kerja kursus geografi
Post on 04-Jul-2015
2.536 Views
Preview:
TRANSCRIPT
NAMA CALON : MOHAMMAD ALWI NAZRI BIN YUSRI
NO. KAD PENGENALAN : 950725-02-5977
NO MAKTAB : 08326
GURU PENILAI : CIKGU ABARAHAN BIN AWANG
TARIKH PENGHANTARAN : 19 JULAI 2009
TANDATANGAN GURU
TAJUK:PENGARUH FUNGSI EKONOMI DALAM
MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDUDUK DAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI
PULAU LANGKAWI,KEDAH DAN PERBANDINGANNYA DENGAN
PULAU PHUKET,THAILAND
MARKAH
......... /50 GRED [ ]
MRSM LANGKAWI 08326
MRSM LANGKAWI 08326
KANDUNGAN M/S
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 3
OBJEKTIF KAJIAN 5
KAWASAN KAJIAN 6
METODOLOGI KAJIAN 11
HASIL KAJIAN 13
RUMUSAN 22
LAMPIRAN 24
RUJUKAN 52
PENILAIAN UMUM 53
MRSM LANGKAWI 08326
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W. T. kerana dengan keizinan-
Nya ,saya dapat menyempurnakan Kerja Kursus Geografi yang telah diamanahkan
kepada saya ini.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak
Maktab Rendah Sains Mara Langkawi kerana telah memberikan kerjasama
sepanjang saya menjalankan kajian ini.Di samping itu, ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada Ayahanda Pengetua, Encik Mahzan bin Atan kerana telah
memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan kajian ini
selepas waktu persekolahan.Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat guru yang
telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya selama ini
terutamanya dalam menjalankan kajian ini iaitu, Encik Abarahan bin awang.
MRSM LANGKAWI 08326
Selain itu, penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga saya
lafazkan buat kedua-dua ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberikan
motivasi serta sokongan padu agar saya dapat siapkan tugasan yang diberi
ini.Seterusnya segala bantuan daripada rakan-rakan saya iaitu, Nizarul, Nazmi,
Jufri, Afif, Hafizi, dan ahli-ahli ‘Xcellent Youth Culture’, serta rakan-rakan
seperjuangan lain yang rajin dan bekerjasama melaksanakan kajian ini saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana tanpa mereka ,agak sukar bagi
saya untuk melakukan tugasan ini seorang diri.
Akhir sekali, seluas penghargaan saya lakarkan buat pegawai daerah bahagian
Langkawi dan semua responden yang memberikan kerjasama sewaktu saya dan
rakan-rakan menemu ramah mereka.Segala bantuan dan pengorbanan daripada
semua pihak di atas akan mendapat balasan kebaikan di dunia dan di akhirat
kelak.Insya-Allah.
Wassalam...
MRSM LANGKAWI 08326
PENDAHULUAN
Tugasan kajian pada tahun ini terbahagi kepada dua pilihan.Saya
Mohammad Alwi Nazri Bin Yusri, salah seorang pelajar Maktab Rendah Sains
Mara Langkawi telah memilih tajuk yang pertama di mana ia mengkehendakkan
calon untuk mengkaji tentang pengaruh fungsi ekonomi dalam mempengaruhi
perkembangan penduduk dan jaringan pengangkutan di kawasan kajian serta
membandingkannya dengan kawasan luar negara.
Saya telah memillih Pulau Langkawi sebagai kawasan kajian saya pada
tahun ini manakala Pulau Phuket sebagai negara bandingannya.Tujuan saya
memilih Pulau Langkawi sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai serta
menarik minat saya untuk mengkaji perkembangan ekonomi pelancongannya yang
dapat mempengaruhi taburan penduduk dan jaringan pengangkutan di situ. Di
samping itu, saya juga memilih Pulau Langkawi kerana sekolah tempat saya
belajar berada di kawasan tersebut dan ia memudahkan saya untuk menjalankan
kajian dengan lebih terperinci lagi.
MRSM LANGKAWI 08326
Seterusnya, tujuan saya memilih Pulau Phuket sebagai negara bandingan
adalah kerana persaingan antara ekonomi di Langkawi dengan ekonomi di pulau
ini sangat sengit, malahan juga ekonomi di Phuket dipacu oleh ekonomi
pelancongan yang dapat menarik ramai pengunjung untuk datang ke Phuket pada
setiap tahun.
Tempoh menjalankan kajian ini adalah bermula daripada awal bulan April
hingga awal bulan Ogos 2009. Ia memakan masa lebih kurang 5 bulan.
Walaubagaimanapun, tugasan ini dilanjutkan sehingga awal bulan September 2009
atas masalah virus-virus komputer yang telah merosakkan kajian kami ini.
