pengenalan kepada konsep pergerakan

53

Click here to load reader

Upload: siti-fironika-hj-abd-rahman

Post on 24-Jul-2015

281 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Seni dalam pendidikan

Seni dalam pendidikan__________________________

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERGERAKAN

Disediakan Oleh :Rosdianah Rasit @ DyanHafizawatie Jamaluddin @ Pijut

IPG KAMPUS KENINGAUTUTORIAL BERSAMA SIR. MAIT ATONGhttp://notappismpsejarah.blogspot.com/111:18 PM

Pergerakan asas proses bg memandu murid untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan maslah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuaan dan kreativiti.Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley & Field Pergerakan merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial atau fizikal yang rancak.Melalui pendidikan pergerakan, murid dpt mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagaii pergerakan.Secara tidak langsung, murid memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan.Pengenalan kepada konsep pergerakan

KONSEP PERGERAKAN ASASKonsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu dilakukan.

Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-mirid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada empat iaitu: kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, beban dan juga perhubungan.

Tujuan pengajaran-membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan.Boleh dicapai dengan:Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa)Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betulMeningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang di hasilkanTUJUAN PENGAJARAN KONSEP PERGERAKAN ASAS

Menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh di lakukan.Memudahkan murid-murid utk mengetahui dan memahami asas-asas konsep pergerakan tersebut.Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang utk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang jenis pergerakan badan.sambungan

KONSEP PERGERAKAN ASASKESEDARAN RUANGKESEDARAN TUBUH BADANPERHUBUNGAN

BEBAN

KESEDARAN RUANG. Ruang adlh yg melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi. Lokasi terbahagi kpd dua iaitu ruang diri am. Ruang diri bermaksud ruang yg terdapat di sekeliling kanak-kanak. Ruang am bermaksud yg menggunakan semua ruang cthnya dewan & padang.Arah pula yg melibatkan aktiviti seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Cth aktiviti seperti passing bola ke atas, bawah kiri & kanan.Aras pula melibatkan kedudukan seperti tinggi, rendah, & sederhana. Laluan pula melibatkan kedudukan sperti lurus, melengkung & zig-zag.Ekstensi iaitu melibatkan ruang seperti besar, kecil, jauh dan dekat.Menentukan arah pergerakan tubuh badanDapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya pergerakan

KESEDARAN TUBUH BADAN bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk. Cthnya: aktiviti memusingkan badan @ menggerakkan tangan ke belakang. Biasanya dilakukan sebelum memulakan aktiviti sukan iaitu di panggil aktiviti memanaskan badan.Elemen asasGerak laku asas tubuhAktiviti gerak laku anggota- anggota tubuhAktiviti serta bentuk- bentuk tubuh badan

Lakuan bahagian tubuh badanfungsi bahagian tubuh badan-menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berat badan serta membimbing dan memikul berat badan

KONSEP PERGERAKAN RUANG (BEBAN) bermaksud kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kepada sesuatu kekuatan. Beban diukur mengikut masa, daya & juga aliran. Kekuatan: Masa: cepat-lambat Daya: kuat-ringanAliran: bebas-terikatKONSEP PERGERAKAN RUANG (PERHUBUNGAN) konsep ini berkait antara hubungan dengan objek dan juga manusia. Antara hubungan dengn objek adalah seperti atas & bawah, dekat dan jauh, keliling, sisi, bertemu dan berpisah. Hubungan dengan manusia pula seperti memimpin dan ikut, cermin dan padan, solo, berpasangan dan berkumpulan.

MUZIK DAN PERGERAKAN

Muzik dan pergerakan merupakan unsur kesenian.Muzik dan pergerakan membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri.Kanak-kanak pada umumnya terpesona dengan rentak dan irama muzik.

JOM TONTON

Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai- bagai bahagian tubuh badan.Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. . OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR

KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTORPergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran.Aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin.Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yg melibatkan beberapa aspek.

PERGERAKAN ASASKEMAHIRAN LOKOMOTORKEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTORLOKOMOTOR BERITMA SEKATALOKOMOTOR BERITMA TIDAK SEKATA

PERGERAKAN LOKOMOTORKemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Dibahgikan kepada dua iaitu lokomotor beritma sekata dan lokomotor beritma tidak sekata.DEFINISIPergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contonya: berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut.

CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

BERJALAN

BERLARI

MELOMPAT

LOMPAT KETINGTING

MELONCAT

MELANTUN

LOMPAT SKIP

LEAP(BERLARI SAMBIL MELONJAK)

LOMPAT GALOP

BERJALAN

Merupakan asas bagi berbagai corak langkah.Pemindahan badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain / melangkah dari satu kaki ke kaki yang lain.Kaki akan sentiasa berada di atas permukaan lantai.Aktiviti berjalan ini bermula sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri sendirian tanpa bantuan.Teknik berjalan yg betul adalh hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dgn sisi bahagian dlm kedua-dua belah kaki seolah ikut satu garis lurus.Tangan menghayun bebas berselang-seli ikut arah yang bertentangan dengan arah kaki melangkah.

BERLARIPergerakan yang lebih pantas daripada berjalan dan memerlukan lonjakan. Lebih laju, menolak lantai dengan lebih kuat, berada di udara seketika.Contoh aktiviti : Polis Sentry

Berat badan adalah di atas kedua-dua belah kaki.

Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan serentak.

Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan.MELOMPAT

Ketika nerlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat di capai.

Semasa berlari, lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak.

Kebiasaanya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.LEAP (BERLARI SAMBIL MELONJAK)

MELANTUN

Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan.

Cth, bermain bola tampar

LOMPAT KETINTINGMerupakan gaya melompat di atas satu kaki.Berat badan adalah di atas kaki dan badan berada di uadara seketika. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat di atas kaki yang sama.

LOMPAT SKIPGabungan berjalan dan melompat ketingting.Langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting yang sama. Corak pergerakan adalah memindah berat badan di atas kaki berselang-seli.

LOMPAT GALOPLompat galop adalah bergerak ke depan dengan satu kaki mendahului pergerakan secara tepat. (Berlari seperti kuda).

Merupakan variasi pergerakan berlari.

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTORPergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempatPergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Cth, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang)

MENGILAS SAMBIL TEPUK TANGANMENGHAYUN

MENOLAK DAN MENARIKMENUNDUK DAN MERENGGANG

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukan dengan tubuh badan, tangan atau kaki

Cth, bermain golf, Bermain soft ball dan hoki

MENGHAYUN

Menunduk dan meregang adalah pergerakan melentik dan mengendur. Apabila otot-otot memanjang, ia adalah meregang, dan apabila otot-otot memendek, ia adalah mengendur.

MENUNDUK DAN MEREGANG

MENOLAK DAN MENARIK

Menolak dan menarik berlaku apabila daya dilakukan ke suatu arah daripada satu tempat yang khusus.

Daya perlakuan menentang suatu objek menjadikan pergerakan menolak dan menarik berbeza daripada perlakuan menunduk dan meregang.

Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar di atas suatu tapak sahaja.Mengilas hanya berlaku dalam arah bulatan sahaja.MENGILAS sambil menepuk tangan

Pendidikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR3311:18 PMDYANMurid & Alam Belajar [3101]

KERJASAMA Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama di kalangan murid-murid Pendidikan pergerakan boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka

BERDISIPLINKamus Pelajar, berdisiplin- menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) Kamus Dewan - patuh (taat) pada peraturan dan lain-lain. Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid2 melakukan setiap pergerakan yg dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus melatih mereka untuk berdisiplin.

GEMBIRAPelbagai cara boleh dibuat utk mempelajari sesuatu kemahiranGuru boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai utk menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarikMurid2 pula dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.

PERBANDINGAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

LOKOMOTOR

BUKAN LOKOMOTORKebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat ,berjalan dan sebagainya (motor kasar)Kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik , mengangkat tangan dan sebagainya (motor halus)Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badanKeupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan(tanpa beralih tempat)Pergerakan yang memerlukan ruangPergerakan yang tidak memerlukan ruang

PENDEKATAN UNTUK AKTIVITI PERGERAKANSecara langsungModelling

Demonstrasiimitatingpenerokaan

JENIS PERGERAKAN ASAS

JENIS PERGERAKAN ASAS

PERGERAKAN KREATIF

PERGERAKAN GYMNASTIK

PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan - gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktivti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesakan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expression functional ).Pendekatan pergerakan kreatif digunakan didalam pergerakan asas bagi mempertingkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya dalam menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

PERGERAKAN GYMNASTIK

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik.

Konsep imbangan

Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti.Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik.

Konsep Kelenturan ( flexibility )Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan.Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan.Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi.

Konsep Koordinasi

Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut.Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.

KesimpulanPergerakan asas bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa dan berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan asas, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di peringkat awal kanak-kanak lagi.

.. SEKIAN TERIMA KASIH ..Disediakan oleh:Rosdianah Rasit @ dyanHafizawatie @ pijaIPG KAMPUS KENINGAUTUTORIAL BERSAMA SIR. MAIT ATONGhttp://notappismpsejarah.blogspot.com/