guru sebagai 1 profesion

Post on 14-Aug-2015

16.615 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Disediakan oleh:

Faiznur Aini bt FauziSiti Rohaya bt Sidi Ahmad

Zetty Akthar bt Abd. ManapSiti Syazwani bt Kasim@Hashim

Sharifah binti Saad

Konsep profesion• Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas seperti perguruan dan sebagainya.

• Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :

1.Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

2. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).

3. Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .

4. Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Kod etika perguruan malaysia• Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion

1.Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.

2.Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.

3. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya agar murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

4. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

5. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat iaitu

• menjadi pengganti ibubapa• menjadi penasihat dan pembimbing di dalam

pembentukkan sahsiah murid• menjadi kaunselor kepada murid-murid• menjadi pengamal dan penyebar nilai

kebudayaan yang elok • menjadi contoh sahsiah yang baik kepada

masyarakat.  

Ciri-ciri dan kualiti guru yang profesional

• Memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik : - punyai pelbagai ilmu tradisional & moden - kefahaman dasar & aspirasi negara yang jelas

dan mantap - bersahsiah tinggi - beretika cemerlang - punyai pelbagai kemahiran pengajaran &

pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.

• Perlu bergerak pantas sepantas perkembangan & kehendak dunia mana kini.

• Memiliki, memahami, menghayati & mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang.

Terhadap murid

• Punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (anak didik, ibu bapa & rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan kognitif.

• Hubungkan mata pelajaran dengan kehidupan murid-murid.

• Kenal, hormati dan percayai murid-murid• Mengajar murid-murid bagaimana hendak

belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis.

• Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya.

• Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran.

• Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzik dan kebudayaan.

Terhadap mengajar

• Melakukan refleksi dan kritik kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru.

• Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman

• Adil dalam menilai dan menggred• Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan

pengajaran dan pembelajaran• Bersemangat dalam mengajar sesuatu mata

pelajaran

• Seorang komunikator yang cemerlang, mempu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami

• Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid

• Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk dan menyepadukan mata pelajaran

Terhadap disiplin

• Seorang yang pakar dalam bidang yang diajar• Seorang yang laparkan ilmu, sentiasa up to

date dalam bidangnya• Suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya• Aktif dalam penubuhan profesional dan

menggalakkan rakan sejawat menyertainya• Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar• Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Masyarakat & negara

• Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

• Memupuk nilai dan sikap murni pelajar sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri murid-murid.

• Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dikalangan guru dan ibu bapa murid.

• Bersopan-santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

• Berusaha memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara.

• Menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat

Profesion keguruan

• Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar.

• Menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.

• Mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

top related