karangan ringkas.pdf
Post on 29-Sep-2015
54 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
1.Aku Sebuah Kamus
Aku sebuah kamus.
Badanku kecil dan ringan. Aku dilahirkan di
sebuah kilang.
Setelah siap dibuat, aku dihantar ke sebuah
kedai. Aku dipamerkan di sebuah rak.
Pada suatu hari, seorang pemuda memilih
lalu membeli aku. Dia membawa aku pulang ke
rumah.
Tuan menggunakan aku untuk belajar. Tuan
akau menjaga aku dengan baik.
Aku berasa gembira kerana ada seorang tuan
yang baik.
2.Hari Kantin
Pada 1 Mei 2013 yang lalu, SJK (C) Tiram
telah mengadakan Hari Kantin.
Pada awal pagi, semua murid dan guru
berkumpul di dewan. Guru Besar memberi
ucapan dan merasmikan Hari Kantin.
Kemudian, kami sibuk menyediakan gerai.
Kami menjual makanan, minuman dan kraf
tangan.
Pada pukul 8.00 pagi, ibu bapa dan murid-
murid membeli barangan dengan kupon. Suasana
pada hari itu meriah.
Pada pukul 10.30 pagi, semua barangan telah
habis dijual. Kami mengira jumlah kupon yang
dikutip.
Selepas itu, kami membersihkan gerai. Kami
pulang ke rumah dengan gembira.
3.Hari Sukan/ sukan tahunan/ kejohanan sukan
Pada 30 Mei 2013 yang lalu, sekolah saya
telah mengadakan hari sukan.
Pada awal pagi, murid-murid telah
berkumpul di padang. Kami berbaris mengikut
pasukan rumah masing-masing.
Pada pukul 8.00 pagi, sukan pun bermula.
Acara lumba lari, lompat tinggi dan lompat
jauh dijalankan.
Ramai ibu bapa dan murid-murid datang
menyaksikan Hari Sukan. Suasana di padang
meriah.
Pada pukul 11.00 pagi, acara sukan pun
tamat. Guru Besar menyampaikan pingat
kepada para pemenang.
Pada pukul 1.00 petang, majlis hari sukan
pun bersurai.
4.Hari Kanak-kanak
Pada 1 Oktober 2013 yang lalu, SJK (C)
Tiram telah mengadakan sambutan Hari Kanak-
kanak.
Pada awal pagi, semua murid dan guru
berkumpul di dewan. Guru Besar memberi
ucapan.
Kemudian, kami menyaksikan
pelbagai jenis persembahan. Murid-murid
menyanyi, menari dan berlakon.
Selepas itu, pertandingan meniup belon
diadakan. Pasukan dari Kelas 6C menjadi
johan.
Pada pukul 10.30 pagi, jamuan ringan
diadakan di kelas.
Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis Hari
Kanak-kanak tamat.
-
5.Hari Guru
Pada 16 Mei 2013 yang lalu, SJK(C) Tiram
telah mengadakan sambutan Hari Guru.
Pada awal pagi, semua murid dan guru
berkumpul di dewan. Guru Besar memberi
ucapan.
Kemudian, kami menyaksikan pelbagai
jenis persembahan. Murid-murid menyanyi,
menari dan berlakon.
Selepas itu, pertandingan meniup belon
antara guru dan murid diadakan. Pasukan guru
menang.
Pada pukul 10.30 pagi, jamuan ringan
diadakan di kelas. Murid-murid mengucapkan
Selamat Hari Guru dan memberi hadiah kepada
guru.
Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis Hari
Guru tamat.
6.Pengalaman Menyertai Pertandingan Syarahan
Saya menyertai pertandingan syarahan pada
bulan lepas.
Saya membuat persediaan awal. Cikgu Sia
telah mengajar saya teknik-teknik bersyarah.
Setiap hari, saya berlatih bersyarah di rumah.
Ibu menemani saya berlatih.
Pada hari pertandingan, saya bersyarah
dengan bergaya .Persembahan saya
menarik.
Saya mendapat johan dalam pertandingan
syarahan. Saya berasa besar hati.
Saya berasa bersyukur kerana telah berjaya.
7. Laporan Pertandingan Bercerita SJK (C) Tiram
Pada 5 Mei 2013, Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Tiram telah mengadakan pertandingan bercerita. Pada awal pagi, semua murid dan guru berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, pertandingan bercerita pun bermula. Para peserta menyampaikan cerita dengan
bergaya. Persaingan antara peserta hebat sekali.
