hubungan antara tahap motivasi dengan … filehubungan antara tahap motivasi dengan pencapaian...
Post on 27-Jun-2019
319 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA TAHAP MOTIVASI DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS
MALAYSIA
SITI LIYANA BINTI MOHAMAD YUSUFF
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Ayahanda dan bonda yang disayangi
Mohamad Yusuff Bin Abu Bakar
Norizan Binti Salleh
Doa, sokongan, jasa, dan wang ringgit tidak terbalas olehku
Kepada seluruh keluarga yang disayangi,
Terima kasih atas sokongan kalian
Untuk tunang yang dikasihi
Shahrul Aziman Bin Abd Aziz
Yang sering memberi dorongan dan semangat serta sumber ketabahan dan inspirasi,
Rakan-rakan yang dihormati,
Yang sering memberi sokongan, bantuan dan buah fikiran
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Insyaallah…
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan
ikhlas buat penyelia projek Puan Hee Jee Mei yang telah banyak membantu dengan
penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar
yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga
ingin merakamkan sekalung budi buat guru Bahasa Inggeris Puan Maheran Binti
Marzuki turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Dekan School of
Distance Education Universiti Sains Malaysia, Encik Omar Majid dan Timbalan
Pendaftar School of Distance Education Universiti Sains Malaysia Encik Salleh Bin
Abu Bakar serta pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam memberikan kerjasama
yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar
mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada
sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak
langsung.
Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan
jayanya. Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih
v
ABSTRAK
Laporan ini berkenaan hasil kajian yang dijalankan untuk mengukur tahap
motivasi tiga konstruk iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi
kendiri; dan mengkaji hubungan antara tahap motivasi dengan pencapaian akademik
pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia. Kajian ini menggunakan
persampelan tidak rawak jenis bertujuan dan melibatkan seramai 116 responden yang
terdiri daripada Fakulti Sains, program Biologi (N=54) dan Fakulti Ilmu
Kemanusiaan, program Geografi (N=62). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan
deskriptif. Alatan kajian ini terdiri daripada soal selidik tertutup skala likert 5-mata
untuk mengukur tiga konstruk motivasi tersebut di atas. Data dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science 15 (SPSS 15) menggunakan
kekerapan, peratus, min dan korelasi pearson-r. Dapatan kajian menunjukkan
motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri adalah tinggi. Hasil
dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dengan pencapaian akademik. Namun
begitu, didapati terdapat hubungan yang lemah tetapi signifikan antara tahap regulasi
kendiri dengan pencapaian akademik. Ini menunjukkan walaupun tahap motivasi
pelajar berada pada tahap tinggi, tetapi tahap motivasi mereka tidak mempunyai
kaitan dengan pencapaian akademik. Ini berlainan dengan tahap regulasi kendiri
pelajar yang mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik. Laporan ini
diakhiri dengan cadangan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar dan
cadangan kajian lanjutan.
vi
ABSTRACT
This report concerns the outcome of the study that determined the level of
three motivation constructs; intrinsic motivation, extrinsic motivation and self-
regulation. This study also examined the relationship between level of motivation
and academic achievement among respondents. This study used non random
sampling with purposive sampling procedure, involved 116 respondents from
Faculty of Science, majoring in Biology (N=54), and Faculty of Humanity, majoring
in Geography (N-62). This study is a descriptive survey research. The instrument of
this study comprises of close-ended questionnaires, uses 5-points Likert-scale. The
data was analyzed using Statistical Package for Social Science 15 (SPSS 15) and was
reported using frequency, percentage, mean and correlation Pearson-r. The findings
of this research showed that intrinsic motivation, extrinsic motivation and self-
regulation among the students are high. The findings of this study also show that no
significant correlation between intrinsic motivation and intrinsic motivation with
academic achievement. However, there was low significant correlation between self
regulation and academic achievement. This indicates that although the motivation of
students was high but there was no relationship with their academic achievements.
