konsep dan matlamat (u.ko kum ).doc
Post on 10-Nov-2015
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KONSEP DAN MATLAMAT
KONSEP DAN MATLAMAT
GERAK KERJA KO KURIKULUM
Gerak kerja ko kurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan diluar bilik darjah. Ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran saling lengkap melengkapi di bilik darjah bagi menyuburkan nilai-nilai murni, mengembang bakat kepimpinan dan sedia berkhidmat di kalangan masyarakat.
ASAS PERLAKSANAAN GERAK KERJA KO KURIKULUM
Sebagai satu bidang pendidikan, ko kurikulum berasaskan kepada :
Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental ( intelek ) dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi.
Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan-rakan.
Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
Sekolah berperanan mendidik murid-murid dalam memajukan masyarakat.
Masyarakat juga bersama-sama memajukan peranan dalam mendidik murid-murid. PENTINGNYA GERAK KERJA KO KURIKULUMGerak kerja ko kurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid di sekolah. Menerusi gerak kerja ko kurikulum perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid. Gerak kerja ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan mengembirakan.
PERANAN GERAK KERJA KO KURIKULUM
Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan. Memberi murid-murid pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu padu dalam masyarakat.
Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang murid murid perolehi dalam bilik darjah.
Memajukan dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-murid dalam bidang tertentu.
Izzan Izzaty Zaidine MATLAMAT GERAK KERJA KO KURIKULUM Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Menseimbangkan antara perkembangan mental dengan rohani, jasmani dan emosi murid-murid. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dikalangan murid-murid dalam gerak kerja yang diceburi. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam bidang yang diceburi. Membina dan meningkatkan disiplin. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat.UNSUR-UNSUR PENDIDIKAN DALAM GERAK KERJA KO KURIKULUM Percaya kepada Tuhan. Beradap dan bersusila bersopan santun, berbudi bahasa, hormat menghormati. Taat dan setia patuh kepada peraturan. Bertanggungjawab boleh diharap dan dipercayai. Amanah jujur dan ikhlas.Mengawal diri disiplin kendiri, menjauhi perbuatan tidak baik. Tolong menolong dan berkerjasama. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Kasih sayang dan belas kasihan. Bertimbang rasa, bertolak ansur dan sentiasa bermaaf-maafan. Bercita-cita dan bersemangat tinggi. Gembira dan bersyukur. Keberanian serta keyakinan diri, cekal hati dan berani mencuba. Intelek seperti tajam fikiran dan mempunyai kemahiran. Imaginatif dan kreatif. Logik seperti rasional, sistematik bekerja dan tertib serta teliti. Berdikari dan berdedikasi seperti bebas membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan. Meyuburkan rasa perkemanusiaan.Izzan Izzaty Zaidine VISI KO KURIKULUM SEKOLAHMENJADIKAN SEKOLAH INI SEBAGAI SEKOLAH YANG TERBAIK DI ZON TUNGKU, LAHAD DATU.MEMBANGUNKAN DAN MENINGKATKAN MARTABAT KO KURIKULUM
SK ANJUNG TEDUH SETANDING DENGAN SEKOLAH-SEKOLAH LAIN.
MISI KO KURIKULUM SEKOLAHMENCAPAI TAHAP KECEMERLANGAN DALAM BIDANG KO KURIKULUM.
MATLAMAT
Menjadikan kegiatan sukan ko kurikulum sebagai kegiatan yang disertai oleh semua murid di sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang terancang supaya dapat membawa keseronokan, memberi peluang berinteraksi dan memenuhi masa lapang dengan berfaedah serta memupukkan semangat kesukanan, kerjasama yang tinggi, bertanggngjawab dan berkemampuan memberi sumbangan mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.
OBJEKTIF
1. Menyediakan program ko kurikulum yang dapat menyeimbangkan program kurikulum.
2. Merancang aktiviti yang dapat memberi peluang kepada lebih ramai murid melibatkan diri dengan lebih aktif tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.3. Menjadikan kegiatan permainan sebagai kegiatan rekreasi.
4. Menganjurkan pertandingan yang melibatkan semua murid
5. Menghasilkan perancangan aktiviti aktiviti yang bersistematik, merekod dan menilai kemajuan murid.6. Mengenal pasti dan mempertingkatkan potensi dan bakat individu ke tahap yang lebih tinggi serta menambahkan kemahiran asas permainan murid.
