panduan menternak kambing

27
BAKA-BAKA KAMBING Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan: 1. Kambing Kacang (Katjang) 2. Jamnapari/Ettawah 3. Anglo Nubian 4. Kacukan 5. Saanen Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu. Kambing Kacang (Katjang) Jantina Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 1.6 kg 20 - 25 kg Betina 1.8 kg 25 - 30 kg

Upload: nan

Post on 11-Jun-2015

7.456 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Menternak Kambing

BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:

1. Kambing Kacang (Katjang) 2. Jamnapari/Ettawah 3. Anglo Nubian 4. Kacukan 5. Saanen

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu.

Kambing Kacang (Katjang)

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 1.6 kg 20 - 25 kg Betina 1.8 kg 25 - 30 kg

Ciri-ciri:-

Page 2: Panduan Menternak Kambing

Asal dari Malaysia dan Indonesia. Badan yang kecil dan pendek Tanduk melentur ke atas dan ke belakang. Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus. Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60

cm Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok

putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar . Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.

Kambing Jamnapari

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 3 - 4 kg 68 - 91 kg Betina 3 - 4 kg 36-63 kg

Ciri-ciri:-

Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,

Page 3: Panduan Menternak Kambing

Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.

Kambing Anglo Nubian

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 3.5 kg 70 - 85 kg Betina 3.9 kg 55 - 70 kg

Ciri-ciri:-

Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Dwiguna-daging/pengeluaran susu . Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80

cm. Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna

gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Kambing Kacukan

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa

Page 4: Panduan Menternak Kambing

Jantan 2 - 2.5 kg -Betina 2 - 2.5 kg -

Ciri-ciri:-

Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.

Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.

Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Berat badan 18 - 25 kg. dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang.

Kambing Saanen

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 3.0 kg 68-91 kg Betina 3.3 kg 36-63 kg

Page 5: Panduan Menternak Kambing

Ciri-ciri:

Berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek. Tanduk pada kedua jantina Kekacang di leher Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari

CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK

Cara Pemilihan Baka dan Keturunan

Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya

Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:

Page 6: Panduan Menternak Kambing

Berat semasa dilahirkan adalah tinggi Kenaikan berat badan yang cepat Berat badan semasa 1 tahun Keluaran susu yang banyak Jarak kelahiran yang rapat Cara Pemilihan Konformasi Badan

Cara-cara Pengamatan

Sifat Jantan Betina Warna Warna berbeza mengikut jenis

baka.Sama

Kulit dan bulu Lembut, pendek dan berkilat, tiada kulit berlebihan atau berlipat di bawah dagu dan tengkuk.

Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut.

Saiz Besar dan berat badan tidak lebih dari 25 kg. (had minimum berbeza mengikut baka)

Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minimum berbeza mengikut baka)

Kepala Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata.

Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan.

Leher dan bahu

Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan sempit

Dada Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan

Sederhana

Rangka Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik.

Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan narnpak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada.

Badan Gempal, panjang besar Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan

Bahagian belakang

Lurus, tegap, lebar dan belakang berdaging penuh

Lurus, tegap dan lebar di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuram

Kaki Hadapan Lurus, tegap, dan teguh;  keduanya selari

Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari.

Kaki belakang Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila  berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar.

Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuh. 

Tapak Kaki Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik.Kuku pendek dan menghala ke hadapan

Rata di bawah memboleh kaki kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata

Buah Zakar dan zakar

Zakarnya baik dan boleh  dikeluarkan dan masuk  dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan. tidak terlalu labuh.

 

Page 7: Panduan Menternak Kambing

Ambing dan puting susu

  Ambingnya besar dan tergantung dengan baik dan susu tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak berketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik.

Tabiat Cergas, garang serta gagah CergasKesihatan Sihat Sihat

Cara Perabaan

Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.

Teknik berdasarkan penilaian

Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.