On the other hand, significant relationship was found between self-regulation and
academic achievement. This report is ended with the suggestion to improve the
academic achievement of the students and further research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xix
SENARAI LAMPIRAN xxi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Kerangka Konsep 13
1.10 Takrifan/Istilah 14
1.10.1 Tahap 14
1.10.2 Motivasi 14
viii
1.10.3 Motivasi Intrinsik 14
1.10.4 Motivasi Ekstrinsik 15
1.10.5 Regulasi Kendiri 15
1.10.6 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 16
1.10.7 Pencapaian Akademik 16
1.11 Kesimpulan 17
2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Motivasi Intrinsik 18
2.3 Motivasi Ekstrinsik 21
2.4 Regulasi Kendiri 22
2.5 Pengaruh Motivasi Terhadap Pencapaian
Pelajar
25
2.6 Kesimpulan 27
3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 29
3.4 Populasi dan Sampel 29
3.5 Alatan Kajian 30
3.5.1 Kesahan Alatan Kajian 33
3.5.2 Kebolehpercayaan Alatan Kajian 34
3.6 Pengendalian Kajian 35
3.7 Kajian Rintis 36
3.8 Penganalisaan Data 36
3.9 Laporan Kajian 39
3.10 Kesimpulan 39
4 ANALISIS DATA 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Latar Belakang Responden 41
ix
4.2.1 Latar Belakang Demografi Pelajar
4.2.2 Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK)
41
45
4.3 Tahap Motivasi Intrinsik 45
4.4 Tahap Motivasi Ekstrinsik 48
4.5 Tahap Regulasi Kendiri 50
4.6 Tahap Motivasi Pelajar 53
4.7 Hubungan Antara Tahap Motivasi
Intrinsik Dengan Pencapaian Akademik
54
4.8 Hubungan Antara Tahap Motivasi
Ekstrinsik Dengan Pencapaian Akademik
55
4.9 Hubungan Antara Tahap Regulasi
Kendiri Dengan Pencapaian Akademik
56
4.10 Kesimpulan 56
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
58
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan Kajian 58
5.2.1 Tahap Motivasi Intrinsik Pelajar
5.2.2 Tahap Motivasi Ekstrinsik Pelajar
5.2.3 Tahap Regulasi Kendiri Pelajar
5.2.4 Hubungan Antara Tahap Motivasi
Intrinsik Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
5.2.5 Hubungan Antara Tahap Motivasi
Ekstrinsik Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
5.2.6 Hubungan Antara Tahap Regulasi
Kendiri Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
59
61
62
64
65
66
5.3 Rumusan Kajian 66
5.4 Cadangan Kajian 67
x
5.5 Cadangan Lanjutan 69
5.6 Kesimpulan 70
RUJUKAN 71
Lampiran A-C 77-92
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA HALAMAN
Jadual 3.1 Bilangan Sampel Kajian 30
Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Terhadap Item 32
Jadual 3.3
Pembahagian Soal Selidik Mengikut Bahagian
dalam Alatan Kajian
32
Jadual 3.4
Pembahagian item mengikut konstruk motivasi
yang dipilih
33
Jadual 3.5 Pengkelasan Skala Terhadap Item Negatif 37
Jadual 3.6
Jenis Ujian Statistik yang Digunakan
Berdasarkan Objektif Kajian.
37
Jadual 3.7
Petunjuk Tahap Motivasi Pelajar Berdasarkan
Skor Min
38
Jadual 3.8 Garis Panduan Guilford 38
Jadual 4.1 Bilangan Responden Mengikut Program 41
Jadual 4.2 Peratus Responden Mengikut Jantina 41
Jadual 4.3 Peratus Responden Mengikut Bangsa 42
Jadual 4.4 Peratus Responden Mengikut Umur 42
Jadual 4.5
Peratus Responden Mengikut Status
Perkahwinan
43
Jadual 4.6 Peratus Responden Mengikut Bilangan Anak 43
Jadual 4.7
Peratus Responden Mengikut Pengalaman
Bekerja
44
Jadual 4.8 Peratus Responden Mengikut Pendapatan 44
Jadual 4.9
Nilai PNGK Responden Bagi Program Biologi
dan Geografi
45
xiii
Jadual 4.10
Petunjuk Tahap Motivasi Pelajar Berdasarkan
Skor Min
45
Jadual 4.11
Taburan Tahap Motivasi Intrinsik Pelajar
Mengikut Min Tertinggi sehingga Terendah.
46
Jadual 4.12
Taburan Tahap Motivasi Ekstrinsik Pelajar
Mengikut Min Tertinggi sehingga Terendah.
48
Jadual 4.13
Taburan Tahap Regulasi Kendiri Pelajar
Mengikut Min Tertinggi sehingga Terendah.
