kesantunan masyarakat malaysia
Post on 14-Dec-2015
52 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
“PERATURAN BERBAHASA”
TUJUAN/MATLAMAT PERCAKAPANKita harus mengutamakan tujuan
percakapan tidak kira dengan siapa dan di mana komunikasi itu berlaku.
Perkara yang penting perlu dititikberatkan terlebih dahulu dalam percakapan.
Contoh : -memberitahu seseorang bahawa sesuatu
yang buruk telah berlaku. Jika kita mahu memberitahu sesuatu yang
penting tetapi tidak segera, kita perlu mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang itu.
Contoh : -kita hendak memberitahu kawan kita
bahawa poster sayembara puisi yang ditempah telah siap dicetak.
-kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka kerana perkara itu penting tetapi tidak segera.
Jika kita ingin memberitahu perkara yang tidak penting, kita boleh memberitahu orang tersebut pada bila-bila masa sahaja.
-Kita patut memilih masa yang sesuai dimana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan relaks dan tidak melakukan perkara lain.
Contoh : -kita boleh menyampaikan atau
memberitahu sesuatu yang tidak penting itu seperti aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu dan sebagainya semasa sedang berbual-bual dengan pendengar pada masa lapang.
Dalam percakapan, kita harus mengutamakan status dan kedudukan.
Giliran bercakap bergantung kepada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan kita.
Contoh :-Dalam keluarga : i)ahli keluarga yang paling tua dan
berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
ii)Ibu atau bapaiii)Kakak atau abang yang lebih besariv)Pihak yang lebih kecil, khususnya adik.
GILIRAN BERCAKAP
Di sekolah/IPTA :i)Pengetua atau Guru Besarii)Penolong kanan sekolahiii)Ketua unit atau jabataniv)Para pensyarah atau guruv)Wakil pelajar,khususnya ketua pengawas
sekolahvi)Para pelajar
Masyarakat Melayu mementingkan percakapan yang santun.
Kesantunan percakapan terserlah daripada permulaan bicara lagi.
Perbicaraan yang santun dimulai dengan memberikan kata-kata hormat dan mengalu-alukan orang yang menjadi lawan berbicara.
MEMULAKAN DAN MENGAKHIRI PERCAKAPAN
Contoh :-memulakan interaksi dengan salam, ucapan
hormat dan mengalu-alukan pertemuan. Manakala komunikasi diakhiri dengan
mengucapkan terima kasih,harapan agar berjumpa lagi, menghargai pertemuan dan lain-lain.
Menutup pertemuan dengan ucapan salam di samping senyuman yang berterusan sepanjang komunikasi berlangsung.
Pemilihan diksi berserta wacana yang sesuai perlu dalam kesantunan berbahasa.
Pemilihan unsur bahasa tersebut berbeza, sesuai dengan tujuan dan matlamat orang yang sedang berkomunikasi.
Contoh :-pemilihan kata menerusi penceritaan
memerlukan penggunaan ayat yang menarik,kata yang puitis, bahasa yang santun agar pembaca terpesona dan berminat untuk mendengar.
Pemilihan kata dalam wacana lisan pula lebih cenderung kepada kata-kata pujian seperti anda hebat, penyampaian tuan memukau hadirin dan sebagainya
PEMILIHAN KATA
Sekian Terima Kasih.
top related