geometri dalam seni tarian traditional …einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/wan muhammad afiq bin wan...
Post on 11-Feb-2018
283 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017
(SSTM 2017)
1
GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU
Wan Muhammad Afiq bin Wan Muhamad Fauzan dan Shariah Kartini bt Said Husain
Institut Penyelidikan Matematik,
Universiti Putra Malaysia
1. Pendahuluan
Menurut D’Ambrio (1986), etnomatematik bererti kesenian teknik memahami, menerangkan,
menjelaskan, mempelajari dan menangani serta mengurus kehidupan kumpulan manusia dengan
cara yang tersendiri sesuai dengan kaum itu. Dengan pengertian yang lebih mudah,
etnomatematik meruruk kepada matematik atau pemikiran yang berkaitan dengannya yang lahir
berdasarkan budaya dan sistem nilai sesuatu etnik. Oleh itu, Etnomatematik Melayu pula
merujuk kepada matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis,
dipakai dan dibina dalam bahasa dan mengikut nilai Melayu.
Dalam mengkaji sesuatu kebudayaan, kebanyakan pengkaji akan menumpu kepada
kesenian. Namun kini, pemahaman terhadap maksud seni itu sendiri kian menghilang
sehinggakan begitu mudah untuk mendapat pengiktirafan hasil seni berbeza dengan zaman
dahulu. Untuk mendapat pengiktirafan, hasil seni itu seharuslah mempunyai unsur-unsur
keindahan, kebenaran dan kebaikan kepada manusia dan masyarakat. Akhirnya, gabungan unsur-
unsur ini mesti memberi manfaat kepada manusia dan masyarakat. Begitulah cara zaman dahulu
mengangkat ketinggian taraf sesuatu seni.
Seni merupakan sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia yakni pada
sudut penglihatan atau pendengaran. Dalam menentukan nilai kehalusan sesuatu seni, perlu
wujud kehalusan dalam jiwa manusia itu dan ia berasakan kepada ketinggian budinya.
Penghasilan sesuatu karya seni itu tidak hanya untuk kepuasan semata-mata atau sebagai sesuatu
hiburan yang tidak menentu tetapi ia perlu memberi kebaikan kepada manusia dan masyarakat.
Bagi pengertian seni yang lebih mendalam, kesenian adalah hasil perbuatan atau usaha
manusia yang mengandungi unsur-unsur keindahan. Kesenian dicipta untuk melahirkan
keindahan rasa kepada manusia namun ia bukan sesuatu yang ghaib. Jadi keindahan alam yang
bukan ciptaan manusia tak termasuk dalam istilah seni.
Menurut ahli-ahli kebudayaan, pembahagian kelompok etnik dilakukan berdasarkan
warna kulit, bentuk dan warna mata, hidung, bibir, muka, kepala, rambut dan bentuk badan.
Terdapat sebelas kelompok utama iaitu Caucosoid (Arian), Mongoloid, Australoid, Mironisia,
Polinisia, Afrikan Negroid, Melanisia, Bushmen Hottentot, Pigmy Afrika Tengah, Pigmy Timur
Tengah, Ainus dan Vedoid. Dalam Mongoliod, terdapat tiga lagi pecahan iaitu Mongoloid
Tenggara Asia, Mongoloid Klasik dan Mongoloid Tebeto Indonesia. Akhir sekali, Mongoloid
Tebeto Indonesia dibahagi kepada Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017
(SSTM 2017)
2
2. Sejarah Seni Tari Melayu
Seni tari merupakan antara sebahagian cabang dalam kesenian Melayu, ia terhasil daripada
pemerhatian dan penelitian gerak geri, lenggang liuk daun, kayu dan sebagainya. Tarian
memancarkan perasaan manusia yang dipengaruhi oleh alam sekelilingnya. Umumnya, sejarah
tarian bermula dari istana dan walaupun seni tari melayu mempunyai hubung rapat dengan
kesenian luar seperti Portugis, Sepanyol, Arab dan lain-lain tapi asas sesuatu bentuk tarian
bersifat atau sekurang-kurangnya apa ang diambil telah disesuaikan dengan kesenian Melayu
yang sedia ada.
