kepentingan sumber sejarah kepada penulisan sejarah
Post on 08-Aug-2018
3.433 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
1/16
Kepentingan Sumber Sejarah kepada Penulisan Sejarah
Perkataan Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud
Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani iaitu
Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian. Pelbagai pandangan
atau pengertian yang telah diberikan mengenai definisi sejarah.
Mengikut pandangan "Bapa Sejarah Herodotus, 1Sejarah ialah satu kajian untuk
menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan bangunnya
seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah
sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah
dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa
Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi
Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan
persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut
dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang
berlaku.
Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwayangbenar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian
atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku. 2Sejarah dalam erti kata lain
digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih
bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan
1
Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah, hlm. 7-82 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Ibid., hlm.50.1 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
2/16
datang menjadi lebih cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada dalam diri semua kelompok
masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap
permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat
dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu
epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau
pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau
tidak.
Sejarah merupakan istilah generik untuk maklumat masa yang lalu seperti "sejarah
geologi bumi". Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah
manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan mengenai masyarakat yang lalu. Pakar
sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan bercetak, temuramah
(sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa digunakan bergantung
kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia
dikenali sebagai pra-sejarah.Sejarah merupakan koleksi maklumat ataupun fakta masa lalu.
Apabila digunakan sebagai nama bidang pengajian, sejarah merujuk kepada penyelidikan dan
tafsiran rekod-rekod masyarakat manusia. Istilah "sejarah" berasal daripada bahasa Greek yang
membawa maksud pemerian penyelidikan, dan mempunyai etimologi yang sama dengan
perkataan bahasa Inggeris, "story" (cerita).
Ensiklopedia Britannica 1911 mengatakan bahawa dari segi amnya, sejarah adalah
kesemua yang terjadi, bukan sahaja mengenai fenomena terhadap hidup manusia, bahkan
juga dengan alam semula jadi. Hal ini merangkumi segala yang mengalami perubahan, dan
sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh sains moden, kesemua alam semesta dan setiap
bahagiannya mempunyai sejarah masing-masing kerana tiada sesuatu yang benar-benar tidak
2 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
3/16
berubah-ubah. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, Sejarah merupakan
satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam
bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau, Sejarah juga adalah
peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti
yang kukuh.
Pengertian Sumber Sejarah
3Sejarah sebagai peristiwa yang terjadi pada masa lampau, dapat diungkap
kembali oleh para ahli sejarah berdasarkan sumber-sumber sejarah yang
dapat ditemukan. Ahli-ahli sejarah memperoleh maklumat mereka daripada dua jenis
sumber yang berbeza yang dikenali sebagai primer dan sekunder. Sumber
primer adalah sumber-sumber "first-hand", manakala sumber sekunder pula ialah
sumber-sumber "second-hand". Contohnya, bayangkan ada satu kejadian nahas
kereta. Huraian tentang nahas yang diberikan oleh seorang saksi kepada polis ialah
suatu sumber primer kerana ia datang daripada seseorang yang betul-betul berada
di sana pada waktu itu. Berita dalam akhbar pada hari berikutnya adalah satu
sumber sekunder kerana pemberita yang menulis berita itu tidak betul-betul
menyaksikannya. Pemberita itu mengetengahkan satu cara memahami nahas itu
atau suatu tafsiran. Meskipun demikian, tidak semua peristiwa masa lampau dapat
diungkap secara lengkap kerana dihadkan oleh sumber sejarah.
Dalam penulisan sejarah, peranan atau kewujudan sumber sejarah menjadi
sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Sumber sejarah merupakan bahan utama yang
3
Gillbert J. Garrahgan,S.J., A guide to historical method,Jean Delangez (ed.) , S.J.Fordham University Press, 1948, hlm. 3.
3 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
4/16
digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan subjek sejarah.
4Sumber ini dapat diperolehi oleh seseorang dengan memanfaatkan muzium,
perpustakaan, arkib nasional, arkib daerah sebagai tempat untuk mendapatkan
informasi yang berkaitan dengan subjek sejarah yang akan ditulis. Secara
umumnya, sumber sejarah dibahagikan kepada dua iaitu, sumber primer dan
sumber sekunder.
