hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian … · industri. sejajar dengan hasrat kerajaan yang...
Post on 14-Mar-2019
226 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK SEKOLAH MENENGAH KAWASAN LUAR BANDAR
MUHAMMAD AKMAL BAKRI BIN ABU BAKAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya MUHAMMAD AKMAL BAKRI BIN ABU BAKAR
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK SEKOLAH MENENGAH
KAWASAN LUAR BANDAR
(HURUF BESAR)
DR. YEO KEE JIAR
NO. 37, TAMAN GUAR INDAH, 08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN
Disahkan oleh
i
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : .................................
Nama Penyelia : DR. YEO KEE JIAR
Tarikh : 30 APRIL 2009
ii
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
SEKOLAH MENENGAH KAWASAN LUAR BANDAR
MUHAMMAD AKMAL BAKRI BIN ABU BAKAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
PENGAKUAN
“Saya mengakui bahawa tesis ini yang bertajuk Hubungan Antara Kerja Rumah
Dengan Pencapaian Akademik Sekolah Menengah Kawasan Luar Bandar adalah
hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : MUHAMMAD AKMAL BAKRI BIN ABU BAKAR
Tarikh : 30 APRIL 2009
iv
DEDIKASI
KHAS BUAT
Ayahanda dan Bonda
Abu Bakar Bin Awang
Rokiah Binti Bakar
Kakak dan Abang
Budi Rohayu Binti Abu Bakar
Siti Rohani Binti Abu Bakar
Muhammad Adnin Bakir Bin Abu Bakar
Sekalung Terima Kasih
Dr. Yeo Kee Jiar
Pensyarah Penyelia Projek
Sarimah Binti Ismail
Pensyarah Pembimbing Akademik
Nur Farhana Binti Hasmuni
Pensyarah-pensyarah
Sahabat-sahabat
Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita
Terima kasih, Amin...
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya,
saya dapat menyiapkan penyelidikan yang dijalankan ini dengan sepenuhnya
mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Dr. Yeo Kee Jiar selaku penyelia projek, guru dan ibu di atas
segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta bantuan yang telah diberikan sepanjang
tempoh saya menjalankan kajian ini. Segala ilmu dan dorongan yang diberikan amat
berharga dan berguna malah akan dikenang sehingga akhir hayat. Saya juga ingin
merakamkan sekalung budi buat pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, pengetua-pengetua sekolah negeri Kedah Darul Aman dan
rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.
Sekalung terima kasih yang tidak terhingga buat ayahanda Abu Bakar Bin
Awang serta bonda tercinta Rokiah Binti Bakar dan adik-beradik yang disayangi di
atas bantuan dan sokongan sepanjang tempoh pengajian saya sehingga tamatnya
penyelidikan ini. Semoga rezeki semakin bertambah dan mendapat kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Akhir sekali ribuan terima kasih buat rakan-rakan sepejuangan terutama
sekali buat Sazali dan Wadi yang banyak membantu. Juga tidak ketinggalan buat Nur
Farhana Hasmuni yang sentiasa menyokong dalam apa jua perkara. Terima kasih
juga ditujukan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Unit Sukan UTM
dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam tempoh
pengajian menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati segala
usaha dan pertolongan yang diberikan. Amin…
vi
ABSTRAK
Kerja rumah atau dikenali sebagai kerja sekolah menjadi suatu komponen
penting dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kerja rumah dapat membantu
pelajar dalam memahami isi kandungan yang dipelajari di samping berperanan
sebagai perantaraan untuk melatih pelajar dalam kemahiran berfikir dan penyelesaian
masalah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pencapaian
dalam Matematik, Bahasa Inggeris, dan Sejarah dengan kerja rumah mata pelajaran
berkenaan. Sampel kajian dipilih secara rawak terdiri daripada 104 orang pelajar
Tingkatan Dua dan empat buah sekolah menengah. Tiga pemboleh ubah telah dikaji,
iaitu: (1) peruntukan masa dalam menyelesaikan kerja rumah, (2) jenis kerja rumah,
dan (3) pendekatan guru dalam menangani kerja rumah yang diberikan kepada
pelajar. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Bahagian pertama
soal selidik menyentuh butiran demografi manakala bahagian kedua pula terdiri
daripada 30 item berkaitan dengan tiga permboleh ubah tersebut. Data dianalisis
secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian
pelajar berada pada tahap sederhana (40-59%) dan tiada hubungan yang signifikan
antara keria rumah dengan pencapaian. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan
yang signifikan antara pendekatan guru menangani kerja rumah dengan pencapaian
Bahasa Inggeris. Berdasarkan dapatan kajian, disarankan guru-guru meneruskan
usaha menangani kerja rumah yang terbukti berhasil dan pada masa yang sama tidak
terlalu membebankan pelajar dengan kerja rumah.