Saya berharap agar kajian ini akan membuat saya dapat mengenalpasti
Pulau Langkawi ini dengan lebih terperinci lagi.Saya berasa bangga kerana saya
dapat menjalankan kajian di salah satu pulau yang terkenal di Malaysia.
Wassalam...
MRSM LANGKAWI 08326
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kerja kursus ini bagi memenuhi objektif berikut:
Untuk melihat pengaruh fungsi ekonomi tehadap perkembangan penduduk di
kawasan kajian dengan kawasan bandingan.
Untuk mengkaji pengaruh fungsi ekonomi terhadap jaringan pengangkutan
di kawasan kajian dengan kawasan bandingan.
Untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan
kajian dengan kawasan bandingan.
Untuk mengkaji jenis-jenis ekonomi yang terdapat di kawasan kajian
dengan kawasan bandingan.
MRSM LANGKAWI 08326
Untuk mengkaji tahap keefisyenan jaringan pengangkutan di kawasan kajian
dengan kawasan bandingan.
KAWASAN KAJIAN
Pulau Langkawi merupakan salah sebuah pulau yang kaya dengan
keindahan flora dan fauna. Kebanyakan jenis fauna yang terdapat di sini
merupakan berasal daripada hidupan laut.
Asal-usul nama Langkawi dikatakan berasal daripada “Lang” atau Burung
Helang dan “Kawi” sejenis ubi yang bewarna perang. Pulau Langkawi terdiri
daripada gugusan 106 buah pulau yang terletak di utara, luar pantai barat laut
Malaysia. Jaraknya adalah 30 kilometer dari Kuala Perlis dan 51.5 kilometer dari
Kuala Kedah, 109 kilometer dari Pulau Pinang dan 55 kilometer dari Satun,
Thailand. Titik rujukan kawasan kajian saya di Pulau Langkawi ini ialah Mukim
Kuah.
Kawasan ini pada asalnya hanyalah merupakan sebuah kawasan yang
kurang terkenal.Ia mula berkembang apabila perniagaan demi perniagaan mula
dijalankan. Kawasan ini diliputi oleh pelbagai bangunan perniagaan dan pelbagai
jenis hotel yang menarik minat pelancong. Keluasan sebenar bagi kawasan Mukim
Kuah ialah lebih kurang 153.59km2 . Lokasi kawasan Pekan Kuah terletak lebih
MRSM LANGKAWI 08326
kurang 5km daripada jeti.Ia secara tidak lansung dapat membantu para pelancong
untuk melawat ke kawasan ini kerana jaraknya daripada jeti yang mengajak
mereka untuk berhenti berehat serta menikmati kemudahan yang terdapat di sini.
Pulau Phuket (atau wilayah Phuket) ialah salah satu wilayah di selatan
Thailand. Dahulu dikenali sebagai Pulau Talang. Talang ialah sejenis ikan, dalam
bahasa Melayu. Sememangnya ramai orang Melayu di Pulau Phuket. Ini
termasuklah keturunan Mahsuri yang berhijrah ke sini.
Jiran yang berdekatan ialah Phang Nga dan Krabi, tetapi Phuket merupakan
sebuah pulau tanpa sebarang sempadan. Pulau ini dihubungi melalui kapal terbang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket terletak di selatan pulau ini. Phuket
sempena nama 'bukit' dalam bahasa Melayu. Sebelum dipanggil Talang, orang
Melayu di sini memanggilnya 'Telong' yang bermaksud tanjung. Bentuk Phuket dari
satelit memang seperti sebuah tanjung atau semenanjung yang terjuntai-juntai.
Keluasan bagi Pulau Phuket ialah lebih kurang 543.0 km2.
Wassalam…
MRSM LANGKAWI 08326
KAEDAH KAJIAN
Berikut merupakan antara kaedah-kaedah yang saya gunakan semasa menjalankan
kerja kursus ini:
1) Pemerhatian
-Saya dan beberapa orang rakan telah melawat kawasan Pulau Langkawi
untuk melihat taburan penduduk dan jaringan pengangkutannya terhadap
ekonomi kawasan tersebut.
2) Temu bual
-Saya bersama rakan sekumpulan telah menemu bual sebanyak 4 orang
responden yang tinggal berdekatan untuk mendapatkan pandangan serta
pendapat mereka terhadap kawasan kajian.
MRSM LANGKAWI 08326
3) Soal selidik
-Saya telah menggunakan kaedah soal selidik dengan berjumpa dengan
20 orang responden.Setiap responden telah saya soal dengan soalan yang
sama dan hasilnya dinyatakan dalam hasil kajian saya ini.
