kod penyelidlkan upsi : 04 -
Post on 29-Jan-2017
271 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GEOMETER SKETCHPAD: PENGGUNAANNYA DIDALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK
TAMBAHAN
PROF. MADYA DR. MARZITA PUTEH
ROHAIDAH MASRIFAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
KOD PENYELIDlKAN UPSI : 04 - 15 - 07 - 01
2003
11
ABSTRAK
Kursus Lepasan ljazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian
Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad (GSP) di dalam kurikulumnya
sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan
mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan
GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian
Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu.
Memandangkan era teknologi dan penggunaan leT yang begitu pesat, maka
penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah
sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian
menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan
tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diujidan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan
geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru.
Prototaip ini mengandungi lima bahagian utama: Tutorial, Penyelesaian Masalah,
Ujian, Rujukan dan Bantuan. Kajian awal mendapati 66.6% pelajar berpendapatbahawa multimedia interaktif adalah perlu di dalam topik ini dan video klip dapatmembantu meningkatkan kefahaman mereka. Pakej perisian ini adalah merupakansuatu projek awal untuk mengenal pasti kelebihan aplikasi GSP di dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan. Oleh itu masih terdapat ruang
untuk pembaikan agar perisian ini akan lebih 'mesra pengguna' dan seterusnya
dapat membantu pengguna untuk lebih faham dalam sesuatu topik.
111
ABSTRACT
The Ministry of Education, which handles the Postgraduate Certificate of
Education, has incorporated the Geometer Sketchpad (GSP) in its curriculum. This
is to ensure that the students acquire the skills in the technology component, as
part of its curriculum. One of the objectives of the Ministry of Education is the
application of GSP in the secondary schools and hopefully this project will fulfill
these objectives. Since the application of leT is currently developing rapidly, so
the application of technology in teaching and learning mathematics is something to
be considered. In this project, a prototype using the GSP software for teaching and
learning additional mathematics, based on the skills and topics in the curriculum of
secondary schools, has been developed, tested and studied. So the students can use
the GSP as their teaching and learning tool/aid. Basically the prototype has five
main parts; Tutorial, Problem Solving, Tests, References, and Assistance/help.From the preliminary analysis on the respond from the students, it showed that
66.6% said that the interactive multimedia is necessity in this topic and video clips
helps to enhance their understanding of the topic. This software package is the first
project to help us identify the advantages of GSP application in teaching and
learning additional mathematics. There is still room for improvement to enable
this software to be more user-friendly and hence helps it's user to better
understand about the topic.
KANDUNGAN
Mukasurat
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
1. Latar Belakang 1
2. Kerangka Teori 1
3. Pemyataan Masalah 8
4. ObjektifKajian 9
5. Soalan Kajian 10
6. Kepentingan Dan Faedah Kajian 10
7. Kajian Lampau 11
8. Batasan Kajian 19
9. Reka bentuk Kajian 19
10. Instnunen Kajian 20
11. Pengumpulan Data 23
12. Penganalisisan Data Dan Dapatan Kajian 24
13. Perbincangan dan Cadangan 25
14. Rujukan 27
15. Lampiran 1: Borang soal selidik 29
16. Lampiran 2 : Contoh beberapa menu utama dan pilihan 31
17. Lampiran 3: Buku Panduan Perisian 36
18. Lampiran 4: Kertas kerja yang telah dibentangkan untuk 41
ProjekGSP
19. Laporan Kewangan Penyelidikan 56
1
1. LATARBELAKANG
Teknologi maklumat adalah satu era yang mengaitkan sesuatu teknologi moden dengan
setiap bidang kehidupan. Suatu prasarana pendidikan dalam era teknologi maklumat ini
perlu dipertingkatkan supaya bidang ini sentiasa seiring dengan kecanggihan teknologi.
