konsep asas kaunseling
Post on 12-Jul-2016
55 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Konsep dan peranan kaunseling dalam pendidikan sekolah pada masa kini amat penting
sama ada di negara maju, mahupun di negara-negara sedang membangun. Kepesatan
pembangunan fizikal negara dan pembangunan manusia dirasakan perlu lebih-lebih lagi dunia
pada masa kini menghadapi globalisasi yang mana ledakan ICT, sains dan teknologi, kemasukan
dan penerimaan maklumat asing dan sebagainya yang seterusnya mengakibatkan jenayah dan
permasalahan sosial kepada negara. (Tajul dan Nor’aini, 2002) Maka sasarannya adalah golongan
pelajar yang merupakan generasi muda yang mudah terpengaruh dengan agenda dan pengisian
yang berbentuk negatif itu. (Mohamed Sharif dan Roslee, 2002).
Kehidupan manusia sebenarnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Setiap aktiviti itru
pula membawa permasalahannya sendiri. Sesungguhnya masalah dan permasalahan itu mesti
diatasi supaya hidup manusia itu mencapai keselesaan. Al Quran telah menggariskan
permasalahan manusia dan cara mengatasinya. Sebagai contoh, manusia dan hubungannya
dengan Pencipta, manusia dan hubungannya dengan manusia dan manusia dengan alam dan
haiwan. Semua ini ada tujuan penciptaanNya. (Haron Din, 2003). Malah, Al Quran tidak sekadar
menerangkan ciri-ciri manusia muslim bahkan hubungannya dengan manusia bukan muslim, maka
tidak syak lagi bahawa kaunseling dalam Islam bukan sesuatu yang terpsiah. Malah pendidikan
Islam itu menepati prosedur kaunseling yang diamalkan sekarang. Ini kerana al-Quran bukan
sekadar teori malah teori psikologi yang khusus. Walaupun demikian, al-Quran merupakan kitab
yang mengandungi kekayaan fakta tentang jiwa manusia dalam setiap aspek kehidupannya.
Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud,
“Barangsiapa yang melapangkan kesempitan di dunia saudaranya yang Islam, nescaya Allah akan
melapangkan baginya kesempitan akhirat, dan barangsiapa yang meringankan seseorang yang
berada dalam kesempitan, maka Allah akan meringankan ke atasnya di dunia dan diakhirat.
Sesungguhnya Allah suka kepada hambanya yang sabar”.
Hadis tersebut mempunyai makna yang amat besar dalam hubungan manusia dengan manusia,
hubungan pengubat dengan pesakit, atau hubungan kaunselor dengan klien. Dalam Islam,
memang ada ditekankan tentang hak seorang yang mengalami musibah perlu mendapatkan
pertolongan daripada orang lain yang mempu untuk menolongnya. Dan bagi orang yang
mempunyai kemampuan menolong, wajib menolongnya.
1
Carl Rogers (1952) pula menyatakan kaunseling sebagai ;
“.... The process by which the structure of the self is relaxed in the safety of the relationship with
the therapist and previously denied experience are perceived and then integrated into an altered
self........”
Menurut Wilver (1955) menyatakan;
“Guidance is a process of helping individuals through their own efforts to discover and develops
their potentialities both for personal happiness and social usefulness.”
Maka kesimpulannya bagi insan ciptaan Allah SWT, kaunseling merupakan suatu proses yg
berbentuk psikologi bertujuan untuk menolong manusia yang normal dari aspek akal, roh dan
tingkah laku bagi membimbing dan memahami diri dan persekitaran daripada sebarang kesusahan
sehingga dapat membentuk potensi dirinya ke arah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Konsep
kaunseling sebenarnya ada perbezaan dengan nasihat, pertolongan atau bantuan. Ini kerana
kaunseling bukanlah suatu nasihat. (Mansur Abdullah, 2000).
