laporan lawatan penanda aras ke smk sultan badlishah

Post on 14-Dec-2014

176 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Laporan Lawatan Penanda Aras ke SMK Sultan Badlishah,Kulim,Kedah

Pada 7 Februari 2013 yang lalu seramai 20 orang guru pelatih dari opsyen Reka

Bentuk dan Teknologi (B) IPG Kampus Perlis telah mengadakan lawatan penanda aras

ke SMK Sultan Badlishah. Lawatan di sekolah tersebut telah dibahagikan kepada

empat kumpulan untuk menyedia satu laporan berkenaan ciri-ciri kepimpinan,

pengurusan, iklim sekolah / budaya sekolah dan infrastruktur / infostruktur kurikulum.

Kumpulan saya terdiri daripada lima orang iaitu Mohamad Nazrin, Mohd Syauqi,

Muhammad Asyraf, Muhammad Zul Fikri dan Shahrul Fazli. Tajuk yang telah kami

perolehi ialah infrastruktur dan infostruktur kurikulum sekolah. Infrastruktur dan

Infostruktur merupakan keperluan yang memperincikan prasarana pengajaran dan

pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan

keberkesanan program latihan.

SMK Sultan Badlishah mempunyai kemudahan - kemudahan fizikal dan

infrastruktur yang baik seperti Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains (Biologi,Fizik dan

Kimia), Makmal ICT, Makmal Bahasa, Makmal Matematik, Stor Sukan, Bengkel

Kemahiran Hidup, Kamar Perkongsian Pintar, Bilik Seni Lukis, Bilik PIBG, Bilik SPBT,

Bilik Kaunseling, Bilik Pengawas, Bilik Data/Maklumat, Bilik Unit Penilaian dan

Peperiksaaan, Bilik Guru, Surau, Kedai Koperasi, Dewan Kuliah, Kantin, Padang Bola

Sepak dan lain-lain lagi. Kemudahan - kemudahan tersebut dapat mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan warga

sekolah melaksanakan aktiviti harian dengan lebih cepat, cekap serta menjimatkan

masa dan tenaga.

top related