kesedaran kepelbagaian sosio-budaya.pptx

Post on 25-Dec-2015

72 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

DISEDIAKAN OLEH,TE SU RONG

WONG MEI SINWONG TECK HING

Pengenalan

Pengenalan

- Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum akan mewujudkan corak sosio budaya yang berbeza.-Pada tahun 2008, Malaysia telah mempunyai lebih daripada 28 juta penduduk.- Rakyat Malaysia terdiri daripada 200 kumpulan etnik.

Bangsa

Bangsa

konsep bangsa - Menurut John Stuart Mill, bangsa ialah

rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain.

- Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa ialah sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

Orang Melayu

- Pada tahun 1972, UNESCO mengakrifkan istilah “Melayu” sebagai suku bangsa Melayu di semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar.

- Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu dan menganut agama Islam.

Orang Cina Malaysia - Orang Cina yang menjadi warganegara di

Malaysia.- Kebanyakan ialah keturunan pendatang dari

China sekitar abad ke-15 hingga 20.

Orang India Malaysia - Berketurunan dari India semasa pemerintahan

British di Tanah Melayu.

Ras-boleh disebutkan sebagai kelompok sosial

yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berpandukan kepada ciri-ciri fizikal seperti warna kulit, warna mata dan warna rambut.

- ialah satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka .

Integrasi BudayaAsimilasi - Definisinya ialah proses penyerapan budaya. - Budaya migran dan minoriti yang diserap oleh

kebudayaan domain tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerapnya.

- Menurut Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin (2003), proses asimilasi ialah :

Budaya A + B + C = A.Budaya A tetap kekal dan diterima umum

walaupun berlaku penyerapan budaya.

Amalgamasi- Ialah proses pencantuman dari segi biologi. - Berlaku melalui perkahwinan campur. - Perkahwinan ini akan melahirkan satu

kelompok yang baru dan membentuk budaya yang baru.

- Menurut Jayum A. Jawan (1997), proses ini ialah :

A + B + C = D contohnya : Baba Nyonya

Pluralisme- Ialah proses mempertahankan kepelbagaian

budaya.- Setiap etnik mempunyai tanggungjawab

terhadap warisan kelompok.- Menurut Jayum A. Jawan (1997) menyatakan : A + B + C = A + B + C Setiap kelompok berpegang kepada

kebudayaan masing-masing walaupun berlaku perbezaan antara kebudayaan yang diamalkan.

Akomodasi - Setiap etnik tetap mempertahankan budaya

mereka tetapi hidup dengan harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.

Akultrasi- Proses masyarakat meminjam atau menerima

unsur-unsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

- Proses ini dikatakan sebagai asimilasi budaya.

Struktur Masyarakat / kelas sosial

Struktur Masyarakat / kelas sosial

Konsep masyarakat - Menurut Kamus Dewan (2005) , masyarakat ialah

kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

- Menurut Roucek dan Warren (1979), masyarkat ialah satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama.

Konsep Masyarakat Majmuk- Menurut I.S. Furnivall, masyarakat majmuk

terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai agama, budaya, bahasa dan adat resam yang tersendiri.

- Dalam konteks negara kita, masyarakat merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan sebagainya serta mempunyai kepelbagaian agama, adat resam dan budaya yang tersendiri.

Ciri-ciri utama masyarakat ialah :- Hidup berkelompok- Mempunyai budaya- Sering mengalami perubahan- Saling berinteraksi sama ada dalaman dan

dengan pihak luar- Mempunyai kepimpinan- Mempunyai struktur sosial (susunan lapis, kelas,

status dan kasta)

Susun lapis masyarakat

- Susun lapis masyarakat di negara kita adalah seperti berikut :

a) Sultan : kelas bierraki tertinggib) Kelas bangsawan : terdiri daripada kaum keluarga dirajac) Kelas pembesar : pembesar negeri/ daerahd) Rakyat biasa : golongan diperintah

Pegangan nilai masyarakat

Etnosentrik - Menilai kebudayaan lain berpandu kepada

standard dan nilai kebudayaan sendiri.- Menganggap kebudayaan lain mempunyai

nilai yang lebih rendah.- Etnosentrisme adalah keengganan sesuatu

kelompok bagi menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain.

Xenosentrisme- Kumpulan ini menganggap bahawa budaya

masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat mereka sendiri.

- Contohnya : Golongan muda masa kini menganggap

barat lebih baik dan modern berbanding dengan kebudayaan tempatan.

Rasisme- Pandangan negatif oleh sesuatu kumpulan sosial

terhadap kumpulan lain berdasarkan perbezaan ras dilakukan secara terbuka melalui tindakan.

- Menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling hebat.

