kesediaan pelajar-pelajar pkpg-sph di universiti …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di...
Post on 02-Sep-2019
20 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA DALAM MENGAJAR MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN DI SEKOLAH.
SAMSUDIN BIN HJ. MOHD ARIPIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG -SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA DALAM MENGAJAR MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN DI SEKOLAH.
SAMSUDIN BIN HJ. MOHD ARIPIN
Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
iii
Dedikasi Untuk:
Ayah, ibu dan mertua yang disanjungi:
Hj.Mohd Aripin bin Muridon
Hjh.Sejam bte Mesran
Hj.Ahmad bin Ngasman
Hjh.Saniah bte Samin
Isteri yang dikasihi:
Asita bte Hj Ahmad
Anak-anak tersayang:
Intan Syazwani bte Samsudin
Intan Nur Qamarina bte Samsudin
Muhammad Irfan bin Samsudin
Sekalian ahli keluarga yang memberi dorongan
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka saya beroleh kekuatan
untuk menyediakan penulisan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing iaitu Tuan Hj. Kandar bin Selamat kerana telah banyak memberi
bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan buah fikiran disepanjang melaksanakan kajian
ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-
pensyarah UTM yang telah memberi didikan dan pendedahan awal kepada saya
dalam menjalankan kajian ilmiah ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Hj.
Baharum bin Hj Ahmad selaku Penolong Pengarah Pendidikan Teknikal, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor dan rakan-rakan kerana banyak membantu saya ketika
menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga
tersayang kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga selesai
pengajian di UTM. Semoga Tuhan memberkati atas segala pengorbanan yang
diberikan. Terima kasih.
v
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau kesediaan pelajar-pelajar PKPG-
SPH di Universiti Teknologi Malaysia dalam mengajar mata pelajaran LK di sekolah.
Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 73 orang pelajar PKPG-SPH
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Objektif kajian ini
adalah meliputi lima persoalan kajian iaitu kesediaan pelajar PKPG-SPH dari aspek
pengetahuan isi pelajaran mata pelajaran LK, kemahiran mengajar mata pelajaran LK,
pengetahuan kandungan pedagogi, minat dan sikap terhadap mata pelajaran LK. Soal
selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data dianalisis menggunakan
Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.0 yang bertujuan untuk
mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Kajian rintis telah dilakukan untuk
mengukur kebolehpercayaan soal selidik berdasarkan nilai Alpha Cronbach yang
diperolehi. Pada keseluruhan analisis dapatan kajian menunjukkan responden
mempunyai kesediaan mengajar LK yang baik. Walau bagaimanapun terdapat
beberapa kelemahan terhadap kesediaan mengajar LK pelajar-pelajar PKPG-SPH dari
aspek pengetahuan isi pelajaran LK dan minat pelajar terhadap mata pelajaran LK.
Dengan ini diharapkan kajian ini dapat memberi menafaat kepada pihak-pihak yang
berkaitan dengan kajian ini.
vi
Abstract
The purpose of this study research is to survey the readiness among PKPH-
SPH students at Universiti Teknologi Malaysia to teach LK subject in school. The
number of respondent that involve in this study is 73 PKPG-SPH students from
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The objective of
this survey is comprised five survey questions, that is PKPG-SPH students readiness
in LK content knowledge, teaching skill LK subject, Pedagogy content knowledge,
interest and attitude toward LK subject. Questionnaire is used as instrument of the
study and date is analyse using SPSS versions 11.0 to get frequency, percentage and
mean. Pilot study is done to determine the reliability of questionnaire base on Alpha
Cronbach value that is obtained. In generally, the finding analysis shows that
respondent have a good teaching readiness in LK subject. How ever, few weakness
are found among the PKPG-SPH students in aspect of content knowledge in LK
subject and the student interest in LK subject. Whit this, it is hope this survey will
give benefit to parties that are involve in this study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
viii
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Definisi Terminologi 11
1.9 Kesimpulan 15
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kajian-kajian Lepas 18
2.3 Penguasaan Pengetahuan Isi Pelajaran 19
2.4 Kemahiran Mengajar 21
2.5 Pengetahuan Kandungan Pedagogi 32
2.6 Minat Terhadap Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan 39
2.7 Sikap Terhadap Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan 40
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Rekabentuk Kajian 44
3.3 Lokasi Kajian 44
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 45
3.5 Instrumen Kajian 45
3.6 Kajian Rintis 48
3.7 Prosedur Kajian 49
3.8 Analisis Data 49
3.9 Kesimpulan 51
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Analisa Bahagian A-Latar
Belakang Responden 53
4.3 Ulasan 56
4.4 Analisa Bahagian B-Dari Segi
Pelbagai Persoalan Kajian. 57
4.5 Kesimpulan 72
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN LIMA
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN,
DAN CADANGAN.