50
Jadual 4.14 Tahap Tiga Konstruk Motivasi Pelajar 53
Jadual 4.15 Garis Panduan Guilford 54
Jadual 4.16
Korelasi antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) dengan Tahap Motivasi Intrinsik
54
Jadual 4.17
Korelasi antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Tahap Motivasi Ekstrinsik
55
Jadual 4.18
Korelasi antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) dengan Tahap Regulasi Kendiri
56
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA HALAMAN
1.1 Kerangka Konsep Kajian 13
xix
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
PJJ - Pendidikan Jarak Jauh
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
USM - Universiti Sains Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UPM - Universiti Putra Malaysia
UM - Universiti Malaya
UUM - Universiti Utara Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi MARA
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
ITM - Institut Teknologi Mara
IDEAL - Pendidikan dan Pembelajaran
Jarak Jauh
RPJJ - Rancangan Pengajian Jarak Jauh
PPPJJ - Pusat Pengajian Pendidikan Jarak
Jauh
PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif
USDLA - United States Distance Learning
Association
KMK - Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
N - Jumlah
STB - Sangat Tidak Benar
TB - Tidak Benar
KB - Kurang Benar
xx
B - Benar
SB - Sangat Benar
SPSS 15 - Statistical Package for Social
Science 15
f - Kekerapan
% - Peratus
r - Nilai pekali Korelasi Pearson-r
p - Signifikan
xxi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
A Soal Selidik 77
B Surat Kebenaran dari Universiti
Sains Malaysia
91
C Surat Kebenaran dari Universiti
Teknologi Malaysia
92
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendemokrasian pendidikan telah menjadi matlamat pendidikan negara
selaras dengan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju melalui Wawasan 2020.
Sejajar dengan pendemokrasian pendidikan, program pendidikan jarak jauh (PJJ)
ditubuhkan bagi meningkatkan golongan intelektual dan elit di samping pendidikan
secara konvensional (Latifah dan lain-lain, 2000).
Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan satu alternatif selain
pendidikan secara konvensional agar setiap orang berpeluang mendapat pendidikan
yang sama ke arah pembelajaran yang berterusan (Fazilah, 2000). Ini kerana, PJJ
memperkenalkan konsep bilik darjah tanpa sempadan dan pelajar dipisahkan secara
fizikal dengan pensyarah (Nafisah, 2000). Menurut Aini dan lain-lain (2000), PJJ
boleh didefinisikan sebagai satu sistem perantaraan yang menghubungkan pelajar
dengan sumber-sumber pembelajaran. Selain daripada itu, PJJ menyediakan akses
atau capaian pembelajaran kepada pelajar yang tidak mendaftar secara sepenuh masa
di pusat pengajian dan mengambil peluang belajar daripada pelajaran semasa. PJJ
berlaku apabila seorang pengajar dan pelajar-pelajarnya dipisahkan oleh suatu jarak
nyata, dan teknologi seperti video, bunyi, data dan cetakan sering digunakan sebagai
2
media komunikasi. Sebenarnya, perlaksanaan PJJ telah dipelopori oleh negara-
negara maju di dunia seperti Eropah dan Amerika Utara. Ia kemudianya berkembang
hampir ke seluruh dunia disebabkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan
dalam memajukan bangsa dan negara di mana kualiti program PJJ adalah setanding
dengan pendidikan secara konvensional.
Kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada semua golongan telah
merealisasikan penubuhan Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Malaysia di mana
ia diperkenalkan secara rasminya pada November, 1994. Ia ditawarkan secara
berperingkat-peringkat pada awalnya di mana program yang ditawarkan adalah
program-program yang juga ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa. Perbezaan di
antara program sepenuh masa dan program PJJ adalah dari segi penyampaian
pengajaran dan cara pengendaliannya. Kaedah yang digunakan dalam PJJ
membenarkan penggunaan bahan-bahan cetak dan bahan-bahan pelbagai media
(multimedia) pendidikan sebagai bahan penyampai daripada intitusi kepada pelajar.
Ini kerana, para pelajar perlu belajar sendiri dan institusi hanya menyediakan bantuan
yang paling minimum sama ada bantuan dari segi kemudahan akademik atau
khidmat sokongan yang lain (Karsono, 1993).
Pendidikan Jarak Jauh (Distance Education) atau juga dipanggil
Pembelajaran Terbuka (Open Learning) mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada pelajar-pelajar pelbagai latar belakang sejak ia dimulakan.
Ini dapat dibuktikan apabila pada masa sekarang banyak Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia mempunyai
program PJJ mereka sendiri. Ia bukan sahaja dijalankan sendiri oleh universiti
tempatan malah terdapat juga IPTA dan IPTS menjalankan secara berkembar dengan
universiti luar negara. Universiti tempatan yang menawarkan program pendidikan
jarak jauh adalah seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM),
Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
3
1.2 Latar Belakang Kajian
Pengajian separuh masa atau juga dipanggil pengajian secara sambilan adalah
sebagai satu alternatif kepada pengajian sepenuh masa yang merupakan pengajian
tradisional menggunakan pendekatan kehadiran penuh dalam aktiviti pengajian di
kampus. Pengajian separuh masa dijadikan pilihan pada masa sekarang sebagai
pilihan untuk mendapatkan pendidikan terutamanya bagi yang sudah berkeluarga,
berkerjaya dan tidak mempunyai peluang belajar disebabkan masalah kewangan.