Impak teknologi barn ke atas dunia pendidikan khasnya dalam negara-negara sedang
membangun amat besar dan belum pemah berlaku. Aspek teknologi telah pun
digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan
memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Ini dapatdilihat disekeliling kita khususnya dalam ledakan teknologi maklumat yang sedang
hangat diperkatakan dan kesannya ke atas pendidikan di Malaysia. Perlaksanaan
Sekolah Bestari telah membuka ruang seluas-Iuasnya kepada teknologi komputer yang
membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian di bina dalam sistem pendidikan. Langkahini dapat mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya
menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan golongan yang kurang berada. Budaya
persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori sahaja
kepada yang berpengetahuan, kreatif dan sentiasa berfikir dalam apa sahaja yang
dilakukan terutamanya semasa menggunakan teknologi terkini. Banyak kelemahan
kaedah tradisi dapat dibantu oleh teknologi komputer. Ianya memenuhi kualifikasi yang
ditetapkan dalam pengajaran berkualiti dan mempunyai nilai tambah lain, terutamanya
dari segi meningkatkan motivasi dan daya imaginasi pelajar (Norjidah et. al, 1996).
2. KERANGKA TEORI
2.1 Isu Penggunaan Teknologi Dalam Matematik
Penggunaan teknologi yang canggih dalam apa jua bidang pekerjaan sentiasa ditunggu
tunggu oleh masyarakat yang perihatin tentang keperluan dan kepentingan teknologi.Usaha yang menyeluruh perlu digerakkan dari peringkat awal untuk membuat anjakan
pradigma masyarakat terhadap penggunaan teknologi.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah
sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif
terhadap teknologi dari peringkat awal lagi. Sesuai dengan konsep Sekolah Bestari,
kebanyakan sekolah mula dibekalkan dengan pelbagai teknologi untuk digunakan oleh
guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dalam pendidikan matematik , keupayaan komputer dan teknologi maklumat
dapat membantu menyelesaikan banyak masalah pendidikan matematik. Penggunaan
teknologi komputer juga dapat menaikkan minat pelajar terhadap matematik dan dapat
mengubah persepsi pelajar bahawa matematik mernpakan subjek yang susah,
membosankan dan melibatkan pengiraan sahaja atau dalam perkataan lain
menggunakan kertas dan pensel sahaja.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bennakna
melalui komputer. Peralatan canggih ini bukan sahaja memudahkan penyampaian
konsep matematik tetapi dapat membuktikan dengan jelas konjektur-konjektur yang
timbul dalam tajuk-tajuk yang diajar.
Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembangkandan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer dalam pengajaranmatematik bukan sahaja memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah ia boleh
mernbah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.
Dalam pendidikan matematik, komputer melibatkan beberapa penggunaan
aplikasi seperti hamparan elektronik, multimedia, internet dan Geometer's Sketchpad
(GSP). Geometer's Sketchpad, contohnya, digunakan untuk mengajar topik geometri.
Melaluinya ,pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik dengan lebih berkesan.
Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang lain yang barn ditemui.
Mereka akan memperolehi suasana pembelajaran yang barn dan maklumat serta
informasi yang terkini. Di samping itu ia juga dapat menggalakkan mereka belajar2
3
secara berkumpulan dan menyemai semangat belajar yang agresif serta lebih berfikiran
kritikal.
Selain menggunakan komputer, kalkulator Grafik juga merupakan salah satu
lagi bahan yang boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang
hangat diperbincangkan di masa kini. Kalkulator harus digunakan bersama-sama dengan
program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan kalkulator dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat memberi kebebasan kepada pelajarbermain dengan nombor yang lebih besar. Tanggapan yang menyatakan bahawa
kalkulator menjadikan pelajar malas mengira harus ditolak kerana tanpa pengetahuanasas matematik pelajar tidak dapat menggunakan kalkulator dengan berkesan.
Kalkulator sangat berguna untuk membantu pelajar meneroka cara matematik dan
membuat kesimpulan.
"With graphing calculators and computer algebra systems, students can
explore symbolic, numeric, and graphical representations offunctionsinstead concentrating on the symbolic. Exposing students to multiple
representations is important because, in addi tion to the pedagogical
advantages of viewing a topic from multiple perspectives, functionalmodels arising from situations encountered in other disciplines oftenarise in graphical or numeric form instead ofsymbolic form." (NCTM,
1989)
Dalam melaksanakan tugas pengajaran guru harus berusaha untuk
meningkatkan kebekesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran
yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri
dengan seseorang itu biasanya akan lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatanatau pengelamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan teknologi dalam pendidikanmatematik hari ini. Penyertaan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran membantu mereka belajar.