vii
ABSTRACT
Homework has become an important component in the schooling system in
Malaysia. Homework helps students to understand the contents of lessons and acts as
an intermediate medium to train students in their thinking and problem-solving skills.
The aim of this research was to identify the relationship between homework and
achievements in Mathematics, English Language and History. Samples in this
research involved 104 Form Two students from four secondary schools. Three
variables were studied in this research, namely: (1) time spent on homework, (2)
types of homework, and (3) teachers' approach in handling homework. Questionnaire
was used as research instrument. The first part of the questionnaire consists of items
on demography and second part consists of 30 items related to the three variables
mentioned. Data was analyzed by using descriptive analysis and inferential method.
The result showed that students' achievement is at average level (40-59%) and there
were no significant relationships between homework and achievements. However,
there was a significant relationship between teachers' approach to homework with
achievements in English language. In view of this result, teachers should
continuously giving clear instructions and feedback on students' homework and
should not burden them with too much homework.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI SINGKATAN ix
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
ix
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
RMK-9 - Rancangan Malaysia ke-9
RMK-10 - Rancangan Malaysia ke-10
RMK-11 - Rancangan Malaysia ke-11
ICT - Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
TIMSS - Trends in International Mathematics and Science Study
PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package for the Social Science
(Sejenis perisian berkomputer untuk menganilisis data)
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) merupakan pelan pertama
daripada tiga rancangan lima tahun bagi Misi Nasional. Pelan ini penting bagi negara
untuk meletakkan asas kukuh ke arah kejayaan lonjakan yang seterusnya dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas
(RMKe-11). Teras strategik dalam Misi Nasional jelas menunjukkan pendidikan
sebagai elemen utama bagi kejayaan usaha ini. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), sebagai agensi yang bertanggungjawab bersedia memikul tugas dan amanah
ini demi menyokong dan mendukung agenda baru negara.
Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada
peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,
manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan
Bahasa Cina atau Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata
pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri dalam kalangan
pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat
menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.
2
Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada
globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program pembangunan
pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik
ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan
projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan
semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung
dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM.
Dari segi pencapaian akademik, pelajar Malaysia menunjukkan pencapaian
cemerlang dalam kajian antarabangsa berkaitan Sains dan Matematik iaitu Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2003. Berbanding dengan
kajian yang sama pada tahun 1999, kedudukan pencapaian pelajar Malaysia dalam
Matematik meningkat dari tempat ke-16 ke tempat ke-10 dan mendahului 40 buah
negara lain termasuk negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat,
Australia dan New Zealand. Bagi Sains pula, kedudukan Malaysia meningkat dari
tempat ke-22 ke tempat ke-20 dan mendahului 30 buah negara lain termasuk Norway
dan Itali.
Lantaran itu, setiap mata pelajaran yang digubal oleh Pusat Pembangunan
Kurikulum merangkumi aspek-aspek yang berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Peralihan bahasa pengantar daripada
Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
di sekolah sejak 2003 juga sudah dikaji supaya tidak menjejaskan dasar aspirasi
pendidikan di Malaysia.
