hbhe2103 761020135460 september 2010; hbmt2103_smp assignment
Post on 14-Jun-2015
7.524 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBHE2103PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
SEMESTER: SEPTEMBER (2010)
marshiza@gmail.com
NAMA TUTOR:
ENCIK LUQMAN HAKIM BIN JAMIN
NAMA E-TUTOR
ENCIK SHUHAIRI BIN SAHAIMI
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBHE2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
SEMESTER : SEPTEMBER 2010
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan
Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times New Roman” dan
langkau baris 1.5.
3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.
4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.
5. Anda perlu menghantar tugasan secara online melalui myVLE. Sila rujuk kepada arahan dalam portal
untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penghantaran tugasan secara online.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 5. Serahan selepas tarikh tidak akan
diterima.
7. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalam soalan tugasan.
8. Tugasan ini terhad kepada 1000 – 1200 patah perkataan sahaja.
9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Tugasan yang dihantar secara automatik
akan disemak untuk persamaan.
a. Tugasan bertindih antara 10-30% akan dikenakan 20% penolakan markah keseluruhan.
b. Tugasan bertindih melebihi 30% akan diberikan markah sifar (0) keseluruhan. Dalam kes tertentu, gred
kursus akan ditentukan berdasarkan komponen lain dalam keseluruhan penilaian.
Isi kandungan Muka surat
Penghargaan i
Kajian Mengenai Rancangan Makanan Tambahan(RMT) Di Sekolah
dan Sejauh Mana Keberkesanannya Dalam Mempertingkatkan
Akademik Pelajar-Pelajar Terlibat 1
Abstrak 1
Pengenalan 1
1.0Kajian Mengenai RMT Di Sekolah
Dapatan Kajian : 1.1.1 - 1.1.9
Pentadbiran/Organisasi 1
Sumber Kewangan Diperoleh Untuk Program RMT 2
Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Peserta RMT 3
Kaedah Kriteria Pemilihan Tender Untuk RMT 3
Kaedah pembayaran Kepada Pihak Pennyediaan Makanan 4
Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Peserta 4
Pemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat RMT 4-5
Pemilihan Bahan-Bahan mentah 5
Menu Makanan Yang Disediakan 5-6
Cara Penyediaan Makanan Disediakan 6
2.0 Kajian Mengenai Sejauh Mana Keberkesanan RMT
Dalam Mempertingkatkan Pencapaian Akademik
Pelajar-pelajar Yang Terlibat Dalam RMT. 7
2.1 Dapatan Kajian 7-10
3.0 Rumusan Kajian Dan Cadangan Penambahbaikan 10
Rujukan ii
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
SOALAN TUGASAN
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha untuk membantu dan meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan pelajar di sekolah
rendah. Program ini bertujuan untuk memberi makanan secara percuma kepada pelajar sekolah rendah
terutama di kawasan luar bandar dan golongan yang berpendapatan rendah.
a) Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di
sekolah anda.
(15 markah)
b) Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam kajian anda. Kajian
ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan pencapaian
akademik pelajar yang terlibat.
(10 markah)
c) Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda secara analitikal
sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini.
(5 markah)
)Jumlah: 30 markah(
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
Penghargaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi
kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk
Program Bersepadu Sekolah Sihat (HBHE2103) pada kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang
begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam
meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM
Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga
OUM semester September 2010 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang
telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan
tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah yang di hormati, Encik Luqman Hakim Bin Jamin. kerana
telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam
menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak
mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik
datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.
Sekian terima kasih.
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
i
KAJIAN MENGENAI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH DAN
SEJAUH MANA KEBERKESANAN RMT DALAM MEMPERTINGKATKAN AKADEMIK
PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT.
