isu pelabelan dan pengasingan

Post on 20-Oct-2015

194 Views

Category:

Documents

18 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ISU PELABELAN DAN PENGASINGAN

Pendidikan untuk SEMUAHj Nordin Hj Bula IPG Kampus Tawau

Isu Pelabelan dan Pengasingan

• Pelabelan- Implikasi terhadap murid- Implikasi terhadap ibu bapa- Implikasi terhadap guru dan sekolah

• Pengasingan- Kesan kepada murid- Sokongan dan kerjasama- Masalah pembelajaran sebagai satu kontinum (sesuatu yang dianggap sebagai satu keseluruhan, struktur atau siri yang berterusan yang tidak harus dipisahkan)

Pengertian konsep• Pelabelan - perbuatan membubuh label pada

sesuatu • Pengasingan – perihal/perbuatan mengasingkan

atau memisahkan, pemisahan; • Pelabelan dalam pendidikan pemulihan

bermaksud perbuatan memberikan label tertentu kepada pelajar-pelajar kelas pemulihan.

• Pengasingan pula merujuk kepada perbuatan mengasingkan pelajar kelas pemulihan berdasarkan faktor-faktor tertentu.

Keperluan Pendidikan

• Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu untuk mendapat pendidikan.

• Persidangan dunia bertemakan ‘Education for All’ (UNESCO, 1990). Pendidikan Untuk Semua menyatakan penyediaan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori termasuk orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

• Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di bawah Teras Ke-4 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid.

• Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

• KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Isu Pelabelan

• Label satu cara untuk menerangkan satu set umum ciri-ciri murid pemulihan. Sangat berguna untuk memberi pengajaran bagi kumpulan ini.

• Murid pemulihan diberi imej atau dilabelkan sebagai kanak-kanak istimewa/khas terjemahan special children.

• Elak rasa terhina dilabelkan kanak-kanak lemah/lembam/lambat/mundur/bodoh.

• Ibu bapa tidak terima hakikat anak mereka dilabelkan.

Isu pelabelan

• Guru pemulihan dilabelkan sebagai guru yang tugasnya mudah. Sebab muridnya tidak ramai, tidak ada peperiksaan, hanya mengajar tulis, baca, kira.

Isu Pelabelan

• Patutkah ada pelabelan terhadap pelajar kelas pemulihan?

-Bincangkan kesan pelabelan terhadap terhadap murid, ibu bapa guru dan sekolah.

Isu Pengasingan

• Matlamat utama pengasingan adalah untuk memudahkan guru menumpukan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid daripada kelas baik, sederhana dan kurang baik.

• Pengasingan menyebabkan murid yang lemah terus-menerus bergaul dengan murid yang lemah. Tiada pembelajaran dengan rakan sebaya yang lebih baik.

• Persepsi guru terhadap murid yang baik dan lemah tentu berbeza. Mereka tentunya berminat mengajar di kelas A berbanding dengan kelas F dan G.

• Bagaimana pula pengasingan di dalam kelas pemulihan?

Isu Pengasingan

• Wajarkah pelajar pemulihan diasingkan kelas mereka daripada kawan-kawan mereka di kelas arus perdana?

Bincangkan kesan pengasingan terhadap murid dan ibu bapa.

top related