanakannya. Seperti rajah di bawah, ia menggambarkan jujukan proses
semasa operasi scanTag. Operasi bermula di mana pengguna mengimbas tag dan
data dihantar ke pangkalan data untuk diproses dan seterusnya output dipaparkan
kepada pengguna. Rekabentuk jujukan proses seterusnya boleh dirujuk di Lampiran
C.
44
Antaramuka Utama
Pilih fungsi Pangkalan Data
Login
: User
1. Login ke dalam sistem2. Login disahkan
3. Antaramuka sistem dipapar
4. Scan tag5. Laksanakan fungsi
6. Proses7. Simpan
Rajah 4.5: Jujukan Proses ScanTag
4.4.3 Rajah Aktiviti (Activity Diagram)
Rajah aktiviti menerangkan tentang carta aliran aktiviti yang diperlukan
dalam proses menyelesaikan masalah atau mendapatkan output akhir untuk kegunaan
pengguna akhir. Ia menggambarkan perjalanan proses/aktiviti yang perlu di dalam
sistem. Rajah di bawah menunjukkan aliran aktiviti yang perlu dilalui bagi kes guna
scanTag.
45
Rajah 4.6: Rajah Aktiviti Bagi Kes Guna ScanTag
4.4.4 Rajah Class (Class Diagram)
Rajah kelas ataupun class diagram merujuk kepada gambaran keseluruhan
kelas-kelas yang terkandung di dalam sistem. Ia merangkumi kelas dan proses yang
terlibat. Berikut adalah rajah kelas bagi Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS):
46
PemeriksaanKesihatannoIDtarikhnoTagjenisPemeriksaankeputusantindakannamaPegawai
simpanData()hapusData()lihatLaporan()cetak()
DataTernakannoIDnamajantinabakaumurlokasigambar
LaporannoLaporantarikhtajukbutiran
laporanTernakan()laporanRekodPenyakit()laporanTag()laporanPemeriksaanTernakan()laporanPengguna()
TagnoIDnoTagstatus
simpanData()hantarData()
CarianidCarian
carian()papar()
PenggunanamanoIDjawatanalamat
scanTag()masukData()padamData()kemaskiniData()simpanData()lihatLaporan()cetak()
capai
jana
buat
capai
papar
capai
DataPenyakitnoIDjenisPenyakitidTernakanubattarikhnamaPegawai
paparRekod()paparLaporan()cetak()
Jenis PenyakitnoIDherniakecacingankembungperutleptospirasakitkulitlukademamkukumulut
Rajah 4.7: Rajah Kelas
4.4.5 Keperluan Pengguna
Keperluan minimum bagi persekitaran operasi sistem prototaip LIMAS ialah:
i) Intel based Pentium processors atau yang setara
ii) Microsoft Windows 2000 atau yang setara
iii) RS232 / serial port bagi penghantaran data
iv) Pencetak yang disokong oleh persekitaran Windows bagi mencetak rekod
dan laporan
4.5 Antaramuka Sistem Prototaip
Antaramuka sistem dibangunkan supaya memudahkan dan meringankan
tanggungjawab bagi pengguna berbanding sistem manual di mana sebarang aktiviti
47
menggunakan sistem dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Ciri-ciri antaramuka
yang baik adalah ia perlu ramah pengguna, mudah difahami dan diselia agar
pengguna tidak keliru atau pun hilang punca ketika menggunakan sistem.
Gambarajah di bawah memaparkan contoh-contoh antaramuka bagi sistem LIMAS.
Rajah 4.8: Antaramuka Utama Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS)
Rajah 4.9: Antaramuka Rekod Tag Baru
48
Rajah 4.10: Antaramuka Input Bagi Rekod Ternakan
Rajah 4.11: Antaramuka Ralat Tiada Tag Yang Diimbas/Dijumpai
49
4.6 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini memberikan gambaran berkenaan rekabentuk
sistem dengan penggunaan notasi Unified Modelling Language (UML). Kes guna
dapat menerangkan interaksi pengguna sistem dan persekitaran sistem manakala
rajah jujukan pula dapat mewakili interaksi dan aktiviti antara objek-objek yang
terdapat di dalam sistem.
BAB 5
RANCANGAN PERNIAGAAN
5.1 Ringkasan Eksekutif
Negara Malaysia telah dikurniakan alam semulajadi dengan tanah yang subur
dan cuaca yang amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Di sini, aktiviti pertanian
meliputi kegiatan perhutanan, tanaman, penternakan dan perikanan. Bagaimanapun,
pengeluaran daging hasil daripada aktiviti penternakan tempatan yang rendah iaitu
hanya RM 1.4 million setahun menyumbang kepada peningkatan import makanan
kira-kira RM 4 million setahun. Di bawah Polisi Daging Negara (National Meat
Policy) di sektor ruminan, Malaysia berhasrat untuk meningkatkan nilai pengeluaran
tempatan kepada 1.6 million pada tahun 2015. Oleh itu, Sistem Pengurusan Ternakan
(LIMAS) ini telah dibangunkan berdasarkan isu semasa tersebut bagi membantu
meningkatkan pengeluaran, perekodan dan kesihatan ternakan. Sistem LIMAS
menggunakan teknologi Radio Frequency Technology Identification (RFID). LIMAS
akan menyediakan rangkakerja berdasarkan kepada pelantar komunikasi standad
bagi mengumpul rekod-rekod ternakan di ladang. Dengan ini, ia akan mengubah
proses kerja konvensional dan pengenalan manual ternakan kepada proses
berteknologi yang lebih baik.