Persepsi orang ramai mengaitkan kaunseling dengan penyelesaian masalah. Kebiasaannya orang
akan bertemu kaunselor jika ada masalah, atau pun berpenyakit mental. Tetapi andaian ini adalah
salah. Ini kerana tidak semestinya orang yang bertemu dengan seseorang kaunselor itru dengan
masalah. Orang yang tidak ada masalah juga boleh berjumpa dengan kaunselor untuk
membincangkan apa-apa perkara seperti khidmat kerjaya, mendapatkan nasihat mencari jodoh,
hubungan dalam keluarga atau sebagainya. Kaunseling dilihat sebagai mempunyai satu hubungan
kemanusiaan yang sangat ramah, saling memahami dan akrab. Umumnya, kaunseling ialah
proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar tentang dirinya sendiri, tentang
hubungan antara perseorangan, dan tentang tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan
peribadi mereka sendiri.
2
TUGASAN 1
Anda berhadapan dengan kanak-kanak yang masih kurang matang dan menghadapi masalah meluahkan perasaannya secara lisan untuk menjelaskan emosi yang sedang dialaminya.
Bagaimana anda menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling untuk mendiagnosis punca masalah dan gangguan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.
3
Terdapat banyak pendapat daripada pelbagai ahli kaunseling dan psikologi berkenaan proses
kaunseling seperti Lewis, (1972), membahagikan proses kaunseling kepada lima peringkat iaitu
menentukan matlamat klien mendapatkan perkhidmatan kaunseling, menerangkan definisi dan
proses kaunseling yang akan dilalui, memberi penerangan dan pemahaman mengenai keperluan
klien, kemajuan ke arah mencapai matlamat, dan membuat kesimpulan serta perancangan masa
depan berdasarkan pengalaman klien mengikuti proses kaunseling.
Rajah 1 : Proses kaunseling oleh Lewis (1972)
Eisenberg & Delaney, (1977), pula membahagikan proses kaunseling kepada enam peringkat iaitu
perjumpaan awal ice-breaking, penerokaan masalah klien dan pembinaan perhubungan yang
menolong, menentukan matlamat, mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang berhubung
dengan mencapai matlamat, membina dan melaksanakan satu pendekatan untuk mencapai
matlamat, menilai pencapaian dan diakhiri dengan penamatan dan susulan.
4
Matlamat klien
Terangkan proses yang akan dilalui
Keperluan klien
Mencapai matlamat
Kesimpulan dan
perancangan masa depan
Rajah 2 : Proses kaunseling oleh Eisenberg & Delaney (1977)
Menurut Brammer, (1973), proses kaunseling mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui iaitu
penyediaan dan kemasukan, penjelasan perlunya klien kepada kaunseling, menstruktur proses
kaunseling selanjutnya, perhubungan mesra atau membina hubungan, penerokaan masalah klien,
pengukuhan apabila klien mengamalkan kemahiran-kemahiran baru, perancangan yang rasional
dan diakhiri dengan penamatan atau merumus pencapaian.
Rajah 3 : Proses kaunseling oleh Brammer (1973)
5
Ice-breakingPenerokaan
masalah (bina hubungan)
Menentukan matlamat
(menilai faktor)
Melaksanakan pendekatan
Menilai pencapaian
Penamatan dan susulan
Penyediaan dan
kemasukan
Penjelasan perlunya
kaunseling
Menstruktur proses
kaunselingBina hubungan
Penerokaan masalah
Pengukuhan kemahiran
Perancangan yang rasional
Rumus pencapaian
Menurut aliran Islam yang mengambil pandangan Imam al-Ghazali, proses kaunseling dibahagikan
kepada sepuluh tahap iaitu Al-ta’arruf (pengenalan), Al-ta’rif (penerokaan masalah), Al-nahy bi al-
wa’zi wa al-nush wa al-takhwif (tegahan melalui peringatan, nasihat dan amaran), Al-wa’zu wa al-
nush (peringatan dan nasihat), Al-sab wa al-ta’nif (celaan dan kutukan), Al-taghyir bi al-yad
(mengubah dengan tangan atau kekuasaan), Al-tahdid bi al-darb (member amaran dengan deraan
pukul), Iqa’ al-darb wa tahqiqihi (melaksanakan deraan pukul), Shahr al-silah (mengisytiharkan
peperangan/angkat senjata) dan Al-istizhar fi a’wan wa jam’i al-junud (menunjukkan kekuatan
dengan mengumpul tentera).
