kemahiran hidup bersepadu tingkatan 2 sistem penternakan ikan air tawar

Post on 29-May-2015

18.002 Views

Category:

Business

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 2

BAHAGIAN ELEKTIF PILIHAN 3: PERTANIAN

TAJUK:

SISTEM PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR

Objektif Pembelajaran:

Menyenaraikan sistem penternakan ikan air tawar.

Sistem Penternak: Pelbagai sistem penternakan ikan air tawar yang

diusahakan di negara kita.

Sistem penternakan Ikan Air Tawar: Kolam Tanah Sangkar Terapung Tangki Simen/ Fibre Glass Bekas Lombong Kandang (Pens)

Kolam Tanah: Merupakan takungan-takungan air yang

dibina dengan menggali tanah.

Benteng yang terdiri daripada simen/ konkrit boleh dibina bagi mengelilingi kawasan yang rendah.

Air dari anak sungai diisikan ke dalamnya untuk membentuk sistem kolam.

Berbentuk segi empat bujur. Luas – 500m² – 10000m²

Dalam – 1m – 1.5m

Lebih daripada 2 jenis ikan air tawar boleh dipelihara secara serentak.

Tujuan – kesemua makanan semulajadi dapat digunakan sepenuhnya.

Sangkar Terapung: Sesuai digunakan di sungai, tali air, tasik,

empangan dan bekas lombong.

Menggunakan pukat polyethylene berukuran 3m² hingga 20 m² dan dalamnya 3m.

Pukat ini diikat pada struktur rakit sebagai pelantar yang terapung di permukaan air – tong-tong besi, plastik atau gabus.

Sauh juga digunakan untuk mengelakkan sangkar daripada hanyut.

Sistem sangkar terapung – satu jenis ikan sahaja.

Perlu diberi makanan rumusan.

Tangki Simen/ Fibre Glass: Melibatkan modal yang amat besar.

Sistem ini dipilih kerana: Keluasan tanah terhad Sumber air mencukupi

Dibina berukuran antara 18m X 37m dan kedalamannya 1.5m

Ikan air tawar yang dipelihara biasanya terdiri daripada satu jenis sahaja.

Bekas Lombong: Kolam semula jadi yang mempunyai keluasan

antara 2 hingga 8 hektar dan kedalaman antara 4m hingga 60m.

Kualiti air harus dipastikan terlebih dahulu untuk menentukan ikan air tawar yang sesuai diternak.

Lebih daripada dua jenis ikan air tawar yang boleh diternak secara serentak.

PENILAIAN

Rumusan:

SISTEM PENTERNAKAN

IKAN AIR TAWAR

Kolam Tanah

Sangkar Terapung

Tangki Simen/ Fibre Glass

Bekas Lombong

Kandang (Pens)

Latihan:

Hantar: JUMAAT (6 JUN 2008)

Sebelum jam 10.30 pagi

top related