51
Pengenalan dan penjejakan ternakan adalah penting bagi mendapatkan respon
jika berlaku penyebaran wabak penyakit. Fungsi bagi pengurusan rekod penyakit
perlulah berupaya untuk mengesan ternakan-ternakan yang telah atau disyaki
mempunyai masalah kesihatan dan memantau pergerakan ternakan tersebut. Ia juga
adalah penting bagi menghalang aktiviti penyeludupan ternakan dari negara jiran
yang dikhuatiri tercemar dengan wabak penyakit. Langkah berjaga-jaga perlu
diambil bagi memastikan rekod eksport hasil ternakan Malaysia adalah bebas
daripada isu-isu penyakit. Ternakan yang diseludup mudah untuk dikenalpasti kerana
tiada mempunyai tanda pengenalan diri pada binatang ternakan tersebut.
Sasaran pasaran projek LIMAS adalah kepada agensi Kerajaan seperti
Jabatan Perkhidmatan Haiwan di seluruh negara, Institut Haiwan, Pertubuhan
Peladang, Institut Pembangunan Unggas, Institut Penyelidikan dan Pembangunan
Agrikultur (MARDI) dan Jabatan Hutan. LIMAS juga boleh diimplementasikan di
dalam sektor selain pertanian seperti mengesan dan menjejak haiwan di dalam zoo,
mengesan haiwan yang hampir pupus di hutan-hutan dan juga mengesan dan
menjejak haiwan yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi seperti burung unta dan
sebagainya.
5.2 Produk
5.2.1 Peluang
Terdapat perkembangan dalam mengenalpasti keperluan bagi penggunaan
teknologi informasi dan komunikasi yang pintar di dalam sektor pertanian dan ia
boleh dibahaskan di dalam bentuk 2 situasi berikut:
52
5.2.1.1 Perkembangan Bidang Industri Pertanian
i) Terdapat 3 polisi utama bagi perancangan pembangunan dalam sektor pertanian
pada masa akan datang
i. Dasar Pertanian Negara III (1998-2010);
ii. RMK-9 (2006-2010) dan
iii. Pelan Induk Pertanian III (2006-2020)
ii) Pusat Fidlot Kebangsaan (National Feedlot Center - NFC), atau lebih dikenali
sebagai Beef Valley di Gemas akan dibangunkan di kawasan seluas 2,025 hektar.
Terdapat sekitar 60,000 ternakan lembu yang bakal ditempatkan di sini. Langkah
ini akan meningkatkan keupayaan dalaman Malaysia dalam mengeluarkan
produk daging kepada 40% berbanding hanya 25% pada masa ini, peningkatan
sehingga RM680 juta.
iii) Terdapat peningkatan permintaan daging berpandukan kepada 3 golongan
pengguna pada tahun 1997 ke tahun 2010
Rajah 5.1: Permintaan Daging Di Kalangan Pengguna
iv) Malaysia berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran produk daging Negara [14]
53
Jadual 5.1: Sasaran Untuk Peningkatan Daging Negara
5.2.1.2 Perkembangan RFID
i) Perbelanjaan komersil dalam teknologi RFID di Malaysia dianggarkan
berkembang dari RM9 mil tahun lepas kepada RM76 mil pada tahun 2010, jelas
penyelidik industri IDC (Sumber: The Star Online Aug 8, 2006)
ii) Kerajaan merupakan kunci kepada perkembangan dan implementasi teknologi
RFID berdasarkan kepada kajian IDC, ‘Malaysia RFID 2006-2010 Forecast and
Analysis’
iii) Malaysian Microchip (MM Chip) dijangka menjadi pemangkin kepada
penggunaan dan perkembangan teknologi RFID, di mana akan menggalakkan
lebih banyak syarikat tempatan untuk mencipta lebih banyak aplikasi RFID dan
membantu melancarkan penggunaan RFID di Malaysia(Sumber: The Star Online
March 1, 2007)
iv) Semua ternakan di Malaysia akan diimplan dengan cip penjejak pada tahun 2008
ini. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan pada masa tersebut iaitu Dr Abdul
Aziz Jamaluddin berkata bahawa program ini hanya mengambil masa kira-kira
setahun untuk melengkapkan proses menanam cip kepada kira-kira 2.5 million
ternakan di seluruh negara (Sumber: New Sunday Times Nov 11, 2006)
2004
- Populasi lembu 926,188 ekor
- Induk betina 339,360 ekor
- Lembu bagi pengeluaran daging
231,819 ekor, daging proses
25,270 tan, keperluan daging
negara 121,505 tan
- Populasi Malaysia 25.5 million
Sasaran 2015
- Populasi lembu 1,651,827 ekor
- Induk betina 611,414 ekor
- Lembu bagi pengeluran daging
463,686 ekor, daging proses
62,347 tan, keperluan daging
negara 153,573 tan
- Populasi Malaysia 30.7 million
54
v) Teknologi cip RFID dalam memantau pergerakan dan rekod kesihatan ternakan