7. Membinbing murid supaya dapat menguasai teknik kemahiran asas permainan.
8. Memupuk minat yang berterusan dikalangan murid supaya terus berkembang dan maju bukan sahaja di sekolah tetapi juga dikalangan masyarakat.
Izzan Izzaty ZaidineTUGAS GURU SUKAN DAN PERMAINAN
1. Merancang dan melaksanakan bidang tugas yang berkaitan dengan ko kurikulum.
2. Merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran/Aktiviti Tahunan dengan berpandukan sukatan kemahiran setiap permainan itu.
3. Dalam perjumpaan mingguan, mengadakan latihan berbentuk kemahiran ilmiah mengikut jadual yang telah ditetapkan atau waktu lain dengan persetujuan Setiausaha dan GPK Ko Kum.
4. Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan lain.
5. Membentuk serta memilih pasukan sekolah, pasukan pelapis dan ahli persatuan permainan untuk pertandingan MSSMZT, MSSMGLD dan MSSMS.6. Bertangggungjawab mencari pengadil dan penjaga garisan untuk sesuatu perlawanan.
7. Merancang dan mengadakan perlawanan di peringkat sekolah misalnya antara rumah sukan, kelab-kelab, kumpulan undian dsb.
8. Membentuk jawatankuasa pelajar.
9. Mengurus dan mengatur pengangkutan bagi sesuatu perlawanan.
10. Mengiringi dan menjaga disiplin serta mengutamakan keselamatan murid-murid dalam sesuatu pertandingan yang disertai.
11. Menguruskan surat kebenaran penjaga serta membawa kit pertolongan cemas jika melibatkan aktiviti di luar sekolah.12. Merekodkan kedatangan pemain-pemain dan aktiviti mengikut masa latihan dan perlawanan yang dijadualkan.
13. Membuat laporan tentang sesuatu pertandingan yang disertai.
14. Melengkapkan buku rekod gerko/laporan aktiviti serta mendapatkan pengesahan GPK Ko Kum.
15. Merekod dan menjaga keselamatan alatan sekolah yang digunakan oleh murid-murid.
16. Menyedia dan menyimpan data maklumat tentang pemain-pemain apabila dikehendaki oleh jawatankuasa.
17. Merancang keperluan alatan serta memohon kepada pihak pentadbir.
18. Meningkatkan prestasi tahap pencapaian permainan mengikut unjuran sekolah iaitu untuk menjadi johan di peringkat MSSMZT.19. Melengkapkan buku rekod pelaporan aktiviti dan menyerahkannya kepada Setiausaha untuk disemak/direkod dan seterusnya mendapatkan pengesahan daripada GPK Ko Kum.
Izzan Izzaty ZaidineTUGAS GURU PERSATUAN & KELAB
1. Merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan berpandukan sukatan kemahiran yang difikirkan sesuai.
2. Merancang aktiviti dengan tujuan menyelesaikan masalah serta boleh meningkatkan pencapaian akademik.
3. Mengadakan latihan berbentuk kemahiran ilmiah mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam perjumpaan mingguan.
4. Membentuk serta melatih murid- murid yang dikenalpasti bakatnya sebagai persiapan untuk pertandingan peringkat MSSMZT.5. Membentuk serta melatih pasukan/kumpulan murid sebagai persiapan untuk upacara rasmi sekolah seperti Hari Guru, Hari Patriotik, Hari Kebangsaan, hari Pendidikan dan sebagainya.6. Membentuk jawatankuasa pelajar.
7. Menguruskan surat kebenaran penjaga jika melibatkan aktiviti di luar sekolah.
8. Merekodkan kehadiran ahli dan aktiviti di dalam buku pelaporan yang disediakan.
9. Membuat laporan tentang sesuatu pertandingan yang disertai.
10. Melengkapkan buku rekod pelaporan aktiviti dan menyerahkannya kepada Setiausaha untuk disemak/direkod dan seterusnya mendapatkan pengesahan GPK Ko Kum.
Izzan Izzaty Zaidine
TUGAS GURU UNIT BERUNIFORM1. Memupuk dan memajukan perkembangan mental dan fizikal murid dengan berbagai cara dan aktiviti yang sesuai.
