kesediaan pelajar-pelajar 4 sph program · pdf fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan...

28
KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) MENGAJAR MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) KATERING DAN PENYAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA YULI BIN YUSUP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALASIA

Upload: lemien

Post on 01-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM KHAS

PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) MENGAJAR MATA PELAJARAN

VOKASIONAL (MPV) KATERING DAN PENYAJIAN DI SEKOLAH

MENENGAH HARIAN BIASA

YULI BIN YUSUP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALASIA

Page 2: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

19:16Pind. 1/97

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau di sertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH (PKPG) UNTUK

MENGAJAR MPV (KATERING DAN PENYAJIAN) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya YULI BIN YUSUP .

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesisi ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi

pengajian tinggi. 4. ** sila tandakan ( )

SULIT

SULIT TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Dr Yusof Bin Boon RH237, Kg Jalan Damai, Peti Surat 62467, 91007 Tawau, Nama Penyelia Tarikh : APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Page 3: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : Dr Yusof Bin Boon

Tarikh : 3O APRIL 2008

Page 4: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

KESEDIAAN PELAJAR – PELAJAR 4 SPH (PKPG) UNTUK MENGAJAR

MPV (KATERING DAN PENYAJIAN) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

BIASA

YULI BIN YUSUP

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 5: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………..

Nama Penulis : Yuli Bin Yusup

Tarikh : April, 2008

Page 6: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

iii

Dipanjatkan kesyukuran dan kerahmatan buat-Nya yang mengizinkan akan

segala sesuatu..........

Untuk Ayahanda dan Bonda

En Yusup Bin Saba dan Hjh Rasmah Bte Senga

Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima kasih Ayahanda dan Bonda

Untuk Abah dan Mak mertua

Hj Sarif@Sharif Bin Abu dan Hjh Saniah Bte Garib

Doa, sokongan dan nasihatmu mengiringi kejayaanku

Terima kasih Abah dan Mak

Buat isteri tersayang

Pn. Norhayati Binti Hj Sarip@Sharif

Terima kasih atas kesabaran,sokongan dan

Pengorbanan yang tidak ternilai hatta dengan wang ringgit sekalipun

Dan

Pensyarah Pembimbing yang dihormati

Dr Yusof Bin Boon

Atas segala tunjuk ajar dan bimbingan

“KEJAYAAN ADALAH HASIL DARIPADA USAHA

DAN

USAHA ITU TIDAK AKAN BERKAT TANPA DOA....”

Page 7: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, setinggi-tinggi rasa kesyukuran

dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Dia yang Maha Pencipta lagi Maha Mengasihani, segala

puji-pujian buat nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya dan ucapkan

ribuan terima kasih kepada penyelia tesis ini, Dr. Yusof Bin Boon yang telah banyak

berusaha membantu dan membimbing penulis sepanjang masa untuk menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Sumbangan yang telah anda semua berikan amatlah berguna dan bermakna. Semoga

Allah S.W.T memberkatinya.

Terima Kasih.

Page 8: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan pelajar-pelajar 4 SPH

(PKPG) untuk mengajar mata pelajaran Katering dan Penyajian setelah tamat

pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menyentuh aspek-aspek

berkaitan minat pelajar terhadap mata pelajaran Katering dan Penyajian, pengetahuan

dan kemahiran pelajar untuk mengendalikan pengajaran mata pelajaran Katering dan

Penyajian dan minat pelajar untuk mengajar mata pelajaran Katering dan Penyajian.

Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik kepada semua pelajar

4 SPH (PKPG) yang sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini berbentuk

kajian kes yang melibatkan responden seramai 127 orang. Data mentah yang

diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 13.0 untuk mendapatkan nilai

kekerapan dan peratusan. Semua hasil dapatan dikumpulkan dan dirumuskan bagi

mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Semua hasil dapatan dikumpulkan dan

dirumuskan bagi mendapatkan satu gambaran yang jelas mengenai kesediaan pelajar-

pelajar 4 SPH (PKPG) untuk mengajar mata pelajaran Katering dan Penyajian.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) menunjukkan

kesediaan dari segi minat terhadap mata pelajaran Katering dan Penyajian,

pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan pengajaran mata pelajaran

Katering dan Penyajian dan minat pelajar untuk mengajar mata pelajaran Katering

dan Penyajian di sekolah.

