lanun di perairan asia tenggara

Post on 30-Jun-2015

1.329 Views

Category:

Education

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

GROUP.

TRANSCRIPT

TAJUK :

LANUN DI ASIA TENGGARA

NAMA NO. MATRIKAzliyana idayu bt mohd saofi d20101037899NORSYAZWANI BT SAARI D20101037878NUR AZIMAH BT ROSLI D20101038007NUR SHAKIRAH BT CHE ABD GHANI D20101037812Nurul ain bt razali d20101037845NURUL DIANA BT MOHD ADNAN D20092036892SITI AZIZAH BT OTHMAN D20101038022

KUMPULAN I

APA ITU LANUN ???☺Perkataan LANUN mula digunakan pada 140 tahun sebelum

masihi dalam sejarah ROM.☺Definisi terperinci berkaitan lanun adalah daripada sejarawan

Yunani, Plutarch. Beliau mentakrifan LANUN sebagai

“kumpulan manusia yang menyerang kapal-kapal laut dan bandar-bandar persisisran pantai tanpa kebenaran pihak berkuasa.”

☺Di Tanah Melayu, sejarah kegiatan lanun disamakan dengan kegiatan kutipan cukai kepada pemerintah di sepanjang Selat Melaka. Mereka akan menjadi perisik kepada kerajaan Maritim.

☺Kini, di Malaysia, kegiatan lanun telah beralih dari kawasan perairan Kuantan dan Pulau Tioman ke perairan Laut China Selatan.

KONFLIK KEGIATAN LANUN

Cabaran keselamatan yang sukar untuk diramalkan buat skuad maritim

Selain perairan Selat Melaka, laluan perdagangan antarabangsa juga di Teluk Aden menjadi tumpuan kegiatan Lanun

Banyak kegiatan lanun sudah ditumpaskan termasuklah di Malaysia. Namun, tidak ada undang-undang khas berkaitan lanun.

Kegiatan mereka tidak akan terhapus selagi tidak dikenalpasti apakah punca atau sebab berlakunya masalah sedemikian.

Sebagai contoh, modus operandi lanun di Teluk Aden menunjukkan mereka mempunyai kepakaran melalui kaedah serangan yang cekap. Selain itu, mereka juga dilihat sebagai penjenayah yang terlatih.

Mereka juga mendapat tajaan atau sokongan daripada ketua gerombolan yang berkuasa di Somalia. Penyataan ini dapat dibuktikan melalui penggunaan senjata yang canggih.

Bagaimanapun, tidak semua rakyat Somalia melihat lanun

sebagai penjahat. Sesetengah mereka memandang kegiatan lanun dari sudut yang positif seperti pejuang nasional dan pengawal yang memelihara kedaulatan maritim.

FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA KEGIATAN

LANUN

Salah satu cara hidup tradisional

sejak zaman dahulu kala

Kedatangan orang Eropah ke Asia

Tenggara

Ketidakstabilan politik sesebuah

negara

Mendapat sokongan daripada ketua-ketua

tempatan dalam aspek senjata dan

perlindungan

KEGIATAN LANUN SOMALIA DI TELUK ADEN

SEBANYAK 4 BUAH KAPAL DIRAMPAS DAN 867 KELASI KAPAL DIJADIKAN TEBUSAN PADA TAHUN 2009 (BIRO

MARITIM ANTARABANGSA (IMB))

ANTARA PUNCA SERANGAN LANUN DI SOMALIA IALAH KEADAAN POLITIK YANG HURU HARA, KEMELESETAN

EKONOMI DAN KEADAAN CUACA YANG TIDAK MENENTU.

BAGI MENGATASI MASALAH INI, PUSAT PERKAPALAN NATO MENGELUARKAN AMARAN SUPAYA BERWASPADA KETIKA

BERLAYAR DI TELUK ADEN SERTA MEMASTIKAN KAPAL BERLAYAR 100 BATU DARI PANTAI

KERJASAMA DARIPADA NEGARA-NEAGRA BERKUASA BESAR JUGA DIPERLUKAN SEPERTI AMERIKA SYARIKAT DAN JEPUN.

MALAYSIA JUGA MENGORAK LANGKAH DENGAN MENGHANTAR 2 KAPAL TENTERA LAUT IAITU, KD SRI INDERA

SAKTI DAN KD HANG TUAH.

ANCAMAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG MENIMBULKAN KEBIMBANGAN TERHADAP

HUBUNGAN ANTARA KEGIATAN LANUN SERTA SERANGAN

PENGGANAS.

JUSTERU, PERMASALAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS

KESAN ANCAMAN LANUN

Ancaman lanun megundang impak besar dalam konteks ekonomi negara. Contohnya, menjejaskan sektor perikanan kerana Malaysia banyak mengimport ikan daripada Thailand, Indonesia dan Filiphina serta mengimport ikan bergred A ke Singapura (LKIM)

Ia juga memberi ancaman yang serius terhadap perdagangan global serta ekonomi dunia yang bersepadu.

