kemahiran generik dalam latihan industri … · 2013-11-19 · penyelia en mahyuddin b arsat yang...
Post on 07-Sep-2018
225 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN GENERIK DALAM LATIHAN INDUSTRI
TERHADAP PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA DI
DYSON MANUFACTURING SDN BHD
SRI DEWI BINTI RAHIMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEMAHIRAN GENERIK DALAM LATIHAN INDUSTRI TERHADAP
PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA DI DYSON
MANUFACTURING SDN BHD
SRI DEWI BINTI RAHIMI
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Dengan Ingatan Kasih dan Sayang Yang Abadi kepada
Ayah
ALLAHYARHAM RAHIMI B. MAT TAIB
Semoga rohmu dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala
dan
Ibu
SENIMAH BT MOKTI
Yang sentiasa mendoakan kejayaan ku demi masa depan dan sentiasa memberi
semangat sepanjang tempoh pengajian ini
MOHD NAZRI BIN RAIB
Insan istimewa yang banyak memberikan sokongan dan dorongan
ABANG, KAKAK DAN ADIK-ADIK YANG DIKASIHI
Andy Herman, Erna Dewi, Noor Pamela dan Amar Martin.
Dorongan dan galakan kalian akan kekal dalam ingatan ku ini.
SERTA SAHABAT-SAHABATKU YANG TERSAYANG.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya
memperolehi kesihatan dan kekuatan dalam menyempurnakan penulisan ini. Selawat
dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam
Ungkapan terima kasih dan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada
penyelia En Mahyuddin B Arsat yang telah banyak membimbing saya bagi menjayakan
penulisan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua pengorbanannya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Syarikat Dyson Manufacturing Sdn Bhd
yang sudi membenarkan saya membuat membuat kajian dan meluangkan masa untuk
memberikan kerjasama bagi menjayakan lagi penulisan ini. Seterusnya penghargaan
juga buat rakan-rakan yang sering membantu saya dalam melaksanakan penulisan ini.
Diharapkan hasil penulisan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti amalan kemahiran generik dalam
latihan industri kepada pembentukan kerjaya jurutera dan juga kepentingannya bagi
memperlengkapkan jati diri graduan ke arah bidang pekerjaan. Matlamat utama kajian
ini adalah untuk mengetahui adakah amalan kemahiran generik yang dilakukan dalam
latihan industri berkesan kepada pembentukan kerjaya sebagai jurutera. 144 set borang
soal selidik telah diedarkan kepada respondan kajian di Syarikat Dyson Manufacturing
Sdn Bhd Senai Johor. Respondan kajian terdiri daripada jurutera-jurutera syarikat
berkenaan yang secara umumnya pernah menjalani program latihan industri. Data
mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratusan dan min. Hasil analisis menunjukkan tahap amalan kemahiran generik yang
dilakukan dalam latihan industri adalah tinggi. Jurutera juga didapati memberikan
komitmen yang baik untuk meningkatkan penguasaan kemahiran generik dalam
memenuhi permintaan pasaran kerja. Disamping itu juga, analisis mendapati amalan
kemahiran generik yang dilakukan dalam latihan industri adalah berkesan kepada
pembentukan kerjaya jurutera. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat memberi
panduan kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi amalan kemahiran generik
dalam latihan industri pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan jurutera yang
berktrampilan, berdedikasi dan beriltizam tinggi terhadap profesionalisma mereka.