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
Abstrak: Rancangan Makanan Tambahan (RMT) merupakan satu program yang telah diwujudkan di semua
sekolah-sekolah kerajaan di negara ini.. RMT ini adalah salah satu program dikelola, diselia dan dilaksanakan
sepenuhnya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diwujudkan sejak tahun 1979. Tujuan kajian
ini adalah untuk mengetahui tentang bagaimana Program RMT dikelolakan dan diselenggarakan disekolah dan
sejauh manakah keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan akademik pelajar-pelajar yang terlibat. Kajian
dilakukan terhadap pihak pentadbir sekolah, guru-guru jawatankuasa RMT, pihak pembekal makanan dan
pelajar-pelajar yang terlibat dalam RMT Sekolah Paya Rumput Melaka. Dalam kajian ini, terdapat 20
responden telah dipilih secara rawak daripada 80 penerima RMT yang terdiri daripada pelajar tahun satu
hingga enam. Kajian ini juga dibuat secara menyeluruh dari segi pelaksanaan dan pengelolaan serta
pentadbiran program RMT.
Pengenalan
Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah dilaksanakan di sekolah-sekolah Malaysia adalah
bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin dari segi
memberi makanan tambahan yang sewajarnya. Ianya adalah satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam mambantu memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah
yang mana kaedahnya ialah dengan memberi makanan 25%-33% daripada keperluan kalori harian kanak-
kanak tersebut dan bukanlah untuk memberi keperluan harian sepenuhnya. Murid berstatus“Warganegara
Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM
80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Bermula pada Januari setiap tahun minggu pertama
persekolahan murid-murid yang layak telah mula diberi makanan percuma dibawah program kementerian iaitu
Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Pada masa ini, Program RMT akan berlangsung selam 190 hari setiap
tahun persekolahan. Namun begitu sekolah-sekolah yang terdapat murid-murid Islam, program ini akan
dihentikan sementara waktu ketika di bulan Ramadhan, tetapi bilangan hari bagi program adalah tetap sama.
Bilangan penerima atau peserta program ini adalah berbeza antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lain
berdasarkan kepada kedudukan sekolah, saiz sekolah (bilangan murid-murid), taraf pemakanan penduduk
setempat dan pendapat keluarga. Ini bermaksud, sekolah-sekolah yang terletak di kawasan yang mundur serta
sekolah yang mempunyai bilangan murid yang kecil amat diberi keutamaan. Setiap penerima pula menerima
peruntukan sebanyak RM1.80 untuk sehari.
1
1.0 Kajian mengenai Rancangam Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah.
1.1. Dapatan Kajian:
1.1.1Pentadbiran/Organisasi
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
Untuk kajian ini, saya mengambil Sekolah Kebangsaan Paya Rumput Melaka (SKPR) sebagai sumber
kajian. Di sekolah ini, seramai 80 orang murid yang dikenalpasti layak untuk menerima RMT pada tahun ini
berdasarkan beberapa kriteria tertentu . Pihak yang terlibat dalam pemberian Rancangan Makanan Tambahan
di sekolah ialah, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Setiausaha HEM, Penyelaras
RMT, setiausaha dan ahli jawatankuasa yang telah dipilih. Tugas jawatankuasa ialah memilih dan
mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria-kriteia yang telah ditetapkan oleh
KPM serta merekod penerimaan makanan oleh murid-murid di hari-hari yang berkaitan. Selain itu, guru
RMT bertanggungjawab mengawas murid ketika menikmati makanan sambil menerapkan nilai-nilai murni
dan adab ketika makan serta mengawas pengurusan pembekalan makanan. Jawatankuasa RMT juga
berperanan mengambil kira tentang pertumbuhan fizikal murid-murid dengan mengukur berat dan ketinggian
di awal dan akhir tahun. Selain itu pihak sekolah juga memastikan rekod penerimaan perbelanjaan
peruntukan RMT disimpan secara kemaskini. Rajah 1 merupakan carta organisasi bagi unit RMT di SKPR
Melaka .
Rajah 1: Carta Organisasi Unit Rancangan Makanan Tambahan SK Paya Rumput Melaka.