- Rasisme wujud pada dua tahap iaitu : Tahap individu – kepercayaan dan sikap individu Tahap institusi – melibatkan dasar dan

pelaksanaan yang bersifat diskriminasi

Prejudis

- Ialah pandangan negatif oleh seorang atau kumpulan etnik tertentu terhadap kumpulan etnik lain yang tersemat dalam hati dan tidak diluahkan secara terbuka.

- Sikap ini disalurkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Kepercayaan

Apa itu Kepercayaan?

• Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.• Keyakinan atau akuan mengenai kebenaran

berlakunya sesuatu. (Kamus Dewan 1994)• Suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap

berkedudukan-memihak (propositional attitude). (dalam konteks psikologi)• Sebahagian daripada batu asas pembangunan

moral. (dalam konteks agama)• Sesuatu yang dipercayai dan diterima secara

turun-temurun.

Masyarakat Melayu

• Kepercayaan terhadap pawang dalam apa jua jenis situasi seperti waktu-waktu kecemasan dan sebagainya.

• Mentera yang juga dikenali sebagai jampi, serapah atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi mempengaruhi /mengawal sesuatu perkara.

• Melarang anak duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh mendapat bisul.

• Dilarang menjahit pada waktu senja.• Tidak boleh bersiul atau bernyanyi di

dapur.

Masyarakat Cina

• Fenomena alam diklasifikasikan kepada kepada yang dan yin.

• Yang merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang) dan segala yang yang termasuk keaktifan.

• Yin adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap (malam) dan segala yang bersifat pasif.

• Percaya bahawa jed dapat memberi kekayaan dan keharmonian.

• Feng shui memberi tuah dalam kehidupan.

Masyarakat India

• Dikaitakan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif.

• Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk.

Animisme

• Merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.

• Mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini mempunyai semangat yang mesti dihormati agar manusia tidak diganggu, malah dibantu dalam kehidupan seharian mereka.

• Semangat ini dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan dan penunggu.

• Nilai dan kepercayaan saling berkaitan.

• Kepercayaan memberi halatuju manusia tentang kehidupan.

• Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat.

Bahasa

Apa Itu Bahasa?Satu sistem komunikasi yang

menggunakan bunyi/simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-wenang, tetapi mempunyai struktur.

Alat menyalurkan idea.Satu set simbol-simbol & aturcara-

aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks.

Taksiran Bahasa menurut Tokoh• Nabalan: bahasa ialah sistem oerisyaratan (semiotik)

yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa terbuka untuk penafsiran = fonologi + morfologi + sintaksis.

• Chomsky: bahasa adalah kebolehan inat (semula jadi) penutur asli untuk membentuk ayat yang gramatis sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu.

• De Saussure: bahasa adalah pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti bahasa.

• Edward Sapir: bahasa adalah sistem manusiawi yang instingtif (yakni arbitrari) untuk menyampaikan perasaan dan fikiran melalui alat sistem simbol yang dikeluarkan secara voluntari.

Sebab Perubahan Bahasa

• Berlaku kerana perlukan penyesuaian yang berlaku dalam oraganisasi sosial dan pola-pola peranan sosial dalam sesuatu masyarakat.

Sebab-sebab Lain

Pertembungan masyarakat & budaya Perubahan populasi Penghijrahan

Peperangan

Penjajahan

Pendidikan

Kelas sosial Perdagangan

Agama

Proses Perubahan Bahasa• Perubahan bunyi

– [pinam] (kuno) kepada [pinang]

• Perubahan fonem– [vuat] (kuno) kepada [buat]

• Perubahan morfem– [nivunuh] kepada [dibunuh]

• Penggantian kata– [warsa] (kuno) kepada [tahun]– [siasah] (kuno) kepada [politk]

• Asimilasi– [organisasi] daripada [organization]

• Haplologi– [bag itu] (asal) kepada [begitu] (baru)

• Penggemblengan– [kugiran] daripada [kumpulan gitar rancak]

• Lewah pembetulan– [tuladan] (kata asal) kepada [teladan]

• Hanyutan fonetik– [dua halapan] kepada [delapan] kepada [lapan]

• Perubahan makna– [khalwat] (asal Arab): “menyendiri untuk beribadat” kepada

“berdua-duaan berbuat maksiat”• Penyempitan makna

– [tuan] (dulu) untuk perempuan dan lelaki seperti Tuan Ali, Tuan Puteri kepada kini untuk lelaki sahaja dan lain-lain.

• Perubahan makna kerana daerah – Kelmarin dan lain-lain

• Kata slanga– [tuang] untuk [ponteng]

Fungsi Bahasa Fungsi

komunikatif

Fungsi apelati

f

Fungsi ekspre

sif

Fungsi kogniti

f

• Orang Melayu bertutur menggunakan dalam Bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri-negeri yang terdapat di Malaysia yang membezakannya.

• Orang India bertutur dalam Bahasa Tamil yang diambil dari begara Tamil Nadu.