vi
ABSTRACT
The research is carried out to identify an application of generic skill in practical
training towards engineer’s career and the important to accomplish student’s personal
towards their professionalism. The main purpose of this research is to identify the
successful of generic skill application towards engineer’s career. 144 questionnaires has
distributed to the respondents at Dyson Manufacturing Sdn Bhd Senai Johor. The
respondent is an engineer who had done practical training. The data has been analyzed
using the SPSS 11.5 system to obtain the frequency, percentage and mean. All of the
data result was collected and analyzed to represent the generic skill to build engineer’s
career. These finding shows that an application of generic skill in practical training is in
high level. An engineer also gave their good commitment to improve their generic skill
level. Besides that, finding also shows that application of generic skill in practical
training are succeed to build engineers career. Hopefully this research will be able in
giving a guideline for the parties concerned to consolidate the generic skill of practical
training in the future and consequently will create engineers who are presentable,
dedicated and highly committed to their professionalism.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
viii1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Graduan 12
1.6.2 Industri 13
1.6.3 Universiti 13
1.7 Skop Kajian dan Batasan Kajian 13
1.8 Definasi Istilah 14
1.8.1 Kemahiran 14
1.8.2 Generik 15
1.8.3 Latihan 15
1.8.4 Industri 16
1.8.5 Kerjaya 16
1.8.6 Jurutera 17
1.9 Penutup 17
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Pengertian Kemahiran Generik 19
2.3 Kajian Terdahulu 20
2.4 Elemen Kemahiran Generik Terpenting 22
2.4.1 Kemahiran Komunikasi 23
2.4.2 Kemahiran Menyelesai Masalah 27
2.4.3 Kemahiran Kerja Bekumpulan 31
2.5 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Industri 33
2.6 Latihan Industri 36
ix 2.7 Kebaikan dan Kepentingan Latihan Industri 37
2.8 Perlaksanaan Latihan dalam Memantapkan
Kemahiran Generik 38
2.9 Kerjaya Jurutera 39
2.10 Latar Belakang Institusi Pengajian
Di Malaysia 41
2.10.1 Universiti 41
2.10.2 Politeknik 43
2.10.3 Institut Latihan Perindustrian (ILP) 44
2.10.4 Institut Kemahiran Malaysia (IKM) 46
2.11 Kesimpulan 47
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 48
3.2 Rekabentuk Kajian 49
3.3 Tempat Kajian 50
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 50
3.5 Instrumen Kajian 51
3.6 Keesahan Kajian 53
3.7 Kajian Rintis 54
3.8 Prosedur Kajian 55
3.9 Kaedah Pengumpulan Data 55
3.10 Analisis Data 56
3.11 Kesimpulan 57
x4 ANALISIS DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 58
4.2 Analisis Data 58
4.3 Keputusan Analisis Data Bahagian A
- Profil Demografi Respondan 59
4.4 Keputusan Analisis Data Bahagian B 61
4.4.1 Kekerapan Elemen Kemahiran Generik Yang
Dilakukan Oleh Jurutera Dalam Latihan Industri 62
4.4.2 Usaha-Usaha Yang Dilakukan Oleh Jurutera Dalam
Industri Untuk Meningkatkan Kemahiran Generik 66
4.4.3 Keberkesanan Amalan Kemahiran Generik Yang
Dilakukan Dalam Latihan Industri Dalam
Membentuk Kerjaya Jurutera 71
4.5 Keputusan Keseluruhan Aspek Kajian 73
4.6 Kesimpulan 77
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 77
5.2 Perbincangan Latar Belakang Respondan
Bahagian A 78
5.3 Perbincangan Berkaitan Persoalan
Kajian (Bahagian B) 78
5.3.1 Perbincangan Tahap Kekerapan
Elemen Kemahiran Generik Yang
Diterapkan Dalam Latihan Industri 78
5.3.2 Perbincangan Bagi Usaha Yang Dilakukan
xi Oleh Jurutera Dalam Latihan Industri
Untuk Meningkatkan Kemahiran Generik 83
5.3.3 Perbincangan Bagi Keberkesanan Amalan
Kemahiran Generik Yang Dilakukan Dalam
Latihan Industri Terhadap Pembentukan
Kerjaya Jurutera 87
5.4 Rumusan 90
5.5 Cadangan 91
5.5.1 Graduan 91
5.5.2 Industri 92