PENGURUSAN TERNAKAN

Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada

o Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan) o Cerai susu hingga bunting o Pengurusan Kambing dewasa o Pengurusan kambing bunting hingga lahir o Pengurusan baka jantan o Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual o Lahir hingga 3 bulan

Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)

Anak kambing diberi susu permulaan (kolostrum) dalam masa 6 jam selepas dilahirkan

Susu kolostrum dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak.

Kebiasaanya anak kambing menghisap sendiri, jika gagal hendaklah diperah dan diberikan melalui botol.

Pengambilan susu kolostrum paling penting untuk antibodi bagi melawan penyakit juga mernbantu merangsang sistern cernaan supaya berfungsi dengan sempurna.

Page 8: Panduan Menternak Kambing

Pusat anak-anak kambing disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, juga menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.

Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selarna 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rurnput sepenuhnya

Penceraian susu dilakukan secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rurnput dan juga susu di peringkat peralihan diberi. Anak dan ibu di kurung dalam kandang, Selepas 4 atau 6 minggu dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.

Kandang ternpat menernpatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Ternpat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.

Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.

Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. lembu yang dicampurkan dengan I - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang I cawan) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkat mengikut umur.

Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa

Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Pemakanan hendaklah dijaga baik kerana berat badan biasanya mudah turun. adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian ibu dan juga susu.

Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasing daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak sesuai dijadikan baka bolehlah dijual.

Pengurusan Kambing Dewasa

Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga I tahun

Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran

Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anakanak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.

Baka Jantan

Page 9: Panduan Menternak Kambing

Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.

Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.

Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan ticlak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejaskan kesihatan.

Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.

Pengurusan Penggemukan

Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah. Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.

Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. la mernerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg. Ini. bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik, jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.

Pengurusan Kambing Sakit/Cedera

Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari. kumpulannya dan diberi rawatan segera.hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya,

PENGURUSAN AM

Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:

Pengurusan KeteranganKawasan Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan.  Perparitan di

sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis dibuang jauh dari kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagar, memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.

Buruh Kerja-kerja mesti teratur dan mudah, sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan  kandang pula dibersihkan. 

Page 10: Panduan Menternak Kambing

Jadual Pengurusan

Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.

Pengenalan Ternakan

Rekod ternakan perlu disediakan apabila  seekor anak dilahirkan. Pengenalan- memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya..

Pengasian Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka dilakukan pada umur 4-5 minggu- mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.

Mematikan Tanduk

Dilakukan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.

Memotong Kuku

Kambing yang dikurung jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang, menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit . 

Menggunting Bulu

Kambing kacukan  mempunyai bulu yang agak panjang dan perlu dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakkan kutu. Bulu di sekitar ambing digunting untuk memudahkan pemerahan dan mengelakkan bulu bercampur dengan susu. 

Kawalan Kutu

Sembur ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu pada badan kambing.

Sistem Berkurung (intensif)

Memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut Makanan dan minuman diberi setiap hari - konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau

untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka

Kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi Kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi

untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

Ciri-ciri Sistem Ragut Lepas

Kawasan ragutan yang luas. Kambing meragut sepanjang masa Kos yang tinggi Pengurusan rumit-ternakan merayau

Sistem Separuh Berkurung (separa-intensif)

Page 11: Panduan Menternak Kambing

Kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Faedah perlindungan pada malarn hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi

kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan

cahaya matahari yang secukupnya. Permeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke

kandang pada petang hari.

PEMILIHAN KAWASAN

Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:

Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.

Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.

Jauh dari jalan raya yang sibuk.

Perumahan

Perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia, kerana keadaan cuaca hujan dan panas terik menyebabkan ternakan perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang.

Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarakdi antara dua kandang hendaklah sekurang kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Contoh Pelan Kandang:

1. Pandangan Sisi2.Pandangan Serong3.Pelan Ringkas4.Pelan Ringkas- Pandangan hadapan5.Pelan ringkas-80 100 ekor Kambing6.Kandang Kambing Berlantai bawah7.Pelan Kandang-15-20 ekor8.Pelan Bangsal kambing

Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang

Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari

pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan

Page 12: Panduan Menternak Kambing

Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang Tidak terkena angin yang kencang Terpelihara dari hujan dan panas Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar Ruang makan dan minum mencukupi Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah

tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit

Pembinaan Kandang

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

Lantai hendaklah -

tahan lama misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing mudah dicuci tidak licin tidak mencederakan tidak mudah lembab Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal)

dan 3.5 s.m. (lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan j arak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).

Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding

Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.

Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian: Dari lantai sehingga kira-kira 1 m keatas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih

rapat antara 1.5-2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.

Di atasnya bolehlah digunakan kayu beroti,buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Bumbung

Bahan-bahan yang boleh dibuat burnbung termasuklah:

Nipah - bagus untuk sistern pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah)

Page 13: Panduan Menternak Kambing

Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutarnanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan burnbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik

Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan burnbung tetapi ianya mahal sedikit. la tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar

Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput diikat pada 0.5 cm dari paras lantai. Air Yang secukupnya hendaklah disediana dalam baldi atau besen.

MAKANAN DAN MINUMAN

Diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Jika tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

Zat Makanan Keteranganprotein membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan

karbohidrat (kanji)

pembesaran. 

vitamin Diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika tidak seimbang boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara dan menyebabkan ternakan  lebih peka kepada sesuatu jenis penyakit.

Mineral Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. contoh.- garam biasa- garam jilat- dicalsium fosfat- tepung tulang- tepung ikan

Air  juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.

Rumput dan Kekacang

Page 14: Panduan Menternak Kambing

Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting . Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pernakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gentian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.Kuantiti yang banyak di samping adanya. gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.Bagi bahan hijauan seperti rumput atau kekacang, seekor kambing dewasa mernerlukan di antara 4.5 kg bahan basah sehari. Di antara jenis-jenis rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah:

i Rumput Guinea (Panicum)ii. Rumput Gajah (Panisetum purpureurn)iii. Rumput Setariaiv. Kekacang: lpil-ipil/Petai Belalang (Leucaenia leucocephala).

Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah:

i. Daun ubi-hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan racun 'cyanide' yang terdapat pada daun tersebut.

ii.Daun nangka-disukai oleh kambing sesuai untuk penggernukan.

iii. Rumput nyonya (akar ruas-ruas)-tidak boleh diberikan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kernbung.

iv. Daun turi

iv.Glyricidia maculata

vi. Daun mengkudu (Merinda citriplia)

vii. Daun pisang - disukai terutama yang muda

Makanan Tambahan (Konsentrat)

Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan anak kambing Yang mengikut induknya. lbu bunting atau Yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg. sehari manakala ibu Yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg. sehari.

semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur I - 1.5 bulan.

Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu clan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:

. 2 bahagian jagung

I bahagian sekam atau dedak

I bahagian hampas kelapa kering

Page 15: Panduan Menternak Kambing

ii. 40 kg. dedak halus

39 kg. tepung jagung

18 kg. bungkil kelapa3 kg. campuran mineral (garam galian)

Garam Galian (mineral)

Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dinding atau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mengambilnya bila-bila .masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting.Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah I : 4.

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah penting.

Sakit Sihatmonyok dan kelihatan tidak bermaya kelihatan segak dan cergas tidak mahu makan  berselera makan mengasingkan diri  sentiasa berada dalam kumpulan membuat bising  tahi tidak bulat  tahi keras dan bulat bulu kering dan meremang kulit licin dan bulu berkilat kurus kering tidak kurus

Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah:

Page 16: Panduan Menternak Kambing

Penyakit Tanda-Tanda Pencegahan Ubat/Rawatan

Page 17: Panduan Menternak Kambing

Puru (Contagious Ecthyma)  disebakan oleh virus, menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu

anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan. terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir. Bila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah.

vaksinasi  sernasa berurnur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas vaksinasi  pertama.

