hubungan antara pengetahuan dan motivasi dengan...

23
Sustainable Education 8 Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012| Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012 HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN MOTIVASI DENGAN AMALAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH (KPLI) Hanunah Bte Ahmad Shah Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun Diterima untuk diterbitkan pada: 27 OGOS 2012 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dan motivasi terhadap amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI Institut Perguruan Guru Malaysia yang mengambil matapelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu ujian pengetahuan dan juga soal selidik terhadap motivasi dan amalan memelihara alam sekitar. Kajian ini hanya difokuskan kepada guru-guru pelatih KPLI di salah sebuah IPGM di Zon Utara yang terdiri daripada 148 orang guru pelatih. Persampelan dilakukan dalam dua peringkat:. (i) Mengelompokkan sembilan kumpulan pengkhususan tersebut kepada tiga kategori kumpulan dan setiap kategori kumpulan mengandungi jumlah populasi yang lebih kurang sama. (ii) Persampelan rawak terhadap setiap kategori kumpulan pengkhususan. Data daripada ujian dan soal selidik dianalisis menggunakan tatacara analisis berstatistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS for Windows version 11.5. Hasil keputusan kajian ini menunjukkan guru pelatih mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tinggi berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar secara keseluruhan, mempunyai motivasi yang tinggi dan giat melaksanakan amalan memelihara alam sekitar. Kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan amalan memelihara alam sekitar tetapi terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan amalan memelihara alam sekitar. PENGENALAN Pendidikan Alam Sekitar telah wujud dalam sistem persekolahan sejak dari tahun 1960an lagi dengan menggunakan nama-nama seperti Pendidikan Alam Semula Jadi, Pendidikan Luar Bilik Darjah, Pendidikan Pemeliharaan, Pendidikan Pengurusan Alam Sekitar dan Pendidikan Komuniti. Istilah tersebut digunakan secara sinonim untuk setiap satu atau kombinasi antaranya (Disinger, 1986; Hungerford, Peyton & Wilke, 1983). Namun definisi Pendidikan Alam Sekitar yang digunakan secara meluas sehingga kini, mula diperkenalkan di Nevada, Amerika Syarikat seawal tahun 1970 (Palmer, 1992), sewaktu IUCN (International Union

Upload: trannhi

Post on 31-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sustainable Education 8

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN MOTIVASI DENGAN

AMALAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR DALAM

KALANGAN GURU PELATIH (KPLI)

Hanunah Bte Ahmad Shah

Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun

Diterima untuk diterbitkan pada: 27 OGOS 2012

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan

berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dan motivasi terhadap

amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih

KPLI Institut Perguruan Guru Malaysia yang mengambil

matapelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Kajian ini menggunakan

kaedah tinjauan yang menggunakan tiga jenis instrumen kajian

iaitu ujian pengetahuan dan juga soal selidik terhadap motivasi dan

amalan memelihara alam sekitar. Kajian ini hanya difokuskan

kepada guru-guru pelatih KPLI di salah sebuah IPGM di Zon Utara

yang terdiri daripada 148 orang guru pelatih. Persampelan

dilakukan dalam dua peringkat:. (i) Mengelompokkan sembilan

kumpulan pengkhususan tersebut kepada tiga kategori kumpulan

dan setiap kategori kumpulan mengandungi jumlah populasi yang

lebih kurang sama. (ii) Persampelan rawak terhadap setiap kategori

kumpulan pengkhususan. Data daripada ujian dan soal selidik

dianalisis menggunakan tatacara analisis berstatistik deskriptif dan

inferensi menggunakan SPSS for Windows version 11.5. Hasil

keputusan kajian ini menunjukkan guru pelatih mempunyai tahap

pengetahuan yang sederhana tinggi berkenaan isu-isu Pendidikan

Alam Sekitar secara keseluruhan, mempunyai motivasi yang tinggi

dan giat melaksanakan amalan memelihara alam sekitar. Kajian

juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

tahap pengetahuan dengan amalan memelihara alam sekitar tetapi

terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan amalan

memelihara alam sekitar.

PENGENALAN

Pendidikan Alam Sekitar telah wujud dalam sistem persekolahan sejak dari tahun 1960an lagi

dengan menggunakan nama-nama seperti Pendidikan Alam Semula Jadi, Pendidikan Luar

Bilik Darjah, Pendidikan Pemeliharaan, Pendidikan Pengurusan Alam Sekitar dan Pendidikan

Komuniti. Istilah tersebut digunakan secara sinonim untuk setiap satu atau kombinasi

antaranya (Disinger, 1986; Hungerford, Peyton & Wilke, 1983). Namun definisi Pendidikan

Alam Sekitar yang digunakan secara meluas sehingga kini, mula diperkenalkan di Nevada,

Amerika Syarikat seawal tahun 1970 (Palmer, 1992), sewaktu IUCN (International Union

Sustainable Education 9

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

For Conservation Of Nature And Natural Resources) bersama-sama UNESCO mengadakan

mesyuarat mengenai ‘Pendidikan Alam Sekitar Di Dalam Kurikulum Sekolah’, yang

memperkenalkan definisi Pendidikan Alam Sekitar sebagai :

Proses mengenal pasti nilai dan penjelasan konsep yang bertujuan untuk

membina kemahiran dan tingkah laku yang sejajar bagi tujuan untuk

memahami dan menghargai hubungkait antara manusia, alam sekitar dan

budaya. Pendidikan Alam Sekitar juga bertujuan untuk membuat penentuan

dan rumusan diri tentang keperihatinan kualiti alam sekitar.

(IUCN, dipetik dalam Palmer, 1992: 7)

Latar Belakang Masalah

Bagi memastikan program Pendidikan Alam Sekitar berjaya dalam mendidik masyarakat

khususnya para pelajar tentang pentingnya mengurus alam sekitar secara bijaksana, dan

memastikan fakta berkenaannya adalah tepat maka pendidikan perguruan haruslah diberi

perhatian. Pendidikan perguruan ialah komponen penting dalam mana-mana program

Pendidikan Alam Sekitar dan perkara ini telah menjadi satu daripada agenda yang

dibincangkan dalam bengkel antarabangsa tentang Pendidikan Alam Sekitar di Belgrade pada

tahun 1975 (Oulton, 1995). Menerusi perbincangan dalam bengkel tersebut, satu cadangan

telah diusulkan iaitu Pendidikan Alam Sekitar seharusnya membentuk satu bahagian yang

wajib dalam pendidikan perguruan sama ada sebelum mahupun semasa perkhidmatan. Wilke

(1985 dipetik dalam Lee, 1996: 155), menegaskan bahawa “kunci kejayaan Pendidikan Alam

Sekitar di dalam bilik darjah ialah guru. Jika guru tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran

dan komitmen dalam menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulumnya maka sudah

pasti hasilnya ialah para pelajar yang ‘environmentally illiterate’ atau tidak celik

persekitaran.” Kajian Kelly (1977), menyatakan bahawa guru ialah agen penting dalam

penyebaran dan inovasi pendidikan dan pendedahan aspek-aspek Pendidikan Alam Sekitar

kepada para pelajar. Para pelajar inilah yang menjadi asas penting kepada pembentukan

masyarakat yang prihatin kepada alam sekitar.

Pendidikan Alam Sekitar yang ditawarkan di bawah komponen asas dinamika guru, wajib

diikuti guru-guru pelatih di dalam KPLI mendedahkan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar

kepada semua guru pelatih. Walaubagaimanapun, Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah sahaja. Sehubungan dengan itu,

fokus kajian adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak motivasi dalam

kalangan guru pelatih KPLI I nstitut Perguruan Guru Malaysia yang mengambil

matapelajaran Pendidikan Alam Sekitar dalam amalan memelihara alam sekitar. Pengenal

pastian sama ada unsur Pendidikan Alam Sekitar itu dihayati guru-guru pelatih ataupun

sebaliknya adalah melalui perlakuan atau amalan.

