mohd. mahyuddin bin ismail - fp.utm.my · 2.2 definisi pengurusan kewangan 10 2.3 kepentingan...

22
PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN. KAJIAN KES DI KALANGAN MAHASISWA TAHUN 3 DAN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM), UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Upload: tranphuc

Post on 06-May-2019

236 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN.

KAJIAN KES DI KALANGAN MAHASISWA TAHUN 3 DAN 4 SARJANA

MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM),

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Page 2: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa
Page 3: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

i

PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN.

KAJIAN KES DI KALANGAN MAHASISWA TAHUN 3 DAN 4 SARJANA

MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM),

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD MAHYUDDIN BIN ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

ii

Page 5: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

iii

Page 6: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

iv

Dedikasi khas untuk…….

Ayahanda dan bonda tercinta, Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang

Ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan seperjuanganku Terima kasih atas segalanya

Page 7: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur

ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya

menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih buat Prof Madya Dr. Husin bin Salamon selaku penyelia Projek

Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan

tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada mahasiswa 4 SPI dan tidak lupa juga kepada semua

yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek

penulisan ini.

Akhir sekali istimewa untuk ibu bapa dan keluarga, pengorbanan serta

dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik

kalian mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Page 8: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi mahasiswa

terhadap pengurusan kewangan. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia dan melibatkan mahasiswa tahun tiga dan empat

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Seramai 80 orang

responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak. Kajian ini adalah

berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal

selidik yang bertajuk Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan Kewangan ini

mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A yang memuatkan latar belakang

responden dan bahagian B yang terdiri daripada 42 item soalan berkaitan dengan

persoalan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

komputer Statistical Package For Social Science. Hasil kajian ini menunjukkan

bahawa mahasiswa mempunyai persepsi dan tanggapan yang positif terhadap

pengurusan kewangan dan mereka menyedari akan kepentingan pengurusan

kewangan dalam kehidupan mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap

pengurusan kewangan mahasiswa masih di tahap sederhana dan perlu

dipertingkatkan lagi. Namun begitu, terbukti bahawa pelajaran merupakan aspek

yang paling diutamakan oleh mahasiswa dalam perbelanjaan mereka. Justeru, selain

mencadangkan agar pihak mahasiswa berusaha untuk mempertingkatkan

pengetahuan mereka tentang pengurusan kewangan, semua pihak hendaklah

memainkan peranan untuk memastikan tahap pengurusan kewangan mahasiswa

yang tinggi.

Page 9: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

vii

ABSTRACT

The purpose of the study is to know the student’s perception of

financial management. This research is done at Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia and it involves the students of third and fourth year of Bachelor

of Science and Education (Islamic Studies). 80 respondents have been chosen

randomly. This research is a descriptive type that uses questionnaires as the main

instrument. Questionnaire that entitled ‘Student’s Perception of Financial

Management’ contains two main parts; Part A, the respondent’s background identity

and B, the 42 question items that are related to the study’s thought. The data is

analyses using the Statistical Package for Social Science system (version 11.5). The

outcome of this research shows that students have positives perceptions and

thoughts of financial management and realize the importance of it in their life. This

research also shows that the students’ level of financial management is still at an

intermediate condition and need to be improved. However, education is still the

main aspect that comes first in their priority of financial managing. Therefore, other

than assuring the students to improve their knowledge in financial management,

every person has to play their roll in maintaining the level of the students’ financial

management at its peak.

Page 10: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Rumusan 9

Page 11: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

ix

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10

2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12

2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14

2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa 15

2.6 Perbelanjaan Mahasiswa Dan Kesan Sampingan 16

2.7 Rumusan 17

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Rekabentuk Kajian 19

3.2.1 Kajian Perpustakaan 19

3.2.2 Kajian Lapangan 20

3.2.2.1 Tempat Kajian 20

3.2.2.2 Populasi Dan sampel 20

3.2.2.3 Instrumen Kajian 21

3.2.2.4 Prosedur Kajian 24

3.2.2.5 Penganalisisan Data 25

3.3 Rumusan 26

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 28

4.2 Analisis Data 28

4.3 Analisis Bahagian A : Biodata Responden 29

4.3.1 Jantina 29

4.3.2 Tahun Pengajian 30

4.3.3 Pendapatan Ibu Bapa 30

4.3.4 Jumlah Tanggungan Ibu Bapa 31

4.3.5 Jenis Pinjaman Atau Biasiswa Mahasiswa 32

4.4 Analisis Bahagian B : Analisis Item Soalan 32

Page 12: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

x

4.4.1 Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan

Kewangan 33

4.4.1.1 Persepsi Terhadap

Pengurusan Kewangan 33

4.4.1.2 Kepentingan Pengurusan

Kewangan Terhadap Mahasiswa 36

4.4.2 Adakah Mahasiswa Membuat Perancangan

Kewangan Bagi Setiap Semester. 38

4.4.3 Perkara Yang Diutamakan Oleh Mahasiswa

Dalam Perbelanjaan Mereka. 42

4.4.3.1 Perbelanjaan Untuk Pelajaran 42

4.4.3.2 Perbelanjaan Untuk Kepenggunaan 44

4.4.3.3 Perbelanjaan Untuk Hiburan 47

4.5 Rumusan 49

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan 50

5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 1:

Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan

Kewangan 51

5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 2:

Adakah Mahasiswa Membuat Perancangan

Kewangan Pada Setiap Semester 52

5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 3:

Perkara Yang Diutamakan Oleh

Mahasiswa Dalam Perbelanjaan Mereka 54

5.2.3.1 Perbelanjaan Untuk Pelajaran 54

5.2.3.2 Perbelanjaan Untuk Kepenggunaan 55

5.2.3.3 Perbelanjaan Untuk Hiburan 56

5.3 Rumusan 56

5.4 Cadangan 57

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 58

Page 13: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

xi

5.6 Penutup 59

RUJUKAN 60

LAMPIRAN 62

Page 14: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pecahan Responden Mengikut Jantina Dan Tahun

Akademik 20

3.2 Pembahagian Item Bahagian A : Latar Belakang

Responden 22

3.3 Skala Likert. 23

3.4 Pembahagian Item Soalan Bahagian B Berdasarkan

Persoalan Kajian. 23

3.5 Analisis Tentang Skor Min. 26

4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 29

4.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan

Tahun Pengajian 30

4.3 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan

Pendapatan Ibu Bapa. 30

4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Jumlah Tanggungan Ibu Bapa. 31

4.5 Taburan Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32

Jenis Pinjaman Atau Biasiswa Mahasiswa

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Persepsi Terhadap Pengurusan Kewangan. 33

4.7 Kepentingan Pengurusan Kewangan Terhadap Mahasiswa 36

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Persoalan Kajian Kedua. 38

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Perbelanjaan Untuk Pelajaran. 42

Page 15: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

xiii

4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Perbelanjaan Untuk Kepenggunaan 45

4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Perbelanjaan Untuk Hiburan 47

5.1 Taburan Purata Min Bagi Persoalan Kajian Yang

Telah Dianalisis. 56

Page 16: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

xiv

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 24

3.2 Analisis Skor Min 26

5.1 Nilai Min Keseluruhan Perkara Yang

Diutamakan Oleh Mahasiswa Dalam

Perbelanjaan Mereka. 54

Page 17: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Golongan mahasiswa adalah kelompok yang penting dalam masyarakat kita

kerana golongan inilah yang akan mendokong kepimpinan negara kita pada masa

depan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa ini perlu

didedahkan dengan segala bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna

bagi memastikan lahirnya masyarakat yang mempunyai tahap keilmuan dan

kemahiran yang tinggi.

Pada masa kini, program pendidikan yang disediakan di peringkat institusi

pengajian tinggi adalah cukup meluas dan mencakupi pelbagai bidang dan kemahiran

dengan tujuan akan menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan profesional yang

dapat memenuhi keperluan negara. Oleh itu, golongan mahasiswa perlulah

menggunakan zaman pengajian mereka untuk mempersiapkan diri ke arah menjadi

seorang insan yang sempurna dan mempunyai kemahiran yang tinggi bagi menjamin

kesejahteraan diri, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Antara kemahiran yang penting yang perlu ada dalam diri setiap individu

ialah kemahiran menguruskan ekonomi dan kewangan. Kewangan merupakan aspek

Page 18: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

2

yang amat penting dalam kehidupan kita kerana tanpa adanya kekuatan dalam aspek

kewangan, kita tidak mampu untuk mengubah kedudukan kita dalam masyarakat

masa kini yang kian membangun selaras dengan perkembangan dunia yang semakin

menuju ke arah era globalisasi. Kita tidak akan dihormati dan disegani dan inilah

antara sebab utama mengapa kita perlu memberi perhatian berat terhadap usaha-

usaha untuk mempertingkatkan kedudukan kewangan kita.