Mengasingkan anak-anak karnbing yang berpenyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelernbung yang telah pecah. Mernbersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau 'gentian violet' (ubat biru).

Kembung i. Mengeluarkan air liur

i. mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mernpunyai kandungan nitrogen yang tinggi

i. Memberi makan minyak kacang.

Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalarn perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang.

ii. Perut buncit terutarna di sebelah kiri

ii. Memelihara padang ragut supaya tidak lebib dari 50% kekacang

 

iii. Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk

   

iv. Pernafasan yang susah

  ii. Minyak sayur/minyak jagung.

v. Keadaan gelisah, bising, mengernbik dan kerap buang air kecil

   

Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)

i. Kelihatan moyok dan mengasingkan diri

i. Asingkan supaya tidak berjangkit

 

Batuk basah - disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya.

ii. Lemah dan tidak terdaya

ii. Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab

 

  iii. Menjadi kurus iii. Elakkan ia  

Page 18: Panduan Menternak Kambing

berhujan  iv. Pernafasan cepat    

  v. Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir keluar dari hidung seperti hingus. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian

   

Cirit-birit (Diarrhoea)

i. Najis cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa

i. Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing

i. Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)

  ii. Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor

ii. Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya

ii. Memberi ubat yang bolch mengurangkan berak seperti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut

i. Cacing iii. Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri

iii. Mernberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur

iii. Ubat pembunuh kuman ataupun cacing

ii. Protozoa (koksidia) iv. Kadangkala najis berbau busuk

   

iii. Kuman      iv. Salah makan.      Kurang Darah (Anaemia)

i. Muka pucat i. Memberi makanan yang cukup dan berzat

 

  bibir, gusi dan lidah yang pucat

ii. Menambahkan zat besi

 

Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah  kurang daripada biasa.

lapisan dalam kelopak mata juga keputihan

iii. Memberikan vitamin untuk selera makan

 

  ii. Lemah iv. Ubat cacing    iii. Bulu meremang v. Pembasmian kutu    iv. Badan kurus    

Page 19: Panduan Menternak Kambing

Kancing Gigi i. Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tiadak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras

i. Suntikan toxoid semasa 3 bulan

i. Tetanus antitoxin dan toxoid

disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemung kinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak

ii. Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepalabiasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang

ii. Mengubat luka-luka terutarna 'puncture wound'

ii. Ubat pelali

iii. Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang

   

Luka-luka   i. sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk

 

Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.

  ii. Sapukan ubat 'lorexane' pada luka

 

  iii. Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negasunt'

 

Kurap Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut.

  Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine

Kurap boleh terjadi disebabkqn oleh kulat atau ektoparasit (mange

     kurap yang disebabkan oleh 'mange' pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti I%

Page 20: Panduan Menternak Kambing

larutan malathion yang membunuh parasit dewasa. 

      Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 - 14 hari selarna 3 kali.

Buruk Kuku i. Kambing kelihatan tempang

  Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.

Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. la disebabkan serangan bakteria pada kuku.

ii. Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau busuk

   

     

Pembiakan

Kaedah Pembiakan dilakukan dengan dua cara iaitu:

i. menggunakan baka jantan

ii.melalui permanian beradas

Kebaikan dan kesulitan permanian beradas adalah:

Kebaikan Kesulitandapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan

penentuan biang dan waktu permanian

kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih menentukan teknik-teknik semasa menyuntik airmani adalah betul

air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walaupun baka tersebut telah mati

boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar

mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan

 

Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak

mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan

Page 21: Panduan Menternak Kambing

pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda.-tidak akan menghasilkan anak yang baik

1 - 1 1/2 tahun - berat badan adalah 20 - 25 kg

Pengenalan Berahi

Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dlikahwinkan.

Tanda-tanda berahi:

tidak tenang (gelisah) mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang mengembek terus menerus sering kencing kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan

Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari

Jangka Masa Bunting

Tempoh kebuntingan selama 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. :

Jarak Kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.