laporan post mortem mata pelajaran spm - reka cpta
Post on 14-Jul-2016
299 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN POST MORTEM MATA PELAJARAN SPM 2014
NAMA GURU :
SUBJEK : REKA CIPTA
KELAS : 5C
GPMP : 2.58 GPMP 2013 : 2.70
KEKUATAN1. Keputusan SPM 2014 subjek ini 100% lulus.2. GPMP 2014 menaik sedikit daripada 2.58 berbanding 2.70 pada tahun 2013.3. Pencapaian keseluruhan pelajar :
Bil Gred Kuantiti 1. A+ 02. A 03. A- 64. B+ 55. B 16. C+ 07. C 08. D 09. E 0
12. G 0Jumlah 12
4. Latih tubi menjawab soalan SPM lepas banyak membantu pelajar membiasakan diri dengan soalan. Ada beberapa soalan yang boleh di jawab dengan baik kerana pelajar pernah menjawab soalan tersebut semasa membuat latih tubi.
5. Penghasilan kerja kursus yang baik juga membantu pelajar mendapat keputusan yang baik. Pelajar memperoleh 40 – 45 markah daripada artifak dan folio yang mereka hasilkan.
6. Kertas 1 bahagian C banyak membantu pelajar mendapat markah. Bentuk soalan di bahagian C tidak banyak berubah. Pelajar dapat menjawab dengan baik kerana mereka telah berulang-ulang kali menjawab soalan tersebut semasa membuat latih tubi.
7. Pendedahan skema permarkahan juga banyak membantu pelajar daripada melakukan kesilapan dan kecuaian semasa menjawab soalan terutama di bahagian kertas 1 bahagian A dan B.
KELEMAHAN1. Penghasilan artifak dan folio perlu diperbaiki lagi. Disebabkan format folio yang kerap
berubah dan guru tidak mendapat maklumat terkini, folio terpaksa diubah semula pada saat-saat akhir.
2. Pelajar masih lemah menjawab bahagian A dan B terutamanya soalan berkaitan sistem mekanikal dan elektrikal.
PENAMBAHBAIKAN 20151. Pelajar akan didedahkan awal format terkini folio dan artifak jika terdapat perubahan.2. Pelajar akan di ajar bagaimana untuk menjawab soalan bahagian A dan B berbantukan
soalan SPM tahun sebelum.3. Kelas tambahan akan bermula pada bulan April setiap hari Jumaat bermula 2.30 – 4.30
pm selain kelas tambahan sewaktu cuti persekolahan.4. Pelajar akan didedahkan dengan bentuk soalan mirip SPM selepas cuti pertengahan
tahun bermula bulan Jun.5. Pelaksanaan jadual waktu anjal di mana subjek dan waktu PSK akan digunakan untuk
mengajar subjek Reka Cipta bermula selepas cuti pertengahan tahun.6. Pelajar akan didedahkan dengan skema permarkahan. Ini boleh membantu mereka
mengelakkan melakukan kesalahan semasa menjawab soalan dan boleh mengakibatkan mereka kehilangan markah.
7. Melaksanakan kerja krusus dengan baik berpandukan soalan yang dikehendaki. Membantu pelajar mendapat markah kerja kursus sekurang-kurangnya 43 – 47 markah.
Disediakan oleh,
( )Guru Mata Pelajaran Reka Cipta
top related