kajian akoustik bunyi burung dan populasinya

10
Pengenalan. Organ pendengaran iaitu telinga sesungguhnya merupakan suatu anugerah kerana dunia akan menjadi sepi tanpa kehadiran bunyi - bunyian. Bunyi yang terhasil itu mungkin suara nyanyian merdu, kicauan burung, ngauman harimau, hon dan enjin kenderaan. Daripada perspektif penerimaan bunyi, terdapat bunyi yang mahu didengari seperti bunyi daripada sumber radio untuk halwa telinga dan bunyi yang tidak dikehendaki seperti kebisingan bunyi enjin kenderaan. Tahap kebisingan paling minimum yang boleh di dengari oleh manusia ialah berkekuatan 80 desibel ( dB ). Desibel ialah unit yang digunakan untuk mengukur kekuatan bunyi. Perkataan 'bel" pada unit desibel ini adalah mengambil sempena nama pencipta telefon iaitu Alexander Graham Bell. Unit bunyi ni telah di terima pakai sebagai unit piawai antarabangsa pada Persidangan Akustik Pertama di Paris pada tahun 1937. Rajah di bawah menunjukkan skala bunyi yang terhasil di sekeliling.

Upload: firdaus-ripin

Post on 30-Nov-2015

154 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Akoustik Bunyi Burung Dan Populasinya

Pengenalan.

Organ pendengaran iaitu telinga sesungguhnya merupakan suatu anugerah

kerana dunia akan menjadi sepi tanpa kehadiran bunyi - bunyian. Bunyi yang

terhasil itu mungkin suara nyanyian merdu, kicauan burung, ngauman harimau,

hon dan enjin kenderaan.

Daripada perspektif penerimaan bunyi, terdapat bunyi yang mahu didengari

seperti bunyi daripada sumber radio untuk halwa telinga dan bunyi yang tidak

dikehendaki seperti kebisingan bunyi enjin kenderaan.

Tahap kebisingan paling minimum yang boleh di dengari oleh manusia ialah

berkekuatan 80 desibel ( dB ). Desibel ialah unit yang digunakan untuk

mengukur kekuatan bunyi. Perkataan 'bel" pada unit desibel ini adalah

mengambil sempena nama pencipta telefon iaitu Alexander Graham Bell. Unit

bunyi ni telah di terima pakai sebagai unit piawai antarabangsa pada

Persidangan Akustik Pertama di Paris pada tahun 1937.

Rajah di bawah menunjukkan skala bunyi yang terhasil di sekeliling.

Page 2: Kajian Akoustik Bunyi Burung Dan Populasinya

Manusia boleh mendengar bunyi yang berfrekuensi 20 Hertz ( Hz ) hingga

20,000 Hz, manakala haiwan pula mempunyai keupayaan mendengar bunyi

gelombang di bawah 20 Hz atau melebihi 20,000 Hz.

Bunyi adalah gelombang longitudinal yang bergerak melalui medium.

Medium atau perantara itu boleh wujud sebagai cecair, gas atau objek. Dengan

ini, gelombang bunyi boleh bergerak dalam air, batu atau udara. Bunyi boleh

bergerak di udara pada kelajuan 1,224 km perjam dan menjadi lebih lambat jika

suhu dan tekanan udara adalah rendah. Kecepatan bunyi diudara yang nipis dan

dingin iaitu pada ketinggian lebih daripada 11 kilometer ialah sehingga 1,000 km

perjam.

Akoustik merupakan cabang fizik yang mengkaji tentang bunyi termasuk

pengeluaran bunyi, pengawalan, transmisi, penerimaan dan kesan bunyi.

Perkataan akoustik berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud boleh di

dengar. Bidang akoustik pula terbahagi kepada beberapa cabang iaitu

Aeroakoustik, Akoustik arkitek, Akoustik bioperubatan, Psikoakoustik, Psikologi

akoustik, Komunikasi ucapan, Kebisingan persekitaran, Bioakoustik, Getaran dan

akoustik struktur, Transduksi, Ultrasonics, Akoustik muzik, Akoustik bawah air

dan Akoustik Nonlinear.

Bidang pengkajian bunyi burung adalah termasuk dalam cabang Bioakoustik.

Cabang Bioakoustik ini juga mengkaji tentang penggunaan bunyi oleh haiwan

lain seperti ikan paus, ikan lumba - lumba dan kelawar.

Page 3: Kajian Akoustik Bunyi Burung Dan Populasinya

Kajian akoustik burung dan perkaitan populasinya.

Haiwan seperti burung berkomunikasi menggunakan infrasound. Gelombang

bunyi ini adalah terlalu rendah dan tidak boleh didengari oleh manusia.

Gelombang bunyi ini juga dikenali sebagai gelombang seismik dan

bertindakbalas dengan sensitif pada haiwan spesies mamalia, serangga, amfibia

dan reptilia.

Burung menggunakan gelombang bunyi ini untuk berkomunikasi kerana sifat

gelombang ini yang berfrekuensi rendah dan mempunyai jarak gelombang yang

besar. Oleh itu, gelombang bunyi ini dapat bergerak jauh tanpa pantulan

pembalikan. Dengan demikian burung boleh berkomunikasi pada jarak yang

jauh.