Menurut Saadon (2006), pengajian separuh masa mempunyai lima pendekatan
pengajian iaitu luar kampus, ‘corresponden’, pendidikan jarak jauh (PJJ), pengajian
fleksibel dan yang paling terkini ialah pengajian melalui ‘e-learning’. Menurut
bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, beliau telah menyarankan
agar semua universiti tempatan mengungguli pendidikan jarak jauh (PJJ) merentasi
sempadan di rantau ini. Oleh itu, hampir keseluruhan universiti di Malaysia
sekarang telah menyahut saranan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir bagi
menawarkan program PJJ kepada pelajar yang tidak mempunyai peluang secara
formal untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
Pendidikan jarak jauh (PJJ) sebenarnya telah lama wujud di mana
penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara jarak jauh,
yang mana ia berbeza dengan pendidikan bersemuka. Ini kerana, pendidikan
bersemuka dibuat dalam satu masa dan pada satu tempat yang sama di mana ia
mempunyai pelajar dan pengajar. PJJ juga dipanggil sebagai pendidikan orang
dewasa kerana kebanyakkan pelajar-pelajarnya terdiri daripada orang yang sudah
bekerja terutamanya profesion perguruan dan orang yang sudah berkeluarga. Oleh
itu, bagi yang berkerjaya dan sudah berkeluarga, mereka perlu memperuntukkan
masa untuk belajar secara sendirian, menyiapkan kerja-kerja kursus dan perlu
mengorbankan cuti hujung minggu untuk menghadiri kuliah. Oleh sebab itu,
peruntukan masa yang khas dan penyusunan jadual yang baik di antara kerjaya,
keluarga dan pelajaran amat perlu supaya seseorang itu berjaya di dalam pelajaran
bagi yang mengikuti pendidikan secara jarak jauh.
4
Institut pengajian tinggi awam yang pertama yang mempelopori pendidikan
jarak jauh (PJJ) ialah Universiti Sains Malaysia (USM) di mana ia ditubuhkan pada
1971. Pada masa itu, USM hanya menawarkan empat program ijazah iaitu Sarjana
Muda Sains, Sarjana Muda Sastera, Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan
Sarjana Muda Pengurusan yang mengambil masa empat tahun. Pelajar PJJ USM
perlu menghadiri kuliah intensif selama dua hingga tiga minggu di kampus USM
pada bulan November dan Disember. (file://:F:/pJJ/menu_files/ins_profile.htm)
Bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di mana dahulunya dikenali dengan
nama Institut Teknologi Mara (ITM) telah menubuhkan program PJJnya sendiri pada
tahun 1990 di mana telah menawarkan kursus pada peringkat Diploma. Program
yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Mara (Uitm) ialah Diploma Pentadbiran
Awam, Diploma Pengajian Bank, dan Diploma Pengajian Bank. Kemudian, pada
tahun 1993, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menubuhkan program PJJ
dengan memulakannya dengan kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan Keluarga dan
kemudiannya disusuli dengan kursus Sarjana Muda Sains (Matematik), Sarjana
Muda Sastera (Pengurusan Perniagaan, Komunikasi dan Psikologi) dan Diploma
Pendidikan pada tahun 1996. Penubuhan Institut Pendidikan dan Pembelajaran
Jarak Jauh (IDEAL) pada tahun 1995, telah ditubuhkan oleh Universiti Putra
Malaysia (UPM) di atas kesedaran tentang pendidikan yang berkualiti (Amla dan
lain-lain, 2000).
Berdasarkan Buku Panduan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti
Sains Malaysia Sidang Akademik 2007/2008, Universiti Sains Malaysia (USM) telah
menawarkan Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) pada tahun 1971 buat julung-
julung kalinya di Malaysia. Pada mulanya, hanya terdapat dua penawaran program
iaitu Rancangan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Sains
Kemasyarakatan. Selepas itu, pada tahun 1973, Rancangan Sarjana Muda Sains
pula ditawarkan, diikuti dengan Rancangan Sains Pemulihan pada tahun 1978.
