kumpulan titah - information.gov.bn publication pdf/07.pdf · al-marhum sultan mahmud al-muktafi...

Post on 27-Jun-2018

248 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 2007

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama 2016

Hakcipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Reka letak/Kompilasi/PenyemakZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

Kulit LuarMuhammad Al Khaliq bin Ali

Dicetak olehEzy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN (Kulit Keras)

(Kulit Lembut)

Titah 2012VI VI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2007 pada 11 Zulhijah 1427/1 Januari 2007

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2007 pada 11 Zulhijah 1427/1 Januari 2007

1-4

5-7

Address by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at a Banquet in Honour of The Visit of His Excellency Bouasone Bouphavanh Prime Minister of The Lao People’s Democratic Republic on 11 Muharam 1428/30 January 2007

8-10

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-23 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428/23 Februari 2007

11-14

15-18Titah Sempena Di Istiadat Pembukaan Rasmi Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ketiga Majlis Mesyuarat Negara di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam pada 16 Safar 1428/6 Mac 2007

VIITitah 2012VII

Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1428 Hijrah / 2007 Masihi pada 12 Rabiulawal 1428/31 Mac 2007 Masihi

19-21

22-23

24-26

27-29

30-33

Speech by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam during The State Banquet Royal Palace, Preach Reach Damnak Serei, Mongkol, Phnom Penh, Cambodia on 17 Rabiulakhir 1428/5 April 2007

Titah Di Majilis Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Asia Tenggara Ke-4 Tahun 2007 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas (Malam Ketiga) pada 25 Rabiulawal 1428/13 April 2007

Titah Sempen Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Bagi Tahun 1428 Hijrah/2007 Masihi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakaspada 8 Jamadilawal 1428/24 Mei 2007

Titah Di Majlis Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Yang Ke-46 Tahun pada 14 Jamadilawal 1428/31 Mei 2007

Statement by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on Th e Signing of the Brunei Darussalam - Japan Economic Partnership Agreement in Tokyo, Japan on 3 Rejab 1428/18 June 2007

34-35

Titah 2012VIII VIII

Remarks by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on the 40th Anniversary of the Brunei Darussalam-Singapore Currency Agreement at Istana Nurul Iman on 12 Jamadilakhir 1428 / 27 June 2007

36-38

39-42

43-46

Titah Sempena Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-61 Tahun di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 9 Rejab 1428 / 24 Julai 2007

Address by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam On the Visit of Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong on 12 Jamadilakhir 1428 / 27 June 2007

Titah Sempena Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Nurul Iman pada 17 Jamadilakhir 1428/2 Julai 2007

Titah Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-61 Tahun pada 30 Jamadilakhir 1428/15 Julai 2007

47-52

53-55

IXTitah 2012IX

Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 17 Rejab 1428 / 1 Ogos 2007

56-58

Titah Sempena Perhimpunan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 23 Rejab 1428 / 7 Ogos 2007

59-61

Message From His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam On the Occasion of the 40 Anniversary of the Founding of ASEAN On 24 Rejab 1428/8 August 2007

62-64

Titah Sempena Majlis Sambutan Isra’ dan Me’raj Tahun 1428 Hijrah/2007 Masihi di Dewan Planery, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berkas pada 27 Rejab 1428/11 Ogos 2007

65-67

Address by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on The Official Visit of Prime Minsiter of The Socialist Republic of Vietnam, He Nguyen Tan Dung at Istana Nurul Iman on 2 Syaaban 1428/15 August 2007

68-71

72-73Titah Sempena Majlis Beramah Mesra dengan Penuntut-penuntut Brunei di Australia pada 27 Syaaban 1428 / 9 September 2007

Titah 2012X X

Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 Universiti Brunei Darussalam di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam pada 29 Syaaban 1428/11 September 2007

74-76

Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Tahun 1428 Hijrah/2007 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 17 Ramadan 1428 / 28 September 2007

77-80

Titah Sempena Hari Raya ‘Aidilfitri Tahun 1428 Hijrah / 2007 Masihi pada 1 Syawal 1428 / 12 Oktober 2007

Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1428 Hijrah/2007 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 11 Syawal 1428/23 Oktober 2007

81-84

85-87

Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-17 Bagi Tahun 2007 pada 15 Syawal 1428/27 Oktober 2007 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Bagi Tahun 2007 di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 29 Syawal 1428 / 10 November 2007

88-90

91-93

XITitah 2012XI

Titah Sempena Majlis Sambutan 100 Tahun Perkhidmatan Kesihatan dan Pelancaran Konvensyen Kesihatan 2007 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 5 Zulkaedah 1428 / 15 November 2007

94-98

Titah Sempena Majlis Ramah Mesra bersama dengan penuntut-penuntut dan rakyat Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Ireland di Hotel Inter-Continental, London pada 22 Zulkaedah 1428 / 2 Disember 2007

99-101

Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1428 Hijrah / 2007 Masihi pada 10 Zulhijah 1428/19 Disember 2007

102-104

105-109Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2008 pada 21 Zulhijah 1428 / 31 Disember 2007

1Titah 20121

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2007pada 11 Zulhijah 1427/1 Januari 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di

atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita untuk memasuki tahun baru Masihi 2007 dalam suasana yang selamat.

Di samping itu, kita bersyukur kerana negara telah melalui tahun

2006 dengan aman dan makmur. Kita telah menyaksikan, berapa banyak negara di dunia yang

terus-menerus mengalami kemelut dan huru-hara. Sementara kita, alhamdulillah, terhindar dari semua itu.

Memang menjadi matlamat kerajaan untuk melihat rakyat

berbahagia dan sejahtera. Ini hanya akan dapat dicapai apabila negara berkeadaan mantap dan aman.

Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat

juga lebih mudah dapat dilakukan di dalam suasana harmoni dan penuh perpaduan.

Inilah kelebihan negara kita yang patut disyukuri. Kita insya-Allah, akan meningkatkan lagi usaha-usaha

pembangunan negara, sebagaimana yang dirancang. Strategi pembangunan kita ialah, keseimbangan di antara fizikal

dan rohani. Kedua-duanya mestilah selari untuk kebaikan.

Titah 20122 2

Pembangunan yang seimbang itu tidak akan menghampakan siapa-siapa.

Kita mahu melihat hasil titik peluh kita dapat dimanfaatkan

kepada anak cucu. Merekalah yang akan meneruskan pembangunan sehingga bertali-rantai. Mereka juga bakal pewaris dan penyambung kegemilangan bangsa.

Dalam hubungan ini, pihak Perkhidmatan Awam perlu turut

menilai prestasinya selaku jentera penggerak pembangunan negara. Peranannya bukan setakat menyediakan pekhidmatan, tetapi juga

selaku pemudah-cara pembangunan negara. Kerana itu beta sering mengingatkan supaya Perkhidmatan Awam

akan sentiasa mesra pelanggan, terutama sekali untuk membolehkan pihak swasta memainkan peranan lebih aktif di dalam memajukan ekonomi negara.

Maka ke arah ini, beta berharap supaya tahun 2007 akan jadi

wadah meningkatkan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai. Dalam pada itu, beta juga berseru kepada pihak swasta supaya

lebih berani merentasi sempadan dan meneroka peluang-peluang pasaran yang lebih besar dan luas.

Negara kita telah menjalin pelbagai hubungan dua-hala, yang

dapat dijadikan asas bagi mengembangkan rangkai-kerja pada mencari pasaran-pasaran baru.

Langkah ini perlu kerana, mahu tidak mahu, perkembangan dunia

urusniaga sekarang adalah memaksa kita untuk lebih terbuka dan berani.

Ini bermakna, pihak swasta perlu lebih berdaya-saing dan dinamik.

3Titah 20123

Mengenai hubungan antarabangsa, Negara Brunei Darussalam secara aktif, akan terus melibatkan diri dengan pertubuhan-pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN, OIC dan lain-lain.

Negara kita akan terus berpegang kepada cara penyelesaian

melalui dialog, iaitu sebagai jalan paling baik dalam menghadapi apa jua masalah, lebih-lebih lagi ke arah mengelakkan persengketaan dan pertumpahan darah.

Sebagai sebuah negara kecil yang sedang membangun, negara

kita tidak mengabaikan pembangunan insan dalam erti yang seluas-luasnya. Wadah pembangunan tersebut ialah bidang pendidikan. Bidang ini akan terus dipupuk dan disuburkembangkan. Ia mesti unggul dan tegak selari dengan aspirasi bangsa.

Maka untuk itu, bertepatan dengan Tahun Baru 2007, beta dengan

amat sukacita mengumumkan penubuhan sebuah Universiti Islam sebagai universiti kedua di negara ini, universiti tersebut akan dikenali sebagai Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Universiti ini kita hasratkan akan menjadi mercu kegemilangan

Islam di negara kita, dan insya-Allah, ia akan turut berperanan melahirkan para ulama dan cendekiawan yang berwibawa yang diperlukan oleh negara.

Adapun pengambilan pertama pelajar untuk universiti ini, insya-

Allah akan dibuat pada bulan Ogos 2007 ini.

Akhirnya, beta ingin merakamkan penghargaan kepada semua peringkat dalam Perkhidmatan Awam, Pasukan-pasukan Keselamatan dan juga kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta, di atas usaha-usaha ikhlas mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Titah 20124 4

Beta dan keluarga beta juga tidak lupa merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Masihi 2007 kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini.

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala

terus melimpahkan rahmat dan perlindungan-Nya kepada kita semua dan kepada negara.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

5Titah 20125

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah1428pada 1 Muharam 1428/19 Januari 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Sekarang gerbang Tahun Baru Islam atau Tahun Baru Hijrah

terbuka pula. Kita memasukinya dengan penuh selesa dan bahagia. Alhamdulillah.

Supaya nikmat ini berkekalan, maka marilah kita sama-sama

membanyakkan ‘syukur’ kepada Allah, berdasarkan firman-Nya yang bermaksud:

“Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan lagi (nikmat itu) untuk kamu.”

Salah satu tanda kita bersyukur ialah membuat perkara-perkara

yang baik lagi berkebajikan, yang juga dipanggil sebagai ‘amal salih’.

Dengan amal salihlah kita dapat membina keluarga yang bahagia dengan menunaikan segala haknya. Demikian juga dengan amal salih, kita mampu membahagiakan bangsa dan negara.

Pembinaan bangsa hendaklah menitikberatkan kepada pendidikan dan pembelajaran. Jika elok dan berjaya pendidikan dan pembelajaran itu, maka berjayalah bangsa.

Namun ukuran kejayaan itu bukanlah semata-mata bila kita berjaya menguasai ilmu, tetapi kejayaan mutlak ialah apabila ilmu itu tidak clash dengan akhlak yang baik.

Titah 20126 6

Siapakah yang mampu untuk membuat ilmu itu tidak clash dengan akhlak yang baik?

Jawabnya ialah guru. Gurulah sumber ilmu dan juga pembina akhlak. Tanpa guru, ilmu dan akhlak akan layu.

Jadi menyedari hakikat ini, institusi perguruan adalah amat penting kepada negara. Ianya tidak boleh diabaikan, malahan hendaklah sentiasa dipupuk dan dikembangkan.

Di negara ini, salah sebuah institusi perguruan yang perlu kepada peningkatan dan pengembangan ialah Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan, memandangkan usianya juga sudah mencapai lebih 30 tahun.

Objektif penubuhannya ialah untuk menghasilkan sumber tenaga guru ugama tempatan, agar kita tidak selamanya bergantung kepada tenaga luar semata-mata.

Matlamat ini, alhamdulillah, telah berjaya dicapai. Dan setelah

kita berjaya pada satu tahap, sepatutnya kita bergerak ke tahap yang lain lagi, iaitu tahap untuk memiliki kualiti yang diperlukan.

Dengan apakah cara untuk kita sampai kepada tahap yang

dimaksudkan?

Sudah barang tentu kita perlu meninggikan taraf maktab berkenaan dengan memberinya nama dan aspirasi baru.

Beta berpendapat, nama dan aspirasi tersebut hendaklah konsisten kepada ‘perguruan’ semata-mata. Ia tidak wajar dicampur-adukkan dengan yang lain-lain, kerana sebarang percampuran mungkin saja akan mencairkan matlamat asal perguruan.

Oleh itu, bersukut dengan Tahun Baru Hijrah 1428 ini, beta dengan amat sukacita mengumumkan bahawa Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan akan ditingkatkan tarafnya menjadi Kolej

7Titah 20127

Universiti Perguruan. Ia akan dikenali dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Kolej Universiti ini nanti, dihasratkan, bagi mengeluarkan Diploma dan Ijazah.

Insya -Allah, jika tidak ada aral yang menghalang, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan akan memulakan kursus pertamanya pada awal bulan Ogos 2007.

Beta melihat, Negara Brunei Darussalam bolehlah berbangga dengan penubuhan ini, kerana ia dapat dianggap sebagai satu-satunya pusat pengajian yang pernah wujud sepertinya di rantau ini mahupun di mana-mana juga di luar rantau.

Beta yakin, ia bukan saja akan memenuhi keperluan Brunei sendiri, malahan juga bersedia untuk membuka pintunya kepada pemohon-pemohon daripada luar negara.

Mengakhiri perutusan ini, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Tahun baru Hijrah 1428, semoga dengan kehadirannya akan membawa keberkataan yang berpanjangan kepada kita dan negara. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 20128 8

Address by His Majesty Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at a Banquet in Honour of The Visit

of His Excellency Bouasone Bouphavanh Prime Minister of The Lao People’s

Democratic Republicon 11 Muharam 1428/30 January 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Prime Minister

Your Excellencies

Ladies and Gentlemen

My Government and people join me in welcoming you to Brunei Darussalam, Prime Minsiter and I thank you most warmly for accepting our invitation to visit us.

Our people have always appreciated the warm welcome they receive when visiting your country.

I have personally enjoyed your people’s kindness and hospitality and I know the Crown Prince has many fine memories of the wonderful welcome given to him on his visit last year.

We are most grateful and on your present visit here, we hope we can in some measure return your people’s generosity and goodwill.

Prime Minister,

9Titah 20129

The Lao people and the people of Brunei Darussalam are good neighbours.

Our governments are good partners, both bilaterally and in ASEAN and their leaders and officials are good colleagues.

I mention these simple qualities because they are very important indeed in our region today.

They lie at the heart of any successful community and a ‘successful community’ is what we are all trying to achieve in ASEAN.

This is what now inspires all our work as the Association’s leaders.

Sometimes we are working towards a community in the technical sense with common political, commercial and security arrangements.

At other times, we are concentrating on the human aspects of all communities.

But whatever the topic may be at our Summit Meetings or in the day-to-day work of our government ministries or among our business leaders and our non-government agencies, it is always centred upon our hopes for a future Southeast Asian community of lasting brotherhood and sisterhood.

One of the most important ways to build such a community, Prime Minister, is simply by getting to know each other, understanding each other, appreciating each other and learning from each other.

And in this, we greatly appreciate the contribution the Lao People have made both to our own relationship and to ASEAN.

Prime Minister, This contribution is clearly reflected in the fact that our major

regional development plan is named the ‘Vientiane Action Plan.’

Titah 201210 10

At the heart of this is a call for a ‘cohesive ASEAN Community.’ It is far more than words on paper. It is the most ambitious task

ever undertaken in Southeast Asia.

It calls for us all to create a new Southeast Asia in which we work together in peace and stability.

We have to believe in ourselves. We have to respect each other’s faiths.

And we must all share our talents and expertise.

In this spirit, Prime Minister we offer our respects to your President and your people.

We wish them our support and our cooperation in whatever way we can.

And we wish you personally a most enjoyable and rewarding stay among us.

Thank you

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

11Titah 201211

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-23 Hari Kebangsaan

Negara Brunei Darussalampada 5 Safar 1428/23 Februari 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-23 dalam suasana aman dan sejahtera.

Hari ini sudah genap 23 tahun kita mencapai taraf selaku sebuah negara merdeka lagi berdaulat.

Dalam usia 23 tahun ini, kita sudah menjadi matang dan mampu untuk memahami cabaran-cabaran kehidupan.

Di antara cabaran paling mencabar ialah kesediaan kita mengakui kelemahan yang ada, di samping tidak pula lambat untuk membuat pembaikan-pembaikan.

Dalam Perkhidmatan Awam, kita dikehendaki berfikiran terbuka untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada, dan juga bersikap proaktif untuk memperolehi kecemerlangan.

Demikian pula pihak swasta, digalakkan sama-sama untuk menyumbang kepada pertumbuhan negara, khasnya dalam memperkasa Kadar Pengeluaran Kasar Negara yakni GDP, melalui kegiatan-kegiatan ekonomi yang lebih terarah dan bermakna.

Titah 201212 12

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan juga dapat dilihat sebagai penting untuk membina negara dan bangsa, dengan kegiatan-kegiatan mereka yang bermanfaat.

Di samping itu orang ramai juga di satu pihak, mempunyai tanggungjawab tersendiri dengan peranan-peranan mereka yang beraneka jenis.

Keempat-empat sektor inilah yang menjadi tunggak utama negara, untuk ia terus wujud selaku negara merdeka, yang mampu berhadapan dengan suasana dunia yang amat kompetitif dan tidak menentu ini.

Kegiatan-kegiatan berdaya maju yang berasaskan kepada kematangan dan kemantapan sektor-sektor berkenaan itulah, merupakan sumbangan paling bererti kepada negara. Dalam makna sama-sama memberi dan menerima, bukan setakat menjadi pengguna kepada sumber-sumber negara.