Pendidikan Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
dalam Malaysia telah mengalami banyak perkembangan bermula dengan perubahan
dari segi falsafah dan kurikulum sehinggalah kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Hal ini adalah bertujuan untuk memperbaiki pencapaian para
3
pelajar, di samping untuk memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai
teknokrat ke arah menuju pembentukan negara Malaysia sebagai sebuah negara
industri.
Sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat yang maju
dan berdaya saing serta keperluan meningkatkan tenaga kerja sains dan teknikal,
pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan bilangan pelajar yang
mempunyai asas kukuh dalam pendidikan Sains, Matematik dan mata pelajaran
teknikal. Pelbagai teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah
diusahakan pelaksanaanya di sekolah-sekolah dengan berorientasikan sains dan
teknologi termasuklah mewujudkan latihan ICT untuk para guru bertujuan
meningkatkan kemahiran guru dalam bidang ICT. Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut diperkenalkan pada 2003
secara berperingkat dimulai dengan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah
bertujuan mempertingkatkan masyarakat yang maju dan berdaya saing kelak.
Walaubagaimanapun, dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, kerja rumah diberikan kepada pelajar sebagai cara pengukuhan yang
berkesan. Dalam hal ini, kerja rumah harus dikaji keberkesanannya kerana jurang
pencapaian akademik masih wujud antara sekolah di luar bandar dengan bandar
terutama dalam Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris walaupun sistem yang sama
digunakan.
Kerja rumah (homework) didefinisikan sebagai kerja rumah atau tugasan
yang diberikan kepada pelajar oleh guru di sekolah sewaktu pelajar masih di sekolah
untuk disiapkan atau diperpanjangkan pada bukan waktu persekolahan. (Cooper,
1989). Kerja rumah (homework) atau tugasan selalunya diberikan kepada pelajar oleh
guru untuk menilai tahap kefahaman dan dapatan seseorang pelajar. Secara tidak
langsung kerja rumah (homework) dapat menilai tahap keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
4
Kerja rumah (homework) dapat disimpulkan sebagai aktiviti latihan yang
sering diberikan kepada pelajar untuk mengukur tahap pemahaman pelajar terhadap
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan. Selain itu, kerja
rumah (homework) juga adalah sebagai salah satu pengukuhan dan pengayaan
kepada pelajar. Kerja rumah (homework) mampu memotivasikan pelajar untuk
menyiasat, meneroka serta mengkaji. Kerja rumah (homework) mampu menjadi
kunci kepada pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Kerja rumah
(homework) juga merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
lebih berpusatkan pelajar iaitu pelajar harus bertanggungjawab terhadap tugasan
yang diberikan oleh guru.
Dalam aspek yang lebih meluas, kerja rumah menggambarkan pengetahuan
dan kelangsungan pendidikan. Banyak guru mempercayai bahawa seseorang individu
akan semakin maju dan berdaya saing apabila diberi tanggungjawab, cabaran dan
sentiasa berhadapan dengan pengharapan yang tinggi. Salah satu langkah yang akan
diambil oleh para guru ialah dengan memberikan kerja rumah (homework) untuk
memastikan pelajar mendalami dan mengukuhkan lagi pemahaman mereka. Guru
juga dapat mengetahui keberkesanan pengajaran yang diberikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Sepanjang tempoh RMKe-9, KPM berhasrat untuk
mengembangkan sepenuhnya potensi institusi pendidikan sehingga membolehkan
guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.
KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan
tujuan melahirkan modal ihsan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat
mencabar.
Dalam hal ini, kurikulum digubal agar sejajar dengan perkembangan sejagat
secara amnya dan dapat memenuhi aspirasi negara secara khususnya. Mata pelajaran
5
yang diikuti oleh pelajar-pelajar membekalkan pengetahuan dan kemahiran untuk
meningkatkan potensi mereka dari segi jasmani, rohani, emosi, sosial, intelektual dan
harmoni.