4) Rujukan
-Saya juga telah melayari beberapa laman web dan mencari buku
rujukan perpustakaan yang mengandungi maklumat berkaitan kawasan
kajian terutama sekali bagi kawasan Pulau Phuket di Thailand.
MRSM LANGKAWI 08326
HASIL KAJIAN
MRSM LANGKAWI 08326
PULAU LANGKAWI
Pulau Langkawi berfungsi sebagai pusat pelancongan yang terkenal di utara
Semenanjung Malaysia. Pekan Kuah menjadi tarikan pelancong kerana terkenal
sebagai pusat membeli-belah bebas cukai. Di sekitar pulau ini terdapat pantai-pantai
yang bersih dan berair jernih seperti Pantai Cenang dan Pantai Tengah. Terdapat
juga gugusan pulau yang indah seperti Pulau Dayang Bunting dan Pulau Payar.
Pelbagai kemudahan yang selesa disediakan di pulau ini. Jadual serta carta pai di
bawah menunjukkan jawapan penduduk terhadap keselesaan kemudahan asas yang
disediakan.
JAWAPAN JUMLAH PERATUS NILAI SUDUT
SELESA 15 75% 270o
TIDAK SELESA 5 25% 90o
TIDAK PASTI 0 0% 0o
MRSM LANGKAWI 08326
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2009
Selain itu , kawasan sekitar Pulau Langkawi juga membangun dengan maju.
Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan jaringan pengangkutan yang cukup
memuaskan. Segala kemudahan pengangkutan disediakan dengan harga yang
memuaskan. Pelancong yang datang ke Pulau Langkawi tidak perlu risau kerana
setiap penjuru di dalam daerah Langkawi ada tempat yang boleh untuk
mendapatkan kemudahan pengangkutan. Jadual dan graf di bawah menunjukkan
tahap kepuasan penduduk Pulau Langkawi terhadap jaringan pengangkutan awam
seperti bas dan teksi di sekitar kawasan Pulau Langkawi.
JAWAPAN JUMLAH PERATUS
PUAS HATI 17 85%
TIDAK BERPUAS HATI 3 15%
MRSM LANGKAWI 08326
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2009
Di samping itu, Pulau Langkawi juga merupakan salah satu industri
pelancongan yang menjadi perhatian utama dimana pelancong ke Langkawi secara
mendadak berlaku pada tahun 1987 sebaik sahaja Langkawi diberi taraf pelabuhan
bebas cukai.
Pecahan pelancong adalah seperti berikut :-
TAHUN JUMLAH
1986 209,763
1987 310,000
1988 438,000
1989 658,000
1990 780,000
1991 879,000
1992 1.046 juta
1993 1.321 juta
1994 1.5 juta
MRSM LANGKAWI 08326
1995 1.8 juta
1996 1.712,940 juta
1997 1.623,045 juta
1998 1.550,686 juta
1999 1.401,946 juta
2000 1,809,784
2001 1,919,113
2002 1,916,451
2003 1,724,452
2004 2,176,596
2005 1,835,713
2006 2,110,361
2007 2,334,794
SUMBER : PEJABAT DAERAH LANGKAWI
Jumlah penduduk semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ini kerana apabila
industri pelancongan bertambah maju menyebabkan terdapatnya peluang pekerjaan
yang banyak. Banyak hotel dibina untuk kemudahan pelancong. Selaras dengan
pertambahan penduduk, rumah-rumah kediaman juga turut dibina bagi menampung
jumlah penduduk yang ramai.
Pertambahan penduduk juga memberi kesan kepada alam sekitar. Banyak
hutan ditebang untuk membina rumah-rumah kediaman contohnya Taman
Langkawi, Taman Berlian dan Taman Dayang.
Penduduk yang ramai memerlukan pengangkutan yang banyak. Boleh
dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal. Ada juga
yang mempunyai lebih dari sebuah kereta. Ini menyebabkan pencemaran udara
MRSM LANGKAWI 08326
yang berpunca dari asap kenderaan. Pencemaran bunyi juga menjadi satu masalah
kepada penduduk.
PULAU PHUKET
Bagi kawasan Phuket, banyak potensi sememangnya tertumpu kepada sektor
perkhidmatan iaitu berkaitan industri perhotelan.Hal ini berikutan kawasan pulau
ini juga sering menjadi tumpuan para pelancong untuk dijadikan sebagai destinasi
pelancongan yang utama.berikut merupakan antara hotel yang terdapat di Pulau
Phuket.