5.5.3 Institusi Pengajian 92
5.6 Cadangan Lanjutan 93
5.7 Penutup 94
RUJUKAN 95 – 100
LAMPIRAN 101
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
2.4.2 Proses penyelesaian masalah Simon (1960) 31
2.10.1 Senarai Universiti Awam di Malaysia 42
2.10.2 Senarai Politeknik yang terdapat di Malaysia 44
2.10.3 Senarai Institut Latihan Industri di Malaysia 46
2.10.4 Kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Malaysia 48
3.5 Taburan Skop Persoalan Kajian dan Nombor Item 53
3.5.1 Skala Likert 54
3.10 Pengkelasan Skor Min Dan Status 57
4.3 Profil Demografi Responda 62
4.4.1 Taburan kekerapan, peratusan, min dan rank berkaitan
kekerapan elemen kemahiran generik yang dilakukan
oleh.jurutera dalam latihan industri 63
4.4.2 Taburan kekerapan, peratusan, min dan rank berkaitan
usaha-usaha yang dilakukan oleh jurutera dalam industri
untuk meningkatkan kemahiran generik 67
4.4.2 Taburan kekerapan, peratusan, min dan rank berkaitan
keberkesanan amalan kemahiran generik yang dilakukan
dalam latihan industri dalam membentuk kerjaya
jurutera 71
4.5 Taburan purata peratusan berkaitan analisis keseluruhan
setiap aspek kajian. 75
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
4.5.2 Taburan min purata dan rank elemen kemahiran
generik bagi setiap soalan kajian 75
5.3.1 Nilai min kekerapan elemen kemahiran generik
yang diterapkan dalam latihan industri 79
5.3.2 Nilai min bagi usaha-usaha yang dilakukan oleh
jurutera dalam latihan industri industri untuk
meningkatkan kemahiran generik 83
5.3.3 Nilai min bagi keberkesanan amalan kemahiran
generik yang dilakukan dalam latihan industri kepada
pembentukan kerjaya jurutera 87
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Soal Selidik
101
B Surat Kebenaran Melakukan Penyelidikan
Daripada Dyson Manufacturing Sdn Bhd 107
C Surat Kebenaran Melakukan Penyelidikan
Daripada UTM 108
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, pengurusan bidang kerja menjadi semakin kompleks. Seperti yang
ditegaskan oleh Shahril Marzuki (1993), sektor perindustrian sekarang menuju ke era
industri bio teknologi, teknologi pertengahan, teknologi tinggi dan teknologi maklumat.
Perubahan tersebut menyebabkan sumber tenaga manusia yang diperlukan pada masa ini
ialah pekerja yang mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang tinggi.
Selain dari itu, pekerja juga mestilah fleksibel, sanggup belajar atau dilatih semula untuk
menambahkan pengetahuan sedia ada dan mesti mempunyai pelbagai kemahiran yang
lain. Pendek kata, industri sekarang bukan sahaja memerlukan pekerja yang
berkemahiran teknikal malah pekerja juga diharapkan dapat menguasai kemahiran
generik.
Terdapat beberapa definisi yang dapat menjelaskan istilah kemahiran generik.
Kebanyakan definisi tersebut memberi tumpuan ke atas elemen yang berkaitan dengan
personaliti, sikap, tabiat, tingkah laku, cara berkomunikasi, cara menyelesaikan masalah,
kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi.
2
Lankard (1990) mendefinisikan kemahiran generik sebagai satu kemahiran yang
meliputi personaliti, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkah laku yang baik.
Ia menyatakan bahawa kebanyakan industri percaya kemahiran generik adalah
kemahiran yang penting dan dalam keadaan dunia pekerjaan yang sentiasa berubah,
pihak industri memerlukan pekerja yang kreatif, fleksibel dan berkemahiran
interpersonal yang tinggi. Manakala Saterfiel dan Mc Larty (1995) memberi pengertian
bahawa kemahiran generik adalah kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk
memenuhi dan juga memperlengkapkan keperluan pekerjaan. Definisi lain bagi
kemahiran generik adalah kebolehan bukan teknikal. Ini jelas seperti definisi yang
diberikan oleh Buck dan Barrick (1987: ms.29):
“Selain daripada kebolehan teknikal, kemahiran generik adalah suatu
kriteria pekerja yang menjadikan mereka aset kepada majikan.