Dalam dunia Melayu lama, sejarah tarian bermula apabila ia digunakan sebagai alat untuk
berkomunikasi dengan roh nenek moyang yang dipercayai sebagai fenomena semula jadi pada
hari ini. Ia menjadi asas merasionalisasi fenomena semula jadi yang tidak dapat diduga pada
zaman itu. Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ia perlu dilihat daripada perspektif
sejarah kawasan Asia Tenggara. Penduduk awal kawasan ini mencipta ritual-ritual lengkap yang
mengandungi pergerakan namun malangnya bentuk-bentuk ritual ini tidak dapat dipastikan.
Sewaktu zaman Kerajaan Hindu Funan, istana Funan dipercayai mengadakan tarian dan
muzik hindu sebagai hiburan kaum kerabat dan para bangsawan. Ia kemudiannya berkembang ke
wilayah-wilayah Funan melalui bangsawan yang dating berkunjung ke Funan. Kerajaan
Seriwijaya, Majapahit, dan Melaka yang wujud kemudian membentuk satu identiti budaya yang
dikenali sebagai dunia Melayu Lama.
Sepanjang pemerintahan kerajaan Hindu, kepercayaan penduduk berubah dari animisme
kepada dewa-dewa Hindu. Para pengikut Syiva membentuk asas persembahan tarian dengan
menggunakan bahan daripada Ramaana, Mahabharata dan cerita-cerita Jataka. Apabila taraf raja-
raja tempatan diangkat ke taraf dewa-raja, ia membantu perkembangan kebudayaan Hindu.
Sebahagian ritual sembahyang kepada dewa-raja adalah dalam bentuk persembahan kepada
Syiva yang dikenali sebagai penari kosmik dan raja pelakon.
Parameswara mengambil gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam, unsur
Islam ula diterapkan dalam tarian tempatan. Ayat Quran dimasukkan dalam jampi serapah
semasa mulakan persembahan tarian dan drama tari. Cerita dongeng Islam dimasukkan dalam
repertoir drama tari. Antara tarian diperkenalkan oleh Islam ialah Tarian Zapin, Tarian Hadrah,
Rodat, Dabus dan Tarian Kuda Kepang. Sepanjang kurun ke-19, negara Siam mencuba
menguasai negeri-negeri di utara Semenanjung. Oleh itu, negeri-negeri di utara dipengaruhi oleh
kebudayaan Siam dari masa ke masa lebih dari 500 tahun yang dilihat dalam tarian Menora,
Makyung, Tarian Asyik dan Tarian Inai. Manakala dari pengaruh Melayu Indonesia dari selatan
Semenanjung.
Penjajahan British telah memundurkan seni tempatan secara menyeluruh. British
menghadkan kuasa politik dan ekonomi para sultan-sultan Melayu sehingga para sultan tidak
mampu membiayai kumpulan seni teater dan tarian istana. Akhirnya tarian seperti Makyung
bertukar menjadi tarian hiburan rakyat. Pada kurun ke-20, hanya joget gamelan sahaja diteruskan
sebagai tarian istana oleh sultan Pahang dan Terengganu. Pada tahun 1969 menjadi tarikh
penting dalam usaha pemuliharaan tarian dan teater istana apabila sewaktu menjadi tuan rumah
Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017
(SSTM 2017)
3
untuk persidangan tarian dan drama Asia Tenggara, dipamerkan tarian dan muzik gamelan
Terengganu dan makyung Kelantan atas usaha Tan Sri Mubin Sheppard.
Sebagai aspek penting dalam masyarakat melayu,dan tarian menyediakan kedua-dua
fungsi tersebut iaitu, sekular dan spiritual. Fungsi sekularnya ialah ia mendidik dan
menyambungkan cerita dongeng, lagenda dan adat tradisi disamping menghiburkan manakala
dari fungsi spiritual pula, ia menjadi saluran untuk menghubungi dan mempelawa semangat
animisme.
