kertas kerja penganjuran
Post on 23-Jun-2015
895 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA PENGANJURAN KARNIVAL OLAHRAGA & BALAPAN ANTARA KPLI
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010
ANJURAN KPLI (SK) BAHASA INGGERIS
(AMBILAN JUN 2010)
TARIKH 2 OKTOBER 2010 (SABTU)
TEMPAT
PADANG IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
Disediakan Oleh:
MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD
ABUL AZ ABU JAMIL FIRDAUS ABDULLAH
MOHD. FARHAN HUSIN
MOHD. HAFIZ MOHAMAD
(KPLI (SK) BIMTMO JUN 2010)
2
1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk memohon kebenaran daripada pihak
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor bagi menganjurkan sebuah karnival
olahraga dan balapan, khusus untuk para guru pelatih Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2010.
Selain itu, kertas kerja ini turut memuatkan segala maklumat yang diperlukan
berkenaan karnival ini seperti Ahli Jawatankuasa, program-program berserta
implikasi kewangan dan sebagainya untuk memudahkan pihak IPG membuat
pertimbangan yang sewajarnya.
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM Olahraga merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh setiap guru
pelatih KPLI untuk melengkapkan kursus ini. Dalam subjek ini para guru
pelatih bukan sahaja mempelajari mengenai asas olahraga, malahan ilmu
kepegawaian serta penganjuran sesebuah pertandingan baik secara teori
mahupun praktikal. Pengetahuan yang diperolehi ini bakal menjadi aset
berguna apabila mereka mengajar di sekolah nanti.
Justeru, kumpulan guru-guru pelatih KPLI (SK) Bahasa Inggeris ambilan Jun
2010 telah bersepakat untuk menganjurkan sebuah program iaitu Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor 2010.
Melalui karnival ini, semua yang terlibat akan dapat mengaplikasikan segala
pengetahuan yang dipelajari dalam keadaan sebenar bagaimana sesebuah
pertandingan olahraga dan balapan diadakan.
3
Selain itu, penganjuran karnival ini juga adalah sebagai satu usaha daripada
pihak IPG umumnya untuk menyahut seruan Kerajaan bagi mewujudkan
masyarakat Malaysia yang sihat dan sejahtera, dan dalam konteks ini, guru-
gurulah yang akan menjadi pemangkin dan penggerak ke arah usaha
merealisasikan hasrat ini.
3.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT
Objektif dan matlamat karnival ini diadakan adalah untuk:
a) Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk mendapat pendedahan
awal yang diperlukan sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar di
sekolah nanti.
b) Membuka ruang kepada guru-guru pelatih untuk menyumbang tenaga bagi
menjayakan karnival ini mengikut minat dan kebolehan yang dimiliki.
c) Menjadi wadah kepada guru-guru pelatih untuk mengaplikasi segala teori
dan
praktikal yang telah dipelajari sepanjang berada di IPG.
d) Menjadikan IPG bukan sekadar institusi yang melatih bakal-bakal
pendidik, tetapi turut mendokong dan melaksana dasar-dasar Kerajaan
demi kesejahteraan seluruh warganegara.
4.0 TEMA
Tema yang dicadangkan bagi karnival tahun ini ialah “Olahraga dan Balapan Pemangkin Bangsa Sihat Sejahtera”.
4
Secara ringkas, apa yang dapat dihuraikan melalui tema ini ialah sukan
olahraga bukanlah semata-mata sukan yang dapat memupuk gaya hidup
sihat dan mengutamakan kesihatan. Malahan melalui penyertaan oleh
pelbagai bangsa, ia mampu menjadi wadah perpaduan ke arah mewujudkan
negara yang memiliki rakyat yang sihat sejahtera, selaras dengan aspirasi
dan semangat gagasan 1Malaysia.
5.0 TEMPAT
Oleh kerana penyertaan karnival olahraga dan balapan adalah terdiri
daripada guru-guru pelatih KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
sahaja maka adalah dirasakan amat wajar jika ia diadakan di Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.
Ia secara tidak langsung akan memudahkan segala urusan berkaitan
terutamanya dari aspek logistik dan peralatan. Selain itu, dengan memilih
lokasi tersebut, adalah diharapkan ia akan dapat memberi kesan positif
terhadap implikasi kewangan karnival ini.