Kemudian, pelbagai sistem yang bersesuaian dengan RPJJ telah diperkenalkan bagi
memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh pada tahun-
tahun berikutnya. Antara sistem yang diperkenalkan di RPJJ USM ialah sistem
5
pengurusan RPJJ secara berpusat dan berdikari melalui penubuhan Pusat Pengajian
Luar Kampus yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Pusat Pendidikan Jarak Jauh.
Selain daripada itu, RPJJ USM juga mewujudkan kumpulan pensyarah teras sepenuh
masa khusus untuk RPJJ. Di samping itu, RPJJ USM mempunyai modul kendiri
sebagai bahan asas pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan mod pengajian
secara jarak jauh sepenuhnya tanpa perlu menjalani tahun akhir di dalam kampus.
Pengenalan telesidang audio, telesidang audiografik, telesidang video dan yang
terkini ialah pelancaran portal E-pembelajaran merupakan kaedah yang digunakan
dalam pembelajaran secara jarak jauh di USM.
Pada pertengahan tahun 90-an, rancangan pengajian baru mula ditawarkan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan RPJJ USM
dikemaskini dan dimantapkan. Tiga rancangan baru yang telah ditawarkan ialah
Rancangan Sarjana Muda Kejuruteraan pada tahun 1994, Rancangan Sarjana Muda
Pendidikan pada tahun 1995 dan Rancangan Sarjana Muda Pengurusan pada tahun
1997. Walaupun pengajian yang diikuti adalah secara jarak jauh, akan tetapi
kesemua rancangan yang ditawarkan adalah setaraf dengan rancangan yang diikuti
oleh pelajar di dalam kampus secara sepenuh masa di USM. Selepas itu, mulai tahun
2000, Rancangan Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana Muda Kejuruteraan tidak
lagi ditawarkan.
Menurut bekas pengarah Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, Prof.
Madya Dr. Md Nor Salleh, USM telah memperkenal pengajaran melalui telesidang
audio pada tahun 1988 yang membolehkan pelajar-pelajarnya berkomunikasi dan
berbincang dengan pensyarah pendidikan jarak jauh. Sementara pada tahun 1991
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM mula memperkenalkan sistem audio
dan grafik dalam pengajarannya.
Lazimnya, RPJJ USM memulakan sidang akademiknya pada bulan Julai dan
berakhir pada bulan April tahun berikutnya. Jangkamasa pengajian rancangan
peringkat ijazah ialah empat tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum).
6
Kemudian, pelajar yang berjaya memenuhi semua syarat pengijazahan akan
dianugerahkan ijazah Sarjana Muda dengan kepujian. Sehingga kini, Pusat
Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) USM telah menghasilkan seramai 12, 528
orang siswazah iaitu seramai 4, 957 dalam bidang Ilmu Kemanusiaan, 3, 482 orang
dalam bidang Sains Kemasyarakatan, 1, 326 orang dalam bidang Sains, 1,572 orang
dalam bidang Pendidikan, 370 orang dalam bidang Kejuruteraan, dan 821 orang
siswazah dam bidang Pengurusan.
Selari dengan wawasan negara untuk menjadikan negara Malaysia sebagai
negara industri menjelang tahun 2020, kesedaran untuk menjana modal insan yang
berkualiti dari segi pendidikan dan latihan telah menjadikan RPJJ USM semakin
mengorak langkah untuk menjadikan program PJJ USM setara dengan program
pendidikan secara sepenuh masa di universiti-universiti tempatan yang lain.
Penubuhan Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM mempunyai tujuan yang utama iaitu
membolehkan pelajar dewasa yang tidak mendapat peluang belajar mengikuti
pendidikan tinggi bagi memperolehi kelayakan ijazah. Ini seterusnya dapat
mengurangkan jurang peluang mendapatkan pendidikan tinggi antara kaum di negara
ini.
1.3 Penyataan Masalah
Kebanyakan pelajar yang mengikuti pendidikan jarak jauh atau separuh masa
mempunyai matlamat memperbaiki taraf hidup dengan memperoleh ijazah bagi
kenaikan gaji. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Rozmi (2000),
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di mana keputusan kajian beliau
menunjukkan kebanyakan pelajar PJJ bersikap mementingkan perolehan ijazah dan
kenaikan gaji. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa dari segi sikap terhadap
akademik pembelajaran, pelajar PJJ kebanyakan bersikap positif tetapi ada di antara
mereka kurang memperlihatkan kesungguhan berdasarkan jumlah jam belajar dan
7
persediaan sebelum ke kuliah atau selepas peperiksaan. Oleh sebab itu, pencapaian
akademik pelajar PJJ UKM agak terkebelakang, jika dibandingkan dengan pelajar
sepenuh masa.