5.1 Pengenalan 74
5.2 Rumusan 74
5.3 Perbincangan 74
5.4 Cadangan Tindakan 86
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 87
5.6 Penutup 88
BAHAGIAN ENAM
RUJIKAN 89
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN 95
Lampiran A dan B
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Statistik sekolah-sekolah yang menawarkan
mata pelajaran elektif KBSM Lukisan
Kejuruteraan dari 1992-1998. 3
1.2 Analisis keputusan peperiksaan SPM 2002
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Negeri
Johor mengikut daerah. 5
1.3 Bilangan dan peratus pelajar mengikut grid
dalam keputusan peperiksaan SPM 2002 mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan Negeri Johor
mengikut daerah. 6
1.4 Bilangan sekolah yang mendapat peratus
pelajar gagal melebihi 30% dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan bagi peperiksaan
SPM 2002 Negeri Johor. 7
2.1 Proses pengajaran dan pembelajaran. 23
2.2 Hubungan diantara aras kemahiran dengan
teknik mengajar yang sesuai. 37
3.1 Pengkelasan Skala Likert. 47
3.2 Susunan item-item mengikut objektif kajian. 47
3.3 Skor Skala Likert lima peringkat kepada tiga
peringkat. 50
3.4 Tahap analisis min. 50
4.1 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut tahun/kursus. 53
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut jantina. 54
4.3 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut bangsa. 54
4.4 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut umur. 55
4.5 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut kelulusan ikhtisas. 55
4.6 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut keputusan CPA terkini. 56
4.7 Taburan bilangan, peratus dan min bagi
pengetahuan isi pelajaran mata pelajaran
LK pelajar PKPG-SPH. 58
4.8 Taburan bilangan, peratus dan min bagi
Kemahiran mengajar mata pelajaran
LK pelajar PKPG-SPH. 62
4.9 Taburan bilangan, peratus dan min bagi
pengetahuan kandungan pedagogi mata
pelajaran LK pelajar PKPG-SPH. 66
4.10 Taburan bilangan, peratus dan min bagi
minat pelajar terhadap mata pelajaran
LK pelajar PKPG-SPH. 68
4.11 Taburan bilangan, peratus dan min bagi
Sikap pelajar terhadap mata pelajaran
LK pelajar PKPG-SPH. 70
4.12 Taburan purata keseluruhan mengikut min
bagi lima persoalan kajian. 72
xiii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
SMA - Sekolah Menengah Akademik
SMT - Sekolah Menengah Teknik.
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
CAD - Computer-Aided Drafting and Design.
% - Peratus.
PKPG-SPH - Program Khas Pensiswazahan Guru-Kemahiran Hidup.
P&P - Pengajaran dan pembelajaran.
LK - Lukisan Kejuruteraan.
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
SPSS - Statistic Package for Social Science
ƒ - Frekuensi.
n - Bilangan responden.
ABM - Alat Bantu Mengajar
SENARAI LAMIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A. Soal-selidik 95 - 99
B. Reliability Analysis – Scale ( Alpha) 100
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Kejayaan dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
adalah amat bergantung kepada semua warga Malaysia terutamanya yang menceburi
profesion perguruan. Profesion perguruan ini merupakan satu profesion yang
dianggap amat mulia dan dihormati dimata masyarakat kerana peranannya yang amat
besar dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan, menukar tingkahlaku dan
2
kelakuan masyarakat demi kepentingan agama, bangsa, dan negara. Menurut konteks
Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia:
Guru yang dimaksudkan ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan
disesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,
termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan
penyeliaan pendidikan.