Persoalan Dan Batasan Kajian

Persoalan yang menjadi fokus kajian ini ialah:

i. Apakah tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dalam

kalangan guru pelatih KPLI?

Sustainable Education 10

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

ii. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan

Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina?

iii. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan

Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan?

iv. Apakah tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru

pelatih KPLI?

v. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam

sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina?

vi. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam

sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan?

vii. Apakah tahap amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI?

viii. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap amalan memelihara alam sekitar dalam

kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina?

ix. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap amalan memelihara alam sekitar dalam

kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan?

x. Adakah terdapat hubungan pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar

dengan amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI?

xi. Adakah terdapat hubungan motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dengan

amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI?

Berdasarkan persoalan kajian yang disenaraikan, tiga hipotesis alternatif (Ha) dan empat

hipotesis nol (H0) dibentuk. Pernyataan terhadap hipotesis yang diuji dalam kajian ini ialah:

Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan kajian yang disenaraikan, lapan hipotesis nol (H0) dibentuk dalam

kajian ini iaitu:

H0(1): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-

isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina.

H0(2): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-

isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut

kumpulan pengkhususan.

H0(3): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan

pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina.

H0(4): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan

pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan

pengkhususan.

H0(5): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan memelihara alam

sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut jantina.

H0(6): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan memelihara alam

sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan.

H0(7): Tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-

isu Pendidikan Alam Sekitar dengan amalan memelihara alam sekitar dalam

kalangan guru pelatih KPLI.

Sustainable Education 11

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

H0(8): Tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan

pemeliharaan alam sekitar dengan amalan memelihara alam sekitar dalam

kalangan guru pelatih KPLI.

Daripada hipotesis yang telah dibentuk bagi kajian ini, maka dapatlah dirumuskan satu

kerangka konseptual untuk menjelaskan aspek-aspek yang dikaji (rujuk Rajah 1.1).

TINJAUAN LITERATUR

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian

Pengetahuan Dan Motivasi Yang Berkaitan Dengan Amalan Memelihara Alam Sekitar

Faktor-faktor demografi yang mempengaruhi tahap pengetahuan dan kesedaran seperti

jantina, pengkhususan, lokasi sekolah, peringkat pengajian serta pencapaian akademik telah

menjadi bahan kajian pengkaji-pengkaji terdahulu. Hasil kajian yang telah dijalankan

menunjukkan keputusan yang bercampur-campur. Kajian Hart (1978), mengenai kefahaman

tentang ekologi, aras maklumat dan sikap terhadap alam sekitar mendapati bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan di kalangan pelajar-pelajar lelaki berbanding perempuan. Namun

kajian Hart (1978), mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara

pelajar dari jurusan Biologi dengan bukan jurusan Biologi mengenai tahap pengetahuan

mengenai maklumat alam sekitar. Kajian tentang tahap kesedaran dan keprihatinan

penduduk di Ghana oleh Mensah dan Whitney (1992), mendapati bahawa penduduk lelaki

mempunyai tahap kesedaran dan keprihatinan yang rendah terhadap alam sekitar di kawasan

bandar berbanding penduduk perempuan. Hasil kajian Mensah dan Whitney (1992), juga

mendapati bahawa penduduk perempuan kurang mengotorkan atau mencemari alam sekitar

bandar dengan sampah sarap.

JANTINA

PENGKHUSUSAN

PENGETAHUAN

BERKENAAN ISU-

ISU PENDIDIKAN

ALAM SEKITAR

MOTIVASI

MELAKSANAKAN

PEMELIHARAAN

ALAM SEKITAR

A

M

A

L

A

N

JANTINA

PENGKHUSUSAN

Sustainable Education 12

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Kajian Williams dan Mc Crorie (1990), yang mengkaji tahap pengetahuan dan

tanggungjawab terhadap alam sekitar mendapati bahawa pelajar-pelajar wanita lebih sedar

tentang alam sekitar dan terlibat secara aktif dalam aktiviti berkaitan alam sekitar. Kajian

Williams dan Mc Crorie (1990), juga mendapati bahawa pemboleh ubah jantina mempunyai

pengaruh yang kuat terhadap tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai isu-isu alam

sekitar. Namun kajian Ponniah (1981), mengenai pengetahuan dan sikap pelajar-pelajar

sekolah menengah terhadap pencemaran alam sekitar mendapati bahawa faktor jantina tidak

mempunyai hubungan dengan pengetahuan berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. Van

Matre (1979), menyatakan bahawa satu contoh amalan Pendidikan Alam Sekitar yang

merangkumi komponen ‘amalan’ untuk Pendidikan Alam Sekitar ialah Pendidikan Bumi

(Earth Education). Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Pendidikan Bumi adalah yang

dapat menggalakkan kesedaran dan pembinaan konsep ekologi. Orion dan Hofstein (1994),

dalam kajian yang membandingkan sikap pelajar-pelajar berlainan tingkatan terhadap kajian

lapangan mendapati bahawa pelajar tingkatan yang lebih tinggi merasakan yang kajian

lapangan adalah aktiviti pembelajaran manakala pelajar-pelajar gred yang lebih rendah

berpendapat yang kajian lapangan adalah lebih kepada acara sosial. Walau bagaimanapun,

semua kumpulan pelajar menganggap kajian lapangan sebagai satu aktiviti yang

menyeronokkan. Manner (1995), yang mengkaji sikap pelajar terhadap kajian lapangan dan

aktiviti luar bilik darjah mendapati bahawa semua pelajar menunjukkan sikap yang positif

terhadap kajian lapangan dan aktiviti luar bilik darjah. Manner (1995), menegaskan sebab

terjadinya demikian adalah situasi luar bilik darjah telah membangkitkan suasana ingin

belajar yang membolehkan guru menjelaskan sesuatu konsep atau konsep yang berkaitan

dengan berkesan.

Kajian tentang motivasi dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa

Melayu telah menjadi bahan penyelidikan pengkaji-pengkaji terdahulu. Dapatan kajian

Mohd. Firdaus (2006) mendapati bahawa para pelajar menunjukkan motivasi yang sederhana

terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris. Mohd. Firdaus (2006) juga mendapati bahawa

pelajar perempuan memperlihatkan jenis motivasi integratif dan instrumental terhadap

pembelajaran Bahasa Inggeris yang ketara berbanding pelajar lelaki. Manakala kajian

Abdullah (2006), membuktikan bahawa pelajar berbangsa Dusun mempunyai motivasi yang

tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Abdullah (2006), juga

mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan motivasi yang signifikan terhadap pembelajaran

Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar lelaki dengan pelajar

perempuan berbangsa Dusun.

Kerangka Teoritikal

Daripada huraian teori berkaitan dengan pengetahuan dan motivasi yang telah dibuat sorotan,

maka satu kerangka teoritikal kajian telah dibentuk. Kajian ini menganggap bahawa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berkenaan Pendidikan Alam Sekitar oleh guru-guru pelatih

KPLI sebagai langkah yang praktikal untuk meningkatkan pengetahuan, kesediaan dan

kemahiran yang akan secara beransur-ansur menjurus kepada amalan pengurusan alam

sekitar yang lebih arif pada masa akan datang. Huraian kepada kerangka teoritikal

dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan

peringkat akhir (rujuk Rajah 1.0).