2
1.1.2 Sumber Kewangan Untuk Program RMT
Sumber kewangan untuk program RMT dikeluarkan daripada ‘Bahagian Kewangan’di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kaedah pembayaran yang lakukan ialah melalui saluran kesemua peruntukan terus ke
Akaun Kumpulan Wang kerajaan (KWK) iaitu bagi sekolah yang mempunyai akaun bank ataupun terus ke
PENGERUSI
GURU BESAR
N . PENGERUSI
GPK HAL EHWAL MURID
SETIAUSAHA HEM
KETUA UNIT RMT/PSS
PN MARSHIZAWATI
KETUA UNIT RMT/PSS
PN MARSHIZAWATI
KETUA UNIT RMT/PSS
PN MARSHIZAWATI
KETUA UNIT RMT/PSS
PN MARSHIZAWATI
PENYELARAS RMT/PSS
SETIAUSAHA RMT/PSS
AHLI JAWATANKUASA
5 ORANG GURU
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
Akaun Khas di Pejapat Pendidikan Daerah PPD yang berkenaan bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai
akaun bank. Setelah itu, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menghantar surat
kepada Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan juga PPD bagi memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun
bank sekolah atau PPD. Pihak sekolah atau PPD perlu menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah
dimasukkan berdasarkan surat pemberitahuan daripada Bahagian Kewangan, KPM. (Surat Pekeliling
Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah)
1.1.3 Kaedah dan kriteria pemilihan Peserta RMT.
Pemilihan peserta RMT adalah berdasarkan kriteria atau keutamaan berikut;
a. Murid-murid yang mempunyai warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 yang bersekolah
di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
b. Murid-murid yang mempunyai simptom kurang zat makanan yang telah dipilih oleh Perkhidmatan
Kesiahatan Sekolah dan guru darjah dan diselaraskan oleh satu jawatankuasa Khas di peringkat
sekolah.
c. Murid-murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, iaitu RM400 sebulan atau perkapita
pendapatan ialah RM80 bagi satu keluarga. Ini terjadi kerana bilangan ahli seisi rumah adalah ramai
selalunya bilangan adik beradik yang melebihi lima orang.
d. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang telah di
tubuhkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai
miskin. (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah)
1.1.4 Kaedah dan Kriteria Pemilihan Tender Untuk RMT
Menurut buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah, semasa memilih tender untuk RMT,
kriteria yang paling diutamakan ialah jika nilai pemerolehan tidak melebihi RM 50,000 setahun, perolehan
hendaklah dibuat secara lantikan terus kepada pengusaha kantin bagi sekolah yang mempunyai perkhidmatan
kantin. Namun begitu, sekiranya sekolah tersebut tidak mempunyai
3
perkhidmatan kantin, Jawatankuasa RMT sekolah boleh membuat lantikan terus kepada Persatuan Ibu Bapa
dan guru sekolah berkenaan. Sekiranya ibu bapa murid berkenaan tidak berminat, Jawatankuasa RMT bolehlah
membuat lantikan kepada pembekalan RMT kepada keluarga guru atau kakitangan sekolah tersebut. Bagi nilai
pemerolehan yang melebihi RM50,000 setahun, pemerolehan hendaklah dibuat dengan pelawaan sebutharga
kepada sekurang-kurangnya lima(5) pembekal tertakluk kepada arahan Perbendaharaan dan peraturan-
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. Dalam kajian ini mendapati SK Paya Rumput telah melantik
secara terus kepada pengusaha kantin sebagai pembekal makanan RMT sekolah ini.
1.1.5 Kaedah Pembayaran kepada Pihak Penyediaan Makanan.
Semasa proses pembayaran dilakukan, Pembekal Makanan perlu menyediakan invois dan dokumen lain yang
dilengkap diisi dengan butir-butir perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan oleh pihak kerajaan tidak
lewat daripada 5 haribulan berikutnya selepas menjalankan perkhidmatannya atau dalam apa-apa tempoh masa
yang munasabah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan dan seterusnya di hantar kepada kerajaan. Setelah itu,
Kerajaan akan memproses pembayaran Nilai Perjanjian terhadap pembekal tersebut. Pembayaran Nilai
Perjanjian dilakukan dalam unit Ringgit Malaysia kepada pembekal makanan.