2. Membuat perancangan aktiviti mengikut penggal, mingguan dan harian dengan berpandukan sukatan pergerakan masing-masing.
3. Melatih mereka mengikut jadual yang telah dirancang atau pada waktu-waktu lain dengan persetujuan setiausaha dan jawatankuasa ko kurikulum.
4. Mengatur seberapa banyak aktiviti di kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah yang lebih mencabar untuk menguji ketahanan mental dan fizikal murid.
5. Membentuk satu kumpulan dengan jumlah ahli yang didaftarkan dengan pergerakan tersendiri.6. Membentuk jawatankuasa palajar untuk pergerakan bagi membantu ahli- ahli lain dan penasihat iaitu Ketua, Penolong Ketua, Setiausaha, Ketua-Ketua Kumpulan dan Penolong-Penolong Ketua Kumpulan.
7. Mempastikan pergerakan itu berjalan mengikut perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan.
8. Menentukan ahli-ahli sentiasa kemas dengan pakaian pergerakan yang telah ditentukan untuk membentuk disiplin diri.
9. Menyediakan ahli-ahli dengan kemahiran dan kempen sebagai persediaan pertandingan di peringkat sekolah dan daerah.10. Mengawasi disiplin dan keselamatan murid dalam semua jenis aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.
11. Merekodkan semua aktiviti yang dijalankan dalam Buku Rekod yang telah disediakan.
12. Mempastikan kehadiran dan merekodkan setiap kali perjumpaan diadakan.
13. Menyedia dan menyiapkan maklumat pergerakan apabila dikehendaki.
14. Mencadang kepada jawatankuasa ko kurikulum segala alatan dan keperluan yang dikehendaki untuk melicinkan perjalanan aktiviti.
15. Menjaga dan mmerekodkan kewangan daripada kutipan yuran dan perbenlanjaan yang digunakan.
16. Menempah dan mengaturkan perjalanan pengangkutan untuk pergerakan bagi aktiviti luar kawasan sekolah
17. Melengkapkan buku rekod pelaporan aktiviti dan menyerahkannya kepada Setiausaha untuk disemak/direkod dan seterusnya mendapatkan pengesahan daripada GPK Ko Kum.
Izzan Izzaty ZaidinePERATURAN PENGGUNAAN ALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN ALATAN SUKANAM
1. Adalah diingatkan bahawa stor alatan sukan merupakan kawasan LARANGAN kecuali mereka yang berurusan sahaja.
2. Setiap kali menggunakan alatan di dalam stor , pastikan anda telah mengisi REKOD PENGGUNAAN ALATAN dan REKOD PEMULANGAN ALATAN.
KHAS
1. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru yang mengawasinya sahaja.
2. Pemulangan alatan--- Guru sahaja yang boleh memulangkan dan murid hanya membantu tugas pemulangan.3. Penggunaan alatan --- Guru hendaklah memastikan alatan digunakan dengan betul dan memastikan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar adalah seperti yang dirancangkan sebelum aktiviti.
4. Adalah tidak digalakkan guru terlalu banyak melakukan aktiviti dalam satu satu masa, contohnya : Seorang guru PJ membahagikan murid kepada 3 kumpulan permaianan iaitu Bola sepak, Bola tampar dan Hoki.5. Semua alatan yang diambil mesti direkodkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari dalam stor begitu juga pemulangannya.
6. Bagi alatan yang hendak dibawa keluar dari kawasan sekolah, rekod alatan bolehlah didapati daripada GPK Ko Kum atau Setiausaha Ko Kum.
7. Alatan di dalam stor hendaklah dipastikan sentiasa kemas dan teratur. ( Guru dan Pengawas bertugas )
8. Dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek keselamatan kepada pelajar terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau memulakan aktiviti.
Izzan Izzaty Zaidine
PERATURAN AKTIVITI SUKAN
AM
1. Adalah diingatkan bahawa pengesahan bertulis mengenai kesihatan murid daripada ibu bapa atau penjaga yang sah perlu diambil.2. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian.