Rajah 4 : Proses kaunseling menurut Imam Al-Ghazali
Berdasarkan rujukan saya terhadap proses kaunseling yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh
terkenal dalam bidang ini, dapat saya rungkaikan bahawa secara asasnya, proses kaunseling
dibahagikan mengikut tiga tahap iaitu fasa satu; Sebelum proses kaunseling (peringkat pra-
persediaan), fasa dua; semasa proses kaunseling (peringkat penyediaan kemasukan,
penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan)
dan fasa tiga; selepas proses kaunseling (peringkat penilaian, penyusulan, dan penamatan).
6
Al-ta'arruf
Al-ta'arif
Al-nahy wa'zu wa al-nush
wa al-takhwif
A-wa'zu wa al-nush
Al-sab wa al-ta'nif
Al-taghyir bi al-yad
Al-tahdid bi al-darb
Iqa' al-darb wa tahqiqi
hi
Shahr al-silah
Al-istizharfi a'wan wa jam'i a;-
junud
Rajah 5 : Tiga tahap kemahiran asas proses kaunseling
Sebagai seorang guru biasa, saya boleh mengambil beberapa langkah yang ringkas dan
sesuai dengan kemampuan saya untuk terokai perasaan kanak-kanak yang masih kurang matang
dan menghadapi masalah meluahkan perasaanya secara lisan. Berdasarkan situasi yang dihadapi
oleh kanak-kanak ini, tujuan utama saya mempraktikkan kemahiran asas kaunseling hanyalah
untuk mendianogsis punca kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Usaha
untuk meminta murid itu menyatakan perasaan yang dialaminya ketika menghadapi masalah itu
juga perlu dijalankan bagi mengetahui tahap keseriusan masalah tersebut.
Pada peringkat permulaan proses kaunseling, saya perlu mengkaji latar belakang klien.
Segala maklumat peribadi kanak-kanak tersebut perlu dikumpul secara teratur dan sistematik
untuk memudahkan saya memahami personaliti dan latar kehidupan kanak-kanak tersebut. Antara
bentuk soalan yang mungkin boleh saya ajukan pada klien ini adalah mengenai latar belakang
keluarga, hubungan dia dengan rakan sebaya, hobi ketika waktu lapang dan sebagainya. Langkah
ini ada dinyatakan sebagai penerokaan masalah dan membina hubungan dengan pihak yang
memerlukan pertolongan kaunseling sebagaimana dalam proses kaunseling yang perkenalkan
oleh Eisenberg dan Delaney (1977). Tujuan langkah ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan
sikap kita sebagai penyayang dan prihatin serta serius dalam mengambil berat tentang soal
kehidupannya.
7
Peringkat pra-persediaan
Peringkat penyediaan kemasukan, penetapan, menstruktur hubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan
Peringkat penilaian, penyusulan dan penamatan
Pada peringkat permulaan ini, terdapat dua aspek utama yang perlu diberi penekanan iaitu
pemilihan tempat perjumpaan yang sesuai dan keadaan masa yang mengizinkan serta ketika
waktu kanak-kanak tersebut selesa untuk berjumpa. Sebelum memulakan sesi perjumpaan, saya
haruslah memikirkan dan menyediakan atau memilih tempat serta menentukan masa yang sesuai
untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan
kanak-kanak tersebut merasa selesa untuk berjumpa dengan saya dan seterusnya perjumpaan
tersebut dapat diadakan dengan jayanya.