6.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Karnival ini akan berlangsung selama sehari iaitu pada 2 Oktober 2010 (Sabtu), bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Upacara perasmian penutup akan berlangsung pada hari yang sama iaitu
pada pada jam 4.45 petang.
7.0 DIF PERASMIAN
Dif perasmi yang dipilih untuk merasmikan festival ini ialah YB. Dr. Mohd. Puad. Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
5
Bagaimanapun, jika beliau tidak dapat menghadirkan diri, maka Exco Belia
dan Sukan Negeri Johor akan dijemput sebagai ganti.
8.0 BILANGAN PENYERTAAN DAN KATEGORI Karnival ini akan disertai oleh guru-guru pelatih dari enam (6) opsyen KPLI
iaitu:
i) KPLI Bahasa Inggeris (SK)
ii) KPLI Bahasa Melayu (SRJKC)
iii) KPLI Pra-Sekolah
iv) KPLI Pendidikan Jasmani (SK)
v) KPLI Muzik (SK)
vi) KPLI (SM) Program Pelajar Cemerlang (PPC)
Setiap opsyen dikehendaki menghantar maksimum tiga (3) orang peserta
bagi setiap acara yang dipertandingkan. Setiap acara juga akan dibahagikan
kepada dua (2) kategori iaitu Lelaki dan Wanita.
Berikut adalah senarai acara-acara yang akan dipertandingkan.
BIL ACARA KATEGORI PESERTA
1. Lari Jarak Dekat (Pecut)
100 meter 200 meter 400 meter
Lelaki / Wanita
2. Lari Jarak Sederhana
800 meter 1500 meter
Lelaki / Wanita
3. Lari Jarak Jauh
3000 meter 5000 meter
Lelaki
4. Lari Berpagar
100 meter 110 meter 400 meter
Lelaki / Wanita
6
5. Lari Berganti-Ganti
4 x 100 meter 4 x 400 meter
Lelaki / Wanita
6. Berjalan Kaki 5000 meter Lelaki / Wanita
7. Lontar Peluru Terbuka Lelaki / Wanita
8. Lompat Tinggi Terbuka Lelaki / Wanita 9. Lompat Jauh Terbuka Lelaki / Wanita
9.0 YURAN PENYERTAAN Setiap peserta dikehendaki membayar sebanyak RM5.00 bagi setiap acara
yang disertai.
Selain itu setiap opsyen juga diminta untuk memberi sumbangan sebanyak
RM200.00 untuk menampung perbelanjaan penganjuran karnival.
10.0 PENAJAAN Bagi menampung pelbagai perbelanjaan lain, pihak penganjur juga telah
menjalankan inisiatif memohon penajaan dari badan korporat seperti Nestle
Malaysia untuk menyumbang minuman sepanjang karnival berlangsung.
Penajaan berbentuk bantuan kewangan sebanyak RM3,000.00 juga telah
diberikan oleh Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri Johor.
11.0 JAWATANKUASA KERJA Bagi memastikan segala perancangan yang dilakukan dapat dilaksanakan
dengan lancar dan sempurna, sebuah Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan.
Senarai penuh Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:
7
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KERJA KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010
PENSYARAH : Madam Ong Siu Gek
PENASIHAT Cik Nenny Djuhara Johari
PENGERUSI : Abul Az Bin Abu Jamil
NAIB PENGERUSI : Firdaus Bin Abdullah
SETIAUSAHA : Mohd. Ridhaudin Bin Mahmood
NAIB SETIAUSAHA : Mohd. Farhan Husin
BENDAHARI : Mohd. Hafiz Mohamad
NAIB BENDAHARI : Dayarau R.