Banyak pelajar yang mengikuti PJJ gagal sehingga diberhentikan. Ini
dibuktikan oleh kajian yang dibuat oleh Melor dan lain-lain (2000), di mana hasil
kajian mereka mendapati sebanyak 82.2% pelajar jarang membuat rujukan lain selain
daripada modul dan sebanyak 73.4% pelajar jarang membuat perbincangan dengan
rakan-rakan di mana ia adalah salah satu sumbangan terhadap kegagalan pelajar.
Kesimpulan dari hasil kajian ini menyatakan bahawa faktor yang terpenting yang
menyebabkan kegagalan pelajar PJJ adalah disebabkan pelajar kurang arif dengan
konsep pembelajaran jarak jauh yang memerlukan pembelajaran secara kendiri.
Oleh sebab itu, motivasi diri yang tinggi perlu sebagai dorongan bagi mencapai tahap
pencapaian yang tertinggi. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Fazilah dan
lain-lain (2000) di mana salah satu hasil dapatan yang diperolehi telah disimpulkan
bahawa pelajar harus mempunyai motivasi yang tinggi, pemikiran yang positif, dan
mempelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris dan juga
subjek lain.
Bagi mereka yang mengikuti program pendidikan secara jarak jauh di USM,
sudah tentunya berbeza dengan pendidikan secara bersemuka di mana mod
pengajaran yang digunakan ialah menggunakan pembelajaran kendiri, telesidang
audio dan video, dan portal e-pembelajaran. Selain itu, dengan berbekalkan pelbagai
latar belakang pendidikan dan kebanyakannya pelajarnya mempunyai kerjaya,
berkemungkinan tahap motivasi masing-masing juga berbeza. Bagi program PJJ
yang dijalankan di USM, umur yang termuda pada sesi 2007/2008 yang mengikuti
pendidikan jarak jauh ialah 23 tahun. Manakala umur yang tertua mengikuti PJJ di
USM ialah berumur 75 tahun. Ini disahkan oleh Timbalan Pendaftar Pusat Pengajian
Pendidikan Jarak Jauh, USM iaitu Encik Salleh Bin Abu Bakar. Ini bermakna,
pelajar yang mengikuti program PJJ di USM adalah pelajar dewasa. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga (1996), orang dewasa merujuk kepada orang yang baligh dan
8
berumur 21 tahun ke atas. Ini bermakna berkemungkinan motivasi pelajar dewasa
berbeza dengan pelajar pada umur 21 tahun ke bawah.
Merujuk kajian yang dijalankan oleh Qureshi dan lain-lain (2000) dari
University of Windsor, Canada menyatakan, pelajar pendidikan jarak jauh
mempunyai tahap motivasi yang kurang berbanding tahap motivasi pelajar dalam
kampus. Namun begitu, hasil dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian yang
sebelumnya (Parrott, 1995; Wilis, 2002) di mana pelajar pendidikan jarak jauh
mempunyai motivasi yang tinggi. Oleh itu, kajian tentang motivasi pelajar
pendidikan jarak jauh di Universiti Sains Malaysia diperlukan bagi mengetahui tahap
motivasi sebenar mereka. Bagaimana pula dengan pencapaiaan akademik mereka,
adakah ia seiring dengan tahap motivasi? Inilah persoalan yang perlu kita rungkaikan
terutama kepada pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh. Selain daripada
itu, kurangnya kajian tentang motivasi pelajar pendidikan jarak jauh berbanding
pelajar tradisional di Malaysia telah menjadi sebab kajian ini patut dijalankan.
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap motivasi dan hubungannya
dengan pencapaian akademik pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) Universiti Sains
Malaysia (USM). Penekanan diberi pada tiga konstruk motivasi iaitu motivasi
intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri. Oleh itu, kajian ini adalah untuk
mengenalpasti hubungan antara tahap motivasi menggunakan tiga konstruk motivasi
yang telah dikenalpasti dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian secara khusus adalah seperti berikut:
9
1. Untuk mengenalpasti tahap motivasi intrinsik pelajar pendidikan jarak
jauh Universiti Sains Malaysia.
2. Untuk mengenalpasti tahap motivasi ektrinsik pelajar pendidikan
jarak jauh Universiti Sains Malaysia.
3. Untuk mengenalpasti tahap regulasi kendiri pelajar pendidikan jarak
jauh Universiti Sains Malaysia.
4. Untuk mengenalpasti hubungan antara tahap motivasi intrinsik dengan
pencapaian akademik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains
Malaysia.
5. Untuk mengenalpasti hubungan antara tahap motivasi ekstrinsik
dengan pencapaian akademik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti
Sains Malaysia.