Kematangan dan kemantapan itu, tidak syak lagi, menjadi bukti keupayaan kita memperkasa bangsa.

Selari dengan hasrat memperkasa bangsa, sektor Perkhidmatan Awam memerlukan pengemasan dan peningkatan etika yang lebih disenangi. Maka ke arah ini, beta telah pun memperkenankan penubuhan sebuah jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Pandu Pemberian Perkhidmatan Kepada Orang Ramai Oleh Agensi-Agensi Kerajaan.

Jawatankuasa ini akan diselaraskan oleh Jabatan Perdana Menteri dan akan bertanggungjawab bagi meningkatkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan kepada orang ramai.

Kita perlu melihat, selaku sebuah negara kecil dengan sumbernya yang terhad, sudah tentu memerlukan tenaga-tenaga yang lebih inovatif untuk menguruskan sumber tersebut. Hanya dengan ini

13Titah 201213

saja, kita akan mampu mengekalkannya serta juga mengadakan nilai tambah yang diperlukan oleh negara.

Kecemerlangan ekonomi bukan diukur dari pencapaian kuantiti

semata-mata, malahan juga kualiti pembangunan secara keseluruhan.

Ini adalah meliputi pengurusan sumber tenaga manusia di bidang-bidang teknologi dan perniagaan. Ia mesti dirancang secara teratur, untuk melahirkan para pakar dan cendekiawan di dalam bidang masing-masing.

Kalau ini ada, bererti kita sudah layak sebaris dengan negara-negara maju atau membangun di peringkat serantau dan global.

Jadi dalam hubungan ini, ‘nyatalah tenaga’ itu mesti jadi fokus utama kita, khasnya yang bernama ‘tenaga manusia’. Tanpa sumber tenaga ini, mustahil kita dapat melangkah maju, sekalipun kita kaya dengan lain-lain sumber.

Satu lagi aspek penting di dalam era baru hari ini, iatu pengurusan alam sekitar. Ini juga turut memerlukan sumber tenaga yang berkualiti.

Kerjanya memang sangat rumit, kerana ia berkaitan dengan ‘dalaman’ manusia. Kawalan dan arahan boleh saja dibuat, tetapi mustahil untuk melihat kawalan dan arahan itu seratus peratus dipatuhi.

Jadi jawapannya, kita perlu mempunyai mekanisme yang kemas, termasuk tenaga-tenaga pakar yang lutanan untuk menanganinya.

Di sini suka juga beta mengingatkan, supaya semua pihak mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar, menjadikanya menarik dan bersih, tidak terdapat sampah sarap yang berselerak, terutama di tempat-tempat membeli-belah, pasar-pasar, termasuk juga pasar tamu dan pasar tani.

Titah 201214 14

Berkaitan dengan fenomena alam, kita janganlah lupa terhadap bencana-bencana yang sering melanda.

Kita telah pun sama-sama menyaksikan beberapa musibah yang menimpa dunia, khasnya jiran-jiran kita. Kita mengikutinya dengan penuh simpati bercampur cemas, kerana apa jua bentuk bencana itu, bagi orang yang terlibat, tetap akan merasakan pedihnya.

Melihat kepada situasi ini, kita pun juga perlu berwaspada, di samping jangan lupa merafakkan doa kepada Allah, semoga negara kita terus dilindungi dari sebarang malapetaka.

Dengan semangat simpati yang mendalam serta sifat kemanusiaan yang tinggi inilah, kita mengasaskan hubungan kita dengan warga dunia antarabangsa.

Kita berharap, jika Brunei dengan izin Allah menikmati kesejahteraan, maka demikian itu pula, kita mengharapkan rakan-rakan kita di seluruh dunia dapat menikmatinya sama.

Akhirnya, beta dengan ikhlas, merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-23 Hari Kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

Demikian juga sekalian rakyat dan penduduk yang beta kasihi termasuk semua peringkat ahli Perkhidmatan Awam, Pasukan-pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, beta tidak lupa untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

15Titah 201215

Titah Sempena Di Istiadat Pembukaan Rasmi Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ketiga Majlis Mesyuarat Negara

di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam

pada 16 Safar 1428/6 Mac 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan

kita dapat berkumpul di Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketiga Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini.

Dalam persidangan kali ini ahli-ahli akan berpeluang untuk membincangkan Peruntukan Belanjawan tahun 2007-2008.

Peruntukan ini tidak syak lagi, adalah nadi bagi menggerakkan jentera pembangunan negara.

Objektifnya yang utama ialah supaya kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Dengan peruntukan itu, kita bukan saja mampu merancang, tetapi

juga berupaya untuk membawa negara ini kepada perkembangan yang selayaknya.

Beta berharap, semua agensi kerajaan yang diamanahkan dengan Peruntukan Kewangan akan dapat mengawalnya dengan penuh akauntabiliti serta menggunakannya menurut perancangan.

Titah 201216 16

Semua sistem perlaksanaan, pemantauan dan penilaian hendaklah sentiasa dikemaskinikan, supaya semua yang berkepentingan dengannya akan dapat menikmati perkhidmatan yang efisien lagi berkesan.

Pengurusan kewangan yang bijaksana dan bertanggungjawab akan membolehkan kita bergerak dengan lebih cepat dalam mengatasi apa jua rupa cabaran.

Di satu aspek, kita biasa diberitahu betapa pentingnya berbelanja dengan cara berhemat atau ‘prudent’.

Tetapi di aspek yang lain kita juga perlu melihat keutamaan, sambil tidak mengorbankan kelicinan pentadbiran yang akan menjejaskan pembangunan jangka pendek mahupun jangka panjang.

Setiap cadangan dan rancangan perlulah ditimbang, bahawa ia bukan saja berdasarkan keperluan ‘value for money’ tetapi lebih utama ialah kemanfaatannya, yang dapat membawa negara mencipta tamadun dan nama. Kerana negara yang ketandusan tamadun dan nama tidak akan mampu untuk berdiri cemerlang.

Demikian juga tidak salah untuk mengambil kira, bahawa setiap perancangan belanjawan itu hendaklah mempunyai nilai dapat mendatangkan pulangan pelaburan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Bila bercakap mengenai pelaburan, janganlah ia disempitkan kepada aspek benda semata-semata. Tetapi di manakah kita dengan aspek ilmu dan pendidikan umpamanya?

Kerana itu, ‘perancangan besar’ yang berkualiti ialah bila mana kita dapat menjelmakan pelaburan bersepadu di antara benda dan tamadun.

Pelaburan ketamadunan juga adalah amat berpotensi untuk menambah penghasilan negara.

17Titah 201217

Jadi rancangan-rancangan kerajaan bukan saja untuk perkembangan ekonomi yang berkesan, malahan juga untuk Bila bercakap mengenai pelaburan, janganlah ia disempitkan kepada aspek benda semata-semata. Tetapi di manakah kita dengan aspek ilmu dan pendidikan umpamanya?

Kerana itu, ‘perancangan besar’ yang berkualiti ialah bila mana kita dapat menjelmakan pelaburan bersepadu di antara benda dan tamadun.

Pelaburan ketamadunan juga adalah amat berpotensi untuk menambah penghasilan negara.

Jadi rancangan-rancangan kerajaan bukan saja untuk perkembangan ekonomi yang berkesan, malahan juga untuk memperkukuh dan memperkaya lagi nilai-nilai hidup dan tamadun bangsa.

Beta yakin tugas ini bukanlah luar biasa untuk dilaksanakan, jika semua pihak mempunyai kefahaman dan visi yang sama.

Setakat ini alhamdullilah, dengan izin dan petunjuk Allah jua, telah banyak kejayaan yang dapat kita nikmati.

Sehubungan itu, beta juga gembira mendapati perkembangan yang baik, sejak Majlis Mesyuarat Negara diwujudkan semula.

Beta berharap, ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan bijaksana, dedikasi serta ikhlas.

Dinamakan bijaksana itu ialah dapat melihat segala pemasalahan dengan ‘mata hati’, bukan semata-mata apa yang terpapar sahaja, tetapi juga tahu meletakkan harga kata-kata bagi meraih manfaat daripadanya.

Titah 201218 18

Sasaran utama kita tidak lain ialah untuk menjadikan Brunei Darussalam sebuah negara yang benar-benar berdaulat aman makmur lagi selamat.

Akhirnya beta berdoa semoga ahli-ahli akan dapat berbincang dengan penuh hemah bagi memartabatkan Majlis Mesyuarat ini selaku sebuah institusi yang betul-betul dihormati. Jadikanlah ia forum atau wadah yang membina bagi kelangsungan konsep Melayu Islam Beraja yang luhur itu.

Beta yakin dengan bimbingan bijaksana Yang Amat Mulia Yang Dipertua Dewan persidangan ini akan berjalan dengan lancar, bebas dan menepati sasarannya.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

19Titah 201219

Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

1428 Hijrah / 2007 Masihi pada 12 Rabiulawal 1428 / 31 Mac 2007 Masihi

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Kita bersyukur kerana dapat lagi memperingati hari keputeraan junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Peristiwa ini akan tetap diperingati sampai ke akhir zaman. Ia akan terus mengilhami kita dan malah mengilhami dunia seluruhnya.

Dalam masa dunia tidak putus-putus dirundung kekacauan ini,

kita semakin teringat kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam. Kerana Baginda itu adalah menjadi penyelamat yang tidak ada tolok bandingnya, yang berjaya merubah dunia ini serta isi di dalamnya menjadi selamat lagi aman.

Inilah sumbangan Baginda yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun. Oleh itu, andainya Baginda ini ada bersama-sama dengan kita sekarang, kemungkinan senario yang ada pada masa ini, tidak akan begini jadinya.

Marilah kita mengenang Baginda sambil mempelajari ‘gaya

kepimpinan’ yang telah dipakai oleh Baginda untuk menyelamatkan umat, diantaranya ialah dengan mempersaudarakan sesama Islam tanpa mengira warna kulit atau kaum.

Umat Islam, sekiranya mereka memakai gaya ini, sudah barang tentu tidak akan ada pertelingkahan dan pergaduhan sesama

Titah 201220 20

sendiri, kesatuan mereka juga lebih teguh serta kemakmuran dapat dibangunkan lebih mudah.

Mengapakah umat Islam tidak membina cita-cita untuk itu?

Jika umat Islam kuat dan lebih makmur, bukankah ini lebih memudahkan lagi untuk mereka menyumbang kepada dunia, bagi kebahagiaan dan keamanan sejagat?

Umat Islam yang kini berjumlah lebih dari satu bilion itu, tidaklah patut dibiarkan untuk berkeadaan seperti buih di laut, tetapi perlu memiliki kualiti sewajarnya. Mereka patut bersikap lebih proaktif untuk membawa dunia ini keluar daripada kesengsaraan kepada kebahagian sejati.

Marilah kita umat Islam ini sama-sama membina azam yang luhur untuk suatu kehidupan yang disenangi oleh semua.

Kita ikut jejak Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam dalam membangun. Mula-mula Baginda itu membangunkan individu dan setelah itu membina ummah berteraskan kepentingan-kepentingan dunia dan akhirat.

Pembangunan cara ini tidak akan menjejaskan sesiapa pun, malah kemanfaatannya adalah menyeluruh, boleh dinikmati oleh sesiapa jua yang bernama bani insan.

Kepada umat Islam khususnya, seluruh sunnah atau ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam wajiblah didukung tanpa memilih-milih.

Jika kita berjaya melakukan ini, maka ertinya, kita telah berjaya menyandang pangkat yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada kita, selaku ‘khairu ummah’ (sebaik-baik umat).

Jika kita memahami ini, hati kita akan sentiasa senang dan bahagia. Bukankah pengiktirafan Allah itu suatu pengiktirafan

21Titah 201221

maha benar dan maha telus? Allah adalah lebih mengetahui siap yang diiktiraf-Nya itu.

Oleh itu, marilah kita pertahankan nama baik yang telah dikurniakan oleh Allah ini. Kita buktikan, bahawa, kita memang benar-benar terbaik: Terbaik selaku individu dan juga terbaik selaku penyumbang kebajikan di bumi Allah.

Kita menyumbang bukan mesti dengan wang ringgit, tetapi meliputi berupa doa, simpati, pemikiran serta komitment kita dalam semua perkara yang baik.

Boleh juga dijadikan sumbangan itu ialah mempromosikan akhlak yang baik supaya diamalkan. Kerana isu akhlak ini juga adalah isu global yang tidak berkesudahan di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri mengakuinya, bahawa Baginda diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Brunei mesti tegak dengan akhlak yang baik. Kita tutup pintu rapat-rapat dari sebarang akhlak yang buruk. Kita tidak mahu dibebani oleh gejala-gejala buruk. Kita tidak mahu buang masa dan buang wang untuk itu. Kita hanya mengingini untuk rancak membangun, bukan melayani kerenah-kerenah yang tidak bernilai.

Apabila Brunei bersih dari segala bentuk akhlak yang tidak diingini, maka tidak syak lagi, ia akan mengungguli imej yang indah lagi gemilang. Dan manakala ini berlaku, ia juga akan mengungguli ketauladanan seluruh jagat ini.

Demikianlah harapan kita. Semoga Allah tidak akan menghampakan, demi syafa’at dan keberkatan Nabi akhir zaman, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201222 22

Speech by His Majesty Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan

of Brunei Darussalam during The State Banquet Royal Palace, Preach Reach Damnak Serei, Mongkol, Phnom

Penh, Cambodia on 17 Rabiulakhir 1428/5 April 2007

I offer my warmest respects to Your Majesty, to His Majesty Norodom Sihanouk, King-Father of Cambodia and to Her Majesty Norodom Monineath Sihanouk, Queen-Mother of Cambodia and all members of the Royal Family.

I would also like to present my very best wishes to my colleague Samdech Hun Sen and to the government and people of the Kingdom of Cambodia. I bring with me the respect, friendship and lasting goodwill of our people in Brunei Darussalam. I thank you all for your invitation to make this visit and for the warmth of the welcome you have so kindly accorded me.

You have now taken over the Father-king’s mantle and you not only maintain you nation’s proud and ancient heritage. You also bring remarkable personal gifts, experience and knowledge to this great task. You combine an outstanding academic career and remarkable artistic talents with professional experience at the highest international level and a wide knowledge of many countries and many societies.

To all this, you have added the sensitivity and humility for which your people have long been admired. These are considerable gifts. They bring honour not only to the Kingdom of Cambodia but also to the region we all share. We, in Brunei Darussalam acknowledge them with profound respect.

The respect is reflected in the relationship our governments have in the modern world as colleagues and partners. Together with our fellow members of ASEAN, we are seeking a new future for our people. This is one in which they are able to meet the challenges of today’s world with confidence and hope. It is towards this new future that all our common aims are directed.

23Titah 201223

Some of these will help us build a new spirit of community throughout our region. Others will put practical programmes of cooperation and development in place. Whatever form they take however, Brunei Darussalam is delighted to be shaping this future alongside our friends and colleagues in the Kingdom of Cambodia.

It has been a pleasure to be working with Prime Minister Samdech Hun Sen and your government, and to share our ideas and our hopes. I greatly appreciate all that Your Majesty’s government has done to strengthen friendship and cooperation between our people.

Many international publications have listed your government and people’s economic and social achievements, and the many signs of new development taking place. Your Majesty’s people are deservedly proud of this. And I warmly congratulate them all on their outstanding efforts to bring peace, stability and development to their beautiful country.

The most lasting pride however can be taken in the resurgence of Cambodian culture. Millions have seen and expressed their wonderment at the astonishing history on display at Angkor Wat. It is a testimony to the breathtaking vision of Your Majesty’s ancestors and the people of the Kingdom. To be able to visit the site in person will be a wonderful privilege and I am especially grateful for the opportunity this visit will give me to do this.

Thank you once again for the honour of being the guest of the Cambodian people. I wish you great success in all the great endeavours being undertaken by your people. I wish to assure you that the people of Brunei Darussalam look forward with great pleasure to continuing to work with you as firm friends and partners as we enter our bold, new regional future together.

Thank you.

Titah 201224 24

Titah Di Majilis Musabaqah Tilawatil Qur’anBelia Asia Tenggara Ke-4 Tahun 2007

di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas(Malam Ketiga)

pada 25 Rabiulawal 1428 / 13 April 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat pula menyaksikan Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Asia Tenggara ini. Beta dengan amat sukacita mengalu-alukan para perserta, qari dan qariah, dari dalam dan luar negara.

Beta mengambil maklum akan matlamat musabaqah ini sebagai wadah untuk memupuk persefahaman dan kerjasama di kalangan belia-belia Islam di Asia Tenggara.

Al-Qur’an, dengan ajarannya yang luhur lagi betul adalah mampu untuk menjadi jambatan ke arah itu.

Ia akan melahirkan semangat setiakawan dan membentuk sikap: ‘berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.’

Semangat dan sikap begini adalah penting untuk kebaikan, sama ada atas nama komuniti ataupun bagi masing-masing. Kerana daripadanya akan wujud perpaduan serta sikap tidak mementingkan diri sendiri.

Jika ini tercapai, bermakna musabaqah ini telah berjaya mengharumkan Islam dan juga sekali gus mengharumkan nama negara para peserta masing-masing.