Selepas dua jam, juruacara
mengumumkan keputusan pertandingan
bercerita. Para penonton memberikan tepukan kepada para peserta. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Para pemenang berasa gembira. Pada pukul 11.00 pagi, pertandingan bercerita telah tamat. Murid-murid beratur pulang ke kelas. Disediakan oleh, 10 MEI 2013.
SIA CHUN EN (SIA CHUN EN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia.
8. Hari Keluarga
Pada 1 Mei 2013 yang lalu, Persatuan Penduduk
Taman Gaya telah mengadakan Hari Keluarga.
Pada awal pagi, penduduk sibuk membuat
persiapan. Mereka menyediakan makanan dan
minuman.
Pada pukul 8.00 pagi, pelbagai jenis acara
dijalankan. Acara-acara tersebut ialah sukaneka,
pertandingan melukis dan pertandingan nyanyi.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Gaya
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pada pukul 12.00 tengah hari, jamuan ringan
diadakan di balai raya. Para penduduk makan sambil
berbual-bual.
Pada pukul 2.00 petang, Hari Keluarga pun
tamat. Kami pulang ke rumah dengan gembira.
-
9. Majlis Hari Jadi Saya / Hari Lahir Saya
/akhiri certia hari yang paling gembira bagi saya Hari ini hari jadi saya. Keluarga saya
mengadakan majlis hari jadi untuk saya.
Pada awal pagi, ibu dan kakak menyediakan
makanan. Bapa dan abang saya menghiasi ruang
tamu dengan belon-belon.
Pada pukul 7.00 malam, majlis hari jadi saya
pun bermula. Banyak kawan membawa hadiah
untuk saya.
Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari
Jadi. Seterusnya, saya meniup api lilin pada kek.
Kami makan sambil berbual-bual.
Selepas itu, kami bermain permainan. Kami
meniup belon dan merebut kerusi dengan
gembira.
Pada pukul 10.00 malam, majlis sambutan
hari jadi saya tamat. Kawan-kawan saya pulang ke
rumah. Hari ini merupakan hari yang paling
gembira bagi saya.
10. Persediaan / Cara untuk menghadapi
peperiksaan Saya ialah murid Tahun 6. Saya telah
membuat persediaan untuk menghadapi
peperiksaan UPSR.
Semasa guru mengajar, saya menumpukan
perhatian. Saya juga membuat nota.
Saya selalu mengulang kaji pelajaran di
rumah. Selain itu, saya rajin membuat latihan
tambahan.
Saya menghadiri kelas tuisyen . Saya
boleh bertanya guru semasa saya menghadapi
masalah.
Badan sihat, otak cerdas. Saya sentiasa
bersenam supaya badan sihat. Saya juga makan
makanan yang seimbang.
Saya berharap boleh mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan.
11.Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan
Menjaga kesihatan amat penting kepada
kita.
Kita harus bersenam supaya badan sihat
otak cerdas.
Setiap hari, kita hendaklah makan makanan
yang berkhasiat dan seimbang.
Kita perlu membuat pemeriksaan badan di
hospital pada setiap tahun.
Kita harus tahu cara menjaga kebersihan
diri. Kita perlu mandi setiap hari. Rambut dan
kuku yang panjang perlu dipotong.
Kesimpulannya , kita mesti selalu
menjaga kesihan badan kita.
12.Kegunaan Pokok Buluh
Pokok buluh mempunyai banyak kegunaan.
Kita boleh menggunakan batang buluh
untuk membina rumah dan perabot yang
bermutu.
Batang buluh juga boleh digunakan untuk
membuat tabung.
Batang-batang buluh yang disusun dan
diikat boleh dijadikan rakit.
Selain itu, batang buluh boleh dijadikan lidi
untuk mencucuk sate.
Pokok buluh amat berharga. Oleh itu, kita
hendaklah menghargai pokok buluh.
-
13.Catatan perkhemahan dua hari satu malam Sabtu, 4 April 2013 Pasukan pengakap SJK (C) Tiram telah mengadakan perkhemahan di Hutan Rekreasi Melaka. Selepas tiba di sana, Cikgu Sia membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Kami bekerjasama membersihkan tapak perkhemahan, mendirikan khemah, mencari kayu api dan sebagainya. Selepas tiga jam, kami belajar cara membina khemah. Kami juga membuat rak kasut. Pada waktu malam, kami mengadakan unggun api. Kami menyanyi sambil menari. Ahad, 5 April 2013 Kami menghadiri ceramah pertolongan cemas. Selain itu, pertandingan khemah terbersih juga diadakan. Pada pukul 2.00 petang, kami berkemas untuk pulang. Kami berharap agar berpeluang untuk berkhemah lagi.