Sumber primer ialah sumber yang berkait langsung dengan peristiwa yang
diceritakan. Sumber primer adalah menarik untuk dibaca kerana sifatnya yang
memberikan kita pemahaman yang terus dari sumber asal, pemahaman seolah-olah
anda berada di sana semasa lampau. Hal ini juga merupakan alat yang sangat
penting bagi seorang ahli sejarah untuk membina suatu pemahaman tentang
sesuatu peristiwa. Sumber primer berfungsi sebagai bukti yang ahli-ahli sejarah
gunakan dalam membina satu tafsiran dan suatu hujah untuk menyokong tafsiran
itu. Kegunaan sumber primer tidak hanya untuk menolong memahami sesuatu
perkara yang telah berlaku dengan lebih baik, tetapi juga sebagai bukti apabila
menjawab soalan-soalan dan membina hujah-hujah mengenai masa lampau
Sumber primer ini boleh berbentuk kesaksian langsung dari pelaku sejarah (sumber
lisan), dokumen-dokumen, naskah perjanjian, arkib (sumber tertulis), dan benda
atau bangunan sejarah atau benda-benda arkeologi (sumber benda).
Dalam bidang sejarah, sumber primer dikenali dengan pelbagai nama seperti sumber
awalan, sumber pertama, sumber utama dan sumber sezaman (first-hand sources). Bagi
penyelidik sejarah yang dikenali sebagai Louis Gottschalk dalambukunya Understanding
4Muhd.Yusof Ibrahim,1986, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori danKaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.6.4 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
5/16
History: A Primer of Historical Method, beliau menyifatkan sumber primer sebagai sumber
yang diperoleh daripada saksi utama berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Sumber
primer tidak "bercakap" dengan sendiri. Oleh sebab itu, sumber ini mesti ditafsirkan.
Dengan itu, kita tidak boleh selalu memahami serta-merta tentang apa yang satu
sumber primer itu maksudkan, terutama jika sumber tersebut datang daripada suatu
budaya yang sangat berbeza daripada budaya kita sendiri. Oleh sebab itu, kita perlu
cuba memahami apa yang dimaksudkan dan digambarkan oleh sumber itu tentang
masa lampau. Sumber lisan adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau
yang diperolehi secara langsung dari para pelaku atau saksi peristiwa tersebut.
Misalnya, keterangan yang diberikan oleh orang-orang yang mengalami sendiri atau
menyaksikan terjadinya sesuatu peristiwa. Sumber tulisan adalah keterangan
tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh melalui prasasti, dokumen,
naskah, dan rekaman suatu kejadian. Sumber tertulis merupakan sumber sejarah
yang paling baik. Sumber benda adalah keterangan tentang peristiwa pada masa
lampau yang diperoleh melalui benda-benda peninggalan. Fosil, alat-alat atau
benda-benda budaya (kapak, tombak, gerabah, perhiasan, manik-manik, dan
sebagainya), tugu peringatan, bangunan, dan sebagainya merupakan peninggalan
sejarah yang sangat penting, terutama bagi masyarakat pra-tulisan.
Sumber primer boleh ditemui di beberapa lokasi atau dalam simpanan orang-
orang yang tertentu. Bagi tujuan penyelidikan dalam bidang sejarah sudah
tentusumber primer menjadi rujukan utama kepada penyelidik sejarah. Penyelidik
sejarah akan cuba untuk mengesan sumber primer untuk mendapatkan jawapan
kepada persoalan kajian mereka. Penyelidik sejarah akan mencari sumber primer
seperti surat-surat tulisan tangan, fail dan rekod kerajaan ataupun laporan-laporan
5 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
6/16
tahunan sama ada yang disimpan secara rasmi di Arkib Negara Malaysia atau arkib
luar negara. Selain itu, terdapat juga sumber primer disimpan oleh individu ataupun
orang perseorangan yang memiliki dan mewarisi dokumen-dokumen penting
tersebut. Bagi memperoleh sumber primer yang bersifat sedemikian, penyelidik
sejarah perlu mendapat kerjasama daripada penyimpan dokumen tersebut untuk
membuat rujukan. Berbanding dengan sumber primer yang disimpan baik di Arkib
Negara, Perpustakaan Negara dan Perpustakaan-perpustakaan Negeri, bahan-
bahan tersebut boleh dirujuk oleh pengkaji-pengkaji tanpa banyak prosedur. Namun
begitu, terdapat juga fail dan rekod kerajaan yang berstatus sulit masih tidak boleh
dirujuk walaupun telah melebihi tempoh 25 tahun kerana faktor keselamatan dan
ketenteraman awam. Sebagai contohnya, fail-fail yang melibatkan status sulit yang
menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia terutamanya Peristiwa 13 Mei 1969.