AJK PENGANGKUTAN : Izani Bin Selamat
AJK PERALATAN : Md. Sharifuddin Bin Sirat
AJK KESELAMATAN : Shalihin Bin Mohad Mahfuz
AJK PROMOSI : Norasyikin Bt. Badri
AJK MAKANAN : Siti Hazwani Bt. Mohd. Khalili
AJK PERASMIAN : Sri Devi A/P Krishnan
AJK KEBAJIKAN : Angeline Thomas A/P Manogal
AJK TUGASAN KHAS : Safura Bt. Shuib
Mohd. Rashid Bin Abu Hasan
Mohd. Firdauz Bin Ibrahim
12.0 KEWANGAN
Setelah mengambil kira segala perbelanjaan yang perlu bagi melaksanakan
karnival ini, implikasi kewangannya adalah seperti yang berikut:
8
PEROLEHAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1.
2.
3.
Sumbangan Setiap Opsyen 6 opsyen x RM200.00
Yuran Penyertaan
17 acara x 136 penyertaan x RM5.00 x 2 kategori
Sumbangan Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri
Johor
1,200.00
1,360.00
3,000.00
Jumlah Besar 5,560.00
PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT (RM)
JUMLAH (RM)
1.
2.
Sewa Peralatan (Majlis Perasmian) i) Dewan Astaka
ii) Khemah (20’ x 20’)
iii) Kerusi
iv) Meja
Sewa Peralatan (Acara Sukan) i) Padang
1 unit
4 unit
50 unit
5 unit
1 hari
300.00
150.00
1.00
15.00
300.00
300.00
600.00
50.00
75.00
300.00
9
3.
4.
5.
i) Set Kelengkapan Acara
Lompat Tinggi (Tilam &
Palang)
iii) Baton
iv) Starting Block
v) Jam Randik
Makanan / Minuman i) Sarapan Urusetia
ii) Makan Tengahari Urusetia
iii) Air Mineral Peserta
iv) Makanan VIP Perasmi
Promosi / Seranta
i) Banner (4’ x 10’)
ii) Bunting (6’ x 2’)
iii) Backdrop (8’ x 15’)
iv) Buku Aturcara
Lain-Lain i) Pengangkutan
ii) Hadiah
iii) Elaun Petugas
vi) Kit Kecemasan
v) Cenderahati Perasmi
1 set
8 unit
8 unit
5 unit
30 unit
30 unit
100 unit
20 unit
3 unit
10 unit
1 unit
50 unit
2 hari
60 unit
30 orang
2 unit
1 unit
100.00
2.00
5.00
2.50
3.00
5.00
0.50
10.00
80.00
40.00
300.00
6.00
250.00
10.00
25.00
40.00
100.00
100.00
16.00
40.00
12.50
90.00
150.00
50.00
200.00
240.00
400.00
300.00
300.00
250.00
600.00
750.00
80.00
100.00
Jumlah Besar 5,003.50
10
13.0 PENUTUP Adalah diharapkan melalui kertas kerja ini pihak IPG Kampus Temenggong
Ibrahim, Johor akan mendapat gambaran keseluruhan mengenai Karnival
Olahraga dan Balapan yang ingin dijalankan serta membuat pertimbangan
yang sewajarnya. Semoga karnival yang bakal diadakan ini akan dapat
mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan, seterusnya memberi
manfaat kepada semua yang terlibat.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh:
……………………………..
Mohd. Ridhaudin Bin Mahmood
Setiausaha
Disemak oleh:
……………………………..
Madam Ong Siu Gek Pensyarah Penasihat
Disemak oleh:
……………………………..
Cik Nenny Djuhara Johari Pensyarah Penasihat
11
ATURCARA TENTATIF KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010
BIL PERKARA MASA TEMPAT
1.
2.
3.
4.
Pendaftaran Peserta Acara Saringan: i) Lari Jarak Dekat (Pecut) (L/P)
ii) Lari Jarak Sederhana (L/P)
iii) Lari Jarak Jauh (L/P)
iv) Lari Berpagar (L/P)
v) Lari Berganti-Ganti (L/P)
vi) Berjalan Kaki (L/P)
vii) Lontar Peluru (L/P)
viii) Lompat Tinggi (L/P)
ix) Lompat Jauh (L/P)
Rehat / Makan Tengahari Pertandingan Akhir
i) Lari Jarak Dekat (Pecut) (L/P)
ii) Lari Jarak Sederhana (L/P)
iii) Lari Jarak Jauh (L/P)
iv) Lari Berpagar (L/P)
v) Lari Berganti-Ganti (L/P)
vi) Berjalan Kaki (L/P)
vii) Lontar Peluru (L/P)
viii) Lompat Tinggi (L/P)
8.30 - 8.50 pagi
9.00 - 12.30 tengahari
12.30 - 2.20 petang
2.30 - 4.15 petang
Astaka
Padang IPG
Astaka / Padang IPG
Padang IPG
12
BIL PERKARA MASA TEMPAT
5.