Guru memberikan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu
pengetahuan tidak dapat dinafikan lagi. Guru juga seharusnya dapat menerima
perubahan dalam dasar pendidikan negara kerana Dasar Pendidikan Kebangsaan
adalah satu dasar yang sentiasa berubah dari masa ke semasa. Perubahan itu berlaku
disebabkan keperluan dan kehendak negara supaya pendidikan dapat berkembang
seiring dengan perkembangan semasa dunia.
Perubahan ini juga jelas berlaku dalam mata pelajaran di bawah Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional diantaranya ialah mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan yang mana sebelum tahun 1992 mata pelajaran ini tidak ditawarkan di
Sekolah Menengah Akademik(SMA). Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah
mata pelajaran yang mempunyai unsur-unsur ke arah Sains dan Teknologi yang telah
diperkenalkan kepada para pelajar sejajar dengan perkembangan semasa. Lukisan
Kejuruteraan telah diperkenalkan di 9 buah SMT pada 1992. Pada tahun1993 ia
diperluaskan ke 29 buah Sekolah Menengah Atas Akademik (SMA). Sehingga tahun
1998 sebanyak 218 SMA (tidak termasuk SMT).
3
Jadual 1.1: Statistik sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran elektif
KBSM Lukisan Kejuruteraan dari tahun 1992-1998
1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 Jumlah
SMA(pilihan
JPN)
- 29 43 40 17 10 - 139
SMA(RM6) - - - 5 14 9 6 34
SMA(Primer) - - - - - - 20 20
SMA(Sains) - - - 1 16 - - 17
SMK(Agama) - - - 1 - - 7 8
Jumlah - 29 43 47 47 19 33 218
(Jabatan Pendidikan Teknikal,1998.)
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini juga adalah satu mata pelajaran
elektif baru dalam kumpulan II (Teknikal dan Vokasional) yang mula diperkenalkan
bagi Tingkatan 4 dan 5 dalam program Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah(KBSM). Mata pelajaran ini dirancang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat mewujudkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ia juga digubal kearah meningkatkan daya
pengeluaran melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif
serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang faham teknologi dan ekonomi
sejajar dengan dasar dan keperluan negara.
Lukisan Kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas. Bagi memupuk pentafsiran yang
seragam, Lukisan Kejuruteraan mempunyai konvension, simbol dan kepiawaian
tersendiri yang telah ditetapkan. Mata pelajaran ini juga bertujuan memupuk sifat dan
nilai seperti kebersihan, kekemasan dan ketepatan untuk menghasilkan kerja yang
bermutu.
Matlamat memperkenalkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah untuk
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan serta
4
melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik sama ada dalam
kehidupan seharian mahupun dalam bidang yang akan diceburi. Penguasaan
pengetahuan dan kemahiran asas ini akan membolehkan pelajar berinteraksi dengan
penuh keyakinan dalam dunia teknologi semasa disamping dapat memupuk minat
pelajar dalam bidang kejuruteraan. Penekanan diberikan dalam bidang kejuruteraan
awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan mekanikal.
Penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran ini juga penting bagi mencerahkan lagi
peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan di institusi
pengajian tinggi. Disamping itu, mata pelajaran ini juga menerapkan pengetahuan dan
kemahiran asas menggunakan perisian lukisan terbantu komputer (Auto-CAD) selaras
dengan perkembangan teknologi terkini kepada pelajar.
Di antara objektif mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini diajarkan ialah
untuk membolehkan pelajar:-
1. Menyedari dan menghargai tentang kepentingan mata pelajaran ini sebagai
media komunikasi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.
2. Memahami konsep dan prinsip dalam lukisan serta kegunaannya.
3. Membuat lukisan dengan betul, tepat dan kemas.
4. Memahami dan mentafsir dengan betul ilustrasi teknikal secara kreatif dan
kritis(KBKK).
5. Menggunakan Lukisan Kejuruteraan sebagai media komunikasi untuk
menyampaikan idea dan maklumat secara grafik.
6. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui aktiviti Lukisan
Kejuruteraan.
7. Mematuhi kepiawaian Lukisan Kejuruteraan.
8. Memperolehi asas yang kukuh untuk menceburi diri dalam bidang
kejuruteraan serta membolehkan artikulasi ke peringkat pengajian tinggi.