3. Struktur dan Estetika Tarian Melayu
Dalam melihat struktur tarian, perlu dipertimbangkan organisasi sosioekonomi, agama dan
politik. Orang melayu suka pada keamanan, bersopan santun dan saling menghormati antara satu
sama lain jadi ia mempengaruhi tarian yang dilakukan secara perlahan-lahan, indah dan lembut.
Koreografi tarian tradisi telah ditetapkan pada masa kemunculan tarian itu, dan
diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya dalam bentuk asal. Namun
perubahan tetap berlaku walaupun sedikit, lebih-lebih dalam tarian sekular berbanding tarian
ritual. Persembahan tarian ritual masih mengikut koreografi asal kerana sebarang perubahan,
dipercayai akan mewujudkan kemarahan semangat tapi sebaliknya bagi tarian sekular, mudah
mengalami perubahan terutama daripada segi kehalusan pergerakan.
Kesemua tarian mematuhi sebilangan prinsip umum koreografi dan hamper kesemua
tarian melayu gunakan konsep imbangan simetri yang menegaskan kemantapan dan
keharmonian. Corak simetri adalah bergaris, dalam bentuk tegak atau lintang, separuh bulatan
atau bulatan. Konsep simetri juga dikenakan pada keseluruhan bentuk tarian yang bermula dan
berakir dengan corak lantai dan pergerakan yang sama.
Dinamik dalam koreografi berbeza antara tarian tradisi melayu dan ia terbahagi kepada
dua iaitu dinamik sublime yang merangkumi lontaran tenaga pergerakan dari sudut psikologi
(psychological projection of movement energy) yang memanjangkan pergerakan selepas
tamatnya pergerakan fizikal dan dinamik spiritual yang menggunakan tenaga spiritual untuk
kuasai pergerakan fizikal. Dinamik fizikal dan sublime menambahkan keindahan koreografi
sementara dinamik spiritual membawa tarian itu ke demensi yang lebih tinggi.
Umumnya, tarian melayu ditarikan secara beramai-ramai atau berpasangan. Antara
pasangan lelaki dan wanita tidak berpegang tangan atau bertemu badan, dan selendang atau kain
akan digunakan sebagai penghubung sewaktu tarian. Tiada pakaian khusus untuk setiap tarian
tetapi para penari sering berpakaian seragam yang sama warna dan bentuk. Namun begitu, setiap
tarian melayu lazimnya mempunyai lagu tersendiri tetapi ia juga boleh ditari pada lagu yang
sama rentak dan irama. Tarian melayu secara dasarnya ialah tarian untuk hiburan, jadi ia sering
dipersembahkan di majlis-majlis tertentu atau di temasya bersukaria atau di majlis perkahwinan.
Antara alat muzik tradisional yang digunakan termasuklah seruling, gendang panjang,rebana,
rehab dan gong.
Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017
(SSTM 2017)
4
Disebabkan wujudnya pelbagai jenis tarian, para pengkai seni tari mengumpulkan tarian-
tarian ini kepada dua iaitu Tarian Melayu Asli dan Tarian Melayu Moden. Tarian Melayu Moden
bermaksud tarian yang dipenaruhi unsur seni asing seperti Portugis, Arab, Hindu, Parsi dan
sedikit unsur kesenian Tionghua. Begitu juga seperti irama, ia dibahagikan kepada irama
perlahan dan irama rancak.
Seni tari merupakan suatu bentuk seni gerak manusia yang melambangkan corak dan asas
budaya terutama dari ciri adat, budi bahasa dan watak sesuatu bangsa. Alam kesenian melayu
kaya dengan pelbagai bentuk dan corak seni tari sehinggakan terdapat tarian tradisi rakyat yang
bercorak tempatan atau sukuan bergantung kepada negeri atau daerah. Namun terdapat empat
jenis tarian yang tidak bersifat daerah iaitu Joget, Inang, Zapin dan Asli. Keistimewaan keempat-
empat tarian ini adalah meraka mempunyai rentak dan irama tersendiri.