Kemahiran generik ini termasuk kemahiran membaca, asas aritmetik,
kemahiran menyelesaikan masalah, membuat keputusan, kemahiran
berfikir peringkat tinggi, keboleh harapan, tingkah laku positif,
semangat bekerjasama, serta ciri efektif”
Gainer (1988) telah mendefinisikan kemahiran generik sebagai:
i. Ketrampilan individu yang meliputi kemahiran komunikasi dan kemahiran
berbudaya
ii. Kemahiran kebolehpercayaan individu yang meliputi pengurusan individu,
beretika, dan berkemahiran vokasional
iii. Kemahiran pengubahsuaian ekonomi yang meliputi kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran belajar, dan juga pembangunan kerjaya
3
The Conference Board of Canada (1996) pula mendefinisikan kemahiran generik
sebagai kemahiran dan juga kualiti individu yang dikehendaki oleh industri terhadap
pekerja baru apabila mereka mula bekerja. Kemahiran dan juga kualiti individu yang
diperlukan ini adalah berguna kepada semua pihak, tidak kira dalam bidang perniagaan
atau firma yang diusahakan sama ada secara kecil-kecilan atau berskala besar.
Kemahiran generik adalah kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke
satu bidang kerja lain. Ia tidak meliputi kemahiran kualiti yang diperlukan oleh sesuatu
bidang pekerjaan yang khusus sahaja, malah merangkumi semua bidang kerjaya.
Kemahiran generik dapat dilihat dari tiga elemen kemahiran utama, iaitu :
i. Kemahiran akademik yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran
berfikir secara kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan juga kemahiran
matematik
ii. Kemahiran mengurus diri yang meliputi kemahiran perlakuan positif, kemahiran
bertanggungjawab dan kebolehan membuat penyesuaian
iii. Kemahiran berpasukan yang meliputi kemahiran seseorang individu itu bekerja
dengan orang lain dan kebolehan melibatkan diri dalam sesuatu projek atau
tugas.
Bailey (1995) pula menyatakan bahawa hubungan yang lebih baik antara
pengajaran di pusat pengajian dan juga pembelajaran di tempat kerja boleh memainkan
peranan yang penting dalam menguatkan keberkesanan tenaga kerja. Manakala Zakaria
(1987) berpendapat, sesuatu pendidikan dikatakan baik apabila ia dapat menyediakan
pelajar untuk memasuki alam pekerjaan. Oleh itu pendidikan di institusi pengajian
perlulah sama ataupun hampir sama dengan pekerjaan di dalam industri dari segi
penggunaan alatan atau amalan. Untuk menjadikan latihan yang disediakan oleh pihak
institusi kelihatan menarik dan berkesan, pihak institusi pengajian haruslah memberi
perhatian dan juga penekanan terhadap elemen kemahiran generik dalam program
latihan yang disediakan di samping meningkatkan kualiti kemahiran teknikal.
4
Di Malaysia, terdapat banyak Institusi Pengajian yang ditubuhkan seperti
Universiti, Politeknik, Institusi Kemahiran Malaysia (IKM) dan Institusi Latihan
Perindustrian (ILP) yang bertujuan untuk melatih dan melahirkan sumber tenaga kerja
mahir dan separuh mahir dalam bidang perakaunan, kejuruteraan dan pengurusan.
Tenaga kerja dalam tiga bidang ini amat diperlukan oleh pihak kerajaan dan juga swasta.
Di pusat pengajian inilah pelajar-pelajar ditawarkan untuk mengikuti kursus peringkat
sijil, diploma dan ijazah. Antara kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang
kejuruteraan adalah kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan juga kejuruteraan
mekanikal. Dalam tempoh pengajian ini, pelajar akan disediakan dengan mata pelajaran
teori, mata pelajaran amali dan juga latihan industri (Berita Politeknik 1990).