25Titah 201225

Kita tidak mahu, apabila disebut belia, orang akan mendapat gambaran yang tidak menyeronokkan.

Kita memang menyedari bahawa belia-belia, tidak terkecuali juga belia Islam, sedang berhadapan dengan cabaran-cabaran getir. Mereka adalah sedang diasak oleh cabaran-cabaran yang boleh mencairkan iman yang datangnya dari pelbagai penjuru. Ada yang menyusup secara senyap-senyap melalui bahan-bahan bacaan dan ada juga secara lebih terbuka melalui fesyen-fesyen pakaian, melalui seni-seni drama, nyanyian dan tarian.

Ini semua memerlukan (‘utap keimanan’), di samping kematangan cara berfikir dan cara bertindak belia-belia itu. Beta yakin, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti musabaqah ini, insya-Allah, kesedaran akan dapat dihasilkan untuk menghalangi para belia kita daripada terjebak kepada kancah keburukan.

Jika aktiviti-aktiviti seperti ini berterusan dan sentiasa dipertingkatkan, maka tidak mustahil, belia-belia Islam di Asia Tenggara ini akan menjadi ‘role model’ selaku belia perkasa yang tidak mudah goyah, walaupun sehebat mana rempuhan gelombang globalisasi.

Dalam apa pun keadaan dan di mana saja taburan lokasinya, kita ingin melihat belia Islam di rantau Asia Tenggara ini menjadi ‘belia tauladan’, yang dalam setiap tindakannya menganjurkan perpaduan, bukannya perpecahan, dan dalam ucapan-ucapan mereka pula sentiasa mengajak kepada ma’ruf, bukanya mungkar.

Sementara dalam konteks belia di negara ini. Beta adalah menginginkan satu masyarakat belia yang konsisten kepada amalan-amalan berugama, kepada budi perkerti yang mulia, serta sentiasa memahami akan harga diri mereka selaku aset negara.

Kita sudah 23 tahun bergiat mengisi kemerdekaan. Namun masih banyak lagi ruang yang menanti pengisian itu, di antaranya ialah ruang tanggungjawab berugama dan berbudaya.

Titah 201226 26

Para belia perlu mesra dengan ugama dan kaya dengan unsur-unsur budaya yang sihat. Tanpa ugama dan budaya yang sihat, pengisian kemerdekaan itu belumlah dapat dianggap sempurna.

Kerana itu menjadi tanggungjawab semua pihak: ibu bapa,

pendidik, pekerja sosial, pendakwah, perancang program belia dan lain-lain, mereka itu mestilah berganding bahu, dengan satu tujuan, membina belia yang sihat, yang ta’at lagi beriman.

Inilah calak ‘Belia Asset Negara’ untuk Brunei. Semoga Allah

meluruskannya. Kita akan sentiasa berbangga mempunyai belia-belia yang seperti

itu, kerana merekalah harapan dan mereka juga merupakan ‘bunga-bunga bangsa’ yang sedang kembang mekar mengharumi ibu pertiwi.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

27Titah 201227

Titah Sempen Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan

Bagi Tahun 1428 Hijrah/2007 Masihi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan

Antarabangsa, Berakaspada 8 Jamadilawal 1428 / 24 Mei 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Kita sama-sama bergembira kerana berjaya pula menampilkan

peserta kita ke Musabaqah Tilawah Al-Qur’an Antarabangsa.

Motif musabaqah ialah untuk meningkatkan mutu kemahiran dalam pembacaan Al-Qur’an. Ianya perlu didukung secara berterusan.

Membaca Al-Qur’an bermakna memelihara dan memuliakannya. Ia banyak mendatangkan manfaat seperti mendapat berkat dan rahmat dari Allah Ta’ala.

Tidakkah membaca Al-Qur’an itu bererti kita berkata-kata dengan Allah kerana Al-Qur’an adalah kalam-Nya?

Barang siapa yang menyedari ini, sudah barang tentu tidak akan

mengabaikan Al-Qur’an itu. Membaca Al-Qur’an adalah salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah. Orang yang dekat kepada Allah adalah orang yang mendapat reda serta rahmat-Nya.

Setiap huruf yang dibaca adalah pahala dan cahaya. Ia khazanah yang tidak akan kering-kering tetapi boleh sentiasa bertambah jika kita mahu. Bacalah ia selalu, nescaya khazanah itu akan bertambah dan terus bertambah.

Titah 201228 28

Kalau khazanah harta benda kita mahu bertambah, mengapakah khazanah pahala dan rahmat tidak?

Sepatutnya, tiap-tiap individu orang Islam mestilah berusaha menambah khazanah ini. Jika ia bertambah, kesannya bukan sahaja kepada batang tubuh berkenaan, malahan juga kepada negara dan ummah.

Bukankah kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan itu rahmat? Semuanya ini tidak akan wujud kalau tidak ada rahmat. Rahmat Allahlah yang menghias dan malah menyelamatkan negara serta kita semua.

Oleh itu, kita adalah tidak mampu untuk ketandusan rahmat.

Sebab itu pula, sistem pendidikan kita mengambil berat pelajaran ugama dan Al-Qur’an itu.

Perkara ini turut benar-benar difahami dan didukung oleh setiap keluarga, sebagaimana beta difahamkan bahawa ramai keluarga yang mengaturkan anak-anak mereka belajar Al-Qur’an secara private di samping belajar di sekolah.

Ini adalah petanda baik sebagai sifat bangsa yang cintakan Al-Qur’an.

Kita juga, alhamdulillah, memiliki Institut Tahfiz Al-Qur’an. Institut ini mengajarkan ilmu Al-Qur’an, khasnya di bidang hafalan dan bacaan murattal. Ia juga menambah fungsi, meliputi penyebaran kefahaman kandungan Al-Qur’an.

Selaras dengan projek penyebaran kefahaman kandungan Al-Qur’an itu, beta amatlah gembira difahamkan, bahawa satu usaha sedang dibuat untuk menyusun tafsir Al-Qur’an yang diberi nama ‘Tafsir Darussalam.’

29Titah 201229

Beta berharap, usaha ini akan berjaya dan dengan kejayaan itu kelak akan menjadi satu lagi mercu tanda kegemilangan Islam di negara ini.

Ia juga akan turut menambah banyak lagi bahan rujukan memahami kandungan Al-Qur’an, di samping kitab-kitab tafsir yang muktabar yang sedia ada.

Beta akhiri dengan memetik beberapa ayat dari awal Surah Taa-

Haa yang telah memberikan kita peringatan tentang Al-Qur’an, tafsirnya:

‘Taa-Haa, tidaklah Kami menurunkan Al-Qur’an itu kepadamu

(wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya (ia)menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perinatah Allah.’

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201230 30

Titah Di Majlis Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Yang Ke-46 Tahun

pada 14 Jamadilawal 1428 / 31 Mei 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil

Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Tidak ada yang lebih agung dari merafa’kan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan kita dapat berkumpul pada pagi ini untuk meraikan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-46 tahun.

Sambil kita menikmati keamanan, kita juga perlu peka dengan kejadian-kejadian yang sering berlaku di sekeliling kita. Kejadian-kejadian itu setengahnya tidak sunyi dari turut mengancam keamanan sejagat.

Ancaman yang dimaksudkan adalah dalam bentuk yang berbagai-bagai. Ada yang berupa penggunaan peralatan-peralatan canggih untuk mengacau-bilaukan keadaan dan tidak kurang juga ancaman dalam bentuk saikologi melalui bermacam-macam tindakan atau perbuatan yang tidak diingini.

Semua ini, tidak boleh tidak, semestinya dihadapi. Kita perlu menanganinya sebagai pencegahan.

Supaya pencegahan itu lebih berkesan, memerlukan kita mempunyai keazaman diri dan kekuatan. Tanpa keazaman dan kekuatan hanya akan menjadikan kita jauh tertinggal.

Dalam bentuk apakah kekuatan itu diperlukan? Sudah barang tentu kekuatan dalaman dan juga kekuatan fizikal. Ia meliputi

31Titah 201231

semangat juang yang tinggi, kesabaran dan keberanian, di samping peralatan-peralatan canggih untuk pertahanan.

Ini menepati inisiatif Kementerian Pertahanan mengadakan Pameran dan Forum Pertahanan Antarabangsa yang disempenakan dengan menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada tahun ini.

Acara yang disusun akan mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat, berupa pengetahuan dan pendidikan mengenai bentuk-bentuk ancaman dan teknologi terkini yang ada hubungan dengan pertahanan dan keselamatan dari pelbagai perspektif.

Ia juga dihasratkan sebagai asas ke arah pencapaian perancangan industri pertahanan tempatan yang merupakan salah satu aspirasi yang mahu dijayakan melalui pengemaskinian Kertas Putih Pertahanan Tahun 2007.

Beta melihat, alangkah baiknya jika kegiatan-kegiatan pertahanan itu juga turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan juga membukakan peluang-peluang baru bagi rakyat.

Sehubungan itu dengan kewujudan pelbagai peralatan canggih pertahanan, beta inginlah mengingatkan supaya Kementerian Pertahanan lebih bijaksana dalam menilai keutamaan-keutamaan yang diperlukan, selaras dengan perkembangan semasa serta penilaian ancamana atau threats assessment terhadap negara.

Demikian juga dalam pemilihan kelengkapan dan proses perolehan, ianya hendaklah dipastikan supaya benar-benar tepat dan lancar serta bersih dari sebarang elemen kepentingan diri, di mana untuk itu, ianya memerlukan penyelidikan mendalam dan pengurusan cekap yang sistematik.

Dalam hubungan ini, pada hemat beta, peningkatan taraf Unit Perkembangan Keupayaan Tentera kepada sebuah jabatanarah

Titah 201232 32

adalah merupakan satu lagi usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan integriti kepada sistem perolehan yang ada.

Dalam pada itu, di tengah-tengah keghairahan penguasaan teknologi tinggi, kita jangan sekali-kali lupa, bahawa biar macam mana sekalipun canggihnya teknologi itu, namun semua itu tidak akan mampu untuk menggantikan fungsi kepimpinan di dalam organisasi. Kepimpinan akan terus diperlukan selaku tunggak utama untuk menentukan baik buruknya perjalanan sesebuah organisasi.

Oleh itu, beta berharap, usaha meningkatkan kualiti kepimpinan tidak akan diabaikan, meliputi bukan sahaja faktor pengetahuan pengurusan kerja, malahan juga lebih utama ialah penyerapan nilai-nilai luhur seseorang pemimpin di kalangan anggota.

Beta mengambil maklum mengenai beberapa usaha ke arah peningkatan kapasiti anggota dari segi pemikiran dan kerohanian melalui program-program akademik dan penubuhan Jabatan Agama Tentera.

Demikian juga beta menyambut baik perancangan Kementerian Pertahanan untuk menubuhkan Performance Optimisation Centre yang akan merangkumi disiplin Sports Science dan Sports Medicine sebagai pendekatan bagi penjagaan dan peningkatan keupayaan anggota.

Akhir kata, beta ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-46 kepada seluruh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara serta keluarga masing-masing dan juga kepada kakitangan Kementerian Pertahanan yang turut sama menyumbang kepada pertahanan negara selama ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita akan sentiasa aman sejahtera dan berada di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala Amin.

33Titah 201233

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201234 34

Statement by His Majesty Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on Th e Signing of the Brunei

Darussalam - Japan Economic Partnership Agreement in Tokyo, Japan on 3 Rejab 1428/18 June 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Thank you, Prime Minister

Thank you for your kind words and your very warm welcome. I have very much enjoyed our meeting.

It has been a most welcome opportunity to exchange views on many matters of great importance and in this regard. I would like to express our appreciation on the role Japan has played in maintaining peace, security and development in the region and internationally.

I would also like to thank you personally and the Government of Japan and all those involved in planning and negotiating our economic partnership agreement.

My government and people are delighted that it has now been completed and signed.

We have two reasons for this. The first is specific. The strong economic ties between our countries have been built on your investments and our supplies of oil and gas.

Our agreement consolidates more than thirty years of this extremely valuable cooperation between Brunei Darussalam and Japan.

It should open up even greater opportunities to develop these

important ties.

35Titah 201235

The second reason for our satisfaction, however is more general.

It reflects something that our people feel deeply about the enormous changes that are taking place in our new century.

Many of these can bring doubt and uncertainty.

Our people are consequently seeking something vital in modern life.

I think it can be simply summed up as ‘confidence in the future.’

This is precisely what this partnership agreement is designed to provide for our current and future generations.

It means that Japan and Brunei Darussalam are now more than just friends, more than associates and more than regional colleagues.

In the fullest sense of the word, Prime Minister, we are now ‘partners’ and we now very much look forward to enjoying the responsibilities and rewards this new relationship will offer both our people.

Thank you

Titah 201236 36

Remarks by His Majesty Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on the 40th Anniversary of the Brunei Darussalam-Singapore Currency Agreement

at Istana Nurul Iman on 12 Jamadilakhir 1428/27 June 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Prime Minister

Your Excellencies I am very happy indeed to welcome you again to Brunei Darussalam.

By historical coincidence, it is a most timely visit.

Almost every month these days, we are engaged with our partners in ASEAN in far-reaching consultations with a vast array of countries and regions.

These cover an equally vast array of complex considerations involving trade, economics and finance international finance,

The most of our people, the technicalities involved can be quiet bewildering.

They naturally ask where is it all leading to? What does it mean to

us?

Today’s brief ceremony, Prime Minister, is unlikely to raise such questions.

Our people are well aware of the importance of our interchangeable currencies.

37Titah 201237

Even if they are not experts in the technical aspects of international finance, they sense what it means to them.

It gives them confidence in perhaps the most important practical aspect of their day-to-day lives.

Officially, Prime Minister, our gathering today is a simple ceremony.

Even the simplest of ceremonies, however, takes place because there is something to celebrate.

And today we have something very important to celebrate.

It is much more than the routine launching of a new banknote.

Firstly we are celebrating what that banknote means.

A stable currency and stable prices and employment.

Vital investment and trade. And strong combined financial reserves that enable us to resist speculation and the damaging costs that this can have on our economies.

And secondly, we are celebrating what the banknote offers to our

poeple and our governments.

The chance to pursue our national objectives in peace and stability.

Like our friends in Singapore, we see that as being the bedrock upon which successful modern nations are built.

In Brunei Darussalam, it is that which gives our people confidence in the future.

In terms of currency, it is an instinctive confidence that is reinforced in this new bank note.

Titah 201238 38

On one side, it shows us as sovereign nations.

On the other, it shows us as very closely linked in a crucial aspect of modern life.

That clearly sums up our countries’ relationship.

It is strengthened even more, perhaps, by your presence here.

So, I thank you very much indeed, Prime Minister, for being with us today.

My government and people are delighted to welcome you once more to our country and to reaffirm our commitment to what was so successfully established forty years ago.

Thank you.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

39Titah 201239

Address by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of

Brunei Darussalam On the Visit of Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong

on 12 Jamadilakhir 1428/27 June 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Prime Minister and Mrs Lee

Your Excellencies

Ladies and Gentlemen

It is a very great pleasure to see you in Brunei Darussalam again, Prime Minister.

My people offer you the warm welcome they always extend to our

neighbours from Singapore and my government once more expresses its appreaciation for the close and rewarding relationship they have long enjoyed with their colleagues in your own government.

As well as this I personally offer my long-standing friendship

with you and your family and I especially ask you to convey my very best wishes to our dear friends, Minister Mentor Lee Kwan Yew and Madame Lee.

So together, we in Brunei Darussalam all extend our warmest greetings to the people of Singapore.

Prime Minister,

Titah 201240 40

We have great respect for all their achievements both in the past and under your own leadership.

We certainly acknowledge your country’s economic performance.

But, perhaps even more than that we admire the courage you have in your convictions in not only facing up to modern challenges, but in constantly devising far-sighted solutions.

This has enabled your people to become very important leaders in regional affairs.

The ASEAN Summit we shall be holding in Singapore later this year clearly illustrates this.

I particularly remember the Summit we held in your country back in 1992.

We went to it wondering exactly what the future held for our Association.

We left it with a dramatic new sense of purpose.

This was summed up in the direction we gave our governments to widen and deepen our external relations in every possible area.

That has been our task ever since.

Every member has worked extremely hard to complete it.

But I personally feel that it is most appropriate that it should now reach its fulfillment fifteen years later back in Singapore where it was first inspired.

When the new regional Charter is completed your people can rightly take great pride in their contribution to making ASEAN an

41Titah 201241

association with an impact and importance far beyond our South East Asian borders.

Prime Minister, In Brunei Darussalam we greatly appreciate this contribution.

For us, the ceremony we held earlier today was about far more than the launching of a new banknote.

It was a visible symbol of our countries’ relationship. It is a relationship that we value a great deal.

We support far more than each other’s currencies. We support each other. This is evident virtually everyday in our lives.

It is motivates us when we are working together with our friends and neighbours in ASEAN.

It is clearly evident in our similar work as partners in the new relationship we are all establishing throughout the world outside our region.

It is a driving force for our businessmen and women who are taking on the challenges of modern commerce.

It inspires our experts, academics and thinkers as they help us to plan our future development.

It brings us happily together as students, as workers, as visitors and as friends and family.

In other words, Prime Minister, we are linked at very deep levels of understanding, friendship and cooperation.

Titah 201242 42

We may give all these things serious formal titles in government: Defence Cooperation; Education and Health Cooperation; Trade, Transport, Investment and Economic Cooperation.