3. Bagi semua aktiviti lasak murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doctor terlebih dahulu.
4. Murid-murid yang cedera, semput atau lelah ( asthma ) tidak dibenar mengambil bahagian.
5. Setiap kali aktiviti yang dilakukan diluar dari kawasan sekolah atau di luar perjumpaan mingguan setiap murid mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga yang sah terlebih dahulu ( surat kebenaran boleh didapati daripada GPK Ko Kum atau S/U Ko Kum atau Pejabat Sekolah )
6. Perancangan aktiviti yang lengkap adalah perlu dan mesti dimaklumkan kepada GPK Ko Kum atau Pentadbir Sekolah terlebih dahulu.
KHASBAHAGIAN PERMAINAN1. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru yang mengawasinya sahaja.
2. Setiap aktiviti perlu ada guru yang mengawasinya.
3. Penggunaan alatan Guru hendaklah memastikan semua alatan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum digunakan serta menggunakannya dengan cara betul.
4. Peraturan permainan hendaklah diterangkan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti dan jangan sekali kali membiarkan murid bermain tanpa pengetahuan asas terlebih dahulu.
5. Peralatan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan tahap fizikal dan mental ( kemahiran ) para pelajar. 6. Pakaian aktiviti mestilah bersesuaian dengan aktiviti dan jangan benarkan murid bermain tanpa pakaian yang sesuai dengan permainan berkenaan.
7. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecerdasan dan kesihatan murid dan guru.
8. Di dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum mengunakan alatan atau memulakan aktiviti.
9. Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah.
10. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
Izzan Izzaty Zaidine
BAHAGIAN LOMPAT TINGGI
1. Setiap aktiviti, guru dimestikan mengawasinya.
2. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru yang mengawasinya sahaja.
3. Jurulatih / guru perlu memastikan tiang dalam keadaan baik dan selamat digunakan, alas/ tilam mestilah bersesuaian serta tiang diletakkan di atas tanah yang rata.
4. Peraturan lompatan mestilah diterangkan terlebih dahulu dan janga benarkan atau membiarkan murid melakukan lompatan tanpa pengetahuan asas lompatan.
5. Ketinggian mestilah bersesuaian dengan tahap kemampuan murid.
6. Pakaian aktiviti mestilah bersesuaian dengan aktiviti dan jangan benarkan murid bermain tanpa pakaian yang sesuai dengan permaian berkenaan.
7. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau kesihatan murid dan guru.
8. Di dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau memulakan aktiviti.BAHAGIAN LOMPAT JAUH/ LOMPATAN
1. Setiap aktiviti, guru mestilah mengawasinya.
2. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru yang mengawasinya.
3. Jurulatih / guru perlulah memastikan pasir berkeadaan baik , selamat digunakan dan mencukupi untuk menampung kejatuhan murid.
4. Peraturan lompatan mestilah diterangkan terlebih dahulu dan jangan benarkan atau membiarkan murid melakukan lompatan tanpa pengetahuan asas lompatan.
5. Lompatan hanya boleh dilakukan setelah diarahkan oleh guru dan secara bergilir-gilir.
6. Pakaian aktiviti mestilah bersesuaian dengan aktiviti dan jangan benarkan murid bermain tanpa pakaian yang sesuai dengan permainan berkenaan.
7. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau kesilapan murid dan guru.
8. Didalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau memulakan aktiviti.Izzan Izzaty Zaidine
BAHAGIAN LONTARAN
1. Setiap aktiviti, guru dimestikan mengawasinya.
2. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru yang mengawasinya sahaja.
3. Jurulatih / guru perlulah memastikan kawasan lontaran berkeadaan baik, selamat, jauh dari gangguan, peluru yang digunakan mestilah baik dan selamat, alatan dikumpulkan ditempat yang selamat dan sentiasa diawasi.
4. Peraturan lontaran mestilah diterangkan terlebih dahulu dan jangan benarkan atau membiarkan murid melakukan lontaran tanpa pengetahuan asas lontaran.
5. Apabila seseorang melontar pastikan lontaran tiada murid dihadapannya dan berada di belakang peserta pelontar.
6. Kebenaran lontaran hanya diarahkan oleh guru dan ketegasan guru adalah perlu.
7. Juruukur / pemungut mestilah terdiri daripada mereka yang dilantik oleh guru dan jangan terlalu ramai bilangannya.8. Jangan terlalu banyak alatan / peluru yang digunakan memadai satu pekuru di dalam satu-satu aktiviti.
9. Pakaian mestilah bersesuaian dengan aktiviti dan jangan benarkan murid bermain tanpa pakaian yang sesuai dengan permainan berkenaan.
10. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau kesihatan murid dan guru.
BAHAGIAN LARIAN1. Setiap aktiviti, guru dimestikan mangawasinya.2. Alatan di dalam stor hanya dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru yang mengawasinya.
3. Jurulatih / guru perlulah mamastikan kawasan padang / balapan dan semua alatan berkeadaan baik serta selamat digunakan.
4. Peraturan larian mestilah diterangkan terlebih dahulu dan jangan benarkan atau membiarkan murid melakukan larian tanpa pengetahuan asas larian.
5. Jarak larian mestilah bersesuaian dengan tahap kemampuan murid.
6. Pakaian dan spike mestilah bersesuaian dan selamat dengan aktiviti dan jangan benarkan murid berlari tanpa pakaian yang sesuai aktiviti berkenaan.
7. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau kesihatan murid dan guru.
8. Di dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau memulakan aktiviti.
Izzan Izzaty Zaidine
PERATURAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM
( Aktiviti Dalam dan Luar Sekolah )
AM
1. Adalah diingatkan bahawa pengesahan bertulis mengenai kesihatan murid daripada Ibubapa atau penjaga yang sah perlu diambil.
2. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian.
3. Setiap aktiviti yang dilakukan di luar dari kawasan sekolah atau di luar perjumpaan mingguan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga yang sah terlebih dahulu.4. Bagi semua aktiviti lasak murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doctor terlebih dahulu.
5. Murid-murid yang cedera, semput atau lelah tidak dibenar mengambil bahagian.
6. Perancangan aktiviti yang lengkap adalah perlu dan memaklumkan kepada GPK Ko Kum atau Pentadbir Sekolah terlebih dahulu.
KHAS
1. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru yang mengawasinya.
2. Sebelum aktiviti dijalankan guru perlu memastikan kawasan yang dipilih bukan berisiko tinggi dan bebas daripada sebarang ancaman serta memastikan segala kelengkapan adalah mencukupi.3. Peserta yang mengikut aktiviti perkhemahan mestilah yang telah mendaftar dan terlatih.
4. Bagi setiap aktiviti penerangan yang jelas hendaklah diberikan kepada para peserta.
5. Setiap aktiviti perlu ada guru yang mengawasinya.Guru perlu memastikan bilangan peserta sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
6. Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah.Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
7. Benda tajam atau mudah pecah hendaklah disimpan di tempat khas dan selamat.
8. Di dalam keadaan kecemasan peranan guru adalah penting bagi mangawal dan memastikan murid bertenang dan tidak panik.
Izzan Izzaty Zaidine
9. Bergerak di dalam kumpulan sekiranya kawasan tersebut mempunyai unsur-unsur merbahaya seperti sungai, air terjun, tepi pantai dan di dalam hutan.
10. Tugasan kerja peserta hendaklah terkawal dan jangan terlalu banyak serta membebankan mereka.
11. Sebelum meninggalkan kawasan pastikan kawasan tersebut dibersihkan dan tiada objek berbahaya ditinggalkan.
12. Guru perlu memastikan tiada murid yang membakar sampah, daun- daun atau ranting sebelum, semasa atau selepas aktiviti dan jika terpaksaapi di dalam lingkungan terkawal dan pastikan dipadam sepenhunya apabila meninggalkan kawasan tersebut.
13. Pakaian aktiviti mestilah yang bersesuaian dengan aktiviti.
14. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau kesihatan murid dan guru.
15. Di dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau memulakan aktiviti.
Izzan Izzaty Zaidine
TAKWIM KO KURIKULUM 2006
SK ANJUNG TEDUH, LAHAD DATU , SABAH.
TARIKH/BULANPERKARATINDAKAN
JANUARI Mesyuarat Ko Kum kali pertama
Pengagihan tugas guru untuk gerko
Mesyuarat Sukan Tahunan
Perlantikan AJK Sukan Tahunan
Perjumpaan Rumah Sukan
Pemilihan atlit/ wakil rumah sukan
Latihan rumah sukan
Persiapan Sukan Tahunan
GPK & S/U Ko Kum Semua guru & KTBM
Guru Rumah Sukan
FEBRUARI Raptai dan persiapan Sukan Tahunan Kejohanan Sukan Tahunan
Pemilihan atlit dan wakil pasukan sekolah
Pembentukan Pasukan dan AJK serta jurulatih sekolah ke MSSZT.