Latihan industri adalah proses penempatan pelajar sekurang-kurangnya sepuluh
minggu di industri atau organisasi luar agar pelajar dapat mempraktiskan pengetahuan
secara teori kepada amalan dalam bidang kerjaya mereka sebelum mereka
dianugerahkan sijil, diploma atau ijazah sarjana muda. Mereka juga akan didedahkan
kepada aspek sosial, interaksi, budaya dan proses kerja di alam kerjaya. Selama
menjalani latihan industri inilah pelajar akan didedahkan dengan suasana kerja yang
sebenar dan mendapat peluang sebenar melaksanakan tugas dan tanggungjawab
khususnya sebagai seorang jurutera yang kritis dan kreatif serta bijak menyelesaikan
semua permasalahan yang timbul. Matlamat latihan industri adalah untuk
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang profesyen masing-
masing di samping satu usaha ke arah melahirkan graduan yang berketrampilan, kreatif
dan berwibawa (Buletin P&P, UTM, Edisi Jun 2004).
5
Kualiti pengajian tinggi memerlukan Universiti, Politeknik, (IKM) dan (ILP)
memberi perhatian kepada kemahiran yang boleh dipindah dan tidak hanya berkaitan
dengan disiplin atau profesional sesuatu bidang sahaja. Luca (2003) berpendapat,
institusi pengajian tinggi sentiasa menghadapi tekanan daripada industri, kerajaan dan
pihak tajaan supaya menyediakan pelajar yang berkualiti dalam kerja dengan kandungan
yang spesifik dan juga kemahiran profesional seperti kemahiran komunikasi,
kepimpinan, penyelesaian masalah dan pengurusan masa. Oleh itu, keperluan amalan
kemahiran generik amat diperlukan dalam latihan industri bagi memenuhi kehendak
pembelajaran sepanjang hayat dan juga keperluan di tempat kerja.
Kemahiran generik adalah satu kemahiran yang amat penting dan harus diambil
berat kerana individu yang mempunyai kemahiran teknikal yang baik, tanpa memiliki
kemahiran generik adalah dianggap tidak berkualiti. Kajian yang dijalankan oleh Mohd
Yusuff Mohd, Mohd Fadhil Nuruddin, dan Naimah Yong (1995) mendapati beberapa
elemen kualiti yang mesti ada pada graduan Universiti, Politeknik, (IKM) dan (ILP)
adalah seperti keupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif, fleksibel dan lain-lain bagi
menghadapi cabaran-cabaran masa depan yang dinamik dan mencabar. Dengan itu,
institusi pemberi latihan harus bersedia membekalkan elemen kemahiran generik kepada
para pelatihnya bagi melahirkan lulusan yang berkemahiran serba lengkap dan
berkualiti, di samping meningkatkan kualiti kemahiran teknikal.
Ini dapat dirumuskan bahawa kemahiran generik dalam latihan industri amat
penting kepada pembentukan kerjaya jurutera terutamanya sebagai pembimbing
keupayaan tenaga manusia agar menjadi lebih multiskil dan fleksibel. Keupayaan tenaga
manusia akan terjejas sekiranya mereka hanya terikat kepada kebolehan teknikal sahaja.
Adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada Negara untuk melihat Malaysia
menjadi sebagai sebuah negara maju menjelang 2020, maka sumber tenaga manusia
negara perlu dibekalkan dengan kemahiran generik dan ilmu pengetahuan yang cukup
untuk merelisasikan impian Malaysia sebagai sebuah negara maju yang disegani.
6
1.2 Latarbelakang Masalah
Di Malaysia, kelemahan pelatih industri adalah disebabkan oleh kurikulum yang
membekalkan kemahiran atau pengetahuan yang terhad dan spesifik tanpa asas
akademik yang kukuh (Abdul Shukor, 1997). Hal ini berlaku kerana di pusat pengajian,
aktiviti-aktiviti amali atau praktikal tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana situasi
pembelajaran dan situasi alam pekerjaan yang sebenar adalah berbeza dan ilmu yang
diperolehi semasa dalam pengajian tidak cukup sebagai persediaan ke arah kerjaya
jurutera yang benar-benar berkualiti. Kepesatan dan perubahan teknologi telah
menjadikan sistem pendidikan pada masa ini kurang mampu untuk mengejar dan
memenuhi keperluan era milinium baru. Soo Wee Leng dan Juma’ayah Salleh (1997)
telah menegaskan bahawa perubahan yang terlalu cepat dan berterusan menyebabkan
latihan yang diberikan di institusi pengajian kepada pelajar kadang-kadang tidak
memenuhi kehendak pihak industri.