Menurut Barjoyai Bardai, Mohd. Fairuz Salleh (1996), “Dengan mempunyai

satu belanjawan, kita akan tahu di mana wang disalurkan dan boleh mengurangkan

perbelanjaan untuk perkara-perkara yang tidak penting. Dengan berbuat begini, kita

akan mendapati yang kita masih mempunyai wang lagi untuk disimpan. Oleh itu,

adalah lebih baik jika kita mempunyai kira-kira simpanan tetap jika perkara-perkara

yang tidak diduga berlaku, umpamanya dengan tiba-tiba bil untuk perbelanjaan

perubatan terpaksa dibayar. Apa yang perlu kita tekankan ialah kita sentiasa

mendapat ganjaran yang maksimum untuk setiap perbelanjaan yang dikeluarkan”.

Menurut Thomas E. Bailard, David L. Biehl, Ronald W. Kaiser (1973),

“Objektif pengurusan kewangan ialah untuk mencapai matlamat bagi memanfaatkan

wang dengan cara yang terbaik. Jika anda ingin mengetahui apa yang anda inginkan

dan bagaimana untuk mendapatkannya dengan apa yang anda miliki, anda mestilah

mengetahui bagaimana untuk menentukan matlamat kewangan dan bagaimana untuk

merancang strategi menguruskan wang untuk mencapai matlamat tersebut”.

Dalam kegunaan harian, apabila kita memperkatakan tentang kedudukan

ekonomi seseorang individu, kita biasanya merujuk kepada jumlah sumber kewangan

dan harta yang dimilikinya. Sumber-sumber ini merupakan sesuatu yang bersifat

terhad dari segi jumlahnya sedangkan keinginan kita dalam menggunakan sumber-

sumber ini bolehlah dikatakan tidak terhad. Walaupun semua sumber telah kita

gunakan sepenuhnya, keinginan untuk terus menggunakannya tetap ada.

Menurut Faudziah Zainal Abidin, Faizah Ismail, Nasruddin Zainuddin

(2000), wang menyebabkan banyak pertengkaran berlaku dalam sesebuah keluarga

berbanding dengan perkara-perkara lain. Ini tidaklah mengejutkan kerana semua

keperluan harian seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pengangkutan

Page 19: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

3

semuanya memerlukan wang. Sebenarnya keperluan-keperluan ini boleh meragut

lebih daripada separuh pendapatan keluarga, meninggalkan sedikit sahaja untuk

keperluan-keperluan lain seperti penjagaan kesihatan dan pelajaran.

Oleh itu, kita perlu membuat pilihan bagi memastikan pulangan yang kita

perolehi daripada penggunaan sumber terhad itu adalah pada tahap yang terbaik. Ini

bermakna kita perlu mempunyai kemahiran dalam menguruskan sumber kewangan

yang kita miliki agar tidak berlakunya pembaziran dan penggunaan untuk perkara-

perkara yang tidak memberi manfaat kepada kita yang seterusnya akan

mendatangkan pelbagai masalah dan kesulitan dalam kehidupan kita.

1.2 Latar belakang Masalah

Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi

kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang mula melangkah ke alam

dewasa. Pada peringkat ini, mereka perlu bijak dan sentiasa berusaha untuk

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran diri bagi menjadikan mereka individu

yang mampu menghadapi pelbagai cabaran hidup yang kian mencabar. Ini

termasuklah dengan melatih diri agar bijak dalam menguruskan kewangan bagi

memastikan mereka terhindar daripada akibat-akibat buruk yang boleh timbul kesan

daripada kesilapan menyalurkan sumber kewangan.

Menurut Mustapa Mohamed (1993), ilmu ekonomi dan kewangan adalah satu

bidang yang mengkaji kegiatan individu atau masyarakat dalam kehidupan seharian

mereka, yang berkaitan dengan cara menggunakan sumber-sumber yang terhad

dengan cara terbaik bagi memenuhi pelbagai kehendak yang terlalu banyak. Justeru

itu, sumber-sumber terhad ini perlu kita agihkan dengan cara yang paling

efisyen.Sebagai individu yang berdaya saing dan mempunyai keinginan untuk

mengecapi kejayaan di dalam kehidupan ini, kita mestilah melengkapkan diri dengan

kemahiran menguruskan ekonomi diri kita sendiri bagi mengelakkan daripada

masalah kewangan yang mampu menggugat kehidupan harian kita.

Page 20: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

4

Pengurusan kewangan yang cekap dan sistematik amat penting dan perlu

diamalkan oleh setiap individu bagi memastikan sumber kewangan yang dimiliki

tidak digunakan untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan tidak berfedah.

Golongan mahasiswa juga tidak terkecuali daripada kemestian ini kerana pada

peringkat inilah mereka perlu bijak dalam menguruskan sumber kewangan mereka

yang terhad bagi mengelakkan daripada masalah kewangan yang dapat menjejaskan

tumpuan mereka terhadap proses pembelajaran.