Sustainable Education 13

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

PERINGKAT PERMULAAN

PERINGKAT PERTENGAHAN

Rajah 1.0 : Kerangka Teoritikal Kajian

Peringkat permulaan adalah prasyarat bagi kajian ini yang merujuk kepada asas pelaksanaan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar kepada guru-guru pelatih

KPLI. Dalam konteks latihan perguruan, pendedahan kursus Pendidikan Alam Sekitar

diberikan kepada guru-guru pelatih semasa di semester empat sebanyak satu kredit atau 15

jam. Aspek-aspek pengetahuan berkenaaan Pendidikan Alam Sekitar seperti pembangunan

dan kualiti alam sekitar, keseimbangan ekologi, pengurusan sumber semula jadi serta

kawalan dan pemeliharaan alam sekitar, diajar kepada guru-guru pelatih. Aspek kokurikulum

yang lazimnya dilaksanakan di luar kuliah juga menitik beratkan aspek pembelajaran melalui

pengalaman dan pengalaman langsung di luar kuliah dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti

dalam badan beruniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan memperkukuhkan lagi aspek

pengetahuan Pendidikan Alam Sekitar.

Peringkat pertengahan menjelaskan prosedur yang terlibat dalam amalan memelihara alam

sekitar. Prosedur merujuk kepada teori-teori motivasi yang berkaitan dengan amalan

memelihara alam sekitar, menjadi perantaraan kepada aspek-aspek pengetahuan Pendidikan

Alam Sekitar sebagai asas dalam melaksanakan amalan memelihara alam sekitar. Teori ini

juga menekankan pengalaman sebagai kesan yang penting dalam pembelajaran, mengambil

kira konsep peneguhan dan dendaan dalam menghuraikan perlakuan, mempersetujui bahawa

ransangan, respons dan motivasi adalah faktor yang penting dalam menggalakkan

Pendidikan Alam

Sekitar KPLI

• Kandungan

yang diajar sebanyak

15 jam atau satu kredit

Kokurikulum KPLI

• Kelab/persatuan

• Badan Beruniform

• Sukan/permainan

M

O

T

I

V

A

S

I

Tahap Pengetahuan Dan Tahap Motivasi Amalan Memelihara

Alam Sekitar Dikenalpasti Melalui Ujian Dan Soal Selidik

Kepada Guru-Guru Pelatih KPLI

Sustainable Education 14

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

pembelajaran yang secara langsungnya diterjemahkan dalam amalan. Menerusi sorotan

literatur yang dibuat, strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang

disarankan adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya terdiri daripada aktiviti

yang berpusatkan pelajar, menyeronokkan dan menarik minat pelajar. Aktiviti-aktiviti yang

disyorkan ialah kajian lapangan, kerja amali, kajian dan eksperimen, perbincangan, kerja

berkumpulan, sumbangsaran, demonstrasi, projek, simulasi, lawatan, kempen alam sekitar,

trekking, perkhemahan, seminar, merentas desa, pemerhatian dan lain-lain lagi.

Peringkat akhir merujuk kepada peringkat melaksanakan amalan memelihara alam sekitar.

Pada peringkat inilah tahap penguasaan pengetahuan guru-guru pelatih terhadap Pendidikan

Alam Sekitar akan dikenal pasti dengan mentadbir ujian berkenaan pengetahuan Pendidikan

Alam Sekitar. Pengenal pastian tahap pengetahuan dan sama ada wujud atau tidak motivasi

dalam amalan memelihara alam sekitar juga dilaksanakan di peringkat ini dengan pentadbiran

soal selidik kepada guru-guru pelatih KPLI.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu

ujian pengetahuan dan juga soal selidik terhadap motivasi dan soal selidik berkenaan amalan

memelihara alam sekitar. Populasi terdiri daripada guru pelatih KPLI ambilan Januari 2009

daripada salah sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia di Zon Utara. Guru-guru pelatih ini

dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan pengkhususan. Setiap kumpulan pengkhususan

mengandungi bilangan unit dan jumlah guru pelatih yang berbeza dan keseluruhan kumpulan

pengkhususan yang terlibat dalam kajian ini hanya sembilan kumpulan yang merangkumi

jumlah populasi seramai 238 orang guru pelatih. Menurut Krejcie dan Morgan (1970 dipetik

dalam Chua, 2006: 186), jika populasi adalah seramai 240 orang, maka saiz sampel yang

berpadanan dengan saiz populasi tersebut adalah seramai 148 orang. Peringkat pertama

dalam proses persampelan kajian ini adalah mengelompokkan sembilan kumpulan

pengkhususan tersebut kepada tiga kategori kumpulan dan setiap kategori kumpulan

mengandungi jumlah populasi yang lebih kurang sama (rujuk Jadual 1.0).

Jadual 1.0 : Kumpulan Pengkhususan Mengikut Kategori Kumpulan KATEGORI KUMPULAN JUMLAH POPULASI

Kumpulan Sains dan Teknikal (Kumpulan pengkhususan

Sains,Matematik dan Kemahiran Hidup)

N1 = 80

Kumpulan Kemanusiaan (Kumpulan pengkhususan Pengajian

Cina, Pengajian Melayu dan Pendidikan Seni dan Visual)

N2 = 78

Kumpulan Pendidikan Khas (Kumpulan pengkhususan Pemulihan

Khas, Masalah Pembelajaran dan Bimbingan dan Kaunseling)

N3 = 80

Menurut Chua (2006), apabila kajian dilakukan ke atas populasi yang melibatkan bilangan

subjek yang banyak dalam populasi, di mana senarai subjek tidak dapat diperoleh,

Sustainable Education 15

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

persampelan kelompok (cluster sampling) boleh dilakukan peringkat kedua merujuk kepada

persampelan rawak terhadap setiap kategori kumpulan pengkhususan. Daripada setiap

kategori, jumlah sampel yang dipilih secara rawak mestilah berkadaran dengan jumlah saiz

populasi dalam setiap kategori. Menurut Wiersma (2000), sekiranya lapisan mempunyai saiz

populasi yang berbeza, maka pecahan persampelan juga berbeza mengikut lapisan.

Penganalisisan Data

Data-data yang diperolehi daripada soal selidik dimasukkan ke dalam perisian SPSS

mengikut kod-kod angka yang telah ditetapkan. Misalnya jantina guru pelatih menggunakan

kod 1 bagi lelaki dan 2 bagi perempuan. Bagi pembolehubah tahap pengetahuan, gred-gred

pencapaian ditukar kepada kod angka seperti yang dituntukkan dalam Jadual 2.0. Data-data

dari item pembolehubah motivasi menggunakan skala likert lima mata yang menunjukkan

kadar persetujuan responden terhadap pernyataan-pernyataan item. Skala yang menggunakan

kod nombor 1 hingga 5 memberikan petujuk : Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak

Pasti, Setuju dan Sangat Setuju. Salah satu persoalan utama yang berkaitan dengan motivasi

pelajar ialah menentukan secara keseluruhan tahap motivasi mengamalkan pemeliharaan

alam sekitar.

Jadual 2.0 : Petunjuk Gred Dan Tahap Pengetahuan Berkenaan Pendidikan Alam

Sekitar Gred Kod Tahap Pengetahuan Markah

A

B

C

D

E

5

4

3

2

1

Cemerlang

Baik

Sederhana

Lemah

Sangat Lemah

25 – 30

20 – 24

15 – 19

10 – 14

0 – 9

Tiga tahap motivasi yang akan dikenalpasti ialah Rendah, Sederhana dan Tinggi. Kaedah

pembahagian tahap motivasi ini disesuaikan daripada pemeringkatan oleh Kamsiah (2000)

dan Habibah, Noran dan Rahil (1993). Prosedur pemeringkatan tahap motivasi dan amalan

berdasarkan skor responden dirujuk melalui kajian Kamisah (2000) dan Habibah, Noran dan

Rahil (1993). Skor yang diperolehi daripada skala 1 dan 2 merupakan petunjuk bagi sangat

tidak setuju dan tidak setuju dikategorikan sebagai tahap Rendah. Skor yang diperolehi

daripada skala 3 merupakan petunjuk tidak pasti dikategorikan sebagai tahap Sederhana.

