ke se final

Post on 15-May-2015

299 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Aktiviti PertamaMasa: 10 minit

Aktiviti Pertama1. Aktiviti ini adalah aktiviti berkumpulan.2. Setiap pasangan akan diberi satu papan

putih.3. Guru akan menayangkan 15 ayat yang

mengandungi perkataan yang perlu diimbuhkan dengan imbuhan ke- atau se-.

3. Dengan pasangan masing-masing, pelajar dikehendaki menulis jawapan mereka di atas papan putih tersebut.

Perempuan yang cantik itu ialah kasih ( ________________) abang Aiin.

Jam tangan yang dibeli oleh Garjit rupa (________________) dengan yang dibeli Ali

Amirul datang ke rumah saya hari (______________) sebelum dia jatuh sakit.

Dua-dua (__________________) anak Pak Ibrahim belajar di Universiti Amsterdam.

Sofia terjumpa ekor (_________________) anak kucing semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Dollah sudah makan pinggan (___________) nasi lemak pagi tadi.

Rumah saya tidaklah cantik (_______________) rumah Osman.

Fatimah dilantik menjadi tua (______________) kelas 3ML4

Dia terpaksa mengikut hendak (____________) ibu dan bapanya.

Mereka duduk meja (______________) ketika makan malam.

Roslin mendapat tempat dua (___________) dalam acara itu.

Tempat itu tidak indah (________________) yang digambarkan.

Murid tidak dibenarkan bising masa (____________) berada di dalam perpustakaan.

Keluarga penyanyi yang terkenal itu tinggal kampung (_____________) dengan saya.

Sudah tahun (_______________) abang saya belajar di Australia.

Aktiviti Kedua1.Aktiviti ini adalah aktiviti berkumpulan.

2. Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul

surat yang mengandungi dua perkataan yang

bermula dengan imbuhan ke- dan se-.

3. Setiap kumpulan dikehendaki membina sepotong ayat yang mengandungi 6

perkataan atau lebih dengan menggunakan

perkataan- perkataan tersebut.

Ketiga Sebesar

Ketua Secantik

Kelapan Sekeping

Sebulat Seekor

Kedua Setinggi

Sepanjang Sekecil

Sehelai Sewangi

Keenam Sebuah

Pemenang yang ketiga menerima hadiah wang tunai lima ratus dolar

Ketiga

Farid selalu dilantik sebagai ketua kelas kerana dia seorang pelajar yang bertanggungjawab.

Ketua

Hari ini adalah hari kelapan kita berpuasa sempena bulan Ramadhan.

Kelapan

Muka Nadya sebulat bulan purnama kerana disengat lebah.

Sebulat

Hani berasa sedih kerana pasukannya mendapat tempat kedua dalam pertandingan bola keranjang.

Kedua

Jalil terpaksa berlapar sepanjang hari kerana dia terlupa membawa dompetnya ke sekolah.

Sepanjang

Ibu menghadiahkan kakak sehelai selendang sutera yang berwarna merah jambu.

Sehelai

Nabilah adalah anak keenam Encik Mansur dan Cik Masnina.

Keenam

Rumah Perdana Menteri Thailand sebesar istana Buckingham.

Sebesar

Anak perempuan jiran saya secantik seorang puteri raja.

Secantik

Guru memberi setiap kumpulan sekeping kertas berwarna untuk membuat kerja kumpulan.

Sekeping

Ayah Amelia membelikannya seekor kucing untuk hari jadinya yang kesepuluh.

Seekor

Kapten pasukan bola keranjang Sekolah Rendah Yuhua setinggi Michael Jordan.

Setinggi

Guru sukar hendak membaca tulisan Farid kerana tulisannya sekecil seekor semut.

Sekecil

Minyak wangi yang dibeli ayah untuk ibu sewangi bunga teratai.

Sewangi

Anak orang kaya itu mendapat sebuah kereta Lamborghini sebagai hadiah hari jadinya yang kedua puluh.

Sebuah

Latihan IndividuBuku Kerja Halaman 25

Masa: 15 minit

top related