But, whatever, name we give our bilateral relations, it is summed up in three simple sentences. We appreciate each other. We respect each other and we are delighted to be working together

That is why, Prime Minister, we are once again very pleased indeed to receive you in our country again.

We wish you and your government and people much continued success and we very much look forward to finding even more ways to strengthen the ties that link us in goodwill and common purpose.

Thank you Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

43Titah 201243

Titah Sempena Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan

Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

di Istana Nurul Iman pada 17 Jamadilakhir 1428 / 2 Julai 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Paduka Adinda Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Paduka Adinda Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah, Raja Permaisuri Agong.

Para tetamu kenamaan serta sidang hadirin.

Terlebih dahulu Paduka Kekanda serta rakyat Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita mengalu-alukan keberangkatan Paduka Adinda berdua ke Negara Brunei Darussalam.

Keberangkatan Paduka Adinda ini, memberikan peluang kepada Paduka Kekanda untuk membalas layanan mesra Paduka Adinda pada setiap kali kunjungan Paduka Kekanda ke Malaysia, termasuk semasa Paduka Kekanda dan keluarga menghadiri Majlis Persantapan sempena Pertabalan Paduka Adinda pada bulan April lepas.

Paduka Kekanda penuh yakin, lawatan ini akan mengukuhkan

lagi hubungan mesra dan erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Titah 201244 44

Bertukar-tukar lawatan adalah suatu budaya yang baik yang setentunya boleh menjadi pendorong kepada kerajaan dan rakyat untuk terus menjalin kerjasama dan persefahaman.

Ikatan persaudaraan yang telah terjalin sekian lamanya di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah membawa kita kepada kerjasama dalam pelbagai bidang, terutama bidang pendidikan, pertahanan, perdagangan, kesihatan dan kebudayaan.

Di segi hubungan perdagangan dan pelaburan, kedua-dua negara kita telah pun menunjukkan potensi dan kemajuan yang menggalakkan.

Oleh itu, inilah masanya untuk kita terus berganding bahu merebut peluang-peluang perniagaan dan pelaburan, bukan saja di era serantau malahan juga antarabangsa.

Paduka Adinda,

Di saat-saat dunia dilanda oleh cabaran kepupusan hutan, pencemaran alam dan perubahan iklim, kita wajar bersyukur kerana kedua-dua negara kita masih saja terus kaya dengan kepelbagaian biologi dan kehijauan alam.

Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia baru-baru ini telah melancarkan projek ‘Heart of Borneo’ yang mendapat sokongan meluas dunia antarabangsa dan pertubuhan-pertubuhan seperti UNESCO dan World Wildlife Fund.

Paduka Kekanda berharap, inisiatif ini akan menjadi ikutan kepada negara-negara lain dalam usaha memelihara khazanah hutan tropika dan alam semula jadi yang semakin hilang.

Pada pandangan Paduka Kekanda inisiatif murni serta keistimewaan yang ada pada kita, insya-Allah akan menjadi pemangkin kepada kerjasama pelancongan, meliputi kerjasama pengangkutan, imigresen, pemasaran dan pelaburan.

45Titah 201245

Paduka Kekanda juga merasa bahagia dengan kerjasama kita yang erat dalam pertubuhan serantau dan antrabangsa, termasuk ASEAN, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Dengan kerjasama yang mantap dan berterusan itu, kita dengan izin Allah akan dapat memberi sumbangan yang diharapkan.

Paduka Kekanda dengan tulus ikhlas ingin merakamkan ucapan

tahniah atas peranan yang diterajui oleh Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Rasanya, belumlah lengkap jika Paduka Kekanda belum menyebut di sini, bahawa Paduka Kekanda, kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam adalah sama-sama merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Paduka Adinda, kerajaan dan rakyat Malaysia di atas kemajuan pesat yang telah dicapai oleh Malaysia sepanjang 50 tahun merdeka. Kejayaan Malaysia itu telah memberi contoh baik kepada negara-negara sedang membangun di rantau ini dan juga negara-negara Islam amnya.

Paduka Kekanda yakin, bahawa berkat pimpinan Paduka Adinda dan pentadbiran Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, insya-Allah rakyat Malaysia akan terus menikmati keamanan dan kemajuan.

Dalam kesempatan ini, Paduka Kekanda juga ingin merakamkan penghargaan kepada kira-kira 17,000 rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat di Negara Brunei Darussalam pada ketika ini.

Sumbangan mereka tidak syak lagi turut membantu kemajuan dan pembangunan negara ini.

Pada mengakhiri ucapan ini, Paduka Kekanda sekali lagi mengalu-alukan keberangkatan Paduka Adinda berdua serta rombongan ke negara ini.

Titah 201246 46

Paduka Kekanda yakin, lawatan Paduka Adinda ini akan mengeratkan lagi hubungan dan tali persaudaraan di antara rakyat di kedua buah negara kita.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

47Titah 201247

Titah Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam yang Ke-61 Tahunpada 30 Jamadilakhir 1428 / 15 Julai 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu

‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee

Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita dapat menghadiri istiadat ini.

Beta terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para tetamu khas beta yang sudi meluangkan masa bagi sama-sama meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan beta yang ke-61 tahun ini.

Begitu juga beta tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menghantar perutusan tahniah dan ucap selamat kepada beta dan keluarga.

Negara Brunei Darussalam dengan limpah kurnia Allah jua, terus menikmati keamanan dan kemakmuran.

Semua ini adalah berkat usaha, perpaduan dan kerjasama rakyat serta penduduk.

Semua nilai-nilai ini perlu terus dipelihara serta diperkukuhkan lagi bagi kemajuan dan keselamatan negara.

Titah 201248 48

Dalam usaha kita untuk meningkatkan ekonomi, kerjasama dan perkhidmatan adalah dua faktor paling asasi. Ia dilihat sebagai mampu untuk melicinkan perkembangan serta memantapkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana atau, SME bagi faedah-faedah jangka pendek dan juga jangka panjang.

Oleh itu, agensi-agensi kerajaan mestilah juga turut menyediakan laluan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka, supaya ia benar-benar menjadi sektor yang dapat sama-sama berperanan dalam memajukan negara.

Bagi tujuan kecemerlangan ekonomi, maka semua pihak perlu menghargai sumbangan kumpulan SME ini dan bersama-sama turut menangani permasalahan mereka.

Mana-mana agensi yang masih memakai peraturan-peraturan atau proses-proses yang boleh melambatkan pencapaian dan juga menghalangi perkhidmatan yang efisien, hendaklah mereka itu dengan segeranya mengubah pandangan mereka.

Pada masa yang sama diharapkan juga, supaya kumpulan SME lebih kreatif dan berdikari dalam meneroka peluang-peluang perniagaan, sama ada di dalam mahupun di luar negeri.

Kerajaan telah pun menyediakan beberapa kawasan untuk kemudahan peniaga-peniaga dan orang ramai. Ia dibuat sebagai galakan, supaya lebih ramai lagi anak-anak tempatan menceburkan diri dalam bidang perniagaan itu.

Beta mahu melihat, terutama para pengusaha kecil dan sederhana, supaya merebut peluang ini.

Beta yakin, kalau kita mempunyai hemah, ditambah lagi dengan adanya perancangan yang teratur, sudah barang tentu kita akan dapat melahirkan usahawan-usahawan yang boleh dilatih untuk menjadi peneroka kepada industri-industri eksport.

49Titah 201249

Ini, jika berlaku, akan memungkinkan kita untuk meletakkan produk-produk ‘Buatan Brunei’ dalam pasaran serantau dan antarabangsa dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Dalam arus pembangunan yang pesat, cabaran-cabaran baru, perlulah dihadapi dengan bijaksana.

Isu tenaga, khasnya minyak dan gas, adalah merupakan contoh terdekat. Kita perlu menyedari bahawa bekalan kedua-dua sumber ini tidaklah wajar dilihat sebagai akan berkekalan buat selama-lamanya.

Kerana itu, amalan berjimat cermat di dalam penggunaan tenaga adalah langkah yang terbaik lagi bijak yang mesti dibuat oleh semua pihak dari agensi kerajaan, swasta sampailah kepada orang perseorangan.

Satu lagi cabaran dari pembangunan ialah impaknya kepada alam sekitar. Pada masa akhir-akhir ini, kita sudah pun mula turut mengalami banjir kilat, tanah susur dan sungai dipenuhi lumpur.

Walaupun ini tidak seburuk yang dialami oleh orang lain, namun nisbah keadaan kita yang jarang mengalaminya, maka apa yang berlaku ini tidak syak lagi, adalah satu amaran, supaya kita tidak lalai dari menilai keberkesanan ciri-ciri perancangan dan pembinaan infrastruktur di negara ini.

Malapetaka alam dan pencemaran dapat dilihat sebagai dua perkara yang berkaitan. Namun pencemaran saja biasanya lebih berpunca dari gaya hidup manusia. Misalnya longkang yang kotor, pasar, restoran dan lain-lain adalah penyebabnya itu tidak lain dari gaya hidup yang tidak mementingkan kebersihan.

Perkara ini tidaklah dapat dibiarkan. Agensi-agensi berkenaan mestilah peka dan menanganinya dengan pengurusan yang cekap, atau jika perlu, dengan penguatkuasaan semua peraturan atau akta mengenainya tanpa ada tolak ansur.

Titah 201250 50

Apa yang beta sebutkan ini, berhubung kait secara langsung dengan proses dan mekanisme perkhidmatan. Kita mesti sentiasa mengkaji dan mengemaskinikan peraturan, tatacara dan perundangan, terutamanya yang bersangkutan dengan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai. Matlamat kita yang besar ialah perkhidmatan yang efektif, mesra pelanggan, adil dan berwawasan.

Contoh pemberian perkhidmatan yang telus dan ditunggu-tunggu ialah bilamana kita mampu meringankan bebanan orang ramai seperti mengurangkan waktu menunggu yang lama, mempercepatkan proses membuat keputusan serta memberi laluan mudah untuk berinteraksi dengan kerajaan.

Termasuk perkhidmatan kepada orang ramai ialah perkhidmatan di bidang keselamatan. Kita mesti berazam untuk terus menitikberatkan keamanan dan keselamatan sebagai keperluan asasi kita. Maka untuk itu, semua agensi yang berkaitan hendaklah mengambil langkah-langkah tegas mengenainya.

Di samping itu, kerjasama masyarakat juga tidaklah kurang diperlukan seperti dalam perkara memberikan maklumat-maklumat berguna, sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang mencurigakan yang dianggap boleh mengganggu keselamatan negara.

Mengenai keselamtan ini juga, kerajaan beta akan terus meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa bagi faedah-faedah bersama.

Menerusi hubungan dengan negara-negara sahabat dan juga pertubuhan-pertubuhan dunia, kita mempunyai banyak peluang untuk mencapai hasrat tersebut.

Akhir sekali, kita akan tetap bersandar kepada Yang Maha Berkuasa, dalam apa pun keadaan, sama ada dalam kerja-kerja pembangunan, pendidikan, keselamatan dan yang seumpamanya.

51Titah 201251

Kita tetap yakin, kemakmuran dan kesejahteraan yang sedang dinikmati ini adalah kemurahan Allah yang terbaik kepada kita. Oleh itu, bersyukur serta memelihara hubungan dengan Allah, mestilah dijadikan keutamaan dalam kehidupan.

Beta amat bahagia, kerana satu pendekatan ke arah itu telah berhasil kita garap, iaitu apabila tertubuhnya dua buah institusi pengajian tinggi yang baru, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Beta berharap, dua buah pusat pengajian ini akan dapat berperanan dengan baik dalam tugasnya sama-sama membina generasi cemerlang.

Demi hasrat untuk membantu kakitangan kerajaan beta,

khususnya yang berpendapatan rendah, terutama dalam merancang perbelanjaan bagi persediaan persekolahan anak-anak mereka pada awal tahun, maka beta dengan sukacita mengumumkan bahawa mulai tahun ini, bagi pegawai dan kakitangan kerajaan di semua peringkat, termasuk agensi-agensi keselamatan dan kakitangan yang bergaji hari dan open vote, bonus tahunan yang pada kebiasaannya dibayar pada akhir bulan Januari pada tahun hadapan akan dibayar sebulan lebih awal iaitu pada akhir bulan Disember tahun ini. Beta berharap dengan adanya pembayaran lebih awal bonus tersebut, ianya akan membolehkan ibu bapa membuat persediaan yang bersesuaian bagi musim persekolahan yang baru bagi anak-anak mereka.

Buat menutupnya, beta dengan ikhlas tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, termasuk warga Perkhidmatan Awam Kerajaan, Pasukan-pasukan Keselamtan dan warga yang berkhidmat di sektor swasta, yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti serta sokongan padu mereka kepada kerajaan beta.

Demikian juga ucapan yang sama kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan, sama ada di peringkat kebangsaan atau daerah, di atas usaha mereka yang padu pada menjayakan perayaan

Titah 201252 52

Hari Ulang Tahun beta yang ke-61 tahun ini. Semoga Allah jua yang akan mengurniakan limpah kurnia-Nya kepada mereka semua.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

53Titah 201253

Titah Sempena Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-61 Tahun

di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakaspada 9 Rejab 1428 / 24 Julai 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu

‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee

Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta sangatlah bersyukur dan bahagia kerana dapat lagi hadir di Majlis Ilmu pada tahun ini.

Beta juga memahami, bahawa Majlis Ilmu terus mendapat dukungan dan minat orang ramai kerana persembahannya yang unik serta menepati ciri-ciri keilmuan dan ketamadunan.

Kerana itu, ia berhaklah menerima restu untuk kelangsungannya dengan agenda-agendanya yang sentiasa segar.

Bermula dari memberikan perspektif yang betul mengenai fungsi masjid, kemudian tentang pendidikan dan profesionalisme bagi kualiti dan produktiviti, tentang kedaulatan yang dilihat sebagai tunggak survival bangsa, maka pada tahun ini beta difahamkan, Majlis Ilmu membawa pula tema yang berkaitan dengan akidah, selaku harapan dan doa, semoga lahirlah masyarakat berakidah yang diberkati oleh Allah.

Dengan tema ini, akan mengajak kita kepada cara hidup berakidah, baik dalam berfikir, merancang mahupun melaksanakan semua bentuk rancangan.

Kita jadikan ia suluh untuk bekerja lebih telus, rajin dan efisien, sehingga membawa kepada pencapaian kualiti dan produktiviti tinggi.

Titah 201254 54

Kita perlu sedar, isu akidah adalah isu sepanjang zaman. Aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan akidah adalah perkara lumrah. Namun orang kurang sedar bahawa perkara seumpama ini boleh membawa kepada kebinasaan dan kerugian yang amat besar.

Kita ambil contoh mudah, perbuatan mencuri, mabuk kerana meminum minuman keras dan khayal kerana dadah adalah di antara sekian banyak perlakuan-perlakuan tidak berakidah. Maka tidakkah kita nampak, kebinasaan dan kerugian yang sedang menunggu mereka itu?

Demikianlah dengan perkara-perkara buruk yang lain yang tidak terkira banyaknya, apabila ia dilakukan, bermakna orang yang melakukan itu akidah mereka adalah cacat, keyakinan terhadap Allah tidak penuh. Kerana jika akidah mereka sempurna, nescaya semua perkara salah dan haram di sisi Allah itu tidaklah akan mereka lakukan.

Demikian itulah kemuliaan dan kepentingan akidah.

Beta melihat, kita cukup memiliki kemudahan dan keupayaan untuk menyubur dan mengukuhkan akidah. Kita mempunyai agensi-agensi, skim-skim dan program-program dengan segala infrastrukturnya. Semua ini boleh berperanan selaku mekanisme untuk mewujudkan generasi berakidah, generasi yang sempurna iman yang akan membawa kita dapat menikmati keselamatan yang berpanjangan.

Cuma apa yang perlu dibuat ialah melihat semula mekanisme itu, menguasai paradigma perlaksanaan, supaya matlamat masyarakat berakidah untuk keselamatan, pembangunan dan kemajuan benar-benar tercapai.

Ini bukanlah sebuah dongeng dan bukan juga mundur kebelakang, tetapi ia adalah betul-betul wujud atau pernah wujud, bahawa

55Titah 201255

masyarakat berakidah itu adalah masyarakat cemerlang, sifatnya penuh membina bukan merosak atau pun ‘kacau daun’ terhadap pembangunan negara dan bangsa. Bahkan ia adalah pendorong dan menolong untuk lebih maju dan lebih sempurna lagi.

Akhirnya beta berdoa, semoga Majlis Ilmu akan dapat mencapai tujuannya yang murni untuk kegemilangan masa kini dan akan datang.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Allahumma Salli

‘Alaa Sayyidinaa Muhammad, Wa’alaa Aali Sayyidinaa Muhammad, beta rasmikan Majlis Ilmu 2007 ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201256 56

Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan di Stadium Tertutup Kompleks

Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 17 Rejab 1428/1 Ogos 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu

‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee

Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat pula menghadiri perhimpunan Hari Belia Kebangsaan. Hari Belia Kebangsaan dapat dilihat sebagai tanda pengiktirafan negara terhadap sumbangan masyarakat belia. Oleh itu, beta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para belia di atas sumbangan mereka selama ini dalam pelbagai kegiatan sosial dan negara. Beta berharap supaya sumbangan tersebut akan terus ditingkatkan dari masa kesemasa.