''As teacher learn to use technology, thier own learning has implication
for the ways in which they assist student to learn more generally."
( McDonald and Naso , 1986)."Soon nearly everyone in the United States who faces an arithmetic
problem will be able to call on low-cost electronic calculator as an aid.
For more elaborate calculator, remote communication with a computer
will be almost as easy."
Untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan guru haruslah
menyediakan atau memilih telmologi yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar.
Disamping itu, telmologi juga haruslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat
mencapai objektif pengajaran.
Untuk membina persekitaran yang sesuai untuk pengintegrasian, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan pelajar di mana guru berperanan
sebagai fasilitator. Matlamat utama penggunaan telmologi adalah bukan untuk pelajar
menggunakan telmologi semata-mata tetapi proses untuk melibatkan pe1ajar dalam
pembelajaran yang lebih bermalma. Apabila seseorang guru belajar untuk menggunakan
telmologi dalam bilik kelas, mereka akan menjadi model proses pembelajaran kepada
pelajar. Dalam masa yang sarna guru akan menimba sesuatu yang baru hasil daripadamemerhatikan pelajar belajar. Pemindahan tugas sebagai seorang pendidik ("teaching
role") dari guru kepada pelajar berlaku secara tak disedari apabila telmologi
(penggunaan komputer contohnya) digunakan dalam kelas.
Walaupun banyak telah ditulis dan diperkatakan tentang penggunaan teknologi,namun pada hakikatnya tidak banyak yang dapat dilakukan oleh guru-guru. Salah satu
sebab utama yang diberikan ialah kurangnya bekalan komputer dan perisian komputer
yang sesuai untuk tujuan pengajaran (Munirah Ghazali, 1995).Hasil daripada kajian
yang telah dijalankan, didapati kebanyakan sekolah yang mempunyai kemudahan
komputer menggunakan komputer sebagai aktiviti kelab komputer atau sebagai aktiviti
ko-kurikulum.Apa yang menarik ialah tiada satu sekolah pun yang menggunakan4
5
komputer dalam pengajaran matematik mereka. Salah satu sebab yang diberikan ialah
ketiadaan pakej Program Berbantukan Komputer untuk matematik. lni agak
menyedihkan apabila dibandingkan dengan perkembangan yang berlaku dalam proses
pengajaran pembelajaran matematik di negara-negara maju.
Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai sikap dan fahaman yang
positif mengenai penggunaan teknologi. Sikap yang demikian sepatutnya dipupuk dan
akan memudahkan guru-guru menerima perubahan-perubahan yang berkaitan. Namum
demikian, kekurangan perisian Program Berbantukan Komputer yang sesuai
menghalang guru-guru dari menggunakan komputer dalam pengajaran walaupunmereka menyedari akan kelebihan-kelebihannya. Guru-guru seharusnya diberi
pendedahan dan latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memanfaatkan
komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga perlu memikirkan
cara-cara yang berkesan untuk menggalakan guru-guru menggunakan komputer dalam
pengaJ aran.
2.2 Kebimbangan Matematik (Mathematics Anxiety)
Kajian terdahulu (Marzita, 2002) menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan ramai di antara pelajar mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi.
Kebimbangan ini boleh dikaitkan dengan persepsi mereka terhadap mata pelajaranmatematik itu sendiri. Contohnya, dari kajian ini, kebanyakan pelajar mempunyai
persepsi bahawa matematik adalah sangat abstrak dan sukar difahami. Ramai pelajar
menyuarakan bahawa pertukaran dari sekolah rendah ke sekolah adalah titik permulaan
kepada kebimbangan matematik mereka. Mereka dapati bahawa pembelajaranmatematik menjadi lebih sukar kerana ianya lebih abstrak dan memerlukam mereka
membuat penaakulan yang lebih tinggi. Di peringkat inilah pendekatan yang lebih
konstruktif diperlukan dan harus diperkenalkan untuk membantu pelajar memahami
pembelajaran dengan lebih efektif. Pembelajaran berbantukan komputer adalah satu
altematif kaedah yang dipilih kerana kelebihan komputer yang membolehkan animasi
dan visualisasi dilakukan yang mana buku teks, atau mana-mana buku latihan dan
3. kurang motivasi. (Zulaikha dan Norita, 1996)
panduan tidak dapat melakukannya. Banyak tajuk-tajuk di dalam silibus Matematik
Tambahan Tingkatan 4 atau 5 yang memerlukan visualisasi di dalam tiga dimensi dan
buku-buku tidak dapat memenuhi kehendak ini memandangkan ianya adalah dua
dimensi.