Page 9: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

vi

ABSTRACT

This research is conducted to determine the readiness of 4 SPH (PKPG)

students to teach Catering and Food Presentation subject after finishing their studies

at Universiti Teknologi Malaysia. This research covers the aspects related to the

interest of student in Catering and Food Presentation subject, knowledge and skills to

conduct practical lessons in catering and Food Presentation as well as the student’s

interest to teach Catering and Food Presentation subject. Questionnaire was used as

research instrument and distributed to all 4 SPH (PKPG) students undergoing

Bachelor of Technology and Education (Living skills) at Education Faculty, UTM.

This research is a case study which involves 127 respondents. Data was analyzed

using SPSS version 13.0 software to get the percentage and frequency. Data was

presented in percentage and frequency form. Research results was collected and

concluded to get a clear picture about the readiness of 4 SPH (PKPG) students in

teaching Catering and Food Preparation subject. The research outcome shows the 4

SPH (PKPG) students readiness from interest perspective for Catering and Food

Presentation subject, knowledge and skills to conduct practical lessons in Catering

and Food Presentation as well as the students interest to teach Catering and Food

Presentation subject after they complete their studies

Page 10: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 5

1.2 Pernyataan Masalah 10

1.3 Objektif Kajian 11

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Kepentingan Kajian 12

1.5.1 Pensyarah dan Tutor PTV di UTM 12

1.52 Pelajar 12

1.5.3 Fakulti Pendidikan UTM 13

1.5.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 13

1.6 Skop dan Batasan Kajian 13

1.7 Definisi Istilah 14

Page 11: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

viii

1.7.1 Kesediaan 14

1.7.2 Pelajar 14

1.7.3 Sekolah Menengah Akademik Harian 15

1.7.4 Katering dan Penyajian 15

1.7.5 Pengetahuan 15

1.7.6 Kemahiran 16

1.7.7 Minat 16

1.8 Penutup 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 18

2.1 Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) 19

2.1.1 Objektif Program SKK 20

2.1.2 Pakej Pembelajaran 20

2.1.2.1 Panduan Pengajaran dan Pembelajaran

(PPP) 20

2.1.2.2 Latihan tempat kerja (LTK) 21

2.1.3 Pelaksanaan Program SKK 22

2.2 Program MPV (Mata Pelajaran Vokasional) 23

2.2.1 Objektif Program MPV 23

2.2.2 Penawaran dan Pelaksanaan Program MPV 24

2.2.3 Perihal dan Status Program 25

2.2.4 Bahan – bahan Kurikulum 26

2.3 Pengetahuan dan kemahiran guru 27

2.4 Pengurusan dan penyelenggaraan bengkel 29

2.5 Pengkhususan / Opsyen guru 30

2.6 Sikap 31

2.7 Penutup 33

Page 12: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34

3.1 Reka Bentuk Kajian 34

3.2 Tempat Kajian 35

3.3 Populasi Kajian 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Kandungan Soal Selidik 36

3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Pelajar 37

3.5.2 Bahagian B: Soalan Soal Selidik 37

3.6 Prosedur Kajian 38

3.7 Kajian Rintis 39

3.8 Analisis Data 40

3.9 Penutup 41

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 42

4.1 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 42

4.1.1 Jantina 42

4.1.2 Bangsa 43

4.1.3 Umur 44

4.1.4 Status Perkahwinan 44

4.1.5 Pengalaman Mengajar 45

4.1.6 Kelulusan Akademik Tertinggi 46

4.1.7 Bidang Ikhtisas 46

4.2 Analisis Bahagian B: Persoalan Kajian 47

4.2.1 Persoalan Kajian 1 47

4.2.2 Persoalan Kajian 2 51

4.2.3 Persoalan Kajian 3 54

4.2.4 Persoalan Kajian 4 58

4.3 Penutup 61

Page 13: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 63

5.1 Perbincangan 64

5.1.1 Tahap Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Katering dan Penyajian 64

5.1.2 Tahap Pengetahuan Pelajar Dalam Pengendalian

Pengajaran Mata Pelajaran Katering dan

Penyajian 65

5.1.3 Tahap Kemahiran Pelajar Dalam Pengendalian

Pengajaran Mata Pelajaran Katering dan

Penyajian 66

5.1.4 Mengenal Pasti Minat Pelajar Untuk Mengajar

Mata Pelajaran Katering dan Penyajian 67

5.2 Rumusan Hasil Dapatan Kajian 69

5.2.1 Minat Dalam Mata Pelajaran Katering dan

Penyajian 69

5.2.2 Pengetahuan Untuk Mengendalikan Pengajaran

Katering dan Penyajian 70

5.2.3 Kemahiran Mengendalikan Pengajaran Mata

Pelajaran Katering dan Penyajian 70

5.2.4 Minat Mengajar Mata Pelajaran Katering

Dan Penyajian 71