Pengkaji-pengkaji yang ingin merujuk fail dan rekod kementerian atau jabatan
kerajaan perlu juga mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkenaan
dengan menyatakan tujuan penyelidikan dijalankan. 5Satu lagi bentuk sumber primer
yang kurang dirujuk oleh penyelidik sejarah ialah sumber arkeologi yang khusus
dirujuk oleh ahli arkeologi. Perkara ini berlaku kerana ahli arkeologi merujuk kepada
sumber arkeologi berbentuk artifak-artifak sejarah seperti jumpaan manik, serpihan
tembikar, runtuhan candi, inskripsi di tapak-tapak arkeologi, manakala penyelidik
sejarah lebih banyak merujuk kepada sumber bertulis. Namun demikian, sumber
arkeologi ini masih dianggap penting kerana dapat memberikan petunjuk kepada
asal usul sesuatu tamadun manusia dan sesebuah kerajaan pada zaman dahulu.
Walaupun sumber arkeologi berfungsi secara khusus kepada bidang arkeologi
5
R. Suntralingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Merican and Sons,Sdn.Bhd,KualaLumpur,1985,hlm.58
6 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
7/16
semata-mata, sumber arkeologi juga boleh ditafsir oleh penyelidik sejarah dengan
melihat kepada signifikan jumpaan-jumpaan artifak tersebut kepada sejarah
sesebuah tamadun manusia. Misalnya mengaitkan jumpaan ribuan manik di Sungai
Mas, Kedah dengan aktiviti perdagangan dan teknologi pembuatan manik yang
dimiliki oleh masyarakatpada ketika itu yang begitu tinggi.
Penyelidik sejarah perlu melakukan kajian demi kajian terhadap jenis-jenis
sumber primer yang akan mereka gunakan. Penyelidik sejarah perlu mengenal pasti
lokasi dan simpanan sumber-sumber tersebut supaya memudahkan mereka
membuat rujukan seterusnya. Setelah berjaya mengesan sumber primer tersebut,
penyelidik sejarah perlu menentukan adakah sumber yang diperoleh adalah asli
ataupun telah mengalami proses tafsiran sebelumnya oleh pengkaji yang
terdahulu. Seorang penyelidik sejarah yang mahir dalam bidang penyelidikan akan
menggunakan metod yang betul dalam bidang penyelidikan sejarah. Sumber-
sumber primer yang diperoleh akan melalui proses pembacaan dan tafsiran yang
teliti oleh penyelidik sejarah. Pada peringkat ini, mereka akan membuat analisis
sumber dari pelbagai sudut dengan merujuk kepada bilakah sumber itu dihasilkan, di
manakah sumber dihasilkan dan siapakah yang menghasilkan sumber tersebut.
Penyelidik sejarah yang bertanggungjawab akan memeriksa sumber-sumber
tersebut dan mengambil kira terhadap semua kritikan dan pandangan yang
dibuat. Usaha penyelidik sejarah untuk menggunakan sumber primer akan terhalang
jika sumber tersebut sukar didapati dan sukar untuk ditafsirkan. Kesukaran untuk
mendapatkan sumber primer disebabkan pelbagai aspek seperti pemilik enggan
bekerjasama untuk memberi kebenaran kepada pengkaji untuk merujuk sumber
7 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
8/16
tersebut, status dokumen sulit menyebabkan dokumen tersebut disekat oleh pihak
yang menyimpannya seperti Arkib Negara kerana takut disalahgunakan, sumber
primer yang telah mengalami kerosakan fizikal yang begitu teruk menyebabkan
pengkaji gagal membaca isi kandungan dokumen-dokumen tersebut, dokumen
ditulis dalam tulisan yang tidak boleh dibaca oleh pengkaji misalnya dalam Sanskrit,
Jawa kuno, Belanda, Portugis dan sebagainya. Perkara-perkara ini akan
menghalang usaha pengkaji untuk menggunakan dokumen-dokumen tersebut
sebagai bahan rujukan utama.
Setelah penyelidik sejarah berjaya menemukan sumber-sumber primer
tersebut tugas seterusnya ialah melakukan proses tafsiran ke atas sumber-sumber
tersebut. Sumber primer yang ditemui tidak akan bermakna sekiranya penyelidik
sejarah gagal memberikan tafsiran yang tepat tentang sumber tersebut. Penyelidik
sejarah perlu membaca satu persatu sumber primer tersebut dan mentafsirnya
supaya dapat menjelaskan maksud yang terkandung di sebalik sumber primer
tersebut. Ini kerana sifat sumber primer yang sukar untuk dikenal pasti disebabkan
oleh perbezaan faktor masa dan budaya pada zaman lampau.