14.Peristiwa /pengajaran yang tidak dapat saya lupakan
Aku seorang budak yang degil. Aku suka
berlumba basikal dengan rakan-rakan di jalan raya. Ibu bapa sentiasa menasihati aku agar jangan bermain di jalan raya. Namun, aku tidak mendengar nasihat mereka. Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan aku berlumba basikal di jalan raya. Tiba-tiba, aku
terlanggar seketul bata yang besar. Aku pun
terjatuh ke dalam longkang. Kaki aku berdarah. Aku berasa sakit. Rakan-
rakan aku menjerit meminta tolong daripada orang ramai. Aku dihantar ke klinik oleh seorang wanita.
Kakiku menerima sepuluh jahitan . Aku terpaksa masuk ke wad.
Aku sungguh menyesal . Aku berjanji
tidak akan berlumba basikal lagi. Inilah peristiwa
yang tidak dapat saya lupakan.
15.Cara-cara Mengisi Masa Lapang Masa itu emas. Terdapat banyak cara boleh
mengisi masa lapang dengan berfaedeah
. Kita boleh membaca pelbagai jenis buku pada masa lapang. Membaca buku boleh menambah ilmu pengetahuan kita. Selain itu, kita boleh bersukan pada masa lapang. Bersukan boleh menyihatkan badan. Kita juga boleh membantu ibu bapa untuk membuat kerja-kerja rumah pada masa lapang.
Ini akan meringankan beban ibu bapa.
Kita boleh memenuhi masa dengan melakukan hobi yang berfaedah. Contohnya, melukis, melancong, mengumpul setem dan sebagainya.
Kesimpulannya, kita harus bijak
mengurus masa supaya tidak membazir
begitu sahaja.
16.Pengalaman mengunjungi pameran buku Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengikut kakak saya mengunjungi pameran buku. Selepas tiba di destinasi, kami melihat
pameran buku penuh sesak dengan orang ramai. Suasana di pameran buku meriah. Pelbagai jenis bahan bacaan dijual di sana seperti buku cerita, buku rujukan dan novel. Buku-buku itu tersusun kemas. Saya membeli tiga buah buku rujukan bagi membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Novel diberikan potongan harga . Oleh itu, kakak membeli lima buah novel. Selepas membayar harga buku, kami pun pulang. Saya berharap dapat mengunjungi pameran buku lagi.
-
17.Pengalaman mengunjungi pasar malam Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengikut ibu saya mengunjungi pasar malam. Selepas tiba di destinasi, kami melihat pasar
malam penuh sesak dengan orang ramai. Suasana di pasar malam riuh rendah. Pelbagai jenis barangan dijual di sana seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan lain-lain. Barangan dijual di sana murah. Saya membeli tiga cucuk bebola ikan manakala ibu membeli sayur sawi dan daging. Selepas membayar harga, kami pun pulang. Saya berharap dapat mengunjungi pasar malam lagi.
18.Keluarga Saya Namaku Tan Li Meng. Saya berlahir di sebuah keluarga yang bahagia. Nama bapa saya ialah Tan Tian Lai. Bapa saya ialah seorang pekerja kilang. Bapa rajin mencari
rezeki untuk menyara keluarga saya. Ibu saya ialah seorang suri rumah. Beliau
mengambil berat saya dan prihatin terhadap
pelajaran saya. Abang saya sayang akan saya. Kami sentiasa bermain badminton bersama-sama. Kami sekeluarga sentiasa bercuti pada cuti
sekolah. Ibu bapa akan membeli cenderamata
untuk saya dan abang. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
19.Hadiah istimewa yang saya terima / sukai
Pada hari Ahad yang lalu, ibu bapa saya telah menghadiahi saya sepasang kasat sebagai hadiah hari jadi. Saya berasa gembira. Kasut ini berjenama Nike. Reka bentuknya
cantik. Kasut Nike ini ialah hadiah
idaman saya.
Kasut ini diperbuat daripada kanvas. Warna kasut ini ialah hitam dan biru.
Kasut baharu ini menemani saya ke mana-mana tempat. Oleh itu, saya sayang akan kasut baharu saya. Saya menjaga kasut ini dengan baik. Selepas dipakai, saya akan mencucinya dan menyimpan kasut ini di dalam rak kasut.
Kasut baharu ini amat bermakna
kepada saya. Saya akan menghargai
pemberian ibu bapa saya.
top related