5.3 Cadangan 71

5.3.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 72

5.3.1.1 Guru (Pelajar) 72

5.3.1.2 Pihak Sekolah 73

5.3.1.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 73

5.3.1.4 Universiti Teknologi Malaysia 74

5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.4 Penutup 75

RUJUKAN 77

LAMPIRAN 81-107

Page 14: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kurikulum Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, UTM 6

1.2 Penawaran Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah

Menengah Harian 8

2.1 Senarai Mata Pelajaran Yang Ditawarkan 21

2.2 Pusat Perkembangan Kurikulum (1992) Jangka Masa Yang

Hendak Dicapai Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 24

3.1 Taburan Item–item Mengikut Persoalan Kajian 37

3.2 Skala Likert Lima Mata 38

3.3 Pengkelasan Semula Skala Likert 41

3.4 Tahap Min 41

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 44

4.4 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 44

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 45

4.6 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 46

4.7 Taburan Responden Mengikut Bidang Ikhtisas 47

4.8 Taburan Responden Mengikut Minat Dalam Mata Pelajaran

Katering dan Penyajian 48

4.9 Taburan Responden Mengikut Aspek Pengetahuan Untuk

Mengendalikan Pengajaran Katering dan Penyajian 52

4.10 Taburan Responden Mengikut Aspek Kemahiran

Mengendalikan Pengajaran Katering dan Penyajian 55

Page 15: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

xii

4.11 Taburan Responden Mengikut Aspek Minat Untuk

Mengajar Katering dan Penyajian 58

4.12 Skor Purata Min Keseluruhan 61

Page 16: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

SMH Sekolah Menengah Harian

SMV Sekolah Menengah Vokasional

SMT Sekolah Menengah Teknik

BPG Bahagian Pendidikan Guru

ERT Ekonomi Rumah Tangga

KP Katering dan Penyajian

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

MPV Mata Pelajaran Vokasional

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Package For the Social Sciences

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

LTK Latihan Tempat Kerja

Page 17: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 81 B Dapatan Nilai Alpha Kajian Rintis 89 C Analisis Dapatan Kajian 94

Page 18: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan suatu konsep baru di

dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sebelum abad ke-20, para pendidik

menganggap pendidikan teknik dan vterdapat pandangan yang menyifatkan

pendidikan umum/liberal adalah lebih akademik berbanokasional merupakan satu

bentuk ‘latihan’ dan bukan pendidikan. Di negara barat ding dengan pendidikan

teknik dan vokasional. Dari segi sejarahnya, pendidikan akademik dan pendidikan

vokasional dipisahkan atas dasar ideologi, ini dapat dilihat di kebanyakan negara

termasuklah Malaysia, pemisahan antara pendidikan akademik dan vokasional telah

lama wujud. Maka terdapat sekolah-sekolah elit yang memberi fokus terhadap mata

pelajaran akademik semata-mata dan mengabaikan mata pelajaran teknikal.

Walaupun pandangan yang sempit terhadap pendidikan teknik dan vokasional

semakin berubah, namun masih terdapat perdebatan-perdebatan mengenainya

sehingga kini. Sekolah dan institusi akademik ditubuhkan untuk melahirkan cerdik

pandai dan cendekiawan yang akan menerus dan mengembangkan disiplin ilmu yang

dianggap penting untuk tamadun manusia. Manakala sekolah dan pusat latihan

vokasional ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ekonomi di mana sesebuah

negara yang ingin maju harus menyediakan tenaga kerja yang berterusan untuk

Page 19: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

2

membangunkan sektor ekonomi. Pembangunan sumber manusia adalah amat

penting bagi mencapai kemakmuran di sesebuah negara. Keperluan sumber manusia

dalam bidang teknikal amat penting dalam merealisasikan hasrat Malaysia Maju

menjelang tahun 2020. Sumber manusia yang diperlukan itu pula bergantung kepada

corak dan struktur ekonomi yang terdapat pada sesuatu masa. Di Malaysia, kajian

mengenai pembangunan tenaga manusia telah dijalankan. Hasil kajian tersebut

menunjukkan bahawa juruteknik amat berkurangan, dan diikuti oleh beberapa

kategori pekerja sektor pengeluaran. Keperluan bagi mendapatkan pekerja-pekerja

mahir semakin meruncing disebabkan oleh perubahan teknologi dan teknik-teknik

baru terutama di dalam bidang elektronik dan komputer.

