isi pelajaran interaksi 1 pkp 3108
Post on 14-Apr-2018
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 1/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
1.1 Sipnosis
Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkanperasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor,dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, danHoffman, (1991), tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkanpengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi .
Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi,ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulahia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu
menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingindisampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.
Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pemulihan Khas tidakmenguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis.
Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat perkembangan menulis,masalah tulisan, dan strategi mengajar menulis.
.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis,
2. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan,
3. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis.
1
TAJUK 1 Kemahiran Menulis
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 2/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
1.3 Definisi menulis dan tulisan
Juriah Long (1990)
Menulis merupakan satu proses bagi menyampaikan buah fikiran atau pendapatdengan
tepat dan berkesan kepada orang ramai
Henry Guntur Tarigan (1986: 15)
Menulis dapat diartikan sebagai kegiatan menuangkan ide/gagasan dengan
menggunakan bahasa tulis sebagai media penyampai.
Djago Tarigan dalam Elina Syarif, Zulkarnaini, Sumarno (2009: 5)
Menulis berarti mengekpresikan secara tertulis gagasan, ide, pendapat, atau pikiran
dan perasaan.
Lado dalam Elina Syarif, Zulkarnaini, Sumarno (2009: 5) juga mengungkapkan
pendapatnya mengenai menulis iaitu: meletakkan simbol grafik yang mewakili bahasa
yang difahami oleh orang lain.Menulis dapat dianggap sebagai suatu proses maupun
suatu hasil. Menulis merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang untuk
menghasilkan sebuah tulisan.
M. Atar Semi (2007: 14) dalam bukunya mengungkapkan pengertian menulis adalah
suatu proses kreatif memindahkan gagasan ke dalam lambang-lambang tulisan.
Menulis adalah penggunaan huruf-huruf ataugabungan huruf yang berkaitan dengan lambang
bunyiyang kita buat semasa kita bercakap.
(Don Bryne : 1979)
2
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 3/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbolgrafik yang disusun berdasarkan
pertuturan yangmembentuk perkataan-perkataan dan seterusnyamenjadi ayat.
(Kamaruddin Hj. Hussin, Siti Hajar Abdul Aziz : 1997)
Tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untukmenunjukkan pengetahuan mereka dalammatapelajaran akademik yang lebih tinggi.(Hughes, Mercer, Lenz, Hoffman : 1991)
Tulisan adalah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea.Manakala menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi bahasa yang tersusun dan teratur bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat berkomunikasi.
Oleh itu kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu
diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta
tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan imaginatif.
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran
menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku
1.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis
1.4.1 Kematangan Kognitif
3
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 4/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
1.4.2 Kematangan fizikal / kemahiran motor
Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis.
Terutama sekali perkembangan motor halus.Perkembangan motor halus ialah
pertumbuhan atau perkembangan otot-ototkecil pada bahagian jari seorangkanak-kanak yang membolehkan mereka memegang objek-objek kecil seperti
pensil, guli dan sebagainya dengan cekap. Perkembangan motor halus yang
sempurnamembolehkan seseorang kanak-kanak menulis dengan tulisan yang
cantik dan cekap.
Selain itu, koordinasi mata dan tangan juga dititik beratkan kerana dalam aspek
perkembangan kemahiran menulis, koordinasi mata dan tangan akan
menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu sudah bersedia untuk
menulis atau tidak.
1.4.3 Persekitaran
Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak-anak
mereka dapat menulis dengan baik.Ibu bapa harus menyediakan barang-barang
mainan yang dapat menggalakan perkembangan motor halus yang dapat
membentuk otot-otot halus dijari. Guru juga harus menyediakan bahan-bahan
latihan yang sesuai kepada kanak-kanak seperti huruf –huruf.
4
Aktiviti 1
Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi tulisan kanak-kanak.
Tugasan anda boleh dibincangkan dalam kumpulan dan dibentangkan di
hadapan kelas.
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 5/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
KEMAHIRAN MENULIS
Peringkat Masalah Tulisan Strategi Mengajar Perkembangan Tulisan
Menulis
1.5 Peringkat Perkembangan Menulis
Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling
melengkapi.Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan
seseorangpula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila
seseorangmenulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisanadalahlambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang
ditulis.Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula,
makabarulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia
melahirkanperasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga
manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan
penulisanyang banyak memberi maklumat.