Naithon & Nai Yang & Bang Tao
Surin & Laem Singh & Kamala
Patong & Kalim & Tri-Trang
Karon & Kata
Nai Harn & Rawai & Nearby
Phuket City
MRSM LANGKAWI 08326
Phi Phi Island
Khaolak
Other
Peta di sebelah menunjukkan kawasan kebanyakan hotel didirikan:
MRSM LANGKAWI 08326
MRSM LANGKAWI 08326
Seterusnya, Pulau Phuket juga berpotensi untuk menjadi pusat pelancongan
yang terkenal.Sektor ini berkembang kerana disebabkan oleh bentuk muka bumi
pinggir laut yang mana terdiri daripada keindahan pantai dan pasirnya.
Terdapat banyak kawasan pelancongan yang terkenal di Pulau Phuket.
Kebanyakan tempat pelancongan terletak di kawasan tanah pamah dan tanah tinggi.
Berikut merupakan antara aktiviti pelancongan yang terdapat di Pulau Phuket ini:
MRSM LANGKAWI 08326
Antara Aktiviti Pelancongan di Pulau Phuket
Khao Sok Full Day Jungle Safari from Phuket
Phuket to Phi Phi Islands by Speedboat
Phang Nga Bay Eco Tour from Phuket including Lunch
Khao Sok Full Day Jungle Safari from Phuket
Phuket to Phi Phi Islands By Express Ferry including Lunch
Trekking and Rafting Adventure from Phuket
Bagi di kawasan Phuket, pencemaran yang berlaku adalah di kawasan laut
berdekatan dengan salah sebuah pulau di situ.Hal ini berikutan terdapat beberapa kapal
yang membuang sisa minyak ke dalam laut tersebut tanpa memikirkan
kesannya.Kebanyakan hidupan di laut tersebut didapati berkurangan kerana mati akibat
terminum sisa buangan minyak tersebut.selain itu, kawasan Di Pulau Phuket turut
mengalami pencemaran darat yang mana berlaku akibat pembuangan sampah oleh
pelancong yang datang ke situ.Kesemua maklumat di atas adalah merupakan hasil yang
didapati menurut laporan daripada internet.
Wassalam…
MRSM LANGKAWI 08326
RUMUSAN
Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya
maka saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus saya ini dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
Saya berpuas hati kerana objektif saya dalam menjalankan kajian ini dapat
dicapai hasil usaha saya dan melalui bantuan rakan yang lain terutamanya daripada
rakan sekumpulan. Beberapa pengetahuan am yang saya perolehi ialah dapat
mengenali Pulau Langkawi dan Pulau Phuket terutamanya kawasan yang dikaji
dengan lebih mendalam lagi.
Seterusnya ialah saya dapat mengetahui kedudukan tempat-tempat menarik serta
ekonomi yang terletak di dalam kawasan kajian. Ia secara tidak langsung
membantu saya sekiranya saya ingin melawati tempat-tempat tersebut di satu hari
nanti melalui peta kawasan kajian.
Saya juga mempunyai beberapa cadangan berkaitan kegiatan ekonomi di kawasan
Pulau Langkawi ini.Pihak kerajaan perlu meningkatkan lagi tahap kebersihan di
Pulau Langkawi terutamanya di Pekan Kuah supaya ia dapat menarik lebih ramai
pelancong pada masa akan datang.Bagi kawasan Pulau Phuket pula, perlu ada
pihak yang mengawasi tahap keselamatan di situ di mana ia akan dapat
MRSM LANGKAWI 08326
mendatangkan kesan terhadap pelancong yang melawat ke tempat tersebut.Hal ini
kerana kawasan tersebut kini sering dilanda ombak yang boleh membahayakan
keselamatan dan nyawa pelancong.
Akhir sekali saya berasa sungguh bangga kerana segala kelebihan terhadap
ekonomi di negara luar juga dimiliki oleh negara kita sendiri yang mana
menunjukkan bahawa negara kita kini sudah begitu pesat membangun.Saya
sememangnya berasa bangga kerana dilahirkan di negara yang bebas daripada
bencana alam yang besar.Saya juga akan terus memupuk semangat cinta akan
negara ini sehingga ke akhir hayat.
Wassalam ……
MRSM LANGKAWI 08326
LAMPIRAN
MRSM LANGKAWI 08326
RUJUKAN
LAMAN WEB
www.wikipedia.org
www.google.com.my
www.yahoo.com
www.bharian.com.my
BUKU TEKS
Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah,
Buku Teks Geografi Tingkatan 2,
Percetakan Saufi,
2003.
Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai,
Buku Teks Geografi Tingkatan 2,
Percetakan Rina Sdn.Bhd. ,
2003.
BUKU RUJUKAN
Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh,
Buku Rujukan Focus Super Hot Geografi,
MRSM LANGKAWI 08326
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. ,
2008.
top related