2.3 Komputer Dalam Pendidikan Matematik
Suatu pengajaran matematik mestilah berupaya untuk menarik dan memfokuskan
perhatian pelajar. Alatan matematik boleh menjadikan konsep-konsep yang komplekslebih mudah untuk diterima kerana sesuatu konsep boleh digambarkan dengan cara
yang berbeza dan mungkin menggunakan perisian yang berbeza. Perkara asas dalam
pelajaran boleh ditekankan menggunakan stimuli visual dan audio. Dengan itu
persekitaran yang lebih menarik boleh disediakan kepada pelajar dalam mempelajari
konsep-konsep dalam pelbagai topik matematik. Pelajar juga berpeluang untuk mengujiintuisi mereka berkenaan sesuatu konsep matematik yang sedang mereka pelajari.
Pelajar boleh menentukan kecepatan pembelajaran mengikut pemahaman dan
kemahiran individu (Staley, 1995). Penggunaan alat elektronik tidak dapat membantu
menyelesaikan masalah matematik. Penggunaannya hanya boleh memudahkan cara dan
memendekkanjalan pengiraan untuk mendapatkanjawapan.
Walaupun banyak peralatan canggih direka dan dicipta bagi menyelesaikanmasalah matematik tetapi pada asasnya penyelesaian itu tidak dapat dilakukan sekiranya
prinsip matematik tidak diketahui. Perkembangan kaedah pengajaran yang dikaitkan
dengan revolusi multimedia telah mengubah cara komputer sebagai penyampaimaklumat kepada pelajar. Kebanyakan projek-projek multimedia untuk matematik
dibina bagi mengatasi tiga masalah utama dalam mata pelajaran matematik, iaitu:
1. tempoh pengekalan dalam ingatan pelajar.2. ketidakmampuan pelajar untuk memindahkan dan mengaitkan ilmu daripada
satu disiplin kepada yang lain.
6
7
Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam
pendidikan matematik di sekolah. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak
bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.
Masalah matematik yang harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik
amat memerlukan kefahaman yang kukuh terhadap strnktur konsep yang terkandungdalam masalah tersebut. Keadaan ini menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan
sesetengah pelajar. Bagaimana pun masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui
penggunaan komputer. Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat
memperkembangkan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Oleh itu seharnsnya
proses pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer.
Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaikikualiti pembelajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh mernbah
kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik (Cochroft, 1982). Dalam pendidikan
matematik, komputer juga boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti
penghasilan bahan kurikulum, latih tubi, tutorial, ulangkaji, pemulihan dan pengayaan,
.simulasi, pengiraan dan alat bantu mengajar .
Matematik telah lama digunakan bagi menyelesaikan pelbagai masalah.
Penggunaan pakej perisian matematik yang sesuai dilihat dapat membantu pelajar
memperkembangkan keupayaan memahami dengan lebih baik dan cepat tentang teori
matematik yang diperlukan. Tugas untuk mengajar matematik kepada para pelajar boleh
dilakukan dengan lebih baik jika wujud satu alat matematik yang dapat menyediakansuatu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Pada hari ini terdapat pelbagai pakej
perisian matematik yang berada di pasaran seperti Mathematica (Wolfram Research Inc,
1991), Matlab (The Math Works Inc, 1992) dan Geometer Sketch Pad (Key Press Inc,
1995). Mereka menyediakan alat yang berfungsi dalam pengiraan berangka dan
simbolik. Keupayaan merawat persamaan-persamaan algebra secara terns boleh
menyelesaikan banyak masalah dalam masa yang singkat.
1. Pengetahuan asas dalam tajuk-tajuk yang berkaitan dengan bentuk-bentuk
geometri dan pembinaannya.2. Asas dalam penggunaan komputer.3. Kemahiran menggunakan tetikus.
