keluarga bahasa austronesia

Post on 10-Jun-2015

2.883 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kenali keluarga bahasa melayu dan rumpun-rumpunnya

TRANSCRIPT

BAHASA HESPERANESIA (NUSANTARA)

BAHASA MELANESIA

BAHASA MIKRONESIA

BAHASA POLINESIA

KELUARGA BAHASA-BAHASA

AUSTRONESIA

Peta Austronesia

Nama Austronesia terbentuk daripada unsur formatif bahasa Yunani yang bermaksud “pulau-pulau selatan” .Bahasa Austronesia ini tersebar ke bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) dan selatan Asia (kawasan Nusantara).Madagaskar, Indonesia, Filipina, Formosa, dan kelompok pulau Melanesia, Mikronesia dan Polinesia di Pasifik. Terdapat juga di New Guinea (penutur hanya dikawasan pulau sahaja)

Lihat: Salasilah Bahasa Austronesia

Pelbagai pendapat:i) Isidore Dyen

Ahli linguistik bandingan yang berbangsa amerika, berpendapat bahasa Austronesia berasal dari Formosa (Taiwan).ii) H.A. Kern (1889)

Kawasan asal bahasa Austronesia ialah di pantai timur China Selatan yang digelar”India Jauh”.

iii) John CrawfurdSeorang sarjana Inggeris, mengatakan bahasa

Austronesia berasal dari Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.

Jumlah bahasa dalam bahasa ini dianggarkan dalam lingkungan 500-1000 bahasa.

Bahasa Nusantara

Salasilah Bahasa MelayuFilum Rumpun Cabang Golongan Bahasa

Austris

Austroasia

Tibet-China

Austronesia

Nusantara

Melanesia

Mikronesia

Polinesia

Filipina

Jawa

Sumatera

Kalimantan

Bali-Sasak

Lampung

Nias

Melayu

Acheh

Minangkabau

Batak

• Juga dikenali sebagai bahasa Indonesia dan Hesperanesia.

• Merupakan keluarga bahasa yang paling besar.

• Meliputi kawasan dari Formosa di utara ke Kepulauan Filipina dan Maluku yang merupakan sempadannya di sebelah timur dan Pulau Timor di selatan manakala di sebelah barat ialah Madagaskar.

• Dianggap sebagai kawasan pusat bagi keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab:a)melebihi mana-mana keluarga dari jumlah bahasa.b)bahasa-bahasa di kawasan ini memperlihatkan perkembangan yang sangat pesat dari segi bentuk bahasanya.c)kawasan penyebaran terletak di pertengahan perjalanan antara bahagian-bahagian penting.

Cabang Bahasa Nusantara• Golongan Sumatera - Acheh, bahasa Batak,

Minangkabau, Melayu, Nias dan Lampung.• Golongan Filipina - Tagalog, Bikol, Bisaya,Sulu.• Golongan Jawa - Sunda, Jawa, dan Madura.• Golongan Kalimantan - Iban, Kenya-kayan dan

Melanau.• Golongan Bali-Sasak - Bali, Sasak dan

Sumbawa• Golongan Loinang - Loinang dan Bengali.• Golongan Sulawesi Selatan - Makasar, Bugis dan

Seko.

• Golongan Bima-Sumba - Bima, Manggarai, Timur, Alor, Solor Kro’e dan Kupang.

• Golongan Ambon-Timur - Kali, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, Goram dan Bandar.

• Golongan Halmahera-Selatan-Irian Jaya - Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.

• Golongan Tomoni - Tomoni, Tolitoli Tinombo dan Dampelasa

• Golongan Muna-Butung - Muna-Butung, Butung, Butung Selatan, Kerompa dan Wolio

• Golongan Gorontalo - Bulangga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.

MELANESIA

• Melanesia terletak di sebelah barat daerah Polinesia sedangkan yang di utaranya terletak daerah bahasa Mikronesia. Di Melanesia wujud kepelbagaian bahasa yang terdapat di dunia. Penutur-penutur bahasa tersebut ada yang berjumlah ribuan dan ada juga yang hanya berjumlah ratusan.

• Antara bahasa-bahasa Melanesia ialah bahasa Fiji di kepulauan Fiji yang mempunyai 200,000 penutur asli; Tolai yang mempunyai penutur sebanyak 50,000 di bahagian timur New Britain dan bahasa Motu (13,000 penutur aslinya) yang terdapat di pantai selatan Papua New Guinea

• Selain itu, masih ada bahasa-bahasa Melanesia di New Ireland, New Hebrides, dan New Caledonia. Terdapat juga sejenis bahasa Kreol atau Pijin Motu yang dahulunya dikenali sebagai Police Motu dan sekarang sebagai Hiri Motu. Bahasa ini menjadi bahasa rasmi dalam Parlimen Kebangsaan Papua New Guinea. Selain bahasa-bahasa di atas masih ada lagi bahasa-bahasa Melanesia yang lain seperti Yabem dan Gedaged di pantai utara Irian, Roviana di bahagian barat kepulauan Solomon dan bahasa Mota di Vanuatu.

mikronesia

• Terletak dibahagian barat Lautan Pasifik, dan ke arah utara kawasan Melanesia. Mikronesia mempunyai banyak pulau yang kecil-kecil.