• Kebanyakan orang Cina dikenalpasti melalui kempulan penutur mereka.– Pulau Pinang & Melaka→Hokkien– Kuala Lumpur, Sremban & Ipoh →Kantonis &

Hakka– Malaysia Timur →Hakka & Mandarin *Sibu→Foochow *Sandakan →Kantonis

Cara untuk Meningkatkan Prestasi dalam Aspek Penggunaan Bahasa

Aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan & pidato dianjurkan.

Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan ditubuhan.

Adat Resam

Sesuatu cara yang ditentukan utk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Merupakan amalan piawai.Kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat.Diwarisi sejak turun temurun. Setiap kaum mempunyai adat yang berbeza.

ADAT RESAM

ADAT

RESAM MELAYU

Wanita yang telah genap tujuh bulan hamilBertujuan meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutunya. Bahagian kepala di pintu rahim. Penting bagi memudahkan ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan dalam perut.

Adat KelahiranMelenggang Perut

Sewaktu Mengandung Peralatan untuk upacara melenggang perut :

Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan Segantang beras Sebiji kelapa Beberapa urat benang mentah

Damar Minyak kelapa atau minyak urut Lilin Tepak sirih yang lengkap isinya Pengeras sebanyak RM1.25

Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong .

Sewaktu Bersalin

Tanggal Pusat/Cuci LantaiMemberi NamaCukur Rambut/ Potong JambulNaik Buai JejakTanah/TurunTanah Bersunat / Berkhatan

Selepas Lahir

• Mencukul jambul yang baru dilahirkan. • Dijalankan setelah ibu tamat tempoh

berpantang. • Bayi juga diberikan nama pada masa yang

sama.

Bercukur Jambul

MerisikMeminangBertunangAkad NikahAdat BerinaiMajlis Perkahwinan

Adat Perkahwinan

• Dilakukan kepada individu lelaki dan perempuan

• Cukup umur • Persediaan menempuh alam remaja dan

dewasa

BERSUNAT

Semasa kematianApabila berlaku kematian, keluarga si mati

memberitahu kepada tok imam.Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah

rumah. Sebelum dikebumikan, mayat akan dimandikan. Jenazah seterusnya dikapankan. Jenazah disembahyangkan.

Adat Kematian

Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan sebelum diusung ke tanah perkuburan, pihak si mati akan memberitahu sekiranya si mati berhutang maka boleh tuntut drpd warisnya.

Sebelum ditimbus, mayat akan diiringkan/disengetkan serta ikatan di kepala dibuka.

Kepala mayat akan disendal dengan tanah, dan sekeping papan akan menutup mayat tersebut dan tanah ditimbus. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam.

Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur. Kemudian bunga rampai pula ditabur .

Semasa Pengebumian

Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah

Ada juga yang melakukan adat turun batu selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

Selepas Kematian

Adat Resam Cina

Perkara paling penting :

1. Kelahiran ( Adat semasa mengandung dan adat kelahiran )

2. Perkahwinan ( Adat persediaan perkahwinan dan selepas

perkahwinan )

3. Kematian ( Adat pengebumi dan adat upacara pengebumi )

• Orang Cina berharap mendapatkan seorang anak lelaki dulu dan seorang anak perempuan kemudian.

• Ada juga yang berharap mendapatkan perempuan dulu dan lelaki kemudian.

Semasa Mengandung

• Tidak boleh memaku• Tidak boleh mengubahsuai susunan katil• Membaca, menengok perkara yang baik dan indah• Tidur dengan posisi yang betul• Makan makanan yang betul dan berkhasiat• Menghilangkan permikiran yang tidak baik

• Selepas melahirkan anak

• Bayi tersebut dimandikan dgn air suam/ “tepid water” • Tidak dimandikan sehingga hari ketiga• Pada hari ketiga, saudara-mara boleh memberi hadiah • Rambut bayi perlu dicukur. -Lelaki dicukur pada hari ke-29 -Perempuan dicukur pada hari ke-13( untuk persediaan meraikan bulan penuh )• Rambut tersebut disimpan dalam sehelai kain merah dan diikat dgn

bantal bayi tersebut.

• Semasa meraikan Bulan penuh

• Disediakan dengan telur merah.

• Pasangan dengan nama keluarga yang sama tidak dibenarkan berkhawin.

