panduan ternak tilapia

10
Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM PENGENALAN Nama Tempatan : Tilapia Hitam / Tilapia Merah Nama Inggeris : Black Tilapia/ Nile Bream Nama Saintifik : Oreochromis niloticus Kadar tumbesaran: Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan Harga pasaran : 450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg Benih ikan = RM 0.20 – RM 1.00 / ekor Gambar 1: Tilapia albino Gambar 2: Tilapia hitam MENGAPAKAH IKAN TILAPIA POPULAR i. Mempunyai pasaran ii. Tumbesaran yang cepat iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran iv. Tulang yang sedikit v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran vi. Tahan kepada perubahan persekitaran vii. Tempoh ternakan yang singkat viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk 1

Upload: alister-ashley

Post on 21-Jun-2015

2.036 views

Category:

Documents


39 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN TERNAK TILAPIA

Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam

PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM

PENGENALAN

Nama Tempatan :

Tilapia Hitam / Tilapia Merah

Nama Inggeris : Black Tilapia/ Nile Bream

Nama Saintifik : Oreochromis niloticus

Kadar tumbesaran:

Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan

Harga pasaran : 450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg

Benih ikan = RM 0.20 – RM 1.00 / ekor

Gambar 1: Tilapia albino Gambar 2: Tilapia hitam

MENGAPAKAH IKAN TILAPIA POPULAR

i. Mempunyai pasaran

ii. Tumbesaran yang cepat

iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran

iv. Tulang yang sedikit

v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran

vi. Tahan kepada perubahan persekitaran

vii. Tempoh ternakan yang singkat

viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada

ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk

KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM

1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.

2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.

3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.

4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.

1

Page 2: PANDUAN TERNAK TILAPIA

Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam

5. Senang untuk memasarkan ikan.

PEMBINAAN KOLAM

1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.

2. Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.

3. Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.

4. Kedalaman kolam yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.

5. Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina :

a. Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).

b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.

Gambar 3 : Parit untuk saluran sumber air masuk Gambar 4 : Saluran air keluar melalui ‘monk’

Satu rangkai kolam selari Rajah Dua rangkai kolam selari

2

BAir masuk

Parit untuk saluran air

keluar

Parit untuk saluran air

masuk

A Air masuk

Parit untuk saluran air

masuk

Parit untuk saluran air

keluar

Page 3: PANDUAN TERNAK TILAPIA

Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam

Gambarajah 1 : - Beberapa Jenis Susunan Kolam-Kolam Ikan

Gambarajah 2 : Contoh Keratan lintang sebuah kolam ternakan ikan

PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.

2. Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.

3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:

a. Meningkatkan pH air

b. Mengeraskan dasar kolam

c. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.

d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.

e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.

Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :

pHBawah 4 4 – 4.5 4.5 – 4.0 5.0 – 5.5 5.5 – 6 6 – 6.5

Kg/ha

Kapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO)

3805 3044 2283 1902 1012 888

Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime)

2917 2283 1776 1395 761 634

Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime)

1903 1522 1142 1015 507 507

3

Tambak/ Batas/ Ban

Saluran Air Masuk

Dasar kolam

3 kaki5 kaki

Saluran air keluar

Monk

Saluran Air Keluar

Saluran air masuk

Keceruanan tebing = 45o

Page 4: PANDUAN TERNAK TILAPIA

Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam

Gambar 5 : Kolam yang telah ditabur kapur Gambar 6 : Aktiviti pengapuran sedang dijalankan

f. Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam

Gambar 7: Kolam yang telah dikapur dan dibiarkan kering sehingga dasar merekah/pecah

g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :

Jenis Baja Kadar yang disyorkan

Baja Fosfat

i. Double Superfosfat (DSP) 400 kg/ ha/ setahun

ii. Triple Super Fosfat (TSP)” 340 kg/ ha/ setahun

Baja Nitrogen

i. Amonium Sulfat 80 kg/ ha/ setahun

ii. Amonium Nitrat 1,350 kg/ ha/ setahun

iii. Amonium liquar 550 kg/ ha/ setahun

iv. Urea 67 kg/ ha/ setahun

h. Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.

4

Page 5: PANDUAN TERNAK TILAPIA

Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam

Gambar 8: Kolam yang baru siap dibina (sebelum air dimasukan)

Gambar 9: Kolam yang sama iaitu setelah air dimasukkan

Gambar10 : Beberapa buah kolam penternak untuk ternakan ikan tilapia

i. Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :

Parameter Nilai Yang Sesuai

i. Oksigen Terlarut (D.O) Lebih dari 2.5 ppm

ii. Karbon dioksida Kurang dari 25 ppm

iii. pH 6 – 8

iv.Suhu air 20 – 35oC (optimum 28 – 32oC)

v. Ammonia Kurang dari 1.0 ppm

PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA

1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.

2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.

5

Page 6: PANDUAN TERNAK TILAPIA

Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam

PEMAKANAN

1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).

2. Terdapat 3 punca utama iaitu :

a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll

b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.

3. Cara pemberian makanan :

a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam

b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.

4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar

pemberian makanan adalah seperti berikut :

Saiz Ikan% Makanan yang patut diberi mengikut berat

badan

Anak ikan kurang dari 2 inci 6 – 10%

Anak ikan antara 2 – 6 inci 3 – 6%

Ikan lebih dari 6 inci 2%

Gambar11 : Makanan ikan iaitu pellet (kiri) dan tumbuhan (kanan)

Gambar 12 : Aktiviti menabur makanan.

Gambar 13: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama DINDING

Gambar 14: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama CARGILL

6

Page 7: PANDUAN TERNAK TILAPIA

Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam

AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan

2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas

3. Memeriksa kualiti air.

4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar

5. Mengawal rumpair

6. Mengawal pemangsa

7. Membuat catatan harian

PENUAIAN

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :

a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.

b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.

2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.

3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.

Gambar 15: Ikan yang dituai dikumpul dalam kolam simen sebelum dipasarkan.

Gambar 16: Penternak baru sahaja menuai ikan tilapianya menggunakan pukat

Gambar 17: Aktiviti penuaian ikan menggunakan Gambar 18: Aktiviti penuaian ikan menggunakan

7

Page 8: PANDUAN TERNAK TILAPIA

Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam

pukat pukat

PENGANGKUTAN IKAN UNTUK PEMASARAN

Terdapat 2 cara utama yang boleh digunakan :

i. Bekas-Bekas / Tangki - berbagai bekas boleh digunakan seperti tong plastik, basin, bakul, kotak kayu dll. Bekas-bekas ini perlu dibekalkan pengudaraan dan suhu air dikawal.

ii. Membungkus – sesuai sekiranya destinasi pasaran yang jauh. Selalunya bahan pelali dan air batu digunakan bagi memastikan ikan berada dalam keadaan yang baik.

Gambar 19: Peti plastik yang diguna untuk menyimpan ikan untuk dipasarkan

Gambar 20: Tangki PVC yang diisi air dan dibekalkan pengudaraan digunakan semasa memasarkan ikan.

Gambar 21: Bekalan oksigen dimasukkan ke dalam beg plastik yang mengandungi ikan dalam jumlah

yang sedikit.

Gambar 22: Ikan dalam tangki yang diangkut menggunakan lori untuk dipasarkan.

HAZLAN

8