Latihan industri bukan sahaja mempunyai matlamat untuk melahirkan pekerja
yang mahir dalam bidang teknikal, bahkan latihan industri juga berperanan untuk
menerapkan kemahiran yang lebih luas termasuklah menerapkan kemahiran generik
dalam pekerjaan kepada pelatihnya (Packer, 1992). Harvey dan Green, (1994) pula
mendapati bahawa pusat latihan industri mahukan para pelatihnya mempunyai
kemahiran intelek, bersedia untuk terus belajar, berkemahiran mengurus diri, berkerja
dalam satu kumpulan dan juga mempunyai kemahiran “interpersonal”.
Ramlee (1999) dalam kajiannya mendapati bahawa majikan latihan industri dan
pendidik di institusi pengajian merasakan bahawa pelajar-pelajar yang mengambil
latihan industri kurang dari segi kemahiran generik dalam pengurusan kerja. Selain
daripada itu, kajiannya juga mendapati bidang pendidikan dan latihan yang disediakan di
pusat pengajian menghadapi cabaran dalam menyediakan para belia yang mengamalkan
kemahiran generik dalam pekerjaan.
Suasana teknologi yang sentiasa berubah pula memerlukan kemahiran tambahan
yang diperlukan oleh sektor industri dalam menerima pelajar yang ingin menjalankan
7
program praktikal. Pihak pelatih industri berharap agar kemahiran dan pengetahuan yang
diperolehi daripada pusat pengajian seperti Universiti, Politeknik, (IKM) dan (ILP) akan
dapat memudahkan lagi proses melatih pelajar yang akan dijalankan di tempat kerja
melalui latihan industri. Namun begitu, pihak pelatih industri mula sedar bahawa untuk
mendapat pelajar yang terus boleh menjalankan tugas di tempat kerja tanpa latihan
terdahulu di pusat pengajian adalah satu perkara yang mustahil. Maka wujudlah masalah
dalam pengambilan pelajar latihan industri kerana pihak industri bimbang kemasukan
pelajar-pelajar praktikal ini akan menyukarkan lagi pengurusan industri mereka.
Abad ke 21 pula merupakan era di mana sektor industri memerlukan pekerja
berkemahiran generik yang meliputi kemahiran menyelesaikan masalah, berfikiran
kritikal, bekerja dalam satu pasukan dan kesediaan mempelajari sesuatu yang baru
dalam pekerjaan. Justeru itu, adalah amat penting pelajar-pelajar latihan industri diberi
pendedahan awal berkenaan amalan kemahiran generik dalam latihan industri supaya
dapat membentuk kerjaya jurutera yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Dalam
perubahan ekonomi perdagangan dunia yang bebas dan pesat, perkembangan teknologi
tinggi dan keutamaan peningkatan kualiti kemahiran tenaga kerja merupakan beberapa
cabaran dalam pendidikan yang perlu ditangani oleh semua pihak termasuklah pihak
kementerian pendidikan, institusi pengajian dan juga pihak industri (National Institute of
Literacy and the Small Business Administration, 1999).
Kemahiran generik penting bagi seseorang pekerja untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara perindustrian yang berdaya saing dan maju. Dunia hari ini amat
mementingkan ilmu pengetahuan dalam perindustrian dan sangat memerlukan jurutera
yang mempunyai kemahiran generik bagi membolehkan pengeluaran industri menjadi
lebih produktif. Dengan itu, kemahiran generik penting untuk diterapkan kepada pelajar-
pelajar latihan industri dalam membentuk kerjaya yang berkualiti serta meningkatkan
ekonomi Negara. Di dalam fungsi pengeluaran tradisional dahulu, input yang dianggap
penting adalah buruh dan modal tetapi industri masa kini memerlukan pengetahuan
sebagai pelaburan untuk meningkatkan kapasiti faktor pengeluaran yang produktif
disamping membuat perubahan bentuk proses pengeluaran baru. Ini menunjukkan
bahawa jurutera yang berkemahiran tinggi dapat menentukan jatuh bangunnya sesebuah
8
industri, maka haruslah para pelatih industri diterapkan dengan pelbagai kemahiran
generik sebelum mereka memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera. (Rizaudin et. al.,
2000).
Tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran untuk menceburi sesuatu bidang
pekerjaan terutama bidang pekerjaan yang bercorak industri adalah tinggi. Bagi
membolehkan seseorang itu berupaya dalam menghadapi dunia pekerjaan yang
mencabar, ia haruslah memiliki pelbagai kemahiran. Sehubungan dengan itu kurikulum
program latihan di institusi pengajian hendaklah dilengkapi dengan kandungan yang
menyentuh bukan sahaja aspek-aspek kemahiran teknikal malah mengambil kira elemen
kemahiran generik supaya bakal-bakal graduan yang akan dilahirkan nanti mempunyai
asas kemahiran yang kukuh dan berketrampilan dalam bidang kejuruteraan. Selain
daripada itu tenaga pengajar juga perlu diberi pendedahan kepada perubahan keperluan
industri agar pelatih yang dihasilkan sesuai dengan pasaran buruh (Kerajaan Malaysia,
1996).
Hasil kajian kebolehan graduan bekerja oleh Noor Azlan (2003) mendapati
kebanyakan graduan institusi tempatan tidak memiliki kemahiran kerja yang diperlukan
pasaran dan seolah-olah wujud “mismatch” dalam penyediaan graduan untuk pasaran
kerja tempatan. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pula mendapati kurikulum di
institusi pengajian tinggi tempatan tidak memenuhi keperluan dan tuntutan pasaran kerja
sektor swasta, yang menyediakan 90 peratus peluang pekerjaan di negara ini. Masalah
asas yang dihadapi graduan terutama keluaran institusi pengajaran dan universiti
keluaran tempatan untuk mendapat pekerjaan ialah kelemahan berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris, menggunakan komputer, berinteraksi dengan kaum lain, berkerja secara
berpasukan serta kesanggupan mereka bekerja di luar waktu tugas rasmi (Berita Harian,
22hb, Ogos 2003).
Pada masa ini, pusat pengajian tinggi dan industri sedang berusaha dengan giat
untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar latihan industri yang
mana tenaga mereka amat diperlukan dalam menjayakan wawasan 2020. Oleh yang
demikian Jabatan Pendidikan sentiasa bekerjasama dengan pihak industri dalam
9
melahirkan jurutera-jurutera yang berkualiti tinggi dari segi kemahiran teknikal dan
kemahiran generik. Ini amat disokong dengan pendapat YB Dr. Haji Abd. Latiff bin
Ahmad (2002), di mana pada masa hadapan Malaysia amat memerlukan tenaga kerja
yang mahir kerana corak industri pada masa hadapan lebih berorientasikan kepada
kemahiran teknikal dan generik. Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan amat komited
terhadap usaha untuk melahirkan lebih ramai jurutera yang berkemahiran, inovatif,
kreatif dan berketrampilan. Justeru itu, program latihan industri adalah satu kaedah yang
amat efektif dalam menyempurnakan harapan kerajaan kerana melalui latihan industrilah
pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan amalan dan kemahiran sebenar sebelum bekerja
di industri.
Kesimpulannya didapati bahawa kemahiran generik amat penting dalam latihan
industri bagi membentuk jurutera yang benar-benar berketrampilan, berinovasi,
berpandangan luas dan mempunyai nilai-nilai interpersonal dalam pekerjaan. Walau
bagaimanapun kebanyakan pihak industri berpendapat bahawa institusi pengajian seperti
Universiti, Politeknik, (IKM) dan (ILP) kurang mampu menyediakan para pelajarnya
dengan elemen-elemen kemahiran generik untuk memenuhi keperluan industri.
Memandangkan, kemahiran generik merupakan keperluan yang amat penting bagi setiap
pekerjaan, maka kajian ini dijalankan bagi mengetahui apakah elemen-elemen
kemahiran generik tersebut dalam pembentukan kerjaya terutamanya kerjaya jurutera.
Kajian ini diharapkan boleh membantu para graduan untuk lebih bersedia menghadapi
profesion kejuruteraan pada masa akan datang.