4. Kemahiran untuk 'launch' penggunaannya.8
3. PERNYATAAN MASALAH
3.1 Perisian Geometer's Sketchpad (GSP) Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik
Penggunaan teknologi telah lama berkembang di negara barat dan banyak kajian
menunjukkan kesan yang sangat positif terutamanya di dalam pelajaran matematik.
Justeru itu jika negara Malaysia inginkan rakyatnya memperolehi kemahiran teknologi
yang tinggi, maka penggunaan teknologi di dalam bilik darjah perlu diperkembangkan.Salah satu perisian yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di
barat ialah perisian Geometer Sketchpad (GSP). Perisian GSP memberikan suatu
dimensi baru di dalam pembelajaran matematik. Geometer Sketchpad (GSP) Versi 3
adalah satu perisian di dalam dua disket nOK yang boleh diinstalasikan ke dalam
cakera keras (hard disk). Perisian ini menyediakan alat yang membolehkan pelajaruntuk menerokai dan memahami matematik dengan cara yang tidak mungkin dapatdilakukan melalui cara pengajaran biasa atau dengan perisian - perisian yang lain.
Perisian ini membolehkan pelajar membina sesuatu objek dan seterusnya bebas untuk
melihat sifat - sifat matematik yang terhasil apabila bentuknya diubah. Selain itu ianya
dapat menghasilkan animasi tanpa melibatkan pengatucaraan (programming),
pemindahan objek yang telah dilukis boleh dilakukan dengan hanya menekan satu
kekunci sahaja Bagaimana pun GSP Versi 4 lebih mesra pengguna dan banyak ciri-ciri
serta kelebihan berbanding GSP Versi 3. Contohnya jika dalam GSP Versi 3 putaran
hanya boleh dilakukan sebanyak 1800 sahaja berbanding 3600 dalam GSP Versi 4.
Semua langkah-langkah ini boleh dilakukan dalam jangka masa yang singkat. Dalam
memastikan GSP dapat dilaksanakan dengan lancar di dalam pengajaran dan
pembelajaran, pengguna harus mempunyai:
9
Salah satu kelebihan penggunaan GSP ialah perisian ini menggalakkan pelajar
supaya mereka merasa lebih bebas dalam penggelintaran ide dan ianya boleh dilakukan
sama ada secara berkumpulan atau pun bersendirian. Guru pula boleh menggunakanGSP semasa menyediakan tugasan, peperiksaan dan laporan dengan cara memindahkan
rajah daripada perisian GSP ke dalam 'spreedsheet', Microsoft Word atau sebarang
program.
4. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan dengan tujuan supaya satu prototaip perisian menggunakan GSP
untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan tajuk-tajuk kurikulum
matematik di sekolah menengah perlu dibangunkan, diuji dan dikaji agar satu pengkalandata perisian pengajaran pembelajaran berkaitan dengan geometri dapat diwujudkan dan
digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru. Projek ini diharapkan menjadi
pelantar kepada banyak lagi projek-projek lain yang mengamalkan konstruktivisme di
dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer.Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai dua objektifutama, iaitu:
1. Pengkaji dapat:
(i) Membina satu prototaip perisian pengajaran-pembelajaran matematik
kurikulum sekolah menengah yang berkaitan dengan geometri
dengan menggunakan perisian GSP.
(ii) Menguji dan memperbaiki prototaip ini dan dapat memperluaskan
penggunaannya kepada banyak lagi topik-topik lain dalam kurikulum
matematik sekolah menengah.
(iii) Mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran untuk
membangun dan membina prototaip ini.
2. Pelajar-pelajar Pendidikan Matematik dapat:
(i) Pendedahan tentang penggunaan perisian GSP.
(ii) Mereka cipta perisian bagi topik-topik yang berkaitan dengan
geometri berlandaskan kurikulum matematik sekolah menengah.
uu.