Seterusnya, skor yang diperolehi daripada skala 4 dan 5 merupakan petunjuk setuju dan

sangat setuju dikategorikan sebagai tahap Tinggi. Skor yang diperolehi berdasarkan skala

likert lima mata adalah seperti berikut:

Skala 1: Sangat Tidak Setuju : 1 x 30 Item : Skor 30

Skala 2: Tidak Setuju : 2 x 30 Item : Skor 60

Skala 3: Tidak Pasti : 3 x 30 Item : Skor 90

Skala 4: Setuju : 4 x 30 Item : Skor 120

Skala 5: Sangat Setuju : 5 x 30 Item : Skor 150

Sustainable Education 16

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Walau bagaimanapun, nilai skor bagi skala 3 ,menunjukkan julat yang besar berbanding julat

di antara 1 hingga 2 dan 4 hingga 5. Perbezaan julat yang besar akan mengakibatkan

kecenderungan skor berada pada tahap tidak pasti. Oleh itu, nilai tengah di antara skala 2 dan

3 diambilkira bagi menentukan skor minimum tahap tidak pasti dan nilai tengah di antara

skala 3 dan 4 bagi menentukan nilai maksimum tahap tidak pasti. Prosedur ini menghasilkan

pemeringkatan tahap motivasi skor seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.5.

Jadual 3.5 : Petunjuk Tahap Motivasi Berdasarkan Skor

Skor Tahap Motivasi

109.6 hingga 150

69.6 hingga 109.5

30 hingga 69.5

Tinggi

Sederhana

Rendah

Pemeringkatan tahap amalan turut menggunakan prosedur yang sama. Tiga tahap amalan

secara keseluruhan yang dikenalpasti ialah rendah, sederhana dan tinggi. Berdasarkan skala

likert lima mata yang digunakan bagi 15 item amalan, maka skor minimum yang diperolehi

ialah 15 dan skor maksimum ialah 75. Oleh itu tahap amalan berdasarkan jumlah skor yang

diperolehi ditunjukkan dalam Jadual 3.6.

Jadual 3.6 : Petunjuk Tahap Amalan Berdasarkan Skor Skor Tahap Motivasi

55.6 hingga 75

34.6 hingga 55.5

15 hingga 34.5

Tinggi

Sederhana

Rendah

Statistik deskriptif yang terlibat ialah minimum, maksimum, min, dan median bagi menjawab

soalan-soalan kajian satu, empat dan tujuh. Untuk mengenal pasti kesignifikanan perbezaan

dalam tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan Alam Sekitar dan motivasi dalam amalan

memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih mengikut faktor demografik seperti

jantina, ujian-t untuk sampel tidak bersandar digunakan. Analisis ujian-t untuk sampel tidak

bersandar digunakan bagi menjawab soalan kajian kedua, lima dan lapan. Sebelum ujian-t

untuk sampel tidak bersandar dilakukan, ujian Levene untuk kesamaan varians telah

dilakukan.

Jika perbezaan antara varians adalah signifikan, nilai t untuk varians yang berbeza dilaporkan

dan sebaliknya. Soalan kajian tiga, enam dan sembilan akan dijawab melalui analisis

statistik inferensi yang menggunakan ujian ANOVA satu-hala dan ujian julat berganda

Duncan. Ujian julat berganda Duncan dipilih kerana Carmer dan Swanson (1973),

melaporkan bahawa dalam beberapa tatacara perbandingan berganda, kaedah beza bererti

terkecil merupakan satu ujian yang sangat berkesan bagi mengesan beza sebenar dalam min.

Menurut Carmer dan Swanson (1973), ujian julat berganda Duncan adalah satu kaedah yang

Sustainable Education 17

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

baik bagi mengesan beza sebenar dalam min selepas mendapati bahawa ujian F dalam

analisis varians pada aras keertian lima peratus adalah signifikan. Soalan sepuluh dan sebelas

akan dijawab melalui ujian korelasi Pearsan Product Moment.

DAPATAN KAJIAN

Ciri-Ciri Demografik Sampel Kajian

Seramai 148 orang guru pelatih KPLI telah dilibatkan sebagai sampel bagi ujian dan soal

selidik dalam kajian ini. Ciri-ciri demografik sampel kajian bagi tujuan kajian ini dapat

digambarkan melalui Jadual 4.1.

Jadual 4.1 : Taburan Sampel Kajian

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti (72.97%) sampel kajian adalah terdiri daripada guru pelatih perempuan. Sampel kaji

kumpulan pengkhususan Pengajian Cina, Pengajian Melayu dan Pendidikan Seni dan Visual

(N=48 atau 32.44%) dan kategori Kumpulan Pendidikan Khas iaitu kumpulan pengkhususan

Pendidikan Khas (Pemulihan Khas), Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dan

Bimbingan dan Kaunseling (N=50 atau 33.78%).

Apakah Tahap Pengetahuan Guru Pelatih KPLI Terhadap Isu-Isu Pendidikan Alam

Sekitar?

Bagi mengenal pasti tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan

guru pelatih secara keseluruhan, data telah dianalisis secara statistik deskriptif berdasarkan

jumlah skor keseluruhan yang diperolehi oleh sampel kajian dalam ujian pengetahuan

berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar. Hasil analisis statistik deskriptif nilai min adalah

18.02, median adalah 18.00 mod adalah 19 dan sisihan piawai adalah 3.735. Daripada hasil

analisis deskriptif juga mendapati bahawa enam orang guru pelatih mendapat pencapaian

cemerlang, 44 orang guru pelatih mendapat pencapaian baik, 76 orang guru pelatih mendapat

pencapaian sederhana, 20 orang guru pelatih mendapat pencapaian lemah dan dua orang guru

pelatih mendapat pencapaian sangat lemah (rujuk Jadual 4.2).

Jadual 4.2 : Gred Dan Tahap Pengetahuan Berkenaan Pendidikan Alam

Sekitar

Ciri-ciri demografik N %

Jantina

Lelaki

Perempuan

40

108

27.03

72.97

Kategori Kumpulan

Pengkhususan

MT, SN, KH (Kumpulan Sains dan Teknikal)

PC,PM, PSV (Kumpulan Kemanusiaan)

PK, MP, B&K (Kumpulan Pendidikan Khas)

50

48

50

33.78

32.44

33.78

Sustainable Education 18

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Berdasarkan Rajah 4.1 graf histogram kekerapan berbanding markah tahap pengetahuan,

menunjukkan bahawa tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan Alam Sekitar dalam

kalangan guru pelatih adalah sederhana tinggi memandangkan taburan adalah pencong kanan

yang membuktikan kebanyakkan guru pelatih mendapat skor melebihi min. Sehubungan

dengan itu, kajian membuktikan bahawa terdapat tahap pengetahuan yang sederhana tinggi

berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih secara keseluruhan.

Markah

27.525.022.520.017.515.012.510.07.55.0

Kekera

pan

50

40

30

20

10

0

Rajah 4.1: Graf Tahap Pengetahuan Berkenaan Pendidikan Alam Sekitar

Adakah Terdapat Perbezaan Dalam Tahap Pengetahuan Berkenaan Pendidikan Alam

Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih Mengikut Jantina?