Upacara Perasmian Penutup dan
Penyampaian Hadiah
Bersurai
4.15 - 5.15 petang
Astaka
13
ATURCARA TENTATIF PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,
JOHOR 2010
4.15 petang - Para peserta berkumpul di Astaka
- Kehadiran para jemputan dan dif-dif kehormat
4.20 petang - Ketibaan YBhg. Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran
Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor
4.25 petang - Ketibaan YB. Dr. Mohd. Puad Bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
4.30 petang - Nyanyian lagu:
Negaraku
Bangsa Johor
Semaian Subur
Bacaan Doa
4.40 petang - Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran Ucapan Perasmian Penutup oleh YB. Dr. Mohd. Puad Bin Zarkashi
5.00 petang - Upacara Penyampaian Hadiah kepada Para
Pemenang
5.15 petang - Jamuan Ringan
Majlis Bersurai
Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (1)
Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran 8 OGOS 2010 Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN KARNIVAL OLAHRAGA & BALAPAN SELURUH KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar.
3. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi kebenaran dan seterusnya menjadi penaung kepada karnival yang telah kami rancang ini. Program sehari ini bakal berlangsung pada 2 Oktober 2010. Sila rujuk kertas kerja yang dilampirkan untuk perincian tentang program ini. 4. Adalah diharapkan dengan kelulusan dan sokongan tuan, program yang dirancangkan ini dapat membantu pelatih-pelatih guru lebih mendalami pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului ucapan terima kasih.
Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Yang Menjalankan Tugas,
(MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD)
Setiausaha
s.k : 1. Pensyarah Penasihat 2. Fail Setiausaha.
Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (2)
Md. Sharifuddin Bin Sirat 8 OGOS 2010 C4-07-06, Jalan Idaman Utama, Taman Larkin Idaman 80350, Johor Bahru Johor Tuan,
PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2010 ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar. 3. Sehubungan itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk melantik tuan sebagai Ahli Jawatankuasa yang akan menguruskan peralatan semasa karnival ini berlangsung. Senarai penuh adalah seperti di lampiran. 4. Adalah diharapkan dengan kehadiran tuan kita akan dapat bersama-sama berganding bahu ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului ucapan terima kasih.
Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Yang Menjalankan Tugas,
(MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD) Setiausaha
s.k : 1. Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2. Pensyarah Penasihat 3. Fail Persatuan
SENARAI AHLI JAWATANKUASA KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010
PENGERUSI : Abul Az Bin Abu Jamil
NAIB PENGERUSI : Firdaus Bin Abdullah
SETIAUSAHA : Mohd. Ridhaudin Bin Mahmood
NAIB SETIAUSAHA : Mohd. Farhan Husin
BENDAHARI : Mohd. Hafiz Mohamad
NAIB BENDAHARI : Dayarau R.
AJK PENGANGKUTAN : Izani Bin Selamat
AJK PERALATAN : Md. Sharifuddin Bin Sirat
AJK KESELAMATAN : Shalihin Bin Mohad Mahfuz
AJK PROMOSI : Norasyikin Bt. Badri
AJK MAKANAN : Siti Hazwani Bt. Mohd. Khalili
AJK PROGRAM : Sri Devi A/P Krishnan
AJK KEBAJIKAN : Angeline Thomas A/P Manogal
AJK TUGASAN KHAS : Safura Bt. Shuib
Mohd. Rashid Bin Abu Hasan
Mohd. Firdauz Bin Ibrahim
Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (3) Ketua Unit Kokurikulum, 8 OGOS 2010 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PADANG, BALAPAN DAN PERALATAN SUKAN UNTUK KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar.
3. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi kebenaran penggunaan padang dan segala peralatan yang berkaitan dengan program tersebut yang akan diadakan bermula pada 2 Oktober 2010. Berserta ini juga dilampirkan senarai keperluan alatan-alatan yang hendak digunakan. 4. Adalah diharapkan dengan kebenaran dan sokongan tuan, program yang dirancangkan ini dapat membantu pelatih-pelatih guru lebih mendalami pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului ucapan terima kasih.
Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Yang Menjalankan Tugas,
(MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD)
Setiausaha
s.k : 1. Pengarah IPGM Kampus Temenggung Ibrahim. 1. Pensyarah Penasihat. 2. Fail Setiausaha.
Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (4) Pengerusi 8 OGOS 2010 Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bahru Johor
Tuan,
MEMOHON BANTUAN KECEMASAN SEMASA KARNIVAL OLAHRAGA & BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar.
3. Sehubungan itu, kami ingin mengemukakan permohonan agar pihak tuan dapat memberikan bantuan kecemasan sepanjang karnival tersebut yang akan diadakan pada 2 Oktober 2010 di padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim jam 9.00 pagi. Pihak tuan dimohon untuk memaklumkan persetujuan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 2 September 2010. 4. Adalah diharapkan dengan kerjasama pihak tuan karnival tersebut dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Yang Menjalankan Tugas,
(MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD) Setiausaha
s.k : 1. Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2. Pensyarah Penasihat 3. Fail Persatuan
Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (7) Tn. Hj. Mohd Ghani Bin Mohd Yusof, 8 OGOS 2010 Pengarah, Pejabat Exco Belia Dan Sukan Johor Tingkat 3, Blok B Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek 80000 Johor Bahru, Johor. Tuan, MEMOHON PENAJAAN KEWANGAN BAGI PENGANJURAN KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2010 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar. 3. Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik dari pihak tuan untuk menyumbangkan tajaan kewangan sebanyak RM3,000.00 bagi menampung perbelanjaan menganjurkan karnival ini. Adalah diharapkan dengan penajaan yang diberikan akan dapat memeriahkan lagi karnival ini ke arah mewujudkan masyarakat yang cintakan sukan dan gaya hidup sihat. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Yang Menjalankan Tugas, (MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD) Setiausaha
s.k : 1. Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2. Pensyarah Penasihat 3. Fail Persatuan
Ruj.Kami: 05/PAS Jld. 2 (5) YB. Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi 8 OGOS 2010 Timbalan Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia Tingkat 13, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya Yang Berhormat Tuan, JEMPUTAN MERASMIKAN KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih KPLI (SK) Opsyen Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor akan menganjurkan Karnival Olahraga dan Balapan Antara KPLI IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 2010. Program selama sehari ini yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2010 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih dalam menguruskan karnival olahraga sebenar. 3. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati ingin menjemput Yang Berhormat Tuan untuk merasmikan majlis perasmian penutup karnival ini pada 2 Oktober 2010 jam 4.15 petang. Bersama ini disertakan aturcara majlis sebagai rujukan Yang Berhormat Tuan. Adalah diharapkan dengan penajaan yang diberikan akan dapat memeriahkan lagi karnival ini ke arah mewujudkan masyarakat yang cintakan sukan dan gaya hidup sihat. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Yang Menjalankan Tugas, (MOHD. RIDHAUDIN BIN MAHMOOD) Setiausaha
s.k : 1. Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2. Pensyarah Penasihat 3. Fail Persatuan
ATURCARA PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL OLAHRAGA DAN BALAPAN ANTARA KPLI IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 2010
4.15 petang - Para peserta berkumpul di Astaka
- Kehadiran para jemputan dan dif-dif kehormat
4.20 petang - Ketibaan YBhg. Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran
Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor
4.25 petang - Ketibaan YB. Dr. Mohd. Puad Bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
4.30 petang - Nyanyian lagu:
Negaraku
Bangsa Johor
Semaian Subur
Bacaan Doa
4.40 petang - Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd. Said Bin Hasran
Ucapan Perasmian Penutup oleh YB. Dr. Mohd. Puad Bin Zarkashi
5.00 petang - Upacara Penyampaian Hadiah kepada Para
Pemenang
5.15 petang - Jamuan Ringan
Majlis Bersurai
top related