kaedah penilaian bahasa melalui portfolio

Post on 17-Jan-2016

30 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

gfdgfdg

TRANSCRIPT

KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI PORTFOLIOMOHD SAIFUL AZWAN BIN SUNDIAN

DATU NAZRUL BIN SIBAN

MARY UMUT

Kaedah Penilaian Bahasa• Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar

secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar.

• Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara (multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira.

• Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

APAKAH PORTFOLIO?Kaedah Penilaian Bahasa Melalui Portfolio

Apakah Portfolio?• Satu bahan yang digunakan untuk mengumpul dan

merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Kaedah Penilaian Bahasa Melalui Portfolio

• Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Kaedah Penilaian Bahasa Melalui Portfolio

• Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti.

• Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Kaedah Penilaian Bahasa Melalui Portfolio

• Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, terdapat dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

CIRI-CIRI PORTFOLIO Ciri-Ciri Portfolio

Jenis Portfolio

Ciri-Ciri Portfolio • Portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang

memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.

• Kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.

• Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

Ciri-Ciri Portfolio • Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu

rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

• Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

Ciri-Ciri Portfolio • Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru

seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

• Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

Ciri-Ciri Portfolio • Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui

bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina

• Portfolio Kerja Harian• Portfolio Hasil Terbaik• Portfolio Dokumen

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina

• Portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.

• Portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. ini berbentuk sumatif.

• Portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

PEMBINAAN PORTFOLIO :Perancangan

Tujuan

Kegunaan

Perancangan Sebelum Membuat Portfolio :

• Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.

• Isi kandungan portfolio.

• Pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.

• Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.

Portfolio adalah penilaian yang

membantu murid, bukan memberi tekanan kepada

murid.

Tujuan Portfolio • Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan

pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

• Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.

• Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio • Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic

assessment).

• Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan

• Digunakanbagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

• Menilai secara sumatif pembelajaran.

• Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Kegunaan Portfolio • Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan

memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.

• Membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

PENILAIAN PORTFOLIOBagaimana?

Merekod

Kriteria

Bagaimana Menilai Portfolio? • Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang

berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran- kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

• Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah.

Bagaimana Menilai Portfolio?

12345

EJAAN

Berdikari mengeja perkataan-perkataan

Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

Membentuk suku kata

Menyebut bunyi huruf

Permulaan mengenal huruf

Bagaimana Menilai Portfolio? • Menggunakan inferens dengan rekod menimbang

pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

• Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Rekod Anekdot• Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Sudin menarik tangan

Zaki, Rosli dan Zahar ke pusat bahasa untuk mencari buku. Sudin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya tadi.“Dengar saya nak baca buku ini”. Sudin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Rusnani. Zaki, Rosli dan Zahar mendengar dengan penuh minat. “ Sedap tak ceritanya?”Tanya Sudin kepada mereka.“Hei, Sudin kau dah boleh baca?” Tanya Zahar kepada Sudin. Sudin tunduk dan terus diam. “Bagus, Sudin,”Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Sudin tersenyum dan kelihatan riang.

• Sudin anak sulungdalam keluarga sangat rapat dengan Zaki, Rosli dan Zahar.

• Mereka ini sentiasa patuhdan hormat pada Sudin.

• Sudin sudah mula berminat pada buku, cuba membaca walau pun masih belum mengenal semua huruf.

Rekod Anekdot• Catatan ringkas mengenai tingkahlaku murid atau sesuatu

peristiwa yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.

Bagaimana Menilai Portfolio? • Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan

pembelajaran yang berterusan.

• Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

• Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio• Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu

menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

• Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria Penilaian• Struktur dan organisasi• Strategi pengurusan• Variasi isi yang sesuai• Struktur ayat dan gaya bahasa• Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio,

tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.• Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap

peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

• Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Aspek-aspek Yang Perlu Dalam Sesebuah Portfolio

• Senarai semak yang disediakan oleh guru • Nota-nota yang disediakan oleh guru • Catatan jurnal • Buku log • Refleksi kendiri murid • Gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio• Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan

pembelajaran.

• Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid.

• Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid.

• Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

TAMAT.

top related