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat
mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis,
ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan
menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segikemahiran motor halus iaitu kemahiran
mengawal otot-otot jari dan jugapergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu
5
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 6/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti
menggenggam, meramas, melorek,mencubit, menggentel, memegang, dan
sebagainya. Kesemua kemahiran inidiajar secara tidak langsung menggunakan
berbagai alat dan permainan.Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan
pengamatan visual melaluilatihandan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak
juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan
pelbagai jenis pola danstruktur ayat mudah.Pengajaran kemahiran menulis di
sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepadatiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin,
1988):
i. peringkat pra menulis
ii. peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
iii. peringkat untuk pelahiran (mentalis)
1.5.1 Peringkat Pra menulis
Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah
mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari
serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan danmengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya
lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan
betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan
dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat. Pada
peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih
pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata
melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-
kanak.
Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya
sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.
6
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 7/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dandepan ke
belakang.
ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas kebawah,
dan bawah ke atas.
v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum
jam.
vi. Melukis garis condong.
vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan
viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan danperbezaan
bentuk huruf-huruf tersebut.
Aktiviti 2
Bincangkan kepentingan latihan pra menulis kepada kanak-kanak bagi menguasai
kemahiran tulisan mekanis.
1.5.2 Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis)
Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pra menulis dan
dapatmelaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah
bolehmemperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada mereka. Aktiviti awal
adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas
kosong,kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan
caramemegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-
kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedahdan
teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.
7
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 8/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
1.5.3 Peringkat Menulis Untuk Pelahiran ( Mentalis )
Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan dengan betul dan
baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk menyatakan perasaan,idea, atau
menceritakan sesuatu perkara yang berlaku. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan
untuk melatih kanak-kanak menulis untuk pelahiran sepertimelengkapkan ayat,
menjawab soalan pemahaman, menulis ayat berdasarkan gambar, membina ayat
daripada perkataan yang diberi, dan juga menulis karangan.
1.6 Masalah dalam tulisan dan penulisan
Sebelum kanak-kanak diajar kemahiran menulis untuk pelahiran, guru lebih
menumpukan kepada pengajaran kemahiran tulisan tangan atau tulisan mekanis.
Pada peringkat ini terdapat beberapa masalah yang perlu diberiperhatian oleh guru.
Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak dalam tulisan tangan.
i. Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingatbagaimana huruf
itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semulahuruf-huruf tersebut.
ii. Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakanmotor tangan
atau jari yang sesuai
iii. Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tanganmenjadikan
sukar untuk menulis.
iv. Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpananmaklumat-
maklumat motor di dalam otak.v.Kesukaran untuk memahami atau melihat
keperluan ruang (spatial)tulisan tersebut.Seorang guru yang peka akan dapat
8
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 9/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
mengesan muridnya yang menghadapimasalah dalam tulisan berdasarkan
tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan.
Antara tingkah laku pelajar yang boleh dijadikan petunjuk oleh guru adalah:
i. menggenggam pensel;
ii. cara memegang pensel yang salah;
iii. kedudukan badan yang canggung semasa menulis;
iv. mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah;
v. hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan
keupayaan bertutur;
vi. terlalu kerap memadam;
vii. kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf;
viii. keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan
ix. lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataanterlalu rapat
atau berjauhan
Selain daripada petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak,
masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis seperti
berikut:i. Bentuk huruf
-menulis dari kanan ke kiri
-menulis abjad dan ayat terbalik
-menulis dengan tiada ketetapan kecondongan
-menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah-menulis perkataan terbalik ( ba p
a ---- baqa )
ii. Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai
iii. Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;
iv. Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataantidak
seragam;
v. Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.Apabila guru dapat mengesan
masalah tulisan yang dihadapi murid makatindakan pemulihan perlu dilakukan
9
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 10/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
segera supaya masalah itu tidak berlarutandan boleh menjejas pencapaian
murid berkenaan dalam pelajaran.