Belia yang sihat dan bertanggungjawab akan terus memberi sumbangan, dan malah meningkatkan pencapaian prestasi mereka. Inilah yang kita mahukan daripada para belia kita supaya terus aktif dan membanting tulang demi kebaikan.

Dalam wadah pembangunan, para belia itu menjadi komponen terpenting di dalam apa saja usaha bagi kesejahteraan bersama. Para belia perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah stakeholder yang dinamik untuk survival bangsa dan negara.

Pada lazimnya, mereka ini adalah golongan pemikir, berdasarkan pendidikan formal dan sempurna ada kepada mereka. Kerana itu tidak diragui lagi yang mereka itu mampu untuk memikirkan ‘perkara-perkara besar’ yang dihajati oleh masyarakat.

57Titah 201257

Namun, melalui pendidikan juga orang boleh berkeadaan sebaliknya, kalau pendidikan yang diterima itu tidak digunakan untuk tujuan-tujuan yang membina.

Pendidikan sempurna tidak boleh tidak mampu melahirkan belia yang matang, di mana identiti belia matang itu ialah mereka yang sentiasa bergiat untuk kebaikan dan menolak mungkar.

Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah dalam Surah Ali-’Imran, ayat 104:

‘Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak

kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar (keji). Dan adapun mereka yang bersifat demikian itu ialah orang-orang yang berjaya.’

Golongan yang kita harapkan lebih aktif untuk menggarap kebaikan dan menolak keburukan itu ialah golongan belia. Mereka ini mempunyai potensi serba istimewa, baik dari segi umur, fizikal mahupun mental. Jika semua kelebihan-kelebihan ini digunakan dengan sewajarnya, maka sudah barang tentu masyarakat dan negara akan beruntung.

Dalam pada itu jangan pula diabaikan pandangan orang cerdik pandai bahawa sekalipun para belia itu sedia memiliki kebolehan-kebolehan luar biasa seperti kebolehan berfikir dan mencipta, namun belum tentu mereka juga mempunyai kebolehan menilai dalam segala perkara. Sama halnya, mereka memiliki kebolehan melaksana, tetapi belum tentu mempunyai kebolehan menasihat.

Ini perlu diambil ingatan oleh semua pihak supaya sama-sama di dalam muafakat dan sama-sama berganding bahu antara golongan belia dan golongan yang lebih kaya dengan pengalaman.

Jika wujud sikap yang seumpama ini, maka semua kita akan merasa terhormat dan tidak akan ada lagi satu individu pun yang menganggap diri mereka tidak dihargai.

Titah 201258 58

Itulah pendekatan terbaik. Kita labelkan golongan belia sebagai golongan progresif dan aktif, di samping dalam pada itu, ada pula golongan lain yang tidak diremehkan peranan mereka.

Beta berharap, Negara Brunei Darussalam akan lebih gemilang dan berjaya dengan pendekatan yang indah ini. Hidup dan majulah belia, dan maju kita semua.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

59Titah 201259

Titah Sempena Perhimpunan Majlis-majlisPerundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara

di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakaspada 23 Rejab 1428/7 Ogos 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, beta bersyukur kerana dapat menghadiri Perhimpunan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara.

Sejak penubuhan Lembaga Pengelola Majlis Perundingan Mukim dan Kampung lebih 15 tahun yang lalu, beta yakin, sudah banyak usaha dan aktiviti yang dibuat, baik di bidang keugamaan dan kemasyarakatan, mahupun lain-lain seperti bidang kebajikan dan perekonomian. Ini semua selaras dengan tujuan penubuhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang sangat menginginkan wujudnya suatu masyarakat sejahtera dan bersatupadu.

Dalam tempoh yang disebutkan itu, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung sepatutnya sudah cukup pengalaman dan malah matang untuk bergerak lebih aktif, sesuai dengan perkembangan dan keadaan semasa.

Perhimpunan yang dianjurkan ini adalah bertepatan dengan usaha kerjaan yang ingin melihat pembangunan dan kesejahteraan masyarakat berkeadaan mantap.

Ini hanya mungkin dicapai apabila terdapat kerjasama dan komitmen di kalangan semua lapisan masyarakat, terutama pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi.

Titah 201260 60

Majlis Perundingan Mukim dan Kampung boleh menjadi saluran berkesan bagi menyalurkan khidmat bakti yang dihajati oleh negara.

Mereka yang dimaksudkan boleh saja terdiri daripada para belia dan orang biasa yang akan segera bergabung dengan pelbagai golongan seperti mereka yang disampiri gelaran, pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain.

Inilah uniknya Majlis Perundingan Mukim dan Kampung itu. Trend ini sangatlah baik, jika di banding dengan masyarakat yang

bersifat individualistik yang mementingkan diri sendiri.

Kita sebenarnya sudah lama mengamalkan budaya muafakat, ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul. Budaya ini sungguh subur dan hidup di mukim-mukim dan di kampung-kampung.

Lebih cantik lagi, kita di Brunei, mukim dan kampung itu ada penghulu dan ketuanya. Apabila disebut saja mukim dan kampung, orang biasanya akan mencari pula siapa penghulu dan ketuanya. Mereka ini pada lazimnya adalah orang-orang yang amat disegani dan dihormati.

Oleh itu, para penghulu dan ketua tidak boleh tidak dikehendaki untuk mengekalkan ciri-ciri keunggulan mereka selaku orang-orang yang dihormati itu.

Negara insya-Allah akan terus menikmati kehidupan aman, selamat dan harmoni, selagi mukim dan kampung masih mempunyai penghulu dan ketua yang memiliki karisma dan kempimpinan berwibawa.

Ini bukan pujian tetapi peringatan, bahawa para penghulu dan ketua serta agensi-agensi yang berkenaan adalah mempunyai tanggungjawab besar untuk memeduli anak buah masing-masing tanpa memilih-milih.

61Titah 201261

Dalam pemberian khidmat kepada mereka itu, seharusnya tidaklah akan berlaku sikap membeza-beza. Kita mesti melayani mereka dengan sama rata.

Masih lagi kedengaran tentang seseorang yang mendapat layanan bagus, seperti umpamanya, dia diisi dan dihantarkan sendiri oleh ketua, borang-borang permohonannya ke Jabatan Pembangunan Masyarakat atau Jabatan Majlis Ugama Islam, sedang seorang yang lain dibiarkan mengurusnya sendiri, walhal orang kedua inilah sepatutnya yang lebih utama ditolong kerana keadaannya yang serba kekurangan dan daif, ditambah lagi jika kebetulan dia itu tidak pandai menulis dan membaca.

Ini semua patutlah mendapat perhatian oleh perhimpunan ini dan bahkan wajar untuk menjadi agenda di dalam pembentangan kertas kerja.

Akhirnya, beta berharap semua ahli Perundingan Mukim dan Kampung akan dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya perhimpunan ini.

Dengan mendahulukan kalimat: Bismillahir Rahmanir Rahim, Allahumma Salli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad, Wa’ala Aali Sayyidinaa Muhammad, beta rasmikan Perhimpunan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201262 62

Message From His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of

Brunei Darussalam On the Occasion of the 40Anniversary of the Founding of ASEAN

On 24 Rejab 1428/8 August 2007

On August the 8 1967, five Southeast Asia nations met in Bangkok and issued a declaration that set up the regional association we now all know as ASEAN.

In doing so, their leaders became honoured throughout the region as the association’s ‘founding fathers’.

It is now the fortieth anniversary of that day and to mark it, we are celebrating their declaration and the achievements that have followed its issue.

It is a time for us to pay tribute to the vision of our founders.

It is also a time to be proud of all that ASEAN has accomplished.

And it is a time to look foward to the future it is offering the five hundred million people it now represents.

When we do this, it is hard for us today to imagine the nineteen sixties when ASEAN was founded.

It was the most dangerous period of the Cold War and we, the nations of Southeast Asia, were its fiercest battleground.

There was a famous theory about us then.

It described us a ‘dominoes’.

One push, it proposed and we would all collapse in a heap to be gathered up and distributed to the global winners.

63Titah 201263

It was the foresight of the region’s leaders that enabled us to resist that fate. And it was ASEAN that was to provide the deep roots which ensured that we would never fall over.

That is why we honour our founding fathers today. Now, forty years later, we see a totally different Southeast Asia. The former ‘dominoes’ are strong, upright and respected throughout

the world.

Where once we were five, we are now ten.

Where once the world came to us to make war, they now come to join us in common friendship and peaceful endeavour.

Where once we were recipients of aid from donor nations, now we are partners, signing independent trading agreements with the great economic powers and moving towards our own economic integration.

And where once our future was decided by others, now we plan our own future confidently and boldly.

At the end of the year, the signing of the ASEAN Charter will mark the start of a new era in our region’s modern history.

It will complete the immediate vision of our founding fathers.

The fullest realization of their hopes for our region, however, means the establishment of permanent peace, freedom and prosperity for all our people.

And that is the task we are now setting ourselves.

I look forward to joining my fellow regional leaders at our Summit in Singapore this year to accept the challenges represented by that task.

Titah 201264 64

In doing so, we will be once more inspired by the example of our association’s founding fathers forty years ago today.

In renewing Brunei Darussalam’s lasting commitment to the future of our region, I wish all our neighbours, friend and partners in ASEAN a most enjoyable celebration of our 40 anniversary.

Thank you.

65Titah 201265

Titah Sempena Majlis Sambutan Isra’ dan Me’raj Tahun 1428 Hijrah/2007 Masihi

di Dewan Planery, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berkas pada 27 Rejab 1428/11 Ogos 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat pula hadir di Majlis Sambutan Isra’ dan Me’raj yang penuh dengan keberkatan ini.

Dalam Me’raj Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, Baginda telah diperlihatkan dengan bermacam-macam bentuk balasan baik bagi mereka yang ta’at kepada Allah dan balasan buruk bagi mereka yang melanggar perintah-Nya. Ini jelas kepada kita bahawa segala amal kebajikan dan perbuatan derhaka itu telah pun disediakan oleh Allah akan balasan-balasannya.

Pada zaman kita ini, amal kebajikan dan maksiat itu bercampur-aduk. Ia dilakukan tanpa mengira peringkat umur, sama ada tua atau muda, dan malah juga kanak-kanak belasan tahun. Ini, amatlah merisaukan, bukan saja dari segi akhirat, malahan juga dari sudut keduniaan.

Sesungguhnya sunnah atau hukum Allah itu tidaklah mungkin dipinda-pinda. Bagi sesiapa yang melakukan ma’ruf, pasti dibalas-Nya dengan kebajikan, sementara yang melakukan mungkar, akan menerima ‘azab-Nya.

Perkara ini terimbas di dalam Kitab Suci Al-Qur’an. Bukankah semua kisah yang terdapat di dalamnya merupakan manifestasi

Titah 201266 66

jelas, bahawa umat yang derhaka itu tidak akan dibiarkan begitu saja, melainkan akan menerima juga balasannya? Cuma, segera atau lambatnya balasan itu, tidak siapa yang dapat mengetahuinya.

Ini, dijelaskan dalam Surah Al’Anfaal, ayat 25, tafsirnya:

“Dan jagalah diri kamu daripada dosa (yang boleh membawa kepada bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang-orang yang zalim (yang melakukan dosa) di antara kamu secara khusus (malahan juga kamu secara umumnya). Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha berat azab-Nya.”

Berdasarkan janji Allah tersebut di atas, kita patutlah cemas dengan senario yang ada, di mana gejala sosial dan masalah akhlak menjadi cabaran yan sengit kepada kita. Kita tidaklah boleh hanya setakat menontonnya, tetapi perlu bersikap sebagai ‘pembawa perubahan’.

Keadaan yang baik akan kita kekalkan, sementara yang sebaliknya, mesti kita baiki dan ubah. Itulah namanya masyarakat pembawa perubahan.

Perubahan kepada yang baik dan lebih baik adalah sangat digalakkan oleh Islam. Oleh itu, kita semua dituntut menjadi agen perubahan.

Dengan kata lain, Allah Subhanahu Wata’ala amatlah menyukai hamba-hamba-Nya yang mahu berubah. Kerana itu, dengan kemurahan-Nya jua Dia telah menyediakan satu konsep luhur lagi mulia iaitu ‘konsep taubat’. Taubat adalah landasan untuk seseorang mengubah nasib dan dirinya, sekali pun seburuk mana keadaan orang itu.

Jadi marilah kita sama-sama mendukung konsep perubahan ini. Kita cari jalan untuk berubah: Berubah dari yang tidak atau kurang baik kepada yang baik dan lebih baik.

67Titah 201267

Dalam perkara ukhrawi, kita dituntut berubah dengan meninggalkan segala macam perkara mungkar yang ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Sementara dalam perkara duniawi, kita dikehendaki berubah untuk mencapai apa-apa yang terbaik dalam kehidupan.

Beta berharap, kita semua tidak lalai dari melihat pendekatan ini. Ambillah tauladan dari perisitiwa-peristiwa yang terakam dalam Al-Qur’an dan juga dari perisitiwa Isra’ dan Me’raj yang penuh iktibar dan pengajaran itu.

Semoga kita menjadi masyarakat yang terbaik yang diredhai oleh Allah.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201268 68

Address by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on The Official Visit of Prime

Minsiter of The Socialist Republic of Vietnam, He Nguyen Tan Dung at Istana Nurul Iman

on 2 Syaaban 1428/15 August 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil

Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Prime Minister, Nguyen Tan Dung

Madame Tran Thanh Kiem

Your Excellencies

Ladies and Gentlemen

It is is a great pleasure to welcome you and Madame for the first time in our country.

Your visit offers us not only the chance to discuss government business but also to return a little of the wonderful hospitality we have always received from the people of Viet Nam.

We thank you and your people most warmly for your country’s friendship and goodwill and we hope you are both having a very pleasant stay among us.

Prime Minister,

69Titah 201269

This year we are all celebrating the 40th anniversary of our regional association.

And, twelve years ago, we in Brunei Darussalam had the privilege of hosting the Ministerial Meeting when Viet Nam became a member of ASEAN.

It was a great honour for us and it has left us with very happy memories and a special link between us.

Since then, our people have become close friends and strong regional partners.

Like our fellow members, we have all benefited from what Viet Nam has brought to the association.

This has been most evident in the contribution your government and people have made to shaping the direction of regional policy.

Your have constantly emphasized the need for action that transforms

the day-to-day lives of our people.

You have regularly urged that our plans for economic integration are not merely academic and theoretical.

They must go hand in hand with the need to benefit every community and every family in practical form.

For this, we much appreciate the contribution Viet Nam has made to making sure that the association truly represents all its members and all its people.

As a regional partners, we have valued this immensely.

We acknowledge your strong commitment to the region we share and we are proud to be the member that hosted your entry to the association.

Titah 201270 70

Prime Minister, Regional affairs, however, represent only one side of our relationship. The other is equally important. This is what is called our ‘bilateral

relationship.’ This is far more personal and is growing ever stronger as we get to

know and understand each other.

It is now a very happy and successful relationship encompassing many areas notably defence, trade, labour and education.

Prime Minister, Your government has shown the foresight to introduce and carry

out bold reforms.

Your people have demonstrated the energy, talent, hard work and confidence that are required to implement them.

Together, you have not only created the region’s fastest growing economy but have attracted the attention of investors all over the world.

This has enabled you not just to face the modern world but to take part in its affairs and influence its direction.

This was clearly evident in your hosting of last year’s APEC Summit and in your entry into the World Trade Organisation.

It is a fine record of achievement and your government and people can be justifiably proud of their efforts.

Prime Minsiter,

71Titah 201271

We in Brunei Darussalam have been delighted to have played a small part in assisting your development through education and training.

We are also delighted to have a growing number of your people working here to help our own development.

It shows that we have a lot to offer each other. As a result, we are now looking forward to many future opportunities to expand our trade and open up further cooperation.

So, all in all, Prime Minister, we are very happy indeed with the relations our countries and people enjoy and we look foward to many future opportunities of working with your people to widen and deepen the scope of our friendship and cooperation.

I am, above all, delighted to have this opportunity to convey these feelings to you personally.

Prime Minister, Once more a very warm welcome and wishing you a very pleasant

stay among us.

Thank you.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201272 72

Titah Sempena Majlis Beramah Mesra dengan Penuntut-penuntut Brunei di Australiapada 27 Syaaban 1428/9 September 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat beramah mesra dengan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang kini sedang menuntut di Sydney khasnya dan Australia pada amnya.

Rakyat dan penduduk yang berpengalaman dan berpengetahuan luas, dari apa saja peringkat mereka adalah merupakan aset negara yang diharapkan dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan berpanjangan.

Dalam era ekonomi global tanpa batasan, pendidikan dan kepakaran adalah merupakan keutamaan semua negara. Kerana itulah ia turut menjadi agenda tahunan di dalam Mesyuarat-mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC, seperti yang baru saja selesai beta hadiri pada hari ini.

Untuk menjamin supaya kita dapat mengatasi sebarang cabaran globalisasi dan menjayakan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi, maka kerajaan beta akan terus menggalakkan agar rakyat dan penduduk dapat memiliki kepakaran dalam pelbagai jurusan dan bidang yang kita perlukan.

