jurnal minggu pertama praktikum fasa 2
Post on 20-Dec-2015
58 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
JURNAL MINGGU KEDUA PRAKTIKUM FASA 1 – 2015
1. MASALAH
Pada minggu kedua, saya telah mula masuk ke kelas untuk mengajar. Masalah yang
saya hadapi adalah masalah pengurusan masa. Masalah pengurusan masa ini
sering memberikan masalah kepada pengajaran dan pembelajaran murid. Kadang-
kala, aktiviti pengajaran dan pembelajaran habis awal daripada yang dirancang.
Kadang-kala pula tidak mempunyai masa yang mencukupi. Masalah ini
menyebabkan murid tidak dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dalam kelas
untuk belajar.
2. ANALISIS
Masalah ini timbul adalah kerana guru masih tidak mempunyai pengalaman yang
mencukupi untuk mengendali sesebuah kelas. Murid yang pelbagai masalah
pembelajaran hendaklah diatasi satu demi satu menyebabkan kesukaran dalam
memanipulasi masa. Selain itu, guru juga tidak mengetahi masa aktiviti murid
dengan sepenuhnya menyebabkan perkara yang dirancang pada masa terlibat tidak
dapat dilaksanakan. Semua masalah dalam kelas menyumbang kepada masalah
masa, Guru mestilah boleh mengurus masa dengan lebih baik supaya tidak
mengganggu konten pengajaran dan pembelajaran dan murid masih dapat capai
objektif pembelajaran pada kelas tersebut.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
a. Saya patut merancang rancangan pengajaran harian dengan lebih baik lagi.
b. Saya hendaklah lebih mengenali murid saya dengan lebih baik supaya
mudah dikendalikan.
c. Saya akan mendapatkan nasihat dari guru atau pensyarah untuk cara
mengatasi masalah ini.
d. Saya akan mempelajari cara pengurusan masa dengan lebih baik melalui
pengalaman.
4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini berkenaan pengurusan masa dalam masa
tempoh seminggu akan datang pada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Sekiranya masalah pengurusan masa ini tidak dapat diatasi, maka tempoh masa
akan dipanjangkan selama seminggu lagi. Masalah pengurusan masa ini amatlah
penting dan hendaklah dicapai tidak mengira apa jua kesukaran.
5. TINDAKAN SUSULAN
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya akan belajar melalui
proses tersebut. Dalam perancangan pula, saya akan cuba menyediakan beberapa
langkah yang berlainan masa untuk mengatasi masalah langkah tidak dilaksana
sebab tidak cukup masa. Saya juga akan bertanya kepada guru lain mengenai cara
alternatif mengatasi masalah ini.
top related