Kebanyakan mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi mendapat

wang pinjaman ataupun biasiswa pelajaran yang dibiayai oleh pihak-pihak tertentu.

Oleh itu, mereka perlulah membuat perancangan yang teliti untuk memastikan wang

tersebut digunakan dengan cara yang terbaik serta dapat menampung perbelanjaan

semasa pengajian mereka. Sebaliknya, jika mereka gagal untuk menggunakan wang

tersebut dengan cara yang betul, maka mereka akan dibelenggu oleh masalah

kewangan yang boleh menjejaskan pengajian mereka.

Menurut Mohd Arif (1995), kajian yang dijalankan di kalangan pelajar-

pelajar tahun tiga kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (STP) di

Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan bahawa masalah utama yang dialami

oleh responden ialah masalah kewangan. Beliau juga menyatakan bahawa masalah

kewangan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.

Terdapat banyak keburukan dan masalah yang akan dialami oleh mahasiswa

sekiranya mereka gagal menguruskan kewangan mereka dengan baik. Antara

masalah yang sering berlaku ialah pelajar-pelajar terpaksa membuat kerja sambilan

untuk mendapatkan wang. Walaupun perkara ini tidak dianggap sebagai satu

kesalahan, namun kebiasaannya mahasiswa yang bekerja tidak dapat memberikan

sepenuh perhatian kepada pelajaran yang mereka ikuti. Mereka juga tidak

mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji dan menyiapkan

tugasan yang diberikan.

Masalah kewangan juga boleh menyebabkan mahasiswa melakukan perkara-

perkara yang menyalahi undang-undang untuk mendapatkan wang bagi menampung

perbelanjaan mereka. Perbuatan-perbuatan sebegini tidak sepatutnya dilakukan oleh

Page 21: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

5

mahasiswa kerana ia bukan saja menyalahi undang-undang malah boleh

menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada golongan mahasiswa yang

sepatutnya menjadi harapan dan tonggak bangsa dan negara pada masa depan.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Wan Nur Saliha (2002) yang

menunjukkan bahawa kedudukan kewangan keluarga merupakan satu faktor yang

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini kerana, masalah kewangan yang

dialami oleh pelajar akan diatasi dengan bantuan kewangan daripada ibu bapa

mereka. Keadaan ini mendatangkan masalah kepada ibu bapa terutamanya yang

berpendapatan rendah. Ini kerana ibu bapa terpaksa memperuntukkan wang untuk

perbelanjaan mereka walaupun sepatutnya wang pinjaman yang diperolehi

mencukupi untuk menampung perbelanjaan mahasiswa.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengurusan kewangan yang cekap dan bersistematik amat penting dalam

kehidupan setiap individu. Dengan adanya perancangan kewangan, perbelanjaan

tidak lagi dilakukan dengan sesuka hati tetapi hanya dilakukan ketika perlu.

Sebaliknya tanpa perancangan kewangan yang cekap dan bersistematik, seseorang

individu akan terjebak ke dalam masalah kewangan yang mungkin timbul kerana

terlalu banyak berbelanja ataupun membeli barangan yang tidak berfaedah.

Dalam kehidupan seorang mahasiswa, permasalahan yang timbul akibat

daripada masalah kewangan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya

terhadap proses pembelajaran mereka. Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah

persepsi sebenar mahasiswa terhadap pengurusan kewangan? Adakah mereka

membuat perancangan kewangan pada setiap semester pengajian? Seterusnya apakah

perkara-perkara yang diutamakan dalam perbelanjaan mereka? Oleh sebab itu

sebagai menjawab persoalan yang timbul maka kajian yang dijalankan ini adalah

untuk mendapatkan persepsi mahasiswa terhadap pengurusan kewangan.

Page 22: MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL - fp.utm.my · 2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10 2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12 2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14 2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa

6

1.4 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah membincangkan persepsi mahasiswa tahun tiga

dan empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti

Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai terhadap pengurusan

kewangan.

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap pengurusan kewangan.

ii. Mengkaji sama ada mahasiswa membuat perancangan kewangan pada setiap

semester.

iii. Mengenalpasti perkara-perkara yang diutamakan oleh mahasiswa dalam

perbelanjaan mereka.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut dikemukakan persoalan-persoalan utama kajian ini:

i. Apakah persepsi mahasiswa terhadap pengurusan kewangan?

ii. Adakah mahasiswa membuat perancangan kewangan bagi setiap semester

pengajian?

iii. Apakah perkara yang diutamakan oleh mahasiswa dalam perbelanjaan

mereka?