h.etnik presentation
Post on 04-Dec-2015
237 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Integrasi Nasional
Kirthana Sivaraman
• Shamsul Amri (2007) Memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
• Noriati A.Rashid (2010) Menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama.
• Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan.
• Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak.
• Tujuannya ialah untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
• Antara peristiwa yang telah mencetuskan ketegangan antara kaum ialah peristiwa 13 Mei 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia.
• pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
• Tujuannya ialah untuk mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia.
• Pemurnian Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan.
• Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar.
• Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum.
• Bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai kaum di Malaysia, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan.
• Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
• Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya kerana murid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak persekolahan yang sama.
• Berdasarkan kepada garis panduan KPM dan PIPP, peranan guru sebagai Pembina negara bangsa dan modal insan dilaksanakan menerusi cara berikut :
1) Memperkasakan bahasa kebangsaan2) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional3) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
Dasar Pembangunan Nasional
PENGENALAN
• Merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
• Dilancarkan oleh Dato`Seri Dr Mahathir Mohamad
• Bertarikh pada 17 Jun 1991
OBJEKTIF
• 1) Melahirkan perpaduan di kalangan masyarakat
• 2) Mencapai taraf negara maju• 3) Membasmikan dan mencapai perpaduan• 4) Mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi
Baru• 5) Mencapai pembangunan seimbang
• 6) Meningkatkan pengeluaran pertanian dan perindustrian
• 7) Penjagaan alam sekitar
• 8) Membangunkan masyarakat
• 9) Pemindaan tekknologi
• 10) Menangani masalah sosial
• 11) Mengekalkan kestabilan ekonomi
STRATEGI DAN PELAKSANAAN
• Meningkatkan keupayaan tenaga manusia• Memajukan penyelidikan dan pembangunan• Mendapatkan maklumat pasaran
antarabangsa• Mengukuhkan sistem penyampaian
• Melaksanakan sekolah satu sesi• Memupuk nilai positif• Meningkatkan semangat guru• Menggalakan penyertaan sekolah swasta• Meningkatkan kemasukan ke peringkat ijazah
Integrasi Sosial
• Integrasi Sosial adalah proses penyesuaian unsur-unsur yang berbeda dalam masyarakat menjadi satu kesatuan.
• Unsur yang berbeda tersebut meliputi perbedaan kedudukan sosial, ras, etinik, agama, bahasa, nilai dan norma.
ASIMILASI AKULTURASI
Proses sosial yang ditandai dengan adanya usaha untuk mengurangi perbedaan yang ada di antara individu atau kelompok dalam masyarakat. Tidak lagi ada perbedaan antarindividu karena batasan diantara mereka telah hilang
Proses penerimaan unsurbudaya baru namun tidak menghilangkanunsur budaya yang telah dianutnya.
Bentuk Integrasi Sosial
FAKTOR PENDORONG
INTEGRASI SOSIALToleransi terhadap kelompok berbedaKesempatan yang seimbang dalam
ekonomiSikap saling menghargai orang lain
dengan kebudayaannyaSikap terbuka dari golongan yang
berkuasa dalam masyarakatPersamaan dalam unsur kebudayaan
∆ Untuk meningkatkan Integrasi Sosial, Maka pada diri masing-masing harus mengendalikan perbedaan/konflik yang ada pada suatu kekuatan bangsa dan bukan sebaliknya.
∆ Tiap warga masyarakat merasa saling dapat mengisi kebutuhan antara satu dengan yang lainnya.
Syarat Berhasilnya Integrasi Sosial
Integrasi Ekonomi
Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.
Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.
Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.
Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.
Rancangan pembangunan lima tahun sebelum 1970
Rancangan pembangunan lima tahun sebelum 1970
RANCANGAN PEMBANGUN
AN LIMA TAHUN
Menerangkan :1. Pencapaian langkah – langkah
pembangunan dalam tempoh lima tahun sebelumnya
2. Matlamat pembangunan yang ingin dicapai bagi tempoh lima tahun akan datang
3. Dasar – dasar penting ekonomi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut
Transisi era kemerdekaan yang dikenali
sebagai Rancangan
Malaya Pertama (1956-
1960)
Rancangan Malaya Kedua
(1961-1965)
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Rancangan Malaysia
Kesembilan (2006-2010)
Pelancaran Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.
Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat
MATLAMAT
Strategi pembangunan Lima Tahun Pertama
1. Strategi pembangunan lima tahun pertama dimulakan dengan memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan dengan matlamat meningkatkan pendapatan penduduk melalui kenaikan harga di pasaran.