• Oleh sebab itu diberi nama Mikronesia atau pulau-pulau kecil.

• Di Mikronesia ini terdapat banyak jenis bahasa yang tersebar di pelbagai kepulauan seperti bahasa Trukik yang mempunyai penutur sebanyak 40,000 orang di bahagian barat Kepulauan Caroline terutama di Truk.

Bahasa Chamorro yang mempunyai penutur sebanyak 52,000 orang yang dituturkan di Guam dan kepulauan Manshall yang mempunyai penutur asli sebanyak 21000 orang dan bahasa Kiribiti yang mempunyai penutur asli kira-kira 50 000 orang.Begitu juga bahasa Gilbert dan Gilbert Island dengan 40 000 penuturSelain itu masih ada lagi bahasa-bahasa yang lain seperti Yap (5000), Ponape (1500 orang penutur) Pala’u (10 000), Vauru (5000), Kosrae dan lain-lain

Sejarah Bahasa PolinesiaBahasa ini tersebar di segi tiga pasifik iaitu

New Zealand, Hawaii dan Pulau Easter.

Sekumpulan bahasa polinesia terpecah kepada beberapa jenis bahasa minor :

MaoriUrea

SamoaNiuea

RatorongaTahiti

TuamotuMarquesas

Hawaii

snhbshjbsdhjs

•Hawaii dan New Zealand mempunyai sejarah bahasa yang sangat Berbeza, berbanding dengan tempat-tempat lain di Polinesia.•Hingga penghujung abad ke-18, kedua-duanya didiami keseluruhannya oleh orang Polinesia, tetapi selama beratus- ratus tahun yang berikutnya. •Pencerobohan besar-besaran oleh orang Eropah (dan orang Asia) mengurangkan jumlah penduduk asli kepada golongan minoriti yang agak tidak berkuasa, yang bahasanya sebahagian besar tidak dibenarkan digunakan dalam kehidupan umum dan secara aktif disekat penggunaannya di sekolah-sekolah.

Dalam abad ke-20, penghakisan komuniti luar bandar yang dalam bahasa Polinesia melalui penghijrahan ke bandar-bandar raya dan penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi massa telah mempercepatkan penurunan kedudukan bahasa tersebut. Kini hanya tidak lebih berapa ratus penutur asli bahasa Hawaii dan kepupusannya sebagai suatu bahasa yang hidup memang tidak dapat dielakkan lagi. Bahasa Maori di New Zealand:Anggaran 70 000 penutur , Jumlah penutur telah kurang dalam 40 tahun kebelakangan ini.

Bahasa Moari dan juga bahasa Hawaii, walau bagaimanapun, sedangdikaji dengan lebih meluas lagi daripada sebelumnya di sekolah dan universiti malah jika kedua-duanya harus tidak wujud lagi sebagai bahasa vernakular yang hidup, bahasa-bahasa tersebut akan terus dibina sebagai wahana bagi seni berpidato dan sebagai lambang identiti Polinesia di dalam negara masing-masing.

Beberapa bahasa Polinesia juga kini dituturkan oleh komuniti penghijrahan yang agak besar bilangannya di New Zealand, Amerika Syarikat dan di tempat-tempat lain.

Perhubungan orang luar Polinesia juga memberikan sedikit bukti yang lebih jauh lagi tentang asal usul penuturnya. Saudara terdekat Polinesia ialah Fiji dan Rotuman, yang sama-samanya membentuk anggota golongan yang dinamakan ’Ocean Timur’ atau ’Ocean Terpencil’. Ini termasuklah bahasa-bahasa di Vanuatu Tengah dan Utara dan mungkin juga bahagian tenggara Pulau Solomon.

Perkembangan Bahasa Melayu yang ada sekarang ini berlaku dalam berbagai-bagai peringkat secara beransur-ansur seperti pemancaran aggota-anggota dalam rumpun Austronesia ke seluruh kawasannya seperti yang kita lihat sekarang ini. Dengan itu perkembangan bahasa tersebut melalui perkembangan dalam tamadun penuturnya. Perbezaan dalam kelainan-kelainan Bahasa Melayu seperti yang kita saksikan sekarang ini merupakan pencirian bagi kepelbagaian kehidupan yang dilalui oleh masyarakat penuturnya.

top related