Pihak kerajaan atau syarikat yang berkaitan terpaksa menanggung kos pembayaran tebusan untuk pembebasan kapal, penumpang dan anak kapal

Kadar insurans yang lebih tinggi juga akan dikenakan kepada pihak pengimport sebagai bayaran risiko.

Kelewatan serahan barangan kepada pihak pembeli juga akan berlaku daripada tempoh yang dirancang.

Risiko kerosakan kapal juga perlu dihadapi ekoran serangan lanun yang menggunakan senjata canggih.

LANGKAH MENGATASI ANCAMAN LANUN

MENUBUHKAN UNIT GEMPUR MARIN ATAU DIKENALI UNGERIN

-Tujuannya untuk menangani ancaman lanun, rompakan, penculikan, serangan pengganas

-Kawasan pemantauan dapat diperluas

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

-Tubuhkan undang-undang khas seperti ISA, Patriot Act dan Anti-Terrorism Act

MENGETATKAN KAWALAN PERAIRAN

-Kawalan yang ketat di perairan menyebabkan para lanun tidak berani untuk memasuki perairan bagi

merompak

MENAMBAH KELENGKAPAN MARITIM BAGI SETIAP UNIT TERMASUK KECANGGIHAN SENJATA

-Seperti membeli kapal laut, menambah bot laju,dan membeli senjata yang lebih canggih

-Hal ini demikian kerana lanun juga menggunakan senjata canggih

MENUBUHKAN PASUKAN PENGAWAL PANTAI DI BAWAH AGENSI PENGUATKUASA MARITIM MALAYSIA (MMEA)

-Terlibat dalam membuat rondaan di sepanjang Selat Melaka dan Pantai Timur

-Berkuasa untuk menguatkuasa undang-undang persekutuan ke atas kesuluruhan wilayah maritim

Malaysia

MENDAPATKAN BANTUAN KEWANGAN DARIPADA NEGARA LAIN

-Contohnya dapat bantuan daripada negara-negara maju seperti Jepun, China, Amerika Syarikat

PERANAN PIHAK PELABUHAN

-Mempertingkatkan keselamatan di kawasan dermaga, laluan menuju ke pelabuhan, kawasan kapal

berlabuh serta rondaan yang berterusan-Pengawasan yang berterusan untuk mengetahui

modus operandi yang dijalankan

PENGGUNAAN PERALATAN SHIP LOC DAN SECURE SHIP

-Ship loc=peralatan untuk menjejak kedudukan sebenar kapal yang dirampas dan mengesan

kedudukan lanun dengan tepat-Secure ship=pagar eletrik yang dipasang pada kapal.

Ia akan memberi isyarat siren apabila ada pencerobohan

KERJASAMA DENGAN NEGARA-NEGARA ASIA

-Mewujudkan kerjasama antara negara-negara asia dan sebanyak 11 buah negara telah menyertainya

dengan membuat satu perjanjian.-Ia dikenali The Regional Cooperation Agreement on

Combating Piracy and Armerd Robbery Against Ships.

KREDEBILITI APMM DALAM MEMBANTERAS KEGIATAN LANUN

APMM berperanan dalam mengurangkan kadar jenayah lanun sebanyak 16 peratus sepanjang penubuhannya serta memikul tanggungjawab menjaga keamanan perairan negara sehingga rakyat merasa selamat. Pegawai dan anggotanya mempunyai pengalaman antara 10-35 tahun dalam pelbagai kemahiran.

APMM telah berjaya mengurangkan kadar jenayah perlanunan dan rompakan walaupun banyak yang sangsi dengan penubuhannya.

Berdasarkan rekod Biro Maritim Antarabangsa, kejadian lanun dan rompakan yang melibatkan kapal dagang di perairan menurun iait u tiada kes yang dilaporkan pada tahun 2009 hingga 2010 dan hanya 2 kes dilaporkan pada tahun 2011.

Hasil kredebiliti yang ditunjukkan oleh APMM tersebut, sebanyak 2182 daripada 2747 nyawa dan RM 274 harta benda dapat diselamatkan

KESIMPULAN

Kegiatan lanun akan menjadi satu ancaman besar kepada negara sekiranya tiada tindaka susulan diambil untuk mengatasinya.

Akibat daripada kegiatan ini, banyak risiko atau kesan dalam pelbagai aspek terpaksa ditanggung oleh pihak-pihak yang terbabit.

Kerjasama daripada semua Agensi, NGO dan Badan Kerajaan daripada pelbagai negara amat diperlukan untuk membanteras kegiatan perlanunan ini.

Kecanggihan teknologi yang wujud pada hari ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Gunakan sebaik mungkin alat yang telah direka untuk mengelakkan daripada serangan lanun.

Kesimpulannya, isu lanun ini adalah isu antarabangsa dan melibatkan ramai pihak. Justeru, kerjasama dan keperihatinan semua amat diperlukan untuk membaterasnya.

…..SEKIAN….TERIMA KASIH

top related