adalah satu langkah bagi mengawal penyebaran penyakit kuku dan mulut
5.2.2 Kajian Masalah Sistem Semasa
i) Penternakan lembu adalah menggunakan sistem pengenalan manual. Negara
tidak mempunyai suatu standad yang boleh dipatuhi manakala setiap ladang
mempunyai sistem yang berbeza-beza
ii) Pegawai pada masa ini menghadapi masalah untuk merekod data ketika melawat
ladang ternakan. Tiada bukti yang boleh diperoleh pada ternakan untuk
menjelaskan bahawa ia dimiliki oleh pemilik sebenar atau tidak. Di samping itu,
kaedah pengumpulan data adalah sungguh lemah
iii) Veterinar Info Systems (VEINS) telah digunakan semenjak tahun 1981 namun
penggunaannya telah dihentikan memandangkan keperluan dan fungsi yang
dimiliki sistem tersebut adalah tidak relevan dengan suasana kini. Fungsi-
fungsinya tidak dikemaskini dan telah tidak digunakan lagi
iv) Para penyelidik menggunakan kaedah menanda pada binatang iaitu suatu kaedah
tradisional semasa menjalankan eksperimen atau analisis
5.2.3 Pengenalan Bisnes
Sistem LIMAS ini dijangka dapat meminimakan masalah sedia ada dan
memenuhi keperluan dan dapat meningkatkan ketepatan dan kemasukan data yang
55
efisyen dalam sistem pengurusan ternakan ini. Ia juga akan memudah dan
mempercepat penjejakan ternakan yang mempunyai masalah kesihatan bagi tujuan
pengawalan penyakit dan ini akan mengurangkan bilangan haiwan yang dikuarantin.
5.2.3.1 Huraian Produk
Suatu cip pengenalan elektronik digunakan untuk mengenalpasti ternakan
secara individu dan ia akan dihubungkan dengan data ternakan bagi capaian data
bersistematik. Frekuensi radio pasif membenarkan pembaca membaca identiti
ternakan dan menyediakan ruang yang berguna bagi sistem pengurusan ternakan.
Proses penghantaran data berlaku dengan pantas kerana data disimpan di
dalam cip ID berfrekuansi radio yang terletak di dalam tag plastik yang ditindik pada
telinga ternakan. Sebagai keputusannya, ternakan yang dijangkiti wabak penyakit
dapat dikesan dengan mudah sebelum ia menyebarkan penyakit itu terutamanya
kepada manusia.
Suatu perkakasan RFID yang pasif dan berfrekuensi rendah adalah terbina
dari dua bahagian iaitu pembaca (reader) dan tag.
Rajah 5.2: Lakaran Reader dan Tag
56
Tag ditindikkan kepada telinga ternakan dan mempunyai nombor
pengenalan yang unik. Tag tersebut adalah merangkumi transponder dan
antena terbina dalam. Ia adalah amat kecil dan mendapatkan bekalan kuasa
dari frekuensi radio yang dijana oleh pembaca (reader). Semasa mempunyai
bekalan kuasa, tag tersebut akan menghantar data-data kepada pembaca
(reader).
Pembaca RFID mempunyai 3 fungsi utama iaitu ‘energizing’,
‘demodulating’ dan ‘decoding’. Pembaca ini dengan bantuan antenna
terbina dalam akan menghantar isyarat radio berfrekuensi rendah melalui
gelombang. Gelombang ini akan memberi kuasa kepada tag-tag pasif yang
ada [15].
Rajah 5.3: Rekabentuk Sistem LIMAS
Di antara reader dan tag, saiz antena boleh dibentuk dalam pelbagai
cara. Oleh kerana saiz tag adalah kecil, ia boleh direka untuk memenuhi
keperluan hampir semua situasi. Tambahan pula tiada halangan atau alatan
yang boleh menghalang pergerakan tag-tag tersebut. Pilihan untuk meletak
dan menggunakan tag dengan apa cara sekalipun tidak menimbulkan
masalah.
57
Namun begitu, pada usia akhir ternakan dan haiwan-haiwan yang
telah ditagkan ini, cip ID perlu dihapuskan bagi mengelakkan berlakunya
manipulasi data dan rekod ataupun penyalahgunaan tag.
Rajah 5.4: Fungsi Sistem LIMAS
5.2.4 Analisa Industri
5.2.4.1 Pengenalan Bisnes Model
Bisnes model adalah suatu kaedah di mana sesebuah syarikat menjalankan
perniagaan yang boleh menguntungkan syarikat dengan cara tersendiri. “A business
58
model is quite simple: it is a brief statement of how an idea actually becomes a
business that makes money. It tells who pays, how much and how often. The same
product or service may be brought to market with several business models.” Petikan
daripada “Anatomy of a Business Model” oleh Steven Robbins dan VentureCoach,
Inc. [16].