6. Untuk mengenalpasti hubungan antara tahap regulasi kendiri dengan
pencapaian akademik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains
Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan kajian yang dibina bagi menjawab objektif kajian
ini.
1. Apakah tahap motivasi intrinsik pelajar pendidikan jarak jauh
Universiti Sains Malaysia?
10
2. Apakah tahap motivasi ektrinsik pelajar pendidikan jarak jauh
Universiti Sains Malaysia?
3. Apakah tahap regulasi kendiri pelajar pendidikan jarak jauh Universiti
Sains Malaysia?
4. Apakah hubungan antara tahap motivasi intrinsik dengan pencapaian
akademik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia?
5. Apakah hubungan antara tahap motivasi ekstrinsik dengan pencapaian
akademik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia?
6. Apakah hubungan antara tahap regulasi kendiri dengan pencapaian
akademik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis yang digunakan ialah hipotesis nol supaya tidak terdapat unsur bias
dalam hasil dapatan kajian. Hipotesis nol yang telah dikenal pasti ialah:
Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi
intrinsik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia
dengan pencapaian akademik.
Ho 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi
ekstrinsik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia
dengan pencapaian akademik.
11
Ho 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap regulasi kendiri
pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia dengan
pencapaian akademik .
1.7 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini diharap dapat memberi kepentingan kepada:-
a) Pelajar
Sebagai pelajar pendidikan jarak jauh, mereka dapat mengetahui tahap
motivasi sebenar mereka. Ini secara tidak langsung boleh menjadi
dorongan supaya mereka boleh berubah bagi sesiapa yang bermotivasi
rendah kepada motivasi lebih tinggi. Kajian ini dapat membuatkan
mereka lebih fokus untuk belajar bagi mencapai matlamat sebenar mereka
menyambung pelajaran.
b) School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia (USM)
Dengan menjalankan kajian ini, ia sekurang-sekurangnya boleh menjadi
panduan kepada School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia
(USM) khususnya, dan pusat pendidikan jarak jauh yang lain amnya
untuk mengetahui tahap motivasi pelajar pendidikan jarak jauh yang
sebenar supaya dapat membuat tindakan selanjutnya.
Kajian ini diharap supaya School of Education, USM boleh membuat
penambahbaikan mengenai motivasi pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ)
seperti menyediakan kelas-kelas motivasi bagi pelajar yang mengikuti
program PJJ USM supaya ia selaras dengan pencapaian akademik. Ini
sebenarnya dapat meningkatkan prestasi akademik disebabkan pelajar-
12
pelajar PJJ USM terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan latar
belakang pendidikan.
c) Penyelidik
Kajian ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan pada penyelidik
untuk menjalankan kajian. Penyelidik juga mendapat pelbagai input
mengenai pengajian jarak jauh kerana kurang kajian mengenai motivasi
pelajar PJJ dijalankan sebelum ini. Kajian ini juga adalah sebagai salah
satu syarat untuk mendapat pengijazahan Ijazah Sarjana Muda.
d) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Memberi maklumat tentang tahap motivasi pelajar yang menjalankan
pengajian secara jarak jauh di USM khususnya dan pusat PJJ universiti
tempatan lain amnya di mana pihak Kementerian Pengajian Tinggi boleh
mencadangkan penambahbaikkan dalam sistem yang sedia ada.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini terhad kepada pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh Fakulti Sains dan
Fakuti Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM). Terdapat beberapa
batasan kajian dalam reka bentuk dan instrumen kajian yang digunakan. Berikut
adalah batasan-batasan kajian tersebut:-
i) Subjek kajian terdiri daripada pelajar PJJ Fakulti Sains program Biologi
dan Fakulti Ilmu Kemanusiaan program Geografi, USM. Sampel yang
dipilih mewakili populasinya.
ii) Kajian ini hanya menghadkan kepada tiga konstruk motivasi iaitu
motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik, dan regulasi kendiri daripada tujuh
13
konstruk motivasi iaitu yang selebihnya ialah lokus kawalan,
pembentukan matlamat, efikasi kendiri dan attribusi.
iii) Kajian ini juga terhad kepada pelajar pendidikan jarak jauh di School of
Distance Education, USM.