Dalam kajian akoustik ( bunyi ) burung, kami menjalankan kajian di Taman

Alam Kuala Selangor. Taman Alam ini berkonsepkan Taman Burung , di mana

kita boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat

burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong

yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya

adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia. Sesetengah

burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasn

sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di kawasan panas di hemisfera

selatan.

Pada bulan September hingga April setiap tahun, taman ini akan disinggahi

oleh burung-burung dari luar negara yang akan bersama - sama burung

tempatan menjalani penghidupan.

Di antara spesis burung tempatan yang menjadi penghuni tetap di taman ini

ialah , burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, raja udang, pucong,

serandau, helang bahu hitam dan sebagainya. Manakala burung-burung yang

berhijrah pula ialah, purple herow, great eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic

Page 4: Kajian Akoustik Bunyi Burung Dan Populasinya

shrike, warbler, purple swamphen dan banyak lagi. Kehadiran burung - burung ini

menjadikannya sebuah lokasi yang paling menarik untuk kami jalankan aktiviti

kajian sambil menikmati panorama fauna dan flora yang begitu banyak di sini.

Dalam kajian populasi burung berdasarkan akoustik ( bunyi ), kami

mendapati bahawa corak taburan spesies dan komuniti burung adalah berubah -

ubah mengikut kawasan atau habitat semulajadinya. Setiap spesies burung

biasanya bermandiri atau beradaptasi terhadap jenis habitat yang spesifik untuk

tujuan sumber pemakanan dan pembiakan spesies burung tersebut. Namun

begitu, terdapat sebilangan spesies burung yang mempunyai adaptasi yang

tinggi terhadap habitat berlainan.

Kaedah kajian bunyi burung secara rakaman bunyi yang dijalankan di Taman

Alam ini dapat membantu kami mengumpul data dan mengenal pasti spesis

burung yang menghuni kawasan ini pada tarikh kajian di jalankan. Data rakaman

bunyi berjaya merakam populasi beberapa spesis burung tempatan yang

menghuni kawasan hutan berpaya seperti burung Kelicap, Murai, Merbah dan

burung Tiung. Bunyi spesis burung yang lain gagal kami rakam kerana tidak

dapat di kesan atau kami temui pada hari tersebut. Bunyi burung yang kami

rakam dapat mengesahkan bahawa populasi spesis burung tersebut ada

( terdapat ) di sini dan menghuni kawasan tersebut. Rakaman bunyi yang

dijalankan dapat merekod dengan banyak bunyi burung Kelicap dan burung

Merbah. Ini membuktikan bahawa spesis burung tersebut banyak mendiami

kawasan Hutan Paya Bakau tersebut. Berdasarkan rakaman yang dapat kami

kumpulkan dari setiap ahli kumpulan, kami dapati burung kelicap mendominasi

kawasan pokok renek yang berbunga manakala burung merbah mendominasi

kawasan pokok yang sederhana besar dan renek. Berdasarkan pemerhatian di

sepanjang laluan, kami dapat merekod sekitar 17 ekor burung Merbah, 9 ekor

burung Kelicap, 2 ekor burung Bangau, 2 ekor burung Helang, 4 ekor burung

Murai, seekor burung Tiung Kuning dan seekor burung Belatuk. Kami dapat

merakam populasi bunyi burung Kelicap, Merbah, Murai dan Tiung.

Page 5: Kajian Akoustik Bunyi Burung Dan Populasinya

Hasil kajian, kami mendapati bahawa bagi spesies burung yang menempati

atau tinggal diruang habitat yang luas dan pelbagai, biasanya spesies burung ini

tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dihabitat baru. Namun bagi

spesies-spesies burung yang mempunyai kawasan rayau yang kecil dan

bergantung sepenuhnya kepada habitat hutan sebagai sumber makanannya,

maka pemusnahan hutan akan menyebabkan spesies burung ini akan

menghadapi ancaman kepupusan.

Daripada pembacaan bahan cetakan, kami merumuskan satu contoh iaitu,

aktiviti pemusnahan hutan tropika merupakan ancaman utama kepada nilai

biodiversiti di seluruh dunia amnya dan kepada diversiti burung khasnya (Kwok &

Corlett, 2000; Solórzanoet al., 2003). Oleh yang demikian, kajian kami terhadap

populasi burung daripada spesies pemakan serangga ( insektivor ) kurang

dijumpai dikawasan hutan yang ditebang. Hal keadaan sedemikian seterusnya

akan mengurangkan populasi spesies burung tertentu. Spesies burung ini juga

akan berhijrah ke kawasan atau habitat baru bagi meneruskan kelangsungan

hidup. Seterusnya meningkatkan kadar populasi spesies tertentu burung di suatu

habitat. Hal ini dibuktikan apabila kami mendengar kicauan burung seperti

merbah di awal pagi berterbangan menangkap serangga kecil.

