kajian pencemaran bunyi

Post on 09-Apr-2016

118 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pencemaran

TRANSCRIPT

OLEH :RAHMAT BIN OMAR

MUHAMAD ZUKERY BIN MAHMAD NOR

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji “KajianPencemaran Bunyi Yang Dihasilkan Oleh Mesin Di BengkelTeknologi Perabot, Kolej Komuniti Kuala Langat Terhadap

Pelajar Semasa Menjalankan Kerja Amali”.

Antara aspek yang dikaji ialah ; (1) Tahap pencemaranbunyi di bengkel dan (2) Membanding nilai bacaan yang diperolehi dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Kajian ini dilakukan ke atas kesemua pelajar Program SijilTeknologi Pembuatan Perabot KKKL.

Pencemaran bunyi adalah satu isu yang biasa dalam kehidupan hariini, namun masih ramai orang mengabaikan kehadiran pencemaranini dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, satu kajian akandijalankan untuk mengkaji aras bunyi bising di Bengkel TeknologiPerabot Kolej Kolej Komuniti Kuala Langat. Kajian ini juga dijalankandengan tujuan untuk menentukan tahap pencemaran bunyi yang berlaku di dalam bengkel Teknologi Pembuatan Perabot semasakerja-kerja amali dan seterusnya membanding nilai bacaan yang diperolehi dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS). Data diperolehi daripada cerapan pengukuran bunyi menggunakan Meter Aras Bunyi yang diukur dalam unit desibel (dBA). Data-data inikemudiannya digunakan untuk menerbitkan persamaan yang menghubungkan antara aras bunyi dengan penggunaan mesinsemasa kerja-kerja amali menggunaan kaedah penglinearan data. Temubual dan pemerhatian visual akan digunakan untukmengenalpasti kesan pencemaran bunyi terhadap pelajar dalammencapai objektif kajian.

Manusia berkeupayaan untuk menerima dan mengeluarkanbunyi untuk berkomunikasi dengan alam sekelilingnya.

Bunyi memberi manfaat tersendiri kepada kehidupansekeliling.

Walau bagaimanapun terdapat bunyi yang tidak disenangioleh manusia yang dipanggil hingar.

Disebabkan banyak bunyi yang tidak menyenangkanmanusia inilah munculnya istilah pencemaran bunyi.

Pencemaran bunyi memberi kesan kepada manusia

secara fizikal, psikologi dan sosial.

Pencemaran bunyi boleh merosakkan pendengaran,

menganggu komunikasi, menyebabkan keletihan dan

mengurangkan kecekapan.

Melalui kajian ini, tahap pencemaran bunyi oleh mesin-mesin di Bengkel Teknologi Perabot dan kesannya dikaji.

Penggunaan mesin adalah pada taham optimum jika kerja-kerja amali dijalankan oleh pelajar.

Tahap pencemaran bunyi perlu dikaji di bengkel inidisebabkan ramai pelajar yang terlibat menggunakkannyaserta pensyarah yang mengendalikan kelas di bengkel.

Hubungan di antara tahap penggunaan dan bilangan pelajarjuga akan dikaji untuk tujuan meningkatkan kesedaranterhadap kesan pencemaran bunyi.

Kajian pencemaran bunyi ini hanya menumpukan kepadamesin-mesin yang terdapat di Bengkel Teknologi Perabot, Kolej Komuniti Kuala Langat sahaja.

Tahap pencemaran bunyi oleh mesin-mesin ini diukurberdasarkan kaedah pencerapan bunyi yang menggunakkanMeter Aras Bunyi.

Kajian ini melibatkan 8 orang pelajar Program TeknologiPembuatan Perabot di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Pendedahan kepada bunyi melebihi 97 dBA lebih daripadatiga jam setiap hari atau melebihi 115 dBA selama lima minitsehari boleh menyebabkan kehilangan pendengaransementara atau seumur hidup (O’Donnel, 1971).

Seseorang itu boleh kehilangan deria pendengarannyasecara serta-merta jika dia didedahkan kepada bunyi yang melebihi 150 dBA dan mempunyai potensi untuk mengalamikehilangan pendengaran sementara jika didedahkan kepadabunyi sekitar 120 dBA (Teo Kah Waie, 2003).

Pendedahan bunyi yang melebihi 70 dBA akanmenyebabkan kesempitan pembuluh darah lalumeningkatkan tekanan darah di dalam badan. Di sampingitu ia juga akan mengganggu sistem pernafasan seseorangserta mempercepatkan kadar metabolism di dalam badan(Teoh Kah Waie, 2003).

Gangguan terhadap tidur akan menyebabkan seseorang itukeletihan pada esok paginya. Hal ini kerana tidur merupakansatu fungsi fisiologi dalam kehidupan manusia (Teoh KahWaie, 2003).