1.1.6 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Penerima
Setiap pagi seawal pukul 7.10, murid-murid akan berkumpul di kawasan RMT di kantin untuk menerima
makanan. Mereka perlu beratur ketika mengambil makanan. Semasa ini, seorang guru ditugaskan untuk
memantau perjalanan program RMT pada hari itu. Pekerja RMT bertindak membantu dalam mengedarkan
makanan kepada penerima-penerima RMT. Guru bertugas akan mengingatkan murid-murid tentang nilai-nilai
murni seperti kesyukuran ketika membaca doa sebelum makan dan selepas makan , nilai kebersihan serta
tanggungjawab ketika meletakkan pinggan dan cawan yang kotor di tempat yang disediakan.
1.1.7 Pemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat Dalam RMT
Bagi pekerja-pekerja yang terlibat dalam penyediaan RMT, mereka perlu mengikut peraturan tertentu seperti
pemerikasaan perubatan yang mana semua pekerja yang terlibat hendaklah diperiksa dan disahkan sihat oleh
doktor kerajaan. Setelah melalui pemeriksaan kesihatan, pekerja ini akan diberikan sijil kesihatan yang sah.
Bagi yang tiada sijil kesihatan yang sah daripada doctor, mereka tidak dibenarkan membantu di tempat
4
makanan. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap pekerja-
pekerja ini. Pekerja yang batuk, demam, selsema, berkudis dan sebagainya adalah tidak dibenarkan bekerja di
tempat memasak atau makanan. Selain itu Semua pekerja perlu mamakai pakaian yang bersih dan digalakkan
memakai pakaian berwarna putih. Apron dan penutup kepala juga amat digalakkan. Kebersihan diri dari segi
kuku, tangan dan rambut juga adalah amat dititikberatkan semasa pekerja mengendalikan makanan.
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
1.1.8 Pemilihan Bahan-bahan Mentah
Dari segi pemilihan bahan-bahan mentah, pembekal perlu menitikberatkan kebersihan dan kesihatan murid-
murid. Bahan-bahan mentah yang dipilih mestilah segar dan berkualiti. Contohnya sayur-sayuran, ikan, daging,
atau ayam, buah-buahan mestilah yang masih elok dan baru . Ini sedikit sebanyak dapat menjamin makanan
yang berzat dapat dinikmati oleh murid-murid. Bahan-bahan mentah yang tidak baik dan berkeadaan terlalu
lama disimpan akan menyebabkan segala zat di dalam bahan-bahan berkurangan. Oleh yang demikan makanan
yang dihasilkan bukan sahaja tidak berzat malahan boleh mendatangkan mudarat kepada murid-murid sebagai
contoh keracunan makanan yang kerapkali kita lihat di dalam media massa. Kajian yang dibuat kepada
pembekal makanan RMT di SKPR amat memuaskan hati saya. Ini kerana bahan-bahan mentah yang telah
disediakan menepati syarat-syarat dan perjanjian dengan Kerajaan. Ini kerana pembekal Makanan hendaklah
menurut arahan kerajaan dengan melaksanakan Perkhidmatan dari semasa ke semasa sama ada secara lisan
atau bertulis. Antaranya ialah pembekal makanan hendaklah memastikan bahan mentah, disimpan di tempat
yang selamat dan sentiasa di kemaskinikan. (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah)
1.1.9 Menu Makanan Yang Di Sediakan
Di SK Paya Rumput Melaka ini, pemilihan menu makanan adalah ditentukan semasa mesyuarat Jawatankuasa
RMT. Pemilihan Menu makanan adalah berdasarkan kepada buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan
Di Sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyediaan RMT hendaklah
mengikut 20 jenis menu yang . Pihak sekolah telah memilih 10 menu secara bergilir-gilir. Namun begitu,
pihak sekolah terutamanya jawatankuas RMT membuat pilihan daripada 20 senarai menu yang disediakan
mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid. Pemberian makan adalah daripada hari Isnin hingga
Jumaat. Rajah 2 adalah contoh Jadual Menu RMT pada setiap hari dan pada minggu yang berbeza.