Bisnes model yang digunakan di dalam pembangunan projek ini adalah
Business to Business (B2B) dan juga Business to Government (B2G). Pelanggan
sasaran mudah, B2B terdiri daripada golongan pengusaha ternakan komersil dan
pelanggan B2G terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan.
5.2.4.2 Kelebihan Teknologi
Teknologi RFID membolehkan organisasi untuk mengubah proses
bisnes kepada:
i) Meningkatkan kesan efisyen yang akan mengurangkan kos
ii) Meningkatkan kesan efektif yang akan meningkatkan prestasi organisasi
iii) Memberi maklumbalas kepada keperluan pelanggan agar menggunakan teknologi
RFID bagi menyokong rantaian pengeluaran dan aplikasi-aplikasi lain
5.2.5 Status dan Keperluan Projek
Perancangan pembangunan sistem LIMAS adalah dijangka memakan masa
selama 10 – 15 bulan. Rangka kerja adalah seperti di rajah berikut:
59
2007 2008 May June July Aug Sept Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May
Product Info/Input
Management Team
Technical Team
Marketing Team
Accounting Team
Prototype
Debugging
Launching
Rajah 5.5: Perancangan Sistem LIMAS
5.3 Pengurusan dan Organisasi
AlfaSys telah ditubuhkan pada Januari 2007 dan dimiliki sepenuhnya oleh
Bumiputera yang mempunyai kepakaran di dalam pelbagai bidang IT teknikal dan
servis. Sila rujuk Lampiran J untuk salinan pendaftaran syarikat. Slogan ‘We bring
tech to your business life’ membawa maksud bahawa AlfaSys ingin mengimplemen
dan menghubungkan IT ke dalam bidang sektor pertanian di Malaysia khususnya. Di
bawah adalah rajah organisasi AlfaSys:
60
Rajah 5.6: Carta Organisasi AlfaSys
5.3.1 Latarbelakang Ahli
Jadual 5.2: Latarbelakang dan Pengalaman Ahli
Nama, Umur
Pengalaman Kemahiran
Suziana Samuntin, 26
- Pembantu pengurus di AlfaSys - Pengurus projek sistem aplikasi dan atas talian - Pembangun sistem, pengaturcara selama 5 tahun
Management - Project Management Engineering - SmartCard, RFID, Software engineering Software Programming/Database - C, Java, VB, ASP, PHP, VB.Net, ASP.Net, MS Access, MS SQL Server, My SQL Tools - Macromedia Dreamweaver, Swish, Adobe Photoshop, Ms Visual Studio
61
5.3.2 Penasihat dan Sokongan Professional
AlfaSys telah bertemu dengan beberapa konsultan dan individu yang
berpotensi untuk menjadi mentor bisnes dan memberi pandangan di sepanjang
pembangunan sistem LIMAS. Di bawah adalah senarai penasihat yang berpotensi
dan beberapa individu yang memiliki kemahiran teknikal. Individu ini akan menjadi
konsultan dan penasihat dalam pembangunan sistem dan pemilihan perkakasan,
strategi pemasaran dan juga kawalan kewangan projek LIMAS.
Siti Norjihan Rusiman, 26
- Pengurus di AlfaSys - Pengurus projek sistem aplikasi dan atas talian - Pembangun sistem, pengatur cara selama 5 tahun
Management - Project Management Engineering - SmartCard, RFID, Software engineering Software Programming/Database - C, Java, VB, ASP, PHP, VB.Net, ASP.Net, MS Access, MS SQL Server, My SQL Tools - Macromedia Dreamweaver, Swish, Adobe Photoshop, Ms Visual Studio
Noraida Mohd Yunos, 26
- Pembantu jualan di Pasar Peladang - Kerani kewangan di Bank Negara, Johor Bahru
- Pengurusan akaun
Jamal Ali, 46 - Pegawai pemasaran BinaTrading Sdn Bhd - Pembantu akaun di Sinar Maju Ent
- Perhubungan pelanggan
Mohd Azlan Aziz, 25
- Pelatih pendawaian elektrik - Pembantu tenaga pengajar
- Servis dan pemasangan perkakasan elektrik dan elektronik
62
i) Mentor – Core Allied Sdn. Bhd.