Bagi mengenal pasti terdapatnya perbezaan dalam tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan

Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih mengikut jantina, analisis Ujian-t telah

dilaksanakan. Hasil analisis Ujian-t yang dilakukan mendapati bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan Alam Sekitar

dalam kalangan guru pelatih mengikut jantina (t = 0.84, df = 88.5, p > 0.05). Ia adalah

Gred Kod Tahap

Pengetahuan

Markah Kekerapan

A

B

C

D

E

5

4

3

2

1

Cemerlang

Baik

Sederhana

Lemah

Sangat Lemah

25 – 30 6

20 – 24 44

15 – 19 76

10 – 14 20

0 – 9 2

Sustainable Education 19

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

berdasarkan hasil Ujian-t yang mendapati bahawa p = 0.403, p > 0.05. Maka, hipotesis yang

pertama yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

pengetahuan berkenaan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih mengikut

jantina adalah diterima. Keputusan yang lebih terperinci dapat dirujuk melalui Jadual 4.3.

Jadual 4.3 : Hasil Ujian-t Bagi Tahap Pengetahuan Mengikut Jantina Jantina N Min Sisihan

Piawai

t df p

Lelaki

Perempuan

40

108

18.40

17.88

3.095

3.950

0.840

88.505 0.403

Adakah Terdapat Perbezaan Dalam Tahap Pengetahuan Berkenaan Pendidikan Alam

Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih Mengikut Kumpulan Pengkhususan? Kumpulan pengkhususan yang dikenalpasti adalah kategori kumpulan iaitu Kumpulan Satu

[pengkhususan Matematik (MT), pengkhususan Sains (SN), pengkhususan Kemahiran Hidup

(KH)], Kumpulan Kedua [pengkhususan Pengajian Cina (PC), pengkhususan Pengajian

Melayu (PM), pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling (B&K)] dan Kumpulan Tiga

[pengkhususan Pendidikan Khas - Pemulihan Khas (PK), pengkhususan Pendidikan Khas -

Masalah Pembelajaran (MP), pengkhususan Pendidikan Seni Visual (PSV)]. Bagi mengenal

pasti terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan

Alam Sekitar di kalangan guru pelatih mengikut kumpulan pengkhususan, analisis ANOVA

satu hala telah dilaksanakan. Berdasarkan hasil keputusan ANOVA satu hala didapati

bahawa F(df = 2,145, p < 0.05) = 5.893. Keputusan ANOVA satu hala menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan Alam

Sekitar di kalangan guru pelatih mengikut kumpulan pengkhususan (rujuk Jadual 4.4). Bagi

mendapatkan keputusan yang lebih terperinci bagi mengenal pasti kumpulan yang berbeza

secara signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan Alam Sekitar dalam

kalangan guru pelatih mengikut kumpulan pengkhususan, ujian julat berganda Duncan

dilaksanakan (rujuk Jadual 4.5).

Jadual 4.4 : ANOVA Satu Hala Bagi Tahap Pengetahuan Mengikut Kumpulan

Pengkhususan

Punca Jumlah kuasa

dua

Darjah

kebebasan

Min kuasa

dua

F p

Antara kumpulan 154.173 2 77.086 5.893 0.03

Dalam kumpulan 1896.767 145 13.081

Jumlah 2050.939 147

Sustainable Education 20

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Jadual 4.5 : Hasil Ujian Julat Berganda Duncan Bagi Tahap Pengetahuan Mengikut

Kumpulan Pengkhususan Subset

Kategori Kumpulan

Pengkhususan N

1

2

PC, PM, B & K

PK, MP, PSV

MT, SN, KH

Sig.

48

50

50

16.67

18.18

1.000

18.18

19.16

0.181

Hasil ujian julat berganda Duncan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru

pelatih mengikut kategori kumpulan pengkhususan: PC, PM, B & K dengan MT, SN, KH.

Maka, hipotesis yang kedua yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dalam tahap pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dalam

kalangan guru pelatih mengikut kumpulan pengkhususan adalah ditolak.

Apakah Tahap Motivasi MelaksanakanPemeliharaan Alam Sekitar Dalam Kalangan

Guru Pelatih KPLI?

Bagi mengenal pasti tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan

guru pelatih KPLI, data telah dianalisis secara statistik deskriptif berdasarkan jumlah skor

keseluruhan yang diperolehi dari sampel kajian dalam soal selidik berkenaan motivasi

melaksanakan pemeliharaan alam sekitar. Hasil daripada analisis deskriptif, nilai min ialah

115.03, median adalah 115.50, mod adalah 122 dan sisihan piawai adalah 15.09. Daripada

analisis deskriptif juga mendapati bahawa jumlah guru pelatih yang mempunyai tahap

motivasi tinggi adalah seramai 107 orang guru pelatih. Seramai 39 orang guru pelatih

mempunyai tahap motivasi sederhana dan hanya 2 orang guru pelatih yang mempunyai tahap

motivasi rendah (rujuk jadual 4.6).

Jadual 4.6 : Tahap Motivasi Berdasarkan Skor

Skor Tahap Motivasi Kekerapan

109.6 hingga 150

69.6 hingga 109.5

30 hingga 69.5

Tinggi

Sederhana

Rendah

107

39

2

Dapatan dari soal selidik yang telah dianalisis jelas digambarkan melalui graf seperti dalam

Rajah 4.2.

Sustainable Education 21

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Tahap Motivasi

145.0

140.0

135.0

130.0

125.0

120.0

115.0

110.0

105.0

100.0

95.0

90.0

85.0

80.0

75.0

70.0

65.0

60.0

55.0

Kekera

pan

30

20

10

0

Rajah 4.2: Graf Tahap Motivasi Dalam Mengamalkan Pemeliharaan Alam

Sekitar Merujuk kepada Rajah 4.2, graf histogram kekerapan berbanding tahap motivasi,

membuktikan bahawa tahap motivasi adalah sederhana tinggi dalam melaksanakan

pemeliharaan alam sekitar. Daripada graf juga boleh dijelaskan bahawa taburan adalah

pencong kanan yang menunjukkan bahawa kebanyakkan guru pelatih bermotivasi tinggi

melaksanakan pemeliharaan alam sekitar.

Adakah Terdapat Perbezaan Dalam Tahap Motivasi Melaksanakan Pemeliharaan

Alam Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih KPLI Mengikut Jantina? Bagi mengenal pasti terdapatnya perbezaan dalam tahap motivasi melaksanakan

pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih guru pelatih KPLI mengikut jantina,

analisis Ujian-t telah dilaksanakan. Hasil analisis Ujian-t yang dilakukan mendapati bahawa

tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan

alam sekitar dalam kalangan guru pelatih mengikut jantina (t = 0.45, df = 103.09, p > 0.05).

Ia adalah berdasarkan hasil Ujian-t yang mendapati bahawa p = 0.654, p > 0.05. Maka,

hipotesis yang ketiga yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam motivasi melaksanakan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih mengikut jantina

adalah diterima. Keputusan yang lebih terperinci dapat dirujuk melalui Jadual 4.7.

Jadual 4.7 : Hasil Ujian-t Bagi Motivasi Melaksanakan Pemeliharaan Alam

Sekitar Mengikut Jantina Jantina N Min Sisihan Piawai t df p

Lelaki

Perempuan

40

108

115.80

114.74

0.369

0.546

0.45

103.09

0.654

Sustainable Education 22

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Adakah Terdapat Perbezaan Dalam Tahap Motivasi Melaksanakan Pemeliharaan

Alam Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih KPLI Mengikut Kumpulan

Pengkhususan? Bagi mengenal pasti terdapatnya perbezaan dalam tahap motivasi melaksanakan

pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan

pengkhususan, analisis ANOVA satu hala telah dilaksanakan. Keputusan ANOVA satu hala

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan

pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan

pengkhususan (rujuk Jadual 4.8).