Walaubagaimanapun, sebahagian daripada pelajar beranggapan bahawa mata
pelajaran seperti Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang
susah kerana mereka sukar untuk memahami dan menguasai satu-satu topik dengan
jelas. Hal ini menjadi semakin rumit apabila mata pelajaran Sains dan Matematik
yang dialihkan bahasa pengantarnya ke dalam Bahasa Inggeris. Sebagai langkah
membantu pelajar menguasai pemberian kerja rumah (homework) terus diberikan
kepada pelajar agar mereka memahami dengan lebih baik pelajaran yang dipelajari di
sekolah.
Sikap pelajar terhadap kerja rumah berbeza. Bagi pelajar yang lemah kerja
rumah (homework) mereka sering tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang
sepatutnya. Ada yang mendapati kerja rumah itu tidak menarik dan agak
membosankan. Sekiranya pelajar dibimbing atau dipantau oleh ibu bapa di rumah
untuk membuat kerja rumah, biasanya pelajar akan dapat menyelesaikan semua kerja
rumah yang diberikan. Namun, sekiranya ibu bapa kesibukan kerja atau tidak ada
pengetahuan atau kemahiran untuk membimbing anak mereka, kerja rumah yang
diberikan mungkin sukar diselesaikan oleh pelajar.
Pemberian kerja rumah (homework) seharusnya berdasarkan garis panduan
yang telah dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menumpukan tiga
aspek utama iaitu perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. Hal ini adalah penting
supaya pemberian kerja rumah (homework) sentiasa seimbang dan tidak
membebankan pelajar. Kerja rumah (homework) seharusnya dipelbagaikan supaya
kelihatan lebih menarik dan tidak terhad kepada aktiviti pen dan kertas sahaja.
Menurut Menteri Pelajaran Malaysia “Tugasan boleh diolah supaya menjadi lebih
menarik seperti folio, kerja khusus, bahan bantu belajar dan sebagainya seperti
penggunaan komputer dengan perisian menarik serta menggalakkan penggunaan
Portal Pendidikan”.
6
Bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang melahirkan kesangsian mereka
terhadap kerja rumah (homework) atau tugasan harian yang diberikan kepada pelajar.
Kerja rumah (homework) kerap menimbulkan percanggahan pendapat antara ibu
bapa dan guru. Banyak ibu bapa meluahkan perasaan yang kurang menyenangkan
terhadap kerja rumah (homework) yang diberikan, seperti kerja rumah terlalu panjang
atau terlalu pendek, terlalu susah atau terlalu senang, mahupun terlalu kabur. Pihak
guru pula bersungut kerana kurangnya sokongan daripada ibu bapa manakala para
pelajar pula merungut kerana banyak masa mereka terpaksa digunakan untuk
menyiapkan kerja rumah (homework) yang diberikan.
Rungutan sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan. Menurut
Marimuthu (1990), pencapaian akademik pelajar dipengaruhi pelbagai faktor
antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran pelajar.
Dalam faktor diri sendiri, pelajar itu sendiri haruslah mempunyai disiplin yang tinggi
untuk mengawal aktiviti pembelajaran, kokurikulum dan sosial.
1.3 Penyataan Masalah
Senario pendidikan di negara ini telah menunjukkan bahawa kerja rumah
(homework) atau tugasan telah memainkan peranan yang amat penting dalam sistem
persekolahan di negara ini bagi mengukuhkan pemahaman serta maklum balas
pelajar terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, kajian yang
teliti seharusnya dijalankan dengan tujuan penambahbaikan sesuatu yang amat
diperlukan.
Oleh hal yang demikian, penyelidik memilih untuk mengkaji kerja rumah dari
aspek peruntukan masa, jenis-jenis, serta cara pengelolaan guru dan menghubungkan
ketiga-tiga aspek ini dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah, Matematik dan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sekolah-sekolah kawasan
luar bandar di negeri Kedah Darul Aman. Kajian ini dijalankan supaya dapat
7
membantu pelbagai pihak untuk memandang serius terhadap pelaksanaan kerja
rumah ke arah keberkesanannya.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara
peruntukan masa, jenis serta cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi mata
pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik
pelajar dalam setiap mata pelajaran tersebut dalam kalangan pelajar tingkatan dua di
Sekolah Menengah Harian kawasan luar bandar di Negeri Kedah Darul Aman.