ii) Penyelidik RFID dari UTM dan organisasi luar
• En. Rohisyam Abd Rahman, penyelidik TMNet
• Dr. Asri B. Mohd Ngadi, pensyarah
• En. Shamsudin B. Hashim, pensyarah dan penyelidik UIA
• Pelajar/Pembantu Penyelidik dari Faculty of Electrical Engineering,
UTM
iii) Perisian dan Pengaturcaraan
• Dr. Asri B. Mohd Ngadi, pensyarah
• En. Edinorman Aznan, pengurus teknikal dari Ramp-It Enterprise
iv) Pegawai / Pemilik Ladang Ternakan
• Tn. Hj. Ahmad Azam B. Yamen, Pegawai Haiwan
• En. Roslizan B. Hassan, Pegawai Haiwan
• Dr. Yusof Hamali b. Ahmad, Pegawai MARDI
• En. Yunos B. Hj. Ali, pemilik ladang lembu
• En. Sarjuni B. Karjani, pemilik ladang lembu
v) Strategi Pemasaran
• En. Md. Mohar B. Mohamad, pensyarah
• Aspati Sdn. Bhd., mentor bisnes
5.4 Analisis Industri
5.4.1 Tren Industri
Seperti yang telah dinyatakan, kira-kira 2.5 million ternakan di Malaysia akan
diimplan dengan cip di telinga pada tahun 2008. Di samping itu, kerajaan telah
63
memandang serius akan perancangan ini dan akan berusaha untuk menjadikan
Malaysia sebagai hub makanan halal khususnya dalam bidang pengeluaran makanan
[17]. Malaysia berhasrat untuk meningkatkan jumlah ternakan lembu kepada 1.6 juta
pada tahun 2015.
Menyentuh tentang perkembangan RFID di Malaysia, teknologi ini dijangka
berkembang dari RM9 juta kepada RM76 juta pada tahun 2010, menurut laporan
IDC. Pasaran RFID seluruh dunia akan menjejak sehingga US$ 3.1 juta pada tahun
2008. Penggunaan RFID dalam rantaian pengeluaran akan berkembang menjejak
sehingga US$1.3 bilion pada tahun 2008, menurut sumber dari IDC.
Berdasarkan kepada kajian terkini oleh IDC dalam bidang radio frequency
identification (RFID), syarikat tempatan akan melaburkan hampir US$20.94 juta
pada tahun 2010, berbanding pelaburan hanya US$2.45 juta pada tahun 2005 dengan
pertumbuhan tahunan (CAGR) dianggarkan sebanyak 45.84%.
Kini, kerajaan adalah satu kunci utama bagi penggerak kepada implementasi
teknologi RFID di Malaysia. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Pertanian dan Jabatan Penjara Malaysia telah pun menggunapakai
teknologi RFID sebagai penyelesai masalah dalam sistem pengurusan mereka.
Beberapa agensi kerajaan yang lain masih di dalam proses ini melaksanakan sistem
berdasarkan teknologi RFID.
Tambahan pula, beberapa perpustakaan di universiti dan perpustakaan awam
telahpun mengimplemen teknologi RFID bagi menjejak buku-buku di dalam premis
tersebut. Dalam sektor swasta, pengguna RFID terdiri daripada industri pengeluaran.
64
5.4.2 Saiz Industri
Di Malaysia, kira-kira 60,000 ternakan lembu akan ditempatkan di Pusat
Fidlot Negara (NPC). Malaysia mensasarkan untuk mencapai kira-kira 1,651,827
ekor populasi ternakan lembu bersamaan dengan populasi di Malaysia adalah
seramai 30.7 juta [18].
Percubaan untuk mengimplan ternakan khinzir di wilayah Hunan di Negara
China di mana potensi pasarannya adalah 500 juta ekor khinzir, 3 kali ganda pasaran
di mana-mana Negara. Percubaan mengimplan ternakan lembu dan khinzir di Taiwan
pula adalah berjumlah kira-kira 66 juta ekor.
Rajah 5.7: Saiz Industri RFID di Malaysia [19]
65
Rajah 5.8: Saiz Pasaran RFID di Asia [19]
5.4.3 Sasaran Pasaran
LIMAS akan berfokus kepada segmen pasaran yang memerlukan alternatif
kepada penyelesaian sistem sedia ada bagi meningkatkan pengurusan konventional
kepada kaedah pengurusan yang lebih baik. Pasaran sasaran LIMAS adalah
berdasarkan kepada pelanggan mudah (easy customers) dan pelanggan jangka
panjang (long lasting customers.). Contoh bagi pelanggan jangka panjang ialah
Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Institut Haiwan, MARDI, Jabatan Hutan, organisasi
dan institute penyelidikan dan agensi ternakan yang lain. Penternak tradisi akan
menjadi easy customers. Pihak kami akan membantu para penternak tradisi ini agar
menjadi lebih mahir dalam menguruskan ladang ternakan secara efektif. Selain itu
juga, LIMAS boleh dimplemen di dalam bidang seperti menjejak haiwan di zoo dan
menjejak binatang dan haiwan liar yang terancam di hutan-hutan.
66
5.4.4 Analisis Pesaing
MyRFID Sdn. Bhd. dan RF-Ident Sdn. Bhd. adalah pesaing terdekat buat
masa ini. Namun begitu, perbezaan di antara pesaing dengan LIMAS ialah LIMAS
merupakan sebuah produk tempatan manakala pesaing merupakan pengedar bagi
produk luar negara. Jadual 5.4 menunjukkan perbandingan antara pesaing:
Jadual 5.3: Produk Pesaing
Produk
Kekuatan Kelemahan
Animal Identification edaran RF-Ident Sdn. Bhd.