6.2. Kategori Jenis Kesalahan dalam Tulisan
Kanak-kanak menunjukkan berbagai-bagai jenis kesalahan dalam tulisanmekanis
terutamanya pada peringkat awal menulis. Namun bagi kanak-kanakbermasalah
pembelajaran, kesalahan-kesalahan tulisan ini sukar untuk dipulihkan disebabkan
faktor-faktor sampingan lain terutamanya yang mengalamimasalah khusus dalam
tulisan. Terdapat dua masalah khusus dalam tulisanyang dikenali sebagai Agraphia
danDysgraphia(Cherry K.H., 1984).
i. AgraphiaAgraphia merujuk kepada masalah tulisan yang dihadapi
olehseseorang dan terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
a. Perolehan (acquired ) – iaitu kehilangan keupayaan menulis yangtelah
dikuasai sebelumnya disebabkan oleh kecederaan otak ataupenyakit
otak;
b. Perkembangan atau ( congenital )–iaitu kesukaran yang luar biasauntuk mempelajari kemahiran menulis yang tidak selarasdengan
pencapaian intelektual dan kemahiran-kemahiran lain seseorang
individu.
ii. Dysgraphia – adalah masalah tulisan yang sangat teruk atauketidakupayaan
melaksanakan pergerakan motor yang diperlukanuntuk menulis.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian terhadap hasil tulisan kanak-kanak,kebanyakan
penulis telah mengkategorikan jenis kesalahan tulisan kepada enam kategori
berikut:
a. bentuk huruf
b. jarak
c. kecondongan
10
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 11/21
Aktiviti 4
Pilih satu masalah tulisan yang dihadapi pelajar dan bincangkan tindakan
pemulihan yang boleh dilaksanakan untuk membantu pelajar berkenaan.
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
d. kualiti garisan
e. saiz huruf dan keselarasan
f. kepantasan
1.7 Strategi pemulihan masalah tulisan /pratulis
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar permulaan kemahirantulisan mekanis dan juga untuk pengajaran pemulihan masalah tulisan. Kaminsky danPowers (1981) mencadangkan bahawa suatu program pengajaran kemahiran tulisanmekanis hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
i. mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas kepada ruangyang lebih kecil
ii. kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama;
iii. menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajar menyurih(tracing) model huruf;
iv. sediakan banyak sesi latihan menulis;
v. melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan merekamengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka; dan
vi. menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu proses yangsukar dan memerlukan galakan dan sokongan.
Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah dilakukan secaraterkawal, iaitu garisan demi garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence)dengan bantuan guru. Cara ini akan dapat menghalang pelajar daripada melakukankesalahan seperti menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara menulis huruf yang salah.Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana pelajar yang mengalamimasalah tulisan adalah disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti ingatan jangkapendek, pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, koordinasi mata-tangan,
11
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 12/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
dan lemah otot-otot tangan. Oleh itu aktiviti pengajaran hendaklah mengambil kiramasalah-masalah yang dihadapi pelajar dan dilakukan peringkat demi peringkat.
Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran pemulihantulisan pelajar.
i. Latihan memegang pensel dengan betul.
ii. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis.
iii. Membuat garis-garis lakaran.
iv. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.
v. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai dengan
huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung.
vi. Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi mata-tanganseperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian jarak, menyambungtitik, memadankan, mencari jalan keluar, dan sebagainya.
Terapi dapat membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih
baik . Kemampuan sesaorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang
ada akan lebih berjaya. Malah terapi dapat meningkatkan tahap kefungsian seharian
dan mencegah ketidakupayaan/kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah
mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
Keperluan terapi
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :·
• Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap
sesuatu kemahiran
• Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan
sosialisasi
12
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 13/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
• Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor
kanak-kanak bermasalah pembelajaran
• Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
• Membina konsep kendiri
• Merangsang pengaliran darah dan oksigen
Kepentingan terapi
Terapi berkepentingan untuk :
• Meningkatkan kemahiran pengamatan
• Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
• Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
• Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
• Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
• Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
• Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
• Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
Jenis-jenis terapi
Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya :
• Terapi fisio
• Terapi cara kerja
13
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 14/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
• Terapi pertuturan
• Terapi muzik dan nyanyian
• Terapi seni visual
• Terapi hidro atau terapi air
• Terapi pergerakan kreatif
• Terapi main
• Terapi alternative
- Terapi aroma
- Terapi herba
- Terapi ozon
- Tetapi floortime
- Terapi pasir
- Terapi haiwan
- Terapi snoozeland
Terapi Pasir
Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang
membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan
membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya. Ini akan meningkatkan latihan
koordinasi mata-tangan Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan
kanak-kanak lebih releks.Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika
melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca
sebenar masalah atau ketegangan dapat dikeluarkan
14
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 15/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
Terapi cara kerja
Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan, intervensi danpenilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Perkhidmatan inimelibatkan aktiviti seperti:
• Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai
masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus .• Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-
kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik danaktiviti koordinasi mata dan tangan.
• Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor halus dan
aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan.
• Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan kemahiranpergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa melakukan aktivitikemahiran motor kasar ketika bermain bersama rakan.
• Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak masalahfizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru atau pihaksekolah tentang keperluan kanak-kanak tersebut.
15
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 16/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
Terapi Seni
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.
Terapi seni adalah sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar. Pelajar datangdari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa,persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluandemi merungkai masalah yang dihadapi menjadi bertambah serius. Terapi seni yangsistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyaimasalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilaisecara tersurat dan tersirat.
16
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 17/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
Terapi main
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dari aspek psikologi, terapi main memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan
yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar
Konsep terapi bermain
• melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
• ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
• kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing
Tujuan terapi bermain
• mengurangkan masalah tingkah laku
• meningkatkan komunikasi
• mempu menilai diri sendiri
• meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
17
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 18/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas boleh ditambah lagimengikut kreativiti guru. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti pemulihan guruperlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting supaya pengajarannyaakan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:
i. guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih dahulu;
ii. latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan;
iii. suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yang sesuaidengan pelajar;
iv. bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ;
v. langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah ditunjukkan kepada
pelajar;
vi. pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam;
vii. buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihanmenulis di rumah.
Setelah pelajar sudah boleh menulis, guru sudah boleh memperkenalkan tulisansambung kepada pelajarnya. Tulisan sambung boleh membantu pelajar daripadamelakukan kesalahan menulis kerana tulisan sambung mempunyai urutan garisannya
yang tersendiri ketika menulis.
18
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 19/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
1.8 Latihan Tulisan Mekanis
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaanyang terkawal.
ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua / tiga.
iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul.
v. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan yang betul abjad a-z.
vi. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan songsang abjad z-a.
vii. Membina satu suku kata KV dan KVKviii. Menggabungkan suku kata
menjadi perkataan.
ix. Membina ayat tunggal.
19
i
i
ii
iii
iv
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 20/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
1.9 Latihan Penulisan Mentalis
Kemahiran Menulis Mentalis
Kemahiran menulis mentalis berfokus kepada penyataan fikiran dan perasaan.
Mungkin agak janggal bagi sesetengah pihak dengan istilah kemahiran menulis
mentalis kerana timbulnya persoalan bagaimana mental dapat dikaitkan dengan
kemahiran menulis. Dari segi konsepnya, kemahiran menulis mentalis adalah
operasi yang melibatkan pemprosesan mental bagi menghasilkan sesuatu yang
dapat dibaca dan difahami oleh individu lain. Secara amnya, asas kemahiran
menulis bermula daripada mental seperti menulis karangan,menulis sajak, suratdan sebagainya
1.9.1 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Menulis Mentalis
Seperti kemahiran menulis mekanis, kemahiran menulis mentalis juga memerlukan
latihan bagi meningkatkan lagi penguasaan dalam kemahiran ini. Antara latihan
yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis
mentalis adalah menulis dan menyusun perkataan bagi membina ayat, menulisayat-ayat mudah, menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru, membuat
latihan transformasi ayat menggunakan senarai perkataan yang diberikan, serta
menulis frasa atau ayat yang bermakna menggunakan perkataan yang diberikan.
20
7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108
http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 21/21
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
RujukanCher ry K .H . (1984) .
Learning Disabi li ti es : Unders tand ing Concep ts ,Characteristics, and Issues. NewJersey: Prentice-Hall.
Hughes , Mercer , Lenze , dan Ho f fman (1991) .Students With Learning Disabilities. 4thed , New York: Macmillan Publishing Company.
Kamarudin Hj.Husin,(1988).Pedagogi Bahasa.Petaling Jaya: LongmanMalaysia Sdn.Bhd..
21
top related