jabatan laut malaysia€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang...
Post on 26-Jul-2020
21 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
JABATAN LAUT MALAYSIA __________________________________________________________________
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
BERHUBUNG KEHADIRAN KE PEJABAT SELEPAS
TAMAT TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
________________________________________________________________
1. TUJUAN
Prosedur Operasi Standard (SOP) ini bertujuan untuk
menggariskan langkah-langkah bersifat pencegahan yang perlu
dipatuhi oleh semua pegawai/ kakitangan Jabatan Laut Malaysia
(JLM) yang akan hadir ke pejabat selepas tamatnya tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2. LATAR BELAKANG
Penularan wabak COVID-19 telah menimbulkan kebimbangan di
kalangan rakyat. Dalam usaha untuk memelihara kebajikan
pegawai/kakitangannya, maka JLM akan melaksanakan beberapa
tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang
selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan
panduan kepada semua pegawai/kakitangan JLM dalam
menangani isu wabak COVID-19 khususnya selepas tempoh PKP
tamat. Umumnya, SOP terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu
ketika hadir ke pejabat, semasa berada dipejabat dan ketika pulang
2
dari pejabat. SOP ini juga menggariskan tanggungjawab yang perlu
digalas oleh semua pegawai/kakitangan JLM dan juga oleh Ketua-
Ketua Jabatan.
3. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PENULARAN JANGKITAN
COVID-19
Bagi mengekang penularan Covid19 selepas tamat tempoh PKP,
maka pengurusan JLM telah menggariskan langkah-langkah berikut
yang wajib dipatuhi oleh semua pegawai/kakitangan JLM.
3.1 KETIKA HADIR KE PEJABAT
Pegawai/kakitangan yang akan memasuki pejabat selepas tamat
tempoh PKP perlulah:
i) Menandatangani Borang Pengisytiharan Maklumat
Kesihatan seperti di Lampiran 1. Borang pengisytiharan ini
adalah untuk memastikan pegawai/kakitangan yang hadir ke
pejabat tidak mempunyai gejala Covid-19 dan tidak
mempunyai kontak dengan pengidap atau disyaki pengidap
Covid-19. Borang ini cuma diisi pada hari pertama hadir
ke pejabat selepas tamat PKP;
ii) Menjalani imbasan suhu badan bagi memastikan pegawai
sentiasa sihat;
iii) Apabila imbasan suhu badan dibuat dan didapati bacaan di
bawah 38 darjah celcius maka kebenaran akses boleh
diberikan. Namun sekiranya bacaan melebihi 38 darjah
celcius, maka pegawai/kakitangan tidak akan dibenarkan
3
mengakses bangunan pejabat dan secara automatik
menjadi Person Under Investigation (PUI).
iv) Mereka yang tidak melepasi bacaan perlu segera ke Klinik
Kesihatan atau Hospital berdekatan.
v) Tatacara pengendalian PUI boleh dirujuk kepada cabutan
Garis Panduan Pengendalian Isu-Isu Berhubung Penularan
Jangkitan Wabak Covid-19 Di Premis Kerajaan yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sepertimana
di Lampiran 2;
vi) Memakai topeng muka (face mask) semasa memasuki
kawasan pejabat; dan
vii) Merekodkan waktu kehadiran ke pejabat di dalam Buku Log
Kedatangan yang telah disediakan. Buat sementara waktu ini,
rekod kedatangan dibuat secara manual bagi menggantikan
sistem kedatangan elektronik yang digunakan sekarang.
3.2 KETIKA BERADA DI PEJABAT
Pegawai/kakitangan yang telah memasuki pejabat perlulah
memastikan perkara-perkara berikut:
i) Sentiasa memakai topeng muka (face mask);
ii) Ruang kerja dan peralatan kerja seperti telefon, keyboard
komputer dan meja pejabat perlulah sentiasa bersih;
iii) Jarakkan diri sejauh satu (1) meter dari pegawai lain
termasuk tempat duduk di pejabat (social distancing);
iv) Perlu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti
kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun
selama 20 saat atau bahan cecair pencuci tangan (hand
sanitizer);
4
v) Dilarang makan di ruang pantri dan mengurangkan
pengendalian makanan serta mengelakkan perkongsian
makanan;
vi) Elakkan berkongsi utensil di ruang pantri;
vii) Disyaratkan pemakaian sarung tangan bagi mereka yang
menguruskan surat-menyurat atau hantaran dari luar;
viii) Kurangkan pergerakan di ruang kerja atau perjumpaan
dengan pegawai/pelanggan. Penggunaan telefon atau tele-
conference amatlah digalakkan;
ix) Mesyuarat perlu dilaksanakan secara online/ video
conferencing. Mesyuarat bersemuka yang tidak dapat
dielakkan perlu mengikut tatacara berikut:
a. Bilik mesyuarat dibuka sebelum mesyuarat dan dikunci
selepas akhir mesyuarat;
b. Mereka yang menjaga bilik mesyuarat perlulah
memastikan bilik mesyuarat tersebut dinyahkuman
sebelum dan selepas mesyuarat; dan
c. Aturan kedudukan pegawai di bilik mesyuarat perlulah
dijarakkan sejauh satu (1) meter.