Pada penghujung tahun 50-an dan awal tahun 60-an, penggubal dasar mula

mengakui bahawa pendidikan dianggap satu agen penting bagi pembangunan

ekonomi sesebuah negara. Seluruh masyarakat telah melihat dan memberi

tanggungjawab membentuk dan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan serta

berketerampilan kepada institusi-institusi pendidikan khususnya institusi yang

menekankan kemahiran teknik dan vokasional. Selari dengan pembangunan negara

pada hari ini yang menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang

perusahaan dan perdagangan, maka bidang pendidikan teknik dan vokasional

hendaklah diperluaskan dan dimajukan lagi (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Pendidikan akademik didefinisikan sebagai pendidikan yang bersifat generik

dan liberal yang menyediakan pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat

universiti manakala pendidikan vokasional secara keseluruhannya boleh ditakrifkan

sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal

untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir (Ramlee 1999). Pendidikan

teknik dan vokasional pada akhir abad ke 20 telah melalui pelbagai perubahan ke

arah perubahan positif. Ini kerana suatu masa dahulu pendidikan teknik dan

vokasional di anggap sebagai satu program yang rendah tarafnya dan hanya layak

untuk pelajar-pelajar yang ‘tiada kemampuan’ untuk berjaya dalam bidang

akademik. Di samping itu, pendidikan vokasional juga sering dianggap sebagai

pendidikan kelas kedua yang hanya akan membawa kepada pekerjaan yang bertaraf

rendah. Persepsi negatif ini mungkin akan berubah sekiranya integrasi akademik-

Page 20: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

3

vokasional dilaksanakan di mana tidak ada lagi pengasingan pelajar akademik dan

vokasional dan semua pelajar diajar secara kontekstual. Di samping itu, sistem

penilaian dan pentaksiran juga perlu diubah supaya selaras dengan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang baru. Selepas kurikulumnya digubal dan

dijadikan setaraf dengan kurikulum di sekolah menengah akademik pada tahun 1987,

pendidikan teknik dan vokasional telah mendapat perhatian yang sewajarnya

daripada ramai pelajar yang berpencapaian sederhana dalam SRP. Terdapat dua

perspektif berkaitan pendidikan teknik dan vokasional iaitu pendidikan teknik dan

vokasional yang berasaskan pekerjaan dan satu lagi ialah pendidikan teknik dan

vokasional di sekolah (Laoglo, 1983).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan berbagai-bagai-

bagai rancangan yang konkrit khususnya berkaitan dengan kurikulum pendidikan

bagi menjayakan Wawasan 2020. Antara tumpuan yang diberikan ialah penekanan

kepada bidang teknik dan vokasional. Di peringkat sekolah rendah, mata pelajaran

Kemahiran Manipulatif yang dikenali dengan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

mula diperkenalkan pada Disember 1992 manakala di peringkat Menengah Rendah

pula, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu bermula tahun 1989. Untuk peringkat menengah atas pula mata

pelajaran ini telah diperkenalkan pada tahun 1992 di mana Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mengorak langkah dengan mewujudkan pelbagai mata pelajaran

elektif yang di kelompokan kepada empat kumpulan dan salah satunya ialah

kumpulan vokasional dan teknik.

“Pada masa yang sama kita akan terus menyediakan peluang yang lebih baik

kepada murid untuk memilih mata pelajaran mengikut minat dan potensi mereka.

Kita akan memperluaskan lagi mata pelajaran vokasional di sekolah-sekolah

akademik harian biasa untuk dipilih oleh pelajar yang kurang berminat dalam mata

pelajaran akademik. Kita telah mengenal pasti Mata Pelajaran Vokasional yang

boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah harian biasa”. (Perutusan Tahun Baru,

Menteri Pendidikan, Laman Web Rasmi KPM, 2002)

Page 21: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

4

Mata pelajaran Teknik dan Vokasional merupakan satu lagi komponen mata

pelajaran yang baru diperkenalkan dalam KBSM oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima sekolah akademik harian

yang menghadapi masalah dalam mengikuti pelajaran akademik di dalam kelas.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Sejajar dengan itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai Program Mata

Pelajaran Vokasional (MPV) pada tahun 2002. Program ini adalah satu program

perluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat

Menengah Rendah.