(iii) Menjadi pembantu penyelidik di dalam pembinaan prototaip perisian
5. SOALAN KAJIAN
Kajian ini akan membina satu prototaip pembelajaran berbantukan komputer dengan
menggunakan Geometer Sketch di dalam satu topik Matematik Tambahan Sekolah
Mennengah ialitu Sukatan Membulat. Topik didapati agar sukar untuk difahami oleh
pelajar tanpa bantuan visulisasi dan animasi. Maka dengan penbangunan prototaip ini
dan kemudiannya di uji, Kajian ini ingin melihat dan mengkaji
(i) adakah penggunaan Geometer Sketchpad di dalam topik-topik
pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan Sekolah Menengahuntuk beberapa topik tertentu boleh di laksanakan? dan
(ii) adakah penggunaan Geometer Sketchpad dapat meningkatkan
pemahaman pelajar di dalam topik Sukatan Membulat?
6. KEPENTINGAN DAN FAEDAH PENYELIDIKAN
Dengan menggabungkan aspek-aspek latihan dan penyelidikan dan
pembangunan(R&D) dalam Projek GSP, ianya dapat dimanfaatkan oleh pihakUniversiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan :
(i) memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan teknologi di dalam
pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar
(ii) menggunakan teknologi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mereka
apabila mereka menjadi pendidik kelak
(iii) memupuk budaya dan a�alan pelajar sebagai penyelidik10
11
(iv) rnengenalpasti kelebihan GSP dan rnenggunakannya di dalarn pengajarandan pembelajaran
(v) menggunakan GSP untuk rnengukuhkan lagi pernahaman pelajar-pelajar di
dalam bidang geometri dan konsep-konsep maternatik yang lain
(vi) mereka-bentuk teknik-teknik yang sesuai dengan rnenggunakan GSP untuk
rnernbina prototaip perisian pelajaran maternatik sekolah menengah
(vii) rnenggunakan prototaip perisian yang telah dibina untuk mernantapkan
pengajaran dan pembelajaran maternatik ke arah penggunaan teknologi
dengan berlandaskan pendekatan konstruktivisme.
7. KAJIAN LAMPAU
7.1 Pengenalan
Aspek teknologi telah digabungkan dalarn kurikulurn rnaternatik di sekolah sebagai satu
daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadapsains dan teknologi dari peringkat awal lagi. Pendekatan yang diarnbil ialah memberi
pemaharnan tentang aplikasi sains rnelalui teknologi dalarn kehidupan harian sepertidalam bidang pertanian, komunikasi, pengangkutan dan binaan. Tujuannya ialah
supaya murid-rnurid dapat menangani sumbangan dan inovasi terkini serta menghargai
sumbangan sains dan teknologi bagi kesejahteraan hidup.
7.2 Integerasi Teknologi Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Salah
satu miskonsepsi tentang teknologi adalah rnenganggap bahawa teknologi adalah
sebagai satu alat tarnbahan sernata-rnata dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Keadaan ini menyebabkan ramai guru menggunakan teknologi, khasnya
komputer hanya sevbagai alat untuk melaksanakan kurikulum secara tradisional yang
berasaskan subjek, berpusatkan kepada guru dan teknologi hanya sebagai alat pinggiran
sahaja.
12
Sewajamya teknologi diintegrasi di dalam kelas yang melibatkan guru dan
pelajar secara langsung. Bagaimanapun integerasi teknologi yang berkesan tidak
berlaku dalam persekitaran pembelajaran yang menekankan pembelajaran bermakna.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berlainan harus dicipta agar guru tidak
terikat dengan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
Di dalam hal ini, guru sewajarnya bertindak sebagai pemudahcara kepada pelajar.
Terdapat tujuh aspek utama yang mempengaruhi persekitaran pembelajaran yang
bermakna:
a. Aktif
Pelajar terlibat dalam pemprosesan maklumat secara bermakana... mereka
menggunakan teknologi sebagai alat kognitif untuk mencapai matlamat
tersebut.
b. Konstruktif
Pelajar mengintegrasi idea baru kepada pengetahuan sedia ada untuk
membina makna. Mereka menggunakan komputer sebagai alat kognitif atau
media mempertingkatkan wacana.
c. Kolaboratif
Pelajar bekerja sebagai suatu komuniti pembalajaran di mana setiap ahli
komuniti ini menyumbang ke arah mencapai matlamat individu dan
kumpulan. Teknologi digunakan oleh pelajar untuk menyokong kerja
koperatifyang memudahkan kolaborasi.