1.3 Penyataan Masalah.
Industri pada hari ini memerlukan ramai pekerja yang bukan sahaja
berkemahiran teknikal tetapi juga memiliki pelbagai kemahiran pekerjaan termasuklah
amalan kemahiran generik. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai masalah dari segi
pengintegrasian amalan kemahiran generik yang dihadapi oleh para majikan industri
terhadap lulusan Universiti, Politeknik, (IKM) dan (ILP) yang diambil sebagai pekerja
10
mereka. Dalam kajian ini penyelidik berhasrat untuk menjalankan kajian mengenai
kemahiran generik dari aspek kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan dan
kemahiran menyelesaikan masalah yang dilakukan dalam latihan industri. Dapatan
daripada kajian ini adalah untuk menjawap kepentingan kemahiran generik dalam
latihan industri terhadap pembentukan kerjaya jurutera, di mana kajian ini memfokuskan
kepada elemen kemahiran generik yang telah dinyatakan.
1.4 Objektif Kajian.
Terdapat banyak kemahiran generik yang diamalkan dalam industri. Namun
begitu, kajian ini memfokuskan kepada tiga kemahiran generik sahaja iaitu kerja
berpasukan, kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah. Zainudin B. Hassan,
Mohd Anuar B. Abdul Rahman, Mohd. Najib B. Abdul Ghafar dan Kamariah Zakaria
(2002) dalam kajiannya yang lepas mengatakan ketiga-tiga aspek kemahiran generik ini
adalah antara kemahiran yang paling penting dalam kurikulum dan industri. Selain itu,
kajian oleh Nur Riana (2001), dalam kajiannya terhadap pelajar semester akhir jurusan
perdagangan di Politeknik Ungku Omar juga mendapati ketiga-tiga elemen kemahiran
generik ini mendapat skor yang tertinggi. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan jawapan tentang kepentingan kemahiran generik dalam latihan industri
kepada pembentukan kerjaya jurutera dengan berpandukan aspek berikut:-
i. Mengenalpasti tahap kekerapan elemen kemahiran generik yang
diterapkan dalam latihan industri.
ii. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh jurutera semasa latihan
industri untuk meningkatkan kemahiran generik.
iii. Mengenalpasti keberkesanan kemahiran generik semasa latihan industri
kepada pembentukan kerjaya jurutera.
11
1.5 Persoalan kajian.
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan
mengenai kemahiran generik dalam latihan industri kepada pembentukan kerjaya
jurutera yang dikaji dari aspek kerja berpasukan, kemahiran komunikasi dan kemahiran
penyelesaian masalah. Di antara persoalan-persoalannya ialah:
i. Apakah tahap kekerapan elemen-elemen kemahiran generik yang
diterapkan dalam latihan industri?
ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh jurutera dalam latihan industri
untuk meningkatkan kemahiran generik?
iii. Adakah amalan kemahiran generik yang dilakukan dalam latihan industri
berkesan kepada pembentukan kerjaya jurutera?
1.6 Rasional dan kepentingan kajian
Dapatan daripada kajian ini adalah penting dan diharap boleh membantu pihak
pihak yang terlibat dalam melahirkan jurutera yang mempunyai kualiti pasaran kerja
yang maju dan berdaya saing, berpersonaliti unggul, mempuyai kemahiran
berkomunikasi yang tinggi, berkebolehan bekerja berkumpulan, beretika dan bersikap
positif serta jujur dalam melaksanakan tanggungjawab. Kesemua ciri kemahiran generik
ini amat penting dalam memperlengkapkan jati diri graduan ke arah bidang pekerjaan,
khususnya bidang kejuruteraan. Kemahiran generik dalam latihan industri adalah
merupakan bidang kemahiran yang sangat berpengaruh dalam memastikan kejayaan dan
kemajuan sesebuah syarikat atau industri. Kebolehan dan kemampuan pekerja
melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja serta kebolehannya menyumbangkan
kepakaran individu dapat memanfaatkan syarikat dalam meninggikan mutu produk dan
bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sumber manusia yang berketrampilan
top related