5
HARI
MENU SEPANJANG MINGGU
MINGGU 1 & 3 MINGGU 2 & 4
ISNIN NASI LEMAK, BUAH OREN,
AIR BEPERISA SOYA
BUBUR NASI (AYAM/DAGING), BUAH OREN, AIR
BERPERISA COKLAT
SELASA MI KARI/MI REBUS, BUAH EPAL,
AIR BEPERISA COKLAT
BIHUN GORENG, BUAH OREN,
AIR BERPERISA COKLAT
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
RABU BUBUR NASI , BUAH TEMBIKAI,
AIR BERPERISA SOYA
NASI LEMAK, BUAH TEMBIKAI,
AIR BERPERISA MALTA
KHAMIS NASI AYAM, BUAH LAI,
AIR BERPERISA MALTA
MEE GORENG, BUAH EPAL,
AIR BERPERISA MALTA
JUMAAT ROTI SANDWICH SARDIN, BUAH LIMAU,
AIR BERPERISA SOYA
NASI GORENG, BUAH TEMBIKAI,
AIR BERPERISA COKLAT
Rajah 2: Jadual Menu RMT SKPR Dari Isnin Hingga Jumaat
1.1.10 Cara Penyediaan Makanan
Menurut buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah yang dikeluarkan oleh KPM2003, bahan
makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan yang mengandungi zat makanan tertentu
untuk membina badan, memberi tenaga dan mencegah penyakit, segar dan tidak basi, tidak rosak dan busuk,
mengenyangkan serta tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan
kesihatan. Kajian mendapati penyediaan makanan dan makanan dan minuman terselamat daripada habuk, lalat,
lipas, tikus, sentuhan tangan kotor, bersin batuk dan punca pencemaran yang lain. Perkakasan untuk
menghidang seperti cawan, pinggan dan sebagainya adalah baik dan tidak sumbing serta tidak digunakan lebih
daripada seorang. Seorang pekerja bertanggungjawab dalam menguruskan penyediaan ini dan menyusun atur
air, makanan dan buah-buahan. Makanan akan diisi kedalam pinggan hanya ketika pelajar mengambil
makanan. Makanan didapati sentiasa tertutup dengan penutup khas. Amalan kebersihan amat dititkberatkan.
6
2.0 Kajian Mengenai Sejauh mana keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar yang terlibat dalam RMT.
Daripada 80 orang penerima RMT, saya telah memilih 20 orang daripada mereka, iaitu 10 orang lelaki dan 10
orang perempuan untuk dijadikan sampel. Pemilihan sampel itu terdiri daripada empat orang daripada tahun
satu, empat orang daripada tahun dua, empat orang daripada tahun tiga, tiga orang daripada tahun empat, tiga
orang daripada tahun 5 dan dua orang daripada tahun enam Kebanyakan mereka ialah dari golongan murid-
murid di kelas yang paling akhir, mempunyai adik beradik yang melebihi 5 orang dan mempunyai ibu bapa
yang berpendapatan paling rendah. Rajah 3 menunjukkan jadual mengenai 20 orang sampel yang dipilih
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti taraf sosio ekonomi mereka, kawasan tempat tinggal mereka,
taraf pendidikan ibu bapa dan bilangan adik beradik mereka.
2.1. Dapatan Kajian:
Rajah 3 : Jadual 20 Orang Responden Yang dipilih Mengikut KriteriaTertentu
7
Berdasarkan Rajah 3 tersebut, seramai 20 orang responden telah dipilih secara rawak daripada setiap tahun
berdasarkan soal selidik yang merangkumi profil responden, pengetahuan guru serta jawatankuasa RMT
mengenai pengurusan RMT dan pelaksanaan Pengurusan RMT. Melalui jadual tersebut, didapati taraf sosio
ekonomi keluarga responden kebanyakannya kurang daripada RM1000.. Pekerjaan ibu bapa responden
kebanyakannya terdiri daripada pekerjaan kampung, bekerja sendiri, pengawal keselamatan, peniaga kecil,
tukang kebun dan pekerja kilang.