Hal ini juga dapat dijelaskan lagi apabila kedengaran kicauan burung

daripada spesies yang sama pada suatu habitat. Kicauan bersahut - sahutan ini

merupakan cara spesies burung tertentu berkomunikasi antara sesama mereka

atau dengan spesies burung lain dalam sesuatu habitat. Dalam pengkajian

populasi burung, pemilihan burung bayan ( mili Psittacidae ) dan enggang (famili

Bucerotidae) boleh digunakan sebagai petunjuk. Kebiasannya burung bayan dan

enggang akan bergerak dalam kumpulan spesies mereka sambil mengeluarkan

kicauan bunyi. Akoustik burung bayan dan enggang ini merupakan

komunikasinya terhadap hidupan lain di habitat baru yang didatangi mereka.

Kehadiran spesies mereka ini biasanya akan diterima sebagai komuniti baru di

Page 6: Kajian Akoustik Bunyi Burung Dan Populasinya

sesuatu habitat.

Dalam kajian populasi burung di Taman Alam Kuala Selangor, didapati

spesies burung air menjadikan kawasan tersebut sebagai habitat mereka untuk

mencari makanan. Ini dibuktikan apabila kelihatan beberapa ekor burung bangau

putih ( famili Ardeidae ) sedang mencari makanan di kawasan lumpur ( paya

yang telah surut airnya ) sambil mengeluarkan bunyi tersendiri. Kelihatan juga

burung Ruak-ruak ( Amaurornis phoenicurus ) dan Puchong di celah - celah akar

pokok bakau merayau - rayau mencari makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan

bahawa kadar populasi spesies burung tertentu di suatu habitat adalah sangat

berkait rapat dengan sumber makanan yang boleh diperolehi.

Kajian yang telah dijalankan terhadap spesies burung di Taman Alam Kuala

Selangor juga menunjukkan bahawa bunyi burung merupakan suatu bentuk

interaksi kerjasama antara mereka. Akoustik burung ini diterjemahkan sebagai

‘bird wave’ iaitu fenomena di mana beberapa spesies burung insektivor seperti

Merbah ( famili Pycnonotidae ) dan Perenjak ( famili Sylviidae ) bekerjasama

untuk mengepung dan menangkap serangga yang berterbangan. Dalam hal ini,

kelihatan spesies burung tersebut berterbangan ' menguasai ' suatu perimeter

kawasan dalam habitat tertentu. Kehadiran serangga di awal pagi ini telah

menyumbang kepada peningkatan populasi spesies tertentu burung. Jumlah

spesies akan berkurangan berkadar langsung dengan peningkatan cuaca ke

tengah hari dan kembali bertambah menjelang petang. Kadar peningkatan atau

pengurangan ini boleh diukur dengan membuat kajian serta mendengar kadar

bunyi kicauan yang dihasilkan oleh spesies burung tersebut.

Kajian populasi terhadap spesies tertentu burung juga boleh diperhatikan

berdasarkan bilangan spesies burung tertentu. Semakin banyak spesies burung

tertentu, menunjukkan bahawa populasinya adalah bertambah. Hal ini disokong

oleh kicauan spesies tertentu yang boleh di dengari. Kajian akoustik di Taman

Alam Kuala Selangor mendapati bahawa populasi burung Upeh ( Mycteria cinera

Page 7: Kajian Akoustik Bunyi Burung Dan Populasinya

) telah mengalami ancaman kepupusan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,

hanya beberapa ekor sahaja burung Upeh yang kelihatan sedang mencari

makan di kawasan berair cetek ( kawasan muara ) paya bakau. Fenomena ini

disokong apabila kicauan bunyi burung tersebut hanya kedengaran sekali -

sekala dan seperti tiada sahutan daripada burung Upeh lain. Kemerosotan

populasi burung Upeh ini adalah disebabkan oleh pembangunan, perladangan

serta penerokaan kawasan hutan paya bakau sekitar yang giat dijalankan.

Sebagai kesimpulannya, kepelbagaian spesies dan populasi burung akan

meningkat dengan pertambahan luas sesuatu kawasan atau habitat

semulajadinya. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan kepelbagaian spesies

burung daripada satu kawasan habitat ( alpha diversity ) kepada beberapa jenis

habitat ( beta diversity ) dan juga ke habitat yang melingkungi satu wilayah yang

luas ( gamma diversity ). Alpha diversiti ( αdiversity ) mencerminkan

kompleksnya struktur sesuatu habitat. Struktur fizikal sesuatu habitat akan

menyediakan tempat bagi sesuatu spesies burung untuk menunjukkan perlakuan

pembiakan ( memikat dan mengawan ), tapak sarang, perlindungan daripada

pemangsa dan cuaca buruk, serta sumber makanan. Jenis - jenis tumbuhan dan

bentuk fizikalnya, peratusan litupan vegetasi ( tumbuhan ) dan kepelbagaian

daripada segi struktur habitat setempat juga merupakan faktor yang

menyumbang kepada kompleksnya sesuatu habitat dan mempengaruhi

kepelbagaian spesies dan populasi burung tertentu.