Latihan pasukan sekolah.
Perjumpaan / aktiviti mingguan Gerko
Kejohanan Olahraga MSSZT
GPK & S/U Ko Kum Semua Guru & KTBM yang terlibat
Penyelaras & guru penasihat
MAC Mesyuarat Ko Kum kali kedua Latihan pasukan sekolah ( permainan )
MSSMZT dan MSSMGLD ( permainan )
Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko
GPK & S/U Ko Kum Jurulatih
Penyelaras & guru penasihat
APRIL Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko Latihan pasukan sekolah
GPK & S/U Ko Kum Penyelaras & guru penasihat
MEI Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko Sambutan Hari Guru peringkat sekolah
Aktiviti perkhemahan Unit Beruniform
Latihan pasukan sekolah
GPK & S/U Ko Kum Semua guru
Penyelaras /guru penasihat
JUN Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko
Latihan pasukan sekolah
Hari keluarga
GPK & S/U Ko Kum
Semua guru
Penyelaras /guru penasihat
JULAI Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko
Latihan pasukan sekolah
Mesyuarat Ko Kum kali ketiga
GPK & S/U Ko Kum
Semua guru
Penyelaras /guru penasihat
OGOS Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Larian Merdeka
Karnival dan aktiviti Kelab dan Persatuan
GPK & S/U Ko Kum
Semua guru
Penyelaras /guru penasihat
SEPTEMBER Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko
Latihan pasukan sekolah
Mesyuarat Ko Kum kali keempat
Pertandingan permainan
GPK & S/U Ko Kum
Semua guru
Penyelaras /guru penasihat
OKTOBER Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko
Hari Anugerah kecemerlangan
Hari terbuka
Kemas kini laporan aktiviti gerko
GPK & S/U Ko Kum
Semua guru
Penyelaras /guru penasihat
NOVEMBER Mesyuarat Ko Kum kali kelima
Hantar fail/ buku pelaporan aktiviti gerko
Hantar perancangan aktiviti tahun 2007
Jamuan akhir tahun
Mesyuarat akhir tahun
Cuti Sekolah bermula
GPK & S/U Ko Kum
Semua guru & KTBM
Penyelaras /guru penasihat
Izzan Zaidine 06UNIT KO KURIKULUMSK ANJUNG TEDUH, LAHAD DATU, SABAH.KANDUNGAN
KONSEP DAN MATLAMAT
Gerak Kerja Ko Kurikulum
Asas pelaksanaan Gerko
Pentingnya Gerko
Peranan Gerko
Matlamat Gerko
Unsur-unsur pendidikan dalam Gerko
VISI KO KURIKULUM SEKOLAH
MISI KO KURIKULUM SEKOLAH
MATLAMAT
OBJEKTIF
PERATURAN PENGGUNAAN ALATAN SUKAN
PERATURAN AKTIVITI SUKAN
Bahagian Permainan
Bahagian Lompat tinggi
Bahagian Lompat jauh
Bahagian Lontaran
Bahagian Larian
PERATURAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM
TUGAS GURU SUKAN DAN PERMAINAN
TUGAS GURU PERSATUAN DAN KELAB
TUGAS GURU UNIT BERUNIFORM
CARTA ORGANISASI UNIT KO KURIKULUM TAHUN 2007SENARAI NAMA GURU PENASIHAT GERKO
SENARAI GURU RUMAH SUKAN
TAKWIM UNIT KO KUM 2007Izzan Izzaty ZaidineJAWATANKUASA ___________________________________ 2007PENASIHAT 1:GURU BESAR
PENASIHAT 2:GURU PENOLONG KANAN KO KUM
GURU PENASIHAT/PEMIMPIN :
1. _______________________________( K ) 2. ________________________________
3._________________________________ 4. ________________________________
5._________________________________ 6.________________________________
7._________________________________ 8.________________________________
9._________________________________ 10.________________________________
11.________________________________ 12.________________________________
PENGERUSI
: _____________________________________________
NAIB PENGERUSI: _____________________________________________
SETIAUSAHA: _____________________________________________
BENDAHARI
: _____________________________________________
AHLI JAWATANKUASA :
TAHUN 6
:______________________________________________
TAHUN 6
: ______________________________________________
TAHUN 5
: ______________________________________________
TAHUN 5
: ______________________________________________
TAHUN 4
: ______________________________________________
TAHUN 4
: ______________________________________________
Izzan IzzatyZaidine 07LAPORAN AKTIVITIPerjumpaan kali ke: ______________________
Tarikh
: ______________________
Hari
: ______________________
Masa
: ______________________
Kedatangan Guru: ______________________
Kedatangan Murid: ______________________
Butir-butir Aktiviti
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,
Disemak Oleh,
Disahkan Oleh,
.. ..