Responden Ciri-ciri Jumlah Peratus %
Taraf Sosio
Ekonomi
< RM1000 12 60
< RM700 6 30
< RM500 2 10
Kawasan Tempat
Tinggal
Kampung 12 60
Rumah Kos Sederhana 2 10
Rumah Kos Rendah 8 40
Taraf Pendidikan
Ibu Bapa
Sijil Kemahiran 5 25
Sijil Pelajaran Malaysia 12 60
Sijil Rendah Pelajaran 2 10
Darjah Enam 1 5
Bilangan Adik
Beradik
> 12 3 15
> 8 5 25
> 5 12 60
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
Dari segi tempat tinggal kebanyakan mereka tinggal di kampung Paya Rumput iaitu seramai 12 orang, dua
orang tinggal di rumah kos sederhana dan lapan orang tinggal tinggal di rumah kos rendah. Mengenai taraf
pendidikan ibu bapa pula sebanyak 25 %( 5 orang) daripadanya ialah memegang sijil kemahiran seperti
vokasional dan industri, 60%(12 orang) pula mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia, 10 %(2 orang) mempunyai
Sijil Rendah Pelajaran dan hanya seorang yang hanya mempunyai tahap pelajaran setakat darjah 6 .
Untuk bilangan adik beradik pula, kebanyakannya mempunyai adik-beradik melebihi lima orang iaitu
seramai 12 orang dan ada juga melebihi lapan iaitu seramai lima orang dan 3 orang daripada mereka
mempunyai adik beradik yang melebihi 13 orang. Tiga orang responden ini merupakan adik beradik yang
terdiri daripada tahun satu, dua dan tiga. Bapa mereka adalah seorang pengawal keselamatan dan ibu mereka
hanya surirumah. Namun begitu ada di antara anak mereka yang sudah bekerja dan sedikit sebanyak dapat
membantu keluarga.
Kebanyakan responden mempunyai pendapatan ibu bapa perkapita hampir RM80 untuk seisi rumah. Ini
disebabkan bilangan ahli dalam keluarga yang begitu ramai. Kebanyakan responden juga merupakan penerima
bantuan Kumpulan Wang Amanah Miskin (KWAMP). Pada pandangan peribadi saya, kebanyakan mereka
wajar mendapat bantuan ini memandangkan kepayahan hidup yang dialami oleh pelajar dan ahli keluarganya.
Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibubapa mereka.
8
Rajah 4: Jadual Ciri-ciri Responden Dari Segi Akademik, Kesihatan Dan Keyakinan Kendiri
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
Berdasarkan jadual di atas, responden telah dinilai dari segi akademik, kesihatan dan keyakinan kendiri
mereka yang dinilai dari awal tahun hingga akhir tahun oleh guru masing-masing. Dari segi akademik, , pada
awal ujian, 4 orang yang memperolehi gred A. Mereka terdiri daripada 2 orang pelajar tahun 1, seorang pelajar
tahun dua dan seorang pelajar tahun 6. Seramai 7 orang pelajar pula telah memperolehi gred B, 6 orang
memperolehi gred C, 2 orang gred D dan seorang gred E.
9
Namun begitu, baru-baru ini setelah berakhirnya peperiksaan akhir tahun, terdapat sedikit peningkatan bagi
keputusan peperiksaan responden, iaitu seramai 20% (4 orang) telah mendapat gred A, 50% (10 orang)
Responden Ciri-ciri
Ujian Pra
( Ujian Bulanan)
Ujian Post
(Peperiksaan Akhir
Tahun)
Bil. % Bil %
Akademik
( Keputusan
Keseluruhan)
Gred A 4 20 4 20
Gred B 7 35 10 50
Gred C 6 40 5 25
Gred D 2 10 1 5
Gred E 1 5 0 0
Kesihatan
Ciri-Ciri Bil. Ada % Bil. Tiada %
Pertambahan Berat 17 85 3 15
Pertambahan Ketinggian 20 100 0 0
Pertumbuhan Badan Normal 20 100 0 0
Keyakinan
Kendiri
Ciri-Ciri Bil. Ada % Bil. Tiada %
Kekemasan Diri 15 75 5 25
Kebersihan Diri 15 75 5 25
Disiplin 20 100 0 0
Kesihatan Yang Baik 18 90 2 10
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
mendapat gred B, 25% (5 orang)telah memperolehi gred C, 5% (1orang) untuk gred D dan tiada yang
mendapat gred E lagi. Dan apa yang membanggakan, ialah baru-baru ini responden daripada tahun enam telah
berjaya memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk 2010.