x) Elakkan bersalaman dengan pegawai lain; dan
xi) Sebarang perhimpunan/perjumpaan berskala besar adalah
tidak dibenarkan sehingga dimaklumkan kemudian.
3.3 KETIKA PULANG DARI PEJABAT
Selepas tamat waktu bekerja, pegawai/kakitangan perlulah
mengikuti tatacara berikut:
5
i) pastikan jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter semasa
pegawai/kakitangan mengisi waktu balik di dalam Buku Log
Kedatangan;
ii) Pastikan tangan dibersihkan dengan menggunakan sabun
atau hand sanitizer; dan
iii) elakkan dari berkumpul di tempat letak kenderaan atau di
tempat-tempat lain di premis pejabat.
4. TATACARA DI RUANG UMUM (LOBI, KAFETERIA (JIKA ADA) DAN SEBAGAINYA Pegawai/kakitangan hendaklah :
i) Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing)
sekurang-kurangnya satu (1) meter dari orang lain;
ii) Menggunakan cecair hand sanitizer yang telah diletakkan di
lokasi-lokasi sekitar pejabat sebelum menyentuh peralatan
premis seperti tombol pintu, railing tangga besi dan
sebagainya;
iii) Mematuhi waktu operasi kafeteria bermula jam 7.00 pagi
hingga 3.00 petang;
iv) Beratur dengan tertib apabila membeli makanan di kafeteria
atau memasuki bilik mesyuarat/perbincangan; dan
v) Hanya kaedah bungkusan dibenarkan bagi menjual
makanan dan minuman di kafeteria. Pegawai/kakitangan
digalakkan membawa bekas makanan dan minuman sendiri
semasa membeli di kafeteria bagi mengurangkan
penggunaan bungkusan plastik.
6
5. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI/KAKITANGAN
Pegawai/kakitangan adalah bertanggungjawab untuk :
i) Memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang baik
dan tiada gejala-gejala tidak sihat seperti demam, batuk,
selsema atau sesak nafas sebelum datang ke pejabat;
ii) Sekiranya disyaki, disahkan positif atau dikenakan arahan
kuarantin di rumah akibat Covid-19, pegawai/kakitangan
bertanggungjawab melaporkan kepada penyelia/Ketua
Jabatan masing-masing dan Unit Pengurusan Sumber
Manusia dengan serta-merta sebaik sahaja disahkan oleh
Pegawai Perubatan dan mematuhi peraturan yang diberikan;
iii) Memastikan menyimpan maklumat sejarah kesihatan dan
perjalanan 14 hari sebelum sekiranya terdapat gejala-gejala
tidak sihat bagi tujuan pemakluman kepada petugas
kesihatan;
iv) Memastikan topeng muka (face mask) sentiasa dipakai;
v) Memastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum
mengendalikan dokumen secara fizikal atau sebelum
membuat edaran;dan
vi) Pegawai/kakitangan hendaklah mengamalkan nilai
berintegriti seperti yang digariskan dalam, di mana berkaitan:
a. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993; dan
b. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) (Pindaan) 2002.
vii) Pegawai/kakitangan diingatkan untuk tidak
menyalahgunakankan peruntukan di dalam SOP ini untuk
tidak hadir ke pejabat secara tidak wajar. Mereka yang
7
didapati ingkar akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut
peruntukan peraturan yang terpakai.
6. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk :
i) Memastikan pegawai/kakitangan yang hadir ke pejabat dalam
keadaan tidak sihat agar segera mendapatkan rawatan di
Klinik Kesihatan/Hospital;
ii) Memastikan pegawai/kakitangan berstatus Person Under
Investigation (PUI) tidak hadir ke pejabat;
iii) Melaksanakan imbasan suhu kepada semua
pegawai/kakitangan dan pelanggan di semua pintu masuk
premis;
iv) Menghadkan bilangan dan pergerakan pelanggan di dalam
premis Kerajaan;
v) Memastikan penyediaan kemudahan cecair hand sanitizer di
lokasi-lokasi strategik;
vi) Melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala dengan
menggunakan disinfectant terutamanya di tempat yang selalu
di sentuh orang ramai seperti tombol/pemegang pintu, railing
tangga besi, suis lampu, kepala paip dan sebagainya; dan
vii) Memberi peringatan kepada pegawai/kakitangan secara
lisan, elektronik, cetak dan lain-lain untuk mematuhi saranan
penjagaan kebersihan dan langkah pencegahan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari
semasa ke semasa.
