hab inovasi sektor awam 1. nama...
Post on 02-Mar-2019
229 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
HAB INOVASI SEKTOR AWAM
1. NAMA INOVASI :
Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement – GGP)
2. RINGKASAN INOVASI (maks 500 perkataan) :
Definisi GGP
Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement; GGP) merujuk
kepada pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam yang
mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan
sumber semula jadi, serta meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.
Matlamat Pelaksanaan GGP
Matlamat Kerajaan ialah untuk memacu pembangunan ekonomi negara
secara lestari, iaitu untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah
negara berpendapatan tinggi dan maju yang inklusif dan lestari menjelang
tahun 2020. Dasar Teknologi Hijau Negara (National Green Technology
Policy; NGTP) telah digubal pada tahun 2009 dan GGP dijadikan sebagai
instrumen untuk mencapai aspirasi Kerajaan.
Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran
pengurangan tahap pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% berbanding
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030, iaitu 35%
secara sukarela dan 10% lagi adalah bersyarat dan tertakluk kepada
2
penerimaan bantuan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan
kapasiti daripada negara maju.
Perolehan Kerajaan memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada
pembangunan sosioekonomi kerana ia mewakili kira-kira 12-15% daripada
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Kerajaan telah menyedari
kepentingan perolehan Kerajaan yang memainkan peranan serampang dua
mata iaitu meningkatkan daya saing pengeluaran dan menggalakkan inovasi
pengeluaran produk perusahaan tempatan selain matlamat utama GGP untuk
meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar.
3. LATAR BELAKANG :
Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) Bil.1/2012
pada 23 Oktober 2012 telah memutuskan supaya Bahagian Perolehan
Kerajaan, Kementerian Kewangan bertindak sebagai penyelaras dan
peneraju inisiatif GGP di bawah program MyHIJAU. Dalam hal ini,
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bekerjasama dalam
memberi khidmat nasihat teknikal kepada Bahagian Perolehan Kerajaan,
Kementerian Kewangan dalam meneruskan usaha mempromosi dan
menggalakkan pelaksanaan inisiatif Perolehan Hijau di sektor Awam.
GGP diperkenalkan adalah untuk mengukuhkan lagi dasar perolehan sedia
ada. Pelaksanaan GGP dilihat berupaya mencapai penjimatan jangka
panjang dan mengurangkan beban kepada bajet awam, merangsang
pertumbuhan hijau dan meningkatkan daya saing industri tempatan.
Komitmen Kerajaan dalam menyokong dan melaksanakan insiatif GGP
adalah melalui:
3
a. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) menuju kearah pertumbuhan
hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan di bawah teras
strategik keempat, di mana kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya
20% perolehan hijau menjelang tahun 2020 kearah mewujudkan pasaran
hijau dan pendekatan penggunaan dan pengeluaran lestari. Pelan
Penggunaan dan Pengeluaran Lestari (SCP Blueprint) akan dilancarkan
dan memberi penekanan kepada GGP sebagai salah satu laluan bagi
meyokong dan membimbing dalam melaksanakan aktiviti bagi
pertumbuhan hijau di dalam RMK-11;
b. Matlamat jangka masa sederhana bagi Dasar Teknologi Hijau Negara
menyatakan bahawa teknologi hijau menjadi pilihan utama dalam
perolehan;
c. Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) teras inisiatif (E3)
bertumpu kepada projek-projek awam bagi menerajui amalan mampan
yang meningkatkan standard bagi pembinaan, dengan bertumpu kepada
projek awam bagi meningkatkan spesifikasi perolehan, pengagihan dan
pencapaian sumber;
d. Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu (NREPAP) mengukur
secara strategik dengan menggunakan kuasa perolehan kerajaan bagi
merangsang Tenaga Boleh Baharu dan pertumbuhan industri yang
memerlukan pelaksanaan pembinaan atau pengubahsuaian tender oleh
kerajaan bagi menyediakan keutamaan teknologi Tenaga Boleh Baharu;
e. Model Ekonomi Baru (MBE) mencadangkan polisi perolehan kerajaan
bagi menggalakkan inovasi teknologi produk dalam menjadikan Malaysia
sebagai satu ‘platform ujian’ bagi produk dan perkhidmatan baru yang
4
mengutamakan peranti jimat tenaga, tenaga hijau dan amalan
pembuatan yang mampan;
f. Ucapan Bajet 2010 menekankan keutamaan produk dan perkhidmatan
mesra alam dan produk yang mematuhi piawaian teknologi hijau dan
perolehan kerajaan;
g. Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) – Bermula 2015, inisiatif GGP
telah menjadi sebahagian daripada kriteria penilaian di bawah Indeks
SSR bagi agensi Sektor Awam oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
4. OBJEKTIF:
Objektif pelaksanaan GGP adalah seperti berikut:
a. Membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan tahap
pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% berbanding Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030
b. Meningkatkan permintaan produk hijau yang mesra alam dalam pasaran
tempatan dan antarabangsa
c. Meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap kepentingan penggunaan
produk mesra alam dan kesannya terhadap kelestarian alam sekitar.