Ke arah ini, kerajaan beta sedang berusaha untuk mengenal pasti dan mengiktiraf institusi-institusi dan kelulusan-kelulusan, bukan saja dari negara-negara yang sudah biasa dengan kita seperti United Kingdom, Mesir dan Australia, malahan juga beberapa negara lain di rantau Asia Pasifik dan Eropah.

73Titah 201273

Ini akan memudahkan lagi bagi mereka yang ingin meneruskan pengajian di luar negara dan sekali gus membukakan banyak peluang dan pilihan untuk diambil.

Untuk memenuhi hasrat kerajaan dan juga para penuntut sendiri, kerajaan beta pada masa ini sedang mengemaskinikan skim-skim pelajaran dan dalam masa yang sama juga, meningkatkan hal ehwal para penuntut di luar negeri supaya lebih teratur dan terpelihara.

Dalam perkara ini, satu unit penuntut telah pun ditempatkan di Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Canberra, Australia.

Beta ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan para penuntut supaya tidak mensia-siakan peluang keemasan selaku penuntut. Inilah masanya untuk mengaut ilmu seberapa banyak dan memperkaya pengalaman. Latihlah minda dengan berfikir tentang perkara-perkara yang bermanfaat, serta elakkan diri dari sebarang aktiviti merugikan.

Jadilah penuntut-penuntut yang baik, yang bijak dan berketerampilan. Penuntut-penuntut adalah ‘duta’ kepada negara mereka. Mereka juga mampu menjadi jambatan persahabatan yang diinginkan oleh negara. Mereka adalah imej dan lidah bagi negara. Jika harum dan elok mereka, maka harum dan eloklah juga negara.

Begitu hebatnya personaliti penuntut itu. Oleh itu peliharalah ia di mana saja.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201274 74

Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 Universiti Brunei Darussalam

di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalampada 29 Syaaban 1428/11 September 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana mengizinkan Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam Ke-19 ini dapat berlangsung dengan gilang-gemilang.

Universiti Brunei Darussalam yang telah berusia lebih dari dua dekad ini, tidak diragukan lagi, sudah mampu melahirkan generasi intelek untuk negara. Ia akan berlangsung seterusnya tanpa mengalami sebarang rintangan.

Sebagai sebuah universiti pertama di negara ini, ia perlu diberikan sokongan dan kepercayaan, untuk ia dapat merancang dan melakar sendiri perkembangannya. Dengan ini, akan lebih cepatlah lagi negara menikmati sumbangan-sumbangannya.

Di antara sumbangan paling penting dan bermakna ialah sumbangan di bidang penyelidikan atau kajian. Daripadanya kita akan dapat menemukan atau menghasilkan sesuatu yang bermutu lagi berguna. Ini bukan saja dapat dicapai oleh pensyarah, malahan juga pelajar.

Kerana itu, akan menjadi kebanggaan, jika sekali-sekala, pensyarah atau pelajar universiti ini, dapat membuat kejutan dengan hasil-hasil kajian mereka dalam apa saja bidang yang kita ada.

75Titah 201275

Ini akan memberi pendedahan berupa fakta, bahawa di Universiti Brunei Darussalam ini juga turut memiliki warganya yang kreatif.

Selain itu, beta melihat Universiti Brunei Darussalam juga, boleh menyumbang khidmat kepada masyarakat, melalui ahli-ahli fakulti dan pelajar-pelajarnya, seperti turut menangani pelbagai isu, termasuk isu-isu sosial, isu persekitaran, malapetaka dan seumpamanya.

Sebagai sebuah institusi yang mempunyai banyak kepakaran, UBD sudah tentu berkemampuan untuk menyumbangkan gagasan dalam bentuk cadangan-cadangan yang dapat menyelesaikan isu-isu tersebut.

Beta pernah menyarankan agar kepakaran-kepakaran yang sedia ada di universiti ini dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh semua pihak yang berkepentingan termasuk agensi-agensi tertentu dalam sektor kerajaan dan swasta. Dengan adanya penghargaan dan sokongan dalam bentuk moral dan kewangan oleh pihak luar universiti, mungkin saja ini akan menjadi tarikan kepada pakar-pakar atau ahli-ahli akademik yang ‘prominent’ di dalam bidang masing-masing bagi memilih berkhidmat di universiti. Beta percaya, UBD dapat melihat perkara ini sebagai satu cara mengukir kecemerlangan.

Beta turut gembira difahamkan, bahawa salah satu program yang ditawarkan di Universiti Brunei Darussalam ialah program Ijazah Pertama Kewangan dan Perakaunan (B.A. Accounting and Finance). Ia telah mendapat pengiktirafan Badan Profesional Dunia dengan diberikan pengecualian maksimum daripada Skim Peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) UK. Ini sesungguhnya adalah suatu pencapaian yang patut dibanggakan.

Menyentuh mengenai perkembangan pendidikan negara kita sekarang telah berjaya menyediakan ruang dan kesempatan lebih luas bagi rakyat dan penduduk untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Dengan tertubuhnya Universiti Islam Sultan Sharif Ali pada awal

Titah 201276 76

tahun ini, maka peluang-peluang bagi mendalami dan menguasai ilmu keagamaan khasnya di dalam negara adalah semakin terbentang luas.

Ini merupakan pertanda, bahawa kita adalah ingin menguasai semua bidang ilmu, kerana hanya dengan ilmu pengetahuan yang lengkap sahaja, dunia dan akhirat kita akan dapat diraih dengan sempurna.

Sesuai dengan kepentingan ilmu pengetahuan, maka kita akan terus komited untuk memastikan bahawa semua jurusan dalam pendidikan akan terus ditingkatkan dengan izin Allah. Kita akan pelihara dan bisaikan terus prasarana atau infrastruktur pendidikan kita, supaya semua bidang ilmu dapat dimanfaatkan bukan saja oleh pelajar-pelajar kita sendiri, malahan juga pelajar-pelajar daripada luar negara.

Akhirnya beta sukacita merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua para graduan yang menerima ijazah mereka pada hari ini. Demikian jua beta ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak-pihak yang berkenaan di Universiti Brunei Darussalam, khususnya kepada Pengerusi dan ahli-ahli Majlis Universiti, Naib Canselor, para ahli akademik, pentadbir, pegawai dan seluruh kakitangan universiti di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah mereka curahkan.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala akan melimpahkan rahmat, petunjuk, hidayah dan bimbingan ke arah lebih menjayakan lagi perjalanan dan perkembangan universiti kita ini, insya-Allah.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

77Titah 201277

Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’anPeringkat Negara Tahun 1428 Hijrah/2007 Masihi

di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakaspada 17 Ramadan 1428/28 September 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat menikmati kemanisan bulan Ramadan yang mulia ini dan sekali- gus dapat sekali lagi berkumpul untuk memperingati peristiwa Nuzul Al-Qur’an.

Sumber ilmu terpenting bagi umat Islam ialah Al-Qur’an. Kecemerlangan tidak dapat dipisahkan daripada Al-Quran. Ia adalah petunjuk ke arah itu.

Allah Subhanahu Wata’ala menyifatkan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang ‘Aqwam’. Kalimat Aqwam itu bermaksud jalan yang paling benar paling adil dan paling tepat. Maka mereka yang menjadikan Al-Qur’an sebagai rujukan, pasti akan beroleh kecemerlangan, kejayaan dan keselamatan.

Jalan ke arah kecemerlangan, kejayaan dan keselamatan itu memerlukan peta yang lengkap. Al-Qur’an adalah peta yang dimaksudkan itu. Tidak terdapat sebarang bengkang bengkok di dalamnya. Ia adalyang gilang-gemilang. Perubahan ini tidak syak lagi dirangsang oleh Al-Qur’an.

Oleh itu pada hari ini apabila kita menginginkan kecemerlangan, maka Al-Qur’an adalah landasannya yang tepat.

Titah 201278 78

Al-Qur’an berperanan membetulkan akidah kita dengan memberikan peringatan supaya menyembah Allah, supaya ikhlas dan bulat hanya kepada Allah semata-mata, khasnya dalam ibadat dan juga dalam semua kegiatan kehidupan yang lain-lain. Inilah syarat kejayaan dan kecemerlangan yang sebenar-benarnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Haj, ayat 77, tafsirnya:

“Wahai mereka yang beriman, ruku’ dan sujudlah serta beribadatlah kamu kepada Tuhan kamu danbuatlah kebaikan semoga kamu beroleh kejayaan.” Umat Islam tidak akan mencapai kecemerlangan sekiranya

mereka meninggalkan ibadat kepada Allah. Kerana kecemerlangan itu adalah bulat-bulat daripada Allah. Bagaimanakah Allah akan mengurniakannya kepada kita, jika kita tidak mahu menyembah-Nya.

Penyembahan terhadap Allah itu sama ertinya dengan melakukan keta’atan dalam semua perkara kehidupan. Di samping sembahyang, semua hukum-hakam Allah Ta’ala juga perlulah ditegakkan di dalam diri kita, keluarga dan malah negara.

Matlamat ibadat ialah mencari keredaan Allah. Apabila Allah reda, insya-Allah semua pintu kebajikan akan terbuka.

Inilah harapan kita dalam memburu kecemerlangan. Bukan saja kecemerlangan di dunia malahan juga, lebih utama, kecemerlangan di akhirat.

Yang penting perspektif kecemerlangan itu janganlah disempitkan sebagai hanya kemajuan duniawi semata-mata, sama seperti orang mendefinisikan tentang kejayaan. Tetapi bagi orang ah cahaya yang menerangi semua jalan.

Orang-orang Arab di zaman jahiliah adalah golongan yang tidak bertamadun. Namun selepas mereka memeluk Islam, cara hidup

79Titah 201279

mereka berubah sehingga dapat membina sebuah tamadun yang gilang-gemilang. Perubahan ini tidak syak lagi dirangsang oleh Al-Qur’an.

Oleh itu pada hari ini apabila kita menginginkan kecemerlangan, maka Al-Qur’an adalah landasannya yang tepat.

Al-Qur’an berperanan membetulkan akidah kita dengan memberikan peringatan supaya menyembah Allah, supaya ikhlas dan bulat hanya kepada Allah semata-mata, khasnya dalam ibadat dan juga dalam semua kegiatan kehidupan yang lain-lain. Inilah syarat kejayaan dan kecemerlangan yang sebenar-benarnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Haj, ayat 77, tafsirnya:

“Wahai mereka yang beriman, ruku’ dan sujudlah serta beribadatlah kamu kepada Tuhan kamu danbuatlah kebaikan semoga kamu beroleh kejayaan.” Umat Islam tidak akan mencapai kecemerlangan sekiranya

mereka meninggalkan ibadat kepada Allah. Kerana kecemerlangan itu adalah bulat-bulat daripada Allah. Bagaimanakah Allah akan mengurniakannya kepada kita, jika kita tidak mahu menyembah-Nya.

Penyembahan terhadap Allah itu sama ertinya dengan melakukan keta’atan dalam semua perkara kehidupan. Di samping sembahyang, semua hukum-hakam Allah Ta’ala juga perlulah ditegakkan di dalam diri kita, keluarga dan malah negara.

Matlamat ibadat ialah mencari keredaan Allah. Apabila Allah

reda, insya-Allah semua pintu kebajikan akan terbuka.

Inilah harapan kita dalam memburu kecemerlangan. Bukan saja kecemerlangan di dunia malahan juga, lebih utama, kecemerlangan di akhirat.

Titah 201280 80

Yang penting perspektif kecemerlangan itu janganlah disempitkan sebagai hanya kemajuan duniawi semata-mata, sama seperti orang mendefinisikan tentang kejayaan. Tetapi bagi orang Islam, kecemerlangan dan kejayaan yang sejati itu adalah kecemerlangan dan kejayaan di akhirat juga.

Ini dapat dilihat dari pendekatan Al-Qur’an sendiri dalam ungkapan-ungkapannya tentang kecemerlangan dan kejayaan itu sering menyebutnya sebagai ‘fauzan’azeeman’ atau Al-Fau-zul ‘Azeem’ yang bermakna ‘Kejayaan Besar’. Apakah dia yang dimaksudkan dengan “Kejayaan Besar” itu? Tidak lain ialah, memperolehi syurga Allah Ta’ala.

Jadi mudah-mudahan bersempena dengan menyambut Nuzul Al-Qur’an pada tahun ini, kita akan dapat memahami dengan lebih jauh lagi erti kecemerlangan dan kejayaan yang sebenar-benarnya, serta sekali gus akan berusaha untuk mencapainya.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

81Titah 201281

Titah Sempena Hari Raya ‘Aidilfitri Tahun 1428 Hijrah / 2007 Masihi

pada 1 Syawal 1428/12 Oktober 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd. Awal Syawal menjelang lagi. Seluruh umat Islam menyambutnya

dengan penuh bersyukur serta gembira.

Kita bersyukur, kerana dapat menunaikan kewajipan berpuasa selama sebulan penuh, sementara bergembira pula, kerana kita telah berjaya menundukkan hawa nafsu dibulan yang mubarak ini.

Bukanlah senang untuk menjadi orang yang pandai bersyukur, sekalipun perkataan ‘syukur’ itu mudah diucapkan. Sebab itulah syukur, amat tinggi nilainya di sisi Allah. Ia menjadi punca bagi ‘Nikmat Allah’ bertambah, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ibrahim, ayat 7, tafsirnya:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku (Allah) akan tambah lagi (nikmat-Ku) kepada kamu dan sebaliknya jika kamu kufur (ingkar tidak bersyukur), maka sesungguhnya azab-Ku adalah amat pedih.”

Bersyukur adalah wajib dilakukan oleh semua peringkat dan

golongan, tanpa mengira kaya ataupun miskin. Bersyukur adalah tangga kepada kebahagiaan.

Titah 201282 82

Orang kaya yang bersyukur adalah orang yang berbahagia. Tanda dan cara bersyukur itu ialah dengan menggunakan hartanya di jalan-jalan kebajikan, antara lain yang paling dituntut ialah dengan mengeluarkan zakat.

Adapun orang yang berzakat itu, telah sedia dijamin oleh Allah akan ditambah lagi serta dipelihara harta-hartanya. Dalam makna, harta yang dizakat itu bukanlah kurang tetapi bertambah.

Apakah ini bukan untung dan bahagia namanya?

Sudahlah itu, kebahagiaan yang lebih besar dan abadi juga adalah sedang menunggunya di akhirat kelak.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd. Sementara bagi orang bukan kaya pula cara bersyukurnya ialah

dengan memiliki sikap ‘berpada’ terhadap apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya. Dengan cara ini, orang tersebut akan menjadi orang yang paling bersyukur dan sekali gus, paling berbahagia.

Jadi ternyata yang penting itu di sini ialah sikap kita. Sikaplah yang menentukan kebahagiaan atau kesengsaraan seseorang itu.

Baru-baru ini terdapat kenyataan daripada pihak berkenaan

mengenai dengan kutipan wang zakat. Menurut kenyataan tersebut, kutipan zakat harta sahaja sehingga tempoh 31 Ogos 2007 adalah menunjukkan penurunan yang ketara.

Mengapakah ia turun? Adakah ini merujuk kepada penurunan ekonomi, ataupun ianya ada kaitan dengan perubahan sikap kita dalam penunaian zakat?

Jika betul ia ada kaitan dengan perubahan sikap, mengapakah ia berubah itu?

83Titah 201283

Pada hemat beta, ini tentu sahaja ada faktor yang menyebabkannya berubah, sama ada ia faktor dalaman daripada dalam diri masyarakat sendiri, ataupun faktor lain. Adapun faktor dalaman itu, mungkin sahaja ia bersebab dari keyakinan masyarakat terhadap mekanisme zakat belum lagi mantap, yang menjadikannya satu daripada punca hasil kutipan zakat tidak tetap, ataupun turun naik dengan ketara.

Sebagi misalan, statistik telah memaparkan, pada tahun 2006, Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat $8.8 juta sahaja, berbanding dengan tahun 2005 telah mengutip $18.9 juta, suatu penurunan yang amat ketara dan besar.

Jika betul ini berpunca daripada faktor dalaman yang bernama ‘keyakinan’, maka kita amat bimbang ia akan berlarut-larut jika tidak dipeduli. Oleh itu patutlah bagi pihak berkenaan, bukan hanya setakat mengemukakan fakta dan data, tetapi lebih penting lagi menanganinya dengan kajian-kajian terperinci, mengapakah kemerosotan atau penurunan berlaku?

Ini, akan memberikan kita maklumat yang berguna dan seterusnya membuka jalan ke arah mengesankan lagi cara pengendalian zakat serta sekali gus mengatasi masalah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Di kesempatan yang bersukut baik ini, beta dan keluarga beta tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat dan penduduk yang berugama Islam di mana saja mereka berada.

Beta juga dengan rendah hati sukacita merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua yang berkenaan yang terlibat dengan Majlis-majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersempena dengan 40 tahun beta menaiki takhta. Beta berdoa semoga ingatan dan jerih payah mereka yang sangat bernilai itu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran manis daripada-Nya. Amin.

Titah 201284 84

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

85Titah 201285

Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Raya AidilfitriTahun 1428 Hijrah/2007 Masihi

anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiahdi Dewan Plenary, Pusat Persidangan

Antarabangsa, Berakaspada 11 Syawal 1428/23 Oktober 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan kita berhari raya dalam majlis anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini.