Jadual 4.8 : ANOVA Satu Hala Bagi Tahap Motivasi mengikut Kumpulan

Pengkhususan

Punca Jumlah kuasa

dua

Darjah

kebebasan

Min kuasa

dua

F p

Antara kumpulan 3242.093 2 1621.046 7.775 0.001

Dalam kumpulan 30229.799 145 208.481

Jumlah 33471.892 147

Berdasarkan hasil keputusan ANOVA satu hala didapati bahawa F( df = 2,145, p < 0.05) =

7.775. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih terperinci bagi mengenal pasti kumpulan

yang berbeza secara signifikan dalam dalam tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam

sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan, ujian julat

berganda Duncan dilaksanakan (rujuk Jadual 4.9).

Jadual 4.9 : Hasil Ujian Julat Berganda Duncan Bagi Tahap Motivasi Mengikut

Kumpulan Pengkhususan

Subset

Kategori Kumpulan

Pengkhususan N

1

2

MT, SN, KH

PC, PM, B & K

PK, MP, PSV

Sig.

50

48

50

109.06

115.65

1.000

115.65

120.40

0.104

Hasil ujian julat berganda Duncan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

dalam dalam tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan guru

pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan : MT, SN, KH dengan PK, MP, PSV.

Maka, hipotesis yang keempat yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dalam tahap motivasi melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan

guru pelatih mengikut kumpulan pengkhususan adalah ditolak.

Apakah Tahap Amalan Memelihara Alam Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih

KPLI? Bagi mengenal pasti tahap amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih

KPLI, data telah dianalisis secara statistik deskriptif berdasarkan jumlah skor keseluruhan

Sustainable Education 23

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

yang diperolehi dari sampel kajian dalam soal selidik berkenaan amalan memelihara alam

sekitar. Hasil daripada analisis deskriptif, nilai min adalah 56.98, median adalah 58.00, mod

adalah 55 dan sisihan piawai adalah 8.932. Daripada analisis deskriptif juga mendapati

bahawa jumlah guru pelatih yang mempunyai tahap amalan tinggi adalah 85 orang manakala

seramai 59 orang guru pelatih mempunyai tahap amalan sederhana dan hanya 4 orang guru

pelatih mempunyai tahap amalan yang rendah (rujuk jadual 4.10).

Jadual 4.10 : Tahap Amalan Berdasarkan Skor

Skor Tahap Motivasi Kekerapan

55.6 hingga 75

34.6 hingga 55.5

15 hingga 34.5

Tinggi

Sederhana

Rendah

85

59

4

Dapatan dari soal selidik yang telah dianalisis jelas digambarkan melalui graf seperti dalam

Rajah 4.3. Merujuk kepada Rajah 4.3, graf histogram kekerapan berbanding tahap amalan

membuktikan bahawa tahap amalan adalah sederhana tinggi dalam kalangan guru pelatih dalam

amalan memelihara alam sekitar. Daripada graf juga boleh dijelaskan bahawa taburan adalah

pencong kanan yang menunjukkan bahawa kebanyakkan guru pelatih giat melaksanakan amalan

pemeliharaan alam sekitar.

Tahap Amalan

75.070.065.060.055.050.045.040.035.030.0

Kekera

pan

40

30

20

10

0

Rajah 4.3 : Graf Tahap Amalan Memelihara Alam Sekitar Dalam Kalangan Guru

Pelatih KPLI

Adakah Terdapat Perbezaan Dalam Tahap Amalan Memelihara Alam Sekitar Dalam

Kalangan Guru Pelatih KPLI Mengikut Jantina? Bagi mengenal pasti terdapatnya perbezaan dalam tahap amalan memelihara alam sekitar

dalam kalangan guru pelatih mengikut jantina, analisis Ujian-t telah dilaksanakan. Hasil

analisis Ujian-t yang dilakukan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam tahap pengetahuan berkenaan Pendidikan Alam Sekitar di kalangan guru pelatih

Sustainable Education 24

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

mengikut jantina (t = 0.908, df = 111.066, p > 0.05). Ia adalah berdasarkan hasil Ujian-t

yang mendapati bahawa p = 0.366, p > 0.05. Maka, hipotesis yang kelima yang menyatakan

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan memelihara alam

sekitar dalam kalangan guru pelatih mengikut jantina adalah diterima. Keputusan yang lebih

terperinci dapat dirujuk melalui Jadual 4.11.

Jadual 4.11 : Hasil Ujian-t Bagi Tahap Amalan Memelihara Alam Sekitar Mengikut

Jantina

Jantina N Min Sisihan

Piawai

t df p

Lelaki

Perempuan

40

108

57.88

56.65

6.132

9.772

0.908

111.066 0.366

Adakah Terdapat Perbezaan Dalam Tahap Amalan Memelihara Alam Sekitar Dalam

Kalangan Guru Pelatih KPLI Mengikut Kumpulan Pengkhususan? Bagi mengenal pasti terdapatnya perbezaan dalam tahap amalan memelihara alam sekitar

dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan, analisis ANOVA satu

hala telah dilaksanakan. Keputusan ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan dalam tahap amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih

KPLI mengikut kumpulan pengkhususan (rujuk Jadual 4.12).

Jadual 4.12 : ANOVA Satu Hala Bagi Tahap Amalan mengikut Kumpulan

Pengkhususan

Punca Jumlah

kuasa dua

Darjah

kebebasan

Min kuasa

dua

F p

Antara kumpulan 1186.52 2 593.260 8.160 0.000

Dalam kumpulan 10542.419 145 72.706

Jumlah 11728.939 147

Berdasarkan hasil keputusan ANOVA satu hala didapati bahawa F(df = 2,145, p < 0.05) =

8.160. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih terperinci bagi mengenal pasti kumpulan

yang berbeza secara signifikan dalam dalam tahap amalan memelihara alam sekitar dalam

kalangan guru pelatih KPLI mengikut kumpulan pengkhususan, ujian julat berganda Duncan

dilaksanakan (rujuk Jadual 4.13).

Jadual 4.13 : Hasil Ujian Julat Berganda Duncan Bagi Tahap Amalan Mengikut

Kumpulan Pengkhususan Subset

Kategori Kumpulan

Pengkhususan

N

1

2

MT, SN, KH

PC, PM, B & K

PK, MP, PSV

Sig.

50

48

50

53.16

57.98

1.000

57.98

59.84

0.280

Hasil ujian julat berganda Duncan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

dalam tahap amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI mengikut

kumpulan pengkhususan : MT, SN, KH dengan PK, MP, PSV dan MT, SN, KH dengan PC,

Sustainable Education 25

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

PM, B & K. Maka, hipotesis yang keenam yang menyatakan bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru

pelatih mengikut kumpulan pengkhususan adalah ditolak.

Adakah Terdapat Hubungan Pengetahuan Guru-Guru Pelatih KPLI Terhadap Isu-Isu

Pendidikan Alam Sekitar Dengan Amalan Memelihara Alam Sekitar Dalam Kalangan

Guru Pelatih KPLI?

Ujian korelasi Pearson yang telah dijalankan menunjukkan terdapatnya hubungan yang

negatif dan tidak signifikan antara pengetahuan dengan amalan memelihara alam sekitar

dalam kalangan guru pelatih KPLI. Korelasi bernilai [r = - .29, p>0.05]. Maka, hipotesis

ketujuh yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap

pengetahuan guru-guru pelatih KPLI terhadap isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dengan

amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI adalah diterima.

Keputusan analisis hubungan ini boleh dirujuk pada Jadual 4.14.