Sifat sumber primer yang sukar dikenal pasti, tidak terkumpul dan tersusun
menyebabkan anda menghadapi masalah untuk merujuk sumber tersebut.
Kebanyakan sumber primer seperti dokumen, tersimpan di dalam fail, kotak,bilik
gelap dan gedung. Keadaan ini menyukarkan lagi anda untuk mengesan dimanakah
letaknya sumber-sumber tersebut semasa menjalankan penyelidikan. Masalah ini
menyebabkan banyak masa diperuntukkan oleh penyelidik sejarah bagi mengesan
sumber primer tersebut. Usaha penyelidik sejarah untuk mengesan sumber secara
8 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
9/16
berterusan adalah amat penting bagi menjalankan penyelidikan secara berterusan.
Kegagalan penyelidik sejarah mengesan sumber primer di tempat-tempat itu
menyebabkan penyelidikan yang dijalankan akan terganggu. Keadaan fizikal sumber
primer telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi turut mengganggu usaha
penyelidik sejarah untuk merujuk dan menggunakan sumber yang tepat dan sahih
dari segi kebenarannya. Sumber primer yang bertulis seperti surat-surat tulisan
tangan, perjanjian, dokumen peribadi yang disimpan terlalu lama akan
menyebabkan sumber-sumber itu mengalami kerosakan fizikal yang amat teruk.
Selain itu, masalah juga timbul disebabkan oleh sifat sumber primer yang ditulis
dalam keadaan cuai dengan banyak kesilapan dan kesalahan. Ini akan menghalang
tugas penyelidik sejarah untuk mentafsir sumber primer berkenaan dalam keadaan
yang sempurna. Penyelidik sejarah akan menghadapi masalah untuk membaca dan
membuat tafsiran yang tepat ke atas sumber tersebut disebabkan masalah-masalah
yang wujud. Ini menyebabkan minat penyelidik sejarah untuk merujuk sumber primer
akan berkurangan kerana menghadapi masalah-masalah yang dinyatakan diatas.
Apabila penyelidik sejarah gagal menggunakan sumber primer dengan
efisien, maka mereka akan beralih arah dengan merujuk sumber sekunder sebagai
bahan rujukan utama yang banyak terdapat dan mudah diperolehi. Sikap penyelidik
sejarah yang sedemikian akan menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk
mengesan dan mencari sumber primer yang terdapat di arkib,perpustakaan
mahupun muzium. Masalah juga akan timbul apabila penyelidik sejarah merujuk
kepada sumber sekunder yang telah berubah daripada bentuk asal yang telah
mengamali proses tafsiran yang awal. Penyelidik sejarah tidak boleh bersikap putus
9 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
10/16
asa apabila gagal merujuk kepada sumber primer sedangkan masih banyak lagi
sumber primer yang boleh dikesan dan dirujuk yang masih belum dikaji.
Penggunaan sumber primer secara efisien dalam bidang penyelidikan sejarah
memberikan banyak kelebihan kepada penyelidik sejarah. Kepentingan sumber
primer dapat dilihat dari segi kebenaran Sejarah iaitu penggunaan sumber primer
yang berkesan oleh penyelidik sejarah dapat menjelaskan tentang aspek kebenaran
dari sudut kesahihan (validity), boleh dipercayai (reliability) dan mutlak (absolute)
dalam bidang sejarah. Selain itu, hasil yang berkualiti iaitu penyelidikan dan
penulisan sejarah yang banyak menggunakan sumber primer akan dapat
menghasilkan bentuk-bentuk kajian dan penulisan yang berkualiti.
Kajian yang terhasil sukar untuk dipertikaikan kerana penyelidik sejarah
berjaya merujuk sumber primer sebagai bahan rujukan utama. Kepentingan lain pula
dari segi mengelak kesilapan fakta bermaksud penyelidikan dan penulisan yang
berkualiti akan dapat mengelak kesilapan fakta-fakta sejarah yang dihasilkan oleh
penyelidik sejarah. Rujukan Utama iaitu penulisan sejarah yang berlandaskan
sumber primer akan dijadikan sebagai bahan rujukan utama dalam penyelidikan
sejarah seterusnya oleh penyelidik sejarah yang lain. Manakala bukti Sejarah
membawa maksud sumber primer berfungsi sebagai bukti sejarah yang kukuh dan
sukar untuk dipertikaikan setelah ditafsir oleh penyelidik sejarah.