Purata kekuatan bunyi sesuatu percakapan untuk jarak satumeter adalah antar 60-65 dBA dan ia dapat didengaridengan jelas sekiranya suara tersebut adalah 10 dBA lebihtinggi dari hingar latar belakang (Teoh Kah Waie, 2003).

Proses urbanisasi juga boleh diibaratkan seumpama kitamemampatkan bunyi bising ke dalam ruang yang semakinkecil (O’Donnell, 1971)

Pada 2004 satu garis panduan telah dikeluarkan olehJabatan Alam Sekitar(JAS) untuk mengawal masalahpencemaran bunyi di Malaysia bagi kawasan yang ingindibangunkan. Garis panduan yang dikeluarkan pada tahun2004 ini bertajuk “Garis Panduan Perancangan Untuk Aras Bunyi Persekitaran dan Kawalannya”. Antara beberapaperkara yang ditekankan dalam garis panduan ini adalaharas hingar, pengukuran aras hingar, titik pemantauan, keburukan hingar dan kesannya, hingar dan perancangannyaserta kawalan hingar. (Jabatan Alam Sekitar, 2004)

Hingar memberikan kesan yang negatif kepada manusianamun demikian tidak ramai yang peka terhadap perkara inikerana kesan dari pencemaran hingar ini tidak dapat dilihatmelalui mata kasar.

Kesan pencemaran ini banyak melibatkan organ-organ dalaman manusia terutamanya organ yang terlibat dalamderia pendengaran. Antara kesan hingar yang lain adalahkesan terhadap kesihatan manusia, kesan terhadap psikologimanusia, kesan terhadap tidur, kesan terhadap percakapanserta kesan terhadap prestasi kerja.

Oleh itu pengkaji ingin membantu dalam mengambillangkah yang sesuai untuk mengurangkan kesan-kesanakibat pencemaran bunyi.

Mengukur aras bunyi bising yang dihasilkan oleh mesin-mesin di Bengkel Teknologi Perabot.

Membandingkan bacaan yang diperolehi dengan piawaiyang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Mengenalpasti samada bunyi bising memberi kesan negatifkepada pelajar.

Kajian metodologi merupakan aspek yang paling pentinguntuk memberi fahaman yang baik terhadap tajuk atautopik kajian.

Kajian metodologi juga dapat memastikan maklumat ataudata yang diperolehi dalah tepat dan releven berkaitandengan topik kajian.

Alatan yang digunakan untuk mengukur aras bunyi dikawasan ujian adalah Meter Aras Bunyi, alat ini memberikanbacaan bunyi dalam unit decibel (dBA) dengan ketepatandua titik perpuluhan.

Data bunyi diambil pada setiap sepuluh saat bagi setiap lima minit.

Data-data yang diperolehi daripada ujian akan direkodkandan kemudian akan dianalisis menggunakan PerisianMicrosoft Excel.

Sesi temubual ini dijalankan untuk memperolehi data empirikal untuk kajian ini. Kajian kualitatif deskriptif digunakan dalam kajian ini. Kajian kualitatif deskriptif inimenggunakan teknik pengumpulan data secara temubualseparuh struktur.

Tujuan utama sesi temubual ini dijalankan adalah untukmelihat dan menyiasat kesan bunyi terhadap pelajar.

Sesi temubual ini merangkumi 4 soalan yang perlu dijawaboleh pihak para responden. Kesemua soalan yang dikemukakan kepada responden adalah soalan soalan yang berkaitan dengan kesihatan, psikologi, tidur dan komunikasi.

Data yang diperolehi daripada pihak responden melalui sesitemubual akan dianalisis, memandangkan jumlahresponden yang kecil, maka kaedah penganalisisan yang bersesuaian adalah kaedah analisis secara manual ataukaedah deskriptif.

Penganalisisan data dibuat dengan cara membuat penilaiandan menerangkan dapatan kajian. Semua data dari rakamantemubual ditranskripsikan untuk dianalisis.

Data daripada ujian bunyi akan direkodkan dan dimasukkankedalam perisian Microsoft Excel dan kemudian data tersebut akan diwakilkan dengan graf untuk melihatkeputusannya.

Secara umumnya hingar memberikan kesan yang negatifkepada manusia. Namun demikian tidak ramai yang pekaterhadap perkara ini kerana kesan dari pencemaran hingarini tidak dapat dilihat melalui mata kasar dan dalam jangkamasa panjang.

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap aras bunyi yang dihasilkan dan membantu dalam mengambil langkahkeselamatan apabila melihat kesan-kesan daripada masalahpencemaran bunyi ini.

Terdapat dua kaedah untuk mengawal pencemaran hingarini iaitu kawalan melalui penguatkuasaan undang-undangdan kawalan pencemaran hingar secara teknikal.

top related