Program MPV yang diwujudkan ini bercorak kemahiran yang memberi

tumpuan kepada aktiviti-aktiviti amali dan kerja projek kepada pelajar terutamanya

mereka yang berprestasi sederhana rendah dan rendah tetapi mempunyai bakat dan

potensi dalam bidang teknikal. Selain daripada mengambil mata pelajaran-mata

pelajaran teras biasa, pelajar-pelajar golongan ini juga dikehendaki mengambil satu

atau lebih mata pelajaran teknik dan vokasional (MPV). Mata Pelajaran Vokasional

yang mereka ambil akan dinilai sama taraf dengan mata pelajaran lain dalam SPM.

Penilaian pula akan dikendalikan secara amali dan berasaskan sekolah. (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001). Antara objektif KPM memperkenalkan MPV di

sekolah akademik harian ialah;

i. Memberi peluang yang luas kepada pelajar untuk memilih mata pelajaran

mengikut minat dan bakat mereka.

ii. Membekalkan Kemahiran Vokasional terutamanya kepada pelajar yang

cenderung kepada ketukangan tangan.

iii Memperluaskan pendidikan Teknikal dan Vokasional di sekolah Menengah

Akademik.

iv. Sebagai persediaan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir

dalam perindustrian negara.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Page 22: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

5

1.1 Latar Belakang Masalah

Guru merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan negara di mana

guru memainkan peranan yang penting terutamanya dalam melaksanakan segala

dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia. Tanpa sokongan dan penglibatan daripada para guru, segala

perancangan pendidikan yang telah dirancang dan disediakan akan terbengkalai

begitu sahaja. Justeru itu, pendidikan perguruan adalah penting untuk membekalkan

guru-guru pelatih yang berkualiti dengan kemahiran profesional bagi membolehkan

mereka mengajar dengan baik dan berkesan. Ini kerana persediaan bagi seseorang

guru bermula semasa ia mengikuti pendidikan perguruan lagi dan persediaan yang

sepatutnya diperoleh di dalam program tersebut adalah dari segi akademik, teknik

dan mental.

Bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPV), pihak KPM telah menjalankan

beberapa kursus jangka pendek untuk guru-guru di sekolah dan menawarkan kursus-

kursus jangka masa panjang di IPT bagi melatih guru-guru yang akan mengajar

MPV. Menurut Ishak dan Koh (1983), untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan

untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran memerlukan jangka masa latihan

yang panjang. Pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk

membina minat dan sikap guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia,

Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah satu institusi yang melahirkan guru-

guru siswazah untuk mengajar MPV di sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) UTM. Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan ini menawarkan pelbagai pilihan mata pelajaran dan kurikulumnya

adalah berdasarkan Kurikulum Teknik dan Vokasional. Antara mata pelajaran yang

ditawarkan ialah adalah seperti dalam Jadual 1.1:

Page 23: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

6

Jadual 1.1: Kurikulum Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, UTM

Kategori

Mata Pelajaran

Mata Pelajaran Kod Nama Kredit

SPE 1032 Keselamatan Bengkel 2

SPE 1022 Lukisan Kejuruteraan 1 2

SPE 4052 Organisasi Pengurusan Bengkel 2

SPE 2022 Penghantar Pendidikan Teknik & Vokasional 2

SPE 3022 Industri dan PTV 2

SPE 3002 Perdagangan dan Keusahawanan 2

SPE 2062 Pengukuran dan Penilaian dalam PTV 2

SPE 2112 Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer 2

SPE 4602 Teknologi Pembuatan 2

SPE 4612 Asas Pneumatik dan Hidraulik 2

SPE 1002 Asas Lukisan Kejuruteraan 2

SPE 2032 Asas Reka cipta 3

SPE 2622 Reka bentuk Industri 2

SPA 3003 Latihan Industri (HW) 2

SPM 1002 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran 2

SPM 1012 Telekomunikasi dan Rangkaian 2

SPP 3042 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 2

SPU 4902 Projek Sarjana Muda I 2

SPU 4904 Projek Sarjana Muda II 4

Mata Pelajaran

Wajib / Teras

Fakulti

Jumlah 41

Page 24: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

7

Kategori

Mata Pelajaran

Mata Pelajaran Kod Nama Kredit

SPL 1302 Asas Perdagangan 2

SPL 1002 Teknologi Kayu 2

SPL 1112 Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan 2

SPL 2412 Asas Pemasaran 2

SPL 1022 Asas Elektrik 2

SPL 1212 Pembiakan dan Pengurusan Tanaman 2

SPL 1122 Pakaian dan Fabrik 2

SPL 3422 Kajian Konsumer dan Amalan 2

SPL 2112 Pengajian Pakaian 2

SPL 3212 Hortikultur Hiasan 2

SPL 2012 Kimpalan dan Fabrikasi Logam 2

SPL 2122 Penyediaan Makanan 2

SPL 2402 Reka bentuk Berbantukan Komputer 2

SPL 1012 Asas Elektrik dan Elektronik 2

SPL 3002 Perkhidmatan Bangunan : Perpaipan 2

Mata pelajaran

Teras Program/

Pengkhususan

Jumlah 30

SOK 3412 Aplikasi Komputer Grafik 2

SPL 4102 Teknologi Pemprosesan Pemakanan I 2

SPL 4402 Asas Pengurusan Inovasi dan Pengeluaran Produk 2

SPL 4403 Reka cipta 2

SPL 4002 Teknologi Automotif 2

SPL 4222 Prinsip Pengeluaran Ternakan 2

SPL 4112 Teknologi Pemprosesan Pemakanan II 2

SPL 4202 Agroteknologi 2

Jumlah 18

Mata Pelajaran

Teras Program /

Pengkhususan

Jumlah Kredit Keseluruhan 101

Sumber: Buku Panduan Akademik Fakulti Pendidikan Siri Kemasukan 2007/2008

Page 25: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

8

Program MPV di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pula telah

menyediakan tiga pendekatan berbeza dalam penyediaan guru. Pada peringkat awal

pelancaran MPV, Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM dipertanggungjawabkan

melaksanakan kursus orientasi kepada guru-guru yang mengajar pada tahun 2002.

Bahagian Pendidikan Guru pula melatih guru-guru mulai tahun 2002 dalam Program

KPLI dan keluaran sulung guru bagi program ini telah mulai mengajar di sekolah-

sekolah pada tahun 2003. Manakala Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej

Universiti Tun Hussin Onn, Universiti Teknologi Malaysia akan dilibatkan dalam

persediaan guru dalam jangka masa panjang. (Ahmad Sipon, 2001). Program MPV

ditawarkan secara berperingkat-peringkat sehingga 22 mata pelajaran kemahiran

dalam lima bidang usaha iaitu Pembinaan, Pembuatan, Ekonomi Rumah Tangga,

Teknotani dan Aplikasi Komputer. Semua mata pelajaran ini dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat selama 4 fasa mulai tahun 2002 hingga tahun 2005. Jadual

pelaksanaan Mata Pelajaran (MPV) tersebut adalah seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 1.2: Penawaran Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Harian

Tahun

Pelaksanaan

Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah

Menengah Akademik

Bidang Usaha

Tahun 2002

(Fasa 1)

1. Pembinaan Domestik

2. Membuat Perabot

3. Seni Reka Tanda

4. Menservis Peralatan Elektrik

Domestik

5. Rekaan Dan Jahitan Pakaian

6. Katering dan Penyajian

7. Landskap dan Nurseri

8. Tanaman Makanan

Pembinaan

Pembuatan

Pembuatan

Pembuatan

ERT

ERT

Teknotani

Teknotani

Tahun 2003

(Fasa 2)

9. Produksi Multimedia

10. Grafik Berkomputer

Aplikasi Komputer

Aplikasi Komputer

Page 26: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

9

Tahun 2004

(Fasa 3)

11. Pendawaian Domestik

12. Menservis Automobil

13. Menservis Peralatan Penyejukan dan

Penyaman Udara

14. Asuhan dan Pendidikan Awal

Kanak-kanak

15. Hiasan Dalaman Asas

16. Penjagaan Muka dan Dandanan

17. Pemprosesan Makanan

18. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi

Pembinaan

Pembuatan

Pembuatan

ERT

ERT / Pembinaan

ERT

ERT

Teknotani

Tahun 2005

(Fasa 4)