d. Mewujudkan peluang inovasi dan menyokong peningkatan daya saing
usahawan tempatan dalam mengahasilkan produk hijau yang mesra alam
5
e. Membantu pertumbuhan industri teknologi hijau dan pasaran hijau di
Malaysia
5. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN :
Kementerian dan Agensi Kerajaan
6. PENERANGAN:
a) Kreativiti:
Pengurusan Permintaan
Penilaian keperluan perolehan yang tepat merupakan langkah pertama ke
arah melaksanakan GGP. Perolehan produk dan perkhidmatan yang tidak
perlu akan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan menjadikan
perbelanjaan tidak berhemah. Pengurusan permintaan yang berkesan
boleh mengurangkan pembelian produk, mengurangkan jumlah atau jenis
barang yang diperlukan serta mengurangkan kekerapan pembelian atau
penggantian barangan dan perkhidmatan tertentu.
Hubungan yang rapat dengan pengguna akhir (end user) bagi produk dan
perkhidmatan adalah diperlukan untuk penyelesaian yang bijak, mesra
alam dan kos yang efisien. Kesediaan untuk memeriksa amalan sedia ada
secara lebih teliti juga diperlukan.
6
Mengintegrasikan Kriteria Alam Sekitar
Kriteria alam sekitar boleh digunapakai hampir di setiap peringkat proses
perolehan, bermula daripada mengenal pasti keperluan, menyedia
spesifikasi teknikal, menilai tawaran pembida, memilih pembekal
sehinggalah kepada mengurus kontrak. Dalam dokumen perolehan,
kriteria alam sekitar boleh diperkenalkan melalui:
Bidang Pengkhususan Perolehan
Pegawai perolehan hendaklah menyatakan dengan jelas jenis produk
dan perkhidmatan hijau yang akan diperoleh untuk menunjukkan niat
mereka bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan hijau. Sebagai
contoh, pegawai perolehan boleh menyatakan bahawa bidang
pengkhususannya ialah 'untuk membekalkan peralatan ICT mesra
alam' atau ‘untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan hijau'.
Dengan cara ini, pegawai perolehan telah menunjukkan kesediaan
kepada pembekal untuk bertukar kepada GGP.
Dalam beberapa kes, spesifikasi bagi bidang pengkhususan sudah
mengecualikan sesetengah jenis produk yang tidak mesra alam
sekitar. Seperti contoh, bidang pengkhususan menetapkan keperluan
lampu cekap tenaga, secara tidak langsung penggunaan mentol lampu
konvensional adalah tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, bidang pengkhususan tidak boleh bersifat
diskriminasi. Kriteria alam sekitar yang tepat perlu ditakrifkan dalam
dokumen perolehan dalam bentuk spesifikasi teknikal atau kriteria
penganugerahan.
7
Spesifikasi Teknikal Produk, Perkhidmatan dan Kerja
Spesifikasi teknikal hendaklah menggabungkan kriteria alam sekitar.
