kata prafrasa
Post on 21-Nov-2015
84 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KATA PRAFRASA Kata yang hadir di depan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.
Berfungsi untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang.
Terdiri daripada 8 jenis:
1. Kata bantu
2. Kata penguat
3. Kata penegas
4. Kata arah
5. Kata nafi
6. Kata bilangan
7. Kata pemeri
8. Kata sendi nama
1. Kata bantu
Brfungsi membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan maksud tambahan dari aspek waktu dan ragam.
Terdiri daripada 2 kumpulan iaitu:
i. Kata bantu aspek:
Berfungsi untuk mewujudkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini, dan masa hadapan.
Kata Bantu AspekAyat contoh
Menerangkan masa lampau
telah
sudah
pernahBaju yang dijemurnya telah kering
Menerangkan masa kini
sedang
masihSaya sedang mengulangkaji pelajaran.
Menerangkan masa hadapan akan
belum
baruSiti belum bersarapan.
ii. Kata bantu ragam Berfungsi menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.
Kata Bantu RagamAyat Contoh
bolehKamu boleh membeli produk itu di farmasi.
dapatDia dapat menyiapkan kerja itu dengan cepat.
harusKita harus bertolak ansur sesama jiran
hendakRajesh hendak ke Kuala Lumpur esok.
mahuSaya mahu berhijrah ke tempat lain.
mestiKita mesti mematuhi peraturan jalan raya.
2. Kata penguat
Kata yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Terbahagi kepada 3 jenis:
Kata PenguatAyat Contoh
Kata penguat hadapan
agak
paling
terlaluKami agak takut untuk berjumpa dengan guru disiplin.
Kata penguat belakang
benar
nian
sekaliTaman bunga itu indah nian.
Kata penguat bebas
amat
sungguh
sangatMenara Kuala Lumpur sangat tinggi.Menara Kuala Lumpur tinggi sangat.
3. Kata Penegas
Kata yang berfungsi memberi penekanan atau penegasan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Kata PenegasAyat Contoh
Untuk menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya
-kah
-lah
-tahApatah dayaku untuk menghalang pemergiannya.
Untuk menegaskan frasa nama sebagai subjek atau bahagian-bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya
jua
memang
juga
pun
lagi
sahajaBorang yang lengkap sahaja yang akan diproses.
Untuk menegaskan subjek
hanyaHanya dia yang masih saya kenal.
4. Kata Nafi
Kata yang hadir di hadapan frasa predikat yang terdiri daripada frasa nama, frasa sendi nama, frasa kerja, dan frasa adjektif yang berfungsi untuk menjadi unsur nafi.Kata NafiPenggunaanAyat Contoh
BukanUnsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi namaSaya bukan anaknya.
tidakUnsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektifBunga itu tidak harum.
5. Kata Pemeri
Kata yang berfungsi untuk menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata PemeriPenggunaan Ayat Contoh
ialahDigunakan hanya di hadapan frasa nama (secara persamaan)Cikgu Azreen ialah guru Matematik.
adalahDigunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama (secara huraian)Bentuk bumi adalah sfera.
6. Kata sendi nama Kata yang hadir di hadapan frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu.
Contoh: di, ke, dari, daripada, kepada, pada, demi, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, untuk, dengan, dalam, sampai, kerana, oleh, bagi dan akan.
7. Kata arah
Kata yang hadir di hadapan kata nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Contoh: antara, atas, barat, bawah, belakang, dalam, hadapan, hilir, hulu, luar, penjuru, pinggir, segi, sudut, tengah, tepi, timur, dan utara.8. Kata bilangan Kata yang menjadi penerang bagi frasa nama.
Terbahagi kepada 6 jenis:
a. Kata bilangan tentu
Membilang manusia, haiwan dan benda yang sudah tentu bilangannya.
Contoh: dua, empat, dua ratus lima puluh, dan tiga juta.
b. Kata bilangan tak tentu
Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak tetapi tidak tentu bilangannya.
Conto: sesetengah, segala, semua, dan sedikit.
c. Kata bilangan himpunan
Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak dalam bentuk himpunan.
Contoh: beratus-ratus, kedua-dua, dan berguni-guni.
d. Kata bilangan tingkat
Membilang manusia, haiwan dan benda yang tunggal atau jamak. Contoh: pertama, kedua, dan ketiga.
e. Kata bilangan pecahan
Membilang manusia, haiwan dan benda yang terpecah-pecah.
Contoh: setengah, sepertiga, dan dua per tiga.
f. Kata bilangan pisahan
Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak tetapi terpisah.
Contoh: masing-masing, setiap, dan tiap-tiap.
top related