8
7. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA
i) Prosedur ini berkuat kuasa mulai tarikh tamat PKP
dikeluarkan dan perlu dibaca bersama dengan arahan atau
peraturan lain yang berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa dari semasa ke semasa.
ii) Jabatan Laut Wilayah hendaklah menggunakan SOP ini
dengan membuat beberapa pengubahsuaian mengikut
kesesuaian tempat masing-masing.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATO’ HJ. BAHARIN BIN DATO’ ABDUL HAMID) Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia 21 April 2020
1
Lampiran 1
BORANG PENGISYTIHARAN MAKLUMAT KESIHATAN
JABATAN LAUT MALAYSIA
MAKLUMAT INDIVIDU
1. Nama : ________________________________________________________
2. Bahagian/Unit: __________________________________________________
3. Nombor Kad Pengenalan: _________________________________________
4. Jantina: _______________________________________________________
5. Alamat Rumah: _________________________________________________
6. No. Telefon: ____________________________________________________
7. Bacaan Suhu: __________________________________________________
PENGISYTIHARAN
1. Pernahkah anda melawat negara-negara yang mengalami Covid-19 seperti
diisytiharkan oleh WHO dalam tempoh masa 14 hari yang lepas?
Ya [ ] Tidak [ ]
Jika anda menjawab Ya, sila nyatakan negara tersebut:
_____________________________________________________________
2. Adakah anda mempunyai sebarang gejala berikut, sila tandakan petak yang
berkenaan.
Demam [ ]
Sakit tekak [ ]
Batuk [ ]
Sesak nafas [ ]
Lain-Lain. Sila nyatakan:
______________________________________________________________
2
3. Adakah anda berhubung rapat dengan individu yang disyaki/disahkan
mempunyai Covid-19?
Ya [ ] Tidak [ ]
4. Adakah anda dimasukkan ke hospital dalam tempoh masa 14 hari yang
lepas?
Ya [ ] Tidak [ ]
Sekiranya Ya, sila nyatakan sebab kemasukan tersebut:
________________________________________________________________
Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa maklumat di atas adalah tepat dan benar.
Tandatangan:
Nama :
Tarikh :
1
Lampiran 2
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ISU-ISU BERHUBUNG PENULARAN JANGKITAN WABAK COVID-19 DI PREMIS KERAJAAN
Setelah melaksanakan imbasan suhu badan terhadap pegawai,
Ketua Jabatan boleh mengarah mana-mana pegawai yang
disyaki untuk menjalani ujian COVID-19. Tindakan selanjutnya
adalah bergantung kepada situasi seperti yang berikut:
(a) sekiranya ujian COVID-19 telah dilakukan oleh
Pengamal Perubatan, pegawai boleh menikmati
kemudahan seperti yang berikut:
Bil Situasi Kemudahan/Peraturan Sedia Ada
1. Pegawai disahkan positif COVID-19 dan diberi sijil sakit oleh Pengamal Perubatan
Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17, Bab C (Cuti)
2. Pegawai dikategorikan sebagai Patient Under Investigation (PUI)
Pegawai dibenarkan tidak hadir atas Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di atas Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]
2
3. Pegawai menunggu keputusan ujian COVID 19
Pelepasan khas daripada bertugas sehingga keputusan ujian COVID-19 diperolehi
4. Pegawai diberi perakuan oleh Pengamal Perubatan untuk self quarantine di rumah
Pelepasan khas daripada bertugas selama 14 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am)
(b) sekiranya Pengamal Perubatan mendapati pegawai
tidak perlu menjalani ujian COVID-19 tetapi Ketua
Jabatan masih mahu mengambil langkah-langkah
pencegahan, maka Ketua Jabatan boleh
mempertimbangkan salah satu tindakan seperti yang
berikut:
Bil Situasi Kemudahan/Peraturan Sedia Ada/Tindakan
1. Pegawai diarah untuk self quarantine di rumah
Pegawai boleh diberi pelepasan khas daripada bertugas selama 7 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am)
2. Pegawai diarahkan untuk bekerja dari rumah
Arahan Ketua Jabatan
3
Walau apapun, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk
memastikan bilangan pegawai yang mencukupi berada di
abatan masing-masing, bagi memastikan kualiti penyampaian
perkhidmatan tidak terjejas.
top related