2. Menubuhkan Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) yang kini telah ditukarkan kepada MARA sejak tahun 1966.
3. RIDA berperanan untuk merancang dan menyediakan rancangan untuk pembangunan ekonomi masyarakat desa, melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
4. MARA pula berperanan menggalakkan, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam pelbagai bidang sosial dan pendidikan serta ekonomi dan pelaburan. Selain itu, ia juga berperanan untuk melahirkan sebuah masyarakat pengusaha dan peniaga Bumiputera yang maju dan berdikari bagi megubah cara hidup mereka supaya mempunyai nilai – nilai keusahawanan
5. Menubuhkan LKTP pada tahun 1956 sebagai usaha memperbaiki hidup penduduk luar bandar. Agensi ini kemudiannya ditukar kepada FELDA pada tahun 1971 untuk ditugaskan membuka tanah baharu bagi tujuan penempatan semula, menambahkan hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
Analisis
Rancangan Malaya Pertama melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1, 100 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak 44.5% digunakan untuk pembangunan ekonomi dan bakinya untuk perbelanjaan keselamatan dan pertahanan bagi menghadapi ancaman pengganas komunis.
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Menyediakan lebih banyak kemudahan asas
Mengalakkan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar bandar
TUMPUAN
Rancangan MalayA kedua (1961 – 1965)
1. Mengurangkan perbezaan taraf hidup antara kawasan
2. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk luar bandar
3. Menyediakan kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan, pelajaran serta perumahan penduduk luar bandar
4. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian sebagai tambahan kepada tanaman getah.
MATLAMAT
STRATEGI PERLAKSANAAN Menggalakkan penyertaan rakyat dalam perancangan
program pembangunan dan perlaksanaan dan perancangan program oleh kerajaan berdasarkan permintaan masyarakat setempat.
Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat kampung dan daerah melalui sistem Bilik Gerakan.
Bilik Gerakan berperanan mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi dengan mengumpulkan segala maklumat tentang perangkaan, peta dan carta yang menunjukkan kemajuan setiap kawasan pembangunan yang dilancarkan .
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
1. Pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan negara melalui rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia
TUMPUAN
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
1. Mengurangkan pergantungan terhadap getah dan bijih timah.
2. Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran.
3. Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah.
4. Mempercepatkan integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.
MATLAMAT
Strategi perlaksanaan 1. Melaksanakan skim pembangunan tanah di luar bandar dengan
mengadakan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di samping menyediakan kemudahan infrastruktur. Bagi melaksanakan program ini, sebanyak RM4, 500 juta telah dibelanjakan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di luar bandar.
2. Memberikan bantuan kredit luar bandar untuk mengatasi masalah kekurangan modal bagi mengelakkan para petani daripada ditindas oleh orang tengah. Beberapa institusi ditubuhkan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, Koperasi Luar Bandar dan Bank Pertanian Malaysia.
3. Agensi Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan bagi menyokong usaha di atas.
Strategi perlaksanaan
4. FELCRA ditubuhkan untuk membantu pembangunan ekonomi luar bandar yang dijalankan oleh FELDA.
5. MARDI pula ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemasaran dan pengeluaran hasil – hasil tanaman kecuali getah.
6. Bagi memajukan bidang perindustrian, pada peringkat awal ini, beberapa langkah diambil iaitu seperti meluluskan Akta Pelaburan 1968 untuk menggalakkan perkembangan industri – industri baharu, menubuhkan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan memberikan taraf perintis kepada industri – industri baharu yang diberikan pengecualian cukai selama lima tahun.
Analisis
Penghujung Rancangan Malaysia Pertama ini, iaitu pada tahun 1970, pendapatan purata isi rumah Melayu meningkat sedikit iaitu RM172 sebulan.
Namun, kadar ini masih jauh dibelakang isi rumah kaum-kaum lain. Pendapatan isi rumah keluarga Cina ialah RM 394 sebulan manakala kaum India RM304 sebulan.
Pemilikan modal dan harta yang kecil boleh disabitkan sebagai punca kemiskinan. Sebanyak 63% modal negara adalah dimiliki oleh rakyat asing (Malaysia, 1971:46; Malaysia, 1976:99).
Lanjutan daripada kelemahan – kelemahan inilah membawa kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.
Rumusan
Secara kesimpulannya, kerajaan telah mengambil pelbagai usaha untuk mewujudkan integrasi dalam negara melalui pelbagai aspek supaya kesejahteraan dan kemakmuran negera dapat dikekalkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik tolak kepada usaha kerajaan dalam mewujudkan integrasi
Sekian, terima kasih…
top related