13
d. Bermatlamat
Pelajar berusaha mencapai matlamat dan objektifkognitifmereka. Komputermembolehkan mereka untuk memperkembangkan cara mengorganisasiaktiviti dan tugasan ke arah mencapai matlamat dan objektif ini.
e. Berwacana
Pelajar akan memperolehi manfaat dengan menjadi ahli komuniti yang
membina ilmu di mana pelajar saling bertukar idea dan saling membina
pengetahuan masing-masing. Internet akan melanjutkan komuniti
pembelajaran melampaui dinding bilik darjah
f. Berkonteks
Pelajar berdepan dengan tugasan pembelajaran yang terpaut dalam tugasan
dunia sebenar atau yang disimulasikan melalui aktiviti yang berasaskan
masalah. Perisian simulasi bila membina semula senario untuk dianalisis
oleh pelajar.
g. Reflektif
Pelajar membuat refleksi tentang proses yang telah disempurnakan dan
keputusan yang telah diambil semasa aktiviti pembelajaran dan menerangkan
dengan jelas apa yang mereka pelajari. Hasilnya pelajar akan menggunakan
kokmputer untuk menunjukkan apa yang mereka tahu
7.3 Penggunaan Komputer
Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkandan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (NationalCouncil of Teacher's of Mathematics,1980) mencadangkan supaya matematik perlu
mengambil peluang yang luas yang ditawarkan oleh komputer. Aktiviti penyelesaianmasalah adalah bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian
yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu
melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockroft (1982) menegaskan bahawa
masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik
sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang
lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah
menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Masalah dan
kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer (Lim, 1989). Pada pandangan pelajar
pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu yang amat sukar, membosankan dan
penuh dengan pola nombor dan hafalan. Pandangan ini dapat dikikis dengan
penggunaan komputer.
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhauser, 1993: Henderson and
Landersman, 1992: Chozon, 1988: McCoy, 1991: AI Ghamdi, 1987) didapati bahawa
pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikanmasalah yang kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaranakan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah
dan berkesan. Kurnpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemarnpuan
mengekalkan maklurnat dalarnjangka masa yang lebih lama.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
beberapa aplikasi seperti spreedsheet,multimedia dan internet.Penggunaan perisian
seperti Mikrosoft-Excell, The Geometer's Sketchpad dan Logo menarik minat pelajar
pelajar terhadap Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan
menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik denganmudah dan berkesan. Dalarn pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh
dianggap sebagai tutor atau guru.Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah,
guru berperanan sebagai pemudahcara (fasilitator). Peranan ini boleh diambil alih oleh
komputer. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan
14
15
simulasi (PPK,1993:Jamaludin, 1989). Multimedia adalah teknologi maklumat terkini
yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio ,teks, grafik dan animasi
(Baharuddin dan Mohd, 1995 ).
Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajarmemahami konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Tho & Ng, 1994:
Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin dan Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia
mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah
multimedia boleh;
1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar berdasarkan kemampuan
masmg-masmg
2. memudahkan dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik
3. menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan
4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar7. membantu pelajar mengulangi sesuatu pelajaran berulangkali
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Chazan, 1988; Me Coy, 1991; AI Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
• Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.• Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan
berkesan.
• Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang
ketara.
• Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
16
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan
penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurnsan dalam sistem
pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di
dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan
ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan
penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa,selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar
juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa bernsaha untuk meneroka
'alam yang barn ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat barn dan
bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakanbahawa pembelajaran dalam suasana barn seperti menggunakan internet di sekolah telah
membawa banyak pernbahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat
kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapunjurang perbezaan sosial
ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputerdan internet diberikan (Bier et. al, 1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas
sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan
tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampaidalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis
mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh
sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa,
khususnya bahasa Inggeris bersesuaian dengan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia yang akan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam matapelajaranmatematik menjelang tahun 2003 nanti. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel
eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini
banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and
Ahem, 1994 ).
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difaharni oleh para pendidik
berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.• Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru
supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
• Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya,
guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka, khususnya dalarn bidang IT. Ketrarnpilan dan
keperibadian yang mulia akan tetap rnenjadi tunjang dan ikutan utarna.