Berdasarkan pelbagai bentuk dan corak yang wujud dalam seni tarian melayu, ahli
kebudayaan membahagikan ia kepada tiga bentuk yang utama iaitu Seni Tari Pertunjukan, tarian
yang ditunjukkan sewaktu di majlis keramaian atau perayaan yang diaturkan. Kedua, Tarian
Pergaulan atau Hiburan, tarian ini adalah untuk menghiburkan hati atau bersuka ria secara
berkumpulan. Akhir sekali ialah Seni Tari Pemujaan atau Persembahan, taria berbentuk ini telah
banyak ditinggalkan dan ia ditukarkan menjadi tarian hiburan.
Perubahan zaman menjadikan manusia lebih cenderong untuk memperhalusi dan
memperindahkan lagi tarian tetapi ia tidak mengubah tiga dasar seni tari melayu itu sendiri. Tiga
dasar tersebut adalah gerak geri kaki atau tari, gerak geri tangan atau tanduk dan gerak geri
tangan serta pinggan atau liuk. Dasar dan corak tarian melayu ternyata bersifat kebudayaan
Malaysia kerana ia tidak bertentangan dengan Islam yang menjadi unsur terpenting dalam
kebudayaan Malaysia.
3.1 Tarian Inang
Menurut rekod yang tertulis, Tarian Mak Inang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka di abad ke 15 Masihi tetapi perkembangannya tidak dapat dikesan sehingga ke 19
Masihi. Tarian ini dihasilkan atas perintah Sultan Mahmud Shah Melaka dan ia merupakan tarian
yang paling popular pada zaman tersebut kerana ia ditarikan di istana dan majlis perkahwinan
orang-orang kenamaan. Tarian ini juga dikenali sebagai Tarian Si Kembang Cina. Pada tahun
1918, dua orang pemain biola dari Ipoh, Perak dan Singgapura dikatakan telah mencipta Tarian
Mak Inang yang ditarikan kini. Tarian ini berasaskan peristiwa teruna mencari jodoh yang
dimulai dengan peristiwa merisik sebelum meminang. Oleh itu, tarian ini mempunyai gerak dan
irama tari yang lembut serta menekan pergerakkan liuk tangan, langkah dan gerak kaki dan
badan. Tarian Mak Inang yang mempunyai corak tari duduk bertingkuk dikenali sebagai Mak
Inang Balai dan jika sebaliknya, ia dikenali sebagai Mak Inang Barat. Dalam istilah muzik,
tempo yang lazim bercorak 2/4 atau 4/4 bagi tiap bar.
Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017
(SSTM 2017)
5
3.2 Tarian Joget
Tarian Joget adalah antara tarian melayu yang unik dan menarik kerana ia tidak mempunyai
bentuk yang khusus dan sebaran gubahan tarian yang ditarikan mengikut rentak tersebut oleh
dinamakan sebagai tarian joget. Ia mempunyai rentak yang pantas dan rancak kerana ia adalah
sejenis tarian pergaulan yang boleh ditarikan di mana-mana sahaja. Antara keunikan lain Tarian
Joget adalah ia satu-satunya tarian yang ditarikan secara terbuka dan oleh itu, tarian ini tidak
memerlukan kumpulan penari tertentu. Pasangan dibentuk oleh setiap individu sendiri yang ingin
menari di majlis tarian namun ia tetap mengikut peraturan tarian iaitu dimulai dengan permulaan
dan di ikuti dengan perkembangan tari dan tarian penutup. Tarian ini juga tidak mempunyai
tempoh masa kecuali ia ditarikan sebagai pertunjukan sahaja. Terdapat pendapat yang
mengatakan bahawa tarian ini dibawa oleh orang Portugis kerana terdapat seni tari barat dan
berasal dari seni tari Portugis iaitu Tarian Branyo. Bagaimanapun anggapan umum mengatakan
tarian adalah berasal dari Melaka.
Rujukan
Mat Rofa Ismail. (2012). Rampaian Etnomatematik. Institut Penyelidikan Matematik, Universiti
Putra Malaysia.
Mohd Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmad.(1990). Kesenian Tarian. Associated Education Distributors (M) Sdn. Bhd.
top related