Sumber sekunder merupakan dokumen yang disusun dan diterbitkan semula
dalam bentuk yang ber la inan berdasarkan dokumen dar i sumber
pr ime r. K it a te lah mengetahui bahawa data sekunder adalah data sedia
10 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
11/16
ada. Ia terdiri daripada buku-buku statistik, penerbitan oleh kerajaan, swasta
atau persendirian, data sedia ada dari penyelidik te rd ah ul u ser ta re ko d-
rekod di p erpustakaan atau laman-lama n web dalam industr i teknologi
maklumat terkini. Data sekunder adalah data yang dikutip bukan bertujuan
untuk menyelesaikan masalah dalam tangan tetapi untuk tujuan sebaliknya. Ciri-ciri
yang dapat didalam sumber sekunder ialah ia bukanlah maklumat atau ilmu
pengetahuan baru; ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya
senang diakses dan ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan, atau
pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara
dan sebagainya.Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan
sumber lain, perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini samada ianya berwibawa
atau berat sebelah atau condong kearah tertentu (bias).Kita boleh bahagikan
data sekunder kepada dua jenis iaitu data sekunder dalaman dan data
sekunder luaran.
Data dalaman adalah data yang diperolehi dari dalam organisasi di mana
penyelidikan dijalankan. Data-data ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan
yang akan datang. Antara maklumat yang boleh diperolehi dari sumber
dalaman adalah nama dan lokasi pelanggan, produk/perkhidmatan yang dijual,
volum transaksi yang telibat, terma jualan, diskaun yang diberikan, syarat bayaran,
cara kutipan dan sebagainya. Data Sekunder luaran adalah data-data yang
diperolehi dari luar organisasi. Misalnya, maklumat bercetak yang diperolehi dari
firma-firma lain samada kerajaan atau swasta, panduandan informasi pemasaran
oleh agensi tertentu dan pencarian data melalui komputer/internet. Contoh sumber-
sumber sekunder ialah terbitan berkala /Terbitan bersiri /Jurnal (yang memberi
11 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
12/16
laporan tentang perkembangan sumber primer), perkhidmatan indeks dan abstraks,
ulasan (Reviews) dan buku teks/Monograf.
Ahli sejarah mendapatkan maklumat mengenai masa lampau daripada
pelbagai sumber, seperti catatan yang ditulis atau dicetak, mata wang atau benda
bersejarah lainnya, bangunan dan monumen, serta dari wawancara (yang sering
disebut sebagai "sejarah penceritaan", ataupun oral history dalam Bahasa Inggeris.
Untuk sejarah moden, sumber-sumber utama maklumat sejarah adalah: foto,
gambar bergerak (misalnya: film layar lebar), audio, dan rakaman video. Tidak
semua sumber-sumber ini boleh digunakan untuk kajian sejarah, kerana bergantung
kepada bahan yang hendak diteliti atau dipelajari.
Penelitian sejarah juga bergantung pada historiografi, atau cara pandang
sejarah, yang berbeza satu dengan yang lainnya. Ada banyak alasan mengapa
orang menyimpan dan menjaga catatan sejarah, termasuk alasan pentadbiran
(contohnya: keperluan bancian, rekod cukai, dan nota perdagangan), alasan politik
(guna memberi pujian atau kritik tentang pemimpin negara, ahli politik, atau orang-
orang penting), alasan keagamaan, kesenian, pencapaian sukan (misalnya: rekod
Olimpik), nota keturunan (genealogi), nota peribadi (misalnya surat-menyurat), dan
hiburan. Namun dalam penulisan sejarah, sumber-sumber tersebut perlu dipilih-pilih.
Kaedah ini disebut dengan kritik sumber. Kritik sumber dibahagi menjadi dua, iaitu
luaran dan dalaman. Kritik luaran adalah kritik yang pertama kali harus dilakukan
oleh sejarahwan pada permulaan dia menulis karyanya, terutama jika sumber
sejarah tersebut berupa benda. Iaitu dengan melihat validisasi bentuk fizikal karya
tersebut, mulai dari bentuk, warna dan apa sahaja yang boleh dilihat secara fizikal.