- Produk luar negara
- Mahal, kos tinggi
Livestock Tracing Systems edaran MyRFID Sdn. Bhd.
- Produk luar negara
- Mahal, kos tinggi
5.4.5 Strategi Kompetitif
Rajah 5.9: Analisis SWOT
67
5.5 Strategi Pemasaran
5.5.1 Strategi Pemasaran Produk
Strategi pemasaran produk akan mensasarkan kepada ciri-ciri unik Sistem
Pengurusan Ternakan (LIMAS) seperti:
i) Mempercepatkan keputusan dan output data secara masa nyata (real time)
ii) Sistem berintegrasi di antara perisian dengan perkakasan RFID
iii) Cip RFID mengurangkan kebarangkalian berlaku kesilapan memasuk atau
membaca maklumat ternakan dan memastikan pengumpulan maklumat menjadi
efektif
iv) Tag boleh dibaca walaupun kotor atau tertanggal
v) Tag RFID boleh digunakan bersama-sama dengan sistem automasi ladang yang
lain
vi) Dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja ketika merekodkan data
5.5.2 Strategi Memasuki Pasaran
Pada awalnya, Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) akan bekerjasama
dengan pihak seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), agensi seperti MARA dan
lain-lain lagi. Projek permulaan (pilot project) juga akan dilancarkan sebagai strategi
untuk menguji sistem LIMAS.
68
Selepas itu, kumpulan pemasaran akan cuba bekerjasama dengan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan jabatan-jabatan serta agensi yang
berkaitan sebagai usaha bagi meletakkan sistem LIMAS untuk digunapakai di
seluruh Negara.
5.5.3 Strategi Harga
Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) akan ditawarkan berdasarkan pakej-
pakej. Pakej-pakej ini mengandungi latihan, konsultansi dan servis yang diberikan
secara percuma berdasarkan syarat-syarat. Harga pakej minimum adalah kira-kira
RM 8,000.00 bagi 200 ekor ternakan.
5.5.4 Saluran Pengedaran
LIMAS akan bekerjasama dengan MARA, Jabatan Perkhidmatan Haiwan,
Institut Haiwan, Jabatan Hutan dan Haiwan Liar, Persatuan Peladang, Persatuan
RFID Malaysia, MeCD dan beberapa persatuan yang berkaitan. Strategi yang
dicadangkan adalah seperti berikut:
i) Mengadakan kelas ataupun seminar tentang bagaimana untuk meningkatkan
kesedaran kepada wujudnya sistem LIMAS ini
ii) Meningkatkan keprihatinan dan kesedaran celik IT dalam persekitaran bisnes
iii) Semasa latihan percuma untuk sesi penggunaan sistem LIMAS, forum ringkas
akan diadakan bagi memahami kehendak pengguna
iv) Menyediakan sokongan khidmat pelanggan bagi membantu para pelanggan
69
5.5.5 Promosi dan Pengiklanan
Aktiviti promosi dan pengiklanan yang telah dikenalpasti bagi memperkenalkan
produk LIMAS ini adalah seperti di bawah:
i) Melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia
ii) Melalui Persatuan Peladang Malaysia
iii) Melalui Jabatan Perhutanan dan Haiwan Liar
iv) Melalui Persatuan RFID Malaysia
v) Melalui Persatuan Peniaga Melayu
vi) Melalui promosi semasa ekspo SME ataupun ekspo yang berkaitan
vii) Melalui pameran anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
viii) Melalui bank yang terpilih
ix) Melalui kenalan Business-to-business
5.6 Penilaian Risiko
i. Risiko Pengurusan
Kelemahan dan kekurangan skil di kalangan ahli pengurusan
Penyelesaian: Mengambil pekerja yang berkelayakan sahaja
ii. Risiko Pemasaran
Kelemahan strategi pemasaran disebabkan oleh kekurangan peruntukan dan
promosi yang tidak mencukupi
Penyelesaian: Mendapatkan bantuan daripada syarikat pengiklanan untuk
mempromosi dan memasarkan produk LIMAS ataupun mencari jalan dan strategi
yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
70
iii. Risiko Operasi
Kekurangan dan kelemahan skil di kalangan staf
Penyelesaian: Memberikan latihan dan kursus kepada staf
Pembayaran gaji yang tinggi kepada staf
Penyelesaian: Mengambil hanya pekerja yang berkelayakan untuk menjimatkan
pembayaran gaji
5.6.1 Lain-lain Risiko
Isu frekuensi RFID:
• RFID menggunakan Industrial, Scientific or Medical applications (ISM)
band
• Band frekunesi yang diterima di peringkat global ialah HF 13.56 MHz
• Bagi RFID dalam unit UHF, frekuensi yang terdapat di sesebuah Negara
tidak dibenarkan di Negara yang lain
5.7 Pembangunan dan Pelan Jangka Panjang
5.7.1 Sasaran
Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) adalah sebuah sistem untuk mengurus
rekod-rekod ternakan menggunakan teknologi RFID dan akan meningkatkan
71
produktiviti pengurusan konvensional ternakan. Bidang penternakan juga akan
mendapat manfaat apabila teknologi maklumat digunakan bagi membantu
menguruskan maklumat dan akan menjadi sistem yang selesa untuk digunapakai
serta komprehensif.
