isu keberkesanan pengajian jarak jauh

Post on 04-Nov-2015

32 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ada

TRANSCRIPT

Isu Keberkesanan Pengajian Jarak Jauh ( PJJ )(http://aieazri.blogspot.com/2012/05/isu-keberkesanan-pengajian-jarak-jauh.html)Pengajian Jarak Jauh ( PJJ ) merupakan satu corak pendidikan yang semakin penting dan popular dewasa ini. USM telah memperkenalkan corak pendidikan ini sejak awal tahun 1970-an. UKM menawarkan pelbagai kursus seperti Sarjana Muda Sains, Sarjana Muda Sastera( Komunikasi, Psikologi, dan lain2) Diploma Pendidikan bermula sesi 1995/96. UM memperkenalkan kursus SARJANA Muda Kejuruteraan dan Sarjana Muda Pengajian Melayu bermula sesi 1996/97. UPM & UTM turut terlibat dalam program PJJ demikian. PJJ melibatkan situasi yang mana guru dan pelajar berada di tempat berlainan pd kebanyakan masa. Pelajarannnya disampaikan melalui modul2 kursus & mereka dikehendaki lulus kursus2 tersebut dlm peperiksaan yg akan dijalankan pd setiap semester. Ijazah atau diploma akan dianugerahkan kepada calon yg lulus dlm peperiksaan.

Pengajian Jarak Jauh ( PJJ ) ini mungkin memberikebaikan, kelebihan serta peluangkepada meraka yang sudah bekerja untuk belajar, dan beberapa kebaikan PJJ adalahPJJ secara langsung membantu Negara melahirkan tenaga yang professional & berkelayakan.Pelbagai bidang kursus ditawarkan seperti perniagaan, computer, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains mahupun sains sosial yang memenuhi kehendak @ permintaan kelayakan di sektor awam & sektor swasta.PJJ menyediakan banyak peluang pendidikan bg setiap lapisan masyarakatpelajar boleh mengikuti kursus-kursus tertentu secara sambilan & di pusat-pusat tertentu yang dekat dengan tempat tinggal atau kerja calon berkenaan. Syarat kemasukan yang selesa, kelayakan minimum dan pengalaman kerja diambil kira.

PJJ memungkinkan pelajar mengadakan jadual pembelajaran yg bersifat fleksibel.Pembelajaran dapat diselaraskan dengan komitmen keluarga dan tugas harian. Penangguhan pelajaran boleh dilakukan dengan syarat masa yang tertangguh itu akan digantikan kelak. Corak pembelajaran ini mengurangkan tekanan di kalangan pelajar.PJJ menggalakkan pelajar berfikir, kretif & berdisiplin. Corak pembelajaran PJJ memaksa pelajar banyak berfikir utk menyelesaikan sesuatu permasalahan mahupun tugasan. Guru memberikan bimbingan dr semasa ke semasa shj; harus banyak berbincang, merujuk dan mengkaji secara persendirian.(http://eprints.uthm.edu.my/1393/1/24_Pages_from_PENGURUSAN_MASA_PELAJAR_KEJURUTERAAN_PENDIDIDIKAN_JARAK_JAUH_(PJJ)_DI_UNIVERSITI_SAI.pdf)

Pendidikan jarak jauh ialah kaedah pembelajaran atau penyampaian maklumat secara jarak jauh yang telah lama wujud di dunia ini. Jika kita melihat dari segi sejarah permulaan perkembangan agama Islam di dunia ini, kaedah atau penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan secara jarak jauh kepada seseorang atau kumpulan yang beijauhan telah digunakan secara meluas pada masa itu. Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan berita tentang kebenaran dan kejituan Islam kepada Maharaja Habshi di Benua Afrika yang ketika itu menganut agama Kristian menerusi perutusan salah seorang dari panglima baginda. Hal ini telah dapat menyedarkan Maharaja Habshi tentang kewujudan agama daripada Allah S.W. T yang diturunkan kepada Rasul pilihan-Nya. Kaedah ini turut digunakan oleh para khalifah Islam untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada para panglima di medan pertempuran ataupun kepada mereka yang berada di negeri yang beijauhan. Mereka sentiasa berhubungan secara jarak jauh iaitu menerusi surat dan juga kenderaan iaitu kuda. Ini telah memberi kenyataan bahawa penyampaian maklumat atau penyampaian ilmu pengetahuan secara jarak jauh ternyata berkesan.

Kaedah penyampaian maklumat secara jarak jauh telah memainkan peranan penting dalam kehidupan dan perkembangan tamadun manusia. Di negara ini sendiri, bidang pendidikan merupakan bidang terpenting dan paling diberikan tumpuan oleh kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Bagi melahirkan lebih ramai rakyat yang berilmu pengetahuan tinggi, negara telah menubuhkan pelbagai program pendidikan agar semua rakyat di negara ini dapat terus menuntut ilmu walaupun telah bekerja dan sebagainya. Salah satu daripadanya ialah program Pendidikan Jarak Jau

top related