jurnal 7

Post on 03-Nov-2015

9 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOHJURNALBilangan Jurnal: Ke- 7Minggu Praktikum: 8Tarikh Peristiwa / Kejadian: 23.3.2015 HINGGA 27.3.2015Tajuk Jurnal: Murid tidak mahu mengikut arahan.

1. Masalah /Peristiwa:Saya mengajar di kelas 3 Mercury untuk subjek PSV . Sepanjang seminggu saya mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid yang agak nakal. Mereka suka membuat bising dan tidak mahu mengikut arahan yang diberikan oleh saya. Selain itu, mereka kadang-kadang mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Oleh itu, saya telah menegur mereka sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.

2.AnalisisSepanjang minggu ini, saya telah memasuki kelas 3 Mercury sebanyak 1 waktu.Tingkah laku sebilangan kecil murid dalam kelas ini agak nakal, terutamanyamurid lelaki. Tingkah laku mereka ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu. Murid-murid yang nakal ini bukanlah dalam kalangan murid yang lemah daripada segi prestasi akademik sekiranya ingin dikaitkan tingkah laku mereka dengan keupayaan akademik. Saya perhatikan mereka merupakan murid yang pandai, lebih-lebih lagi berada dalam kelas yang paling hadapan. Murid-murid ini tiada masalah pembelajaran tetapi hanyalah sikap dan perangai mereka sahaja yang menimbulkan masalah. Kebanyakan murid-murid ini tinggal di kawasan taman perumahan berhampiran yang mempunyai kepadatan rumah dan penduduk yang padat. Murid-murid ini mungkin tidak mempunyai ruang atau kawasan untuk bermain ataupun berekreasi ketika di rumah menyebabkan mereka berasa agak terkongkong dan hanya di sekolah sahaja mereka dapat bermain dan melakukan aktiviti. Menurut Meece (2002), bermain merupakan sebahagian daripada perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak (Woolfolk,A.,2004). Selain itu,berkemungkinan murid-murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang memasuki kelas mereka dengan melakukan tingkah laku yang negatif. Selain daripada itu, mungkin juga mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari tersebut.

3. Cadangan Tindakan SusulanBagi mencegah dan mengelakkan murid-murid ini membuat bising dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, saya sebagai guru perlu membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering berbual dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka. Selain itu, saya boleh selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan bertanya khabar atau menegur murid bila mana bertemu dengan mereka.Tindakan ini akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam diri murid kerana mereka akan rasa ada orang mengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Apabila mereka mesra dan baik dengan saya,mereka akan merasa malu untuk berkelakuan yang negatif. Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah yang negatif pada masa hadapan akan berkurangan.Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan berkongsi masalah yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, sekurang-kurangnya murid-murid akan merasa lega dan tenang kerana dapat berkongsi dan melepaskan masalah dalam diri mereka. Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai abang kepada murid-murid supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu. Menurut Mortimore dan Whitty (1997), sekolah tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kelemahan sosial sepenuhnya dalam masyarakat kita, namun perancangan intervensi yang baik di sekolah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sosial daripada tercicir dalam pendidikan. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu perkembangan kanak-kanak khususnya yang menghadapi pengalaman danpengaruh negatif dalam kehidupan mereka. Curwin dan Mondler menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu strategi untuk mencegah masalah disiplindan tingkah laku dan bukan satu respon kepada tingkah laku murid. Selain itu, saya perlu membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu melakukan tingkah laku negatif semasa P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan memahamiseseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan negatif.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................

top related