9. Menyedari peluang pekerjaan yang berkaitan dengan Lukisan
Kejuruteraan.
(Jabatan Pendidikan Teknikal, 2000)
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Lukisan Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang amat penting
dalam era perkembangan sains dan teknologi. Ilmu pengetahuan yang terkandung
dalam mata pelajaran ini perlu disampaikan kepada para pelajar supaya ianya boleh
digunakan dalam pelbagai bidang yang berkaitan kejuruteraan dan teknologi apabila
mereka memasuki alam pekerjaan. Oleh itu, kesediaan guru untuk mengajar mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini adalah penting supaya dapat membantu pelajar
menguasai teori dan kemahiran yang diperlukan dalam mata pelajaran ini.
Walaupun mata pelajaran ini telah diperkenalkan semenjak tahun 1995 di
sekolah-sekolah aliran akademik (SMA), keputusan peperiksaan yang diperolehi
adalah kurang baik. Merujuk kepada keputusan peperiksaan, tahap pencapaian para
pelajar dalam sesuatu mata pelajaran dapat dilihat dengan jelas. Selain itu,
berdasarkan analisis keputusan peperiksaan juga dapat mencerminkan kesediaan guru
untuk mengajar sesuatu mata pelajaran sebagaimana dalam keputusan peperiksaan
SPM negeri Johor dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Jadual 1.2: Analisis keputusan peperiksaan SPM2002 mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Negeri Johor mengikut daerah.
LULUS DAERAH CALON
AMBIL Bil % BATU PAHAT 543 379 69.8 JOHOR BAHARU 921 686 74.5 KLUANG 450 329 73.1 KOTA TINGGI 369 263 71.3 KULAI 80 43 53.8 MERSING 80 43 53.8 MUAR 348 260 74.7 PONTIAN 38 25 65.8 SEGAMAT 348 248 71.3 NEGERI JOHOR 3177 2276 71.6
(Jabatan Pendidikan Negeri Johor)
6
Merujuk kepada Jadual 1.2, analisis keputusan peperiksaan SPM 2002 mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi negeri Johor yang terdiri dari sembilan buah
daerah, secara keseluruhannya peratus lulus adalah sederhana iaitu 71.6%. Walau
bagaimanapun terdapat juga daerah-daerah dalam negeri Johor menunjukkan
keputusan peperiksaan peratus lulus yang kurang memuaskan iaitu di bawah paras
65% seperti di daerah Kulai(53.8%) dan Mersing(53.8%).
Jadual 1.3 : Bilangan dan peratus pelajar mengikut gred dalam keputusan
peperiksaan SPM2002, mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Negeri Johor mengikut daerah.
DAERAH BIL. PELAJAR GRED 1A-2A
BIL. PELAJAR GRED 3B-6C
BIL. PELAJAR GRED 7D-9F
BATU PAHAT 29 223 291 JOHOR BAHARU 85 400 436 KLUANG 46 173 231 KOTA TINGGI 13 156 200 KULAI 1 17 62 MERSING 0 15 65 MUAR 66 129 153 PONTIAN 0 15 23 SEGAMAT 5 157 183 NEGERI JOHOR 245 1288 1644 PERATUS 7.8 % 40.5 % 51.7 %
(Jabatan Pendidikan Negeri Johor)
Berdasarkan kepada Jadual 1.3 pula, bilangan dan peratus pelajar mengikut
gred menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat gred yang rendah iaitu
sebanyak 51.8% mendapat gred antara 7D hingga 9F. Bilangan pelajar yang
mendapat gred sederhana pula iaitu antara gred 3B hingga 6C adalah sebanyak 40.5%
dan bagi pelajar yang mendapat gred cemerlang iaitu antara gred 1A dan 2A ialah
sebanyak 7.8%. Dari jadual tersebut jelas menunjukkan bahawa peratus pelajar yang
mendapat keputusaan cemerlang amatlah rendah berbanding peratus pelajar lulus bagi
negeri Johor.
7
Jadual 1.4: Bilangan sekolah yang mendapat peratus pelajar gagal melebihi
30 % dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi
peperiksaan SPM 2002 negeri Johor.