Jadual 4.14 : Hubungan Antara Pengetahuan Dengan Amalan Memelihara Alam

Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih KPLI

Pembolehubah Pengetahuan (N=148)

Amalan Memelihara

Alam Sekitar

Pearson r

Sig. P

- .110

.185

Adakah Terdapat Hubungan Motivasi Guru-Guru Pelatih KPLI Terhadap Isu-Isu

Pendidikan Alam Sekitar Dengan Amalan Memelihara Alam Sekitar Dalam Kalangan

Guru Pelatih KPLI? Ujian korelasi Pearson yang telah dijalankan menunjukkan terdapatnya hubungan yang

positif dan signifikan antara motivasi dengan amalan memelihara alam sekitar dalam

kalangan guru pelatih KPLI. Korelasi bernilai [r= .737, p<0.05]. Maka, hipotesis kelapan

yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap pengetahuan

guru-guru pelatih KPLI terhadap isu-isu Pendidikan Alam Sekitar dengan amalan memelihara

alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI adalah ditolak. Keputusan analisis hubungan

ini boleh dirujuk pada Jadual 4.15.

Jadual 4.15 : Hubungan Antara Pengetahuan Dengan Amalan Memelihara

Alam Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih KPLI Pembolehubah Motivasi (N=148)

Amalan Memelihara

Alam Sekitar

Pearson r

Sig. P

.737**

.000

PERBINCANGAN

Mengambil kira berbagai dapatan yang diperolehi dari kajian ini, beberapa implikasi untuk

amalan pendidikan di Malaysia perlu dipertimbangkan. Pendidikan Alam Sekitar yang

ditawarkan di bawah komponen asas dinamika guru, wajib diikuti guru-guru pelatih di dalam

KPLI, mendedahkan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar kepada semua guru pelatih.

Walau bagaimanapun, Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad di dalam proses pengajaran dan

Sustainable Education 26

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

pembelajaran di bilik kuliah sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang pendidikan yang

merentas kurikulum dan kokurikulum.

Merujuk kepada tinjauan literatur yang disorot, didapati bahawa penyepaduan Pendidikan

Alam Sekitar merupakan satu penyelesaian terhadap pertambahan dalam ilmu pengetahuan

dan teknologi. Pendidikan Alam Sekitar tidak boleh dijadikan sebagai satu mata pelajaran

yang berasingan kerana dengan wujudnya satu mata pelajaran baru, akan menyesakkan

kurikulum yang telahpun begitu padat. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar secara formal

dalam sistem pendidikan kebangsaan bermaksud pendidikan ‘dalam sekolah’ (‘in school’

education) yang merangkumi kedua-dua aktiviti kurikulum dan aktiviti kokurikulum

(Habibah, 1997). Pendidikan formal untuk Pendidikan Alam Sekitar dianggap sebagai

penting dalam menyokong usaha-usaha bagi mengatasi masalah persekitaran dan isu-isu yang

berkaitan untuk mempercepat peranan pendidikan bagi pembangunan lestari yang berjaya

(KPM, 1996a).

Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, nyatalah bahawa Pendidikan Alam Sekitar akan

membolehkan kanak-kanak dan remaja menghayati sikap positif dan menguasai kemahiran

agar mereka dapat memainkan peranan yang aktif dalam memelihara dan memulihara alam

sekitar. Pendidikan Alam Sekitar menyediakan persiapan secara kognitif kepada para pelajar

agar dapat membuat kesimpulan bahawa dia bertanggungjawab untuk melakukan tindakan

yang boleh mengurangkan ancaman terhadap alam sekitar. Kewujudan motivasi

melaksanakan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar yang telah diberi

pendedahan kepada pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan Alam Sekitar akan secara

langsung menerbitkan perlakuan dalam bentuk amalan memelihara alam sekitar.

Selain itu, kajian lapangan dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di sekolah

mahupun di Institusi Pengajian Tinggi seperti matapelajaran Biologi mempunyai perkaitan

kuat dalam pengalaman langsung dalam alam sekitar kerana persekitaran semula jadi

memainkan peranan penting dalam menerbitkan proses pembelajaran dan pembentukan

perhubungan emosi dengan alam sekitar. Pengalaman yang luas kerana menganggotai

persatuan alam sekitar atau mengikuti aktiviti perkhemahan dalam gerak kerja kokurikulum

memberi peluang kepada peserta untuk mendapat pendedahan yang luas terhadap

persekitaran semula jadi yang akan mempunyai pengaruh positif ke atas motivasi dan

pembentukan tindakan.

Pembentukan motivasi juga bergantung kepada keperluan sosial kerana keperluan sosial

dapat memotivasikan seseorang untuk bertindak mesra alam. Faktor keperluan sosial seperti

rakan sebaya dan tingkahlaku ibu-bapa dalam kehidupan seharian dan beberapa ciri psikologi

contohnya, tindakan yang dapat dilakukan sendirian atau bersama dengan rakan sebaya atau

orang dewasa; tindakan yang dapat dilakukan dalam situasi publisiti rendah atau tinggi;

tindakan yang boleh dilakukan bersama-sama orang yang dikenali atau orang yang tidak

dikenali. Seseorang akan melakukan tindakan untuk dipersetujui atau berkongsi sesuatu

aktiviti bersama kawan atau rakan sebaya. Berdasarkan keperluan sosial (kemahuan untuk

mendapat sokongan, perasaan dipunyai) manusia berbeza dalam cara mereka

menterjemahkan situasi sosial yang dapat mempengaruhi pelaksanaan tindakan.

Sustainable Education 27

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Pelaksanaan tindakan dalam bentuk amalan memelihara alam sekitar pula dipengaruhi oleh

beberapa faktor seperti sumber dan halangan setempat. Sumber setempat didefinisikan

sebagai kesemua keadaan luaran yang menggalakkan bagi melaksanakan sesuatu tindakan

yang diharapkan manakala halangan setempat pula adalah sebaliknya. Amalan memelihara

alam sekitar contohnya amalan dalam mengurangkan sampah sarap dengan mengasingkan

dan mengguna semula sampah dilihat sebagai tindakan secara langsung. Manakala

mempengaruhi ahli politik untuk memulakan resolusi dalam usaha-usaha memperbaiki

keadaan persekitaran ialah satu contoh tindakan tidak langsung.

Wujudnya usaha amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan guru pelatih, memberi

penjelasan terhadap polisi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia

Ketujuh (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000), Rancangan Malaysia Kelapan

(Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005) dan Rancangan Malaysia Kesembilan

(Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010) yang dengan jelas menyatakan bahawa kursus

Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti kokurikulum berasaskan alam sekitar di bawah

Kementerian Pendidikan akan diperkukuhkan. Memberi input tentang pengetahuan

Pendidikan Alam Sekitar sewaktu kuliah dengan sendirinya telah menyediakan domain

kognitif guru-guru pelatih dengan konsep dan fakta berkenaan isu-isu alam sekitar, yang

secara langsung mewujudkan motivasi dalam diri guru-guru pelatih untuk melaksanakan

tindakan yang sesuai. Seterusnya, guru-guru pelatih yang telah dimotivasikan melalui aktiviti

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar sewaktu kuliah adalah

bertanggungjawab untuk melakukan tindakan dan tingkahlaku bertanggungjawab terhadap

alam sekitar. Tindakan dapat dilihat dengan wujudnya peningkatan dalam kesedaran

terhadap isu-isu dan masalah alam sekitar yang mendorong penglibatan secara aktif dan

penyelesaian masalah secara praktikal dalam kalangan guru pelatih. Bagi mencapai

matlamat Pendidikan Alam Sekitar, tindakan ini adalah perlu kerana ia boleh menjana

pendapat individu dan kumpulan individu yang boleh mengubah keadaan persekitaran.

Tindakan ini harus diaplikasikan dalam kehidupan seharian oleh guru-guru pelatih sebagai

sebahagian daripada proses pembelajaran yang penting.

