lahirnya seorang jutawan agrotek: pelan ternak kambing malaysia-australia...
Post on 28-Feb-2018
257 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAHIRNYA SEORANG JUTAWAN AGROTEK: Pelan ternak kambing Malaysia-Australia Barat
skip to main | skip to sidebar
LAHIRNYA SEORANG JUTAWAN AGROTEK
Salam ukhwah semua. Blog ini adalah koleksi peribadi yang bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan pertanian, penternakan, peladangan, perikanan,bioteknologi dan lain-lain yang berkaitan dengan laluan untuk menjadi JUTAWAN AGROTEK. Diharapkan dengan kehadiran blog ini akan merealisasikan diri sendiri untuk menjadi JUTAWAN AGROTEK & aspirasi kerajaan PERTANIAN SUATU PERNIAGAAN
Thursday, December 11, 2008
Pelan ternak kambing Malaysia-Australia Barat
PERTH 2 Dis. - Malaysia dan Australia Barat hari ini mencapai persetujuan untuk memulakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Industri Kambing Malaysia (PPIKM) bagi meningkatkan bilangan ternakan itu selari dengan keperluan negara.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Abd Aziz Jamaluddin berkata, di bawah pelan itu kerajaan Australia Barat melalui Jabatan Pertanian dan Makanannya (DAFWA), akan menyediakan khidmat rundingan menyeluruh bermula dari peringkat bekalan baka kambing bermutu sehingga kepada pemprosesan untuk dipasarkan.
Katanya, kaedah itu bukan sahaja mampu menjimatkan kos tetapi menjamin kualiti baka kambing serta bekalan yang mencukupi.
''Dahulu menerusi kaedah tradisional, kita berhadapan pelbagai masalah termasuk kambing mati ketika penghantaran tetapi dengan kerjasama ini masalah itu boleh dielakkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian pelaksanaan PPIKM bersama kerajaan Australia Barat yang diwakili oleh Ketua Pengarah DAFWA, Ian Longson.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani; Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (MARDI), Datuk Dr. Abdul Shukor Abd. Rahman dan Konsul Jeneral Malaysia Australia Barat, Hamidah Ashari.
Pada majlis itu, JPV turut menyerahkan surat hasrat melantik DAFWA membantu membangunkan Pelan Pembangunan Industri Lembu Malaysia.
Abd. Aziz berkata, Australia Barat dipilih kerana negeri terbesar di Australia itu telah membuktikan keupayaan membangunkan industri penternakan berskala besar menggunakan teknologi penternakan terkini.
Pada masa ini Australia Barat menghasilkan kira-kira 20 juta biri-biri, lembu (dua juta), kambing (satu juta) dan unta antara 400 hingga 500 ekor setahun.
Beliau menambah, apa yang penting pelaksanaan pelan itu mampu membantu hasrat kerajaan mencapai kadar yang mencukupi untuk memenuhi keperluan makanan negara.
Sebagai permulaan, katanya, kerajaan akan membawa masuk kira-kira 10,000 baka kambing ferel dari Australia Barat.
''Negara memerlukan sejuta kambing untuk mencapai sasaran 35 peratus daripada keperluan negara menjelang 2015. Hari ini kita hanya mampu menternak 400,000 kambing," katanya.
Mengenai Pelan Pembangunan Industri Lembu Malaysia, Abd. Azizi berkata, ia akan menggunakan kaedah yang sama seperti industri kambing.
Beliau menjangkakan kedua-dua pihak mampu memuktamadkan pelan itu bagi membolehkan pelaksanaan dimulakan pada pertemuan susulan yang dijangka diadakan Julai tahun depan.- Utusan
Posted by
Billionaire Melayu
at8:00 PM
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:Post Comments (Atom)
CNN.com
Loading...
LINDUNGI PC ANDA DENGAN SPY WARE TERHEBAT!!!
BUAT DUIT SECARA ONLINE
Rahsia 4 Minggu Bebas Makan Gaji
Duit Percuma Dengan Program Affiliate
Tonton Online TV SEKARANG!!!
Pancutkan Suami
Jana Pendapatan Di Rahsia ClickBank
Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank
Download 20 Ebook Pelan Bisnes PERCUMA!!!
Followers
Muat turun dan dapat duit
Anda pelawat ke...
Free Counter
FEEDJIT Live Traffic Feed
Feedjit Live Blog Stats
Statistik pelawat
Dalam talian sekarang...
MyForum
Kelandar
Friendster Calendars at PingAFriend.com
Gambar bunga naga
e-book cendawan
Cendawan Tiram Online
Dragon Fruit Vidz
Loading...
Blog Archive
2010
(19)
January
(19)
2009
(94)
November
(71)
January
(23)
2008
(93)
December
(18)Tanaman tomato moden beri pulangan lumayanKontraktor ICT hasilkan nanas klon baru tiga kilog...Skill-Tech ILKS pertama tawar SKM pertanian pELAT...Ebook Koleksi Rancangan PerniagaanBaja cacing hasilkan pendapatan lumayanKambing Jamnapari sesuai diternakTiga sahabat bangunkan e-arowanaBelimbing berkalsium tinggiJambu manis dari MuarLatihan jangka pendek lahirkan usahawan taniUsahawan baja cacing komposPetikan kata-kata daripada Billionair Melayu: Y. B...Tiga sahabat bangunkan e-arowanaBendang Man bantu tingkat pendapatan petaniBengkel pembenihan keli aruhanPelan ternak kambing Malaysia-Australia BaratLimbang bakal pengeluar utama vanilaTanaman tomato moden beri pulangan lumayan
November
(49)
October
(26)
2007
(4)
November
(3)
August
(1)
About Me
Billionaire Melayu
View my complete profile
top related