5.7.2 Strategi
Strategi untuk berjaya di dalam bisnes ini adalah:
i) Khidmat pelanggan: 12/6 khidmat dan servis yang berkualiti
ii) Pengurusan: Prestasi servis pengurusan yang berkualiti
iii) Rangkaian: Hubungan yang erat di antara pegawai dan Jabatan berkenaan
iv) Reputasi: Memberikan perhatian 100% kepada pelanggan dan klien
v) Pengetahuan: Mempunyai pengetahuan teknikal yang luas di kalangan staf dan
bersedia memberikan latihan dan servis kepada pelanggan
5.7.3 Batu Tanda
Pembangunan Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) masih di dalam fasa
pembangunan prototaip. Sila rujuk Lampiran A untuk melihat Carta Gantt
perlaksanaan pembagunan projek.
72
5.7.4 Kitaran Risiko
i) Masalah perkakasan rosak
• Penyelesaian: Menyediakan rutin untuk memeriksa dan memberi servis
kefungsian perkakasan
ii) Sistem tidak berfungsi dengan baik
• Penyelesaian: Membuat pengujian sebelum memasang sistem dan
membuat salinan data
iii) Kekurangan kemahiran dan pengetahuan dalam IT
• Penyelesaian: Memberikan tutorial dan kursus pendek tentang bagaimana
untuk mengurus dan menggunakan sistem kepada pengguna
5.7.5 Pelan Jangka Panjang
Pada masa hadapan, Sistem Pengurusan Ternakan (LIMAS) akan
diimplementasikan ke jabatan dan pertubuhan yang lain seperti Institut Unggas untuk
menguruskan ternakannya dan juga organisasi seperti Jabatan Perhutanan dan
Haiwan Liar bagi menjejak spesis haiwan terancam di hutan. Selain itu, AlfaSys
akan melibatkan diri dalam sektor agrikultur namun berfokus kepada pertanian.
Dari segi kefungsian sistem, LIMAS akan dipertingkatkan dari semasa ke
semasa bagi memenuhi keperluan pelanggan. Setiap fungsi akan dikembangkan dan
berkemungkinan mempunyai beberapa modul dan fungsi yang baru agar ia relevan
dengan situasi dan permasalahan masa kini.
BAB 6
KESIMPULAN
6.1 Pencapaian
Cadangan pembangunan aplikasi sistem LIMAS diharap dapat memberikan
suatu alternatif yang berupaya menguruskan rekod ternakan dengan lebih berdisiplin
dan fleksibel. Banyak kajian, analisis, pengumpulan maklumat dan penyelidikan
yang telah dilakukan bagi memastikan cadangan prototaip LIMAS dapat
dibangunkan dengan menepati keperluan dan kehendak pengguna. Namun begitu,
perlaksanaan sistem sebenar menggunakan perkakasan RFID yang lebih tepat dan
bersesuaian telah terbatas ekoran kos perkakasan RFID yang agak tinggi untuk
diimplementasikan. Justeru, sebagai langkah penyelesaiannya, sistem dibangunkan
menggunakan perkakasan asas kit RFID yang mampu berfungsi memperlihat
bagaimana sistem cadangan ini akan beroperasi kelak.
Kejayaan sesebuah sistem prototaip yang berjaya dibangunkan juga adalah
berdasarkan kepada beberapa aspek aliran proses yang lain seperti pemilihan
metodologi yang bersesuaian selain daripada penetapan penggunaan perisian dan
perkakasan yang tepat. Metodologi perlu dipilih dengan teliti agar hasil akhir projek
memberikan output yang terbaik dan berkualiti tinggi. Ianya juga adalah bagi
74
memastikan objektif yang ditetapkan di awal perancangan projek dapat dicapai
sepenuhnya.
Pemilihan teknologi RFID adalah kerana ia mempunyai ciri-ciri unik yang
mampu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan rekod ternakan apabila
dipadankan menjadi sebuah sistem. Teknologi bar kod tidak sesuai untuk
diimplementasikan dalam persekitaran ladang dan pengurusan ternakan
memandangkan terdapat beberapa kelemahan kekal yang ada padanya. Prototaip
yang dibangunkan diharap dapat menggambarkan salah satu penyelesaian kepada
sistem sedia ada.
Pengaturcaraan kefungsian dalam aplikasi sistem pangkalan data pula
memainkan peranan penting daripada segi pengurusan terhadap rekod dan sistem.
Selain daripada mempunyai fungsi yang pelbagai, sistem juga menekankan kepada
aspek persekitaran sistem yang ramah pengguna dan juga penekanan kepada
antaramuka dan aliran menu sistem yang mudah difahami oleh pengguna. Ia adalah
penting bagi memastikan pengguna sistem tidak terkeliru dan menjadi hilang arah
ketika sedang menggunakan sistem kelak.