19. Menservis Motosikal

20. Gerontologi Asas dan Penjagaan

Geriatrik

21. Kimpalan Gas dan Arka

22. Kerja Paip Domestik

Pembuatan

ERT

Pembinaan

Pembinaan

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004

Bagi mata pelajaran Katering dan Penyajian, ia telah dilaksanakan di sekolah

pada tahun 2002 (Fasa 1) yang melibatkan 45 buah sekolah di seluruh negara dan 17

buah daripadanya menjadikan Mata Pelajaran Katering dan Penyajian sebagai pilihan

pertama. Sehingga akhir tahun 2004, lebih kurang 92 buah sekolah telah

menawarkan mata pelajaran tersebut. “Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan

murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian

makanan. Dalam pembelajaran katering, murid mempraktikkan kemahiran

menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan pelbagai resipi

asas. Dalam pembelajaran penyajian, murid mengenal pasti peralatan menghidang,

menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan

prosedur melayan pelanggan. Dengan kemahiran yang diperoleh, murid boleh

melibatkan diri di dalam bidang katering atau masakan sebagai tukang masak,

pramusaji atau pembantu katerer”. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004). Di

samping itu, bidang Katering menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan

Page 27: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

10

kemahiran yang seharusnya menjadi amalan oleh semua pihak dalam kehidupan

mereka seharian. Secara tidak langsung mata pelajaran ini membolehkan pelajar

mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Berbekalkan pengetahuan dan

kemahiran yang diperoleh di peringkat sekolah dapat menimbulkan minat pelajar

untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang berkaitan. (Sukatan Pelajaran

Sekolah Menengah Tingkatan I-III, Kemahiran Hidup Bersepadu, 1992).

1.2 Penyataan Masalah

Sejak awal abad ke-20, sekolah dan institut latihan dan kemahiran yang

melatih kemahiran teknik dan vokasional telah mengalami pertumbuhan yang pesat

yang menandakan bermulanya era perindustrian negara. Apabila cabang MPV iaitu

Katering dan Penyajian diperkenalkan di sekolah menengah harian biasa, berbagai

masalah yang berkaitan dengan proses perlaksanaannya terpaksa dihadapi oleh

tenaga pengajar dan pelajar di sekolah.

Berpandukan kurikulum mata pelajaran KP yang telah digubal, pihak JPN

dan pentadbiran sekolah harus memikirkan dan merangka kaedah yang bersesuaian

untuk melaksanakannya di bilik darjah sebenar. Aspek yang paling penting ialah

tenaga pengajar yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum ini.

Mereka seharusnya mempunyai kemahiran dan pengetahuan tambahan bagi

mencapai objektif yang dirancang. Ini kerana mata pelajaran ini mempunyai

persamaan dengan mata pelajaran ERT dalam KHB dan ERT Tingkatan 4 dan 5

tetapi perlaksaannya adalah berbeza kerana mata pelajaran KP menekankan kepada

amali iaitu pengajaran secara modul. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui

kesediaan pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) yang berpotensi untuk mengajar MPV di

sekolah dari aspek minat, pengetahuan dan kemahiran. Ia juga bagi melihat

penerimaan bakal guru terhadap perlaksanaan mata pelajaran KP di sekolah

menengah harian biasa agar mereka dapat memperbaiki segala kelemahan dan

kekurangan bagi memantapkan perlaksanaan mata pelajaran ini di sekolah.

Page 28: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR 4 SPH PROGRAM · PDF fileberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ... Data was analyzed using SPSS version 13.0 software to get the

11

1.3 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini di jalankan ialah:

i. Mengetahui minat pelajar dalam mata pelajaran Katering dan Penyajian.

ii. Mengetahui tahap pengetahuan pelajar 4 SPH (PKPG) dalam pengendalian

pengajaran Katering dan Penyajian.

iii. Mengetahui tahap kemahiran pelajar 4 SPH (PKPG) dalam pengendalian

pengajaran Katering dan Penyajian.

iv. Mengenal pasti minat pelajar 4 SPH (PKPG) untuk mengajar Mata Pelajaran

Vokasional Katering dan Penyajian.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah merangkumi beberapa aspek berikut:

i. Apakah pelajar mempunyai minat dalam mata pelajaran Katering dan

Penyajian.

ii. Adakah pelajar mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mengendalikan

pengajaran Katering dan Penyajian.

iii. Adakah pelajar mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan

pengajaran Katering dan Penyajian.

iv. Adakah pelajar benar-benar berminat untuk mengajar Katering dan

Penyajian.