• Penggunaan komputer dan internet dapat rnengurangkan beban tugas
guru dan murid di sarnping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas,
teratur dan sisternatik.
• Internet arnat bennanfaat kepada guru dan rnurid serta ibubapa
khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri
berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kebidupan pada masa
hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat,
khususnya warga pendidik dan para ibubapa.Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
• E-mail (Mel Eletronik)• Laman Web (WWW)
• Internet Relay Chat (IRC)
• Telnet
• Kumpulan Diskusi dan Berita
• File Transfer Protocal (FTP)
Semua kernudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu,
perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapatmenggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh
17
18
digunakan sarna ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang
diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah
(Zulkifli, 1998):
• Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan
pihakjabatan serta kementerian.
• Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
• Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengaj aran dan
pembelajaran matematik; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif,
latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.• Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai
sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikansesuatu masalah matematik yang timbul.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
• Berkongsi menjalankan sesuatu projek matematik dengan pelajar di sekolah
sekolah lain.
• Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang
negara mengenai berbagai isu semasa.
• Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui
komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
• Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah
pelajaran secara "on-line".
Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar (
Zoraini, 1996):
• Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
• Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer• Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
19
• Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau
kemahiran berkomunikasi
8. BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan
beberapa sekolah sahaja di sekitar Tanjong Malim dan pengujian prototaipnya jugaadalah terbatas kepada penggunaan peralatan dan komputer di makmal komputer,Jabatan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jelaslah bahawa, kaedah pengajaran dan pembelajaran sebelum ini yang lebih
menekankan daya ingatan semata-mata perlu sedikit perubahan dengan menggabungkan
keupayaan tersebut dengan penggunaan teknologi agar hasil yang diperolehi akan lebih
bermakna lagi dalam hasrat melahirlkan pelajar bijak dalan ilmu pengetahuan tetapimahir dalam pengendalian teknologi.
Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa komputer dan internet mempunyai potensiuntuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna.
Walaupun begitu, guru harus membantu pelajar untuk mewujudkan suasana
pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu self access, selfpaceddan selfdirected dan seterusnya menjayakan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari.
9. REKABENTUK KAJIAN
Pelaksanaan Projek GSP akan dilakukan secara berperingkat. Pengumpulan data yang
menggabungkan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif bergantung kepada fasa
fasa dan responden yang terlibat di setiap peringkat. Secara umum, terdapat lima fasa di
dalam projek GSP:
10.1 Perisian Dan Perkakasan Yang Digunakan
Bagi tujuan ini suatu prototaip perisian telah dibangunkan dengan menggunakan'Geometer Sketchpad (GSP) Version 3' dengan dibantu oleh perisian-perisian lain
seperti:
(i) Microsoft Word 2000 - penyediaan teks yang melibatkan simbol
(a) Bengkel GSP untuk 30 orang pelajar Pendidikan Matematik Semester 2
selama 4 minggu untuk mendedahkan pelajar kepada penggunaan GSP yang
akan diberi oleh penyelidik dan juga pakar GSP (jika perlu). 30 pelajar ini
akan menjadi pembantu penyelidik .
(b) Kerja lapangan di mana penyelidik bersama dengan pembantu penyelidikakan memilih satu tajuk yang sesuai dari kurikulum matematik sekolah
menengah untuk membina dan mencipta prototaip perisian dengan
menggunakan GSP.
(c) Menguji dan mendapatkan input.
(d) Memperbaiki perisian-perisian yang telah dibina dengan menjemput pelajar
pelajar tahun 1 Fakulti Sains dan Teknologi yang mengambil kursus
Matematik Asas untuk menguji pakai prototaip ini.
(e) Penulisan laporan dan dokumentasi.
10. INSTRUMEN KAJIAN
(ii) Snagic 6.0
(iii) Adobe Premire 6.0
(iv) Authorware 5.0
matematik melalui 'Equation Editor' dan
'Symbol'.- penyediaan klip video
- Penyuntingan video
- penyediaan teks dan menghubungkan fail GSP
dengan fail yang lain.
- penyediaan audio
- penyuntingan suara
20
(v) Sound Forge
(vi) Creative Recoder
top related