6.2 Kekangan dan Cabaran
Melalui pemerhatian dan pengalaman di sepanjang pembangunan prototaip
sistem LIMAS, terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti dan juga cabaran yang
dihadapi seperti berikut:
75
i) Kerjasama yang kurang berkesan daripada Pegawai Pejabat Haiwan
Daerah Johor Bahru
Sukar untuk memperoleh data daripada Pegawai yang ingin ditemui walaupun
tarikh pertemuan telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Selain itu, rancangan
pertemuan susulan juga seringkali gagal akibat pegawai sedang bercuti ataupun
bermesyuarat di luar daerah.
ii) Pemilihan produk perkakasan RFID tempatan
Melalui kajian dan pengumpulan maklumat, didapati produk perkakasan RFID
keluaran tempatan adalah amat sukar untuk diperoleh. Syarikat-syarikat yang
dihubungi majoritinya menjual set sistem dan perkakasan dari luar negara. Oleh
yang demikian, harga produk adalah tinggi. Hanya sebuah syarikat tempatan iaitu
RF-Ident Sdn Bhd yang menawarkan produk kit RFID tempatan yang berharga
kompetitif dan mempunyai fungsi asas yang baik. Selain itu, RF-Ident juga
menawarkan khidmat nasihat dan bantuan yang baik ketika pembangun
menghubunginya untuk sesi khidmat nasihat. Syarikat-syarikat lain amat sukar
memberikan kerjasama dan berahsia tentang produk syarikat mereka.
iii) Struktur padanan pembangunan perisian dan perkakasan RFID
Melalui pengamatan, ilmu dalam teknologi RFID amat diperlukan bagi
menghasilkan produk akhir yang berkualiti. Ia perlu digabungkan dengan ilmu
kejuruteraan elektrik bagi modul-modul rekaan litar dan perkakasan. Pembangun
menyedari kekurangan kemahiran dan skil dalam dua ilmu yang telah dinyatakan.
Sebagai penyelesaiannya, pembangun menggunakan khidmat nasihat daripada
penyelia di bahagian teknikal iaitu Dr Asri selain bertanya kepada pihak-pihak
yang berpengalaman di dalam bidang RFID ini.
76
6.3 Perbincangan dan Cadangan
Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi ketika proses pembangunan sistem
LIMAS. Namun, atas bantuan dan sokongan banyak pihak projek prototaip ini
berjaya direalisasikan. Dapat dinyatakan bahawa teknologi RFID memerlukan skil
dan kemahiran bagi mengadaptasikannya ke dalam mana-mana sistem yang
berkehendakkan kepada penggunaan teknologi ini. Justeru, pembangun akan
memastikan sistem yang dibangunkan dapat berfungsi dengan baik selain daripada
mempunyai ruang untuk dipertingkat dan diperkembangkan modul dan fungsinya
dengan mudah pada masa akan datang. Segala kelemahan dan kekurangan kini
merupakan asas bagi penghasilan projek yang lebih baik pada masa akan datang.
77
RUJUKAN
1. Dan Burskirk. Radio Frequency Identification Ear Tag Application and
Management. Extension Bulletin E-2967. 2006
2. Dan Grooms. Radio Frequency Identification (RFID) Technology for Cattle.
Extension Bulletin E-2967. 2007
3. New Sunday Times (11 November 2006)
4. The Star Online (18 April 2006)
5. Utusan Online (5 September 2006)
6. The Star Online (8 Ogos 2006)
7. Malaysia RFID 2006-2010 Forecast and Analysis
http://www.marketresearch.com/product/display.asp?productid1333775&g=1
(14 Oktober 2007)
8. The Star Online (1 Mac 2007)
9. Yasir Mohd. Penternakan Lembu Pedaging. Kuala Lumpur: Synergy Media
Books. 2007
10. Khoe. Transport Network for LAN Interconnection Based on Wavelength
Specific Planar Components. Proc. 1996 IEEE/LEOS Benelux Chapter
Symposium: Enschede, Netherlands, 28 November 1996. pp. 156-159.
11. What Is The Rational Unified Process?
http://www.therationaledge.com/content/jan_01/f_rup_pk.html
(5 November 2007)
12. Azah Kamilah Muda. Struktur Data & Algoritma Menggunakan C++. Kuala
Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia. 2005
13. Bernd Bruegge and Allen H. Dutoit. Object-Oriented Software Engineering:
Using UML, Patterns and Java (Second Edition). Prentice-Hall. 2003
14. New Straits Times (11 Disember 2006)
15. Estidotmy. Radio Amatur dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 2008
78
16. Anatomy of a Business Model
http://www.nciia.net/resource_folder/entreguides/gettingstarted/plan1.pdf
(12 January 2008)
17. Laman Web Penternakan
http://www.dodon.org/ (12 Disember 2007)
18. Institut Veterinar Malaysia
http://www.johordt.gov.my/ihk/vermalay2004/index-m06.htm (9 Julai 2007)
19. Parul Oswal. RFID Market – Asean Growth Trends. Thailand RFID Summit
2006. Frost & Sullivan, 22 February 2006.
top related