imam malik: sorotan biografi, metodologi hukum dan maqasid...

Post on 07-Feb-2018

226 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Imam Malik: Sorotan Biografi, Metodologi Hukum DanMaqasid Syariah

Noor Naemah Abdul RahmanRidzwan Ahmad

2.0 Pendahuluan

Imam Malik dianggap sebagai imam ke dua selepas Imam AbuHanifah dari sudut imam dalam mazhab empat yang berpegangdengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Beliau terkenal dengansangat berpegang teguh dengan hadith walaupun dalam waktuyang sama dikatakan beramal dengan maslahah secara meluas.Kemunculan mazhab Maliki lebih berteraskan pengamalan hadithberbanding kemunculan mazhab Hanafi yang lebih terkenalmengguna pakai qiyas. Mazhab Maliki telah berkembang keseluruh dunia merangkumi beberapa Negara umat Islam sepertiMaghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

2.1 Biografi Imam Malik

Namanya ialah Abu Abd Allah Malik bin Anas bin Malik bin Abi‘Amir al-Asbahi al-Yamani. Dilahirkan di Madinah pada tahun 93H/712M1. Beliau seorang yang berketurunan bangsa Arab daridaerah Dhu Asbah, sebuah kampung di kota Himyar satu daerah dinegeri Yaman.2

Ayahnya ialah Anas bin Malik seorang Tabi‘in bukannya Anasbin Malik seorang sahabat yang pernah menjadi khadam NabiMuhammad SAW. Ini kerana nama penuhnya ialah Anas bin Abi‘Amir bin ‘Amr bin al-Harith bin Sa‘ad bin Awf bin ‘Adi bin Malik binYazid. Manakala nama penuh Anas bin Malik, seorang SahabatNabi ialah Anas bin Malik bin Nadhar bin Dhamdham bin Zayd al-Ansari al-Khazraji.3

Ibu Imam Malik ialah Siti al-‘Aliyah binti Syurayk bin ‘Abd al-Rahman bin Syuraik al-Azadiyah. Pada masa beliau dilahirkan,pemerintahan Islam berada di tangan kekuasaan Raja Sulaymanbin ‘Abd al-Malik, pemerintah Bani Umayyah yang ke VII.4 ImamMalik membesar dan terdidik dalam lingkungan para ilmuwan iaitudalam kalangan Sahabat, Tabi‘in, para ansar dan ahli hukum.

1 Syams al-Din Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Dhahabi (1991),

Siyar A‘lam al-Nubala‘, j. 2. Jeddah: Dar al-Andalus, h. 614.2 K.H.. Moenawar Chalil (1996), Biografi Empat Serangkai Imam Mazhab.

Jakarta: PT Bulan Bintang, h. 84. 3 Ibid4 Ibid

39

top related