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna sekiranya guru-guru pelatih

mendapat pengalaman menerusi penglibatan diri secara langsung (first-hand experience)

dengan alam sekitar. Sesungguhnya, melalui pembelajaran di luar bilik darjah sewaktu

melaksanakan aktiviti kokurikulum, khususnya yang berkaitan dengan persekitaran dan alam

semula jadi, guru-guru pelatih akan sedar tentang keadaan sebenar dan masalahnya. Justeru

itu, guru-guru pelatih akan menjadi proaktif dalam usaha untuk memelihara dan memulihara

alam sekitar. Perkara ini adalah selaras dengan kenyataan oleh McRae (1990), tentang

Pendidikan luar bilik darjah (outdoor education) di dalam Pendidikan Alam Sekitar, yang

melibatkan pengajaran dan pembelajaran tentang persekitaran semula jadi dan keperluan

untuk memeliharanya dan tentang persekitaran terbina (constructed environment) dan

keperluan untuk memperbaikinya.

Keperluan untuk mendidik guru-guru pelatih berkenaan Pendidikan Alam Sekitar kian

mendesak bagi melengkapkan guru-guru pelatih untuk menjadi proaktif dalam mengajar

Pendidikan Alam Sekitar di sekolah kelak (Oulton, 1995). Berdasarkan saranan oleh Oulton

(1995), sewajarnyalah guru-guru pelatih diberi pendedahan dan latihan yang mantap bukan

Sustainable Education 28

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

saja dalam memahami konsep dan fakta tentang isu-isu alam sekitar malah fokus harus juga

diberikan kepada perkaedahan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Alam Sekitar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang menarik dan

menyeronokkan seperti kerja lapangan, perkhemahan, merentas desa, kerja amali, kajian dan

eksperimen, perbincangan, sumbangsaran, demonstrasi, pemerhatian, bercerita, projek,

permainan dan simulasi, lawatan, kempen alam sekitar, trekking, dan sebagainya adalah

disyorkan sewaktu menjalankan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Penutup

Kajian ini merupakan kajian rhubungan antara pengetahuan berkenaan isu-isu Pendidikan

Alam Sekitar dan motivasi dengan amalan memelihara alam sekitar. Dapatan kajian ini

diharapkan dapat menambahkan lagi literatur berdokumentasi berkenaan Pendidikan Alam

Sekitar dan seterusnya menambahkan kefahaman kita tentang dimensi motivasi dan amalan

dalam usaha memelihara alam sekitar. Secara khususnya, dapatan kajian ini diharapkan

dapat memberi maklumat bermakna kepada penggubal polisi, perancang kurikulum,

pentadbir institut perguruan dan pensyarah untuk memandu mereka dalam memformulasi

program-program yang dapat menyokong pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas

kurikulum dan kokurikulum. Lucas (1980), mengelaskan istilah Pendidikan Alam Sekitar ke

dalam kategori “pendidikan tentang alam sekitar”, “pendidikan untuk alam sekitar” dan

“pendidikan dalam alam sekitar”.

Bagi mencapai matlamat ini ketiga-tiga dimensi Pendidikan Alam Sekitar iaitu tentang, untuk

dan dalam, maka Pendidikan Alam Sekitar perlu di intergrasikan secara efektif.

Kesimpulannya, Pendidikan Alam Sekitar mengajar pelajar tentang alam sekitar dan dalam

alam sekitar supaya pelajar boleh bertindak untuk alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar

memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan seseorang untuk mengambil

bahagian secara aktif dalam memperbaiki dan memelihara alam sekitar. Pendidikan Alam

Sekitar juga akan membantu para individu dan komuniti menjadi lebih sedar mengenai

keadaan alam secara holistik dalam jalinan hubungan antara alam semula jadi dengan

manusia.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Musa. 2006. Sikap dan Motivasi Pelajar Dusun Terhadap Pembelajaran Bahasa

Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Penyelidikan Keningau 2006. Bil. 1.

Carmer, S.G. & Swanson, M.R. 1973. Evaluation of Ten Painwise Multiple Comparison Procedures

by Monte Carlo Methods. Journal of the American Statistical Association. 68 (314): 66-74.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 1. Mc

Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Disinger, John F. 1986. What research says: Instructions in awareness of Environmental Issues.

School Science and Mathematics, 86(3): 251-255.

Sustainable Education 29

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Habibah Abd. Rahim. 1997. Environmental Education In The National Education System.

Proceeding First National Workshop On Environmental Education: Strengthening

Development Of Environmental Education In Malaysia. 1: 72 –77.

Habibah Elias, Noran Fauziah Yaakub, & Rahil Hj. Mahyuddin. 1993. Motivasi dan sikap terhadap

Bahasa Inggeris di Kalangan guru pelatih. Dlm. Wan Rafie Abd. Rahman, Habibah Elias &

Malini Ratnasingam (pnyt.). Psikologi dan budaya kerja di Malaysia, hlm. 111-120. Bangi:

Penerbit UKM. Jurnal Penyelidikan Keningau 2006. Bil. 1.

Kamsiah Abdullah. 2000. Struktur semula pemikiran terhadap Bahasa Inggeris. Mingguan Malaysia,

25 ogos: 12. Jurnal Penyelidikan Keningau 2006. Bil. 1.

Kelly, Patrick J. 1977. What do we really mean by Environmental Education. Edited by David

Hughes-Evans (1977). Environmental Education Key Issues of the Future. Pergamon Press,

Oxford: 61-67.

KPM. 1996. Program Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Lucas, Arthur M. 1980. Science And Environmental Education: Pious Hopes, Self-Praise And

Disciplinary Chauvinism. Studies In Science Education. 7: 1 – 26.

Manner, B.M. 1995. Field studies benefits students and teachers. Journal of Geological Education,

43: 128-131.

McRae, Keith. 1990. Outdoor And Environmental Education: Diverse Purposes and Practices.

Australia: Macmillan.

Mensah, J.Z., & Whitney, H.A. 1992. “Urban Environmental perception and Behaviour in Africa:

What Gender Engenders”. The International Journal of Environmental Education, 40(2/3):

141-149.

Mohd. Firdaus B Haji Abd Salam. 2006. Sikap dan Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa

Inggeris: Satu Analisis di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Pedalaman Sabah. Jurnal

Penyelidikan Keningau 2006. Bil. 1.

Orion, Nir., & Hofstein, Avi. 1994. Factors that influence leaving during a scientific field trip in a

natural environment. Journal of Research in Science Teaching, 31(10): 1097-1119.

Oulton, C.R. 1995. The ‘Environmentally Educated Teacher’: an exploration of the implication of

UNESCO-UNEP’s ideas for pre-service teacher education programmes, Environmental

Education Research, 1(2): 213-231.

Palmer, Joy A. 1992. Key Issues In Environmental Education. Great Britain: The Hortone Print

Group.

Ponniah, Judy G. 1981. Environmental Pollution: Knowledge and attitudes of Malaysian secondary

schools students. Unpublished M. Ed. Research Report, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rancangan Malaysia Ketujuh. 1996-2000. Alam Sekitar Dan Pengurusan Mamapan Sumber Asli:

644-660. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Sustainable Education 30

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

19 – 20 September 2012

Rancangan Malaysia Kelapan. 2001-2005. Alam Sekitar Dan Pengurusan Mampan Sumber Asli:

575-592. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Rancangan Malaysia Kesembilan. 2006-2010. Alam Sekitar Dan Pengurusan Mampan Sumber Asli.

Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Van Matre, Steve. 1979. Sunship Earth: An Acclimatization Program for Outdoor Learning,

American Camping Association, Martinsville, Indiana, USA.

Wiersma, Willliam. 2000. Research Methods In Education: An Introduction. USA: Allyn and

Bacon.