1.9 Kerangka Konsep
TAHAP MOTIVASI
Tiga Konstruk Motivasi yang
Dikaji
1 Motivasi Intrinsik
2 Motivasi Ekstrisik
3 Regulasi Kendiri
Pencapaian
Akademik Pelajar
HUBUNGAN
Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian
Kajian ini adalah untuk melihat tahap motivasi pelajar pendidikan jarak jauh
(PJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan mengkaji tahap tiga konstruk
motivasi iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri. Tahap
ketiga-tiga konstruk ini kemudiannya dibandingkan dengan pencapaian akademik
pelajar menggunakan nilai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini untuk
melihat hubungannya sama ada mempunyai signifikan atau tidak.
14
1.10 Takrifan/Istilah
1.10.1 Tahap
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), tahap bermaksud peringkat atau
tingkat. Dalam kajian ini tahap merujuk kepada tahap motivasi pelajar pendidikan
jarak jauh (PJJ), Universiti Sains Malaysia (USM).
1.10.2 Motivasi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), motivasi bermaksud keinginan
yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk
berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Definisi
kedua di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) ialah sesuatu yang membuat atau
mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. Dalam
kajian ini, tiga jenis konstruk motivasi yang dikaji ialah motivasi intrinsik, motivasi
ekstrinsik dan regulasi kendiri.
1.10.3 Motivasi Intrinsik
Motivasi Intrinsik ialah apabila seseorang individu didorong daripada faktor
dalaman seperti sesorang berbuat sesuatu adalah disebabkan faedahnya kepada
dirinya dan orang lain, dan disebabkan moral dan etika. (http://EnzineArticles.com/?
15
expert=David Peters). Dalam kajian ini, motivasi intrinsik menggunakan definisi ini
tetapi difokuskan kepada pelajar pendidikan jarak jauh.
1.10.4 Motivasi Ekstrisik
Menurut Azizi (2005), motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada ransangan
luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan aktiviti yang
membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik dapat dirangsang dalam bentuk
pujian, insentif, hadiah, gred, dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang
kondusif bagi mendorong pelajar belajar. Dalam kajian ini, motivasi ekstrinsik
menggunakan definisi ini tetapi difokuskan kepada pelajar pendidikan jarak jauh.
1.10.5 Regulasi Kendiri
Menurut Pintrich (2000), regulasi kendiri ialah proses aktif dan konstruktif di
mana pelajar menetapkan matlamat pembelajaran mereka, dan kemudian berusaha
untuk memantau, meregulasi dan mengawal kognisi, motivasi, dan tingkah laku,
untuk mendorong berdasarkan matlamat dan konteks persekitaran. Dalam kajian ini,
regulasi kendiri menggunakan definisi ini untuk pelajar pendidikan jarak jauh.
16
1.10.6 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Menurut Kevin Smith (1995), pendidikan jarak jauh (PJJ) ialah pendidikan
yang disampaikan melalui media cetak dan media elektronik. Proses pengajaran dan
pembelajaran PJJ memisahkan antara pendidik dengan pelajar. Persatuan
Pembelajaran Jarak Jauh Amerika Syarikat (United States Distance Learning
Association – USDLA) mendefinisikan PJJ sebagai pusat memperoleh ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai bentuk maklumat pengajaran, dan
pembelajaran yang merangkumi kecanggihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(KMK). Dalam kajian ini, PJJ bermaksud pusat memperoleh ilmu di mana sesi
pengajaran dan pembelajaran dibuat di pusat-pusat wilayah atau pusat pembelajaran
yang ditetapkan menggunakan kaedah pembelajaran kendiri melalui modul,
telesidang audio dan video, portal e-pembelajaran dan menjalani kursus intensif
pada hujung tahun.
1.10.7 Pencapaian Akademik
Menurut Kerlinger (1973), pencapaian akademik bermaksud tahap
pencapaian yang dicapai dalam bidang akademik. Pencapaian akademik adalah
markah atau gred-gred yang diperolehi pelajar-pelajar dalam sesuatu ujian atau
peperiksaan yang seragam. Dalam kajian ini, pencapaian akademik adalah nilai
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) Universiti
Sains Malaysia (USM).
17
1.11 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan masalah kajian yang melibatkan
responden dari pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) Universiti Sains Malaysia (USM).
Kajian ini mengenalpasti tahap motivasi pelajar PJJ USM dan seterusnya
mengenalpasti hubungannya dengan pencapaian akademik. Laporan ini
mengandungi lima bahagian. Bab satu membincangkan pengenalan kajian iaitu latar
belakang kajian, masalah kajian, objektif dan persoalan kajian. Bab dua tentang
sorotan kajian yang menjelaskan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan masalah
kajian. Bab tiga adalah metodologi kajian. Bab empat pula menerangkan analisis
data dan dapatan kajian. Manakala bab lima menyatakan perbincangan, rumusan dan
cadangan kajian.
top related