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti;
1.4.1 Hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja rumah bagi mata
pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian.
1.4.2 Hubungan antara jenis kerja rumah bagi mata pelajaran Sejarah, Matematik
dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian.
1.4.3 Hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi mata
pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian.
1.4.4 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara peruntukan masa untuk
membuat kerja rumah bagi mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa
Inggeris dengan pencapaian.
1.5 Persoalan Kajian
Daripada objektif yang telah dibentuk, beberapa persoalan yang akan dijawab
adalah seperti berikut;
8
1.5.1 Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja
rumah Sejarah dengan pencapaian Sejarah?
1.5.2 Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja
rumah Matematik dengan pencapaian Matematik?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja
rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris?
1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara jenis kerja rumah Sejarah dengan
pencapaian Sejarah?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara jenis kerja rumah Matematik dengan
pencapaian Matematik?
1.5.6 Adakah terdapat hubungan antara jenis kerja rumah Bahasa Inggeris dengan
pencapaian Bahasa Inggeris?
1.5.7 Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah Sejarah dengan pencapaian Sejarah?
1.5.8 Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah Matematik dengan pencapaian Matematik?
1.5.9 Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris?
1.5.10 Adakah terdapat perbezaan antara peruntukan masa untuk membuat kerja
rumah Sejarah dengan pencapaian Sejarah?
1.5.11 Adakah terdapat perbezaan antara peruntukan masa untuk membuat kerja
rumah Matematik dengan pencapaian Matematik?
1.5.12 Adakah terdapat perbezaan antara peruntukan masa untuk membuat kerja
rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris?
9
RUJUKAN
Ahmad Azmey (1989). Prestasi Matematik Murid Sekolah Rendah, Jurnal Akademik
MPPM Jilid 4.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurilhanni Zakariya (2005), “Psikologi Kognitif,
Penerbit UTM, Skudai, Johor.
Brown, Ann L., Campione, Joseph C., Day, Jeanne J. (1981) “Learning to Learn: On
Training Students to Learn from Texts”, Educational Researcher, Vol. 10,
No. 2 (Feb., 1981), pp. 14-21
Byrnes, J. P. (1996). Cognitive Development and Learning in Instructional Contexts.
Boston, Allyn & Bacon, United States of America.
Cooper, H & Hedges, L. V. (1994). The handbook of research synthesis, New York :
Russell Sage Foundation.
Cooper, H (1994). The Battle Over Homework : An Administrator’s Guide to Setting
Sound and Efective Policies, United States of America : Corwin Press, Inc.
Cooper, H. (1994). Homework Research and Policy: A Review in Literature,
University of Minnesota College of Education and Human Development,
Center for Applied Research and Educational Improvement.
Cooper, Harris, Valentine, Jeffery C. (2001). Using Research to Answer Practical
Question About Homewrok, Educational Psychologist, (Volume 36, Issue 3)
143.
10
Doyle, M and B. Barber (1990). “Homework As a Learning Experience. What
Research Says to the Teacher”, 3rd ed. Washington, DC: National Education
Association. ED 319 492.
Eddy, Yvonne. (1984) Developing Homework Policies. ERIC Digest. 1984. 3p.
Folye (1988). The Condition of Learning, New York, P. Holt, Rinehart and Winson
Inc.
JanEva Jones (2007), The Purpose of Homework and Its Relationship To Student
Achievement, The Teacher as Researcher II, Action Research Project.
Lesley Painter (2003), Homework, Penerbit Universiti Oxford.
Selena N. Collier (2007), Homework Types Its Effect on Student Achievement, Action
Research Proposal, SED 600, California State University, Northridge.
Steven G, Rivkin, Eric A. Hanushek, and John F. Kain (2005), Teachers, School, and
Academic Achievement, UTD Texas School Project.
Ulrich Trautwein and Olaf Koller (2003), The Relationship Between Homework and
Achievement, Educational Psychology Review.
top related