• 6 Upacara

Menerima Hadiah 纳彩

Menanyakan Nama 问名

Menerima Ketuahan 纳吉

Menerima Bukti 纳征

Menanyakan dan menentukan Tarikh 请期

Mengawini Pengantin 迎亲

Adat Perkahwinan

• Penceraian

Isteri tidak boleh menceraikan suaminya. Terdapat 7 peraturan untuk menceraikan isteri : - Tidak dapat melahirkan anak - Melampaui batasan - Tidak menghormati keluarga suaminya - Mulut Murai - Mencuri - Cemburu - Menghidapi penyakit kronik yang tidak boleh sembuh

Ada juga 3 peraturan TIDAK boleh menceraikan isteri : - Jika suami tersebut menjadi kaya hanya selepas berkhawin - Jika isteri telah berkabung untuk ibubapa suaminya - Jika isteri tersebut tidak ada rumah yang lain

• Mayat akan dicuci atau dilapka dengan air suam dengan cendana• Mayat dikeringkan dan “Baju Panjang Umur” dipakai• Mayat diletakkan di atas bangku dengan mukanya berhadap ke

lantai• Kakinya diikat bersama dengan menggunakan serat rami • Anak yang paling tua akan “memberi” makanan kepadanya cth : semangkuk nasi atau beberapa biji bijirin diletakkan ke dalam mulutnya dengan menggunakan penyepit• Anak tersebut dan ahli keluarga yang lain akan memindah mayat

tersebut dan memasukkannya ke dalam keranda ( dari kepala hingga kaki ) • Keranda tersebut disimpan dalam rumah untuk bilangan hari ganjil

untuk saudara-mara datang untuk memberi penghormatan yang terakhir

Kematian

• Keranda tersebut diisi dengan kain sutera, pakaian, kertas, dan material yang lain mengikut kebolehan keluarga

• Kanak-kanak diminta tidur di atas lantai tepi keranda tersebut

• Upacara pengebumian Ayam jantan akan diletak di depan keranda Selepas upacara ayam tersebut dibawa balik ke rumah Untuk membawa roh tersebut ke tablet nenek moyang Nama keluarga dan umurnya ditulis di atas sepasang Tanglung putih Umurnya ditambah dengan beberapa tahun Kalendar Orang Cina kadangkala mempunyai 13 bulan Ini akan berlaku 7 kali dalam tempoh 19 tahun

ADAT RESAM INDIA

• ValaikaapuPemakaian gelang tangan bagi wanita yang mengandungMenandakan pemberian perlindungan tambahan kpd bayi

drpd kuasa-kuasa jahatDilakukan pada bulan ketujuh atau kesembilan mengandung

• CiimantamUpacara menyikat rambut belah tengah bagi ibu

mengandungDiamalkan pada bulan keenam atau kelapan mengandung

Adat Kelahiran

• Waktu kelahiran bayi dicatat dengan tepat

• Untuk mengenali kedudukan planet-planet sewaktu bayi

dilahirkan

• Menyapu manisan pada lidah Bayi

• Membawa bayi pulang ke rumah pada hari ketiga,

kelima, ketujuh dan sebagainya. = bilangan angka ganjil

• Bergantung kepada keshihatan bayi

Peringkat Bersalin

• Dilakukan untuk kaum wanita dan lelaki

• Untuk tujuan Keselamatan

• Dilakukan semasa anak itu masih kecil

• Kanak-kanak yang terlibat akan dimandikan dan diberikan

pakaian baru serta dihias

• Perempuan memakai skirt panjang kain sutera ( paavaadai

)

• Lelaki memakai seluar serta baju ( jippa )

Adat Menindik Telinga

• Hanya diamalkan oleh kaum wanita• Masa dahulu, dicucuk dgn duri pokok limau• Dilakukan oleh rakan sebaya, ibu atau nenek• Tukang emas menggunakan jarum emas atau kuprum• Hidung Kiri dicucuk kerana bahagian kiri adalah bahadian wanita• Muukkutti disarungkan pada jarum sebelum dicucuk• Muukkutti sentiasa mengingatkan seseorang perempuan supaya

berlemah lembut• Muukkutti biasanya diperbuat drpd emas• Pernafasan akan menyentuh emas dan dikatakan sebagai

mendatangkan kebaikan• Muukkutti berbentuk seperti kuntum bunga yang halus

Adat Mencucuk Hidung

• POTTU ialah suatu tanda berbentuk yang diletak pada

dahi

• Juga dikenali sebagai tilagam

• Tidak akan menjadi mangsa tuju ( ilmu sihir )

Meletak Tanda Pada Dahi

Jantina

JANTINAButler dan Manning (1998), The term gender describes

masculinity and feminity-the thoughts, feelings and

behaviour that identify one as either male or female.

Mempunyai perbezaan

yang ketara

Lelaki – bersikap keras dan agresif Perempuan – bersopan santun dan

berhemahFaktor jantina campuran memberi

peluang utk bergaul dgn tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan yang wujud dari segi

jantina, dan lebih toleransi.

• Terpadat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk di negera kita.

• Perlu ditangani dengan baik • Menimbul masalah perbezaan pencapaian

murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah pengekalan identiti bangsa, monopoli kumpulan.

Kesimpulan

Terima Kasih

top related