Peranan tempat yang sesuai ini penting supaya emosi kanak-kanak tidak terganggu dengan
keadaan tempat dimana sesi perkongsian masalah dan emosi dapat dijalankan. Aspek ini penting
supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat sesi berjalan dan
memudahkan lagi proses mengenalpasti masalah dan gangguan emosi yang dihadapi kanak-
kanak itu sendiri.
Setelah fasa satu berjaya, saya boleh meneruskan sesi perjumpaan ini dengan fasa yang
seterusnya iaitu menemu bual fasa kedua. Fasa kedua dalam perjumpaan ini memerlukan saya
untuk membina hubungan yang mesra dengan kanak-kanak tersebut. Langkah yang boleh diambil
untuk membina hubungan adalah perjumpaan perlulah berkonsepkan tidak formal dan santai
seperti keluar makan bersama atau melakukan aktiviti senaman pada waktu lapang. Peluang ini
perlu diambil supaya kanak-kanak itu berasa selasa dan seronok dengan pendekatan yang saya
ambil untuk mendekati kehidupan dia.
Selepas beberapa aktiviti kami lakukan bersama, kanak-kanak itu pasti akan berasa selesa
dengan cara pergaulan kami dan tidak kekok untuk berbual tentang apa sahaja perkara yang ingin
dibincangkan. Dalam sesi temu bual bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh kanak-
kanak tersebut, saya akan memastikan bahawa setiap perkongsian kami tidak akan sampai
kepada pengetahuan orang lain. Langkah ini adalah sebagai kontrak hubungan bahawa segala
perkongsian adalah tertutup agar tidak timbul isu salah faham di kalangan orang yang tidak terlibat
dalam sesi perjumpaan kami.
Sewaktu memulakan temubual, saya hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak
menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu. Kemahiran komunikasi seperti
perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan ketika berbual tersebut hendaklah
disesuaikan mengikut situasi. Jarak kedudukan antara kami berdua juga perlu diberi perhatian bagi
memudahkan proses komunikasi. Selain dari itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara
yang penting dalam permulaan hubungan untuk sesi perkongsian masalah. Ini amat penting
kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan dan menggalakkan kanak-kanak
untuk meluahkan perasaannya.
8
Saya juga perlu mempamerkan sikap memahami dan menerima iaitu memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk bercakap dan menyatakan apa yang terbuku dalam dirinya. Proses ini
penting bagi membolehkan kami bergerak ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat penetapan
dan penjelasan matlamat sesi perjumpaan ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Pada peringkat ini, saya akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta
permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut serta menentukan matlamat bimbingan
yang diperlukan mengikut kehendak kanak-kanak. Biasanya terdapat dua cara yang boleh
dilakukan iaitu jika kanak-kanak tersebut mudah bercakap dan meluahkan segala isi hatinya, saya
akan terus mendorong kanak-kanak tersebut untuk terus bercerita dan jika dia sukar untuk
bercerita, maka saya hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar
menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk bercerita.
Sebagai langkah bimbingan yang mementingkan keselesaan hubungan, saya hendaklah
mengelakkan pendekatan ‘soal-selidik’ kepada kanak-kanak kerana ini akan menyebabkan kanak-
kanak tersebut merasa terancam atau takut. Sebagai seorang guru, saya haruslah mahir
menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, sayang, hormat
dan terbuka. Saya juga perlu menunjukkan sifat-sifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal
serta membantu kanak-kanak tersebut jika menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu
meluahkan pengalaman dan perasaanya.
Dalam sesi temu bual ini juga saya haruslah dapat menggalakkan kanak-kanak menghurai dan
menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendaki. Pada tahap
ini, saya juga harus mengamati dan menentukan siapa sebenarnya yang sedang menghadapi
permasalahan tersebut iaitu sama ada diri beliau sendiri atau pun melibatkan orang lain.
Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi membantu merangka alternatif ke arah
penyelesaian. Pada peringkat ini, saya akan dapat merangkakan ketetapan untuk melihat
matlamat kanak-kanak tersebut yang akan mencungkil kehendak sebenar dia untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai kesimpulan, seorang guru sekolah yang akan
berhadapan dengan pelbagai ragam murid perlulah bersedia dengan kemahiran asas kaunseling
yang membolehkan seseorang guru itu sentiasa memahami masalah murid yang menghadapi
masalah ketika pembelajaran dalam bilik darjah mahupun latar belakang hidup yang mencabar
dan menguji kemampuan diri murid itu untuk menjalani kehidupan yang selesa di sekolah.
(1205 patah perkataan)
9
TUGASAN 2
Pilih satu inventori yang berkaitan dengan minat kerjaya. Anda dikehendaki menganalisis satu laporan dapatan daripada inventori tersebut.
10
Saya telah menjalankan satu sesi kaji selidik tentang minat kerjaya terhadap seorang responden
iaitu murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga Chetok yang bernama Mohd Syazwan
Afiq. Inventori yang digunakan adalah Inventori Minat Kerjaya yang telah diperkenalkan oleh John
L. Holland. Dalam inventori ini, terdapat tiga bahagian iaitu Kesukaan, Kecekapan, dan Nama
Pekerjaan di mana murid ini telah menanda simbol (√) pada ruang pilihan Ya dan Tidak bagi setiap
item. Terdapat 60 item yang perlu dijawab pada bahagian Kesukaan, 60 item lagi pada bahagian
Kecekapan dan 72 item pada bahagian Nama Pekerjaan.
Setelah mengisi 192 item yang disediakan, pengiraan jawapan dibuat dengan mengira hanya
jawapan yang bertanda (Y) iaitu Ya, bermula pada lajur pertama yang dilabelkan dengan tanda ’R’
dari nombor 1 hingga 10 dan 61 hingga 70. Jumlah kiraan itu kemudian ditulis dalam jadual yang
disediakan di bahagian bawah borang jawapan mengikut label yang dinyatakan. Langkah ini
diulang semula pada kiraan jawapan pada label ’I’, ’A’, ’S’, ’E’, dan ’C’.
Label R I A S E C
Jumlah kiraan jawapan ’Y’
10 10 14 17 15 17
Jadual 1 : Jumlah kiraan jawapan Inventori Minat Kerjaya
Berdasarkan hasil dapatan melalui inventori yang dijalankan, saya telah memilih tiga jumlah skor
yang tertinggi iaitu label ’S’, label ’E’, dan label ’C’ yang masing-masing mempunyai jumlah skor 17
dan 15. Kemudian, saya memasukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang Profil
Psikometrik untuk mengenal pasti kecenderungan kerjaya bagi Mohd Syazwan Afiq. Borang Profil
Psikometrik adalah bertujuan merungkai personaliti responden dan memberi keterangan mengenai
bidang minat kerjayanya.
11
Rajah 1 : Profil Personaliti Berdasarkan Skor Ujian Inventori Minat Kerjaya Holland
Berdasarkan Profil Personaliti yang diperoleh oleh Mohd Syazwan Afiq, terdapat tiga gagasan
personaliti yang dominan, iaitu Social, Enterprising dan Conventional. Tiga personaliti ini yang
menentukan bidang pekerjaan yang diminati dan sesuai dengan minat responden.
12
SOSIALENTERPRISING
ARTISTIK
CONVENTIONAL
REALISTIK INVESTIGATIF
Rajah 1 : Tiga dominan personaliti responden (Mohd Afiq Syazwan)
Bagi aspek Social, responden meminati persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi,
kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain.
Responden juga mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.
Responden juga suka aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah
sosial. Pandangan awal yang boleh dinyatakan mengenai personaliti responden berdasarkan
aspek ini adalah responden seorang yang bersosial, suka menolong, bekerjasama, mesra,
peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertangunggjawab dan boleh dipercayai.
