konsep pergerakan

Post on 27-Jun-2015

422 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KONSEP PERGERAKANASAS

ISL 1

Definisi Pergerakan Asas

• Proses yang memandu pelajar untukmemperolehi kecekapan pergerakanmenerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

JENIS PERGERAKAN ASAS

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTORDEFINISI: • Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dari

satu tempat ke tempat yang lain. • Perlakuan yang memerlukan penyokong atau

titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu.

• Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang

KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR

• Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan

atau aliran.

• Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat

arah gerakan dalam persembahan itu.

• Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan:

i. Arah,

ii. Aliran,

ii. Haluan

iv. masa

CONTOH PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR

• SKIP • BERJALAN • BERLARI • GALOP

BERJALAN

CARA:

•Semasa berjalan, badan dan kepala ditegakkan

•Kaki rapat dan jari-jari kaki lurus ke hadapan

•Pemindahan berat badan bermula dari tumit ke

bahagian luar tapak kaki, ke bebola kaki dan ke jari-jari

untuk menolak

•Hayun tangan dengan bebas, licin dan berselang seli

BERJALAN

CARA:

•Kedudukan jari-jari kaki semasa berlari mengarah lurus ke hadapan

•Menolak dengan bebola kaki

•Badan dicondong sedikit ke hadapan

•Pergelangan kaki dibengkokkan

•Lutut kaki hadapan dibengkokkan

•Lutut dibengkok lebih bila kaki dibawa ke hadapan

•Lengan dibengkok dan dihayun bebas bertentangan dengan pergerakan kaki

•Tangan dihayun rapat dengan badan

•Hayunan tangan bermula di sendi-sendi bahu

SKIPCARA: • Pergerakan kaki- satu langkah (kaki kanan) diambil

dahulu diikuti dengan hop dengan kaki yang samakemudian kaki kiri melakukan langkah yang sama

• Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas.tangan yang bertentangan dengan kaki hadapan yang dihayun.Hayunan tangan berfungsi untuk memberi imbangandan momentum semasa fasa hop.

• Berat badan sentiasa di bebola kaki pada sepanjang pergerakan

GALOPCARA:

• Satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindah padanya.

• Kaki belakang digerakkan ke hadapandi belakang tumit kaki hadapan.

• Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang. (kaki hadapan sentiasa di hadapan)

• Menolak dan mendarat- menolak dengan bebola kakibelakang dan mendarat dengan bebola kaki hadapan. Lutut dan pergelangan.

• Kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.

PERGERAKAN ASAS BUKAN LOKOMOTOR

DEFINISI: • Kemahiran yang dilakukan tanp menggerakkan

dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku.

• Keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat

KONSEP: • Pergerakan dalam keadaan statik dan

memberi penekanan kepada keseimbangan • Membantu kita menjaga dan menjadikan

bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang.

• Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan

JENIS PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

• Membongkok• Meregang• Membongkok • Meregang • Memusing • Menghayun • Menari

DISEDIAKAN OLEH• NURUL NADIAH BT KAMAL• AIFA FARHANA BT ZAIRUNI• NURUL ATIQAH BT MOHAMAD• SITI NAZARIAH BT ISA• NADRAH BT ABDUL MAJID

top related