Beta difahamkan, sambutan pada tahun ini turut juga disertai oleh ahli-ahli ilmuwan yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama dan tenaga-tenaga akademik dari pusat-pusat pengajian tinggi dan latihan kemahiran. Beta amatlah mengalu-alukan penyertaan mereka itu.

Para ilmuwan di bidang masing-masing mempunyai peranan berbeza dalam membangunkan negara. Mereka adalah penjana modal insan.

Orang-orang berilmu lagi beriman mendapat pujian daripada Allah. Mereka boleh mengalahkan ahli ibadat, kerana ahli ibadat beribadat untuk diri mereka sendiri, sedang ahli ilmu menyumbangkan ilmu mereka untuk kesejahteraan bersama.

Beta berharap, sumbangan yang sedemikian itu akan dapat diketarakan menerusi dedikasi dan tugas-tugas jawatan masing-masing. Sementara para pelajar pula juga hendaklah mengetarakan

Titah 201286 86

diri mereka selaku anak bangsa yang terdidik dan berpelajaran. Mereka adalah generasi teladan.

Para ilmuwan termasuk pelajar adalah golongan yang diikut disebabkan kesempurnaan sifat dan pembawaan mereka, bukan menjadi pengikut kepada syakhsiah-syakhsiah yang cacat akhlak, walau siapa pun mereka.

Inilah yang patut jadi wawasan kita: Ilmuwan dan pelajar bersifat pencorak, pemikir dan pemimpin masa kini dan akan datang.

Beta yakin, dengan dedikasi ikhlas dan komitmen tinggi

mereka terhadap tanggungjawab kempimpinan seperti ini, akan mengukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti mereka di kalangan masyarakat.

Para ilmuwan dan pelajar mestilah jagi mentor (pembimbing), guru dan pakar pemikir. Mereka adalah sumber budaya intelektual. Mereka patut disokong dan didukung untuk melahirkan budaya yang sihat ini.

Semua kita dan pihak-pihak pentadbir serta pengurus hal ehwal pendidikan, patutlah memberikan sokongan kepada mereka, bukan saja sekadar sokongan moral, malahan juga mungkin sokongan kewangan untuk kecemerlangan.

Sebagai contoh, ahli-ahli akademik itu sudah sedia dimaklumi mempunyai kepakaran untuk melakukan penyelidikan-penyelidikan yang berautoriti. Menerusi kepakaran masing-masing, mereka mampu untuk mencari huraian-huraian praktikal mengenai isu-isu semasa yang kita hadapi, sama ada ia isu sosial-kemasyarakatan atau lain-lain, seperti isu-isu khusus mengenai ekonomi, kewangan, perubatan dan seumpamanya.

Apakah dalam keperluan-keperluan seperti ini mereka tidak patut dibantu dan didukung?

87Titah 201287

Rata-rata masyarakat dunia hari ini berhadapan dengan dilema kemiskinan. Mengapakah kepakaran tidak dimanfaatkan untuk mengkaji punca-punca kemiskinan serta bagaimana langkah mengatasinya?

Demikian juga dalam bidang ekonomi, apakah tidak patut kepakaran digunakan untuk memandu, menasihat dan mencetuskan idea-idea baru yang lebih inovatif dan progresif supaya perkembangan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lebih menyerlah lagi, sehingga mampu menjadi pemangkin kepada kepalbagaian sumber ekonomi negara?

Dan begitu juga dibidang kewangan, mengapakah kepakaran tidak terlibat untuk menyelidik isu-isu utama mengembangkan sektor kewangan dan insurans Islam dan lain-lain seumpamanya.

Demikian beberapa contoh yang dapat beta sebut. Beta berharap ia akan jadi bahan renungan untuk dikongsi bersama-sama.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201288 88

Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-17 Bagi Tahun 2007

pada 15 Syawal 1428/27 Oktober 2007 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabil ‘Aalameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan kita meraikan sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Kali Ke-17 pada pagi ini.

Walaupun tarikh sebenar sambutan Hari Guru ialah pada 23 September, namun belumlah terlambat rasanya untuk beta mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang berkenaan.

Hari Guru adalah salah satu ‘Hari Negara’ yang kita raikan pada setiap tahun. Ia membawa erti tersendiri kepada kebangkitan bangsa. Tidak akan ada kebangkitan itu tanpa guru. Gurulah pencetus mutlak semua kebangkitan.

Dengan guru, pendidikan terus berkembang. Tanpa pendidik, tidak akan ada apa-apa yang boleh dipanggil kemajuan dan perkembangan.

Begitulah hebatnya guru. Guru adalah ‘bapa dan ibu didik’ kepada bangsa. Gurulah acuan yang berkesan. Kerana itu guru, tidak mungkin dapat berpisah dari pendidikan.

Berasaskan inilah beta pernah menyebut mengenai pentingnya mengadakan satu Skim Perkhidmatan Perguruan untuk memastikan yang para guru berkaliber akan terus kekal bertugas di sekolah. Dengan skim ini juga akan memberikan ruang bagi guru-guru

89Titah 201289

mencapai tahap gaji yang lebih tinggi, sejajar dengan sumbangan mereka yang besar itu.

Beta berharap, supaya Skim Perkhidmatan ini akan segera direalisasikan.

Apa pun jua yang berbangkit mengenai ‘pembaikan’, adalah ia berkait rapat dengan Sistem Pendidikan.

Kita perlu mempunyai sistem pendidikan yang sentiasa relevan dengan tuntutan zaman. Kita tidak mahu tercicir di belakang sambil kebekuan membelenggu kita.

Kerana itu beta amat gembira bilamana Kementerian Pendidikan sedang mengemaskinikan Sistem Pendidikan Negara yang dikenali sebagai Sistem Pendidikan Negara Abad 21 atau SPN 21. Langkah ini wajar, demi menyedari, bahawa arus proses globalisasi tidak akan menunggu sesiapa pun.

Sistem Pendidikan tidak hanya untuk melahirkan insan terpelajar, tetapi juga lebih penting, mesti mampu menjadi acuan menghasilkan generasi pemikir.

Terpelajar sahaja belumlah jadi jaminan apa-apa. Tetapi terpelajar yang pemikir itulah pencorak masa depan negara yang ditunggu-tunggu.

Beta sungguh mengingini sistem yang berjaya melahirkan tenaga-tenaga pemikir, demi keyakinan, jika kita ketandusan mereka itu, maka negara akan mengalami kelemahan-kelemahan yang ketara di semua sudut.

Oleh itu, sampailah masanya kita memiliki ‘TAPAK SEMAINA’ BERUPA Sistem Pendidikan: Menghasilkan Generasi Terpelajar Lagi Pemikir, selaku wawasn kita mengharungi abad ke-21 ini.

Titah 201290 90

Akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima anugerah Hari Guru pada tahun ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

91Titah 201291

Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Bagi Tahun 2007 di Dewan Plenary,

Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakaspada 29 Syawal 1428/10 November 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabil ‘Aalameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur kerana pada hari ini kita dapat menyambut Hari Perkhidmatan Awam kali ke-14.

Walaupun sambutan ini disebut sebagai kali ke-14, namun pada hakikatnya, Perkhidmatan Awam tekah pun wujud sejak sekian lama.

Perkhidmatan Awam adalah sebuah institusi terpenting untuk membantu kerajaan merancang dan merumuskan dasar-dasar serta peraturan-peraturan dan dalam masa yang sama bertanggungjawab juga untuk melaksanakan hasil-hasil dari setiap perancangan itu.

Peranan ini memanglah disedari bukan mudah. Ia memerlukan keupayaan tinggi dan kesanggupan menghadapi cabaran-cabaran. Di antara cabaran-cabaran itu ialah, pengharapan kerajaan dan rakyat untuk melihat Perkhidmatan Awam berjaya menyediakan prasarana kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya.

Di sinilah titik-tolak kecemerlangan yang kita cita-citakan. Kerana itu beta sangatlah menyambut baik hasrat untuk menjadikan Perkhidmatan Awam kita berjaya dengan cemerlang.

Kecemerlangan yang dimaksudkan, tentu saja meliputi semua aspek perkhidmatan. Ia mesti difahami serta dijadikan matlamat oleh semua warga Perkhidmatan Awam.

Titah 201292 92

Ke arah ini, beta ingin melihat satu audit dilaksanakan secara terperinci bagi menilai dan menyukat semula keperluan kakitangan di setiap agensi kerajaan. Kita perlu tahu dengan pasti jumlah kakitangan yang optima yang diperlukan.

Di samping itu, pengauditan juga perlu turut mengambil kira penilaian orang ramai yang menerima perkhidmatan daripada agensi-agensi kerajaan, pada misalnya dengan melakukan ‘Kajian Kepuasan Pelanggan.’ Dalam makna, ukuran kecemerlangan itu hendaklah dinilai, bukan hanya dari kaca mata pihak yang memberikan perkhidmatan semata-mata tetapi juga dari penilaian pelanggan.

Di antara ciri-ciri kecemerlangan itu ialah apabila Perkhidmatan Awam berjaya membuat sesuatu keputusan dengan cepat lagi tepat.

Inilah yang amat ditunggu-tunggu serta diharapkan terutama oleh orang ramai atau para pelanggan.

Maka ke arah ini mekanisme Perkhidmatan Awam seperti ‘sistem penilaian prestasi’ dan tatacara pemilihan, mestilah dikendalikan dengan cermat dan adil supaya para pegawai dan kakitangan benar-benar menjadi orang-orang yang berkaliber serta memiliki kecekapan.

Demikian juga Perkhidmatan Awam perlu melakar strategi-

strategi yang betul sebagai persiapan menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Mengenai dengan strategi ini, beta percaya semua kementerian

tentu saja telah memiliki pelan-pelan strategi masing-masing sebagai langkah menuju kecemerlangan.

Namun pada hemat beta, memiliki pelan-pelan strategi saja

belumlah memadai. Turut diperlukan selain itu ialah semua lapisan pegawai dan

kakitangan hendaklah pula memahami dan menghayati pelan tersebut sambil serentak bergerak ke arah pencapaian tujuan.

93Titah 201293

Satu lagi yang juga tidak kurang mustahaknya ialah persefahaman di antara kementerian-kementerian dan agensi-agensi Perkhidmatan Awam pada amnya dalam mengendalikan rancangan-rancangan masing-masing, sehingga dilihat oleh ramai selaku sebuah jentera kerajaan yang bersatu yang penuh dengan keselarasan tanpa percanggahan di antara mereka.

Ini akan memberikan gambaran baik, betapa mesra dan

muhibahnya warga Perkhidmatan Awam dalam sebuah kerajaan kesultanan yang terunggul di dunia. Keunggulan dan keunikan kita bukan hanya pada sebutan di bibir, malahan juga menjadi kenyataan yang tidak dapat dinafikan lagi.

Dari manakah kita mampu memiliki Perkhidmatan Awam yang

berjaya ini? Tentu saja dari kepimpinan yang baik.Tanpa kepimpinan yang demikian itu, kita tidak akan dapat memilikinya.

Oleh itu, beta sangatlah menyambut baik tema sambutan

kita pada kali ini yang berbunyi: ‘Menjulang Kempimpinan Laila Kesejahteraan’.

Kepimpinan yang berjaya tidak syak lagi adalah jambatan yang

menyampaikan kita kepada kesejahteraan. Akhirnya, beta dengan tulus ikhlas merakamkan penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada segenap lapisan warga Perkhidmatan Awam di atas jasa-jasa mereka kepada negara.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201294 94

Titah Sempena Majlis Sambutan 100 TahunPerkhidmatan Kesihatan dan Pelancaran

Konvensyen Kesihatan 2007di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

pada 5 Zulkaedah 1428/15 November 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabil ‘Aalameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat hadir di Majlis Sambutan 100 Tahun Perkhidmatan Kesihatan dan Pelancaran Konvensyen Kesihatan Negara Brunei Darussalam 2007.

Kesihatan adalah kurnia Allah paling berharga. Dengan adanya tubuh badan yang sihat, dapatlah kita menjalani kehidupan dengan penuh nikmat lagi sempurna. Oleh itu memang wajar, jika bidang ini mendapat perhatian istimewa dari semua kalangan, khasnya kerajaan.

Perkhidmatan kesihatan yang telah melalui 100 tahun kelangsungannya adalah salah sebuah perkhidmatan yang tertua di negara ini. Ia telah menempuh zaman susah dan senangnya, turut dibahangi oleh keperitan peperangan dunia pertama dan kedua, wabak-wabak penyakit yang melanda penduduk dunia dan kini sedang mengecap nikmat kemakmuran.

Namun kemakmuran saja belumlah sempurna tanpa perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Rakyat dan penduduk perlu mendapat jaminan kesihatan yang sebaik-baiknya, supaya mereka dapat melepaskan diri dari pelbagai ancaman penyakit.

Kerana itu, beta turut gembira dengan beberapa pencapaian dalam perkhidmatan kesihatan kita. Misalnya kejayaan kita menghapuskan

95Titah 201295

penyakit malaria sejak bulan Ogos 1987 dan poliomilitis pada bulan Oktober 2004 adalah satu rekod yang membanggakan.

Beta juga yakin, pencapaian ini tentu saja ada kaitannya dengan kemajuan dan perkembangan diluar perkhidmatan kesihatan, seperti kemajuan sektor perumahan pembekalan air bersih, pengawalan alam sekitar, peningkatan kualiti kemudahan-kemudahan asas dan seumpamanya.

Perkhidmatan kesihatan di negara kita adalah juga seperti di negara-negara lain, sentiasa berhadapan dengan cabaran-cabaran yang sukar dielakkan. Maksud beta dengan cabaran-cabaran itu ialah seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan (rising health care cost) yang disebabkan oleh kenaikan harga ubat, peralatan perubatan terbaru dan kaedah rawatan moden.

Demikian juga cabaran berupa penyakit-penyakit ganjil seperti SARS dan selesema burung atau kemunculan semula penyakit-penyakit berjangkit seperti TB, malaria, poliomilitis dan lain-lain, adalah juga turut memerlukan kewaspadaan kita itu.

Ditambah lagi masa ini, kita juga tidak terkecuali dilanda penyakit-penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti kanser, buah pinggang, penyakit jantung koronari, kencing manis dan lain-lain.

Menurut pengamatan perkhidmatan kesihatan, penyakit-penyakit

kronik yang tidak berjangkit ini banyak ditentukan oleh gaya hidup yang tidak seimbang seperti kurang bersenam, peningkatan kegemukan tanpa kawalan, tabiat merokok dan lain-lain.

Ini menjadikan tanggungjawab perkhidmatan kesihatan bertambah berat lagi. Di samping menyedia dan memberikan rawatan-rawatan yang sewajarnya, ia juga tidak boleh berhenti dari membimbing dan menasihat masyarakat supaya berterusan memelihara kesihatan dengan amalan-amalan gaya hidup sihat, baik dalam pemakanan, pergerakan atau riadah dan juga mewujudkan persekitaran yang bersih.

Titah 201296 96

Tiga aspek ini jika disebut, memanglah mudah, tetapi melaksanakannya bukanlah semudah menyebutnya. Kerana itulah beta agak terpanggil untuk menimbulkannya di sini.

Sehubungan dengan ini, beta adalah mengalu-alukan Kementerian Kesihatan dalam usahanya memberikan penekanan kepada aspek-aspek pencegahan dan promosi kesihatan. Beta tertarik dengan beberapa program yang dikendalikannya iaitu Program Pemeriksaan Menyeluruh dan Promosi Kesihatan Warga Perkhidmatan Awam dan satu lagi Program Mukim Sihat yang dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

Beta berharap, program seperti ini hendaknya dapat diperluaskan lagi supaya semua lapisan rakyat dapat menikmatinya, terutamanya usah kita lupakan golongan pelajar di sekolah-sekolah.

Beta juga sangat tertarik kerjasama Kementerian Kesihatan dengan pihak swasta didalam menangani masalah kesihatan. Salah satunya ialah pembinaan bangunan pusat promosi kesihatan yang dibiyai sepenuhnya oleh Shell International. Kerjasama seperti ini amatlah dialu-alukan.

Yang penting bagi kita ialah menuju tahap kesihatan yang sebaik-baiknya. Brunei dengan izin Allah adalah mampu untuk itu.

Tinggal saja lagi cara kita merancang, memikir dan melakar wawasan adalah memerlukan kebijaksanaan.

Projek Infrastruktur Kesihatan yang sedang dilaksanakan melalui Pelan Kemajuan 5 Tahun Negara adalah salah satu contoh yang mencabar kebijaksanaan bagi semua.

Tujuan projek adalah untuk menambahkan kemudahan di Hospital RIPAS, tetapi apabila sudah siap kelak, mungkin lebih banyak lagi kekurangan didapati di sana sini.

97Titah 201297

Mengapakah perkara serupa ini mungkin terjadi? Ya,mungkin saja, bila mana perancangan kurang kemas dan wawasan lemah.

Begitulah juga dalam merancang untuk mendapatkan tenaga pekerja kesihatan yang mencukupi, wawasan kita tidaklah memadai setakat hanya untuk mendapatkan bilangan yang ramai semata-mata, tanpa meliputi tenaga-tenaga mahir atau pakar.

Kita tidak mahu orang berkata: “Bilangan saja ramai tetapi tidak berkualiti.”

Begitu juga jangan terjadi bangunan rumah sakit saja indah tersergam, tetapi masih banyak lagi kekurangan yang perlu diisi, umpamanya peralatan-peralatan mustahak dan ubat-ubatan.

