hubuangan etnik

Post on 09-Apr-2016

26 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

WARNANAMA AHLI KUMPULAN:

1. WONG YIHUI (182432)2. PUTRI SAIDATINA ASSYIFA BT AHMAD FAUDZI (180689)3. VELAN A/L THRUMARAN (177163)4. NURUL SHAHIRAH BT JUHARI (177853)5. SATHIS

NAMA LECTURER: DR HAIROL ANUAR

OBJEKTIF

1. Mengenalpasti keistimewaan setiap etnik-etnik major di Malaysia dari segi budaya, kegiatan harian dan amalan keagamaan.

2. Menintepretasi segala dapatan kajian dengan mengetengahkan warna-warna yang dikaitkan dengan sesebuah etnik.

3. Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga dan mengekalkan warna-warni etnik di Malaysia yang mencorakkan latar belakang zaman kehidupan.

SINOPSIS

Warna adalah spektrum tertentu yang terdapat di dalam suatu cahaya sempurna (berwarna putih). Setiap warna mampu memberikan kesan dan identitas tertentu sesuai kondisi sosial pengamatnya. Warna memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan seharian. Merah selalu dikaitkan dengan budaya masyarakat cina. Hijau dikaitkan dengan budaya keagamaan dalam Islam. Putih melambangkan kebersihan dan kesucian. Hitam menunjukkan elegan. Selain itu hitam juga bole membawa maksud kemurungan atau kematian. Warna juga boleh menjadi simbolik dalam sesuatu acara atau perkara. Di Malaysia khususnya rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum agak gemar pilihan warna yang pelbagai samaada dari segi pemakaian, penghiasan sempena heri besar, dekorasi kediaman yang di duduki, makanan, kematian, bendera, logo, keselamatan serta untuk kegunaan peribadi. Warna memberi makna yang berbeza bagi setiap orang disebabkan pendidikan serta latar belakang yang berbeza. Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai warna kegemaran yang tertentu. Warna amat penting dalam kehidupan kita memandangkan warna sentiasa mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian. Pada dasarnya warna dapat mengubah cara kita berfikir, mungkin kita dapat memperhatikan bahwa beberapa warna dapat membawa efek yang sangat menenangkan untuk mata dan otak dan beberapa warna lainnya dapat mengganggu kita. Warna adalah sumber bahagia dan sumber keindahan. Oleh itu adalah sanagat penting untuk kita mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. .Adakah warna melanggar adat-adat tradisi? Adakah warna tersebut tidak bercanggah dengan norma masyarakat? Adakah warna itu menyinggung perasaan orang sekeliling? Adakah warna tersebut membahayakan keselamatan kita?

METHOD

Kajian ini merupakan salah satu kerja kursus bagi subjek Hubungan Etnik (SKP2204) sesi semester 1 2014/2015 di Universiti Putra Malaysia. Pelajar-pelajar dari Kumpulan 22 diminta untuk menyiapkan kajian untuk dibentangkan pada Minggu ke-8 pembelajaran. Kajian ini mengetengahkan tajuk “WARNA” dan merupakan sebuah kajian kualitatif. Kajian ini dijalankan dengan mengadakan penyelidikan melalui bacaan (dari jurnal akademik, artikel dan karya-karya), mengambil foto-foto bahan kajian dan mendapatkan pandangan dari ilmuwan mengenai tajuk yang dibincangkan. Limitasi kajian ini adalah kajian ini mengetengahkan etnik-etnik major sahaja iaitu Melayu, Cina dan India dan dalam konteks negara Malaysia sahaja.

RUJUKAN

1. Baharuddin, S. A. (2008). Modul Hubungan Etnik (2nd ed.). Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

2. Pengertian warna dalam kehidupan. (2011, January 29). Retrieved 21 October 2015, from http://www.xpresi.org/warna-dan-ertinya/

3. Sinai, A. (n.d.). PERANAN WARNA DALAM SEBUAH DESAIN. Retrieved 21 October 2015, from http://helliumworks.blogspot.my/2011/03/pentingnya-warna-dalam-sebuah-desain.html

top related