implikasi sosiobudaya - sekolah

Post on 17-Jan-2016

101 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

nota EDU 3063

TRANSCRIPT

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN

SOSIO- BUDAYA

KEPADA

GURU

Guru

Bangsa

Kelas sosial

kepercayaanBahasa

Jantina

Bangsa

• Mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat.

• Sebagai contohnya, guru mengadakan aktiviti kumpulan semasa P&P dan melibatkan murid-murid yang pelbagai kaum.

• Ahli kumpulan boleh berubah-ubah supaya murid berpeluang berinteraksi dengan orang lain.

Kelas sosial

• Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama dengan punca-punca pengeluaran.

• Terdapat 5 Kelas Sosial iaitu:

i. Golongan Atasan

ii. Pertengahan Atasan

iii. Pertengahan Bawahan

iv. Pekerja

v. Golongan Bawahan

• Memberi ruang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

• Supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

• Semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.

• Guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai Sosio-Budaya.

Kepercayaan

• Dari aspek kepercayaan, guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka.

• Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum.

• Misalnya, semasa mengajar, guru boleh menerapkan nilai hormat menghormati melalui penerangan yang berkaitan perbezaan antara kaum

Bahasa

• Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid.

• Memastikan kaedah p&p yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid.

• Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum mestilah menggunakan pelbagai dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran.

• Jangan mengejek bahasa yang digunakan murid.

Jantina

• Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran.

• Layanan berbeza antara jantina.

• Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid tanpa mengira jantina.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN

SOSIO- BUDAYA

KEPADA

SEKOLAH

- Sekolah Kebangsaan

- Sekolah Jenis

Kebangsaan

Cina / Tamil

- Sekolah Menengah kebangsaan

- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

- Sekolah Berasrama Penuh

- Sekolah Menengah Teknik

- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

- Sekolah Bestari

- Sekolah Pendidikan Khas

- Sekolah Premier

- Sekolah Wawasan

Kepelbagaian Jenis Sekolah

SEKOLAH

RENDAH

SEKOLAH

MENENGAH

Di peringkat rendah, SK menggunakan Bahasa

Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

SJK C menggunakan Bahasa Cina manakala

SJK T menggunakan Bahasa Tamil.

Di peringkat menengah, (SBP)

bermatlamat memberi peluang kepada

murid cemerlang khususnya dari

kawasan luar bandar mendapatkan

pendidikan yang terbaik untuk terus

berjaya dalam bidang akademik,

kokurikulum dan sahsiah.

Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah Menengah Teknik

Memberi peluang belajar kepada murid yang

cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional.

Menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir

yang mencukupi.

Menawarkan bidang seperti ERT, pertanian,

ketukangan elektrik, kejuruteraan elektrik, mekanikal

dan awam.

e.g: SMT Dato’ Undang Hj. Md. Sharip (ERT), SMT

Chenor (pertanian)

SMKA

Menyediakan PI kepada murid dan memupuk

potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah

dan kepemimpinan.

Memberi peluang melanjutkan pelajaran dalam

pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara.

Sekolah Premier

Mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang

kukuh dan memberi sumbangan yang banyak

kepada negara sejak penubuhannya.

Mempunyai tradisi yang panjang seperti

sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih Contoh:

• Victoris institution, SM St John, Maktab Sultan Ismail, Sekolah Zainab

Sekolah Bestari

Mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur

yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik, iaitu

berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Model Khas menggabungkan murid sekolah

rendah pada peringkat Tahap II & murid sekolah

menengah di bawah satu bumbung. Ianya merupakan

konsep baru dalam menyediakan kemudahan fizikal

yang kondusif bagi murid yang berpotensi di kawasan

luar bandar.

Sekolah Pendidikan Khas

Menyediakan Pendidikan Khas kepada murid

bermasalah penglihatan, pendengaran dan

pembelajaran, autisme, syndrom down,

keupayaan kognitif rendah, disleksia.

Matlamat: supaya mereka menjadi insan yang

berdikari dan dapat menyumbang kepada

pembangunan negara.

Sekolah Wawasan

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid

di sekolah yang pelbagai kaum.

Apabila anak Melayu, Cina dan India dapat

berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan

sudah tentu lahir satu generasi Malaysia yang

bersifat pelbagai budaya.

Kepemimpinan Sekolah

• Kejayaan sekolah bergantung kepada gaya kepemimpinan pengurus sekolah.

• Wujud iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah pasukan.

• Peranan PIBG

top related