( ) ( S / U KO KUM ) ( GPK KO KUM ) Pemimpin Bertugas
LAPORAN AKTIVITI
Perjumpaan kali ke: ______________________
Tarikh
: ______________________
Hari
: ______________________
Masa
: ______________________
Kedatangan Guru: ______________________
Kedatangan Murid: ______________________
Butir-butir Aktiviti
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,
Disemak Oleh,
Disahkan Oleh,
.. ..
( ) ( S / U KO KUM ) ( GPK KO KUM ) Pemimpin Bertugas
Izzan Izzaty ZaidineLAPORAN PENYELARASPerjumpaan kali ke: ______________________
Tarikh
: ______________________
Hari
: ______________________
Masa
: ______________________
Kedatangan Guru: ______________________
Kedatangan Murid: ______________________
ULASAN / LAPORAN________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,
Disemak Oleh,
Disahkan Oleh,
.. ..
( ) ( S / U KO KUM ) ( GPK KO KUM ) Pemimpin Bertugas
LAPORAN AKTIVITI
Perjumpaan kali ke: ______________________
Tarikh
: ______________________
Hari
: ______________________
Masa
: ______________________
Kedatangan Guru: ______________________
Kedatangan Murid: ______________________
Butir-butir Aktiviti
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,
Disemak Oleh,
Disahkan Oleh,
.. ..
( ) ( S / U KO KUM ) ( GPK KO KUM ) Pemimpin Bertugas
Izzan Izzaty Zaidine
SEKOLAH KEBANGSAAN ANJUNG TEDUH
PETI SURAT 61700
91125 LAHAD DATU
SABAH
GERKO CEMERLANG SAHSIAH GEMILANGIZZAN IZZATY ZAIDINE
S/U KO KUMJADUAL GERAK KERJA KO KURIKULUM ( GERKO ) 2007SK ANJUNG TEDUH, LAHAD DATU, SABAH.
HARI
GERKOMASA
KELAB & PERSATUAN
2.30 PTG- 3.30 PTG
RABUBADAN BERUNIFORM
3.30 PTG 4.30 PTG
SUKAN & PERMAINAN4.30 PTG- 5.30 PTG
SEMUA MURID DAN GURU YANG TERLIBAT WAJIB HADIR. PASTIKAN KEHADIRAN DIREKOD DAN DITANDATANGANI DALAM BUKU REKOD GERKO.
PASTIKAN LAPORAN AKTIVITI DIHANTAR DAN DISEMAK OLEH S/U KO KUM DAN DISAHKAN GPK KO KUM.
SETIAP PENYELARAS HENDAKLAH MEMASTIKAN/ MEMANTAU SETIAP UNIT GERKO MASING-MASING DILAKSANA DAN DIJALANKAN DENGAN LANCAR.
JADUAL DI ATAS TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN.
GERKO CEMERLANG SAHSIAH GEMILANG
DISEDIAKAN OLEH,
DISEMAK OLEH,
..
EN.JAINUDDIN BIN HJ HAJIMI
PN.FATIMAH BT MOHD YUNUS
S/U KO KUM
GPK KO KUM
DISAHKAN OLEH,
.
EN.MARJAN BIN HJ BAHAJAN
GURU BESAR
LAPORAN PENYELARASPerjumpaan kali ke: ______________________
Tarikh
: ______________________
Hari
: ______________________
Masa
: ______________________
UNIT GERKOKEHADIRAN MURIDKEHADIRAN GURUCATATAN
ULASAN / LAPORAN________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,
Disemak Oleh,
Disahkan Oleh,
.. ..
( PENYELARAS )
( S / U KO KUM ) ( GPK KO KUM )
top related