Dari segi kesihatan tubuh badan, keseluruhan responden didapati mengalami pertumbuhan yang normal
dan terdapat perubahan ketinggian badan serta terdapat juga pertambahan berat badan seiring dengan
pertambahan ketinggian tersebut. Namun demikian seramai 3 orang responden didapati tiada peningkatan berat
badan. namun yang demikian mengalami pertambahan ketinggian dan didapati tiada masalah kesihatan.
Dari segi keyakinan kendiri, melalui soal selidik dengan guru RMT dan guru kelas responden, didapati
rata-rata mereka mengalami perubahan yang baik dari segi keyakinan kendiri terutamanya kekemasan diri,
kebersihan diri, disiplin yang memuaskan dan kesihatan yang baik. Namun begitu, ada juga segelintir pelajar
yang masih tiada perubahan positif berkemungkinan daripada masalah keluarga, pengaruh rakan atau kurang
sokongan atau motivasi daripada sekeliling. 10% (2 orang) didapati tidak mengalami kesihatan yang baik
kerana kerap menghadapi selsema, dan sentiasa menghadapi masalah berhingus. Pelajar ini terdiri daripada
pelajar tahun satu.
3.0 Rumusan Kajian Dan Cadangan Penambahbaikan.
Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah saya lakukan di SKPR, pandangan saya mengenai
keberkesanan dan kejayaan program RMT ini adalah memuaskan hati saya secara peribadinya. Ini kerana
bantuan RMT ini memberi manfaat yang begitu besar terhadap pelajar-pelajar dari psikologi dan fisiologi
kanak-kanak. Secara umumnya, kanak-kanak yang sihat akan mengalami pertumbuhan yang baik dari segi
mental dan fizikal.
Mengikut teori Maslow, peringkat keperluan fisiologi ini merupakan keperluan yang paling asas.
Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini
merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,
minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar
yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran
mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu
atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan
mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu.
Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.
10
Pada pendapat saya, bagi melancarkan lagi bantuan RMT adalah lebih baik jika ia diadakan dua kali dalam
sehari iaitu sekali sebelum masuk ke kelas pembelajaran dan sekali lagi diadakan semasa waktu rehat. Ini
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan fizikal kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Kebanyakan
responden didapati hanya membawa 50 sen hingga RM2 sehari sebagai wang saku dan wang itu tidak
mencukupi untuk membeli makanan yang berzat. Tambahan pula mereka akan menghadiri kelas agama pada
waktu petangnya. Ini sungguh menyedihkan jika mereka terpaksa kelaparan semasa di sekolah agama. Selain
itu, adalah lebih baik jika pihak Kerajaan menaikkan lagi peruntukan RMT daripada RM1.80 kepada satu nilai
yang munasabah memandangkan kadar kenaikan harga barang yang begitu tinggi sekarang. Walaupun
makanan yang disediakan agak berzat namun kuantitinya didapati agak sedikit. Pembekal makan menyatakan
itulah harga yang sesuai untuk RM1.80. Namun begitu, pembekal mengatakan jika mereka tidak cukup
menikmati makanan itu mereka boleh menambah kuantiti makanan tersebut. Apapun, secara peribadinya,
pelajar-pelajar ini seharusnya bersyukur dengan bantuan yang mereka telah perolehi itu. Guru-guru perlu
sentiasa mengingatkan mereka tentang nilai-nilai kesyukuran pada Tuhan. Usaha Kerajaan dalam menyediakan
bantuan RMT ini amatlah bermanfaat kepada pelajar-pelajar dan perlulah dihargai oleh semua pihak yang
terlibat. Oleh yang demikian, di harap hasil kajian ini dapat memnuhi kehendak tugasan pada kali ini.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya sudahi
dengan kalimah wassalam.
11
Rujukan:
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
Bahagian Sekolah.KPM.Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan(2003).Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia(2010). Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi Rancangan Makanan
Tambahan
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah
http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html
http://www.2dix.com/view/view.php?urllink=http://psasir.upm.edu.my/4866/2/FPP_2008_7.pdf&searchx=kajian%20RMT
HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002
ii
top related