Kriteria tersebut hendaklah dalam bentuk kriteria mandatori (core
criteria) dan kriteria penganugerahan (award criteria). Kriteria ini
hendaklah ditentukan dan diterbitkan sebelum proses penilaian tender
termasuklah pemberat bagi setiap kriteria.
b) Keberkesanan:
Inisiatif GGP merupakan pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi
negara yang mampan khususnya dalam menggalakkan amalan
pengeluaran dan penggunaan lestari (sustainable consumption and
production; SCP) di kalangan pihak industri dan masyarakat umum.
Di peringkat awal, usaha bagi meningkatkan kesedaran dan menyebar
luas mengenai kepentingan pelaksanaan GGP giat dilaksanakan oleh
KeTTHA dan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) menerusi
penganjuran bengkel, seminar, latihan dan penerbitan buku/ dokumen
pengenalan mengenai GGP.
Susulan itu, satu Pelan Tindakan Jangka Pendek GGP (GGP Short-Term
Action Plan) telah dibangunkan di bawah Kajian SCP - Policy Support
Malaysia untuk membantu pelaksanaan GGP. Jawatankuasa Pemandu
Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement Steering
Committee - GGPSC) yang dipengerusikan secara bersama oleh
Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dan Sektor
8
Teknologi Hijau, KeTTHA telah ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan
GGP.
Selain itu, antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menyokong
pelaksanaan GGP adalah seperti berikut:
a. Garis Panduan Pelaksanaan Projek Perintis GGP telah dibangunkan
dengan kerjasama pasukan projek SCP Policy Support Malaysia,
EPU JPM, MOF, KeTTHA dan Greentech Malaysia. Penyediaan
Garis Panduan tersebut bertujuan sebagai dokumen rujukan dan
panduan kepada pegawai perolehan kerajaan khususnya yang terlibat
dalam projek perintis GGP untuk melaksanakan GGP di peringkat
Kementerian/Agensi masing-masing.
b. Terdapat enam (6) kumpulan produk yang terlibat dalam pelaksanaan
projek perintis GGP iaitu cat, simen, pencahayaan cekap tenaga,
peralatan teknologi maklumat, perkhidmatan pencucian dan kertas.
Selain KeTTHA, Kementerian/Agensi lain yang terlibat dalam dalam
pelaksanaan projek perintis tersebut ialah:
i. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
ii. Kementerian Pendidikan Malaysia;
iii. Kementerian Kesihatan Malaysia;
iv. Kementerian Dalam Negeri; dan
v. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
c. Jumlah perolehan yang berjaya dibuat sepanjang tempoh projek
perintis tersebut adalah sebanyak RM352 juta.
9
d. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 bertarikh 10 April
2014 berhubung perolehan hijau kerajaan telahpun diedarkan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia bertujuan untuk memberi
pemakluman awal mengenai inisiatif Perolehan Hijau Kerajaan serta
memberi kesedaran dan galakan bagi meningkatkan pengetahuan
Agensi dalam menjayakan pelaksanaan GGP di Malaysia.
e. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perolehan Hijau Kerajaan (GGPWC)
Bil. 1/2015 yang dipengerusikan secara bersama oleh Kementerian
Kewangan dan KeTTHA pada 14 April 2015 telah memutuskan
supaya pelaksanaan GGP melibatkan enam (6) kumpulan produk
sedia ada diperluaskan kepada Kementerian/Agensi seperti berikut:
i. KeTTHA dan agensi dibawahnya;
ii. Kementerian Dalam Negeri dan agensi dibawahnya;
iii. Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi dibawahnya:
iv. Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi dibawahnya;
v. Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi di bawahnya;
vi. Kementerian Kerja Raya;
vii. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;
viii. Kementerian Wilayah Persekutuan;
ix. Kementerian Pengangkutan;
x. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan;
xi. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; dan
xii. Kementerian Pertahanan.