12 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
13/16
Sedang kritik dalaman adalah kritik yang dilihat daripada kandungan sumber
tersebut, apakah boleh dipertanggungjawabkan atau tidak. Wawancara juga dipakai
sebagai sumber sejarah. Namun perlu pula sejarahwan bertindak kritis baik dalam
pemilihan sumber sampai dengan terjemahan kepada bentuk digital atau tulisan.
Satu tafsiran ialah bagaimana seorang ahli sejarah memberi makna kepada
sesetengah bahagian daripada masa lampau (makes sense of some part of the
past). Seperti sebuah cerita yang bagus, sejarah yang ditulis dengan baik
mendedahkan tidak hanya masa lampau tetapi sesuatu mengenai masa kini juga.
Ahli-ahli sejarah yang hebat menolong kita melihat aspek-aspek masa lampau dan
mengenai keadaan manusia yang kita tidak akan dapat temui sendiri.
Sesetengah fakta adalah "ambiguous". Ahli-ahli sejarah menanyakan
persoalan-persoalan yang berbeza mengenai masa lampau. Ahli-ahli sejarah
mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan sampai kepada bahan-bahan dengan
kepercayaan yang berbeza mengenai dunia (Historians have different values and
come to the material with different beliefs aboutthe world). Untuk alasan ini atau lain-
lain alasan, ahli-ahli sejarah kerap tiba pada tafsiran yang berbeza mengenai
peristiwa yang sama. Misalnya, ramai ahli sejarah melihat Revolusi Perancis (the
French Revolution) sebagai hasil daripada kepercayaan kepada kebebasan (liberty)
dan persamaan (equality); ahli sejarah lain melihat Revolusi Perancis sebagai hasil
daripada tuntutan-tuntutan ekonomi daripada satu kelas menengah yang sedang
bangkit. Oleh itu, adalah penting untuk dapat menilai tafsiran seorang ahli sejarah
secara kritis.
13 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
14/16
Penulisan sejarah yang baik mesti melalui prosedur pengenalan, bidang
penyelidikan, tajuk penyelidikan, kajian perpustakaan mengenai bidang kajian dan
prosedur yang terakhir adalah tujuan kajian. Apabila ahli sejarah hendak
menjelaskan kronologi sesuatu peristiwa sejarah menerusi kronologi, mereka
memerlukan sumber yang betul dan tepat. Maka, dengan adanya sumber-sumber
barulah dapat memberikan ahli sejarah gambaran yang tepat bagaimana peristiwa
terjadi dan ini akan memudahakan mereka untuk membuat penulisan sejarah. Oleh
yang demikian, sumber memang memainkan peranan yang amat penting dalam
penulisan sejarah.
Kepentingan sumber adalah kepentingan yang asasi. Hal ini kerana sumber
bagi penulisan sejarah berbeza dengan penulisan karya kreatif. Sumber adalah
sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber sejarawan tidak dapat menghasilkan
pensejarahannya. Sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan serta
memastikan sumbernya.
Kepada sumberlah seseorang sejarawan berharap akan dapat bergantung
untuk menghasilkan penulisannya. Sejarawan juga bergantung kepada sumber
untuk mendapatkan faktanya iaitu salah satu daripada unsur yang akan
memperkukuhkan kebenaran penulisannya. Bukti-bukti dan sumber-
sumber sejarah adalah penting dalam penulisan sejarah. Tanpanya, kita akan
menemui banyak kesulitan untuk mengungkap dan menulis sejarah secara benar
dan objektif. Ilmu sejarah tidak dapat berdiri tanpa bukti. Tanpa sumber-sumber
maka tidak dapat diketahui sejarah ataupun kebenaran tersebut boleh dikatakan
14 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
15/16
tidak kukuh. Oleh sebab itu, sumber sejarah dianggap penting dalam penulisan
sejarah.
Bibliografi15 | M u k a s u r a t
-
8/22/2019 Kepentingan Sumber Sejarah Kepada Penulisan Sejarah
16/16
1.Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah, hlm. 7-82
2.Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Ibid.,
hlm.50.
3.Gillbert J. Garrahgan,S.J., A guide to historical method,Jean Delangez
(ed.) , S.J.Fordham University Press, 1948, hlm. 3.
4. R. Suntralingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Merican and
Sons,Sdn.Bhd,Kuala Lumpur,1985,hlm.58
5.Muhd.Yusof Ibrahim,1986, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan
Mengenai Teori dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur, hlm.6.
16 | M u k a s u r a t
top related