Seterusnya, aspek Enterprising pula menjelaskan bahawa responden juga meminati persekitaran
pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan.
Responden juga mewujudkan suasana pengaruh-mempengaruhi, menarah, memimpin dan
mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir responden juga adalah
untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Pandangan awal yang boleh
dinyatakan mengenai personaliti responden berdasarkan aspek ini ialah responden seorang yang
mempunyai ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka
mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka, yakin diri, optimistik, mudah mesra,
berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak
berkomunikasi.
13
SocialEnterprisingConventional
Dominan personaliti yang ketiga adalah Conventional. Dominan ini menjelaskan bahawa
responden minat persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor,
dan kerja-kerja perkeranian. Responden juga melakukan kerja secara terperinci, mengikut
peraturan dan arahan. Berkaitan dengan corak gerak kerja ini, aspek ini menjelaskan bahawa
responden adalah seorang yang berstruktur tinggi dalam aktiviti kehidupan seharian, teliti,
mempunyai daya tahan yang tinggi, akur, praktikal, mengikut arahan, defensif, menurut perintah,
cermat, cekap dan mempunyai rutin harian.
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan tiga dominan personaliti ini adalah Mohd Syazwan Afiq
ini merupakan seorang murid yang mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan
sebaya, guru dan masyarakat sekitar. Sikap peramah dan suka membantu membuatkan diri
responden mudah mendekati dan didekati oleh sesiapa sahaja. Responden juga merupakan
seorang ketua atau pemimpin dalam kelompok rakan sebaya di sekolah dan sekitar rumah
kejiranan kerana sikap yang suka mempengaruhi dan mampu berkomunikasi dengan baik di
khalayak ramai. Sikap positif yang juga ada pada responden adalah membuat perancangan
dengan baik dan mementingkan tertib dan aturan dalam setiap perkara yang dilakukan seperti
tugasan sekolah, keadaan fizikal tempat duduk di dalam kelas, mempunyai tulisan yang cantik,
berpakaian kemas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai murid dan anak yang baik.
(650 patah perkataan)
14
RUJUKAN
Dr. Abdul Halim Ramli, (2008). Mengenali Beberapa Teori Pemilihan Kerjaya. Diakses pada 10
Februari 2016 daripada http://abdulhalimramli.blogspot.my/2008/11/mengenali- beberapa-teori-
pemilihan.html
Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). Modul Bimbingan dan
Kaunseling EDU 3107. Cyberjaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Khairul Jaiyidah Abd Rahim, (2012). Kemahiran Asas Kaunseling. Diakses pada 1 Februari
2016 daripada http://counselor-to-be.blogspot.my/2012/11/kemahiran-asas-
kaunseling.html
Lee Say Ling, (2012). Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling. Diakses pada 3 Februari
2016 daripada http://psikologidplimu2012.blogspot.my/2012/08/kemahiran-asas-
bimbingan-dan-kaunseling.html
Lee Leok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd Mukti. (2012).
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Mok Soon Sang, (2012). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd. Pusat Bandar Puchong, Selangor.
Ndya Khani & Huzreen Muhaiza, (2016). Inventori Kerjaya. Diakses pada 5 Februari 2016
daripada http://ilhamkerjaya123.blogspot.my/p/inventori-kerjaya.html
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2012). Murid dan
Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Siti Aminah Binti Mohd Sidek, (2012). Laporan Pembentangan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek
(INPS). Diakses pada 1 Februari 2016 daripada
http://sitiaminahsidek.blogspot.my/2012/11/jom-kita-tengok-apa-yang-sesuai-
dengan.html
Siti Hajar Aliyais, (2012). Teori Perkembangan Kerjaya Holland. Diakses pada 10 Februari
2016 daripada http://carier2u.blogspot.my/2012/04/teori-perkembangan-kerjaya-
holland.html
15
LAMPIRAN
16
top related