10
f. Keputusan di atas telah disokong oleh surat arahan MOF bertarikh 6
April 2016 yang memilih 12 Kementerian awal untuk melaksanakan
GGP. Pada tahun 2017, peluasan pelaksanaan GGP dibuat oleh
MOF melalui surat arahan bertarikh 16 Januari 2017 yang
menetapkan semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan perlu
melaksanakan GGP.
g. Selaras dengan peluasan pelaksanaan GGP, mesyuarat GGPSC
pada 15 Disember 2016 telah bersetuju supaya kumpulan produk
bagi pelaksanaan GGP diperluaskan seperti berikut:
1. Peralatan ICT;
2. Cat/Salutan (coating);
3. Simen Gentian;
4. Lampu Dalaman Cekap Tenaga;
5. Kertas;
6. Tekstil;
7. Perabot;
8. Pencetak Serbaguna;
9. Sistem Penghawa Dingin;
10. Produk Pembungkusan Berasaskan Polimer Terbiodegradasi;
11. Peralatan Cekap Air;
12. Sistem Penuaian Air Hujan;
13. Alat Tulis (Produk Berasaskan Kertas);
14. Produk Berasaskan Getah;
15. Perkhidmatan Pembersihan;
16. Perkhidmatan Pusat Data Hijau;
17. Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Bangunan;
18. Perkhidmatan Bengkel Automotif;
11
19. Perkhidmatan Percetakan Berasaskan Kertas; dan
20. Perkhidmatan Hotel, Penginapan dan Pusat Latihan.
c) Relevan:
Kerajaan amat komited dalam mengurangkan karbon intensiti bagi
memelihara alam sekitar. Dalam Konvensyen United Nations Framework
Convention on Climate Change (UNFCCC): COP21/CMP11 pada
Disember 2015 di Paris, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan
komitmen Malaysia untuk mengurangkan tahap pelepasan gas rumah
kaca sebanyak 45% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
menjelang tahun 2030, iaitu 35% secara sukarela dan 10% lagi adalah
bersyarat dan tertakluk kepada penerimaan bantuan kewangan,
pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.
Di peringkat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, usaha ke arah
pengurangan pengeluaran GHG tersebut disokong dengan pelaksanaan
Dasar Teknologi Hijau Negara yang menggariskan arah tuju kepada
pembangunan mampan dan bersepadu bagi memulihara sumber asli
untuk generasi masa kini dan masa hadapan.
Dasar Teknologi Hijau Negara menyokong inisiatif GGP bagi
menggalakkan permintaan terhadap teknologi hijau dalam menyedia
produk dan perkhidmatan hijau sebagai pilihan utama dalam perolehan
kerajaan. Pelaksanaan GGP seterusnya berupaya memacu budaya
inovasi memandangkan syarikat bersaing untuk untuk membangunkan
produk baru yang lebih cekap, mesra alam dan selamat. Di samping itu,
GGP turut digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan dan daya saing
12
syarikat tempatan dalam menghasilkan lebih banyak produk dan
perkhidmatan hijau untuk pasaran tempatan dan global.
d) Signifikasi:
Di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), Teras Strategik
Keempat iaitu Mengguna pakai Konsep Penggunaan dan Pengeluaran
Mampan telah menetapkan bahawa Kerajaan melalui semua Kementerian
dan Agensi Kerajaan akan melaksanakan Perolehan Hijau Kerajaan
(GGP) dengan sasaran sebanyak 20 peratus daripada Perolehan Kerajaan
adalah menggunakan GGP menjelang tahun 2020.
Pelaksanaan inisiatif GGP masih lagi di peringkat awal dan memerlukan
fine-tuning serta buy-in daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu,
kerjasama dan komitmen khususnya daripada Agensi Pusat seperti
Kementerian Kewangan, UPE,JPM dan MAMPU amat penting bagi
menetapkan hala tuju dan merealisasikan hasrat pelaksanaan GGP
secara menyeluruh dalam jangka masa panjang.
e) Pencapaian:
Bermula projek rintis Januari 2014 sehingga Disember 2016, nilai
keseluruhan perolehan GGP yang direkodkan mencecah RM489 juta yang
melibatkan sebanyak 20 kumpulan produk terpilih.
13
Gambar-gambar produk di bawah aktiviti GGP di KeTTHA:
1. Kotak Pembungkusan ICT
2. Pematuhan Energy Star 5.2 (ICT)
14
3. Perkhidmatan Pembersihan (Logo label eko)
Disediakan Oleh:
Abdul Rahman bin Abdul Ghani
Sektor Teknologi Hijau
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
top related