Apakah benar peralatan dan ubat-ubatan kita tidak cukup?

Semuanya itu memerlukan perancangan kemas dan ketelitian. Teliti sungguh-sungguh keperluan-keperluan ini. Dan mengenai ubat, perinci keperluan, sambil awasi dan buat peraturan-peraturan untuk menjamin kesempurnaan pembelian, pengeluaran dan pemberian kepada pesakit.

Pastikan juga stor ubat diurus dan dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang benar-benar amanah.

Akhirnya, bersempena dengan sambutan 100 tahun Perkhidmatan Kesihatan di Negara Brunei Darussalam, beta sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga perkhidmatan kesihatan dan semoga khidmat bakti yang telah disumbangkan oleh mereka, termasuk juga mereka yang terdahulu, akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan mendapat ganjaran pahala yang setimpal.

Dengan mendahulukan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim

Wassalatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin, Wa’ala Aalihee Washahbiee Ajma’een, beta dengan amat sukacita merasmikan Majlis

Titah 201298 98

Sambutan 100 Tahun Perkhidmatan Kesihatan dan Pelancaran Konvensyen Kesihatan Negara Brunei Darussalam 2007.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

99Titah 201299

Titah Sempena Majlis Ramah Mesra bersama dengan penuntut-penuntut dan rakyat Negara Brunei

Darussalam di United Kingdom dan Ireland di Hotel Inter-Continental, London

pada 22 Zulkaedah 1428/2 Disember 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabil ‘Aalameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat pula bersama-sama dengan para penuntut pada hari ini. Beta berharap perhimpunan kali ini akan mencetuskan semangat baru bagi penuntut-penuntut untuk memenuhi cita-cita mereka masing-masing.

Kehidupan selaku penuntut adalah kehidupan yang tersendiri. Matlamat mereka di peringkat ini cumalah satu saja: Berjaya dalam pengajian. Mereka bukan mencari wang tetapi mencari ilmu. Mereka belum lagi terlibat dengan perjawatan atau apa jua jenis pekerjaan, tetapi sepenuh masa dan tenaga menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran. Inilah ‘sikap’ yang betul. Tetapi apakah semua penuntut memiliki sikap ini?

Pada hemat beta, sikap begini hanya akan wujud apabila kita mempunyai kesedaran terhadap masa depan. Namun kesedaran itu bukanlah datang dengan mudah, melainkan kita mesti terlebih dulu menyiapkan diri untuk menjadi manusia pemikir.

Hanya pemikiran yang tinggi dan matang sahaja yang mampu membawa seseorang itu keambang kejayaan. Janganlah dianggap kejayaan itu ibarat udara yang kita hirup, di mana semuaorang dapat menikmatinya dengan percuma tetapi kejayaan adalah memerlukan pencarian dengan usaha gigih serta titik peluh.

Titah 2012100 100

Jadi berasaskan ini, beta mahu supaya penuntut-penuntut semuanya menjadi generasi pemikir. Janganlah turun ke bawah dalam berfikir tetapi naik dan meningkatlah selalu sehingga mencapai taraf pemikir yang baik.

Negara Brunei Darussalam mesti dibangun oleh tenaga-tenaga pemikir untuk memperolehi nilai ‘Negara Baik’ dalam makna yang seluas-luasnya. Negara yang runtuh adalah negara yang ketandusan daya berfikir, sekalipun ia kaya dan besar. Kerana apabila daya berfikir merosot, maka sudah pasti yang akan menggantikannya ialah hawa nafsu.

Definisi ‘Negara Baik’ itu disebut oleh Allah sebagai ‘Baldatun Thayyibatun’, yakni negara yang aman, sejahtera lagi makmur. Tanpa adanya unsur-unsur ini, bermakna bukanlah itu ‘Negara Baik atau Baldatun Thayyibatun’ menurut perspektif al-Qur’an.

Kemudian ‘Negara Baik’ itu pula dilengkapi lagi dengan ungkapan berikutnya, ‘Warabbun Ghafuur’, yakni yang berdiri kukuh di bawah keredaan dan keampunan Allah.

Alhamdulillah, negara kita Brunei Darussalam telah turut menampakkan ciri-ciri ‘Negara Baik’ itu dengan keamanan dan kemakmuran menjadi identitinya.

Ini tidak syak lagi adalah satu kurnia istimewa kepada Brunei yang jarang-jarang terjadi atau terdapat di mana-mana jua. Maka oleh itu,peliharalah ia sebaik-baiknya.

Dengan apakah kita memelihara nikmat yang agung ini? Tidak lain, kecuali dengan mensyukurinya.

Beta ingin mengingatkan bahawa mensyukuri nikmat keamanan dan kemakmuran bukanlah dengan ‘asyik bersenang-lenang dan bermewah-mewah saja, tetapi hendaklah jangan lupa siapa yang ampunya nikmat itu.

101Titah 2012101

Jadi janganlah lupakan Allah. Kita tatang keamanan dan kemakmuran sambil mengingat Allah dengan sebanyak-banyaknya. Orang yang mengingat Allah tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan keamanan dan kemakmuran itu.

Khusus kepada para penuntut, beta ingin berpesan, supaya terus memelihara ‘sistem nilai’ yang baik di mana saja mereka berada. Bawalah ia ke mana-mana jua, insya-Allah selamat. Sistem nilai paling luhur ialah taat kepada Allah, kepada Rasul-Nya dan kepada Ulil Amri, termasuk juga ibu bapa. Janganlah diabaikan semua ini, letakkan ia dilubuk hati masing-masing biar melekat.

Inilah caranya mensyukuri nikmat-nikmat Allah itu. Kita kena jaga semuanya dan kena buat, barulah Allah akan mengekalkan nikmat-nikmat tersebut.

Beta penuh yakin, jika benar penuntut-penuntut kita terdiri

daripada ahli-ahli fikir dan kaum cendakiawan sejati, maka mereka tentu saja akan dapat memahami perkara ini, lebih dari apa yang mampu difahami oleh orang lain.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 2012102 102

Titah Sempena Hari Raya AidiladhaTahun 1428 Hijrah/2007 Masihi

pada 10 Zulhijah 1428/19 Disember 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabil ‘Aalameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd. Marilah kita sama-sama membesarkan Allah dengan takbir dan

tahmid pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, iaitu Hari Raya Aidiladha yang mulia.

Manakala kita membesarkan Allah, Allah akan mengangkat lagi darjat kita, kerana Allah tidak membalas kebaikan dengan kejahatan. Tetapi bila mana, sekali saja kita melakukan kebaikan, Dia akan mengganjar kita dengan berlipat kali ganda kebaikan itu.

Dengan membesarkan Allah, bererti kita mendekati-Nya. Sementara orang yang mendekati Allah pula, adalah orang yang menikmati keamanan hidup.

Pada hari ini kita sedang menyaksikan jutaan manusia sedang membesarkan Allah di Tanah Suci Mekah. Mereka adalah contoh terbaik orang-orang yang sedang membesarkan Allah itu.

Pada hemat beta, mereka inilah orang-orang yang sedang mengecapi nikmat keamanan yang sebenar-benarnya. Kerana pada ketika itu lidah dan hati mereka hanya basah dengan Zikrullah (mengingati Allah) yang membawa mereka ke puncak ketenteraman.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

103Titah 2012103

Menikmati keamanan sama maknanya dengan tidak ada ketakutan. Kerana semuanya berjalan baik, tanpa wujud sebarang kekacauan atau ancaman.

Sebab itulah, sesebuah negara, baru akan dianggap aman apabila ia bebas dari sebarang ketakutan.

Berapa banyak negara di dunia, tanpa mengira saiz dan kekuatannya, yang tidak mampu menikmati keamanan kerana masih terus dibelenggu oleh pelbagai ketakutan.

Ada yang takutkan pergaduhan-pergaduhan sesama sendiri, takutkan peperangan, takutkan bencana-bencana alam yang sering melanda, takutkan kemiskinan, takutkan ekonomi runtuh, takutkan penyakit-penyakit berjangkit dan lain-lain seumpamanya. Ini semua adalah pemusnah keamanan dan ketenteraman.

Dalam hubungan ini, alhamdulillah, negara kita Brunei Darussalam telah menampakkan imejnya yang hebat selaku pemilik keamanan itu.

Ini bukanlah sekadar pemanis kata atau penyedap hati, tetapi benar-benar suatu realiti, kurnia daripada Yang Maha Pemurah, siapa yang telah berjanji akan memberikan keamanan itu kepada orang-orang yang banyak berzikir membesarkan-Nya.

Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan Ar-Rahman (Yang Maha Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan. Kerana itu Allah pun, dengan rahmat-Nya, memalingkan kita dari sebarang kesusahan dan bencana, dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan.

Beta, insya-Allah, akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagungkan Allah“Kamu ingati Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula.”

Titah 2012104 104

Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar,Walillahilhamd. Apakah yang lebih sempurna lagi suci dari ingatan Allah terhadap

kita? Apakah yang lebih kukuh lagi kebal dari pemeliharaan Allah terhadap makhluk-Nya? Sesungguhnya kita dan negara adalah sebahagian dari makhluk Allah itu.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari keredaan dan pemeliharaan-Nya di dalam semua lapangan kehidupan ini, supaya dengan itu akan mencurahlah rahmat-Nya kepada negara dan kita semua, berupa keselamatan, keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Kita mengharapkan, dalam apa saja aktiviti kita ada keamanan. Dalam pengurusan dan pentadbiran ada keamanan, dalam pembangunan ada keamanan, pendeknya, dalam bernegara kita semua berada di bawah payung keamanan.

Inilah ‘cita-cita besar’ seluruh umat di dunia. Kerana keamanan itu adalah ibarat ‘sungai besar’ yang mengairi seluruh tanaman. Jika ia tiada pernah kering, maka itulah yang sebenar-benarnya sumber kesejahteraan dan rezeki.

Dalam kesempatan ini, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas dan sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sekalian rakyat dan penduduk yang berugama Islam di mana saja mereka berada, tidak terkecuali juga mereka yang sedang berada di Tanah Suci pada masa ini, semoga Allah memberikan kita keberkatan serta menerima amal ta’at kita semua. Amin.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

105Titah 2012105

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2008pada 21 Zulhijah 1428/31 Disember 2007

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabil ‘Aalameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala

Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan kita dapat memasuki tahun baru Masihi 2008 dalam suasana yang memberangsangkan.

Sambil itu juga kita melambaikan tangan kepada tahun 2007 yang telah kita lalui dengan penuh selesa.

Pada lazimnya, tahun demi tahun itu mempunyai ruang-ruangnya yang tersendiri. Kitalah yang mengisinya dengan aktiviti-aktiviti yang berpatutan dengan keperluan semasa.

Kita tidak akan bersikap menerima apa saja tetapi mahu- jika-boleh-akan hanya menerima apa-apa yang terbaik sahaja.

Maksud beta, tahun-tahun yang kita berada di dalamnya, biarlah merupakan tahun-tahun yang menghidangkan kebajikan yang penuh dengan keberuntungan. Kita usahakan ini dengan sekuat tenaga.

Demikianlah, tahun 2008 Masihi, kita hasratbermastautin di dalamnya, bukan dengan duduk-duduk diam atau hanya asyik berseronok-seronok, tetapi perlu terus ligat menggarap kemajuan serta bergerak ke hadapan bukan berundur ke belakang.

Kita akan memakai konsep ‘kreatif’: Menghasilkan apa-apa yang

perlu dihasilkan, memperbaiki apa-apa yang perlu diperbaiki dan meningkatkan apa-apa jua yang perlu dipertingkatkan.

Titah 2012106 106

Melalui konsep inilah kita membangun dan bersaing.

Kita membangun, sebagaimana juga orang lain membangun dengan menggunakan sumber dan mekanisme yang kita ada. Perkara ini adalah biasa, bukannya luar biasa.

Adapun yang menjadikan pembangunan itu istimewa atau luar biasa ialah bilamana kita berjaya meletakkannya di landasan yang betul yang menjadikannya terselamat daripada dicemari oleh karenah-karenah negatif atau perlakuan-perlakuan curang manusia.

Rata-rata negara dan bangsa di dunia adalah giat membangun,

namun penyakit-penyakit sosial dan kemiskinan masih saja mencengkam mereka, mengapa?

Ini tentu saja ada silap dan puncanya. Pada hemat beta, salah satu daripada puncanya itu ialah rasuah. Dengan rasuah, semua mekanisme akan jadi lemah dan pincang. Dan manakala mekanisme lemah dan pincang segala pembangunan juga jadi pincang.

Ini jika betul adalah satu amaran kepada kita supaya jangan sekali-kali menjinaki rasuah.

Jangan anggap ‘rasuah kecil’ tidak mengapa tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit yang boleh menjejaskan negara. Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang.

Oleh itu dalam perutusan ini, beta ingin menekankan supaya kita menutup pintu rapat-rapat kepada rasuah. Apabila kita bersih daripada rasuah, Allah pasti memberkati kita dan negara kerana bukankah Allah telah mengisytiharkan perang terhadap rasuah itu kan supaya benar-benar menjadi ‘Tahun Bahagia’ : Tahun keamanan dan kemakmuran sebagaimana juga tahun-tahun yang sebelumnya.

Kita bina ‘Tahun Bahagia’ ini dengan hemah dan kerja keras, bukan dengana berpeluk tubuh.

107Titah 2012107

Kita warnai ia dengan program-program yang bermanfaat, bukan yang sia-sia.

Ini caranya, setiap kali kita memasuki tahun baru. bermastautin di dalamnya, bukan dengan duduk-duduk diam atau hanya asyik berseronok-seronok, tetapi perlu terus ligat menggarap kemajuan serta bergerak ke hadapan bukan berundur ke belakang.

Kita akan memakai konsep ‘kreatif’: Menghasilkan apa-apa yang perlu dihasilkan, memperbaiki apa-apa yang perlu diperbaiki dan meningkatkan apa-apa jua yang perlu dipertingkatkan.

Melalui konsep inilah kita membangun dan bersaing.

Kita membangun, sebagaimana juga orang lain membangun dengan menggunakan sumber dan mekanisme yang kita ada. Perkara ini adalah biasa, bukannya luar biasa.

Adapun yang menjadikan pembangunan itu istimewa atau luar biasa ialah bilamana kita berjaya meletakkannya di landasan yang betul yang menjadikannya terselamat daripada dicemari oleh karenah-karenah negatif atau perlakuan-perlakuan curang manusia.

Rata-rata negara dan bangsa di dunia adalah giat membangun,

namun penyakit-penyakit sosial dan kemiskinan masih saja mencengkam mereka, mengapa?

Ini tentu saja ada silap dan puncanya. Pada hemat beta, salah satu daripada puncanya itu ialah rasuah. Dengan rasuah, semua mekanisme akan jadi lemah dan pincang. Dan manakala mekanisme lemah dan pincang segala pembangunan juga jadi pincang.

Ini jika betul adalah satu amaran kepada kita supaya jangan sekali-kali menjinaki rasuah.

Jangan anggap ‘rasuah kecil’ tidak mengapa tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama

Titah 2012108 108

bernama penyakit yang boleh menjejaskan negara. Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang.

Oleh itu dalam perutusan ini, beta ingin menekankan supaya kita menutup pintu rapat-rapat kepada rasuah. Apabila kita bersih daripada rasuah, Allah pasti memberkati kita dan negara kerana bukankah Allah telah mengisytiharkan perang terhadap rasuah itu sehingga barang siapa yang memberi atau menerimanya, orang itu akan dicampak ke neraka?

Dalam hubungan ini, semua warga Perkhidmatan Awam turut

memikul tanggungjawab bagi memastikan hasrat ini tercapai.

Mereka tidak boleh lari dari memimpin dan memberikan kefahaman kepada rakyat tentang tanggungjawab ini. Dan sehubungan itu mereka juga mestilah menunjukkan contoh bahawa mereka adalah pengurus dan pentadbir yang betul-betul bersih.

Manakala mereka itu bersih, bermakna kerajaan juga adalah bersih.

Inilah yang diharapkan oleh semua kalangan untuk melindungi mereka daripada segala anasir yang tidak bertanggungjawab, khasnya anasir-anasir perasuah dan penerima rasuah.

Beta berharap, strategi-strategi yang kita rancang akan turut mengambil kira perkara ini. Kita tidak mahu, ianya cuma indah di atas kertas sahaja sedang apabila mahu dilaksanakan, rupa-rupanya ‘jentera pelaksana’ itu sedang bermasalah atau sudah lama bermasalah.

Bagaimanapun beta masih yakin, bahawa Negara Brunei Darussalam belumlah terjebak. Namun dengan langkah berhati-hati tidak siapa yang dapat mencela.

109Titah 2012109

Di samping kita memperkemas dan memuhasabah diri, hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan dunia juga mustahaklah dimantapkan.

Ini penting untuk mengekalkan hubungan-hubungan kerjasama di pelbagai bidang, termasuk untuk membantu mencari peluang-peluang perdagangan dan mempromosi produk-produk Brunei keluar negara, khususnya di rantau BIMP-EAGA.

Akhirnya, beta ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peringkat dalam Perkhidmatan Awam, Pasukan-pasukan Keselamatan dan juga kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta, di atas usaha-usaha ikhlas mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Beta dan keluarga beta tidak lupa juga merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Masihi 2008 kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wasallamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

top related