Peperiksaan Jumlah Sekolah
Bil. sekolah mendapat % gagal > 30%
Peratus sekolah mendapat % gagal > 30%
SPM 2002 42 22 52.3%
(Jabatan Pendidikan Negeri Johor)
Berdasarkan Jadual 1.4, bilangan sekolah yang mendapat peratus gagal lebih
daripada 30% dalam peperiksaan SPM 2002 bagi mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan adalah amat tinggi iaitu 52.3%. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat
banyak sekolah di negeri Johor tidak menunjukkan keputusan yang baik dalam
peratus jumlah lulus dalam mata pelajaran ini.
Dari analisis keputusan-keputusan peperiksaan yang diperolehi di atas telah
menimbulkan persoalan mengenai apakah yang menjadi punca kurangnya pelajar
mendapat kelulusan gred cemerlang dan juga kurangnya sekolah yang mempunyai
bilangan pelajar lulus melebihi 70% dalam peperiksaan mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Tidak dapat dinafikan terdapat berbagai-bagai faktor yang boleh
menyumbang kepada kelemahan pencapaian pelajar diantaranya adalah kesediaan
guru PKPG-KH untuk mengajar sesuatu mata pelajaran.
Kesediaan untuk mengajar sesuatu mata pelajaran memainkan peranan
penting untuk memastikan pengajarannya berjaya mencapai kualiti dan kuaniti
keputusan peperiksaan yang diharapkan. Kesediaan untuk mengajar sesuatu mata
pelajaran bukan sahaja perlu bagi guru yang telah mengajar di sekolah tetapi juga
kepada bakal guru yang akan ditempatkan ke sekolah. Oleh itu, satu kajian hendaklah
dilakukan bagi mengenalpasti kesediaan pelajar PKPG-SPH di UTM yang akan
dijadikan tenaga kerja untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di
sekolah. Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk
8
tindakan dengan sewajarnya. Langkah ini dapat memastikan guru yang dibekalkan ke
sekolah mempunyai kesediaan mengajar yang baik.
1.3 Penyataan Masalah
Statistik peratus kelulusan atau kegagalan pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran adalah perkara yang amat dititik beratkan oleh pelajar, ibu bapa dan semua
pihak yang berkaitan dengan pendidikan. Peratusan kelulusan sesuatu mata pelajaran
lazimnya akan dikaitkan dengan berbagai-bagai faktor antaranya ialah kesediaan guru
untuk mengajar sesuatu mata pelajaran. Seorang guru amat memerlukan kepakaran
dan kesedian yang baik supaya dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Oleh itu,
kajian ini perlu dijalankan untuk mengetahui kesediaan pelajar-pelajar PKPG- SPH di
UTM untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah dari segi
pengetahuan isi pelajaran (Content Knowledge), pengetahuan kandungan pedagogi
(Pedagogical Content Knowledge), kemahiran mengajar, minat terhadap mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan sikap terhadap mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar-pelajar PKPG-
SPH di UTM dalam mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Secara
khususnya, objektif kajian adalah untuk:-
9
a. Mengenalpasti pengetahuan isi pelajaran mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan pelajar PKPG- SPH.
b. Mengenalpasti kemahiran mengajar mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan pelajar PKPG- SPH.
c. Mengenalpasti pengetahuan kandungan pedagogi mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan pelajar PKPG- SPH.
d. Mengenalpasti minat pelajar PKPG- SPH terhadap mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
e. Mengenalpasti sikap pelajar PKPG- SPH terhadap mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan objektif kajian di atas, pengkaji
telah mengenalpasti beberapa persoalan kajian yang perlu dijawab dalam kajian ini.
Di antara persoalan kajian ini ialah:-
a. Adakah pelajar PKPG- SPH mempunyai pengetahuan isi pelajaran yang
baik dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
b. Adakah pelajar PKPG- SPH mempunyai kemahiran mengajar yang baik
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
c. Adakah pelajar PKPG- SPH mempunyai pengetahuan kandungan
pedagogi yang baik dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
d. Apakah minat pelajar PKPG- SPH terhadap mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
e. Apakah sikap pelajar PKPG- SPH terhadap mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
top related